Anda di halaman 1dari 27

TATABAHASA

BAHASA MELAYU
OLEH
MOHAMAD RADZI BIN SALLEH
IJAZAH SARJANA MUDA DALAM PBMP, UPM
SARJANA BAHASA MELAYU, UPM

TELEFON BIMBIT : 018-2291050

ALAMAT E-MEL : radzi1101@yahoo.com


KATA ADJEKTIF
 paling (ter-) + kata adjektif
paling pandai/terpandai
paling tinggi/tertinggi
paling cerdik/tercerdik
paling lazat/terlazat
paling baik/terbaik
KATA ADJEKTIF
 Kataadjektif + sekali
pandai sekali
baik sekali
besar sekali
Bukan
paling pandai sekali
paling baik sekali
paling besar sekali
KATA ADJEKTIF
 ter-+ {amat, sangat} + kata
adjektif
teramat pandai
teramat bijak
tersangat rajin
tersangat tekun
KATA ADJEKTIF
 {sangat,amat, sungguh} + kata
adjektif + sekali
sangat pandai sekali
sangat santun sekali
amat berani sekali
amat lemah sekali
sungguh rajin sekali
sungguh sopan sekali
SOALAN
Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis.
Huraikan jenis-jenis kata adjektif tersebut
beserta dengan contoh dalam bentuk
powerpoint.

 p/s jawapan ditulis dengan menyambung


slide powerpoint ini. Pastikan setiap slide
mempunyai nama anda.
JAWAPAN
9 jenis kata
adjektif

1. jarak
2. pancaindera
3. perasaan
4. cara
5. bentuk
6. waktu
7. ukuran
8. warna
9. sifatan/keadaan

Michelle Ng Ke Jing
01 Jarak
Jenis perkataan yang membawa pengertian konsep ruang
antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata
nama.

Michelle Ng Ke Jing
Contoh:

jauh hampir rapat dekat

Contoh ayat:
1. Rumah yang hendak dituju itu sungguh jauh.
2. Rumahnya paling hampir dengan sekolah.
3. Kawan rapat saya belajar di luar negara.

Michelle Ng Ke Jing
02 Pancaindera
Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian
kosep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan
kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama.

Michelle Ng Ke Jing
Contoh:
sedap cantik bising wangi licin selesa

Contoh ayat:
1. Sup yang dimakannya sungguh sedap.
2. Pemandangan di kaki bukit itu sungguh cantik.
3. Suara lelaki itu sungguh bising.
4. Pakaian yang dicuci dengan serbuk Daia itu sungguh wangi.
5. Permukaan yang licin itu berbahaya untuk pejalan kaki.
6. Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar.

Michelle Ng Ke Jing
03 Perasaan
Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian
kosep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti
ikeh kata sendu nama.

Michelle Ng Ke Jing
Contoh:

rindu benci berahi suka kasih

Contoh ayat:
1. Dia amat rindu akan emaknya.
2. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.
3. Anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu.

Michelle Ng Ke Jing
04 Cara
Jenis perkataan yang membawa pengertian keadaan
kelakuan atau ragum, sebagai oenerang kata nama.

Michelle Ng Ke Jing
Contoh:

cepat lambat lincah jelas


Contoh ayat:
1. Air sungai itu mengalir dengan deras.
2. Orang yang lambat selalu rugi.
Pemain lincah itu berasal dari utara.

Michelle Ng Ke Jing
05 Bentuk
Jenis perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk
sebagai unsur keterangan.

Michelle Ng Ke Jing
Contoh:

lekuk buncit bengkok bulat

Contoh ayat:
1. Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu lekuk.
2. Perut Si Luncai buncit.
3. Tiang elektrik itu telah pun bengkok kerana dilanggar oleh kereta
merah itu.

Michelle Ng Ke Jing
06 Waktu
Jenis perkataan yang membawa pengertian konsep masa
sebagai unsur keterangan.

Michelle Ng Ke Jing
Contoh:

lama segera lambat cepat


Contoh ayat:
1. Radia lama itu masih lagi digunakan.
2. Pekerja itu terburu-buru ingin segera sampai ke destinasinya.
3. Murid-murid itu didenda kerana datang lambat ke sekolah.

Michelle Ng Ke Jing
07 Ukuran
Jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran
sebagai unsur keterangan.

Michelle Ng Ke Jing
Contoh:

panjang kecil nipis

Contoh ayat:
1. Pembaris penajang itu telah patah.
2. Walaupun bertubuh kecil tetapi selera makannya besar.
3. Lukanya dibalut dengan kain nipis.

Michelle Ng Ke Jing
08 Warna
Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian
warna sebagai unsur keterangan.

Michelle Ng Ke Jing
Contoh:

merah kuning coklat

Contoh ayat:
1. Baju merah itu kepunyaanku.
2. Warna kuning itu warna diraja.
3. Selendang kakak berwarna coklat.

Michelle Ng Ke Jing
09 Sifatan/ Keadaan
Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian
sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan.

Michelle Ng Ke Jing
Contoh:

baik pandai lemah

Contoh ayat:
1. Budak baik selalu dipuji.
2. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.
3. Kesemua ahli pasukan itu amat lemah.

Michelle Ng Ke Jing
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai