Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN TATABAHASA : Kata Adjektif (KESALAHAN ISTILAH)

LATIHAN TATABAHASA : Kata Adjektif (KESALAHAN ISTILAH)

1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah pekat meleleh di kakinya.

2 Semua seluarnya sudah menjadi singkat kerana badannya sudah berisi.

3 Buah-buahan tempatan sungguh manis dan berpatutan pula harganya.

4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah kesat

5 Air sungai itu hitam kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku panjang di dalam poket bajunya.

7 Cuaca malam ini damai kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

8 Udara di Motel Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh indah

9 Sayup sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.

10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat malu dan hormat kepada guru-guru mereka.

11 Marsya berasa cemas semasa meraikan hari jadinya.

12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang tinggi

13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau hapak ikan air tawar.

14 Penyanyi yang mempunyai suara nyaring itu mendapat tepukan gemuruh daripada
penonton.

15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh senang dengan semua orang walaupun dengan orang
yang baru dikenalinya.

16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam kemalapan pagi tanpa
berputus asa.

17 Dahi adik kelihatan bengkok kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.

18 Jalan di Kuala Lumpur menjadi senyap apabila menjelang musim perayaan.

19 Mata Aminah lebam kerana terkena air sabun.

20 Jambatan yang sendat itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung

21 Tapak tangan Pak Abu menggelupas selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.

22 Nana berasa geram apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya
itu.
23 Itik itu mempunyai bulu yang telus air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun
berada lama di dalam air.

24 Pak Tamin begitu murung memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah
larut malam

25 Keadaan menjadi semakin runsing kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah

Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Petikan 1

Graduan perlu bersedia agar lebih berdaya saing untuk mendepani dunia pekerjaan dan
karenah sesetengah organisasi. Harga serelong kesabaran hasil daripada minat yang
mendalam ketika mengharungi alam pengajian perlu dimantapkan lagi apabila memasuki
alam pekerjaan. Minda yang positive perlu dipupuk sebelum menyusuri alam kerjaya
agar mereka lebih bersedia menerima cabaran dunia kerjaya yang lebih mencabar.

karenah - kerenah

serelong - serelung

positive - positif

Petikan 2

Amira ialah pelajar yang datang dari keluarga susah kerana ayahnya hanya seorang
penorih getah. Ayahnya terpaksa bekerja siang dan malam demi mencari pedapatan lebih
semata-mata untuk menyediakan keperluan pelajaran anak-anak. Tidak suka melakukan
perkara yang sia-sia, Amira memanfaatkan masa lapangnya dengan membuat kerja
rumah dan mengulangkaji pelajaran.

penorih - penoreh

pedapatan - pendapatan

mengulangkaji - mengulang kaji

Petikan 3

Atau sindiran dan keiklasan telah bergumpal menjadi satu, Cikgu Harun tidak tahu.
Namun sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun pun
terkesima, membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik
di sebuah kampung pendalaman. Lebih tiga dekad yang lalu, ketika kedaifan masih
menjadi sinonim dengan kehidupan marhain di luar bandar.

keiklasan - keikhlasan

pendalaman - pedalaman

marhain - marhaen

Petikan 4

Mendengar basikal tua datuk berkeriyut di halaman, embah cepat-cepat berlari ke dapur
dan membuka pintu. Tidak lama, datuk sampai di hadapan tangga yang curam dan
embah turun hingga ke pertengahhan tangga. Datuk menyurung basikal ke atas dan
segera disambut oleh embah.

berkeriyut - berkeriut

pertengahhan - pertengahan

menyurung - menyorong

Petikan 5

Sikap sesetengah pengguna jalan raya di bandar raya memburukan keadaan. Ada
pemandu yang tidak mematuhi peraturan seperti meletak kenderaan sesuka-hati dan
juga memotong di sebelah kiri. Sikap negative ini perlu dikikis kerana boleh membawa
padah dan menyusahkan pihak lain.

memburukan - memburukkan

sesuka-hati - sesuka hati

negative - negatif
Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar
kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya
sembilan (9) kriteria, seperti berikut:
1. Kata adjektif sifat / keadaan
Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi
menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada
kata nama, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh ayat: 1. Budak nakal selalu kena marah.
2. Dia lemah dalam matematik.
3. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4. Anak Pak Kamar bijak sekali.
5. Peserta itu berdiri dengan cergas.

2. Kata adjektif warna


Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama
ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: jingga perang hitam
putih biru kelabu
Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau.
2. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
3. Baju kesukaan saya berwarna kuning.
4. Kereta merah itu kepunyaan abang.
5. Dia memiliki mata berwarna biru.

3. Kata adjektif ukuran


Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama
ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh
yang berikut:
Contoh perkataan: tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca.
2. Anaknya masih kecil lagi.
3. Badannya semakin kurus.
4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

4. Kata adjektif bentuk


Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama
ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh
berikut:
Contoh perkataan: lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh ayat: 1. Jalan lurus mudah dilalui.
2. Bentuk buah kelapa itu lonjong.
3. Mukanya bujur sirih.
4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
5. Matanya tajam memandang ke hadapan.

5. Kata adjektif waktu


Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama
ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh
yang berikut:
Contoh perkataan: kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini.
2. Dia berada di kampus sehari suntuk.
3. Kenangan silam sukar dilupakan.
4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.

6. Kata adjektif jarak


Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama
ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh
yang berikut:
Contoh perkataan: nyaris dekat
hampir jauh
Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.
7. Kata adjektif cara
Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama
ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau
ragam, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu dengan laju.
2. Siapa cepat dia dapat.
3. Gasing itu berpusing ligat.
4. Arus sungai itu sangat deras.
5. Dia cermat apabila berbelanja.

8. Kata adjektif perasaan


Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai
unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau
konsep perasaan, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya.
2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
4. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.

9. Kata adjektif pancaindera


Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata
nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar,
pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut:
 Indera sentuh
Contoh perkataan: lembik kasar licin
halus kesat keras
Contoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci.
2. Kulit mukanya sangat halus.
3. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
4. Buku itu berkulit keras.
5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.
 Indera dengar
Contoh perkataan: nyaring lembut mersik
merdu garau serak
Contoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
2. Teriakannya nyaring sungguh.
3. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
5. Alunan musik itu mersik.
 Indera pandang
Contoh perkataan: comel hodoh molek
cantik buruk segak
Contoh ayat: 1. Pemuda segak itu guru saya.
2. Kakaknya suka berpakaian cantik.
3. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.
 Indera bau
Contoh
perkataan: wangi hanyir harum
busuk hancing tengik
Contoh ayat: 1. Bunga ros itu harum baunya.
2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
3. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
4. Setiap hari dia memakai minyak wangi.
5. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.
 Indera rasa
Contoh perkataan: manis kelat masam
masin payau lazat
Contoh ayat: 1. Setiap hari kita minum air tawar.
2. Semua orang suka makanan lazat.
3. Buah limau masam rasanya.
4. Saya tidak suka minum ubat pahit.
5. Kuih tradisional itu terlalu mani

Anda mungkin juga menyukai