Anda di halaman 1dari 29

X PENGENALAN

Anda telah mempelajari golongan kata Kata Nama dan Kata Kerja dalam Topik
2. Perbincangan lanjut akan dikemukakan tentang golongan kata dalam topik ini,
iaitu Kata Adjektif, Kata Tugas dan Pembentukan Perkataan Baharu.

Bawah tajuk Kata Adjektif, kita akan berbincang tentang jenis kata adjektif dan
bawah tajuk kata tugas pula, akan dipaparkan perbincangan tentang kata
hubung gabungan, kata hubung pancangan, kata praklausa dan kata prafrasa.
Pembentukan perkataan baharu juga akan diterangkan. Ia akan dilihat dari segi
pembentukan perkataan baharu berasaskan bahasa Sanskrit, bahasa Arab-Farsi
dan bahasa Yunani-Latin-Inggeris.



Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan jenis kata adjektif dan kata tugas;
2. Mengaplikasikan kata adjektif dan kata tugas dalam petikan yang
diberikan; dan
3. Menghuraikan pembentukan kata pinjaman daripada pelbagai
bahasa sumber yang dipilih.
HASIL PEMBELAJARAN

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
3
3

X
Kata Adjektif,
Kata Tugas
dan Kata
Pinjaman
X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



34
KATA ADJEKTIF

Subtopik ini akan menjelaskan kata adjektif dengan lebih lanjut.
3.1.1 Jenis Kata Adjektif
Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi unsur
inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, dan
masih lebat lagi.

Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu
nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan
didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali,
paling, agak dan benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu
sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan, sama ada imbuhan awalan,
apitan atau sisipan.

Anda dapat mengenal kata adjektif berdasarkan petunjuk berikut (Ideal, UPM):

(a) Kata adjektif disertai dengan kata penguat seperti hebat, amat,
paling cantik, laju betul, agak yakin, sangat tajam, amat gemuk,
halus sekali dan lain-lain.
(b) Kata adjektif sering kali disertai dengan imbuhan ter yang bermaksud
paling dan se yang bermaksud sama seperti terhebat (paling hebat),
termanis (paling manis), terkasar (paling kasar), seindah (sama indah),
seharum (sama harum), seberani (sama berani) dan lain-lain.
(c) Kata adjektif digunakan selepas nama benda atau sesuatu perkara.
Penggunaannya selepas nama benda atau sesuatu perkara adalah seperti
berikut: tenunannya halus, ukirannya cantik, caranya menakjubkan,
fikirannya tajam dan lain-lain.
(d) Penggunaan kata adjektif dapat disertai kata nafi tidak. Contoh
penggunaannya adalah seperti berikut: tidak putih, tidak lancar, tidak
canggih dan lain-lain.
(e) Kata adjektif dapat diulang dengan awalan se dan akhiran nya. Contoh
penggunaannya adalah seperti berikut: sedalam-dalamnya, setinggi-
tingginya, semaju-majunya dan sebagainya.

3.1
TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


35
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid
Mahmood (2004), kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu:

(i) Kata adjektif bentuk;
(ii) Kata adjektif cara;
(iii) Kata adjektif jarak;
(iv) Kata adjektif pancaindera;
(v) Kata adjektif perasaan;
(vi) Kata adjektif sifatan atau keadaan;
(vii) Kata adjektif ukuran;
(viii) Kata adjektif waktu; dan
(ix) Kata adjektif warna.


3.1.2 Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan
Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah kata yang memberikan pengertian
sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Kata adjektif jenis ini dapat
dilihat dalam empat keadaan iaitu (Ideal, UPM):

(a) Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat seperti
menakjubkan, canggih dan mempesonakan.
Saya faham. Tapi, mungkin awak yang keliru. Saya cuba
mewujudkan persahabatan, tapi belum apa-apa, awak dah mula nak
meruntuhkannya. Jangan prejudis sangat pada situasi yang sebegini.
Saya cuma hendak berkenalan. Dan kalau itu merupakan sesuatu
yang melanggar etika hidup awak, saya minta maaf. Nadia
langsung terdiam.
(Elby Wahida, 1995)
Daripada kenyataan oleh Nik Safiah Karim et. al, cuba anda telitikan
petikan di bawah dan kenal pasti kata adjektif yang terkandung di
dalamnya. Dapatkah anda tentukan jenis kata adjektif yang hadir dalam
petikan yang anda akan baca nanti?
AKTIVITI 3.1
X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



36
(b) Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang) seperti cantik, mulia
dan bersedia.
(c) Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda.
(d) Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak seperti pemurah,
pemarah, penyayang, pelupa dan ramah.

