Anda di halaman 1dari 1

Hobi saya

Apakah
hobi
awak

Bila
Harapan melaksanakan
hobi
Hobi
Saya

Kebaikan Kebaikan
hobi 2 hobi 1

Setiap orang mempunyai hobi, begitu juga dengan saya. Hobi saya ialah
membaca kerana membaca mempunyai banyak kebaikan.

Saya suka membaca majalah, buku cerita, surat khabar, buku rujukan dan
sebagainya. Saya selalu pergi ke perpustakaan untuk meminjam dan membaca buku.
Ibu bapa saya juga sering membeli bahan bacaan kepada saya.

Membaca dapat menambahkan ilmu dan meluaskan pengetahuan saya.


Contohnya, dengan membaca surat khabar, saya dapat mengetahui peristiwa yang
berlaku di dalam dan di luar negara. Jadi, saya tidak akan digelar seperti katak di
bawah tempurung.

Tabiat membaca juga dapat memperluaskan kosa kata saya. Kosa kata yang
meluas dapat memperbaiki bahasa saya dan membantu saya mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan.

Oleh itu, saya mesti banyak membaca agar dapat menjadi manusia yang
berguna kepada masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai