Anda di halaman 1dari 4

Majlis Merisik / Tunang.

(fadhlin) : Assalamualaikum w.b.t, terima kasih kepada seisi tuan rumah kerana sudi
menyambut kedatangan kami dengan hati yang terbuka, dada yang lapang, wajah yang ceria
dan kedatangan di raikan. Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala nikmat, dapat kita
berkumpul di majlis yang penuh berkat. Sebelum memulakan majlis, diminta imam masjid
yang kami bawakan khas untuk membacakan doa.

(Shah) : Bacaan doa.

(fadhlin) : amin amin yarobalalamin. Boleh lah kita mulakan majlis.

(Win Tat) : Dari Terengganu ke Pantai Barat,

Hendak Menangkap Sekawan Ikan,

Kami datang membawa hajat,

Hendak menyunting bunga di taman.

(Win Tat): Sebelum itu, elok saya perkenalkan diri. Saya Tan Win Tat mewakili yang dihormati
abang ipar saya Encik Amin dan kekanda yang saya cintai Puan Ayra bagi pihak anak saudara
saya yang bernama Fattah bin Amin.

(Aina): Al kisahnya sejak beberapa bulan purnama yang lalu, kekanda saya yang dicintai
mengadu bahawa si anak terunanya sedang mabuk dilanda angau asmara, makan tak lalu,
tidur tak lena, mandi tak basah dan dalam mimpi mengigau ngigau menyebut nama cik Fazura
tu.

(Shawati): Jadi, tujuan kami besar kami datang adalah untuk menyambung ikatan silatulrahim
antara dua keluarga. Lagipun, adalah Sunah Nabi bertanya dahulu adakah cik Fazura sudah
berpunya atau belum. Haa.. jika belum berpunya saya secara rasmi bagi pihak tuan badan
ingin masuk meminang, insya-Allah…

(Shawati): Kalau padi katakan padi,

Tidaklah kami tertampi-tampi,

Kalau sudi katakan sudi,

Tidaklah kami ternanti-nanti.

(Aidil): Jika begitu hajat tuan hamba, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Saya selaku
ayah bagi pihak perempuan amatlah berbesar hati menerima

(Aidil): Di hujung halaman ada delima,


Dekat pagar sebelah taman,

Hajat dab tujuan kami terima,

Dengan adat zaman berzaman.

(aina): Buah kepala pohonnya condong,

Baru sekarang hendak berbuah,

Sudah lama niat kami kandung,

Baru sekarang diizinkan Allah.

(Win Tat): Syukur, pihak kami sangat bersyukur atas penerimaan pihak tuan rumah, maka
pertunangan sudah tentu ada tanda-tandanya.

(Win Tat): Setapak sirih tanda hati bersih,

Seulang pinang tanda pertunangan,

Secalit kapur tanda hati jujur,

Sebentuk cincin tanda pertunangan

(cincin ditunjuk kepada pihak perempuan)

(syima) : Mawar berseri kembang harum,

Sebelah-sebelahan melur melati,

Bunga kami riang tersenyum,

Kumbang tuan menaruh hati.

(Shawati): Pokok berangan sederet lima,

Pokok meranti dekat perigi,

Kini pinangan telah diterima,

Kumbang kami tidak pening lagi.

(wani): Pohon cempedak di tepi titi,

Pohon rangka buah sebiji,


Kalau sudah berkenan di hati,

Marilah kita mengikat janji.

(Win Tat) : sudah menjadi adat, setiap pertunangan ada syarat-syaratnya. Jadi, kami pihak
lelaki nak bertanya tiga soalan. Bila, di mana tempat berhajat dan berapa nilai mas kahwin
dan hantarannya?.

(syima): Bercakap mengenai tempoh, ada lah eloknya sekiranya kedua-dua ini bertunang
dalam tempoh setahun sebelum diijabkabulkan.

(aina): Setahun? Tak terlalu lama? Kalau enam bulan sahaja? Perkara yang baik, seeloknya
dipercepatkan. Betul tak?

(wani): Amboi, gelojohnya. Sabar sikit.

(Syima): Sebaiknya buat setahun lah supaya kita dapat membuat persiapan dengan betul.
Tak terburu-buru. Biasalah sebelah perempuan macam-macam dia nak fikir, nak buat…..

(perbualan mengenai tarikh, nilai mas kahwin dan hantaran)

(selesai berbincang, boleh serahkan beberapa dulang hantaran kepada kedua-dua pihak).

(Shah) : Sesungguhnya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sekiranya putus pertunangan


atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali persaudaraan tetap kita kekalkan. Segala apa
yang diberi dan diterima, diberi dan diterima dengan ikhlas. Namun begitu, marilah kita
berdoa agar niat murni kita diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga jodohnya kekal selamanya.

(Aina) : ye, betul tu. Ajal maut jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia
hanya mampu merancang tetapi Allah lah sebaik-baik perancang.

(Win Tat): kira jadi lah ya.

(keluarga perempuan bersetuju).

(Fadhlin): Alhamdulillah. Semua dah mencapai kata sepakat. Kita harapkan apa yang kita
rancang ni dipermudahkan oleh Allah.

Negeri Terengganu di tepi pantai,

Tempat mandi ikan tambakul,

Yang kita hajat sudah tercapai,

Yang kita doakan sudah terkabul.


(Fadhlin): tanpa membuang masa, bolehlah ibu belah lelaki sarungkan cincin kepada bakal
pengantin perempuan. (suruh orang ambil gambar)

(majlis sarung cincin dari ibu pengantin lelaki ke jari bakal pengantin perempuan).

Anda mungkin juga menyukai