Contoh kata adjektif adalah seperti berikut:

budiman ganas berakal cermat
letih kasar canggih cemas
3.1.3 Kata Adjektif Warna
Kata adjektif warna terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian
warna sebagai unsur keterangan. Contohnya:

putih jingga
biru merah
3.1.4 Kata Adjektif Ukuran
Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberikan pengertian ukuran
sebagai unsur keterangan. Contohnya:

pendek tebal kerdil tinggi
nipis panjang renek besar
3.1.5 Kata Adjektif Bentuk
Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang memberikan pengertian rupa bentuk
sebagai unsur keterangan. Contohnya:

bulat bengkok lonjong bujur leper
lurus lekuk kempis gelembung bundar

TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


37
3.1.6 Kata Adjektif Waktu
Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang mempunyai pengertian konsep
masa sebagai unsur keterangan. Contohnya:

baharu awal lambat segera suntuk
silam lama cepat lampau lewat
3.1.7 Kata Adjektif Jarak
Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep ruang
antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata adjektif. Contohnya:

jauh hampir
dekat nyaris


3.1.8 Kata Adjektif Cara
Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep keadaan
kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contohnya:

cepat deras
laju lambat
perlahan lincah
gopoh jelas
sering selalu
Setakat ini, anda telah didedahkan dengan enam jenis kata adjektif iaitu
kata adjektif sifatan atau keadaan, warna, ukuran, bentuk, waktu dan
jarak. Bagi setiap jenis kata adjektif, sila bina 10 ayat dan bincangkan
dengan tutor anda bagi memastikan sama ada ayat anda itu tepat
ataupun sebaliknya.
AKTIVITI 3.2
X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



38
3.1.9 Kata Adjektif Perasaan
Kata adjektif perasaan ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep
perasaan, sebagai penerang kata adjektif dan harus diikuti oleh kata sendi nama.
Contohnya:

rindu benci segan suka gembira
berahi ragu kasih sayang sedih

Contoh penggunaannya dalam ayat:


x Dia amat rindu akan emaknya.
x Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.
x Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu.
x Pemuda itu rindu sangat akan gadis pingitan itu.

3.1.10 Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif pancaindera ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep
rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera, sebagai
penerang kata nama. Contohnya seperti dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Kata Adjektif Pancaindera
Kata Adjektif
Pancaindera
Penerang Kata
Rasa Sedap, manis, lazat, masam, kelat, pahit, masin, tawar, lemak,
payau
Pandang Cantik, molek, hodoh, lawa, buruk, tampan, comel, segak
Dengar Bising, merdu, nyaring, lunak, mersik, serak, garau
Bau Harum, wangi, busuk, hapak, tengik, semerbak, hanyir, hancing
Sentuh Halus, licin, kasar, keras, kesat, lembap, lembut
Gabungan Bersih (sentuh + pandang + bau), selesa (sentuh + pandang),
tenteram (dengar + pandang)

TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


39




Baca petikan berikut dan tentukan jenis kata adjektif yang digunakan
dalam petikan yang berkenaan.


Bagaimana? Seronok?
Aku tidak menjawab. Seman tidak bertanya lagi.
Man, apa yang kau tahu tentang diriku di sini? tanyaku sambil
menanggalkan baju untuk bersalin pakaian tidur.
Terlalu banyak untuk saya katakan. Tentu cikgu ingin satu-satu
pandangan bagi satu-satu perkara yang khusus sahaja.
Emm, ya, apa yang kau tahu mengenai aku dan Salwa?
Dengan Salwa sahaja?
Hmm, aku berasa bertambah minat. Ada orang lain?
Masita.
Aku betul-betul terperanjat. Perhubungan yang selama ini aku
rahsiakan telah diketahui. Siapa yang memberitahunya? Atau dia
sendiri pernah ternampak aku dan Masita?
Masita? aku terkejut sekali atas pengetahuannya.
Ya. Masita dan Salwa. Bukankah mereka masing-masing mempunyai
perhubungan dengan cikgu?
Aku duduk di sisinya. Berminat dengan seribu kecurigaan.


(Abdul Talib Mohd Hassan, 1995: 264-265)
AKTIVITI 3.3
X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



40
3.1.11 Petua Penggunaan Kata Adjektif
Berikut dijelaskan petua penggunaan kata adjektif .

(a) Kata adjektif dikenali jika kata tersebut didahului atau diikuti kata penguat
seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak dan
benar.

(b) Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa
nama.

(c) Kata adjektif perasaan harus diikuti kata sendi nama seperti akan,
dengan, terhadap dan sebagainya.

Contohnya:
(i) Saya sangat segan dengan anda.
(ii) Siti amat rindu akan kekasihnya di Sabah.
(iii) Orang kaya berkenaan amat malu untuk meminta pertolongan
mereka.
KATA TUGAS

Tajuk kedua yang anda akan pelajari dalam Topik 3 ini ialah Kata Tugas. Kata
tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi
sebagai kata praklausa, prafrasa atau sebagai kata pascakata. Jadual 3.2 yang
berikut boleh membantu anda memahami Kata Tugas.

