Anda di halaman 1dari 26

HIMPUNAN

CERPEN
TARBIAH SENTAP
Kadang-kadang, ummah hari ini perlu di beri SENTAPAN, agar mereka-mereka
yang lalai dan terlalu selesa di buai mimpi, kembali bangkit menjadi SINGA!

Muka Surat | 1

Cerpen : Aku Nak Bercouple Boleh Tak?

llah... cantiknya perempuan tu. Macam bidadari dari kayangan seh! Ini yang aku suka
kuliah ni!

Oh yeke. Baguslah tu, rezeki dia Allah bagi cantik.

Ala... kau tengoklah Aiman. Mesti kau pun ternganga punya.

Aiman menggelengkan kepala melihat kembarnya.

Ah kau ni. Aku kuat iman kot. Hehe. Hmm... yang mana?

Puih. Haha. Tu ha yang pakai tudung labuh dan muka putih comel tu. Kalau jadi makmun aku,
alangkah bahagianya dunia baitul Muslim aku... Kau tak terasa macam tu ke Aiman? Ke kau tak
de nafsu? Hehe. Danial tersengih.

Aiman terkesima seketika apabila melihat pelajar muslimah itu. Dia menarik nafas panjang.
Terus Aiman memandang ke muka Danial yang sedang tersengih.

Ish kau ni dani, pantang nampak dahi licin, naik tocang... Solat jemaah kat masjid pun kadangkadang miss. Dah la, jom balik bilik.

Aiman terus mengangkat beg dan keluar dari dewan kuliah.

Heh. "Kau kalau tak bagi ayat berasid spesis lebur makan dalam, tak boleh ke?"

Haha.

Muka Surat | 2

Aiman gelak sendirian.

-----------

Aiman, aku nak minta fatwa kau boleh tak?

Boleh, tunggu 10 tahun lagi.

Haha.

Hanis tergelak dengan respon spontan Aiman.

ok aku nak minta pendapat kau. Ke nak kena tunggu 10 tahun lagi? Hehe.

Aiman tergelak kecil.

Haha. Apa dia? Kalau kau tanya hukum hakam yang kompleks, aku tak da jawapan untuk kau.

Okay, kau kenal Mariam?

Aiman mengerut dahi..

Alah, budak kuliah kita yang yang cantik tuh, yang bergaya muslimah sejati akhir zaman.

Aiman tiba-tiba terbayang senyuman Mariam yang manis ketika pembentangan tugasan
semasa di kuliah tempoh hari.

Oh. Ha, ada apa dengan dia?

Muka Surat | 3

Kau jangan cakap pada orang lain. Hmm... Aku...

Aiman merenung Hanis dengan terangkat sebelah kening.

Aku apa?

Sabar lah. Aku... Aku suka kat dia.. Hanis tersengih.

Oh. Alhamdulillah.. Aiman senyum segaris.

Hanis sedikit terkejut dengan respon Aiman.

Kau perli aku ke apa ni? Hanis mengerut dahi sambil mengambil sebotol air mineral untuk
diminum.

Mana ada perli. Betullah aku cakap. Alhamdulillah kau masih normal lagi. Bukan gay. Aiman
tersengih.

Tersembur air mineral dari mulut Hanis.

Selekehlah kau. Ha, dah tu kenapa pun kalau kau suka dia?

Hanis mengelap mulutnya dan meletakkan air mineral di sebelahnya.

Kalau aku ketuk kau dengan botol mineral ni, baru kau tahu. Hadoi. Hanis merungut.

Aiman senyum dengan rungutan Hanis.

Muka Surat | 4

Macam ni. Hari tu aku ada mesej dia. Aku nak bagitau perasaan aku pada dia... Hanis
menyambung cerita.

Then?

Tapi aku segan. Aku... aku nak dia jadi isteri aku. Cumanya, yelah kita masih belajar lagi.

Ok. Then? Aiman mendengar dengan khusyuk dan tawaduk.

Tapi aku tak nak kehilangan dia. Aku nak couple dengan dia. Nak jadikan dia isteri belum
mampu, aku nak dia jadi awek aku dulu. Itupun kalau dia terima. Hanis menghela nafasnya.

Aiman mengangkat sebelah kening.

Kau tahu apa hukum bercouple bagai ni? Aiman mula bertanya.

Hanis mengerut dahi.

Ada hukum ke?

Aiman tersenyum.

Dalam Islam, kita terikat dengan hukum. Dari bangun tidur sampai kita tidur semula, hatta
sampai masuk lubang kubur. Makan, minum, jalan-jalan, pergi kuliah, baca buku, baca Naruto,
dan semuanya ada hukum. Hatta nak gerakkan tangan pun ada hukum.

Hanis makin mengerut dahi.

Apa hukum gerakkan tangan?


Muka Surat | 5

Ada satu kaedah fiqh yang menyatakan lebih kurang macam ni, setiap perkara atau perbuatan
yang dilakukan adalah harus selagi mana ia tidak dijelaskan hukumnya oleh Allah dan Rasul-Nya
secara jelas dalam Al Quran atau As Sunnah. Dan hukum ini berubah mengikut tempat, masa,
waktu dan ketika.

Hanis menggarukan kepala yang tidak gatal.

Cuba kau jangan cakap bahasa langit. Aku tak faham sangat. Bagi la contoh.

Haha. Ok, contohnya makan nasi. Hukumnya harus. Kalau makan berlebihan sampai terlampau
kenyang, boleh jadi makruh. Kalau makan nasi hasil dari mencuri hukumnya haram.

Hanis menangguk.

Hukum couple? Hanis semakin berminat nak mengetahui.

Aiman senyum.

Aku tak pandai nak menjatuhkan apa-apa hukum selagi mana perkara tu tak jelas atau
bersuluh. Kalau nak tengok hukum terperinci, kau cuba beli buku Bolehkah bercouple
keluaran Telaga Biru. Cumanya aku nak tanya kau, kenapa kau nak couple dengan dia?

Hanis termenung seketika.

Mungkin sebab aku tak nak kehilangan dia. Aku nak dia dengan aku.

Aiman memandang mata Hanis.

Muka Surat | 6

Kau agak, kalau kau couple dengan dia, kau confirm boleh kahwin dengan dia? Aiman mula
menduga.

Hanis berfikir sejenak. Teringat kawan-kawannya ada yang couple sampai bertahun-tahun
kemudian putus, ada yang baru beberapa hari, lepas tu putus. Sampai ada yang frust tonggeng
sebab putus terutama kawannya yang perempuan.

Habis tu macam mana? Takkan aku nak biarkan saja. Nanti melepas bai...

Aiman membaringkan diri untuk memandang langit di atas padang tempat mereka berehat dari
jogging.

Ingat tak eksperimen kimia kita yang gagal hari tu. Kau rasa sebab apa?

Hanis menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Apa kebendalah kau ni menyimpang punyalah ke laut. Err... mungkin sebab kita tak ikut
prosedur buku manual tu kot. Kenapa?

Aiman tersengih.

Allah jadikan manusia ini ada perasaan cinta dan kasih sayang. Itu lumrah manusia. Tiada
manusia yang tak mahukan cinta dan kasih sayang. Tetapi Allah juga turunkan Islam berserta AL
Quran sebagai manual agar manusia mengikut prosedur yang telah ditetapkan supaya dapat
mengawal perasaan cinta dan kasih sayang itu dengan sebaiknya. Tetapi kena faham baik-baik,
Islam bukan saja diturunkan untuk mengawal perasaan cinta dan kasih sayang saja, malah lebih
luas dari itu.

Apa dia? Hanis mengerut dahi.


Muka Surat | 7

Highway of life.

Hanis menangguk. Dia pun turut baring sekali memandang langit.

Cinta dan kasih sayang itu sepatutnya ditumpahkan kepada orang yang betul supaya satu hari
nanti kita tidak menyesal. Letak ketepi dulu cinta kepada Allah, Rasul-Nya dan yang biasa kita
dengar. Sekarang ni apa aku nak kata tentang cinta antara lelaki dan perempuan.

Antara prosedur yang Allah dan Rasul-Nya ajar kepada manusia adalah dengan berkahwin.

Hanis termenung. Memikirkan tentang persoalan kahwin barangkali.

Tetapi kalau tak mampu berkahwin, Rasulullah sallahu alayhi wasallam ajar agar berpuasa.
Puasa bukan puasa yang cap ayam, tetapi puasa dengan penuh ketaqwaan. Baru betul-betul
berkesan. Dan dalam masa yang sama baginda juga ajar untuk menundukkan pandangan
apabila berhadapan dengan perempuan kalau pandangan itu tidak bertujuan apa-apa.

Hanis menghelakan nafasnya.

