Anda di halaman 1dari 7

KO-KURIKULUM HBEF2703

PENDAHULUAN
Permainan tradisional merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri
pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati
juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang
berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang
melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, Tak kenal maka tak cinta, setelah diperkenalkan
kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya
terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat
peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan
tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri
pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti
peribahasa, serampang dua mata.
Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri
pelancongan. Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat
kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya
permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara
beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk
bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama
memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat
tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni
dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan
keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan
komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.
Berpaksikan kelab permainan tradisional yang dianjurkan di sekolah, dalam pesta
tersebut dapat diwujudkan satu ruangan di mana pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat
permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain,
murid-murid perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan
negara.

KO-KURIKULUM HBEF2703

KEBAIKAN

Permainan Tuju Kasut amat sesuai untuk murid sekolah rendah kerana ianya melibatkan
banyak pergerakan seperti berlari, berjalan, melompat dan membaling. Pemain daripada
kumpulan bertahan perlu berlari menyelamatkan diri daripada dimatikan oleh pemain daripada
kumpulan penyerang. Pemain perlu berlari perlbagai arah untuk menyelamatkan diri. Ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan ketangkasan para pemain. Manakala pemain daripada
kumpulan penyerang pula perlu memberi tumpuan kepada arah sasaran untuk membaling bola
untuk mematikan pihak lawan. Secara tidak langsung dapat meningkatkan koordinasi pemain.
Selain daripada itu, permainan Tuju Kasut bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan
dan otak selain ianya juga menyeronokkan. Pemain tidak sedar secara tidak langsung, permainan
ini meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran
psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Melalui bermain, pemain merancang
plan taktikal menyerang serta bertahan dan pada masa yang sama kognitif pemain digunakan
untuk merancang plan kumpulan masing-masing. Ini bermakna, permainan Tuju Kasut ini
bukanlah permainan untuk suka-suka sahaja tetapi mempunyai kelebihan yang tersirat yang tidak
disedari oleh pemain.
Akhir sekali penglibatan murid dari segi jumlah kumpulah sasaran yang dikehendaki
amat memuaskan. Seramai 8 orang pelajar menawarkan diri untuk bermain permainan kecil yang
telah dirancang oleh guru. Semua pelajar menunjukkan rasa seronok ketika bermain permainan
Tuju Tin.


KO-KURIKULUM HBEF2703

KELEMAHAN

Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul. Pertama
daripada segi pengurusan masa. Terdapat segelintir pelajar yang datang lewat seperti yang telah
dimaklumkan. Ini menimbulkan masalah kepada pihak pengurusan dan sekolah. Ini kerana pada
pukul 5 petang ada diantara pemain akan terlibat dengan sesi latihan bola tampar. Permainan
terpaksa ditangguhkan menunggu pelajar yang lain.
Kelemahan lain dapat saya dapat lihat adalah guru dari segi pemilihan permainan yang
tidak tetap. Sebelum memilih permainan kecil Tuju Kasut guru telah memilih beberapa
permainan kecil untuk dilaksanakan seperti Tuju Tin, Galah Panjang dan Pukul Berapa
Dato Harimau. Guru telah merakam kesemua permainan yang telah dimainkan oleh pelajar dan
tidak berpuas hati terhadap kualiti video yang telah diambil. Oleh yang demikian, guru
mempunyai kesukaran untuk memilih video permainan yang terbaik kerana terdapat gangguan
oleh pelajar luar semasa merakam video. Ada segelintir pelajar yang tidak terlibat dengan
permainan Tuju Kasut mengganggu pelajar yang sedang bermain dan ini menyebabkan fokus
para pemain terganggu.
Selain itu, keadaan padang yang berbonggol membahayakan para pemain kerana ada
diantara pemain terjatuh ketika berlari. Keadaan tanah padang yang tidak rata adalah disebabkan
oleh projek pembinaan makmal komputer yang baru siap.




KO-KURIKULUM HBEF2703

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan yang pertama adalah guru meminta lebih ramai pelajar hadir serta
tidak menetapkapan jumpalah kehadiran ketika sesi bermain dilaksanakan. Ini supaya lebih
ramai pelajar dapat berpeluang untuk bermain permainan Tuju Kasut serta tidak perlu
menunggu dengan lebih lama untuk memulakan permainan akibat tidak cukup pemain.
Guru meminta pelajar datang lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan supaya
pelajar dapat bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan permainan. Murid perlu
melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum bermain untuk mengelakkan daripada
kecederaan otot.
Akhir sekali, guru perlu datang lebih awal untuk menyediakan kawasan permainan dan
alatan yang perlu digunakan supaya perjalanan permainan tersebut berjalan lancar. Alatan yang
disediakan hendaklah mencukupi untuk melakukan permainan kecil tersebut. Guru perlu
memeriksa alatan tersebut supaya selamat digunakan. Ini kerana terdapat beberapa kon telah
pecah dan boleh membahayakan pemain.








KO-KURIKULUM HBEF2703

RUMUSAN

Bersukan atau bermain adalah amalan yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental.
Bersukan secara berterusan dapat membantu mengurangkan tekanan ketika belajar seperti
tekanan emosi, sosial, mental dan sebagainya. Tambahan pula, mengukut kajian-kajian yang
telah dibuat menyatakan bahawa bersukan bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah
berperanan dalam pembentukan karakter atau peribadi yang mulia, pemikiran yang bernas dan
matang dalam membuat keputusan (Shields dan Bredemier 1995).
Ketika bermain permainan Tuju Kasut, salah seorang rakan tercedera, rakan lain cuba
membantu pelajar yang tercedera. Ini menunjukkan dalam diri mereka terbentuk sikap saling
membantu antara satu sama lain. Menurut Sullivan, kanak-kanak akan mempunyai kawan rapat
(chumship) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik.
Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk
melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk membetikan kesan kepada kanak-
kanak tersebut di mana kanak-kanak tersebut akan menanamkan sikap menitikberatkan perasaan
orang lain.
Selain itu, melalui permainan kecil guru dapat menyediakan peluang kepada murid untuk
mengasah minda disamping merancang strategi serta berfikir secara bersama/sepakat. Semasa
permainan, murid sentiasa bekerjasama dalam pasukan bagi mempertahankan pihak masing-
masing. Ini membantu mereka berjuang dengan penuh semangat kesukanan.. Murid juga dapat
menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri mereka serta
membentuk sahsiah,disiplin serta jati diri murid. Sebagai guru kita harus merancang dan
KO-KURIKULUM HBEF2703

menyediakan peluang yang baik untuk murid bermain disamping membantu dalam
perkembangan yang menyeluruh. Badan yang sihat membantu minda yang cerdas.




















KO-KURIKULUM HBEF2703

RUJUKAN
1. Ramlah Jantan. (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kotemporari.
2. Edisi Revisi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
3. Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
4. Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
5. Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM :
Cetak Ratu Sdn. Bhd.
6. Charles W.Telford, & James M. Sawrey. (1967). The Exceptional Individual
Psychological and Educational Aspects. America: Prentice-Hall, Inc.
7. Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.
8. Simonson, L. R. (1979). A Curriculum Model For Individuals With Severe Learning and
Behavior. America: University Park Press
9. Davis, B., Roscoe, J., roscoe, D., & Bull, R. (2005). Physical Education and The Study of
Sport (Vol. 5th Edition). Edinburgh: Jan Roscoe Publication.

Anda mungkin juga menyukai