3.2
TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


41
Jadual 3.2: Kata Tugas
Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

Kata Hubung Gabungan
(a) Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.


x Gabungan


dan, atau, tetapi, serta, lalu,
malahan, sambil, kemudian


x Aminah mengemas rumah dan ibunya
membasuh kain.
x Mereka mungkin pergi ke Johor atau
ke Perak.
x Sampah itu dipungutnya kemudian
dicampakkannya ke dalam tong
sampah.


Kata Hubung Pancangan
(a) Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa
induk.


x Relatif

yang

x Budaya hidup yang bertoleransi dapat
menjamin kesejahteraan.
x Mereka beramai-ramai pergi ke
sekolah yang menawarkan kursus
komputer.


x Komplemen

bahawa

x Guru itu menyatakan bahawa
muridnya sangat rajin.
x Semua pihak harus menyedari bahawa
perkara yang dihadapi adalah amat
mencabar.


x Keterangan

kerana, agar, meskipun,
sekiranya, semoga, supaya,
kalau, andai kata,
kendatipun, hingga, jika,
semasa, sementara, setelah,
sewaktu, ketika, untuk,
tatkala, walaupun,
sungguhpun, apabila


x Pertandingan badminton akan
ditangguhkan sekiranya tiada
sambutan.
x Dia membaca terlalu banyak hingga
terlupa untuk makan.
x Sementara menanti padi masak, petani
itu menanam jagung.
x Kalau musuh menyerang, kami akan
melawan.
x Sewaktu diumumkan berita penting
itu kami tiada di sini.
x Orang tua itu berdoa semoga
keluarganya sentiasa sihat.

X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



42

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

Kata Praklausa
(a) Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru,
kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.
(b) Tugasnya adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang
pangkal kepada klausa.


x Kata seru

aduh, amboi, cis, oh, celaka,
eh, wah, syabas, aduhai,
wahai

x Syabas, awak telah berjaya!
x Aduhai, awak datang lambat sangat!


x Kata tanya

berapa, bila, bagaimana,
mengapa, apa, siapa, mana

x Harga barang itu berapa?
x Mengapakah dia menangis semalam?
x Kesihatannya sekarang bagaimana?
x Berapa tahunkah dia belajar di luar
negeri?
x Manakah baju baharu saya?
x Siapakah yang datang semalam?


x Kata perintah

jangan, usah, sila, jemput,
minta, tolong, harap, sila,
jangan

x Jangan buang sampah di sini.
x Janganlah bersusah hati.
x Harap saudara dapat datang petang
ini.
x Silalah masuk.


x Kata pembenar

ya, benar, betul, benar

x Ya, itulah orangnya.
x Betul, tanyalah dia untuk
mendapatkan kepastian.
x Benar, itulah cikgu baru di sekolah
kita.


x Kata pangkal
ayat

hatta, maka, syahadan,
adapun, alkisah, kalakian,
sebermula, sekali peristiwa,
arakian

x Hatta istana itu pun siaplah.
x Kalakian berlakulah permusuhan
antara kedua-dua kerajaan itu.
x Maka baginda pun bertitah kepada
Bendahara Paduka Raja.
x Sebermula berburulah baginda
bersama-sama hulubalangnya.


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


43

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

Kata Prakfrasa
(a) Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja,
ataupun frasa adjektif.
(b) Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu,
menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan
membilang.


(i) Bantu Aspek:
telah, baru, pernah,
sedang, masih, akan,
belum

x Pekerja itu telah pulang.
x Murid-murid itu baru tiba.
x Mereka pernah ke utara Malaysia.
x Mereka sedang menyiapkan
pengaturcaraan komputer.
x Semua pihak sedang sibuk
menyiapkan kerja.
x Adik masih membersihkan meja.
x Semua kenderaan akan diperiksa
esok.
x Pembesaran tasik masih belum dapat
dimulakan lagi.


x Kata bantu

(ii) Bantu Ragam:
hendak, mahu, harus,
mesti, boleh, dapat


x Cikgu Ramli bersungguh-sungguh
hendak mengadakan kelas tambahan.
x Ramai graduan yang mahu bekerja
sendiri.
x Halaman di hadapan rumah harus
dibesarkan lagi.
x Keputusan mesti diumumkan pada
hari ini juga.
x Semua pihak boleh memberikan
pendapat mereka.
x Atuk dapat mengerjakan fardhu haji
pada tahun ini.


X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



44

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

(i) Penguat hadapan:
terlalu, paling, agak

x Kata penguat
hadapan ialah
perkataan yang
letaknya di hadapan
kata adjektif.


x Bangau itu terlalu kurus.
x Cadangan yang dikemukakannya
paling menarik.
x Pendapatnya agak bernas.

