Anda di halaman 1dari 10

BABAK 1 : BILIK AIMAN

(Aiman masuk dan berjalan ke katil)

Nek sinah :(Masuk ke dalam bilik dan berdiri di depan pintu)


Aiman, mari makan nak. Nek dah siapkan ayam masak merah
kegemaran Aiman.

Aiman :Apa panggil aku anak-anak! Aku bukan anak kaulah. Kau tu
orang gaji saja dalam rumah ni.

Nek Sinah :Aiman, nenek sedar siapa nenek. Tak apalah kalau macam tu.
Tadi Dato' telefon, dia kata dia tidak balik tengah hari ni. Datin
pun sama.

Aiman :Hmm, tak balik lagi? Kenapa semua orang asyik sibuk je?
Dahlah, keluarlah dari sini. Kalau aku lapar nanti aku turunlah.
Tak perlu nak suruh aku buat semua benda tu. Aku tahulah ,aku
dah besar.

Nek Sinah :Hmm. Baiklah

Aiman :Hish, dia ingat aku budak kecil lagi ke? Rimasnya! Baik aku
tidur. ( Dengus marah )
BABAK 2 : KORIDOR SEKOLAH

Nora :Aiman! Sini-sini tengok ni!. Ini senarai nama pelajar yang terpilih
untuk PLKN, nama kau ada kat sini.

Aiman :Hah! Kenapa nama aku ada? Aku tak nak lah.

Nora :Hish, kau nie tak ada semangat patriotik langsung. Tak naklah
aku kawan ngan kau.
( Nora pergi meninggalkan Aiman dalam keadaan tidak puas
hati )

Aiman :Eh, Nora! Nora! Maaflah. Janganlah merajuk.


BABAK 3 : KANTIN SEKOLAH

( Aiman duduk di meja yang kosong setelah membeli makanan. Puventhi datang
lalu duduk berhadapan dengan Aiman. )

Puventhi : Aiman, kau dapat masuk kem mana?

Aiman : Kem? Kem Majidi. Ha ha ha…

Puventhi : Sejak bila pula kem tu bertukar kepada kem PLKN? Setahu
aku itu kem askar. Macam kem Pulada.

Aiman : Kau ni lurus bendullah. Aku gurau je. Janganlah kau percaya.
Kau dapat kem mana?

Puventhi : Kem De Bana, Jempol.

Aiman : Di mana tu? Tak pernah dengar pun.

Puventhi : Buta sejarah betul lah kau ni. Jempol tu dalam kawasan Negeri
Sembilan.

Aiman : Aku tak tahu lah. Aku selalu melancong ke luar negara.
Malaysia tiada apa-apa yang menarik pun. Semuanya sama.

Puventhi : Peribahasa ada menyebut "hujan emas di negeri orang, hujan


batu di negeri sendiri". Tahu tak maksudnya?

Aiman : Aku tahulah. Aku belajar bahasa melayu.

( Ah Tiau muncul menyelamatkan keadaan lalu duduk di sebelah Puventhi )

Ah Tiau : Kamu berdua dapat masuk kem mana? Saya di Kem Paya
Indah Wetland, Hulu Langat. Dapat juga saya melawat
kawasan lain.

Puventhi : Saya akan ke kem De Bana Jempol, Negeri Sembilan.


Ah Tiau : Awak pula Aiman?

Puventhi : Dia dapat ke kem Majidi.

Ah Tiau : (Garu kepala) Hah? Sejak bila kem tu menjadi PLKN?

Aiman : Boleh tak kita tukar topik? Hunger Games ke? The Man Of
Steel ke? Tak habis-habis dengan PLKN, PLKN, PLKN!

( Syuhada datang menyertai mereka )

Syuhada : Aiman! Kita dapat kem yang sama.

Aiman : Di mana?

Syuhada : Kem Teluk Sari, Mersing.

Aiman : Mersing? Hmm

Puventhi : Eh Syuhada, kenapa kau tengok nama Aiman? Ko suka dia


ye? ( Ejek)

Ah Tiau : Wuuu

Syuhada : Mana ada. Tolong lah. ( Dengus )

( Bunyi loceng berdering )


BABAK 4 : KORIDOR SEKOLAH

( Murid-murid berjalan untuk masuk ke kelas. Kemudian, mereka terserempak


dengan Cikgu Dahari )

Syuhada : Assalamualaikum cikgu!

Puventhi : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu Dahari : Waalaikumussalam, selamat sejahtera. Hah! Kamu semua


dah lihat senarai nama di papan kenyataan ke?

Nora : Awal-awal lagi kami dah tengok.

Cikgu Dahari : Tahniah la kepada yang terpilih. Beruntung siapa yang


terpilih ke kem ini.

Puventhi : Cikgu, PLKN tu apa?

Cikgu Dahari : PLKN itu ialah pusat latihan yang wajib khususnya untuk
remaja yang dah tamat sekolah. PLKN menjadikan kamu
lebih berdisiplin dan ia mempunyai semangat patriotik yang
tinggi. PLKN juga tidak meniru sebarang model dari luar.

Aiman : Tapi cikgu, kenapa ada yang tidak terpilih?

Cikgu Dahari : Kerana pemilihan ini secara rawak. Contohnya, kalau kamu
semua ada masalah untuk melaporkan diri, kamu pasti akan
dipenjarakan. Masa depan kamu pun akan musnah.
Lebih-lebih lagi kalau kamu tidak mendapatkan peguambela

Aiman : Hah? Keselamatan tidak terjamin ke dalam kem tu?

Cikgu Dahari : Eh taklah. Cikgu dah banyak kali pergi kem tu. Elok je.
Cuma ada beberapa kes. Dalam rekod PLKN, tahun 2004
hingga 2007 ada tujuh kematian pelatih.
Semua : Mati?!

