Anda di halaman 1dari 51

ASRAM A-RA

__________________________

Skrip Teater

Oleh Khairunazwan Rodzy


13 September 2013

Contact:
REVOLUTION STAGE
5-11, DATARAN PELANGI UTAMA,
ONE AVENUE, JALAN MASJID,
PJU 6A, 47400, PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
+60196031262
khairunazwan.rs@gmail.com
BABAK 1

Kelihatan ruang dalaman bilik asrama yang


kemas dan tersusun. M empunyai enam buah
katil yang disusun berkembar dua dengan
pembahagian kepada tiga bahagian pentas,
bahagian kanan hadapan pentas, bahagian kiri
hadapan pentas dan bahagian tengah belakang
pentas.

Terdapat juga loker di sebelah setiap katil


berserta meja dan kerusi belajar. Keadaan bilik
kelihatan bersih dan tersusun rapi.

Kelihatan Suhaila, Nabela, Ayu, Azwa, Nor dan


Laili masuk dalam keadaan penat dan baring di
katil masing-masing.

Laili tiba-tiba bangun dan mencapai tuala dan


baju salinannya.

LAILI
Aku nak mandilah.

Laili jalan menuju keluar.

NOR
Aku ikut, nak cuci muka.
(M encapai tuala dan mengekor keluar,
ayat terakhir terdengar di luar pentas.)
Pinjam pencuci muka kau ye!!?

AZWA
Aduh penatnya, cikgu-cikgu tu ingat kita semua ni kuli ke? Suruh itu-ini ikut suka hati je!
Kalau macam inilah exco pengawas, aku malas nak buat..

Ayu bangun dan mengeluh bagi menghilangkan


penat. Dia membentangkan sejadah dan bersiap
untuk sembahyang.

AYU
Habis kenapa kau terima perlantikkan tu?
2.

AZWA
Aku nak sijil aku cantik je. Lagi pun, kau pun kena lantik jugak, jadi dah ada geng, aku
buat jelah.

AYU
Jadi jangan nak merungut sangat ye cik Azwa ooii...

AZWA
Eh kau dah wuduk ke?

AYU
Dah.

M ereka yang lain masih malas-malas di katil dan


belum sempat Ayu mengangkat takbir, masuk
Cikgu Sabariah. M ereka bangun dan berdiri
depan katil masing-masing.

CIKGU SABARIAH
Assalamualaikum semua, amboih, letih benar nampak. Semua ada sini? Eh? M ana pergi
yang takde ni?

AYU
M andi cikgu.

CIKGU SABARIAH
Baik, memandangkan kita semua habis lewat Kem Kepimpinan Exco Pengawas petang
tadi, dan kamu pula dah tolong saya kemaskan barang-barang kem dan dah buat apa-apa
yang patutlah tadi, sedar tak sedar dah sampai ke jauh malam dah ni. Dengan ini saya
ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada kamu semua sebab sudi tolong saya dan
cikgu-cikgu pengiring yang lain. Dan tahniah buat semua kerana dilantik sebagai exco
pengawas sekolah kita tahun depan!! Saya tahu kamu semua letih dan nak rehat, jadi
macam apa yang diberitahu kepada kamu tadi oleh cikgu disiplin, yang kamu tak perlu
balik lagi ke kampung malam ni, sebab bahaya, kamu semua boleh bermalam di bilik
asrama ni semalaman. Saya diarahkan cikgu disiplin untuk jadi guru bertugas satu malam
ini dengan kamu semua dan cikgu Adam pula guru bertugas di asrama putera dengan
enam orang exco pengawas lelaki di sana. Kalau perlukan apa-apa bantuan boleh cari
saya kat bilik bawah ye? Baik, selamat berehat, Assalamualaikum.

Cikgu Sabariah keluar. Ayu bersedia untuk mula


solat di sebelah katilnya yang rapat dengan katil
Azwa yang terbaring.
3.

AZWA
Jam pukul berapa?

AYU
Pukul sepuluh lima puluh minit!

Ayu mulakan solat. Beberapa ketika, Nabela


datang ke katil Suhaila yang bersebelahan
dengan katilnya. Azwa sudah tidur.

NABELA
Eh, Suhaila, kau tolong picit bahu aku kejap, sengallah kat bahu ni.

SUHAILA
Letih lah, aku malas nak bangun ni.

NABELA
Eh kau ni, tolong lah! Aku minta tolong sikit je. Sekejap je lah.

SUHAILA
(Bangun dengan malas dan picit juga)
Yelah, hish kau suka kan mengarah-ngarah aku...

NABELA
Bukan mengarah, aku minta tolonglah, kau ni.... Eh Suhaila, kau jangan lupa pula
rancangan kita tau. Aku tak sabar nak kenakan dia kali ni, biar kan dia rasa. M uka tak tahu
malu, dia ingat dia cantik sangat ke, dia tu sama saja buruk perangai dengan Nor, kawan
baik dia itu.

SUHAILA
Eh Nabela, kau ingat lagi cerita yang si Nor tu bunuh diri sebab mulut tempayan dia tu.

NABELA
Yelah, kau bayangkan, sanggup dia hebohkan rahsia si Nor kawan baik dia sendiri. Habis
satu sekolah dulu kecoh pasal rahsia si Nor tu, mahu tak bunuh diri si Nor tu. M alu tau.
sekarang ni si Intan tu aku tengok nak rapat-rapat dengan dia. Nahaslah Intan tu dengan
Laili tu.

SUHAILA
Entah? Bodoh lah Intan tu. Eh Nabela, aku rasa Laili buat macam tu sebab dia nak tutup
perangai buruk dialah, jadi dia buka perangai buruk orang. Nak nampak diri baik, aib orang
lain dibuka. Tak lama lagi aib Intanlah dibukanya pulak!
(Ternampak Laili)
Eh, dia dah masuk. Kau tengok tu, habis sucilah tu.
4.

NABELA
(Sedikit perlahan sambil menjeling tajam
ke arah Laili.)
Entah.... Habis baguslah tu mandi tengah-tengah malam ni.

Laili yang baru saja masuk ke dalam bilik sambil


mengeringkan rambutnya seperti baru lepas
mandi dan diekorinya Nor. Laili perasan dengan
jelingan Nabela. Laili sengaja menjawab.

LAILI
Kita ni perempuan, kalau tak jaga kebersihan diri, tak ada siapa yang nak dekat dengan
kita, sebab bau ketiak tengik macam ikan perkasam. Sudahlah ketiak bau perkasam, mulut
pulak macam longkang, mengata orang dua puluh empat jam...

NABELA
(Bangun menuju marah ke arah Laili)
Hoi Laili! Kau kata aku mulut longkang ke ha?! Ikut sedap mulut kau je nak kata ketiak
aku bau perkasam! Kau ingat kau tu wangi sangatlah hah!

LAILI
(Juga menuju ke arah Nabela)
Eh hello! Siapa yang makan cili dia yang rasa pedas! Aku tak sebut nama kau pun! Ada je
lagi yang tak mandi dalam bilik ni!!

SUHAILA
(Tiba-tiba bengang dan berdiri tapi tak
berani dekat)
Oh jadi ketiak akulah perkasam! Kurang ajar kau ni!

LAILI
Oh kau pun tak mandi ke Suhaila! Eloklah! Tidur berpeluklah korang. M emang jodoh!

NABELA
Hoi kurang ajar! Kau nak gaduh dengan aku ke hah??!!

LAILI
Kalau kau nak, aku on saja!! M ari lah!

M ereka mula menolak satu sama lain. Nor


menghampiri dengan lembut menenangkan
keadaan. Kemudian Ayu yang baru selesai solat
terus bersuara.
5.

AYU
Apa korang ni, kan aku tengah sembahyang ni.

NOR
Sudahlah tu Laili, Nabela, Suhaila... nanti Cikgu Sabariah dengar nanti, naik pula dia ke
sini.

Tiba-tiba dengar suara Azwa terpekik dengan


kuat berdiri di atas katilnya sambil mencekak
pinggang.

AZWA
(Lagak tomboynya jelas.)
Hoi! Tak tahu hormat orang tidur ke hah!!!? Nanti dua-dua aku terajang muka, baru tau
kenyang tak kenyang merasa kaki aku!! Perangai macam lahanat, ada hati jadi pemimpin.
Ni muka-muka bakal Exco Pengawas?! Baru petang tadi habis tiga hari kem kepimpinan,
malam ni jadi macam tahi dah!! Tak logik korang dua-dua ni wei!!

Tiba-tiba bunyi loceng asrama tanda waktu


tidur. M uzik lagu sekolah berkumandang. Azwa
kelihatan menyampah dengan bunyi lagu sekolah
dan terus sambung tidur dengan menelekup
bantal ke telinga. Yang lain menyanyi dan berdiri
tegak walaupun dalam keadaan nak tak nak.

AZWA
(Sambil menutup telinga dengan bantal
kemudian baring tidur)
Aduh! Satu lagi benda tak logik yang buat aku fad up!!

SEM UA
(M enyanyi)
“SEKOLAH UNTUNG JUA”

DI SMK M ULIA,
PUTRA PUTRI NYA PERKASA,
WARGA SEDIA BERJASA,
ITU LAM BANG KITA SEM UA,

SGALA CINTA DAN CITA,


TERSEM AT PENUH DI DADA,
JADI AZAM M EM BINA,
TIDAK PERNAH PUTUS ASA,
6.

WALAU PAYAH WALAUPUN REBAH,


SAKIT LUKA KONGSI BERSAM A,
JANJI KITA TERUS BERSAM A
BERJAYA M ENAWAN DUNIA,

DEM IKIAN SEM ANGAT KITA,


POHON RESTU AYAH DAN BONDA,
M OGA TUHAN SETUJU JUGA,
SEKOLAH KITA BERUNTUNG JUA.

AZWA
(Lega dan membebel ringkas)
Apa punya asrama lah, sebelum tidur pun kena nyanyi lagu sekolah. Tak logik betul!!

Setelah tamat lagu, semua mula bergerak ke katil


masing. Ayu menutup lampu dan mereka tidur.

LIGHTS DIM .

BABAK 2

Dalam kegelapan dan kesunyian, tiba-tiba


Suhaila menjerit dengan kuat dan menangis
seperti nampak sesuatu yang menakutkannya.
Semua orang terkejut dan cuba menenangkan
Suhaila yang semakin keras jeritan dan
tangisannya seperti histeria. Nor datang
memeluk Suhaila.

SUHAILA
(M eracau bukan-bukan dan terus
menangis dengar teresak-esak)
Arrgghhh!!! Jangan kacau aku! Pergi!! Bukan aku yang bocor rahsia kau!! Aku minta
maaf, aku taknak mati macam kau!! Tolonglah bagi aku hidup.. Aku merayu... Pergi!!
Pergi! Bukan aku yang nak buat! Cikgu Sabariah yang suruh aku!! Pergi!

AZWA
Kenapa pulak dah?!! Aku tak fahamlah korang ni! Aku nak tidur!

NOR
Suhaila... Sudahlah.. Jangan macam ni, kau buat semua orang risau ni.

NABELA
Eh Suhaila, kenapa dengan kau ni?!!
7.

LAILI
Itulah orang kata, sebelum tidur mandi, kan dah mengigau! Susahkan orang betullah!

NABELA
Hoi! Dia bukan mengigaulah!

AZWA
Korang dua ni karang merasa juga tapak aku ni!! Dah lah si Suhaila ni histeria yang korang
pulak sibuk nak bergaduh!!

NOR
Sudahlah tu Azwa... Suhaila kena histeria ni.. Apa kita nak buat ni!

SUHAILA
Jangan dekat dengan aku! Pergilah!! Pergi kacau dia!!
(M enunjuk Nabela)
Dia yang suruh buat!! Bukan aku nak buat! Pergi!!