(ii) Penguat belakang:
sekali, benar, nian

x Kata penguat
belakang ialah
perkataan yang
letaknya di belakang
kata adjektif.


x Lukisan di dinding itu cantik sekali.
x Lambat benar bas itu tiba.
x Dia keluar sebentar nian.

x Kata penguat

(iii) Penguat bebas:
amat, sangat, sungguh

x Kata penguat bebas
ialah perkataan yang
letaknya bebas, sama
ada di hadapan atau
di belakang kata
adjektif.


x Pakaian pasukan itu amat kemas.
x Pakaian pasukan itu kemas amat.
x Hari sangat panas.
x Hari panas sangat.
x Angin sungguh nyaman.
x Angin nyaman sungguh.


(i) Penegas frasa
predikat:
-kah, -tah, -lah.

x Hanya berlaku
apabila frasa
predikat atau
bahagian yang
ditegaskan
mengalami proses
pendepanan.


x Siapakah majikan kamu itu?
x Apatah daya kita.
x Orang itulah bapanya.

x Kata penegas

Kata penegas
memberi
penekanan pada
bahagian
tertentu dalam
ayat.

(ii) Penegas frasa subjek
atau frasa predikat:
juga, pun, jua, hanya,
lagi, hanya, memang

x Bersifat bebas dari
segi kehadirannya
dalam ayat


x Kami juga ingin ke bandar.
x Kami ingin juga ke pekan.
x Hujan hanya turun pada musim
dingin.
x Hujan turun hanya pada musim
dingin.






TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


45
Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

(i) Menjadi unsur nafi frasa
nama dan frasa sendi
nama: bukan


x Itu bukan mereka.
x Roti bukan diperbuat daripada besi.

(ii) Menjadi unsur nafi
frasa kerja dan frasa
adjektif: tidak


x Dia tidak berlari.
x Rumah lama itu tidak besar sangat.


x Kata nafi

Kata nafi ialah
perkataan yang
menjadi unsur
nafi frasa
predikat, iaitu
frasa nama, frasa
kerja, frasa
adjektif, dan
frasa sendi nama.


(iii) Menjadi unsur nafi frasa
kerja dan frasa adjektif
jika kedua-dua frasa
mendukung maksud
pertentangan
maklumat: bukan


x Dia bukan hendak belajar tetapi
hendak bermain sahaja.
x Pak Ali bukan kaya sangat tetapi
pemurah orangnya.

(i) Hadir di hadapan
frasa nama: ialah


x Yang dapat dilihat ialah usaha dan
kerajinannya.
x Kereta api laju ke KLIA ialah jenis
pengangkutan yang dapat
menjimatkan masa.


x Kata pemeri

Kata pemeri
ialah unsur yang
menjadi pemeri
hal atau
perangkai antara
subjek dengan
frasa utama
dalam predikat.


(ii) Hadir di hadapan
frasa adjektif dan
frasa sendi nama:
adalah


x Kenyataan itu adalah tidak benar.
x Kejadian yang berlaku itu adalah
disengajakan bagi mengelakkan salah
faham.


(i) Menunjukkan tempat:
di

x Tempat: Pengembara itu sesat di
dalam hutan.


(ii) Menunjukkan: tempat,
arah dituju, waktu atau
masa: ke

x Tempat: Mereka akan ke Kuantan
esok.
x Arah: Mereka menuju ke selatan.
x Waktu atau masa: Ali menunggu
hingga ke petang.


x Kata sendi nama

Kata sendi nama
ialah perkataan
yang letaknya di
hadapan frasa
nama.


(iii) Menyatakan tempat
atau arah,waktu atau
masa: dari

x Tempat atau arah: Angin bertiup dari
arah selatan.
x Waktu atau masa: Tempoh
pembayaran bermula dari esok.


X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



46

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat


(iv) Menyatakan punca
bagi manusia, haiwan,
benda, unsur mujarad,
sumber, asal kejadian,
perbezaan, dan
perbandingan:
daripada


x Punca: Dia menerima surat daripada
kakak.
x Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu
diperbuat daripada logam.
x Perbezaan atau perbandingan: Kami
tiba lewat daripada mereka.



(v) Menyatakan sasaran
yang merujuk manusia,
haiwan, unsur
mujarad, menyatakan
pecahan dan
menyatakan perubahan
keadaan: kepada


x Sasaran: Sila kembalikan borang itu
kepada kerani.
x Pecahan: Peserta dibahagikan kepada
dua kumpulan.
x Perubahan keadaan: Keadaan berubah
kepada yang lebih baik.



(vi) Menunjukkan
keterangan waktu dan
tempat: pada

x Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh
pagi.
x Tempat: Tuliskan nama anda pada
kertas ini.



(vii) Menunjukkan
kegunaan untuk
sesuatu: untuk, bagi

x Kegunaan untuk sesuatu: Rumah
untuk pekerja sedang dibaiki.
x Rumah bagi pekerja sedang dibaiki.



(viii) Menyatakan maksud
bahagian yang
ditentukan atau
diperuntukkan: untuk


x Bahagian yang ditentukan atau
diperuntukkan: Hadiah ini untukmu.


(ix) Bertugas membawa
makna tujuan: demi


x Tujuan: Kita mesti bersatu demi
keadilan negara.