Hanis, jodoh ini macam rezeki. Dah ditetapkan pun. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah
dengan ikhtiar untuk mencari.

Serius?

Hanis terus terduduk. Bersinar-sinar matanya.

Aiman tergelak.

Muka Surat | 8

Kalau kau suka pada dia, cukup saja kau pendamkan perasaan kau. Dan yang paling penting
sekali...

Hanis mengangkat kening.

Doa. Kita kan ada Allah. Kita bukan makhluk yang tidak mengaku tuhan. Doa sungguh-sungguh,
dalam masa yang sama, buat persediaan yang rapi dan sebaiknya.

Persediaan macam mana? Hanis menggaru kepalanya.

Persediaan ilmu, persediaan fizikal, dan persediaan mental. Kena ada ilmu tentang munakahat,
kena ada persediaan kewangan sedikit, dan persediaan untuk menghadapi sebarang
kemungkinan atau pergaduhan selepas mendirikan rumahtangga. Tentang kewangan,
walaupun ia bukanlah syarat, tetapi untuk hari ini, ia menjadi satu keperluan. Aku rasa kau pun
faham.

Kalau kau dah rasa cukup bersedia termasuk dengan kewangan, maka yakinkan pula mak ayah
kau yang kau mampu jaga anak orang. Kalau mereka dah yakin, maka teruslah melamar.

Aiman mengambil sedikit nafas dan memberikan senyum sebagai sebuah suntikan anjakan
paradigma baru kepada Hanis.

Hmm.. Kalau dia dah dilamar orang? Hanis mengeluh.

Ramai lagi muslimat akhir zaman dalam dunia ni. Belum pupus lagi. Mai ikut aku join usrah
dalam organisasi aku. Selain menguruskan usrah, kami ada unit Baitul Muslim yang mana
menguruskan hal-hal macam ni. Tapi ada prosedurnya lah.

Hanis memandang Aiman dengan mata yang bersinar gemerlapan.


Muka Surat | 9

Kau jangan buat muka nak kena penyepak boleh tak? Aiman gelengkan kepala.

Haha. Macam mana nak join kau?

Malam nanti ikut aku pergi usrah. Nanti aku kenalkan kau pada murabbi aku. Amacam, ada
bran?

Demi sebuah masa depan yang gemilang terbilang, aku rela mengikuti kau Aiman.

Puih! Tak payah nak bersinetron petang ni la.

Aiman dan Hanis bergelak besar.

Hah, kau masih tak menjawab persoalan aku lepas kau bebel panjang-panjang ni. Jadi apa
hukum bercouple ni?

Heh. Ingat lagi kau rupanya. Ingatkan dah lupa. Aku ambil pendapat yang paling keras dan aku
yakin paling benar, iaitu haram bercouple dengan nafsu dan syahwat dengan perempuan bukan
mahram.

Oh.. Tak boleh couple lah ni. Kan senang kalau kau cakap dari awal. Hanis mengerut dahi.

Boleh couple lah... Aiman menduga.

Terbeliak biji mati Hanis. Dia mengangkat keningnya.

Selepas kahwin? Hanis menduga sambungan ayat Aiman.

Muka Surat | 10

Selepas nikah. I rest my case. Dah jom balik. Dah nak maghrib ni... Aiman terus bangun dan
mencapai basikalnya.

Ceh... lebih kuranglah tuh. Hanis mencebik bibir.

Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah kerana mempunyai sahabat seperti Aiman. Moga kami
terus bersahabat sampai ke syurga.. Hanis bermonolog sendirian lantas mencapai basikalnya.

Muka Surat | 11

Cerpen 2 : Menikah Ketika Kuliah

anial Maaf saya menolak luahan hati awak. Saya tidak perlukan teman lelaki Yang
saya perlukan adalah seorang suami Bukan sebarang suami, tetapi seorang suami
yang berdikari Dan juga bukan sekadar berdikari, tetapi ia mahu untuk terus
memahami ad din ini