Ayu hanya duduk di atas katilnya sambil


memeluk Surat Yassin. M ulutnya melafazkan Al-
Fatihah berulang kali dengan ketakutan.

AZWA
Hoi Nabela, kau pergi ambik air kat tandas secebok, aku nak cebokkan si Suhaila ni. Kalau
tak sedar jugak, kita bogelkan dia je, baru dia tahu nak sedar ke tak.

Tiba-tiba Nabela pula mengalami histeria dan


keadaan menjadi sangat bising dengan tangisan
dan jeritan mereka.

NABELA
Jangan dekat aku!! Pergilah! Kenapa tuduh aku!! Bukan aku yang buat!!! Suhaila yang
bagitau aku!! Jangan dekat aku!! Aku merayu dengan kau!! Pergilah... Pergi!!

AZWA
Ni kenapa pulak sorang lagi ni!! Hoi Nabela!! Kau pun nak histeria jugak ke!! Tak logik
betul lah! Korang semua dengar sini, lepas ni kalau ada siapa lagi yang volunteer nak
histeria aku humban korang semua ke bawah!

Ayu membaca Al-Fatihah dengan lebih kuat kali


ini. Jeritan mereka semakin kuat.

LAILI
Betullah aku cakap, dua-dua yang tak mandi dah jadi sewel!
8.

AZWA
Kau diam Laili! Nanti kau yang pertama sekali aku humban!

NOR
Sudahlah tu Azwa, Laili.. Ni si Suhaila dengan Nabela ni dah makin teruk ni, kita kena
buat sesuatu. Kita panggil Cikgu Sabariah ye?

AZWA
(M enuju ke arah pintu)
Aku panggil Cikgu Sabariah!

Tiba-tiba Cikgu Sabariah sampai dalam keadaan


cemas dan berpakaian tidur. langsung bermulut
becok. Ayu berhenti bacaannya dan merapati
belakang Cikgu Sabariah seperti berlindung.

CIKGU SABARIAH
Ya Allah, apa yang terjerit-jerit ni, dari bawah cikgu dengar!

AZWA
(M embatalkan niat)
Panjang umur orang tua ni!

CIKGU SABARIAH
Apa dah jadi ni tak malu ke orang perempuan dok menjerit-jerit malam buta ni. Cikgu nak
taip novel pun terganggulah kosentrasi cikgu...

NOR
Cikgu tolong Nabela dengan Suhaila cikgu, makin teruk ni...

CIKGU SABARIAH
(M embebel ke arah Nabela dan Suhaila
yang histeria)
Itu apa yang nangis-nangis itu, kalau ada masalah kan saya dah bagitau, jangan jerit-jerit,
jangan nangis-nangis, jangan stress-stress, jumpa saya dan bercerita pada saya. Kan saya
ni Cikgu Kaunseling kamu semua. Waktu bercerita kena senyum, senyum itu ubat ya
semua, dari senyum itu maka terjalinlah kemanisan ukhwah yang bergetaran energy positif
dan secara tak langsung mengubat secara batiniah dan lahiriah. M aka...

AZWA
(M enyampuk dengan menyampah)
Diorang berdua tu kena histeria Cikgu. Orang histeria tak boleh dengar ceramah, nanti lagi
histeria...
9.

CIKGU SABARIAH
(M enuju arah Nabela)
Histeria? Ya Allah, kebetulan saya tengah tulis novel bahagian histeria ni. Bagus juga
untuk kajian saya tentang simptom-simptom histeria ini dengan lebih jujur. Eh Azwa,
Ayu, tolong cikgu bawakkan Nabela dan Suhaila ni, cikgu nak bawa ke rumah Ustaz
Kamal.

NOR
Cikgu, saya tolong juga ya.

CIKGU SABARIAH
Baik... Laili, kamu jaga barang-barang kawan kamu kat dalam bilik ni. Saya tak nak ada
pulak kes barang hilang nanti.
(M engarahkan Laili dan kemudian balik
kepada kumpulan histeria)
Cepat bawa mereka ni keluar, tak sabar saya nak tulis tentang histeri yang jujur dalam
novel saya.

Cikgu Sabariah membawa dua pelajar yang


histeria tadi dan ditemani oleh Ayu dan Azwa.
Tinggallah Laili di bilik keseorangan. Laili merasa
sedikit takut dan dia duduk di meja belajar bilik
itu sambil memandang sekeliling. Beberapa
ketika yang sunyi. Cikgu Adam tiba-tiba masuk
ke bilik ternampak Laili yang keseorangan.

CIKGU ADAM
Assalamualaikum...

LAILI
(Sangat terkejut hampir menangis)
Ya Allah!!! Ya Rahman!!! Ya Rahim!!! Oh Cikgu Adam rupanya.

CIKGU ADAM
Laili? Apa dah jadi? Cikgu Sabariah telefon saya suruh tengok-tengokkan kamu kat sini.

LAILI
Nabela dengan Suhaila histeria tadi, yang lain tolong Cikgu Sabariah bawakan diorang ke
rumah Ustaz Kamal. Cikgu Sabariah suruh Laili tengokkan barang, jangan ada yang hilang.
10.

CIKGU ADAM
Definisi histeria mengikut kamus dewan edisi ke empat adalah sejenis penyakit urat saraf
yang terlihat pada letusan-letusan emosi yang tidak dapat dikawal, atau emosi diserang,
ataupun kegembiraan atau ketakutan yang tidak dapat dikawal, atau juga sinonim dengan
keadaan panik, kegila-gilaan, kerasukan, kekecohan.....

LAILI
(Tiba-tiba lari dan memeluk Cikgu
Adam)
Nasib baik abang Adam datang sini. Takde siapa pun kat sini, Sampai hati diorang semua
tinggalkan ayang sorang diri.

CIKGU ADAM
(Seperti sudah biasa, dan senyum yang
nakal serta membalas pelukkan.)
Diorang semua takde ye. Tinggal ayang sorang jelah kat dalam bilik ni ye...

Laili hanya menggangguk manja.

CIKGU ADAM
Amboih, sekarang baru nak peluk abang. M asa dalam kem kepimpinan tiga hari ni,
langsung tak pandang abang pun. Beretika dan berdisiplin betul.

LAILI
(M anja)
Alah abang ni, macam tak paham pulak. Ayang kan dilantik jadi exco pengawas tahun
depan, jadi kenalah tunjuk ciri-ciri kepimpinan yang jitu. Ayang curi-curi tengok abang
jugalah, abang yang sombong.

CIKGU ADAM
(M embawa Laili ke katil)
Rindunya kat ayang abang ni, lama tak peluk dia. Bila ayang nak balik rumah abang lagi?
Abang betul-betul rindu ayang ni... Sunyi je abang dalam bilik tau, resah, gelisah, semakin
parah derita rindu.

LAILI
Boleh je, cuti sekolah ni ye. Abang, tahun depan ayang dah tingkatan lima, lepas tu
setahun lagi habis belajar boleh ya kita kahwin. Abang tunggu ayang tau...

CIKGU ADAM
Ye.. Abang tunggu ayang sampai bila-bila...

LAILI
Janji dengan ayang tau... rindu ayang sorang je tau...
11.

CIKGU ADAM
Janji ayang.. janji rindu ayang je...

LAILI
Janji?

CIKGU ADAM
Janji...

LAILI
Janji tau..

CIKGU ADAM
Janji sayang...

LAILI
Janji tau...

CIKGU ADAM
Janji sayang...

LAILI
Janji tau...

CIKGU ADAM
Janji sayang...

Terus berulang. Cikgu Adam dan Laili tenggelam


dalam keghairahan rindu yang hangat. M ereka
saling belai-membelai satu sama lain seperti
hilang kesedaran dan semakin hanyut.

Secara senyap dan perlahan semua pelajar serta


Cikgu Sabariah masuk dan memehati Cikgu
Adam bersama Laili yang sedang bermesra. Nor
bersuara.

NOR
Laili!! Cikgu Adam!! Apa korang buat ni??!!

Cikgu Adam dan Laili tiba-tiba sedar yang


mereka diperhati dan melepaskan pelukkan
masing-masing, langsung merasa tak selesa dan
resah.
12.

NABELA
(M emberitahu Cikgu Sabariah)
Tengok cikgu! Betulkan apa saya cakap dengan cikgu!! Diorang berdua ni memang ada
sesuatu.

CIKGU SABARIAH
Cikgu Adam apa yang awak buat ni?

LAILI
Nabela, Suhaila... bukan ke...

SUHAILA
Kenapa? Terkejut?
(Kepada Cikcu Sabariah semula dan
kemudian Azwa dan Ayu)
Itulah kami sengaja buat-buat kes histeria ni tadi, sebab benda-benda tak senonoh ni lah!!
Eh korang tengok sendiri, kawan korang ni pelacurlah, sama macam kawan baik dia si Nor
tu pelacur!! M ati bunuh diri sebab malu.

CIKGU SABARIAH
Cikgu Adam, sampai hati awak musnahkan impian saya. Awak tak baca ke novel sulung
saya, kisahnya tentang kita berdua yang akhirnya akan bersatu. Apa hinakah seorang
janda pada mata awak? Awak nak pilih anak dara jugak, budak sekolah pulak tu..
tingkatan empat lagi!! Budak sekolah kita pulak!!

NABELA
Apa cikgu?! Cikgu ada hati dengan Cikgu Adam!! Hey Cikgu Sabariah!! Cikgu Adam tu
saya punya! Saya tak suka si Lali tu rapat dengan Cikgu Adam dan sekarang jangan cikgu
nak meluahkan isi hati pulak dengan cikgu Adam!! Cikgu Adam milik saya!!

CIKGU SABARIAH
Eh kamu ni! Tak padan dengan kecik!! Kamu ingat kamu siapa nak memiliki orang sesuka
hati kamu!! Ooo jadi ini lah lelaki yang kamu minat yang kamu cerita kat saya masa sesi
kaunseling tu.. Sampai tidur malam asyik mimpi sampai ganggu masa nak study!! Patutlah
Tuhan tak tunaikan... memang tak sesuai!!

NABELA
Cikgu ni dah lebih! Jangan sampai saya buat sesuatu dekat cikgu sampai cikgu menyesal
kang!!

CIKGU SABARIAH
Wah!! Berani awak ugut saya ya!! Saya akan laporkan pada cikgu disiplin!
13.

NABELA
Laporlah!! Saya tak kisah lah!!

CIKGU SABARIAH
Kurang ajar kamu! Ini semua salah awak Cikgu Adam, awak dah kecewakan hati saya dan
awak kecewakan dia juga sehingga dia dah menjadi sangat kurang ajar dengan saya!! Saya
akan hebahkan pada satu sekolah yang awak buat perkara tak senonoh dengan si Laili ni
dan biarkan awak berdua dibuang sekolah! Ini balasannya melukakan hati saya yang
sepenuhnya menyayangi awak dan mengasihi awak dengan sepuh jiwa raga dan
bersaksikan sejuta....

Cikgu Adam yang sedari tadi seperti semakin


hilang kesabaran dan resah menggila terus
menampar muka Cikgu Sabariah dan pergi
mencekik Nabela dengan ganas!! Semua orang
jadi panik dan menjauhi Cikgu Adam yang masih
mencekik Nabela.

CIKGU ADAM
Diam!! Kurang ajar kau!! Kau yang rancang semua benda ni kan!! Kau nak perangkap aku
dengna Laili ya!! Kau ingat kau bijak! M atilah kau aku kerja kan!!

SEM UA
(Bertelingkah dan cemas)
Apa yang cikgu buat ni! Lepaskan Nabela, mati dia nanti!! Bawak bersabar cikgu!! Jangan
bunuh dia!! M aafkan kami!! Lepaskan dia!!