(x) Membawa maksud
rujukan: tentang


x Rujukan: Mereka berbincang tentang
masalah negara.


(xi) Membawa maksud
perbandingan: seperti,
bagai, umpama,
laksana


x Perbandingan: Hatinya keras {seperti,
bagai, umpama, laksana} batu.






TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


47
Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

(xii) Membawa maksud
bersama-sama, cara
sesuatu dilakukan,
memakai atau
menggunakan,
menyatakan
perbandingan yang
serupa: dengan


x Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan
ibu.
x Cara sesuatu dilakukan: Dia
memulakan majlis dengan doa.
x Memakai atau menggunakan: Ani
melukis potret itu dengan cat air.
x Menyatakan perbandingan: Dia
sentiasa sependapat dengan ketuanya.


(xiii) Membawa maksud
penanda waktu atau
masa: sejak, semenjak


x Penanda waktu atau masa: Kami
tinggal di kampung {sejak, semenjak}
dua tahun yang lalu.

(xiv) Membawa maksud
rujukan: terhadap


x Rujukan: Tanamilah rasa belas kasihan
terhadap binatang.

(xv) Mendahului kata
adjektif yang bersifat
emotif: akan


x Mendahului kata adjektif yang bersifat
emotif: Wanita itu amat rindu akan
anaknya.

(xvi) Membawa maksud
hubungan pembuat
dalam ayat pasif,
hubungan yang
membawa maksud
sebab: oleh


x Hubungan pembuat dalam ayat pasif:
Kuih itu dibeli olehnya.
x Hubungan yang membawa maksud
sebab: Pemain badminton itu kalah
oleh (sebab) kekurangan latihan.

(xvii) Membawa maksud
perihal peringkat dan
had masa, waktu, atau
tempat: hingga, sampai


x Perihal peringkat dan had masa:
Anaknya belajar {hingga, sampai}
peringkat universiti.


(xviii) Membawa pengertian
lingkungan yang tidak
mempunyai ruang atau
jarak: dalam, antara


x Lingkungan yang tidak mempunyai
ruang atau jarak: Kita harus bertutur
dalam bahasa kebangsaan kita.
x Tidak ada perbezaan besar antara
pendapatnya dengan pendapat saya.


X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



48

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

x Kata arah

(i) atas, antara, bawah,
tepi, belakang, tengah,
dalam, luar, sisi,
penjuru, sudut, segi,
selatan, samping, timur,
barat, hadapan, utara

x Buku itu ada di atas meja.
x Dia duduk di antara Ramli dan
Salmah.
x Mereka bersembunyi di bawah rumah.
x Petani itu berjalan di tepi danau.
x Kami mendirikan khemah di belakang
rumah.


(i) Menunjukkan bilangan
tentu: satu, dua,
sepuluh, sejuta


x Bilangan tentu: Dua hari lagi dia akan
sampai.


x Kata bilangan

(ii) Menunjukkan bilangan
tak tentu: segala,
semua, para, beberapa,
sekalian, seluruh,
banyak, sedikit


x Bilangan tak tentu: Segala persiapan
telah dibuat.

Kata Pascakata
(a) -nya yang hadir selepas perkataan.
(b) Berfungsi sebagai penekan dan pembenda.


x Kata penekan

Memberi penegasan kepada
kata yang bergabung
dengannya: -nya


x Lapisan ozon sesungguhnya semakin
menipis.

x Kata pembenda

Menjadikan sesuatu
perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai
kata nama: Kata + -nya;
lajunya, sakitnya


x Lajunya ialah 100 km sejam.


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


49

Baca petikan di bawah dan tentukan jenis kata tugas yang terdapat
dalamnya.


Ada apa Abang Kamal? tanya Amar. Amar merenung muka Abang
Kamal, menunggu jawapan. Muka Abang Kamal merah padam. Amar
tenang.
Kau ni, baru bekerja di sini dah nak tunjuk lagak. Apa yang engkau
beritahu Encik Mansor tentang aku? Apa? bentak Abang Kamal.
Jailani menggulung lengan baju. Kain apron ditanggalkannya, begitu
juga dengan penutup habuk. Dada Nadia bergemuruh.
Tunjuk lagak macam mana Abang Kamal, tenang jawab Amar. Dia
kemudiannya berpeluk tubuh.
Kau jangan pura-pura tak tahu. Berlagak. Mentang-mentang
berkawan dengan anak Encik Mansor, dah nak tunjuk hero. Apa yang
kau cakapkan pada Wahab, Hamidon, dan Yahaya? Apa? Cakap!
bentak Abang Kamal lagi. Amar menyeluk kocek.
Abang Kamal, apa yang Abang Kamal cakapkan ni? sampuk Nadia.
Dia berdiri di samping Amar. Jalil dan Rahmat berpandangan.
Cik Nadia jangan masuk campur. Ini hal antara saya dengan Amar.
Abang Kamal memberi amaran. Nadia tersentak.
Cakap, apa yang engkau katakan? ulang Abang Kamal lagi.
Suaranya semakin keras.
Saya cuma pujuk mereka supaya jangan berhenti kerja walaupun gaji
tak dapat dinaikkan. Cuba Abang Kamal fikir, macam mana syarikat
nak naikkan gaji kalau prestasi kerja kita semakin merosot. Barang-
barang yang ditempah, tak dapat nak disiapkan dalam masa yang
ditetapkan. Sebabnya, pekerja kita sering tak datang kerja, ujar Amar
lambat-lambat.