Masih terbayang di telinga Danial gemersik suara Mariam ketika mana dia menolak
permintaannya untuk bercinta.
Hoih!
Tersentak Danial dari lamunan.
Kau kalau aku sakit jantung nanti, macam mana Aiman. Bagilah salam kot ye pun
Kalau kau sakit jantung, wariskan laptop kau pada aku. Laptop aku dah rosak tuh. Skrin sebelah
rosak Hehe
Ah kau dah kenapa tiba-tiba sergah aku Aiman?
Aku tengok kau termenung dari tadi Nak kata kalah dota, dengan Hanis je pun Nak kata
kalah PES, dengan Aulia je pun Kenapa? Cerita la sikit kat aku Tapi kalau kau nak pinjam duit,
aku nak pergi meeting dulu Aiman tersengih.
Cakap cantik sikit okay. Setakat Hanis dengan Aulia tuh, apa ada hal. Bawah kuku aku je
Kemon la, aku ada duit la, baru lepas untung jual jaket kelmarin
Aiman mengangkat kening.
MasyaAllah, boleh belanja KFC Hehe.. Ha, kenapa, cakap lah. Mana tahu aku boleh tolong..
Danial tersengih. Kemudian dia memandang ke luar tingkap.
Semalam aku jumpa Mariam
Danial menghela nafasnya.

Muka Surat | 12

Bulat biji mata Aiman mendengar intro daripada Danial.


Wow! Kau memang ada gaya kasanova. Hehe. Then?
Cakap baik sikit okay. Muka aku sesuci dalam debu kot Hehe Hmm.. Tentang Mariam, dua
hari lepas aku confess pada dia, yang aku suka pada dia Kemudian semalam dia nak jumpa
aku, dan dia cakap depan aku yang dia tolak aku
Aiman menggelengkan kepala.
Danial, danial Aku ajak ikut usrah, kau sibuk nak main dota Aku ajak ikut masuk sistem
baitul Muslim, kau sibuk nak mencari sendiri bidadari muslimah akhir zaman yang ada kat
universiti
Danial mengerut dahi.
Habis tu kau nak buat apa sekarang Danial? Pujuk dia balik? Aku nasihatkan kau, tak payah
la
Aku nak kahwin waktu belajar ni Apa pandangan kau?
Aiman terkejut.
Kau serius Danial? Mana boleh langkah bendul!
Danial tersengih.
Kalau dah jodoh, apa ada hal Lagipun aku rasa macam tak nak kehilangan Mariam.. Danial
mengangkat kening.
Aiman menghela nafasnya.
"Hari tu Hanis, sekarang ini Danial pula. Aduh.. Lepas satu, satu.. Apalah si Mariam tu pakai.."
Aiman bermonolog dalam hati.
Danial, danial Hmm Aku nak bagi pandangan pun, aku belum kahwin lagi. Tapi aku
perkenalkan kau dengan murabbi aku, akhi Ipin. Dia sekarang dah berkahwin, dan dah ada anak
4. Dulu masa dia berkahwin, dia kahwin waktu belajar. Mungkin kau boleh minta nasihat dia
Muka Surat | 13

Mata Danial bersinar-sinar.


Jangan buat muka nak makan penyepak boleh tak? Haha..
Danial tergelak kecil.
Bak mai nombor dia. Aku nak jumpa dia minta nasihat dari tuan guru minta dari kau, dapat
penyepak la jawapnya
Ceh aku bagi tu patut kau bersyukur Ada bisnes kadnya atas meja tuh. Kau pergi tengok
sendiri.
Syukurlah, Aiman masih bujang Hehe..
Aiman gelak kecil dan terus keluar dari rumah.
-----Ooh Ini ke kembar Aiman. Muka lebih kurang sama saja, cuma rambut saja berbeza..
Hehe.. Ana lebih hensem sikit dari Aiman, dan perbezaan paling ketara adalah pada perut...
Hehe..
Ipin dan Danial gelak bersama.
Okay, anta nak tahu apa sebenarnya?
Aiman cerita, Errr anta berkahwin waktu belajar kan? Boleh minta pendapat dari anta Ana
berniat juga nak berkahwin waktu belajar, cuma nak minta pendapat dulu
Ipin tersenyum.
Sebelum tu, ana ceritakan dulu siapa ana. Ana dulu semasa belajar di UTP adalah sebagai
seorang bapa, suami pelajar, aktivis kumpulan dakwah, anak dan menantu. Jadi ana perlu
memastikan masa ana digunakan secara efisyen. Dan salah satu aktiviti yang perlu ana selitkan
ialah aktiviti mencari nafkah.

