Anda di halaman 1dari 9

Contoh Kes : Amira seorang kanak-kanak 12 tahun, tinggal bersama ibu dan bapa dan adiknya.

. Ibu dan bapanya sering bergaduh dan sibuk bekerja. Amira seringkali ditinggalkan bersama adiknya sahaja. Amira berasa kesunyian dan kekurangan kasih sayang. Amira berjumpa dengan kaunselor sekolahnya Puan Zabidah untuk menyelesaikan masalahnya. Tahap 1 Membina Hubungan Kaunselor Klien Kaunselor : Assalamualaikum. Silakan duduk. Bagaimana hari ini? : Waalaikumussalam. Saya baik-baik sahaja. : Ok Amira, terima kasih kerana sudi datang. Boleh Amira kenalkan diri pada cikgu? Klien : Boleh cikgu. Saya Amira dari kelas 6 Pintar. Hobi saya melukis. Saya tinggl 4 orang di dalam keluarga iaitu saya, adik, bapa dan emak.. Bapa saya peniaga dan emak seorang penjual insurans. Kaunselor Klien : Sepanjang cuti sekolah lalu apa yang Amira lakukan di rumah? : Saya melukis saja. Tidak kemana-mana lagi. Saya juga menjaga adik di rumah. Ibu dan ayah bekerja. Kaunselor : Jadi Amira hanya melukis dan menjaga adik. Kalau di rumah Amira paling rapat dengan siapa? Klien Kaunselor : Rapat dengan adik. : Jadi. untuk sesi kita yang pertama ini Amira ada apa-apa mahu cerita dengan cikgu? Cikgu mahu Amira faham bahawa sesi kaunseling bukan untuk orang yang menghadapi masalah sahaja, orang yang tidak menghadap masalah juga boleh datang. (membuat interpretasi) Klien : Tiada cikgu.

Kaunselor

: Em baiklah..Cikgu nak beritahu Amira tentang sesi kaunseling kita hari ini. Tujuan kaunseling hari ini adalah untuk membantu dan membimbing Amira membincangkan bersama masalah yang Amira hadapi. Tugas cikgu sebagai kaunselor adalah untuk mendengar dan fahami apa yang Amira rasa dan alami sekarang. Ada apa-apa soalan tentang itu Amira?

Klien Kaunselor Klien Kaunselor Klien

: Emmmtiada cikgu. : Boleh Amira beritahu cikgu tentang rakan-rakan Amira di kelas? : Boleh. Rakan saya Juju. : Boleh ceritakan tentang Juju pada cikgu? : Juju adalah kawan baik saya. Hanya dia seorang yang ingin berkawan dengan saya.

Kaunselor

: Amira kata Juju seorang sahaja kawan Amira? Bagaimana yang lain?

Klien

: Yang lain tidak mahu berkawan dengan saya. Mereka yang lain sombong.

Kaunselor

: Boleh jelaskan pada cikgu mengapa Amira merasakan rakan yang lain sombong?

Klien Kaunselor

: Mereka suka mengejek saya. Tak seperti Juju. Juju baik. : Juju baik pada Amira. Tak seperti rakan yang lain? Amira sayang pada Juju?

Klien Kaunselor

: Ya. Saya sangat sayangkan Juju. : Em.. Amira adalah seorang rakan yang baik. Menyanyangi rakannya. Amira ada apa-apa yang ingin diceritakan pada cikgu?

Klien

: Emmmtiada cikgu.

Kaunselor

: Jadi kalau Amira tiada apa-apa mahu di cakapkan lagi, cikgu


ingatkan sekali lagi peraturan kita iaitu berkaitan kerahsiaan dan apa peranan cikgu dan apa peranan Amira. Amira cerita sahaja kalau ada apa-apa. Cikgu tidak akan cerita pada orang lain. Ada apa-apa lagi?

Klien Kaunselor

: Tiada.. : Kalau tiada apa-apa. Amira boleh balik ke kelas. Kita akan

berjumpa di sesi akan datang.

Tahap 2 Penerokaan ( Sesi Kedua ) Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor : Ok Amira. Boleh kita mulakan sekarang? : Boleh cikgu. : Selamat pagi Amira. Amira sudah sarapan? : Selamat pagi cikgu. Ya sudah. : Sekarang kita masuk sesi kaunseling individu yang keberapa? : Kedua. : Ok. Sesi kedua, cikgu nak ingatkan balik apa peraturan dan peranan dalam sesi kaunseling. Amira masih ingat lagi? Klien Kaunselor : Tidak. : Ok. Yang pertama berkaitan apa peranan cikgu dan apa peranan Amira. Cikgu akan banyak bertanya soalan dan Amira akan banyak menjawab soalan atau bercerita kepada cikgu. Kedua adalah berkaitan kerahsiaan, apa sahaja yang kita bualkan disini Amira tidak boleh cerita dengan orang lain. Termasuk Juju. Boleh? Klien : Boleh.