CIKGU ADAM
Siapa yang berani bukak rahsia aku dengan Laili, aku cekik sampai mati macam budak ni!!
Siapa yang nak buat kecoh!!?? Siapa yang nak buat kecoh lagi!!? Cakap!! Aku bunuh
korang semua nanti!!! Aku bunuh seorang-seorang!!! M ampus kau!! Korang semua kena
mampus!!!

Keadaan sangat kacau kerana Cikgu Adam


seolah-olah hilang kewarasan sepertinya mahu
membunuh Nabela dan tiba-tiba gelap.

BLACKOUT.
BABAK 3 14.

Lampu terpasang semula, Nabela menjerit


dengan kuat dalam keadaan mencekik dirinya
sendiri lalu terjaga dari mimpi dan terus
menangis, semua pelajar yang tadinya tidur ,
terjaga dan pergi menenangkan Nabela. Nabela
dengan tiba-tiba melulu pergi menampar Laili
yang masih mamai.

NABELA
Kau memang perempuan jalang!! Kau ingat kau boleh hidup bahagia ke hah??! Aku akan
buat kau menderita lah sial!

LAILI
Kurang ajar! Apa masalah kau ni Nabela!! Apa aku buat dekat kau hah!!??

NABELA
Apa masalah aku?? M asalah aku sebab kau hidup dalam dunia ni! Kau ada skandal dengan
Cikgu Adam, aku tau kau dah buat benda tak senonoh banyak kali dengan dia kat dalam
sekolah ni! Orang macam kau ni patut mati saja tau! Ada kawan pun kau tikam belakang!!
Lepas ni Intan pulak kau nak tikam belakang hah??

LAILI
Apa kau cakap ni??!!

Ayu hanya duduk di atas katilnya sambil


memeluk Surat Yassin. M ulutnya melafazkan Al-
Fatihah berulang kali dengan ketakutan. Suhaila
pula hanya duduk diam di katilnya. Azwa mula
naik angin.

AZWA
Korang dua ni karang merasa juga tapak aku ni!! Aku nak tidur lah yang korang sibuk nak
bergaduh!!

NABELA
Kau jangan masuk campur urusan aku dengan dia lah tomboy!!

Azwa tersentap dan tanpa kata apa-apa terus


menampar Nabela. Nor pergi kepada Nabela
yang rebah ke lantai. Nabela terus menangis dan
semakin agresif.

NOR
Korang sudahlah! Kalau bergaduh macam ni pun bukan boleh selesai masalah!!
15.

NABELA
Korang semua dengar sini! Si Laili yang korang nak pertahankan sangat ni lah yang
menyebabkan Nor kawan kita dulu bunuh diri!! Nor gantung diri bila dapat tahu kawan
naik dia sendiri yang bocorkan rahsia dia. Rahsia Nor yang dirogol ayah sendiri dan
kemudian pengetua pula rogol dia bila Nor datang mengadu tentang nasib dia!! Kau
memang patut mati lah sial!!

NOR
Diam, buat apa nak buka cerita lama ni!

LAILI
Hey Nabela! Bukan aku yang bukak rahsia arwah Nor tapi Cikgu Sabariah yang bukak
mulut! M emang Nor tak bagi aku bagitau sesiapa pun, tapi aku dah tak sanggup melihat
keperitan Nor dulu. Dia dikejami lelaki sial berulangkali, jadi aku sampaikan kepada
Cikgu Sabariah atas niat Cikgu Sabariah boleh tolong Nor. Tak sangka pulak janda tu ada
hati dengan Pengetua duda tua tu. Dia buat cerita yang si Nor jual tubuh kat pengetua
sebab nak lepas gian tak dapat main dengan bapak sendiri sebab turun ke laut! Lepas tu
ingat aku tak tahu, korang semua lah jugak yang menjaja cerita Nor sampai satu sekolah
kecoh!!! Sebab tu dia bunuh diri kat asrama ni!!

NOR
Berapa kali aku cakap!! Jangan ungkit lagi cerita lama tu dekat sini!!! Aku dah sakit
telinga dengar korang bercakap cerita keji tu setiap masa!!! Kau orang tak kesian ke dekat
aku!!! Aku nak kita semua berkawan rapat macam dulu balik!! Lupakan semua benda
bodoh yang jadi ni!!!

Keadaan menjadi hening dan sunyi seketika, tiba-


tiba Suhaila menjerit dengan kuat dan menangis
seperti nampak sesuatu yang menakutkannya.
Semua orang terkejut. Nabela pergi kepada
Suhaila yang disangkanya berlakon histeria. Nor
juga pergi merapati Suhaila atas niat memujuk.

SUHAILA
(M eracau bukan-bukan dan terus
menangis dengar teresak-esak)
Jangan kacau aku! Pergi!! Aku merayu... Pergi!! Pergi! Bukan aku yang nak buat! cikgu
Sabariah yang suruh aku!! Pergi!

NABELA
Hoi Suhaila, kau ni lembab lah... Takyah lah nak berlakon histeria lagi. Plan kita dah rosak
lah! Dah tak jadi, dah spoil!!
16.

AZWA
Lepas satu-satu lah korang ni. Aku tak fahamlah korang ni! Cukuplah wei, aku nak
tidurlah!

SUHAILA
(M enolak Nor)
Jangan dekat dengan aku! Pergilah!! Pergi kacau dia!!
(M enunjuk Nabela)
Dia yang suruh aku buat!! Bukan aku nak buat! Pergi!!

Ayu hanya duduk di atas katilnya sambil


memeluk Surat Yassin. M ulutnya melafazkan Al-
Fatihah berulang kali dengan ketakutan. Nabela
menolak kepala Suhaila kerana masih belum
sedar.

NABELA
Hoi! Kan aku dah cakap sudah tu sudah lah!! Yang kau over ni kenapa?!!

SUHAILA
Jangan dekat aku!! Pergi lah! Kenapa tuduh aku!! bukan aku yang buat!!! Jangan dekat
aku!! Aku merayu dengan kau!! Pergilah... Pergi!!

AZWA
Aku rasa budak ni histeria ni. Korang semua dengar sini, lepas ni kalau ada siapa lagi yang
volunteer nak histeria aku humban korang semua ke bawah!

Ayu membaca Al-Fatihah dengan lebih kuat kali


ini. Jeritan mereka semakin kuat.

NABELA
Eh! sama macam dalam mimpi aku cara kau cakap! Eh semua ni macam sama dengan
mimpi aku!

LAILI
Itulah, dua-dua tak mandi, kan dah jadi sewel!

AZWA
Kau diam Laili! Nanti kau yang pertama sekali aku humban!

NABELA
Sama! Apa yang korang cakap ni pun sama! Sama dalam mimpi aku! Dan kejap lagi kau
cakap kau nak panggil Cikgu Sabariah lepas tu kau tak sempat cikgu Sabariah sampai
dulu...
17.

NOR
Sudahlah tu Nabela, Azwa, Laili... Ni si Suhaila dah makin teruk ni, kita kena buat
sesuatu. Kita panggil Cikgu Sabariah ye?

AZWA
(M enuju ke arah pintu)
Haish! Tak logik betul!! Aku panggil Cikgu Sabariahlah!

Tiba-tiba Cikgu Sabariah sampai dalam keadaan


cemas dan berpakaian tidur. Dibelakang pula
Cikgu Adam. Ayu berhenti bacaannya dan
merapati belakang Cikgu Sabariah seperti
berlindung.

CIKGU SABARIAH
Ya Allah, apa yang terjerit-jerit ni, dari bawah cikgu dengar!

AZWA
(M embatalkan niat)
Panjang umur orang tua ni!

CIKGU SABARIAH
Apa dah jadi ni tak malu ke orang perempuan dok menjerit-jerit malam buta ni. Cikgu nak
taip novel pun terganggulah kosentrasi cikgu...

NABELA
Kan aku dah cakap sama! Apa dah jadi ni! eh tapi mula-mula mana ada cikgu Adam.

CIKGU SABARIAH
(M embebel ke arah Nabela dan Suhaila
yang histeria)
Itu apa yang nangis-nangis itu, kalau ada masalah kan saya dah bagitau, jangan jerit-jerit,
jangan nangis-nangis, jangan stress-stress, jumpa saya dan bercerita pada saya. Kan saya
ni Cikgu Kaunseling kamu semua. Waktu bercerita kena senyum...

AZWA
(M enyampuk dengan menyampah)
Dia tu kena histeria Cikgu.

CIKGU ADAM
Definisi histeria mengikut kamus dewan edisi ke empat adalah sejenis penyakit urat saraf
yang terlihat pada letusan-letusan emosi yg tidak dapat dikawal, ataupun.....
18.

CIKGU SABARIAH
(M enuju arah Nabela)
Eh Awak ni cikgu Adam, masa ni lah pun awak nak buat kelas ya, tolong saya bawakan
Suhaila ni kita pergi jumpa Ustaz Kamal. Laili awak ikut saya temankan Suhaila, yang lain
tu tunggu sini jaga barang kengkawan awak.

Cikgu Sabariah keluar diikuti Cikgu Adam yang


memimpin Suhaila yang makin lemah diikuti
Laili. Tinggallah Nor, Azwa, Ayu, dan Nabela
yang masih lagi kelihatan marah dan sedikit
terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Nor cuba
meminta maaf kepada Nabela.

NOR
Nabela aku minta maaf, aku bukan sengaja nak tengking korang tadi, aku minta maaf ya.

Nabela langsung tidak memandang Nor, hanya


mencemuh sendiri dan pergi ke katilnya
mengemas beg dan pakaiannya. Nor seperti
berkecil hati dan keluar mengikuti Laili dan cikgu
Sabariah tadi. Ayu merapati Nabela.

NOR
Sampai hati kau Nabela, aku minta maaf dengan kau ni. Takpelah, aku maafkan kau. Eh
kengkawan aku pergi temankan Suhaila dengan Laili tau. Aku pergi!

AYU
Eh Nabela, kau nak buat apa tu?

NABELA
Aku nak balik. Aku boleh gila duduk kat asrama ni. Banyak benda pelik jadi malam ni,
benda dalam mimpi aku jadi balik. Korang semua pun bukan suka aku kan, apa aku cakap
korang semua bukan percaya.

AZWA
Sebab apa yang kau cakap tu semuanya tak logik!!

NABELA
(M enuju ke pintu)
Suka hati korang lah! Aku nak blah!
19.

AYU
(M engejar Nabela yang menuju ke pintu
dan menariknya)
Nabela kau nak balik macam mana tengah pagi buta ni!! Bahayalah!

NABELA
(M enolak Ayu dengan kasar)
Pandai akulah sial!! Kau pergi duduk sana baca doa kau yang kau sendiri tak faham tu!!

Ayu terjatuh kuat, Azwa yang nampak kejadian


itu terus pergi ke arah Nabela dan menjerit ke
muka Nabela sekuat hati.

AZWA
Engkau kalau nak blah, kau blah!! Kalau dah tahu orang tak suka kau, lebih baik kau pergi
mati kat luar sana!! Jangan sampai kau mati kat dalam bilik ni aku buat!!

Nabela keluar bersama begnya sambil menangis.


Azwa cuba mengangkat Ayu yang seperti sangat
sakit akibat tolakan tadi. Ketika bangun, Azwa
perasan yang Ayu mengalami pendarahan.

AZWA
Eh kau period ke Ayu? Aduh.. Apsal kau tak stanby... Aku gelilah!!

AYU
(M enangis)
Azwa.... Aku dah tiga bulan tak datang period... sakitnya Azwa...

AZWA
Tiga bulan, patut lain macam banyak darah kau ni... Ish geli lah aku, macam mana aku nak
tolong kau ni... aku pulak tak bawak pad.