Muka Surat | 14

Danial mengangguk.
Ana bahagikan kerja mencari nafkah ini melalui kerja harian, kerja mingguan, kerja bulanan
dan kerja sampingan.
Tapi sebelum kita bercerita lebih jauh, kita order air dulu.. Hehe.
Beres Err.. bang, kasih teh o ais satu, dengan teh o suam..
Okay kita sambung tadi.. Kerja harian ana adalah membuat hotdog. Dalam sehari ana
membuat sekitar 60 ke 100 biji. Masa yang diperlukan hanyalah 1 jam sehari. Ana akan
menyerahkan kepada runner untuk menjualnya semasa waktu malam. Keuntungan per hari
sekitar RM30-RM50. Ana buat hot dog 4 hari seminggu. Purata ana dapat RM160 seminggu
atau RM640 sebulan.
Kemudian, kerja mingguan pula adalah membuat dadih. Ana akan membuat lebih kurang 200
biji dadih dan diletak di dalam peti ais di rumah rakan-rakan di UTP dan letak bekas duit untuk
orang membayarnya. Masa untuk membuatnya lebih kurang 1 jam 30 minit. Seminggu sekali,
ana akan mengutip wang dari bekas dan memasukkan dadih yang baru. Pendapatan per minggu
RM100 atau RM 400 sebulan.
Wow.. menarik.. kemudian? Danial sungguh bersemangat.
Kerja bulanan pula adalah re-pack kerepek ubi. Ana akan mendapatkan kerepek yang
dibungkus per 5 kg, dan membungkusnya semula per 100 gm. Sebulan sekali ana akan re-pack
kerepek ubi, 25 kg. Masa yang diperlukan sekitar 2 jam sahaja. Ana letak kerepek ubi yang
dibungkus semula di hostel-hostel dan letak bekas duit bersamanya. Sebulan sekali ana akan
kutip wang dan menggantikan dengan kerepek yang baru. Pendapatan per bulan lebih kurang
RM250.
Kemudian, kerja sampingan pula ialah membuat proofread buku untuk diterbitkan. 1 bulan 1
buku, 200 300 mukasurat. 1 jam ana boleh selesaikan lebih kurang 50 mukasurat. So, dalam 46 jam sahaja sebulan, bolehlah dapat sekitar RM500 per buku.
So total lebih kurang 40 jam sahaja sebulan, dapat lebih kurang RM1700. Ok lah untuk
menampung isteri dan seorang anak masa tu. Ada lebihan lagi untuk ana berikan kepada ibu di
kampung. Itu supaya mereka gembira dan tidak risau. Lahir anak kedua, ana sudah meniaga
buku. Pendapatannya berkali gandalah, tapi itu cerita lain.. I rest my case
Muka Surat | 15

Ternganga mulut Danial.


Ha, Danial. Dah dapat idea? Nak bernikah ketika kuliah? Hehe..
Danial tersengih.
Balik kena fikir semula nanti..
Ipin tersenyum sambil minum air teh o.
---Terngiang ngian dikepala Danial apa yang diungkapkan Ipin petang tadi.
Ha, Danial. Dah dapat idea? Nak bernikah ketika kuliah? Hehe..
Hmm.. sediakah aku bernikah waktu kuliah? Danial bermonolog sendirian sambil melihat
pandangan di balkoni rumah.
Danial mengeluh. Masih tidak nampak jawapannya. Tetapi hati bertegas untuk kata belum
sedia.
Aiman mana kau?
Apa dia.. Aku tengah buat kerja ni. Ada apa?
Esok kau ada usrah kan? Aku nak ikutlah
Aiman sedikit terkejut.
Aik, kau nampak pokok sujud ke kat luar tu? Hehe.. Aiman tersengih.
Tak la, aku nampak bidadari turun dari kayangan, suruh aku ikut usrah.. Danial terus masuk ke
bilik. Malas melayan respon yang akan diberikan Aiman.
Aiman tersenyum..

Muka Surat | 16

Alhamdulillah.. aku ingatkan player dalam dota tu suruh kau ikut usrah.. Aiman gelak
sendirian.
---

Kredit : Cerita ini adalah kisah benar daripada seorang murabbi bernama Akh Ipin (nama
panggilan sebenar). Moga Allah kekalkan beliau dan keluarga beliau dalam jalan dakwah ini.

