Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman yang tidak dapat aku lupakan

Aku sedang termenung sendirian di dalam bilik, memikirkan tentang


bagaimana aku boleh gagal dalam membuat yang terbaik di dalam
ujian tahunan sekolahku. Pengalaman ini bermula setahun yang lalu
dimana aku sedang leka bermain permainan komputer dan tidak
mengulangkaji pelajaran.

Ibu memarahi aku kerana aku leka bermain permainan komputer


sahaja. Aku menyuruh aku belajar bersungguh-sungguh, dengan
rasa berat hati aku pun mendengar nasihat ibu. Malam menjadi
gelap pekat macam arang tetapi aku masih belajar. Aku mulai berasa
takut kerana peperiksaan akan bermula keesokan hari. Peluh sejuk
mula berkumpulan di dahi aku yang luas ini. Selesai habis
mengulangkaji pelajaran aku terus melangkah ke katilku yang empuk
itu untuk tidur. Kekuatan aku telah pudar bersama konsentrasi yang
aku beri semasa sesi pembelajaran tadi. Tenagaku tidak sekuat tadi.

Pada keesokan harinya, di sekolah badan aku berasa lemah.


Aku tidak dapat memberikan perhatian semasa guru sedang
mengajar. Aku tertidur kerana ngantuk belajar hingga lewat malam.
Guru aku sangat marah bila mendapat tahu aku sedang tidur semasa
dia sedang mengajar. Cikgu Ali menghentak mejaku. Aku terperanjat
mendengar suara cikgu yang kuat menjerit kearah aku. Mukanya
merah macam cili padi. Aku berasa malu. Aku tidak berani untuk
melihat sesiapa aku malu pada kawan kawan dikelas. Aku pun
memohon maaf kepada guruku.

Semasa waktu rehat, sahabatku, Aaryan, memberitahu aku


bahawa ujian tahunan akan bermula selepas waktu rehat. Aku
berasa terperanjat. Aku menggigil ketakutan dan cemas untuk
melakukan peperiksaan.
Selepas habis waktu rehat,Guru memberikan kertas ujian
tahunan kepada kelas. Apabila peperiksaannya bermula,aku terus
membuat kertasnya dengan cepat. Aku menggigil melakukan kertas
soalanya. Selepas selesai membuat peperiksaan. Aku berasa lega Aku
menyemak kertas aku sepuluh kali. Aku tidak yakin yang aku boleh
dapat markah tinggi. Selepas tiga puluh minit, guru mengambil kertas
peperiksaan. Dia juga memberitahu kita bahawa kertas itu akan
diberi keesokan hari.

Aku berasa takut tetapi pada masa yang sama teruja


untuk mendapat kertas ujian aku. Esok hari aku berasa terperanjat
semasa dapat kertas ujian. Aku tidak dapat markah kepujian untuk
kertas ujian aku. Aku tahu bahawa ibu akan berasa kecewa dan
marah kerana aku sudah berjanji kepada ibu bahawa aku akan
mendapatkan markah kepujian. Aku menangis, hati aku hancur.
Kawan-kawan serta guru memberi aku kekuatan tetapi aku masih
sedih.

Apabila aku tiba di rumah, dengan perasaan yang takut, aku


menunjuk kertas ujian kepada ibu. Aku melihat kearah lantai kerana
malu. Muka ibu merah macam cili. Aku terus meminta maaf. Aku
berjanji bahawa aku akan belajar dengan tekun untuk peperiksaan
tahun depan. Aku juga berjanji kepada ibu bahawa aku tidak akan
bermain permainan komputer dan akan mendengar nasihat ibu.

Tiba-tiba, aku sedar dari lamunan apabila ibu masuk ke bilik untuk
menyuruh aku untuk makan malam.Dari pengalaman itu aku belajar
bahawa janganlah kita leka bermain komputer dan kita harus pandai
membahagikan masa untuk belajar dan bermain.

Anda mungkin juga menyukai