Anda di halaman 1dari 13

GOLONGAN KATA KERJ A

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau
keadaan melakukan sesuatu.

Jenis Kata Kerja
Terdapat dua jenis kata kerja:
a) Kata kerja transitif
b) Kata kerja tak transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas
dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh
berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon
kawan, memukul anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat
diperlihat seperti dalam contoh ayat :
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Ammar
2. Ibu
3. Penjaja
4. Bapa
membaca
menanak
menjual
membasuh
buku setiap pagi
nasi
ikan
kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek
untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.


Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri
sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti
menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut
tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna. Sebagai contoh :
1. Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
2. Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
3. Air sungai itu mengalir (deras).
4. Pesawat itu mendarat (di landasan).

Kata Kerja Tak Tarnsitif Tak Berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek
atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat seperti
contoh berikut :
Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:

1. Semua orang sudah datang.
2. Dia suka menyanyi.
3. Emak sedang berdoa.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan.
Contohnya:

1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.
2. Budak itu menyanyi pada malam hari.
3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.
4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif, seperti
dalam contoh-contoh berikut :

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif
a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.
2. Saya ada wang.
3. Rumahnya bertiangkan batang menanti.

a) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Buah-buahan itu menjadi busuk.
2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.
3. Peserta itu tidur lena.

a) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
2. Burung itu hinggap di dahan pokok.
3. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.






GOLONGAN KATA ADJ EKTIF
Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata
penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut :

Ahmad sangat pandai bermain muzik.
Pemuda itu baik sungguh.
Buah cempedak itu enak sekali.

Jenis-jenis Kata Adjektif
Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasarkan kriteria
makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan kriteria, seperti
berikut :

1. Kata adjektif sifat / keadaan

Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat
atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut :
Contoh perkataan : kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh ayat : 1. Budak nakal selalu kena marah.
2. Dia lemah dalam matematik.
3. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4. Anak Pak Kamar bijak sekali.
5. Peserta itu berdiri dengan cergas.

2. Kata adjektif warna

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian warna, seperti contoh berikut :
Contoh perkataan : jingga perang hitam
putih biru kelabu
Contoh ayat : 1. Adik suka pakai baju hijau.
2. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
3. Baju kesukaan saya berwarna kuning.
4. Kereta merah itu kepunyaan abang.
5. Dia memiliki mata berwarna biru.

3. Kata adjektif ukuran

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut :
Contoh perkataan: tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh ayat : 1. Buku tebal itu sudah saya baca.
2. Anaknya masih kecil lagi.
3. Badannya semakin kurus.
4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

4. Kata adjektif bentuk

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut :
Contoh perkataan : lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh ayat : 1. Jalan lurus mudah dilalui.
2. Bentuk buah kelapa itu lonjong.
3. Mukanya bujur sirih.
4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
5. Matanya tajam memandang ke hadapan.

5. Kata adjektif waktu

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut :
Contoh perkataan : kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini.
2. Dia berada di kampus sehari suntuk.
3. Kenangan silam sukar dilupakan.
4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.

6. Kata adjektif jarak

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut :
Contoh perkataan : nyaris dekat
hampir jauh
Contoh ayat : 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.




7. Kata adjektif cara

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut :
Contoh perkataan : pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh ayat : 1. Kereta itu dipandu dengan laju.
2. Siapa cepat dia dapat.
3. Gasing itu berpusing ligat.
4. Arus sungai itu sangat deras.
5. Dia cermat apabila berbelanja.

8. Kata adjektif perasaan

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh
yang berikut :
Contoh perkataan : kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh ayat : 1. Dia masih marah kepada saya.
2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
4. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.

9. Kata adjektif pancaindera

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang
berikut :
Indera sentuh
Contoh perkataan : lembik kasar licin
halus kesat keras
Contoh ayat : 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci.
2. Kulit mukanya sangat halus.
3. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
4. Buku itu berkulit keras.
5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.
Indera dengar
Contoh perkataan : nyaring lembut mersik
merdu garau serak
Contoh ayat : 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
2. Teriakannya nyaring sungguh.
3. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
5. Alunan muzik itu mersik.
Indera pandang
Contoh perkataan : comel hodoh molek
cantik buruk segak
Contoh ayat : 1. Pemuda segak itu guru saya.
2. Kakaknya suka berpakaian cantik.
3. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.
Indera bau
Contoh perkataan : wangi hanyir harum
busuk hancing tengik
Contoh ayat : 1. Bunga ros itu harum baunya.
2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
3. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
4. Setiap hari dia memakai minyak wangi.
5. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.
Indera rasa
Contoh perkataan : manis kelat masam
masin payau lazat
Contoh ayat : 1. Setiap hari kita minum air tawar.
2. Semua orang suka makanan lazat.
3. Buah limau masam rasanya.
4. Saya tidak suka minum ubat pahit.
5. Kuih tradisional itu terlalu manis.

















GOLONGAN KATA TUGAS
Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung dalamnya
golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu
tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung
maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai
pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan beberapa
tugas yang lain.
Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dengan contoh-contoh kata
yang berfungsi bagi mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu.

kata hubung : dan, atau, tetapi
kata seru : wah, amboi, cis
kata tanya : apa, berapa, siapa
kata perintah : sila, tolong, harap
kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan
kata bantu : akan, sudah, pernah
kata penguat : sangat, amat, paling
kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi : tidak, bukan
kata pemeri : ialah, adalah
kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada
kata pembenar : ya, betul, benar
kata bilangan : dua, segala, banyak
kata arah : atas, bawah, tepi

GOLONGAN
KATA
GOLONGAN
KATA NAMA
GOLONGAN
KATA KERJA
GOLONGAN
KATA ADJEKTIF
GOLONGAN
KATA TUGAS

Anda mungkin juga menyukai