Anda di halaman 1dari 9

7.

Takrif Kata Adjektif kata adjektif sebagai frasa adjektif yang mempunyai susunan

TBD mentakrifkan

perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat.Contohnya; 1. Adik saya tinggi. 2.Ali sangat pandai. 3. Pendapatnya lain sekali. Frasa adjektif juga berfungsi sebagai unsure predikat atau unsure keterangan dalam predikat. Contoh Frasa adjektif sebagai unsure predikat; 1. Perangainya tentu baik. 2. Anaknya masih kecil lagi. 3. Warna bajunya kehijau-hijauan. Contoh Frasa adjektif sebagai keterangan dalam predikat 1. Dia berjalan sangat cepat 2. Dia pulang segera 3. Kanak-kanak itu tidur sungguh nyenyak. TBBI mentakrifkan kata adjektif sebagai pengelompokan Frasa adjektiva dan mempunyai persamaan dengan fungsi unsur predikat, unsur keterangan dan unsur penerang dalam TBD. Unsur tersebut adalah sama dengan fungsi atributif, fungsi predikatif dan fungsi adverbial dalam TBBI. Funsgi atributif menjadi penerang dalam frasa nomina yang nominanya menjadi subjek, objek atau pelengkap. Contohnya;

1. Baju putih yang panjang baju putih yang panjang dan bersih 2. mobil tua yang murah mobil tua yang murah dan popular Fungsi predikatif pada adjektiva sebagai predikat dan pelengkap dalam klausa. Contohnya; 1. Gedung yang baru itu sangat megah 2. Setelah menerima rapor, mereka pun gembira. 3. Sedihlah hatinya melihat anaknya tidak naik kelas. Jika adjektiva menerangkan verba maka ia berfungsi sebagai adverbial iaitu menjadi keterangan daripada seluruh ayat.Contohnya; 1. (bekerja) dengan baik bekerja baik-baik 2. (berkata) dengan tegas berkata tegas-tegas 3.(pergi) dengan cepat pergi cepat-cepat

7.2

Makna Unsur keterangan dalam Frasa Adjektif

TBD menyeneraikan Sembilan makna yang diungkapkan unsure keterangan dalam frasa adjektif. Contohnya; 1. Keterangan cara a. Badannya sihat dengan tiba-tiba. b. Pokok itu segar dengan cepatnya. 2. Keterangan bandingan a. Buahnya manis ibarat gula. b. Badannya kurus bagai lidi.

3. Keterangan hal atau Keadaan a. Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya. b. Ramai penduduk desa masih melarat dalam kemiskinan. 4. Keterangan tujuan a. Rumah kita harus bersih demi kesihatan hidup kita. b. Kita mesti cergas untuk kemajuan masyarakat kita. 5. Keterangan kekerapan a. Dia sakit selalu. b. Pekerja itu jarang-jarang lewat. 6. Keterangan terhadap a. Bayi itu sangat rindu akan emaknya. b. Kita harus cinta akan tanah air. 7. Keterangan musabab a. Budak itu malas oleh sebab keletihan b. Murid-murid itu lemah kerana tiada usaha. 8. Keterangan waktu a. Ali selalu sakit ketika bayi dahulu b. Pegawai itu sungguh cekap pada masa sekarang ini. 9. Keterangan tempat a. Kanak-kanak itu sakit pada kakinya. b. Bentuknya leper pada bahagian bawahnya.

7.3

Jenis Kata Adjektif.