Kaunselor

: Ok hari ini ada apa-apa yang Amira mahu berkongsi dengan cikgu? : Tak tahu : Baiklah. Hari ini siapa yang hantar Amira ke sekolah? : Tumpang kereta Juju. : Boleh Amira beritahu cikgu kenapa Amira tumpang kereta Juju? : Sebab ayah sibuk. Malam tadi ayah tak balik pun. : Amira kata ayah Amira tiada di rumah sejak semalam. Emm..Ibu Amira ada di rumah?

Klien` Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor

Klien Kaunselor

: Ada. Tapi ibu pulang lewat semalam. : Boleh cikgu tahu kenapa bukan ibu yang hantar Amira ke sekolah?

Klien Kaunselor

: Ibu sudah keluar awal pagi lagi. Ibu sibuk. : Emm..boleh Amira ingat semula apa yang Amira lakukan jika hari minggu?

Klien Kaunselor Klien Kaunselor Klien

: Hanya duduk di rumah bersama adik. Saya melukis. : Ibu dan bapa Amira? : Kerja. : Bagaimana dengan waktu malam? Ibu dan ayah ada di rumah? : Mereka pulang lewat. Ayah marah ibu pulang lewat. Ayah pukul ibuisk isk (menangis)

Kaunselor

: Em Amira beritahu bahawa ayah Amira memukul ibu Amira kerana pulang lewat? Betul?

Klien

: Ya. Ibu menangis dan keluar rumah. Ayah juga keluar sambil marah-marah. Tinggal saya dan adik sahaja.

Kaunselor Klien

: Boleh cikgu tahu perasaan Amira ketika itu? : Saya rasa sedih. Ibu dan ayah seperti tak pedulikan saya dan adik. Mereka bergaduh sahaja. Sudahlah pulang ke rumah pun jarang. Saya rasa sunyi. Kasihan adik saya. Dia sering menangis teringatkan ibu. Saya mahu lari sahaja. Bawa adik. Tapi tak tahu mahu ke mana.

Kaunselor Klien

: Amira mahu lari dari rumah? Tinggalkan ibu dan ayah Amira? : Ya! Saya tak tahan lagi. Kami adik beradik macam patung sahaja di rumah.

Kaunselor

: Amira rasa ibu bapa Amira tidak pedulikan Amira dan adik? Amira rasa Amira perlu lari dari rumah? Adakah itu pilihan terakhir Amira?

Klien

: Ya. Saya rasa betul-betul bingung sekarang. Ibu dan ayah balik sahaja bergaduh. Mereka tak pedulikan saya dan adik langsung. Dalam hati mahu saja saya lari. Tapi saya sayangkan adik. Saya tidak mahu dia susah nanti.

Kaunselor Klien

: Amira benar-benar kebingungan sekarang : Ya. Orang lain juga ada ibu bapa. Tapi tak seperti ibu bapa Amira. Tengok keluarga Juju. Bahagia sahaja. Tiada kecoh macam keluarga Amira.

Kaunselor

: Cikgu rasa Amira bukan sahaja bingung, tapi Amira juga sedih bukan? Boleh Amira jelaskan apa yang Amira bingungkan sekarang?

Klien

: Ya. Saya bingung. Saya perlu lari dari rumah atau tidak. Cikgu tolong saya..saya kecewa dengan ibu bapa saya.