Nora : Mana cikgu tahu semua tu?

Cikgu Dahari : Dari PPSB.

Semua : PPSB? Apa tu?

Cikgu Dahari : Program Penghayatan Sastera Dan Budaya. Nanti di PLKN,


Kamu semua akan didedahkan tentang sastera dan kebudayaan.

Aiman : Cikgu, sekarang zaman dah maju. Perlu lagi ke sastera dan
kebudayaan tu? ( Muka berlagak )

Cikgu Dahari : Setiap individu mempunyai budaya sendiri. Berbalik kepada topik
tadi, kamu akan belajar puisi tradisional dan moden. Lepas tu,
kamu semua boleh persembahkan atas pentas selama 10 minit.

Nora : Wah seronoknya! Macam artis pula.

Cikgu Dahari : Jadilah artis yang berpendidikan. ( Lihat jam di pergelangan


tangan ). Ehh, cikgu dah lambat ni. Cikgu pergi dulu.

Aiman : Tak boleh jadi ni. Aku kena bincang dengan daddy. Aku tak nak
pergi PLKN!
BABAK 5 : RUANG TAMU 1

(Setibanya Aiman di rumah, dia mendapati daddynya berada di sofa ruang tamu)

Khir Gazali : Eh Aiman, awalnya balik hari ni? Selalunya senja baru tahu jalan
balik. Ni mesti ada apa-apa kan?

Aiman : Mana ada. Aiman memang suka duduk rumah. Macam ni, Aiman
dapat pergi PLKN. Aiman tak nak pergi. Boleh tak daddy tolong
dapatkan surat pengecualian? Tolonglah daddy.

Khir Gazali : Baguslah tu. Kenapa pula? Banyak benda boleh dapat. Maaf,
daddy tak boleh tolong. Cubalah jadi matang. Aiman dah besar.
Jangan selalu berharap pada daddy dan mummy sahaja.

Aiman : Hish, susahlah daddy ni. Semua kena ikut cakap daddy. Baik
Aiman minta tolong mummy je. Mummy! Oh Mummy.

Masnah : Ya, kenapa ni? Terjerit-jerit.

Aiman : Hehe. Jangan marah mummy. Daddy ni tak nak tolong Aiman.
Aiman tak nak pergi PLKN tapi daddy paksa juga.

Khir Gazali : Tengoklah anak awak ni. Manja sangat. Cuba awak ajar dia
berdikari. Malu abang ada anak lelaki macam ni.

Masnah : Eh anak saya, anak awak juga. Abang tolong je lah dia. Sanggup
ke abang tengok dia terkena panas? Abang tak sayang Aiman ke?

Khir Gazali : Sayang, sebab sayanglah abang biarkan dia masuk PLKN. Awak
nak ke dia buat benda yang tidak berfaedah saja. Tiga bulan je.
Bukan tiga tahun. Abang baru nak rehat hari ni. Klu tau jadi macam
ni, baik abang rehat kat kelab golf saja.

( Aiman pergi dengan muka yang masam )


Masnah : Abang, maaflah. Saya cuma nak abang tolong Aiman. Dia tidak
pernah pergi tempat macam tu.

Khir Gazali : Hm, tak apalah. Biarlah Aiman buat keputusan dia sendiri. Kita diam
je dulu.

Masnah : Hm, ok.


BABAK 6 : RUANG TAMU 2

( Aiman menghempaskan begnya ke atas sofa lalu bermain telefon pintar )

Aiman : Eh, ni Syufia! Murid yang senyap dan pendiam kan. Macam mana
dia boleh terpilih sebagai wirawati terbaik Kem Gerak Khas. Hish,
pelik-pelik. Eh, ini kan Azlan. Dia kan kuat makan dan gemuk. Dia
terpilih sebagai pelatih terbaik PLKN siri pertama. Tak boleh jadi ni.
Aku kena buktikan pada daddy, mummy dan nenek yang aku boleh
berjaya. Eh, mana semua orang ni. Daddy! Mummy! Nenek!.

Khir Gazali : Ya Aiman, kenapa ni?

Masnah : Ya Aiman.

Nek Sinah : Kenapa ni Aiman?

Aiman : Aiman nak bagitahu dekat daddy, mummy dan nenek yang Aiman
dah buat satu keputusan. Aiman dah fikir masak-masak yang Aiman
nak pergi PLKN.

Khir Gazali : Betul ni Aiman?

Masnah : Aiman tak kisah peluh-peluh? Nanti kalau Aiman penat macam
mana?

Aiman : Ini kan anak Dato' Khir Gazali dan Datin Masnah. Mestilah kuat.

Masnah : Kalau suatu hari nanti mummy terima panggilan telefon yang
Aiman lari dari PLKN. Siap Aiman!.

Aiman : Tak adanya mummy. Mummy jangan risau.


( Menghadap Nek Sinah ) Nenek…..

Nek Sinah : Ya Aiman.

Aiman : Aiman nak minta maaf kat nenek sebab tengking nenek hari tu.
Masnah : Aiman!!! Kenapa tengking Nek Sinah.

Aiman : Aiman tak sengaja.

Nek Sinah : Tak mengapalah Datin. Bukan salah Aiman pun. Nenek dah lama
maafkan Aiman.

Aiman : Nenek….Tolong doakan Aiman berjaya dunia Akhirat ye.

Nek Sinah : InsyaAllah

Aiman : Nenek Aiman dah lapar.

Nek Sinah : Eh. Lupa pula. Dato' Datin Aiman jom makan.

Khir Gazali : Aiman, daddy berharap sahsiah Aiman akan berubah daripada
buruk ke baik selepas Aiman menyertai PLKN ini.
( Daddy dan Aiman berpeluk )

Anda mungkin juga menyukai