Anda di halaman 1dari 6

JENIS KARANGAN : PERIHAL/TINDAKAN

Dalam perjalanan ke kantin, anda terlihat seorang murid tahun satu sedang menangis teresak-
esak. Apakah tindakan yang anda patut ambil.

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang,
binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di
bahagian ini.
Baca contoh karangan di bawah ini.
Aku menghampiri budak itu. Mengapa menangis? aku bertanya sambil memujuknya.
Pertanyaanku tidak dijawab. Aku cuma dapat mengagak, mungkin ada sesuatu yang telah berlaku ke
atas dirinya yang menyebabkan dia menangis.
Setelah beberapa kali memujuk, akhirnya budak itu memberi tahu aku bahawa duit belanjanya telah
dirampas oleh sekumpulan murid. Aku mengajaknya ke kantin, lalu membelikan budak itu makanan.
Sambil makan, aku terus memujuk budak itu untuk menceritakan hal yang sebenar, namun budak itu
enggan. Mungkin dia takut kena belasah, bisik hati kecilku. Aku juga memujuknya untuk
mengadukan hal tersebut kepada Cikgu Siti Salbiah guru disiplin sekolahku
Aku menceritakan apa yang berlaku kepada Cikgu Siti Salbiah. Cikgu Siti menyuruh aku memanggil
Arizon untuk mendapatkan maklumat kerana Arizon pernah mengugut murid untuk meminta duit.
Arizon, telah memberikan maklumat bahawa masih ada beberapa orang murid yang nakal.
Setelah siasatan dijalankan, tiga orang murid telah terlibat dalam jenayah peras ugut itu. Mereka
memang sering mengugut murid-murid tahun satu dan tahu dua supaya menyerahkan wang belanja
kepada mereka. Jika enggan, mereka diugut hendak dibelasah. Mereka telah digantung sekolah
sebagai hukuman atas jenayah yang dilakukan.
Cikgu Siti Salbiah memuji-muji aku dan Arizon kerana peka dengan kejadian-kejadian seumpama itu.
Beliau berharap, sebarang kejadian atau perlakuan yang mencurigakan perlu dilapor dengan segera
kepada pengawas atau guru. Agar dapat diambil tindakan segera.








KARANGAN UPSR (CERITA) Tindakan Apabila Rakan Tercedera

SOALAN :: Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik
Kemahiran Hidup. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera
kerana terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup.
Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu itu, Cikgu Ali
iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke tandas.
Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu. Aku
turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami bergegas ke
bilik Kemahiran Hidup.
Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang
terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut cara
yang aku pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun
lalu.
Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon
kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa
tersebut. Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.
Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih
atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup
tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin
pulih.
Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik kemahiran
Hidup dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam semasa
pengajaran dan pembelajaran.




Karangan Tindakan Yang Kamu Lakukan 1
Soalan: Kamu tertinggal bas. Tulis tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

Loceng sekolahku telah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat.
Semua pelajar beratur di luar kelas untuk menunggu loceng yang kedua. Ketika beratur,
perut saya terasa sakit. Saya segera meminta kebenaran cikgu lalu berlari ke tandas.
Selepas menunaikan hajat, saya keluar dari tandas dan berlari menuju ke perhentian
bas di hadapan sekolah. Apabila saya keluar, saya mendapati semua pelajar sudah tiada dan
saya juga ketinggalan bas. Saya mula bimbang. Saya ternampak sebuah pondok telefon.
Saya pun memasukkan tangan ke dalam poket untuk mengambil duit syiling.
Malangnya, telefon itu rosak. Setelah lama berfikir bagaimana cara untuk pulang ke rumah,
saya mendapat satu idea. Selepas itu, saya pergi ke pejabat. Saya memberi salam dan
mengetuk pintu tetapi tiada sesiapa pun yang keluar atau menjawab salam.
Akhirnya, saya membuat keputusan sendiri. Saya balik dengan berjalan kaki. Awan
pun mula mendung. Dalam perjalanan, saya terdengar suara anak kucing. Rupa-rupanya
anak kucing itu berhadapan dengan anjing yang ganas. Saya membaling batu ke arah anjing
itu dan membawa kucing itu lari. Anjing itu mengejar saya. Setelah membaling batu, barulah
anjing itu pergi. Tetapi perasaan menggigil kerana dikejar anjing belum hilang lagi.
Saya ternampak pondok kecil dan berehat di situ. Saya melepaskan kucing tadi di
taman. Tidak lama kemudian, hujan pun turun dengan lebatnya dan kilat juga sabung-
menyabung. Pada waktu itu, saya sangat kesejukan.
Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan pondok itu. Saya amat terkejut dan
ketakutan. Saya mula berfikir hal yang buruk akan berlaku. Kereta itu pun membunyikan
hon kepada saya untuk masuk ke dalam kereta. Tetapi saya enggan.
Pemandu kereta itu pun membuka tingkap keretanya untuk bercakap dengan saya.
Apabila tingkap terbuka, rupa-rupanya lelaki itu ialah Cikgu Syukri. Saya pun segera masuk
ke dalam kereta dengan basah kuyup. Di dalam kereta, saya menggigil kesejukan. Cikgu pun
memberi saya sebotol air masak untuk saya minum. Cikgu sangat baik hati.
Saya pun sampai di rumah. Bapa saya segera mengambil payung untuk melindungi
saya daripada terkena hujan. Ayah saya pergi berjumpa dengan cikgu. Tanpa melengahkan
masa, saya terus masuk ke dalam rumah. Ibu dan ayahku juga risau kerana saya balik lewat.
Ibu dan ayah saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Syukri. Saya berjanji kepada ibu
dan ayah saya agar tidak cuai lagi sehingga tertinggal bas.