AYU
(M asih menangis dan menahan sakit)
Ini bukan darah period Azwa, aku rasa aku gugur ni...

AZWA
Hah!? Gugur?! Alamak... Apsal pulak kau ni Ayu... Sape buat kau ni!!?? Apa celaka
sangat malam ni, betullah bohsia tu kata tadi banyak benda tak logik jadi malam ni.
Patutlah aku tengok sejak dua menjak ni kau rapat je dengan sejadah, Quran tu tak pernah
lekang dari kau. Aku fikir kau nak berubah, bila pula benda terkutuk ni kau buat??!!

AYU
Aku dengan Ijan, kami terlanjur dulu kat toilet block B sekolah tu...
20.

AZWA
M ampus aku cakap! M ampus budak-budak tahun depan ni!! Aku rasa cikgu disiplin
salah pilih kita jadi exco pengawaslah!! Jadi pengawas pun tak layak aku rasa. Kau
tengoklah, yang seorang perangai macam bohsia, sorang macam perempuan simpanan dah,
yang sorang lagi bodoh percayakan lelaki dan yang aku ni pulak kira nak belasah orang ja!
Paling aku tak puas hati, si Ijan tu!! Bakal jadi ketua pengawas tahun depan kau tau!!! Sial
betul!!

AYU
Kau janji dengan aku kau tak bagitau sesiapa ya Azwa. Aku sayang Ijan, kami terlanjur,
sama-sama nak, bukan dia yang paksa tapi aku yang rela, lagipun dia janji nak jaga aku.

AZWA
Kepala hotak kau lah Ayu!! M acam ni pun kau nak pertahankan jantan tak guna tu!? Hey
kau tahu tak, yang si Ijan tu banyak betina bodoh dia kepit keliling pinggang. M acam
mana kau yang aku anggap cerdik ni boleh tunduk dengan jantan sial tu!

AYU
Aku tak percaya semua tu selagi aku tak nampak dengan mata aku sendiri.

AZWA
M emang sah kau ni lagi bodoh dari betina-betina yang dia kepit tu!! Aku betul-betul
kecewa dengan kaulah Ayu!

AYU
Sudahlah tu Azwa, kau takyahlah hina Ijan lagi. Aku nak mintak tolong kau ni, jangan
bagitau sesiapa ya.

Azwa hanya diam dan membiarkan Ayu yang


kesakitan seorang diri menunggu jawapan.

AYU
Aku nak pinjam telefon kau, aku nak panggil dia, aku nak jumpa Ijan kejap... nak suruh
dia datang sini, nanti kau buat-buat tidurlah ye... boleh?

AZWA
(M engambil talifon tangan dan
memberikan kepada Ayu)
Bagus jugak dia datang, biar dia tengok kesalahan dia dan nampak penderitaan yang kau
tanggung ni. Aku doa dia insaf!!

AYU
(Dail nombor telefon Ijan)
Baba... ni Bi ni... Ba.. Bi nak jumpa Ba..
21.

Tak boleh ke sana, Bi sakit sekarang ni, tak boleh gerak. Ba datang lah sini, kat bilik ni
takde siapa, tadi Cikgu Sabariah bawak diorang semua pergi rumah Ustaz Kamal.. Ada
Azwa dengan Bi saja, Azwa dah tidur. Datang ya, thank you Ba.

AZWA
Aku tolong kau kali ini saja Ayu, tapi kalau dia buat benda yang tak elok dengan kau
dalam ni, aku sembelih dia tau!

Azwa pergi ke katil Laili dan pura-pura tidur.


Tidak lama kemudian Ijan sampai. Azwa hanya
mendengar dengan sangat geram.

IJAN
Bi, rindu Baba ye....

AYU
Ba, Bi sakit ni...

IJAN
Eh Bi, darah apa ni Bi? Banyaknya Bi darah ni...

AYU
Ba tolong Ambil tuala mandi Bi kat katil bi tu dengan kain batik sekali.

Ijan mengambil tuala dan kain batik tadi dan


bantu Ayu bersalin dan menahan darah dari
keluar.

AYU
Ba, Bi rasa Bi gugur, tadi Bi jatuh kuat pastu darah keluar tak berhenti.

IJAN
M aksudnya anak yang Bi kata mengandung dulu tu dan gugur?

AYU
Ya Ba, Bi rasa ni gugur, sebab tu darah dia banyak.

IJAN
Kalau betul gugur ni Bi, Alhamdulillah... syukur... nasib baik kita Bi...

Azwa yang sudah tidak tahan lagi menahan


marahnya dan geramnya terus bangun dan
menampar kepala Ijan sekuat hati.
22.

AZWA
Kepala hotak kau syukur! Perempuan ni tengah sakit sebab darah keluar banyak... Kau
kata nasib baik!! Dia mungkin tak boleh beranak lagi kau tau!!! Darah dia keluar banyak,
M uka dia pucat, boleh buat dia mati kau tau!! Kau bawaklah dia pergi hospital, mak kau
ada kereta kan, bawak dia sekarang bodoh!!

IJAN
Apa ni Bi? Apa kena dengan Azwa ni!!

AZWA
Aku tumbok jugak muka kau ni! Aku dah tau semualah sial! Pandai main tak pandan jaga!
Bila gugur nak Alhamdulillah pulak!

IJAN
Bi, Bi bagitau dia ke? Kita janji tak bagitau sesiapa kan? Kenapa Bi buat Ba macam ni??
Ba malu macam ni. Bi tahu kan tahun depan Ba akan jadi ketua pengawas, mana Ba nak
letak muka Ba ni kalau orang tahu?

AYU
Ba, Bi minta maaf, hanya Azwa seorang je yang tahu yang lain tak tahu pun... Azwa dah
janji tak bagitau sesiapa pun... kan Azwa kan...

IJAN
Ahhh! Disebabkan tindakkan Bi yang tak fikir air muka Ba, Ba nak kita putuskan saja
hubungan ni!!

AZWA
Eh eh!! Kepala hotak korang lah, buat drama sembilu pulak kat sini!! Kau Ijan memang
dasar lelaki tak guna kan!!! Pantang aku perempuan kena tipu dengan lelaki macam kau
ni!!

Azwa belasah Ijan habis-habisan.

AYU
Sudah lah tu Azwa, jangan pukul dia, jangan pukul sayang aku lagi!

Dalam keadaan bising, tiba-tiba Cikgu Sabariah


sampai bersama Nor dan terkejut melihat anak
lelakinya Ijan dipukul teruk oleh Azwa.

CIKGU SABARIAH
Ya Allah!! Azwa!!! Ijan!!! Apa dah jadi ni!!! Sudah berhenti!! Berhentilah!!
23.

Azwa berhenti memukul Ijan, Ijan berlari


berlakang Cikgu Sabariah, Ayu hanya menangis
di katil.

CIKGU SABARIAH
Kalau ada apa-apa masalah kita boleh bincang untuk selesaikannya. Bergaduh macam ni
bukan boleh selesai masalah pun! Negara kita adalah negara demokrasi, cara nak pilih
pemimpin bukan dengan cara bertumbuk, sebab itu ada pilihan raya. Kita kena bijak
memilih, mana pemimpin yang kita rasa layak pimpin negara, sebab tu semua orang wajib
mengundi!! Jangan korang nanti tak mengundi pulak bila layak mengundi nanti!!
Demontrasi jalanan hanya mampu memupuk sifat marah sesama kita bukan sikap
berkerjasama sesama kita. Dengan itu musnahlah sebuah negara yang dulunya harmoni!!
Jadi apa masalahnya sekarang? M ari berbincang dengan senyuman.

Azwa jelas tidak dapat menahan rasa marahnya


langsung menjawab pertanyaan Cikgu Sabariah.

AZWA
Si Ijan ni dah mengandungkan Ayu!! Ayu tengah gugur, sekarang dia tak mau
bertanggungjawab!!

CIKGU SABARIAH
Ijan!! Apa kamu buat ni?

IJAN
M ana ada... Ijan tak buat semua benda terkutuk tu!

AZWA
Wah!! Sekarang depan Cikgu kau tak nak mengaku pulak ye!! Kau ni memang nak kena!!

Azwa kembali baru menyerang Ijan! Cikgu


Sabariah menghentikannya!

CIKGU SABARIAH
Sudah! Sudah! Saya cakap sudah! Ijan! Ijan cakap betul-betul dengan mama! Betul ke
anak mama buat benda terkutuk ni! Jangan tipu mama, mama tak ajar semua tu, jangan
malukan mama!

IJAN
Betul mama! Takkan mama tak percayakan Ijan, pernah Ijan buat jahat ma? Pernah mama
nampak Ijan buat benda-benda jahat? Si Azwa yang main tuduh saja!
24.

CIKGU SABARIAH
(M enahan Azwa yang mahu menyerang
lagi)
Sabar dulu Azwa! Baik Ijan, kenapa Ijan boleh ada kat asrama putri ni pulak!?

IJAN
M ama kan tahu Ijan ni bakal menyambung tugas sebagai ketua pengawas tahun depan!
Ijan dapat tahu Ayu dalam masalah, Ijan datang sini untuk bawak Ayu pergi ke hospital.
Itu saja.

AZWA
Dia tipu Cikgu!! Aku bunuh jugak kau ni!!

CIKGU SABARIAH
Kamu jangan kurang ajar dengan anak saya Azwa!! Saya tahu anak saya, saya yang didik
anak saya, saya kenal dia dan saya kenal macam mana orang bercakap bohong.

AZWA
Jadi cikgu nak cakap cikgu percayakan anak cikgu yang tak guna ni? Kurang ajar kau Ijan,
mak kau sendiri kau tipu! Ayu kau tengok, lelaki macam ni yang kau kata sayang! Senang-
senang je dia tipu mak dia sendiri, apatah lagi kau dia nak tipu!!

AYU
Ba, sampai hati Ba buat bi macam ni... Bi tengah sakit ni!

IJAN
Kau jangan nak bahasa baba bibi dengan aku, aku nak tolong kau besar rahmat dah tau,
sekarang kau nak fitnah aku pulak!!

CIKGU SABARIAH
Kamu jaga elok sikit perangai kamu Ayu, jangan nak melibatkan anak saya dalam masalah
kamu! Saya tahu semua rahsia kamu! Jangan sampai satu sekolah kecoh pasal rahsia kamu
saya buat!!

AZWA
Ooo!! Jadi betullah perangai kau memang macam ni!! Nor bunuh diri dulu pun sebab kau
yang bocorkan rahsia dia, kau fitnah dia lagi!!

CIKGU SABARIAH
M emang saya yang buat! Kamu nak senasib dengan Nor tu ke hah!!??

AZWA
Kau ni memang tak layak dipanggil cikgu!! Kau ni sampah!!
25.

CIKGU SABARIAH
Kamu dah melampau ni Azwa! Kamu lupa yang kamu pun pernah cerita pasal rahsia
kamu kat saya! Kamu nak saya hebohkan!!

AZWA
Hebohkan lah! Ingat aku takut sangat dengan ugutan kau tu!!

Nor masuk serta semua pelajar bersama cikgu


Adam dan ternampak pergaduhan tersebut.

NOR
Azwa, apa ah jadi ni?

CIKGU ADAM
Cikgu Sabariah, kenapa ni? Ada yang histeria lagi ke?

CIKGU SABARIAH
Baik!! Bagus semua orang dah ada sini!!
(M enjerit dengan lebih kuat)
Dengar sini semua!!! Azwa ni perempuan tak sedar diri!! Dia mengaku diri dia lesbian!!
Dia tak suka lelaki, dia benci lelaki!! Dia pernah pukul ayahnya dan suruh ayahnya
ceraikan ibunya!! Dia sukakan perempuan. Dia sebenarnya suka dengan si Ayu ni! Dia
rasa nak peluk Ayu!! Nak cium Ayu!! Nak main dengan Ayu!! Ntah-ntah dia sendiri
yang buat Ayu mengandung, nak tuduh pulak anak saya si Ijan ni yang buat!