Tahap Ketiga : Membuat Keputusan Kaunselor : Cikgu dengar tadi Amira sudah kecewa dengan ibu bapa Amira. Tadi juga Amira katakana yang mereka sering bergaduh, jarang pulang ke rumah, kalau pulang pun lewat malam dan mereka tidak mempedulikan Amira dan adik. Tapi boleh Amira jelaskan lagi pada cikgu kerana cikgu belum faham lagi kenapa Amira rasa kecewa terhadap ibu bapa Amira. Klien : Iyalah cikgu. Saya kecewa sebab mereka buat seperti kami adik beradik ini macam orang lain. Macam mereka sudah lupa mereka punya anak-anak. Pulang ke rumah lewat. Hanya ada dalam satu hari seminggu boleh bangun pagi dan salam mereka sebelum ke sekolah. Itupun jika mereka tidak bergaduh. Kalau bergaduh masing-masing duduk dalam bilik sahaja. Keluar bilik mulalah campak barang sana-sini mengamuk tak tentu pasal. Mereka memang tak sayang anak-anak!. Kaunselor : Amira.,sebenarnya Amira boleh memilih antara dua. Sama ada Amira mahu terus berada dalam keadaan sedih seperti ini atau Amira berusaha untuk menyatukan ibu bapa Amira. Cikgu percaya yang Amira masih mahu lihat ibu bapa Amira bahagia bukan? Klien : Ya saya mahu lihat ibu bapa saya seperti ibu bapa Juju. Tapi saya tidak tahu saya mampu atau tidak untuk buat mereka kembali seperti keluarga orang lain. Saya mahukan keluarga yang harmoni dan bahagia. Apa yang saya perlu lakukan cikgu? Kaunselor : Amira mahukan keluarga bahagia? Seperti Juju? Amira perlu tahu apa yang Amira mahukan dan itu perlu Amira usahakan. Amira tidak boleh berterusan dalam keadaan sedih macam ini. Boleh cikgu tahu pernah tak Amira jelaskan keadaan Amira pada ibu bapa Amira?

Klien Kaunselor Klien Kaunselor

: Tak pernah. Saya takut. : Boleh cikgu tahu apa yang Amira takutkan? : Amira takut dimarahi. Amira takut nak bersuara. : Amira..kita sebagai manusia tidak boleh menyimpan perasaan begitu sahaja. Kita perlu lepaskan apa yang kita rasakan. Amira rasa kalau Amira lepaskan apa yang terbuku dalam hati Amira pada ibu bapa , adakah Amira puas?

Klien

: Mungkin. Saya juga perlu bersuara kan cikgu? Untuk mereka tahu apa yang saya dan adik rasakan sekarang . Mungkin mereka akan faham. Tapi saya takut.

Tahap Keempat - Perlaksanaan Kaunselor : Amira sebenarnya boleh pilih sama ada mahu terus bersedih dan menanggung rasa sunyi ataupun Amira berusaha untuk satukan semula keluarga Amira. Klien : Saya mahu kekalkan keluarga ini dan menjadi keluarga yang bahagia. Saya perlu bersuara. Kaunselor Klien : Boleh cikgu tahu apa yang ingin Amira suarakan? : Saya mahu beritahu mereka yang kami adik beradik masih perlukan mereka. Kami perlukan kasih sayang ibu bapa seperti orang lain. Saya tidak suka ibu dan ayah sibuk selalu. Kami mahu luangkan masa bersama sebagai satu keluarga. Kaunselor : Amira ada cara bagaimana untuk suarakan hati Amira itu?

Klien

: Mungkin. Saya boleh bercakap dengan salah seorang dari mereka yang saya bersedih sekarang. Tapimereka faham ke nanti

Kaunselor

: Setelah Amira lepaskan apa yang Amira mahukan , apa yang Amira rasakan , rintihan Amira sebagai anak? Amira rasa mereka akan faham?

Klien

: Ya. Saya akan berusaha. Kerana mereka akan faham. Kerana mereka masih sayangkan anak-anak mereka. Dan ibubapa amat penting bagi saya. Mereka adalah kehidupan saya.

Tahap Kelima Penamatan ( Sesi Ketiga) Kaunselor Klien Kaunselor Klien : Apa khabar Amira? : Sihat cikgu. : Amira nampak gembira hari ini? Boleh cikgu tahu mengapa? : Saya sudah bercakap dengan ibu bapa saya tentang apa yang saya pendamkan selama ini. Ibu menangis dan meminta maaf kepada saya dan adik kerana telah mengabaikan kami. Ayah juga begitu. Mereka faham kami sebagai anak juga berhak bersuara jika perlu. Kaunselor : Tahniah Amira. Amira berjaya pilih jalan yang membahagiakan Amira. Klien Kaunselor : Terima kasih cikgu. : Baiklah Amira. Kita sudah bertemu sebanyak tiga sesi. Cikgu lihat Amira semakin gembira dan bahagia sekarang. Amira juga sudah berbaik-baik dengan ibu bapa Amira. Jadi cikgu rasa kita boleh

memberhentikan hubungan kaunseling ini. Cikgu berharap Amira berjaya dalam kehidupan. Klien : Terima kasih cikgu.

Anda mungkin juga menyukai