Perihal: Tindakan Menolong Murid yang Jatuh

Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti merentas desa peringkat sekolah.
Semasa mengikuti aktiviti tersebut, seorang murid tahun lima telah terjatuh di
hadapan kamu.
Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.
Pada hari jumaat yang lepas, sekolah kami telah mengadakan aktiviti
merentas desa peringkat sekolah. Semua murid tahun lima dan tahun enam telah
menyertai aktiviti ini.
Tiba-tiba, peserta dari tahun lima iaitu George telah terjatuh di hadapan
saya. Saya segera berhenti untuk menolongnya. Rupa-rupanya George terjatuh
selepas tersepak batu besar di tengah jalan.
Kaki George telah terseliuh. Bahagian lututnya juga terluka dan darah
sedang mengalir keluar dari lukanya. George tidak dapat berdiri dan mengerang
kesakitan di atas jalan raya.
Saya memapah George ke tepi jalan demi keselamatannya. Saya
mengeluar tisu yang dibawa untuk mengelap darah lukanya. Selepas itu, saya
membalut lukanya dengan sapu tangan saya untuk menghentikan pendarahan.
Seterusnya, saya menyuruh George berehat seketika sementara saya
meminta bantuan daripada guru. Selepas mendengar kisah saya, Cikgu Ali
memandu keretanya ke tempat kejadian untuk menghantar George ke hospital.
Saya mengikut bersama untuk meneman George.
Sesampai di hospital, George dimasukkan ke bilik kecemasan untuk
dirawat. Ibu bapanya sudah menunggu di hospital. Mereka mengucapkan terima
kasih dan memuji atas keberanian saya.
Akhirnya, saya tidak memenangi sebarang pingat dalam aktiviti merentas
desa kali ini. Namun begitu, saya tetap berasa gembira kerana saya telah membuat
satu perkara yang baik.


Soalan : Kamu telah lewat datang ke sekolah. Ceritakan tindakan yang
akan kamu lakukan pada hari tersebut.

Pada pagi itu gua telah terlambat untuk ke sekolah. Ini disebabkan
malam tadi gua online sampai pukul 3 pagi. Babi apa online sampai 3 pagi
bagi budak sekolah rendah macam gua ni ? Entahlah gua pun tak tahu.
Jadi pada pagi tersebut gua telah terlewat bangun tepat jam 8.00 pagi.
Bagi gua lewat 30 minit je pun. Takdelah teruk mane tapi disebabkan
takut kena denda ketuk ketampi oleh cikgu Ramli maka gua pun jadi
takut. Oh buat pengetahuan semua cikgu Ramli tu cikgu disiplin sekolah
gua.

Gua segera membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Dalam
hati sebenarnya taknak pergi sekolah sebab takut kena denda. Tapi bila
abah gua kata kalau tak pergi sekolah seghupe macam monyet maka gua
terpaksa pergi. Gua taknak jadi macam monyet. Gua taknak jadi
binatang.

Dan sekarang gua sudah terpacak depan sekolah. Angin bayu pagi bertiup
memberikan gua perasaan nyaman dan segar. Disebalik pintu pagar
besar sekolah gua ternampak penolong pengawas sedang mencatat nama
budak-budak yang datang lewat. Namanya Zarina. Cantik kecik manis
orangnya. Hihihi.

Gua sempat bertentang mata dengan Zarina. Zarina buat endah tak
endah. Alah lagipun bukan gua nak sangat dengan Zarina. Cikgu Hana
kan ada. Oh buat pengetahuan semua cikgu Hana merupakan cikgu mata
pelajaran Pendidikan Seni. Ukuran badannya 34-24-34. Senang cerita
badan dia sedap mata memandang.

Selepas itu gua pergi ke kelas untuk belajar. Kebetulan kelas pagi itu
merupakan subjek Pendidikan Seni. Gua cepat-cepat masuk dan duduk di
meja gua. Cikgu Hana tanya kenapa lambat. Gua jawab "sorry cikgu..
hehe" . Cikgu Hana cuma menggelengkan kepala. Gua pula ralit meng-
ushar setiap lenggok tubuh badan cikgu Hana. 'Fuhhh..' bisik gua dalam
hati.

Pada pagi itu gua cuma meng-ushar dan meng-ushar cikgu Hana
mengajar sampai habis kelas.

Anda mungkin juga menyukai