Anda di halaman 1dari 2

Cerita Rakyat Kaum Kadazan

Burung Layang-Layang

Dalam sebuah hutan yang tebal, tinggal seekor burung layang-layang yang suka
meniru. Pada suatu petang, burung layang-layang telah mendengar suara teriakan
daripada burung-burung yang lain. "Ke tepi! Ke tepi! beri laluan kepada raja
Burung. " Burung layang-layang berasa hairan mendengar teriakan tersebut. Tidak
lama kemudian, beberapa ekor burung merak melalui kawasan itu. Burung layang-
layang terpegun melihat kecantikan bururng merak. Maka, timbullah perasaan
pada burung layang-layang yang ingin menjadi seperti burung merak. burung
layang-layang menoleh ke kiri dan ke kanan lalu melihat beberapa helai bulu
burung merak tercicir di atas tanah. Apabila kumpulan burung merak telah berlalu,
burung layang-layang mengutip semua bulu merak yang tercicir di atas tanah dan
menyisipkan ke badannya. Apabila selesai, burung layang-layang berjalan di atas
laluan burung merak tadi.Burung-burung lain yang melihatnya berteriak," Ke tepi!
Ke tepi! Berikan laluan kepada Raja Burung." Burung layang-layang berasa sangat
seronok dan berjalan lebih pantas sehingga terlupa tentang bulu-bulu burung
merak yang disisipkan di badannya. Lalu, satu demi satu bulu burung merak
tertanggal dan tercicir di atas tanah. Burung-burung lain yang menyaksikan
kejadian tersebut ketawa berdekah-dekah sambil berteriak, " Rupa-rupanya
burung layang-layang menyamar menjadi Raja Burung." Burung layang-layang
berlalu dari situ sambil menundukkan kepalanya kerana berasa sangat malu.
Semasa berjalan dengan kepala bertunduk, burung layang-layang telah terlanggar
burung merak. Apabila burung layang-layang mendongak, dia mendapati burung
merak sedang berdiri di hadapannya dengan muka yang bengis. Burung merak
berkata, " kami tidak suka kepada burung yang cuba menyamar menjadi burung
yang lain. Pergi dari sini!" Burung layang-layang segera terbang meninggalkan
kawasan tersebut. Semasa terbang, burung layang-layang ternampak sekumpulan
burung seakan-akan serupa dengan dirinya. Burung layang-layang mendekati
burung dalam kumpulan tersebut. Seekor burung dalam kumpulan itu bertanya,
"Anda ahli baru dalam kumpulan inikah?" Burung layang-layang pun menjawab,
"Ya, saya ahli baru dalam kumpulan ini." Burung layang-layang berasa sangat
gembira kerana telah mendapat sahabat baru.

Anda mungkin juga menyukai