Muka Surat | 17

Cerpen 3 : Ibu Dan Ayah Tidak Solat

dik-adik semua.. saya merendahkan nada bagi mengakhiri tazkirah maghrib saya,
Jagalah solat adik-adik semua. Abang bagitau adik-adik semua tentang kewajipan
solat, balasan apabila mengerjakan solat dan azab serta ancaman jika meninggalkan solat sebab
abang sayang pada adik-adik semua.
Saya menghelakan nafas. Kelihatan ada yang menundukkan kepala, ada juga yang mengalirkan
air mata.
Abang tahu, ada di hadapan abang yang banyak kali tinggal solat, atau solat lewat, atau ada
yang tak pernah solat. Nanti kalau ada masalah, boleh jumpa dengan abang secara peribadi,
atau jumpa dengan kakak dan abang fasi yang ada semasa program ini.
Adik-adik di hadapan saya hampir kesemuanya mengangguk. Memikirkan masa untuk berjumpa
barangkali.
Usai tazkirah maghrib itu, kami mendirikan solat isyak secara berjemaah. Kemudiannya ada slot
untuk mereka seperti yang telah dirancang oleh kami. Kesemua pelajar yang hadir dalam
program ini adalah sekitar umur 13 hingga 15 tahun.
Malam itu, selepas habis slot terakhir, mereka diarahkan pergi ke dorm masing-masing untuk
tidur. Saya pula melangkahkan kaki ke kantin sekolah untuk merehatkan diri.
Semasa sedang berjalan, tiba-tiba ada seseorang menegur saya.
Abang.. tegu seorang peserta, Fatin namanya.
Saya memandangnya dengan senyuman.
Ya saya..?
Dia merenung tepat pada mata saya.
Nak tanya.. tadi masa tazkirah maghrib, abang kata solat tu penting kan? Kalau tak solat, nanti
kita masuk neraka kan? Dia memulakan bicara.

Muka Surat | 18

Saya memandangnya dengan penuh minat pada butir bicaranya. Namun saya menjarakkan diri
bagi menjaga jarak antara lelaki dan perempuan.
Ya dik.. Kenapa ya?
Dia menundukkan kepala. Mencari sedikit kekuatan untuk meneruskan pertanyaan.
Tapi mak ayah saya selalu tak solat.. masuk neraka juga ke? Mak ayah saya orang baik
Ternampak butir kaca mengalir dari matanya.
Saya terdiam kelu seribu bahasa. Lidah seolah diikat, perasaan saya seolah dilanggar taufan
katrina. Bercampur baur antara rasa sedih, kagum dan simpati.
Kelu kerana tidak sangka soalan begini akan ditanya dan dalam masa yang sama saya kagum
dengan sensitiviti seorang anak yang baru berusia 14 tahun.
Hmm.. saya mengusap janggut.
Disitu juga saya memberi tiga cadangan saya untuk dia. Dia mendengar dengan teliti sambil
tangannya ligat mencatit apa yang saya cadangkan.
Apa yang abang cakap tadi cuma pandangan abang saja. Belum tentu berhasil. Kerana hidayah
itu milik Allah. Kita usaha saja. Saya melirikkan senyuman.
Dia mengangguk.
Oh ya lagi satu.. saya memanggilnya sebelum masing-masing beredar.
Andai ketiga-tiga perkara tu dah dibuat dan tak berkesan, beritahu pada abang ya.
Dia tersenyum sambil mengelap air mata.
Terima kasih abang..
Dia terus berlalu pergi ke dorm untuk tidur.
Moga Fatin jadi anak yang solehah. Doa saya dalam hati.
Muka Surat | 19

--------------------Fatin melihat jam, baru saja pukul 6 petang. Sebentar lagi ibunya akan pulang ke rumah selepas
balik kerja. Ayahnya juga sama.
Tanpa membuang masa, dia terus meletakkan buku Soal Jawab Tentang Solat yang baru
dibelinya tadi di atas meja solek ibunya. Dan sebuah lagi di atas meja rehat ayatnya.
Dia meletakkan dua buah buku tersebut dengan harapan ibu dan ayahnya akan tergerak hati
untuk membaca.
Fatin tersenyum puas. Moga rancangannya menjadi.
Dua hari selepas itu, dia melihat kedua-dua buku yang dibeli untuk ibu dan ayahnya langsung
tidak dibuka. Cuma buku itu dialihkan saja untuk memberi ruang pada ibunya bersolek, dan
ayahnya meletakkan surat khabar.
Dia tertunduk sayu. Tetapi dia masih belum putus asa. Masih ada pelan yang berikutnya.
Malam itu, sedang Fatin dan keluarganya sedang berehat-rehat, tiba-tiba bunyi azan
berkumandang.
Eh, azan dari henfon siapa tu? Ayah Fatin bersuara.
Fatin tersenyum. Umpan mengena.
Haa, itu azan dari henfon Fatinlah ayah. Ha, alang-alang dah azan, jom kita solat sama-sama
ayah, ibu? Fatin tersengih sambil memeluk ibunya.
Ayah dan ibunya seperti tersentap.
Emm.. Kau sembahyang la dulu Fatin. Ayah ada kerja kejap.. Ayah Fatin meluru ke bilik.
Ibu Fatin memandang wajah anaknya. Kegelisahan terserlah di wajahnya.
Ibu tak masak lagi ni. Ibu nak pergi dapur ya.. Ibu Fatin terus bangun dan meluru ke dapur.