(Elby Wahida, 1995: 76-77)

AKTIVITI 3.4
X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



50
Setakat ini, anda telah berjaya mempelajari enam tajuk dalam Topik 3 ini. Jika
berasa letih, berehatlah, minum-minum sambil makan seketika. Regangkan
badan dan tangan, bertenang, tolong lakukan kerja rumah atau bersantai sambil
menonton TV.

Mari kita mulakan perbincangan tentang pembentukan perkataan baharu
menerusi pengimbuhan. Sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk
menampung kemasukan bentuk kata pinjaman terutama yang dihubungkan
dengan keperluan peristilahan (Nik Safiah Karim et. al, 2004: 285). Dari semasa
ke semasa, berlaku proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu,
iaitu dengan cara meminjam unsur imbuhan bahasa asing, sama ada imbuhan
asing itu diterima secara sepenuhnya ataupun diubahsuaikan mengikut sistem
tatabahasa bahasa Melayu.
3.2.1 Rumus Golongan Kata Tugas
Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu.
Jadual 3.4 berikut menjelaskan fungsi kata tugas.

Jadual 3.4: Fungsi Kata Tugas
Contoh Subgolongan Fungsi

x dan, atau, tetapi, serta
x kerana, ketika, kalau


x Gabungan
x Hubungan


Menghubungkan ayat atau
klausa

x aduh, amboi, wah syabas, oh,
cis


Kata seru

Menunjukkan seruan

x mengapa, bila, berapa,
bagaimana


Kata tanya

Menyoal atau bertanya

x jangan, usah,
x sila, jemput
x tolong, minta, harap

Kata perintah
x Larangan
x Silaan
x Permintaan


x Menimbulkan
x Tindakan balas

x ya, benar, betul


Kata pembenar

Membenarkan sesuatu

x maka, hatta, adapun,
syahdan

Kata pangkal ayat

Menandakan
kesinambungan ayat


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


51

Contoh Subgolongan Fungsi

x telah, sudah, pernah, masih,
sedang, tengah, akan belum
x hendak, mahu ingin, harus,
mesti, boleh, dapat


Kata bantu

Membantu frasa-frasa kerja,
adjektif, sendi nama

x amat, sangat, sekali, terlalu,
paling, sungguh, benar, nian

Kata penguat

Menguatkan maksud suatu
adjektif


x -kah, -tah, -lah, juga, pun,
hanya, memang, lagi


Kata penegas

Menegaskan bahagian-
bahagian tertentu dalam
ayat


x bukan
x tidak


Kata nafi

Menafikan sesuatu

x ialah
x adalah


Kata pemeri

Memerihalkan atau
merangkaikan subjek
dengan predikat.


x di, ke, daripada, antara,
untuk, bagi, akan, terhadap,
oleh, seperti, umpama, bagai


Kata sendi nama

Pelbagai tugas bagi kata
atau frasa nama

x atas, bawah, sisi, depan,
belakang, hadapan, dalam
luar, samping, timur, barat


Kata arah

Menunjukkan arah atau
hala

x satu, dua, sepuluh, seratus,
sejuta
x banyak, sedikit, beberapa,
semua, para
x sekalian, segala, seluruh
x sesetengah, separuh, dua
pertiga, sepertiga
x kedua-dua, bertahun,
berbakul-bakul, beratus-ratus


Kata bilangan

Menerangkan bilangan atau
jumlah

-nya

Kata penekan

Memberikan penegasan
bagi kata yang digandingi


-nya


Kata pembeda

Menjadikan kata bukan
nama sebagai kata nama




X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



52
PEMBENTUKAN KATA SANSKRIT

Jadual 3.5 berikut menjelaskan pembentukan perkataan baharu Sanskrit.