SEM UA
Ayu mengandung!!

AZWA
Betina sial!! Kau sama saja perangai macam anak kau!! Kau ingat aku nak bunuh diri bila
kau bocorkan rahsia aku hah!!??

Azwa menyerang Cikgu Sabariah dan Ijan.


M ereka saling berpukulan. Yang lain masuk
campur memisahkan pergaduhan itu. Ayu yang
sedari tadi menangis bangun mengambil gunting
dalam begnya.

AYU
Sudah!! Jangan gaduh lagi!! Kalau semua gaduh aku akan bunuh diri aku!!

AZWA
Ayu, jangan jangan buat benda bodoh!!
26.

AYU
Aku memang bodoh Azwa!
(Kepada Cikgu Sabariah dan Ijan)
Ba, Bi tak sangka Ba sebinatang ini!! Bi betul-betul percayakan Ba, dan itu benda paling
bodoh yang Bi pernah buat dalam hidup Bi! Cikgu Sabariah, Demi Allah saya tak tipu
memang Ijan yang buat saya!! Tapi takpe.. demi jaga air muka cikgu dengan anak cikgu
saya akan bunuh diri saya ni....... Saya tak sanggup lagi hidup dalam hina macam ini...
Biarkan saya mati....

Azwa berlari merampas gunting di tangan Ayu.

AZWA
Bukan kau yang patut mati Ayu!! Perempuan jalang ni kena mati!!

Azwa menikam Cikgu Sabariah dan semua orang


terkejut dan keadaan menjadi kecoh bila Ijan
memukul Azwa dan mereka berlawan!

IJAN
Kau memang sial!! Aku bunuh kau!!

Cikgu Sabariah rebah dan Nor memangku Cikgu


Sabariah.

SEM UA
Ijan, Azwa, sudahlah jangan gaduh, sudah! Jangan gaduh lagi!

NOR
Sudah!! Azwa!!! Sudah Ijan!! Korang ni memang tak pernah belajar dari kesalahan ke
hah!!??

Cikgu Adam mula masuk campur bagi


meleraikan pergaduhan dan semua pelajar hanya
mampu menjerit ketakutan dan memegang Ayu
yang rebah lemah dengan penuh darah. Tiba-tiba
kelihatan Azwa diatas Ijan yang nampak tewas.

AZWA
Pergi mati kau jantan sial!! M ati kau dengan perempuan jalang tu!!! M ati kau!! M ati
kau!! M ati kau!!
(Sambil menikam Ijan)

Tiba-tiba lampu berkelip-keliap, sekejap


menyala dan sekejap padam. Azwa masih terus
mengganas.
27.

Yang lain memberi respon terhadap lampu yang


berkelip pantas seperti litar pintas dan juga risau
dengan Azwa dengan Ijan. Pentas gelap. Jeritan
Azwa berulangan dan jeritan Ijan yang kesakitan
dan makin lama-makin perlahan dan lemah.
Suara Azwa terus mengganas semakin garang.
Tiba-tiba suara Azwa terhenti.

BLACKOUT.

BABAK 4

Cahaya malam kebiru-biruan dan samar-samar,


kelihatan semua tidur diatas katil masing-masing.
Tiba-tiba semua bangun dari tidur dalam keadaan
tersentak dan cemas. Kedengaran bunyi nafas
masing-masing yang masih cemas. M ereka masih
duduk di katil mereka sambil memerhatikan
setiap wajah di antara mereka.

AYU
Kau kenapa Azwa?

AZWA
Aku mimpi..

SUHAILA
Aku pun mimpi..

NABELA
Aku mimpi juga...

LAILI / NOR
Aku pun sama...

Tiba-tiba loceng sekolah berbunyi, kemudian


muzik lagu sekolah dimainkan. Semua orang
tidak berdiri tetapi hanya mendengar muzik itu
sambil memerhatikan masing-masing.

Azwa tiba-tiba pantas mengeluarkan telefonnya


untuk memastikan jam yang tertera di
telefonnya.
28.

AZWA
Baru pukul sebelas malam?

Bila semua orang dengar Azwa berkata, masing-


masing dengan pantas mencari jam dan telefon
masing-masing untuk memastikan sekali lagi
waktu yang dinyatakan.

SEM UA
(Tidak serentak, malah ada yang hanya
berkumat-kamit tanpa suara)
Baru pukul sebelas malam. Betul sebelas malam.

Semua diam seketika dan lagu sekolah terus


berkumandang mengisi ruang.

NABELA
Apa benda ni? Bukan ke kita masuk tadi dah dekat pukul sebelas ke? Takkan semua orang
tertidur, dan terjaga pada masa yang sama? Terjaga sebab semua mimpi pulak? Yang aku
betul-betul ingat tadi, aku tak tidur lagi, aku borak kau Suhaila, lepas tu baru nyanyi lagu
sekolah ni. Ini lagu ni main balik, jam baru pukul sebelas pulak!

LAILI
Nabela, kau boleh releks tak hah? Semua orang pun cuak sekarang ni?

NABELA
Kau nak releks kau releks lah! Kau jangan nak suruh aku pula, aku takleh handle benda-
benda pelik ni. Korang semua tak rasa pelik ke hah?
(Semua diam dan kelihatan berfikir)
Hish, korang ni tak dengar ke aku tanya? Ikut koranglah, aku nak blah lah dari sini!
(Sambil cuba mengemaskan barang-
barangnya)

SUHAILA
Aku nak ikut kau Nabela.
(M engemas barang juga.)

AYU
Wei korang, janganlah pergi dulu, nanti jadi apa-apa pula kat korang luar sana malam-
malam ni. Kalau jadi apa-apa kat dalam ni kita masih ada satu sama lain. Kat luar tu nanti
korang dua saja, bahaya.
29.

Nabela dan Suhaila tidak jadi untuk gerak mereka


duduk semula. Semua diam lagi. Lagu sekolah
sampai ke penghujung.

NABELA
Hish! Benda dalam mimpi ni kacau otak akulah!

SEM UA
(Kecuali Nor)
Aku pun sama.

SUHAILA
Aduh kita nak buat apa ni?

NOR
Kita semua kena bertenang dulu. Semua mimpi ni mainan tidur saja kan, jangan difikirkan
sangat.

Tiba-tiba hening. M ereka melihat satu sama lain


lagi. Azwa memecah keheningan.

AZWA
(Perlahan dan berhati-hati serta pelik.)
Aku mimpi kau Nabela, aku mimpi yang kau tengah mimpi pasal plan histeria kau dengan
Suhaila dan lepas tu...

NABELA
Eh, itu apa yang aku mimpi tadi.. M acam mana kau boleh tahu mimpi aku ni?

Ada diantara mereka mula turun dari katil,


kelihatan begitu keliru dan resah.

LAILI
(Kepada Nabela)
Lepas tu kau tuduh aku skandal dengan cikgu Adam, lepas tu cikgu Adam mengamuk dan
cekik kau sampai mati... lepas tu...

NABELA
Hey, kenapa kau pun tahu apa yang aku mimpi ni? Aku bercakap ke masa tidur tadi hah?

LAILI
(Serius.)
Tak, aku betul-betul mimpi benda ni...
30.

NABELA
Korang jangan nak kenakan aku, aku tidur mimpi bercakap tadi kan? Hoi Suhaila, kau
bagitau aku betul-betul...

SUHAILA
Aku tak tau nak cakap macam mana... Apa yang diorang mimpi tu, itulah jugak mimpi
aku.

NABELA
Apa benda ni? M impi benda sama pulak!

Ayu mula istighfar dan nampak lebih takut dari


yang lain.

NOR
Aku pun mimpi benda sama, tapi mimpi kita semua tu macam pernah berlaku je kan..

AYU
Wei, aku takutlah, mimpi aku pun sama apa yang korang cakap semua tadi...

AZWA
Hey korang semua, dengar sekejap... Kalau betullah yang kita semua ni mimpi benda yang
sama, korang semua mesti tahu pasal apa yang aku mimpi tadi, dan aku sekarang tengah
rasa tak senang dengan cerita mimpi ni.. M impi ni perkara yang benar-benar terjadi atau
semua hanya mimpi semata-mata mimpi? Hish apa aku cakap pun aku tak faham dah.

LAILI
Eh kejap, kalaulah sama mimpi kau dengan mimpi aku tadi ni, pada aku semua benda tu
tak betul pun... maksud aku benda dalam mimpi tu bukan perkara yang benar-benar wujud
dalam hidup kita ni.... Semua tu mainan tidur saja.

NABELA
Eh, konfiden betul kau ni, dengar sini kalaulah mimpi kita benar-benar sama, semua cerita
hal kau yang ada dalam mimpi aku tu adalah perkara sebenar-benar nyata terjadi sekarang
di dalam hidup kita ni, kau ingat aku tak tahu... dan yang itu bukan mainan tidur!

LAILI
Eh kau ni! Kau dengar tak aku cakap apa tadi? Aku cakap ‘kalaulah’ jalan cerita mimpi
kau ‘sama’ dengan jalan cerita mimpi aku! Jadi sekarang ni, bila dah kau cakap macam tu,
maksudnya mimpi kita dua tak samalah.

AYU
Ish, apa korang ni, kalau samalah, kalau tak samalah. Sekarang ni macam mana aku nak
tahu yang mimpi aku betul-betul sama dengan mimpi korang semua?
31.

SUHAILA
Eh kau ni Ayu, yang kau nak tahu sama tak sama tu kenapa?

AYU
(Teragak-agak dan berlindung)
Aku... aku... Eh saja je aku nak tahu.. Kan mimpi korang sama, aku cuma nak tahu mimpi
aku betul-betul ke jalan ceritanya sama juga dengan korang..

SUHAILA
Untuk apa? Untuk takutkan diri sendiri, lepas tu nak baca doa kau tu kuat-kuat?

NOR
Eh, korang jangan layanlah benda-benda macam ni.

Tiba-tiba Cikgu Sabariah muncul dalam keadaan


tergesa-gesa.

CIKGU SABARIAH
Kamu semua ok ke? Semua ok ke? Takde yang cedera? Takde yang histeria? Ya Allah,
saya mimpi dahsyat tadi. Itulah, saya tadi nak sambung tulis novel saya, bahagian
histeria, lepas tu badan saya ni letih sangat, belum sempat pun nak taip perkataan histeria
saya dah tertidur atas laptop. Lepas tu saya mimpi kamu semua, mimpi tu mula bahagian
histeria pula tu. Itulahkan, terlalu memikirkan sangat isi novel, maklumlah mahu hasilkan
yang terbaik.

AYU
Cikgu pun mimpi pasal histeria? Kami semua mimpi benda yang sama ni cikgu. Ada pasal
histeria juga ni cikgu.

CIKGU SABARIAH
Kamu pun mimpi? Histeria? Saya dah kata, kita semua ada jalinan chemistry yang utuh.
Sebab tu kamu semua layak dilantik sebagai exco pengawas.

AZWA
Saya rasa cikgu, mimpi kita semua ni, adalah perkara yang benar-benar terjadi dalam
kehidupan kita sekarang, dan ada ‘sesuatu’ pada cerita-cerita dalam mimpi ni!

CIKGU SABARIAH
M aksud kamu apa Azwa? M impi ni betul?

NABELA
Ya cikgu, dalam mimpi saya, ada cerita pasal Laili, dan saya tahu cerita tu betul!
32.

CIKGU SABARIAH
Cerita Laili? Apa ceritanya?

NABELA
Si Laili ni ada skandal dengan cikgu Adam!

