Anda di halaman 1dari 2

Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan

Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia
17 tahun itu kerana terperanjat.

Mazni bingkas bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut
ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan di malam hari tu tambah meresahkan hatinya
menyebabkan Mazni berasa tidak bertahan lama di biliknya . Tanpa menutup lampu
bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh di sofa. Matanya merenung
jauh entah ke mana. Malam itu Mazni sendirian di rumah. Ibu dan ayah serta dua
orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doaselamat pada malam itu.

Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan
Sijil Peperiksaan Malaysia sudah hampir. Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa
mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya juga
berpesan agar Mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap. Sebaik sahaja
mereka pergi, Mazni segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudian dia terus berkurung
di dalam biliknya dan mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan
turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung-meyabung. Kesunyian yang begitu
mencengkam tiba-tiba mengundang resah dan takut di hati Mazni. Jam menunjukkan
pukul 11.30 malam .

Mazni masih bertelekup di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan


kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung-menyabung menyebabkan
hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan
ayahnya tadi. �AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni?� keluhnya untuk
sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa takut, Mazni membaca ayat kursi dan
beberapa ayat al-Quran yang lain. Namun rasa cemas yang tak kunjung hilang itu
menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.

Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat.
Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir. Tiba tiba
telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Apabila dibuka tiada sesiapa
di luar. Mazni menutup semula pintu tetapi ketukan berbunyi lagi. Sebaik sahaja
pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan
berdiri di depannya. Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi.
Bajunya koyak dan ada kesan darah. �Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi
jalan di simpang sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?� kata wanita itu
memecah kesunyian. Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran. �EH, masuklah
kak,� kata mazni seolah-olah baru tersedar dari khayalan.

Setelah mempersilakan wanita itu duduk di sofa, Mazni lantas ke bilik ibunya
mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan. Juga
mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu. Sementara wanita itu bersalin
pakaian, Mazni bergegas ke dapur menyediakan minuman panas untuk mereka. �Maaf
menyusahkan adik,� kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe
panas di depannya. �Tak apa. Sekurang kurangnnya saya ada kawan,� jawab Mazni
sambil menjeling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah
tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua. Biar pun banyak
yang ingin ditanyakan oleh Mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan
wanita itu seolah-olah lebih senang menyendiri. Mungkin dia ada masalah apabila
melihat wajah wanita itu yang seolah-olah dalam kesedihan.

Tiba-tiba, �maaf dik. Kakak kena pergi sekarang.� kata wanita itu sambil meluru
keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga-pinga.
Beberapa minit kemudian kedengaran daun pintu diketuk orang. �Mesti kakak tadi. Ha
itulah. Hujan belum berhenti dah nak pergi,� omel Mazni dalam hati sambil berlari
mahu mambuka pintu. Namun alangkah terkejutnya Mazni apabila melihat seorang wanita
berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat di depannya.
Wajahnya amat menakutkan. Dia seolah-olah berada dalam kesakitan dan inginkan
bantuan. Tubuh Mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri .

Ketika membuka mata, sayup-sayup Mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang
sudah berlaku. Tetapi mazni tidak mampu menjawab. Dia hanya memeluk erat ibunya
sambil menangis semahu-mahunya. Keesokan pagi, sambil bersarapan pagi ibunya
menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlaku dekat simpang berhampiran rumah
mereka. �Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal. Tu sebab kami terlewat
semalam..� Hati Mazni berdebar-debar mendengar kata-kata ibunya. Dan debaran itu
tambah kencang bila ayah menyampuk. �Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari
ini. Gambar perempuan itu dengan anaknya pun ada. Nah tengok,� katanya sambil
menghulurkan surat khabar itu kepada Mazni. Dengan tangan menggeletar akhbar itu
disambut. Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung
ke rumahnya malam tadi.

Baca selanjutnya: http://otaicerita.blogspot.com/2015/02/seram-tetamu-di-tengah-


malam.html#ixzz5X56GIQ7Q
Follow us: @OtaiCerita on Twitter | OtaiCerita on Facebook

Anda mungkin juga menyukai