Anda di halaman 1dari 2

PUSAT TUISYEN PRISMA RIA BANDAR MUTIARA, SG.

PETANI

Kata Adjektif
Kata Adjektif: - kata yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata nama. - terbahagi kepada beberapa jenis. A) Sifat/ keadaan: Contoh : subur, sihat, cergas. Contoh Ayat: 1. Pak Halim membubuh baja supaya tanamannya subur. 2. Senaman melahirkan masyarakat yang cergas. B) Ukuran: Contoh : kecil, rendah, kerdil. Contoh Ayat: 1. Kwan Seng rendah berbanding adiknya. 2. Adik bongsu saya masih kecil. C) Warna: Contoh : kelabu, kuning, hijau. Contoh Ayat: 1. Kereta berwarna hijau itu milik abang. 2. Bunga kekwa berwarna kuning. D) Bentuk: Contoh : bundar, kempis, bujur. Contoh Ayat: 1. Bola ragbi berbentuk bundar. 2. Tayar basikal saya kempis kerana tercucuk paku. E) Waktu: Contoh: segera, silam, suntuk. Contoh Ayat: 1. Adik segera menjawab panggilan telefon itu. 2. Saya tersenyum apabila teringat kisah silam. F) Perasaan: Contoh: kecewa, bahagia, ceria. Contoh Ayat: 1. Sundram bahagia kerana mempunyai ibu bapa yang baik. 2. Mei Lan kecewa kerana tidak dapat mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur. G) Pancaindera: Contoh: pahit, masin, tawar. Contoh Ayat: 1. Sup itu tawar kerana emak terlupa membubuh garam. 2. Ubat batuk itu sangat pahit.

BAHASA MELAYU TAHUN 3 EN.K.MAHENDRA RAO

PUSAT TUISYEN PRISMA RIA BANDAR MUTIARA, SG.PETANI

H) Cara: Contoh: cepat, jarang, laju. Contoh Ayat: 1. Gobin berjalan dengan laju kerana terlewat ke sekolah. 2. Alice dapat menjawab soalan Matematik itu dengan cepat.

Kata Kerja Kata Kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perbuatan atau perlakuan. Kata Kerja terbahagi kepada kepada dua: Kata Kerja Transitif: - Kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri dan mesti disertai objek sebagai penyambut. Contoh: 1. Alia membersihkan rumah. 2. Dia membuang sampah. 3. Mereka melayari internet. Kata Kerja Tak Transitif: - kata kerja yang boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan penyambut. Contoh: 1. Dia sedang berlakon. 2. Mereka bersenam. 3. Gina tersenyum. 4. Adik tidur lena di ruang tamu. 5. Makanan yang ibu masak sudah terhidang di atas meja

BAHASA MELAYU TAHUN 3 EN.K.MAHENDRA RAO

Anda mungkin juga menyukai