Anda di halaman 1dari 3

BAB 3

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang
lain seperti kata bantu atau kata penguat.
Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja
dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya : amat sakit,
sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali.
Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu
kata nama atau frasa nama. Perhatikan contoh-contoh ayat yang berikut :
1. Abang saya tinggi.
2. Ahmad sangat pandai.
3. Remaja itu baik.
4. Buah fikirannya lain sekali.
5. Anak Pak Rahim masih kecil lagi.
6. Malam ini gelap benar.
7. Reka bentuk rumah itu sangat lain.
8. Buah rambutan itu belum masak lagi.
9. Hujan petang ini amat lebat sekali.
10. Suaranya masih sungguh merdu.

3.1 JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF


Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti yang
berikut:

Jenis Kata Adjektif Contoh

Kata adjektif sifat/ keadaan pandai, cerdik, bijak, gopoh, kuat, lemah, sibuk, sakit,
tenang

Kata adjektif warna biru, hitam, hijau, kekuningan, kelabu, jingga, perang

Kata adjektif ukuran luas, panjang, pendek, tinggi, rendah

Kata adjektif bentuk bulat, bujur, cembung, segi tiga, segi empat, lonjong

Kata adjektif waktu lewat, awal, lambat, spontan, segera, baru

Kata adjektif cara deras, cepat, perlahan, lembap, laju

Kata adjektif perasaan sayang, rindu, marah, geram, simpati,sedih, kasihan,


dendam

Kata adjektif jarak jauh, dekat, hampir


Kata adjektif pancaindera tawar, manis, masin, cantik, kemas, nyaring, merdu,
(pandang, dengar, bau, harum, busuk, kasar, licin
sentuh dan rasa )

3.2 PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF


Kata adjektif terbahagi kepada empat jenis iaitu :

Jenis Kata Adjektif Contoh

Kata adjektif tunggal baik, jahat, sombong, rajin, sabar, tekun, aktif

Kata adjektif terbitan terkenal, terpanjang, sepandai, setinggi, termuda

Kata adjektif ganda Gandaan penuh


besar-besar, baik-baik, hitam-hitam, masam-masam, pandai-
pandai
Gandaan Separa
kecil-kecilan, takut-takutan, gila-gilaan
Gandaan Berentak
kacau-bilau, kusut-masai, kucar-kacir, riuh-rendah, simpang-
siur

Kata adjektif majmuk hijau daun, biru laut, kuning langsat, merah jambu, terang
hati, rabun jauh

3.3 KESALAHAN LAZIM DALAM PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF


Terdapat beberapa jenis kesalahan yang telah dikenal pasti dan sering kali dilakukan oleh
murid.

(a) Penggunaan imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling

Dalam Bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah
menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh
menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-duanya atau ketiga-tiganya tidak boleh
digunakan serentak. Misalnya apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan
teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya. Namun
demikian, kebanyakan murid sering kali melakukan kesalahan dalam aspek ini. Contohnya:

SALAH BETUL

paling terbaik sekali baik sekali


paling terbaik paling baik
paling tercantik sekali cantik sekali
paling tercantik paling cantik
paling termasyhur paling masyhur
paling masyhur sekali masyhur sekali
paling terpandai sekali pandai sekali
terindah sekali terindah
terpandai sekali terpandai
tertinggi sekali tertinggi
terendah sekali terendah

Anda mungkin juga menyukai