Jadual 3.5: Pembentukan Perkataan Baharu Sanskrit
Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu
maha + rani maharani
maha + dewa mahadewa
maha + guru mahaguru
maha + siswa mahasiswa
maha + raja maharaja
Awalan maha-
x Melahirkan bentuk kata
adjektif dan kata nama,
membawa pengertian paling
atau tahap terbesar, tertinggi
dan teragung.
maha + meru mahameru
maha + mulia maha mulia
maha + besar maha besar
x maha + kata adjektif dieja
berasingan
maha + agung maha agung

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu
tata + tertib tatatertib
tata + susila tatasusila
tata + bahasa tatabahasa
tata + cara tatacara
tata + nama tatanama
tata + hukum tatahukum
tata + negara tatanegara
tata + buku tatabuku
Awalan tata-
x Digunakan khusus untuk
menerbitkan kata nama yang
membawa pengertian susunan
atau peraturan
tata + dunia tatadunia

3.3
TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


53

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu
pra + kata prakata
pra + syarat prasyarat
pra + sejarah prasejarah
pra + siswazah prasiswazah
pra + sangka prasangka
pra + wacana prawacana
pra + universiti prauniversiti
pra + sarana prasarana
Awalan pra-
x Menerbitkan kata nama untuk
membawa pengertian sebelum
atau syarat kepada sesuatu
yang mengikutinya.
pra + matang pramatang

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu
swa + daya swadaya
swa + asta swaasta
swa + sambada swasambada
swa + tantra swatantra
swa + tenaga swatenaga
Awalan swa-
x Menerbitkan kata nama yang
memberikan makna sendiri.
swa + layan swalayan

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu
tuna + anggota tunaanggota
tuna + netra tunanetra
tuna + karna tunakarna
tuna + karya tunakarya
tuna + wisma tunawisma
Awalan tuna-
x Menerbitkan kata nama yang
memberikan makna tiada atau
tidak mempunyai.
tuna + susila tunasusila

X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



54

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu
eka + bahasa ekabahasa
eka + matra ekamatra
eka + nada ekanada
dwi + fungsi dwifungsi
dwi + bahasa dwibahasa
tri + bulan tribulan
tri + windu triwindu
panca + indera pancaindera
Awalan eka-, dwi-, tri-, panca-
x Menerbitkan kata nama untuk
membawa pengertian
bilangan, iaitu eka satu dwi
dua, tri tiga, dan panca
lima.
panca + sila pancasila

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu
seni + man seniman
budi + man budiman
cendekia + wan cendekiawan
harta + wan hartawan
karya + wan karyawan
sukarela + wan sukarelawan
Akhiran wan, -man
x Menerbitkan kata nama untuk
membawa pengertian pelaku
sesuatu perbuatan, pekerjaan
atau tugas, atau pemilik
sesuatu sifat atau kepunyaan.
budaya + wan budayawan

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu
seni + wati seniwati
angkasa + wati angkasawati
biduan + nita biduanita
Akhiran wati, -nita
x Menimbulkan kategori jantina,
iaitu -man dan -wan bagi
lelaki, dan -wati dan -nita bagi
wanita. karyawan + nita karyawanita









TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


55
PEMBENTUKAN KATA ARAB-PARSI

Jadual 3.6 menjelaskan pembentukan bahasa Arab-Parsi.

Jadual 3.6: Pembentukan Bahasa Arab-Parsi
Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu
bi + lazim bilazim Awalan bi-
x Bererti tidak bi + adab biadab
sejarah + wi sejarahwi
dunia + wi duniawi
abad + i abadi
Akhiran wi, -i
x Membentuk kata adjektif, iaitu
mencirikan sifat yang
terkandung dalam kata dasar.
manusia + wi manusiawi
alam + iah alamiah
lahir + iah lahiriah
ilmu + iah ilmiah
Akhiran iah
x Membentuk kata adjektif yang
membawa makna sifat atau ciri
yang terkandung dalam kata
dasar. batin + iah batiniah
hadir + in hadirin
munafik + in munafikin
hadir + at hadirat
munafik + at munafikat
salih + ah salihah
Akhiran in, -at, -ah
x Menunjukkan nama lelaki dan
perempuan.
qari + ah qariah












3.4
X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



56
PEMBENTUKAN KATA YUNANI-LATIN-
INGGERIS
Jadual 3.7 berikut menjelaskan pembentukan perkataan baharu Yunani-Latin-
Inggeris.

Jadual 3.7: Pembentukan Perkataan Baharu Yunani-Latin-Inggeris
Imbuhan Kata Baharu Kata Baharu
Awalan
probarat promajikan
prokerajaan propembangkang
pro-
x Menunjukkan tanda bersetuju,
memihak, atau menyebelahi
sesuatu pihak.
prokomunis
antijirim antipenjajah
antikemajuan antisosial
anti-
x Menunjukkan tanda melawan,
membantah, menentang, atau
tidak bersetuju dengan sesuatu
pihak.
antikerajaan antibiotik
policakera polisemi
polifasa poliklinik
poli-
x Memberikan pengertian
banyak
poliarca polinomial
autocarta autograf
automatik automorf
auto-
x Memberikan pengertian secara
bersendirian.
autonomi autoglutinasi
sub bidang subkategori
substandard subgolongan
sub-
x Memberikan pengertian
sebahagian daripada
keseluruhan.
subkelas subsistem
supranasional suprasegemen
suprakelas supragolongan
supra-
x Memberikan pengertian
melebihi, mengatasi atau
merentasi.
suprakategori suprasistem
heterograf heterosiklik
heteroion heterogamet
hetero-
heterosel heterografi
heksahedron heksapod
heksatetrahedron heksagon
heksa-
heksabes
3.5
TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