Dalam TBD, kata adjektif dikelompokkan kepada Sembilan jenis iaitu: (1) sifat atau keadaan (2)warna, (3)ukuran, (4)bentuk, (5)waktu, (6)jarak, (7)cara, (8)perasaan, dan (9)pancaindera. Dalam TBBI pula kata adjektiva dibahagikan kepada adjektiva bertaraf dan tidak bertaraf. Adjektiva bertaraf mempunyai hubungan dengan pemeri. Ia terbahagi kepada tujuh jenis iaitu: (1)sifat, (2)ukuran, (3)warna, (4)waktu, (5)jarak, (6)sikap batin, dan (7)cerapan.Adjektiva tidak bertaraf ialah adjektiva bentuk. Menurut Abdul Hamid Mahmood(2013) terdapat satu perbezaan antara TBD dengan TBBI iaitu, kata sepeerti cepat, lambat, perlahan, sering dan kata selalu oleh TBD disebut sebagai kata adjektif yang menyatakan kata adjektif cara sedangkan TBBI menamakannya sebagai adverbial kecaraan, iaitu adverbial yang menggambarkan makna yang berhubungan dengan bagaimana peristiwa yang diterangkan oleh adverbial itu berlangsung atau terjadi. Untuk itu, TBBI memberikan contoh penggunaan diam-diam, secepatnya, dan pelan-pelan seperti dalam ayat berikut: a. Ikuti dia diam-diam dari belakang. b. Kami akan menyelesaikan tugas itu secepatnya. c. Pelan-pelan Moerdiono menjelaskan posisi pemerintah. Adapun rumusan TBD tentang kata Adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi pengertian keaadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Perhatikan penggunaan cepat, deras, lincah, perlahan, dan gopoh yang terdapat dalam TBD seperti yang berikut: a. Tindak balas orang tua itu sungguh cepat. b. Pengaliran air sungai itu deras. c. Pemain lincah itu berasal dari utara.

d. Gerak-gerinya amat perlahan. e. Dia selalu gopoh dalam peperiksaan. Berdasarkan fungsi kata adjektif cara sebagai penerang kata nama, kelima-lima contoh TBD dapat dikemukakan kembali menjadi seperti yang berikut: Kata adjektif cara Sungguh cepat deras lincah amat perlahan Selalu gopoh Frasa nama yang diterangkan tindak balas orang tua itu pengaliran air sungai itu pemain (itu) gerak-gerinya dia

Kata adjektif sungguh cepat, deras, lincah dan amat perlahan secara berturutan menerangkan tindak balas orang tua itu, pengaliran air sungai itu, pemain itu, dan gerak-gerinya. Akan tetapi, kata adjektif selalu gopoh yang menerangkan kata dia tidak akan mudah untuk difahami. Menurut konteks ayatnya, kata dia tidak selamanya berada dalam keadaan selalu gopoh. Yang bersangkutan berada dalam keadaan seperti itu (selalu gopoh) hanya pada saat-saat tertentu, yakni ketika dia sedang (berada) dalam peperiksaan. Lapan jenis kata adjektif yang memperlihatkan persamaan antara TBD dan TBBI dapat dilihat dalam jadual berikut: Jenis Kata Adjektif 1. Kata Adjektif Sifatan atau keadaan Baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, lemah, kasar, berani, takut, sihat 2. Kata Adjektif Warna Merah, putih, biru, hijau, perang,ungu, kelabu, hitam, kuning, jingga Perilaku Semantis Adjektiva 1. Adjektiva Pemeri Sifat Aman, bersih, cocok, dangkal, indah, ganas, kebal, latah, panas, dingin 2. Adjektiva Warna Merah, kuning, hijau, biru, hitam, putih, jingga, lembayung

Jenis Kata Adjektif 3. Kata Adjektif Ukuran Panjang, pendek,kecil, besar, tinggi, rendah, tebal, nipis, kerdil, renek 4. Kata Adjektif Bentuk Bulat, lonjong, bujur, bundar, leper, bengkok,lurus, buncit, kempis, lekuk 5. Kata Adjektif Waktu Baharu, lama, segera, suntuk, silam, lampau, lewat, cepat, lambat, awal 6. Kata Adjektif Jarak Jauh, dekat, hampir, nyaris 7. Kata Adjektif Perasaan Rindu, benci, segan, suka, gembira, berahi, ragu, kasih, sayang

Perilaku Semantis Adjektiva 3. Adjektiva ukuran Berat, ringan, tinggi, panjang, pendek, kecil, besar, rendah,tebal, tipis, luas, lapang, sempit, longgar 4. Adjektiva Bentuk Bundar, bengkok, bulat, lonjong, lurus 5. Adjektiva Waktu Lama, segera, jarang, sering, cepat,lambat, larut, mendadak, singkat 6. Adjektiva Jarak Jauh, dekat, lebat, suntuk, rapat, ranggang, akrab 7. Adjektiva Sikap Batin Bahagia, bangga, benci, berahi, berani, cemas, lembut, gembira, hairan, iba, jahat, jemu, kagum, kasih, ngeri, pening, ragu-ragu, rindu, risau, sakit, sakit, sayang, sedih, segan, takut, yakin 8. Adjektiva Cerapan a. Pencitarasaan: asam, enak, kelat, lezat, lemak, manis, pahit, payau, sedap, tawar b. Penglihatan: gemerlap, suram, terang c. Pendengaran: bising, garau, jelas, merdu, nyaring, serak d. Penciuman: anyir, busuk, hancing, harum, semerbak, tengik, wangi e. Perabaan: basah, halus, kasar, keras, kesat, lembab, lembut, licin, tajam

