Anda di halaman 1dari 2

MICHELLE NG KE JING

Tutorial 9

Tulis satu esei pendek (300 pp) yang bertemakan pendidikan dengan merujuk kepada beberapa
sumber(jurnal, buku, majalah, internet dan lain-lain sumber rujukan).

Masalah-masalah yang dihadapi oleh sector pendidikan.

Bidang pendidikan semasa kini telah menjadi kritikan masyarakat dan dianggap sebagai
bidang sensitif negara. Hal ini dikatakan demikian kerana bidang ini mampu mengubah scenario
politik dan sosial negara kita. Dalam bidang ini, bilangan generasi muda turut menjadikan pendidikan
satu isu yang harus diatasi dengan bijak tetapi pantas. Kejayaan negara dalam menangani cabaran
globalisasi pasti akan mendatangkan kejayaan kepada rakyat dan negara kita.
Masalah yang paling kritikal yang dihadapi dalam bidang pebdidikan ialah kekurangan
disiplin dan salah laku pelajar. Masalah disiplin di sekolah semakin hari semakin merosot dalam
kalangan murid. Antara masalah disiplin yang sering diperkatakan ialah kes guru dipukul, gejala
jenayah pelahar, sikap ponteng pelajar dan budaya buli. Keadaan ini turut menyebabkan bidang
pendidikan menjadi mangsa sasaran kritikan masyarakat .
Selain itu, masalah seterusnya yang dihadapi dalam sektor pendidikan ialah guru dikehendaki
menggunakan penyampaian pengajarannya yang terbaru dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan untuk
membolehkan pelajar dapat memahami sesuatu idea atau proses yang rumit dengan mudah. Dalam hal
ini, guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang
bersifat homogenius, iaitu menggunakan bahan bantuan semasa mengajar. Alat bantu mengajar yang
digunakan berharga tinggi dan akan memberi tekanan masalah kepada guru.
Tambahan pula, pelajar berlumba-lumba untuk menganut jumlah ‘A’ yang banyak dalam
peperiksaan turut menjadi satu kemelut dalam pendidikan. Dalam hal ini, sekolah dianggap oleh
pelajar sebagai tempat untuk menghafal bukannya memberi pendidikan yang holistik kepada mereka.
Sebagai kesannya, pelajar sekarang tidak mampu berfikir secara kritis atau menyelesaikan masalah
yang di luar batasan soalan peperiksaan yang ditanya kepada mereka.
Kesimpulannya, bagi meningkatkan tahap pendidikan negara, pendidikan harus diberi lebih
banyak peruntukan. Guru-guru harus diberi banyak ruang untuk kreatif dalam pengajaran mereka.
Bukan itu sahaja, guru juga harus diberi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka
melalui kursus dan program pendidikan jarak jauh yang disediakan. Insentif kewangan yang lebih
setimpal dengan tugas yang diamanahkan harus diberikan kepada guru kerana guru merupaka sumber
inspirasi generasi muda.

Rujukan

H Abuddin Nata, M. A. (2012). Manajemen Pendidikan: Mengatasi Kelemahan Pendidikan


Islam di Indonesia. Kencana.

Barizi, A. (2011). Pendidikan integratif: Akar tradisi dan integrasi keilmuan pendidikan Islam.
UIN-Maliki Press.
MICHELLE NG KE JING

Lo, S. (n.d.). Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion dan langkah-langkah
untuk mengatasinya. Retrieved from https://www.academia.edu/6380185/Cabaran-
cabaran_yang_dihadapi_oleh_guru_dalam_profesion_dan_langkah-
langkah_untuk_mengatasinya

Mahat, N. A. (1970, January 01). Karangan Isu Pendidikan Negara? Satu Pandangan Berani.
Retrieved from http://azman-duniaku.blogspot.com/2009/01/karangan-isu-pendidikan-
negara-satu.html

Lampiran

Manajeman Pendidikan Islam Pendidikan integratif: Akar tradisi dan integrasi

keilmuan pendidikan Islam. UIN-Maliki Press

Anda mungkin juga menyukai