57
Imbuhan Kata Baharu Kata Baharu
hidrograf hidrometri
hidrologi hidrofoil
hidro-
hidrolisis hidrodinamik
homopolimer homogenesis
homodon homogen
homo-
homogami homotopi
hiperboloid hipersonik
hipergeometri hiperopia
hiper-
hiperparasit hiperbola
infraorbit infragenus
infrastruktur infrasonik
infra-
inframerah infraspesis
interdental intervokal
interkom interneuron
inter-
intermaksila intersegmen
intrablok intravena
intrasel intramolekul
intra-
intrajabatan intrakelenjar
isobar isoglos
isobutanol isomorf
iso-
isogamet isohyet
kilogram kilokitar
kilometer kilokalori
kilo-
kilowatt kilovolt
makromolekul makronukleus
makrolinguistik makroiklim
makro-
makrogamon makrofibril
metabrankia metabahasa
metakarpus metasejarah
meta-
metamatematik metapusat
mikrokitar mikrosel
mikrohablur mikrokimia
mikro-
mikrobiologi mikroekonomi
X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



58
Imbuhan Kata Baharu Kata Baharu
milimeter miligram
miliampere mililiter
mili-
milibar milicurie
televisyen telegraf
telefon telefoto
tele-
telegram telekomunikasi
multisel multimod
multibutiran multinukleus
multi-
multiaras multikolinear
neomagma neomisin
neogen neotip
neo-
neolitik neonatal
neurohormon neuroendokrin
neurorembesan neurootot
neuro-
neuroderia neurokranium
ortogenus ortonormal
ortorombus ortoklas
orto-
ortografi ortokubah
oksifera oksiketon
oksiklorida oksiasid
oksi-
oksitosin oksitropik
paleogen paleozoik
paleobiologi paleotanih
paleo-
paleolitik paleogeografi
parapadat paraboloid
paratiriod paragenesis
para-
paratip paralinguistik
perikarp periklas
perikardium peridot
peri-
perimedula perinatal
petrokimia petrologi
petrogenesis petrofabrik
petro-
petrografi petrosektomi
TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


59
Imbuhan Kata Baharu Kata Baharu
fenobarniton fenotiazina
fenosalinan fenokrist
feno-
fenotip fenomena
fotoreseptor fotosintesis
fotometri fotokimia
foto-
fotoelektrik fotogalvanometer
fitokrom fitogeografi
fitohormon fitobenton
fito-
fitoiklim fitotoksin
pleokroisma pleoeksia
pleomorf pleomorfi
pleo-
pleoarus pleokromatisme
superlarut superstruktur
superfostat superset
super-
supertepuan supersonik
Akhiran
sosialisme nasionalisme
kolonialisme realisme
-isme
kapitalisme idealisme
fonemik linguistik
fonetik siklik
-ik
lojistik saintifik
klasifikasi polarisasi
revolusi nasalisasi
-si
sensasi potensi
klinikal kritikal
praktikal siklikal
-al
leksikal eksperimental
ekonomis magis
praktis kritis
-is
sistematis simbiosis

X TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN



60


x Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi
unsur inti dalam frasa adjektif.
x Kata adjektif boleh dikenal pasti dengan beberapa penggunaan seperti
seringkali disertakan dengan imbuhan ter, digunakan selepas kata nama
benda atau perkara dan lain-lain.
x Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa
untuk mendukung sesuatu tugas tertentu.
x Pembentukan perkataan baharu terbentuk melalui pengimbuhan asing yang
telah dipinjamkan untuk menampung kemasukan bentuk kata pinjaman
utama.


Kata adjektif
Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
Kata pascakata
Kata prakfrasa
Kata praklausa




Banyak yang telah anda pelajari tentang pembentukan perkataan baharu
menerusi proses pengimbuhan dan pembentukan perkataan baharu
Yunani-Latin-Inggeris. Sila buat nota ringkas tentang pembentukan
perkataan baharu yang baru dipelajari dan gunakannya dalam
pembinaan ayat.
AKTIVITI 3.5
TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN W


61

Abdul Talib Mohd Hassan. (1995). Saga. Kuala Lumpur: Utusan Publication and
Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Alias Mohammad Yatim. (1992). Fonetik dan fonologi: Suatu tinjauan. Petaling
Jaya: Sarlis Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar. (1977). Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Elby Wahida. (1995). Ceria kasih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web dan Portal Universiti Putra Malaysia. (2012). Dicapai pada Julai 3,
2012, daripada http://www.upm.edu.my/.
Nik Safiah Karim et. al. (2004). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur:
Dawama Sdn. Bhd.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu fonetik dan linguistik. Petaling Jaya:
Agensi Penerbitan Nusantara.

Anda mungkin juga menyukai