Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1

Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba


kamu terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Ceritakan
bagaimana kamu dapat membantu kanak-kanak tersebut.
Baca contoh karangan di bawah ini.
Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tibatiba aku terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Kanakkanak tersebut tersembam di atas tanah.
Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak
tersebut. Beberapa orang rakan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan
dan ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar rakannya
yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak
itu berdarah.
Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang
itu. Aku dan Faizal pula mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang
redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku mengangkatnya,
kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu
terseliuh atau mungkin patah.
Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku
menyuruh Ahmad menahan kereta di jalan besar yang tidak jauh dari situ.
Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan sabit
merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk
mengampu tangannya yang cedera.
Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat
anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa yang
telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana anaknya tidak
sedarkan diri.
Ahamad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk
membawa kanak-kanak itu ke hospital. Ibu kanak-kanak itu, tanpa
berlengah-lengah, terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda
tersebut. Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya
berhati-hati ketika bermain.

Soalan 2
Anda sedang membeli barang di sebuah kedai. Tiba-tiba terdengar
bunyi satu letupan dan diikuti asap yang berkepul-kepul dari bahagian
belakang kedai tersebut.
Contoh jawapan
Aku meletakkan basikalku di tepi sebuah kedai. Aku masuk ke dalam
kedai itu untuk membeli barang yang disuruh oleh ibu. Tiba-tiba aku
terdengar bunyi satu letupan yang sangat kuat. Asapa berkepul-kepul dari
arah belakang kedai. Orang ramai menjadi gempar

Kebakaran! Tolong! Tolong! Api! Api! suara orang ramai menjerit.


Sejurus kemudian aku lihat api mulai marak di belakang kedai itu.
Orang ramai yang sedang membeli barang, bergegas keluar dari kedai.
Aku berlari ke pondok telefon di hadapan kedai untuk menghubungi
pasukan bomba dan penyelamat.
Aku lihat tuan kedai dan beberapa orang pekerjanya berusaha
mengeluarkan barang-barang dari kedainya. Aku segera membantu.
Begitu juga orang ramai yang berada di situ. Barang-barang yang sempat
diangkat dihimpunkan di halaman kedai.
Api semakin marak, tuan kedai masih mahu menyelamatkan
barang-barangnya. Orang ramai telah menghalangnya. Wang saya
masih tertinggal di dalam kedai! jerit pekedai itu sambil meronta-ronta.
Kami cuba menenagkan pekedai itu. Setelah dipujuk akhirnnya pekedai itu
akur.
Sejurus kemudian pasukan bomba dan penyelamat tiba. Mereka
terus berusaha memadamkan api agar tidak merebak ke kedai-kedai yang
berdekatan. Akhirnya, api dapat dipadamkan. Pasukan bomba memeriksa
kawasan dalam kedai. Tuan kedai ikut bersama-sama.
Menurut pihak bomba punca kebakaran tersebut masih belum dapat
dipastikan. Pihak bomba akan membuat siasatan tentangnya. Pasukan
bomba mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah
memberikan kerjasama. Pihak bomba juga menasihati orang ramai agar
sentiasa berhati-hati supaya kebakaran dapat dielakkan.

SOALAN 3 :: Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan


tugasan di Bilik Kemahiran Hidup. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan
kamu tercedera kerana terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan
yang kamu lakukan.

Contoh jawapan
Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas
Kemahiran Hidup. Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena
pahat. Pada waktu itu, Cikgu Ali iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke
tandas.
Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang
kejadian itu. Aku turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak
di situ. Kami bergegas ke bilik Kemahiran Hidup.
Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh
kuman yang terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka
tersebut mengikut cara yang aku pelajari semasa aku menyertai
Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun lalu.
Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan
menelefon kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka
tentang peristiwa tersebut. Kemudian, kami membawanya ke hospital
untuk rawatan lanjut.
Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia
berterima kasih atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera
di Bilik Kemahiran Hidup tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku
tidak serius dan sudah semakin pulih.
Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di
Bilik kemahiran Hidup dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda
yang tajam semasa pengajaran dan pembelajaran.

Soalan 4 :

Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas,


kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang
yang dibawanya bertaburan.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk
membantunya.
Contoh jawapan
Saya dan kawan-kawan saya menuju ke pondok perhentian bas.
Kami bercadang hendak pergi ke bandar. Saya berhasrat untuk membeli
barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR.

Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua.


Dengan tidak semena-mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang
dibawanya bertaburan di atas jalan raya.

Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang


bertaburan diatas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok
perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami
luka kecil sahaja.

Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan


pulang ke rumahanaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang.
Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.
Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia mempelawa
saya masuk kedalam rumah. Dia menghidangi saya segelas minuman
sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas
pertolongan saya tadi.

Sungguhpun rancangan untuk membeli peralatan sekolah dan buku


rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana
dapat membantu orang yang dalam kesusahan.

Anda mungkin juga menyukai