LAILI
Hey Nabela, kau jangan nak memandai buat cerita pasal aku!

CIKGU SABARIAH
OM G! Saya pun mimpi benda sama juga. Betul ke apa yang kami mimpi tu Laili?

LAILI
Itu cuma mimpi cikgu, tak betul semua tu!

NABELA
M acam mana kami nak tahu yang kau tak tipu kami semua! Tadi kau sendiri yang cakap
kau mimpi aku tuduh kau ada skandal dengan cikgu Adam, sekarang kau nak pusing pulak.

LAILI
Yelah, aku cakap, kau tuduh aku dengan cikgu Adam, jadi, yang kau tuduh tu tak
semestinya betulkan! Kan aku cakap dalam mimpi aku ni takde benda yang betul-betul
jadi!

SUHAILA
Hoi korang! Sudahlah! Dahlah dalam mimpi aku, aku kena histeria! Nanti aku betul-betul
kena histeria baru tau! Aku tengah stress pasal mimpi aku ni, korang sibuk dengan cikgu
Adam korang tu!

NOR
Pasal mimpi pun korang nak kecoh ke? Sudahlah Cikgu kita tak yah layan.

CIKGU SABARIAH
Saya rasa ini satu bahan menarik untuk saya masukkan dalam jalan cerita novel saya,
tujuh orang mimpi satu mimpi yang sama! M enarik! Tapi betul ke mimpi saya betul-betul
sama macam mimpi kamu semua seratus peratus?

AZWA
Baik, kalau kita nak tahu sama ke tak sama mimpi kita, masing-masing kena buka cerita
mimpi masing-masing, semua kena jujur jangan tipu masa cerita, sanggup?

Semua kelihatan berfikir dan sambil mencuri-curi


pandang masing-masing juga.
33.

CIKGU SABARIAH
Saya setuju Azwa, menarik aktiviti ni. Sepatutnya aktiviti ni kena ada masa kem
kepimpinan lepas. Baik, saya namakan aktiviti ni sebagai ‘Ruangan M impi Setia Hujung
Nyawa Adam dan Hawa’! Panjang sangat pulak.

NOR
Ish korang ni! Biarlah sama ke tak sama ke mimpi tu. Jangan layan sangatlah.

LAILI
Aku taknak cerita!

NOR
(M erapati dan duduk di katil Laili.)
Betul! Aku pun, aku ikut Laili.

NABELA
M ana boleh tak cerita kalau yang lain nak cerita! Kenapa kau takut rahsia kau dalam
mimpi tu terbongkar?

LAILI
Apa kau cakap ni? M ana ada apa-apa rahsia dalam mimpi akulah!

NABELA
Kau jangan tipu! Dengar semua, kalau betul mimpi kita semua sama dan salah satunya
yang aku pasti kisah benar pasal kau Laili dalam mimpi aku tu, yang jadi rahsia agung kau
sekarang, ini bermaksud dalam mimpi kita ini adalah cerita rahsia kita semua! Dan
sekarang si Laili ni takut nak cerita sebab takut kantoi rahsia agung dia tu!

LAILI
Hey Nabela, apa benda yang kau merepek ni? Rahsia agung? Rahsia apa? Lagi pun kalau
betul rahsia aku dalam mimpi tu, hak aku nak cerita ke tak, sebab itu ‘rahsia agung’ aku?

CIKGU SABARIAH
Wah menarik, kita namakan aktiviti ini dengan ‘Rahsia Agung Di Asrama’..... Hhmm..
(Tiba-tiba seperti teringat sesuatu, muka
berubah.)
Rahsia...?

AYU
Aku pun taknak cerita. Korang jelah cerita, aku cuma nak tahu sama tak sama je... Aku tak
perlu cerita kot...

NABELA
Lagi seorang pengecut dan takut kantoi!
34.

CIKGU SABARIAH
Alah, tak seronoklah kalau seorang-seorang nak tarik ni. Kalau macam ni saya balik bilik
dulu lah...

AZWA
Kenapa cikgu Sabariah? Takut rahsia terbongkar jugak ke?

CIKGU SABARIAH
(Sedikit gugup.)
Eh... M ana ada... Saya... Saya... Dah semua taknak bercerita kan, jadi baik kita batalkan
aktiviti ni, dan baik saya sambung histeria, maksud saya bahagian histeria novel saya.

AZWA
Saya masih nak bercerita.

NABELA
Saya pun nak bercerita!

SUHAILA
Saya pun akan cerita!

AYU
Oklah, aku cerita jugalah...

NOR
Kenapa korang degil ni, tak penting lah semua tu!

Keadaan sunyi seketika, Cikgu Sabariah kembali


duduk di katil Nor. Nor masih di katil Laili dan
bersebelahan Laili. Semua duduk di katil masing-
masing.

CIKGU SABARIAH
Baik, kita jalankan aktiviti ni. Sape yang tak mahu ikut terpulang...

Semua orang memandang kearah Laili dan Nor


yang hanya diam di katil Laili. M ereka semua
kembali kepada aktiviti semula kecuali Nor dan
Laili.

AZWA
Sekarang siapa yang volunteer nak mula?
35.

AZWA
Aku nak mula!

CIKGU SABARIAH
Baik, awak mula dulu Nabela. Kalau cerita mimpi awak sama, kami semua akan cakap
sama dan kami takkan ulang cerita yang sama nanti. Kalau ada yang tak sama kami akan
mencelah. Bila cerita itu kita semua tahu, dan benar-benar wujud dalam hidup kita, kita
kena bagitahu juga itu wujud, setuju semua?

SEM UA
(Kecuali Nor dan Laili)
Setuju!

CIKGU SABARIAH
Baik, kamu mulakan Nabela.

NABELA
M impi saya bermula dengan histeria yang sengaja dicipta untuk perangkap si Laili. Bila
kita semua keluar kononnya nak bawak ke rumah ustaz Kamal tinggallah Laili di bilik
sorang diri, kemudian cikgu call cikgu Adam suruh tengok-tengokkan Laili. Bila cikgu
Adam naik ke atas nampak Laili tinggal seorang, masa itulah si Laili ni goda cikgu Adam,
lepas tu diorang berasmara dalam bilik ni!

SUHAILA
Setakat ni masih sama dengan mimpi saya.

SEM UA
Saya pun, mimpi saya pun.

LAILI
Kurang ajar kau Nabela! Aku tak buat benda tu lah!

CIKGU SABARIAH
Laili, tadi awak tak nak terlibat kan... jadi awak diam saja di situ... Nabela teruskan majlis
ini...

NABELA
Lepas dah kantoi semua, cikgu Sabariah pulak mengaku yang ada hati dengan cikgu Adam
dan mengugut cikgu Adam dengan Laili untuk hebahkan perbuatan mereka pada satu
sekolah sebab cikgu Adam tak balas cinta cikgu. Lepas tu cikgu Adam mengamuk dan
cekik saya.
36.

CIKGU SABARIAH
Amboih kamu Nabela... saya pun ada dalam mimpi kamu..
(Ketawa yang palsu)
Apa punya mimpi lah kan... Saya ada hati dengan cikgu Adam? Benda tu tak betul pun...

AZWA
Kenapa perlu pertahankan diri sendiri cikgu? Cikgu ada mimpi yang berlainan ke?

CIKGU SABARIAH
(Teragak-agak)
Tidak, maksud saya cuma tak betul tentang perasaan saya pada cikgu Adam tu... Kami
hanya kawan sekerja... Tak lebih dari itu...

SUHAILA
Kami tak cakap benda tu betul dan masing-masing masih anggap benda tu mimpi. Cuma
bila ada benda yang betul, kita setuju untuk mengaku benda itu betul... dan sekarang cikgu
sedang bercakap benda yang cikgu kata tak betul...

CIKGU SABARIAH
(Tergugat)
Apa maksud kamu Suhaila? Kamu semua ni cuba nak perangkap saya ke dengan semua
mimpi-mimpi bodoh ni?

LAILI
Kenapa cikgu rasa ini perangkap? Sedangkan kita tak tahu cerita ini betul atau tidak lagi...

CIKGU SABARIAH
Kamu jangan nak masuk campur Laili....

AYU
Sudahlah korang, cikgu, saya nak tahu mimpi saya sama atau tak dengan Nabela ni.

AZWA
Nanti Nabela, aku rasa biar kita terus kepada point kita. Aku rasa kita semua tak kisah
pun jalan cerita mimpi sama ke tak sama, termasuk kau jugak Ayu. Yang kita semua kisah
adalah pasal rahsia masing-masing dalam mimpi kita ni, yang mana dalam hidup kita ni tak
siapa pernah tahu pun kecuali cikgu Sabariah sebab kita sendiri yang ceritakan pada dia,
tapi rahsia dia takde siapa pun tahu?

CIKGU SABARIAH
Itu biasalah, sebab saya cikgu motivasi kamu semua, saya kena tahu masalah kamu untuk
saya bantu kamu selesaikan dan meransang kamu supaya belajar dengan lebih cemerlang
terbilang lagi dan rahsia kamu semua tersimpan pada saya tak pernah saya buka.
37.

LAILI
M acam mana dengan rahsia Nor?

NOR
Ish...!! Kenapa korang nak sibuk dengan rahsia orang ni? Biarlah orang nak berahsia!

CIKGU SABARIAH
(Teragak-agak)
Saya tak tahu... Dia tak pernah bercerita pada saya... dan saya tak tahu langsung pasal
masalah dia.

LAILI
Jangan tipu cikgu! Hanya saya dan cikgu saja tahu rahsia dia, itu pun sebab saya beritahu
cikgu rahsia dia!

CIKGU SABARIAH
Kamu bocorkan rahsia arwah pada siapa-siapa entah, nak tuduh saya pulak!

CIKGU SABARIAH
Cikgu! Tak sangka cikgu orang yang paling tak boleh dipercayai!

NOR
Sudahlah tu Laili, biarkan dia.

AZWA
(Kepada Laili)
Eh kau ni, macam berminat nak terlibat dengan urusan kami kat sini je... Laili...

Laili hanya menggelengkan kepala. Dia mula


menangis.

NOR
Kami tak mahu terlibatlah!

AZWA
Ok, lepas ni jangan nak masuk campur! Ok semua, biar aku mula kali ini! Sebab aku rasa
kau Nabela, dah skip bahagian yang kau ada hati juga dengan cikgu Adam dan berebut
dengan Cikgu Sabariah..

LAILI
Aku lupa lah kot, sebab benda dalam mimpi kan....?

AZWA
Oh cerita hal orang lain kau ingat dengan jelas! Dengar semua, untuk lebih lancar supaya
kita tahu apa yang cuba disampaikan dalam mimpi kita semua ni, aku harap kita jujur,
kalau betul bagitau betul! Jangan ada yang tipu!
38.

Semua hanya diam dan tidak berani memandang


wajah masing-masing.

AZWA
Kau Nabela? Kau sakit hati dengan Laili ada skandal dengan cikgu Adam sebab kau sendiri
sukakan cikgu Adam! Betul?

NABELA
Si Laili buat benda tak senonoh dengan cikgu Adam....

AZWA
Aku tanya betul atau tak kau suka dengan cikgu Adam!? Laili tak campur urusan kita!

NABELA
Ya! M emang aku suka! Aku suka dia sejak dari tingkatan tiga! Dia tak pernah layan aku
sebab dia sibuk melayan si Nor kawan baik Laili tu! Aku sakit hati, tapi aku tak boleh
buat apa untuk pisahkan diorang sebab Nor tak pernah melayan cikgu Adam, cikgu Adam
saja yang aku nampak syok sangat dan suka rapat dengan Nor. Sampailah naik tingkatan
empat, aku dapat tahu tentang rahsia Nor tu, aku buat kecoh satu sekolah biar cikgu
Adam benci dengan perangai Nor dan boleh nampak aku yang mengharapkan dia. Tapi
aku tak sangka pula sampai Nor bunuh diri. Bila kes Nor bunuh diri, Laili pulak goda
cikgu Adam dan rampas cikgu Adam yang belum sempat nampak aku! Kau rampas dia
dari akulah sial!