Muka Surat | 20

Fatin duduk tercengang. Seolah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hampir saja dia mahu
menjerit menangis.
Air mata mengalir di pipinya. Dia gagahkan diri untuk pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk
dan solat.
Demi mencari kekuatan yang hampir hilang bak ditiup angin.
Usai solat, dia berdoa sungguh-sungguh agar ibu dan ayahnya diberi hidayah oleh Allah.
Selepas doa, dia duduk termenung memandang sejadah. Memikirkan bagaimana pelan ketiga
hendak dijalankan.
Teringat kata-kata Abang Shukery mengenai pelan yang ketiga,
Yang ketiga adalah Fatin berterus terang dengan ibu dan ayah. Tanya dari hati ke hati, kenapa
ibu dan ayahnya tidak solat dan tidak mahu bersolat bersamanya. Tetapi strategi ini agak risiko,
kerana mungkin akan melukakan hati mereka, atau paling tidak pun, mereka akan marah.
Tetapi bersabarlah. Allah bersama kamu.
Ayat terakhir itu cukup membuatkan Fatin bersemangat.
Ya, Allah bersama aku. Aku akan usaha sebaik mungkin! pujuk hatinya.
-----Lepas azan isyak nanti, aku akan ajak ibu dan ayah solat lagi sekali. Kalau mereka bagi alasan,
aku segera akan minta penjelasan. Fatin menguatkan azam.
Seperti biasa, mereka akan bersama sekeluarga menonton televisyen.
Tidak lama kemudian, berkumandang azan dari telefon Fatin.
Ibu dan ayahnya memandangnya. Muka mereka nampak kegelisahan.
Fatin tersenyum. Lantas dia menyeru ibu dan ayahnya sama seperti semalam.

Muka Surat | 21

Ibu, ayah, jom solat sama-sama. Fatin tersengih memandang ibu dan ayahnya.
Ibu dan ayahnya memandang satu sama lain.
Nantilah, lepas habis berita ni. Ayahnya memberikan kata tuntas.
Fatin tertunduk dan mengangguk.
Selepas habis berita jam 8 itu, sekali lagi dia mengajak ibu dan ayahnya solat. Seperti biasa, ibu
dan ayahnya memberikan alasan.
Segera Fatin bersuara,
Ayah Ibu Kenapa tak nak solat Ustaz kita cakap, siapa tak solat masuk neraka Fatin
tunduk.
Ayah dan ibunya tersentap. Ayahnya berang kerana egonya dicabar.
Kau tu budak kecik lagi, tak payah nak ajar mak ayah kau yang dah lama makan garam dari
kau. Cakap dengan ustaz kau tu, jaga anak dia lagi bagus.
Ayahnya mula marah. Ibunya pula mendiamkan diri.
Fatin tidak dapat menahan air mata yang mengalir. Dia terus bangun dan berlari menuju ke
bilik. Dikunci biliknya.
Hatinya meronta. Dia keliru dan celaru kenapa dia dimarahi sedangkan dia mengajak kepada
perkara yang baik.
Apa salah Fatin. Fatin tak faham. Salahkan Fatin mengajak ibu dan ayah untuk solat? Salahkah
Fatin beritahu bahawa meninggalkan solat dengan sengaja akan masuk neraka?
Fatin tak mahu ibu dan ayah masuk neraka.. Dia bercakap sendirian sambil mengalir deras air
mata membasahi bantalnya.
Dia menangis dan terus menangi sampai akhirnya tertidur.
Fatin tersedar dari tidurnya. Dia melihat jam menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi.
Muka Surat | 22

Lama juga aku tertidur. Bisik hatinya.


