Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Kereta

Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku


dilahirkan di kilang proton di Shah Alam.
Tubuh badanku direka khas untuk memenuhi
cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap
diproses menjadi sebuah kereta, aku dan
rakan-rakan telah ditempatkan di bilik
pameran kereta.

Sempena pelancaran kereta baru ini, aku


dan rakan-rakan telah mendapat sambutan
hangat daripada para pengunjung. Mereka
memandu ujiku dan rakan-rakan. Para
pengunjung yang datang ke majlis
pelancaran kereta itu sangat berpuas hati
dengan kehebatan kami.

Aku dan rakan-rakan umpama pisang


goreng kerana kami telah habis ditempah
oleh para pembeli. Seorang guru sekolah
bernama Ali telah menjadi tuan aku. Aku
berjanji memberi perkhidmatan yang terbaik
buat tuanku.

Setiap pagi, Ali akan membawa aku ke


sekolahnya. Dia sangat bangga dengan reka
bentuk aku. Rakan-rakan juga sering
memujiku. Selain ke sekolah, aku juga
membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya.

Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada


hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku
menjadi seperti baharu semula. Ini membuat
aku semakin lama semakin disayangi oleh
tuanku.

Pada suatu hari, tuanku telah terlewat


bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah.
Dia memanduku dengan laju sekali. Malang
tidak berbau aku telah terbabit dalam
kemalangan ngeri dengan sebuah lori. Aku
rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku
bukan sahaja sedih akan diriku tetapi
meratapi akan nasib tuanku.

Anda mungkin juga menyukai