LAILI
M emang aku ada skandal dengan cikgu Adam, tapi tak tahu pun yang cikgu Adam dulu
suka dekat Nor! Bila Nor bunuh diri, semua orang keji aku! Semua orang hina aku, kata
aku tikam belakang Nor, aku tak tahu menahu pun, aku cuma nak tolong Nor. Sejak tu aku
dah takde kawan. Aku pergi mana-mana kat sekolah ni semua orang cemuh dan ejek aku,
lepas tu cikgu Adam mula rapat dengan aku. Aku cerita semua masalah aku kat dia, sebab
aku takde siapa lagi tempat nak mengadu dan nak berkawan. Cikgu Adam dah macam
ganti tempat Nor dulu. Kemudian kami mula rapat, tapi kami tak pernah buat benda
terkutuk tu, dan sekarang ni, bila Intan yang dah mula nak terima aku sebagai kawan,
korang pulak iri hati!

AZWA
Sudah Laili! Skali lagi kau campur urusan kami siap kau!
(Kembali kepada Nabela)
Nabela, siapa yang bagitau kau pasal rahsia Nor? Hey aku tanya kau siapa?

NABELA
Suhaila yang bagitau aku semua benda! Dia kata si Laili yang buat kecoh pasal cemburu
Nor dengan cikgu Adam!
39.

Laili tiba-tiba bangun dan menyerang Suhaila.


Suhaila ketakutan dan dipukul LailiYang lain
terkedu, Azwa meleraikan.

LAILI
Kurang ajar kau Suhaila! Kaulah yang jadi dalang sampai Nabela ni benci sangat kat aku!
Habis satu sekolah tuduh aku tikam belakang kawan baik aku!

NOR
Sudah Laili! Sudah!! Aku percaya kau tak salah! Aku tahu memang kau tak buat benda
tu!!

AZWA
Sudah Laili! Kau pergi sana! Kau kata kau taknak terlibat! Jadi jangan sampai aku tumbuk
muka kau!

Laili ditolak kasar oleh Azwa. Nor M engangkat


Laili, kembali ke katil. Cikgu Sabariah berubah
muka keseluruhan.

NOR
Apa ni Azwa! Boleh sabar sikit tak!?

AZWA
Yang lain jangan masuk campur! Sekarang kau Suhaila, macam mana kau tahu pasal rahsia
Nor?
(Suhaila nak menangis hanya diam)
Kau jangan tipu Suhaila, nahas kau nanti... Cakap mana kau tahu rahsia Nor?

Cikgu Sabariah tiba-tiba bangun untuk beredar.


Azwa menahan.

AZWA
Nak ke mana tu cikgu? Cikgu tak boleh ke mana-mana sebelum majlis tamat ye...

CIKGU SABARIAH
Saya dah mengatuklah, esok nak kena bangun awal, lagi pun semua benda ni mengarutlah,
hal budak-budak, takde kena mengena dengan saya pun..

AZWA
Sape kata takde kena mengena? Sekarang ni, kami ‘budak-budak’ sebagai pelaar cikgu ni
sedang buat pengakuan salah laku disiplin dan moral, peranan cikgu sebagai guru motivasi
untuk dengar dan tolong kami selesaikan masalah supaya kami boleh menjadi exco
pengawas yang cemerlang dalam pelajaran yee... Duduk situ!
40.

Cikgu Sabariah seperti serba salah kembali ke


tempat duduknya di katil Nor.

CIKGU SABARIAH
(Terkedu dan gugup)
Ya, betul jugak kan... ? Lupa pulak saya guru motivasi kamu semua, ceritalah, cerita
semua masalah kamu... saya sedia membantu.

AZWA
M aaf cikgu ye, saya terpaksa bagitau yang saya akan belasah cikgu kalau cikgu berani
keluar majlis secara tiba-tiba lagi.
(Kepada Suhaila)
Suhaila, cepat jawab apa aku tanya tadi sebelum aku buat benda yang kau tak suka!

CIKGU SABARIAH
Jangan macam tu Azwa salah cara tu, kita kena bercerita dengan senyuman ye... Suhaila..
(Seperti cuba memberi isyarat tidak
kepada Suhaila)
Senyum... senyum... Suhaila senyum...

AZWA
Diam!

NOR
Azwa, boleh tak hormat cikgu sikit?

SUHAILA
(Bersedih)
Ok ok. Aku terpaksa buat benda tu semua... Aku tak nak kecewakan mak aku... Dulu aku
dapat kelas sastera. M ak aku nak sangat aku tukar masuk kelas sains, kelas pandai
sebelum naik tingkatan lima, mak aku nak aku jadi pengawas, tapi aku bodoh belajar,
result aku setiap ujian teruk... Aku cerita pada cikgu Sabariah untuk tolong aku.... Cikgu
Sabariah betul tolong aku... cikgu... saya mintak maaf....

CIKGU SABARIAH
(Berpura-pura)
M aaf apa ni? Saya tak faham... Suhaila awak jangan nak libatkan saya...

NOR
Dah lah korang... kita berhenti sini jelah ye...

AZWA
Berapa kali aku cakap diam? Suhaila cepat bagitau!
41.

SUHAILA
Cikgu panggil Ayu sebab Ayu satu kelas dengan aku, dan cikgu pakat dengan Ayu setiap
kali ujian Ayu kena duduk sebelah meja aku dan bagi aku tiru dengan upah Ayu duit
beratus, ini semua adalah rahsia kami dan Ayu setuju....

Ayu mula menangis dan berisghtifar panjang,


kelihatan sangat menyesal. M uka cikgu Sabariah
sangat berlainan.

SUHAILA
Kadang-kadang bila ujian yang cikgu Sabariah jaga kelas aku, dia akan bagi aku bawak
masuk nota dan takkan tangkap aku. Semua benda yang dia tolong tu dengan bersyarat.
M asa tu cikgu Sabariah tengah bengang dengan Nor , cikgu bagitau aku rahsia Nor dan
suruh aku hebahkan satu sekolah supaya semua orang benci Nor. Aku tak sanggup nak
jaja cerita Nor satu sekolah, tapi bila aku fikir aku kena buat sebab ini syarat, dalam tak
sanggup tu aku hanya bagitau Nabela sebab aku tahu dia benci Nor dan aku percaya
Nabela akan kecohkan satu sekolah dengan perasaan benci dia tu. Bila Nabela tanya aku
tahu mana, aku tuduh Laili yang cakap sebab cemburu Nor rapat dengan Cikgu Adam.

NABELA
Setan kau! Kau gunakan aku sial!

SUHAILA
Aku mintak maaf Nabela, aku minta maaf Ayu, saya minta maaf Cikgu!
(M enangis)

AZWA
Kau tak perlu minta maaf dengan diorang ni semua! Tambah-tambah lagi dengan
perempuan yang tak layak di panggil cikgu ni! Rupa-rupanya perangai kau dalam mimpi
kami semua ni adalah benar-sebenar-benarnya nyata.

CIKGU SABARIAH
Kamu semua jangan percayakan Suhaila ni! Dia sengaja nak kenakan saya!

AZWA
Owh dia tipu? Ayu! Kau cakap betul-betul, si Suhaila ni tipu ke semua ni?

AYU
Dia cakap betul, dia tak tipu, saya minta maaf cikgu, saya menyesal buat benda hina
macam tu!

SUHAILA
Aku tak tipu, demi Tuhan aku tak tipu!
42.

CIKGU SABARIAH
Kurang ajar awak Suhaila! Saya akan beritahu mak awak yang awak tu sebenarnya bodoh!
M eniru saja dalam ujian!!
(Perasan yang Azwa, Nabela dan Laili
sudah berdiri memandangnya)
Apa yang kamu boleh buat dengan saya! Sudah, saya nak balik!!

AZWA
Kau belum boleh balik perempuan jalang. Belum selesai lagi Aktiviti Rahsia Agung di
Asrama ini...

Semua orang mengelilingi cikgu Sabariah kecuali


Ayu dan Nor. M ereka memegang cikgu Sabariah
dan menolak Cikgu Sabariah ke tengah.

CIKGU SABARIAH
Jangan sentuh aku! Apa kamu semua nak buat dengan aku? Kalau korang berani sentuh
aku, aku akan buat korang menyesal seumur hidup korang!!

Azwa menampar cikgu Sabariah. Cikgu Sabariah


ingin membalas. Nabela dan Laili menahan.

NOR
Eh korang sudahlah! Jangan buat cikgu macam ni!

CIKGU SABARIAH
Kurang ajar! Berani awak tampar saya! Saya akan ajar awak! Eh Nabela! Laili!! Lepaskan
tangan saya ni!! Kau Laili, tak malu ada hubungan sulit dengan cikgu sendiri!

M ereka menolak cikgu Sabariah ke lantai.

LAILI
Kenapa? Kau cemburu?

CIKGU SABARIAH
Buat apa aku nak cemburu! Aku tak minat dia langsung!

LAILI
Kau nak aku tunjuk semua mesej-mesej gambar lucah kau kat handphone dia? Dan lepas
tu nak aku hebohkan kat satu sekolah gambar bogel kau?

Cikgu Sabariah terkedu dan tiba-tiba menangis


meminta maaf. Dia bangun.
43.

CIKGU SABARIAH
Saya minta maaf, jangan buat saya macam ni. Saya takkan minat lagi cikgu Adam.. Dia
awak punya... M aafkan saya... Kesianlah saya.. Saya ni janda...

LAILI
Owh kau buat kat Nor dulu kau tak fikir! Kenapa kau sanggup buat Nor sampai macam tu
skali

CIKGU SABARIAH
Saya cuma geram dekat dia sebab dia tak cerita masalah dia kat saya, apa dia tak
percayakan saya sebagai guru motivasi? Lepas tu dia pergi jumpa tuan pengetua bercerita
dan lepas tu fitnah pengetua rogol dia, saya fikir sebab tu dia taknak jumpa saya guru
motivasi untuk bercerita sebab nak kenakan pengetua dan minta simpati semua orang
pasal kes ayahnya tu... Saya cuma nak ajar Nor yang fitnah pengetua tu. Kamu rasa sebab
apa dia tak cerita dengan sayakalu bukan niat jahat dia tu.

AZWA
Sebab aku yang tak bagi dia berjumpa dengan kau! Aku tahu kau ada skandal dengan
bapak aku, pengetua sekolah ini! Aku bagitau Nor yang kau ni perempuan yang
bermasalah, tak boleh settle masalah orang melainkan menambahkan lagi adalah!

LAILI
Ooo, patutlah tu Nor taknak jumpa kau dan berkeras nak jumpa pengetua! Tapi Azwa,
bapak kau dah rogol Nor! Sebab tu perempuan ni cemburu dan sakit hati dengan Nor!

AZWA
Aku tahu bapak aku sial! Sebab tu aku suruh bapak aku ceraikan mak aku!

NOR
Sudahlah tu, semua orang buat salah kat dunia ni. M aafkanlah cikgu Sabariah ni.

AZWA
M emang patut laki kau tinggalkan kau! Perempuan jalang! Sebab perempuan macam
kaulah aku benci lelaki! Sebab kau aku ni suka perempuan kau tahu! Ya sama macam
mimpi tadi, aku memang lesbian! Semuanya sebab perempuan ni! Aku memang suka kau
Ayu, tapi kau...

Tiba-tiba Ijan masuk dalam keadaan cemas dan


menjerit. Ayu hanya menangis di katil.