Dia teringat pesanan Abang Shukery supaya memberitahunya jika ketiga-tiga pelan itu dah
dilakukan.
Lantas dia mencapai henfonnya dan mesej Shukery tentang apa yang berlaku. Usai mesej, dia
terus keluar dari bilik menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Usai mengambil wuduk, dia melihat henfonnya terdapat 1 SMS. Terkejut Fatin melihat Shukery
membalas mesejnya pada waktu sebegini.
Tak tidur lagi rupanya. Bisik hatinya. Dia membaca mesej tersebut.
Waalaikumussalam. Ooh yeke, abang tumpang simpati apa yang berlaku. Sebenarnya ada satu
pelan yang terakhir abang tak beritahu. Iaitu doa. Nanti lepas ini solat tahajud dan doa
sungguh-sungguh pada Allah. Bukan hanya malam ini saja, istiqomah untuk hari-hari berdoa ya.
Moga mereka diberi hidayah.
Fatin tersenyum.
Ya doa.
Malam itu usai saja dia solat isyak dan solat tahajud serta solat hajat, dia duduk termenung
seketika. Mengambil nafas, lalu menadah tangan menghadap kiblat.
Malam itu Fatin berdoa sungguh-sungguh kepada Allah hingga mengalir deras air mata
dipipinya. Dikuatkan sedikit bacaan doa agar dia benar-benar menghayati doa itu.
Ya Allah Ibu dan ayah orangnya baik. Dia sayang pada Fatin. Dia jaga Fatin betul-betul sampai
Fatin besar. Cuma Ibu dan ayah tak solat je.
Ya Allah.. Fatin sayang ibu dan ayah. Ustaz kata kat sekolah, dengan abang fasi cakap, orang tak
solat masuk neraka. Nanti kena seksa kat sana..
Ya Allah.. Fatin tak nak ibu dan ayah masuk neraka. Fatin tak nak ibu dan ayah kena seksa. Fatin
tak nak ya Allah. Fatin sayang mereka..

Muka Surat | 23

Ya Allah.. Ustaz kata Allah maha mendengar. Allah dengar doa hambaNya. Abang fasi kata doa
adalah senjata umat Islam.. Ya Allah.. berilah hidayah pada ibu dan ayah Fatin..
Supaya mereka jaga solat.. Dan solat sama-sama dengan Fatin
Fatin menadah tangan tinggi. Meminta pada yang Maha Tinggi dengan sungguh-sungguh.
Tiba-tiba, Fatin tersentak apabila ada air mata yang jatuh menitik pada kedua tapak tangannya
yang sedang menadah tangan berdoa.
Dia memandang ke atas. Terkejut melihat ibu dan ayah di belakangnya menangis. Ibunya segera
memeluk Fatin. Dan kemudian ayahnya pula memeluknya.
Fatin ayah minta maaf sebab ayah marah Fatin tadi. Ayah dan ibu pun sayang Fatin. Ayah
dan ibu tak nak masuk neraka. Teresak-esak ayahnya menangis.
Fatin tersenyum gembira. Syukur pada-Nya kerana hidayah-Nya datang tanpa disangka-sangka.
Dia memeluk semula kedua ibu dan ayahnya.
Ya Allah.. kumpulkan kami dalam syurga Mu ya Allah Fatin berdoa dalam hati.

Penulis bernama Ahmad Shukery Bin Azizan, merupakan anak jati Johor
dan

menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkecimpung dalam

dunia penulisan sejak dari 2010 dan mula bergiat aktif menulis secara
konsisten dengan genre yang pelbagai pada setiap bulan di dalam blog
peribadi beliau (Biskut Mayat) sejak 2011. Beliau juga aktif memberi
ceramah pada pelajar-pelajar khususnya sekolah menengah dalam pelbagai
platform. Kini mula bergiat menulis dalam bersama krew Tarbiah Sentap
dalam platform www.tarbiahsentap.com.

Hak Cipta Terpelihara. Sebarang terbitan semula untuk tujuan perniagaan atau keuntungan dalam bentuk animasi,
fotokopi, rakaman, buku, lukisan atau apa cara sekalipun perlu mendapat izin daripada Tarbiah Sentap. Sebarang
perkongsian dalam bentuk bentuk blog, Vlog, buku, ceramah dan berkaitan yang menggunakan artikel, status atau
apa-apa jua kata-kata yang di ambil dari sumber Tarbiah Sentap digalakkan untuk memberi kredit kepada Tarbiah
Sentap.

Muka Surat | 24

Muka Surat | 25

Anda mungkin juga menyukai