8. Kata Adjektif Pancaindera a. Indera rasa: sedap, manis, lazat, masam, kelat, pahit, masin, tawar, lemak, payau b. Indera pandang: cantik, molek, hodoh, lawa, buruk, tampan, comel, segak c. Indera dengar: bising, merdu, nyaring, lunak, mersik, serak, garau d. Indera bau: harum, wangi, busuk, hapak, tengik, semerbak, hanyir, hancing

e. Indera sentuh: halus, licin, kasar, keras, kesat, lembap, lembut 7.5 Kata Adjektif Dalam Bentuk Perbandingan Darjah biasa, darjah bandingan, dan darjah penghabisan merupakan tiga bentuk perbandingan yang dinyatakan TBD. Sehubungan dengan penggunaan kata adjektif. Darjah bandingan oleh TBD dibahagi lagi menjadi dua, iaitu bandingan yang sama dan bandingan yang berbeza. Mengenai perbandingan tersebut, TBBI juga mengemukakan tiga tingkat iaitu tingkat ekuatif, tingkat komparatif dan tingkat superlative. Bentuk perbandingan kata adjektif dan adjektiva yang mempunyai taraf yang sama dalam jadual di bawah; TBD 1. Bandingan Sama a. sama + kata adjektif + dengan Contoh, i, Gadis itu secantik puteri raja. b. Tidak memberi ayat contoh. Contoh, dengan dengan 2. Bandingan Berbeza lebih atau kata penguat kurang. Contoh, ini. ii, Gadis itu lebih cantik kakaknya. TBBI 1. tingkat Ekuatif sama + kata adjektif + dengan Contoh, i, Tuti secantik ibunya. b. bukan sama + kata adjektif + dengan Contoh, Ciamis. itu. 2. Tingkat Komparatif tingkat komparatif.Penggunaan kata lebih, daripada, kurang.daripada dan kalah Contoh, daripada i, Mangga arumanis lebih enak dari (pada) mangga golek.

Awalan sebelum kata adjektif atau a. Awalan sebelum kata adjektif atau

i, sebesar boleh menjadi sama besar i, Kota Garut sama ramainya dengan ii, setinggi boleh menjadi sama tinggi ii, Mesin ketik ini sama mahalnya dengan

a. Kata adjektif mempunyai kata penguata. kalah sebagai penerang menyatakan

i, Murid itu kurang pandai daripada murid dengan atau daripada

b. Dalam ayat majmuk daripada diguna ii, Restoran ini kurang bersih dari (pada) pada klausa subordinatif atau klausa pembanding Contoh, restoran itu. Adjektiva komparatif dapat dinominalkan menjadi subjek kalimat

i, (lebih baik) beli kemeja batik saja Contoh, daripada baju blaus untuk pertemuan i, Kusnawanlah yang lebih pandai di malam nanti. 3. Darjah Penghabisan darjah penghabisan. TBD hanya pola antara keduaanya. 3. Tingkat Superlatif tinggi antara sama bentuk adjektiva awalan ter, kata penerang paling b. Diikuti frasa berpreposisi dari, antara, di antara atau dari antara Contoh, i, dari semua anakku Kosnolah yang terpandai ii, Toni yang paling rajin di antara semua mahasiswa b. kata dapat dilesapkan tanpa menimbulkan perbezaan erti i, kain batik tulis biasanya (yang) paling mahal. b. bentuk superlative digabung dengan frasa kata bilangan. i, Surabaya ialah kota (yang) terbesar nomor dua setelah Jakarta.

a. Tidak terdapat penjelasan tentang a. Tingkat kualiti atau intensity paling mengemukakan pengungkapannya. Contoh, i, se- + kata adjektif + ganda + kata nama Sepandai-pandai tupai Secantik-cantik bunga Sebaik-baik manusia ii, ter - + kata adjektif Terpandai, tertinggi, tercantik iii, paling + kata adjektif Paling pandai Paling cantik Paling lazat

Anda mungkin juga menyukai