Anda di halaman 1dari 8

*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.

PantunPantunPantunPantunPantun Contoh Pantun 1: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji diatas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Contoh 2 Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Kami murid baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.

Contoh 3 Pulau Pandan jauh le temgah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Pada kebiasaannya Rima pantun adalah "abab". Baris dalam setiap rangkap ialah empat atau enam atau lapan. Catatan: "abab" bermaksud Rima akhir pada baris pertama adalah sama dengan baris ketiga. Manakala Rima akhir pada baris kedua adalah sama pada baris keempat. *Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.

Catatan: Berdasarkan puisi ini (contoh 1), Rima akhir dalam dalam baris pertama ialah "yar", sama seperti dalam baris ke tiga iaitu "yar". Manakala Rima akhir dalam baris kedua ialah "ti", juga sama dalam baris keempat iaitu "ti" . Puisi ini mengandungi empat baris dalam satu rangkap. Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa puisi ini adalah jenis PANTUN ( berdasarkan kepada rima akhir dan bilangan baris dalam satu rangkap) Bincangkan pula rima akhir dalam contoh 2 dan contoh 3.... SajakSajakSajakSajakSajak *Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris. Contoh Sajak: Ibu... mentari masih diufuk timur kokok ayam sahut-sahutan ketika itu.. seorang wanita dengan penuh rela menyelak selimutnya saat dingin menggigit tubuh. .........(rangkap pertama)

Dialah ibuku... kewajipannya dan jasanya lebih tinggi daripada segunung intan lebih berharga daripada selautan mutiara. ..........(rangkap kedua)

*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.

Rima akhir dalam sajak adalah bebas. Bilangan baris dalam satu rangkap juga adalah bebas. Rima akhir adalah bebas bermaksud ianya tidak seperti pantun atau syair. Rima akhir bagi baris pertama dalam rangkap tersebut adalah tidak sama dalam baris kedua atau ketiga atau keempat atau kelima dan sebagainya. Catatan: Berdasarkan puisi ini, Rima akhir dalam setiap baris dalam rangkap pertama adalah berlainan. Bilangan baris dalam rangkap pertama adalah tidak sama seperti dalam rangkap kedua. Oleh itu, puisi ini adalah sajak.

CIRI-CIRI SYAIR terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap). syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun). Tergolong dalam jenis puisi kata (word verse) bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris. Memakai skema rima a-a-a-a, rima akhir tidak rima dalaman Dalam suatu baris ,terdapat suatu hentian (pause) kerana itu adanya kolon sepertimana dalam sebaris pantun setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan barisbaris terdahulu. Seluruh empat baris merupakan satu kesatuan idea; ertinya tidak terbahagi dua kepada sampiran dan mkasud sepertimana seuntai pantun Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh rangkap- rangkap lain untuk membina suatu idea yang lengkap, sesuai dengan isi dan tujuannya.

Syair perlu dilagukan untuk membentuk nyanyian syair mengungkapkan pengajaran dan pemberitaan maka lagu memberikan ciri, rasa, dinamika, asal-usul, dan kebersamaan

CONTOH- CONTOH KARYA SYAIR Syair Bidasari Sebuah syair romantis yang mengisahkan tentang Bidasari yang rupawan menjadi mangsa cemburu Permaisuri Indrapura. Syair surat al-qiyamah Disalin pada tahun 1306H. [1888M.] Sebuah syair berbentuk keagamaan yang menceritakan tentang keadaan hari kiamat, nikmat di syurga dan seksa di neraka.

Raja Ali Haji memberikan contoh syair dan gurindam : Bermula inilah rupanya syair : Dengarkan tuan suatu rencana Mengarang di dalam gundah-gulana Barangkali gurindam tiada kena Tuan betulkan dengan sempurna Inilah erti gurindam yang di bawah syair ini : Persimpangan yang indah-indah Iaitu ilmu yang memberi faedah

Aku hendak bertutur Akan gurindam yang teratur

CIRI-CIRI GURINDAM 1. Ciri-ciri bentuk Gurindam a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. Baris pertama dikenali sebagai syarat dan baris kedua dikenali sebagai jawab. Baris pertama syarat menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap. d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap. e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap

Contoh gurindam serangkap dua baris: Apabila banyak berkata-kata, Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila mendengar akan khabar, Menerimanya itu hendaklah sabar.

ii. Gurindam serangkap empat baris Empat baris kalimat atau ayat Bilangan perkataan tiap-tiap baris tidak tetap. Rima akhir seperti puisi pantun abab Isinya tentang nasihat Contoh gurindam serangkap empat baris: Tiada siapa yang besar, Tiada siapa yang tinggi, Tetap sama sedasar, Tidaklah berbeza lagi.

Jangan takut dan gentar, Mati hanya sekali, Jangan bertukar berkisar, Tetap di lapangan mengendali. iii. Gurindam bebas Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad Persamaan rima akhir tidak dipentingkan Isinya tetap mempunyai nasihat Contoh gurindam bebas: Pangkalnya sama dipupuk, Pucuknya sama digentis, Buahnya sama ditarik, Ke bukit sama didaki, Ke lurah sama dituruni, Ke laut sama direnangkan.

Anda mungkin juga menyukai