IJAN
Bi!! Bi!! Bi!! Baba minta maaf... Baba minta maaf!! Baba mimpi Ba buat tak elok kat bi...
ba minta maaf!!
44.

AYU
Ba, bi banyak buat dosa ba....

NABELA
Kau mimpi jugak Ijan!? Kau mimpi Ayu gugur kandungan dan kau tak mahu bertanggung
jawab?

CIKGU SABARIAH
Ijan!

IJAN
M ama...?

CIKGU SABARIAH
Betul ke semua benda tu Ijan?

LAILI

Kenapa depan mak kau kau dah tak nak mengaku?

IJAN
Eh! Kenapa korang macam tahu apa yang aku mimpi ni? M ama.. Apa mama buat kat sini?

Ijan cuba mendekati cikgu Sabariah tapi dihalangi


Azwa.

AZWA
Bagitau dulu kau mengaku atau tak kau mengandungkan Ayu?

CIKGU SABARIAH
(M enangis)
Ijan... Ijan bercakap yang sebenar-benarnya Ijan jangan berdolak dalik lagi Ijan... bagitau
saja perkara sebenar... mama tak marah...

IJAN
M ama, betul memang Ijan mengandungkan Ayu, kami terlanjur ma.. Ijan minta maaf
mama...

CIKGU SABARIAH
Sape ajar Ijan buat benda tak senonoh ni Ijan??

IJAN
Semua ni salah cikgu Adam mama. Sejak Nor mati, dia kecewa sangat mama, Ijan selalu
temankan dia nak kurangkan rasa sedih dia, tapi, rupa-rupanya dia minat dengan Nor.
45.

Dia seorang yang pelik mama, masa dia kecewa dia selalu pegang gambar Nor sambil
tengok video lucah. Kadang-kadang dia ajak Ijan tengok sekali. Bila dah lama gambar Nor
dia dah tak pegang, dia pegang gambar si Laili ni pulak. Bila dah lama lepak dengan dia,
Ijan pun dah cuba buat benda tak elok tu dengan Ayu... Ayu tak salah mama, Ijan yang
jahat! M aafkan Ijan mama!

CIKGU SABARIAH
M ama pun minta maaf, mama selalu tak beri perhatian dengan kamu, mama selalu dengan
novel mama dan benda-benda bodoh yang lain.

Cikgu Sabariah dan Ijan saling berpeluk dan


menangis. Keadaan menjadi sangat hening.

NOR
Alhamdulillah, aku harap korang semua ikutlah sikap Ijan dengan cikgu Sabariah yang
mengaku kesalahan sendiri dan insaf bukan nak bergaduh lagi sesama kita.

AYU
Ba ini bukan anak Ba sebenarnya. Cikgu Sabariah dan kawan-kawan semua, sebab korang
semua dah bercerita yang benar, dengarlah aku pula. Anak yang aku kandung ini bukan
anak Ijan, betul Ijan buat benda tak senonoh dengan aku, tapi tidaklah sampai boleh
mengandungkan aku. Kandungan ini milik cikgu Adam, kami bersama masa Laili dah lama
tak balik rumah cikgu Adam. Aku minta maaf semua...

Semua terkejut. Tiba-tiba keadaan menjadi kecoh


semula.

IJAN
Apa ni bi?? Bi curang dengan Ba!!! M ama tengok lah Ayu ni!!
(M enangis)

CIKGU SABARIAH
Kurang ajar kamu ni Ayu! Nampak je lembut tapi macam setan! Berani kamu curang
dengan anak saya!

LAILI
Berani kau kacau laki aku bila aku tak balik rumah tu ye!! Sial punya jantan, tak dapat
main sekejap je dah cari betina lain! Aku bunuh kau Ayu!!

NABELA
Hey! Tadi kau cakap kau tak pernah buat benda terkutuk tu? Sekarang ni kau cakap kau
dah main pulak dengan dia! M ana satu kau ni!!?
46.

LAILI
Eh suka akulah laki aku!! Kau tu syok sendiri!!

SUHAILA
Ajar dia Nabela!! Aku dah agak dia tipu tadi!!

NABELA
Eh kau ni Suhaila! Dahlah kau gunakan aku! Sekarang kau nak gunakan aku lagi untuk
bertumbuk dengan Laili ni hah??!

CIKGU SABARIAH
Entah awak ni Suhaila tak boleh nak simpan rahsia sikit!! Pecah tembelang aku!! Hoi Ayu
bagi balik duit aku beratus-ratus yang kononnya tolong si bodoh ni!!

AZWA
Aku kecewa dengan kau Ayu! Kau lagi murah dari semua betina yang aku kenal!! Kau
Ijan! Berani kau mengandungkan Ayu ya!! Lelaki macam kau ni aku benci!!

IJAN
M ama!! Tengok Azwa ni!!

CIKGU SABARIAH
Jangan kacau anak saya!!

NOR
Ya Allah!! Bergaduh lagi korang ni! pening lah aku!!!

M ereka mula bergaduh semula dan keadaan


menjadi kecoh dan tiba-tiba cikgu Adam masuk.

CIKGU ADAM
Eh dah kenapa semua ni? Histeria ke? Histeria bermaksud....

SEM UA
Diam!!!!!

M ereka semua menarik cikgu Adam masuk


dalam pergaduhan mereka suasana sangat bising.

NOR
Sudah!! Jangan bergaduh!! Sudah!! Korang ni tak penat ke nak bergaduh macam ni!!!

Tiba-tiba blackout.

CIKGU SABARIAH
Kenapa blackout ni!!!??
47.

AZWA
Bapak aku tak bayar bil sekolahlah ni!!!

LAILI
Jangan kata mimpi lagi!! Penat dah ni!!

CIKGU ADAM
Definisi blackout dalam kamus dewan edisi ke empat bermaksud.....

SEM UA
Argghhhhhhhh!!!!!!

Bunyi suara mereka bergaduh lagi dan bising.


Tiba-tiba menjadi senyap.

BLACKOUT.

BABAK 5

Kelihatan semua pelajar sedang tidur dengan


selesa dan nyenyak di katil masing-masing. Tiba-
tiba Nor terkejut dari tidur.

NOR
Allahu Akbar!!!

Yang lain masih dalam lena mereka. Nor


kelihatan resah dan cemas. M emandang
sekeliling dan memandang kesemua kawan-
kawannya tanpa berganjak dari katil.

NOR
Astagfirullah ‘aladzim....

Nor beristighfar panjang. Dia menyapu


mukanya berulang kali. Kemuadian dia bangun
dari katilnya. Pergi ketengah pentas dan melihat
keliling kawan-kawannya yang nyenyak tidur.

NOR
Laili, Suhaila, Nabela, Ayu, Azwa.... Demi Tuhan aku sayang korang semua, korang dah
macam adik beradik aku. Kita pernah rapat serapat-rapatnya dari tingkatan satu sampai
tingkatan tiga dulu. Aku nak kita rapat macam dulu balik. Aku rindu kemesraan kita dulu.
Aku betul betul rindu.
48.

Nor kemudian pergi katil Suhaila. Suhaila tidur.

NOR
Su, ingat tak masa kita sama-sama belajar dulu, kau banyak tak faham cikgu ajar, aku ajar
kau banyak kali, kau bukan tak pandai, tapi kau kena ada orang yang boleh terangkan kat
kau satu persatu, baru kau akan faham. Aku rindu masa dengan kau, aku rindu saat kau
suka sangat bila dapat faham apa yang aku ajar. Aku rindu kau Suhaila.

Nor pergi ke katil Nabela pula. Nabela juga


tidur.

NOR
Nabela, kitalah paling serasi suatu masa dulu. Aku tahu kau minat dengan cikgu Adam,
aku boleh nampak dari cara kau, gaya kau. Aku suka bila kau semangat nak pergi sekolah,
walaupun sebab kau nak tengok muka cikgu Adam, tapi itulah juga yang buat kau
langsung tak pernah ponteng sekolah dan jadi pelajar paling rajin dan cerdik kat sekolah.
Semuanya sebab kau jadikan cikgu Adam sebagai motivasi untuk belajar dan sebab itulah
aku tak pernah kacau apa yang kau nak. Semuanya untuk kebaikkan kau. Aku sayang kau
Nabela.

Nor pergi ke katil Ayu, Ayu juga tidur dengan


nyaman.

NOR
Ayu, dalam banyak kawan-kawan aku paling cemburu dengan kelembutan kau, dengan
kemesraan kau, dengan sikap peramah kau dan sifat kau yang tabah. Semua orang selesa
dengan kau. Aku harap kau gunalah kelebihan yang ada pada kau tu untuk kebaikkan masa
depan kau nanti. Aku sentiasa doakan kau bahagia dan berjaya dalam setiap apa yang kau
buat. Aku suka dengar kau ketawa, comel sangat... dan aku rindu semua tu.

Nor berpindah ke katil Azwa yang kelihatan


buas dalam tidurnya.

NOR
Azwa, bagi kami kawan-kawan, kaulah perlindung kami. Takde siapa berani kacau kami
kalau kau ada, tak kiralah perempuan ke, lelaki ke, kadang-kadang cikgu pun takut dengan
kau. Walaupun kau nampak kasar, tapi sebenarnya hati kau lembut, aku tau kau sayang
kami, kawan-kawan kau ni. Terima kasih sangat sebab sayang kami dan jaga kami. Aku
harap kau terus jaga kawan-kawan kita dan sayang mereka. Aku sayang kau sangat-sangat
Azwa.

Terkahir Nor melangkah ke katil Laili yang juga


tidur berselimut sejuk.
49.

NOR
Laili, kau satu-satunya kawan aku dari kecil sampai besar. Semua rahsia aku kau tahu dan
kau jaga betul-betul. Aku tau kau tak mahu tengok aku sedih, kalau boleh kau nak aku
gelak je setiap masa. Tapi kita kan manusia, ada pasang surut, ada naik turunnya emosi
kita. Aku nak minta maaf dengan kau banyak-banyak sebab tinggalkan kau seorang diri
masa kes tu. M asa tu aku nak sangat dengan kau, aku nampak kau sedih, aku nak peluk
kau tapi aku terhalang. Aku harap kau jaga diri betul-betul, jangan buat benda-benda
bodoh yang boleh rosakkan diri kau. Aku selalu berdoa agar kita boleh macam dulu.
sekarang kau pun dah ada Intan, kawan baru kau. Aku rela dia ganti tempat aku. Demi
Tuhan Laili aku sayang kau!

Nor pergi mengambil kerusi di meja belajar


sebelah katilnya kemudian meletaknya atas katil
dan naik keatasnya lalu mengikat tali ke palang
siling.

NOR
Aku sayang korang semua, aku sentiasa akan rindu korang sampai bila-bila. Aku harap
sangat korang jangan buat benda bodoh yang aku buat ni. Aku menyesal sangat, aku insaf.
Tak guna bunuh diri bila dalam kesedihan atau tekanan yang teramat mana pun, kerna
selepas itu korang tak boleh membetulkan balik apa-apa pun yang tertinggal di sini. Selagi
Tuhan menguji selagi itu ada jalan yang boleh diperbetulkan, yakin saja pada Dia.
Sekarang aku terpaksa menjalankan rutin aku ni setiap malam sehinggalah bumi menerima
aku dan Tuhan mengampunkan aku ini.

Kemudian dia memasungkan kepalanya di dalam


lingkaran tali yang dibuatnya tadi

NOR
Aku Nor kawan rapat korang dulu, aku tahu rahsia korang semua, tapi kenapa rahsia aku
korang sanggup...... Tak mengapalah, benda dah lepas, aku maafkan korang semua.

Nor menolak kerusi dengan kaki sehingga


terbalik dan dengan pantas Nor tergantung
membunuh diri.

Tiba-tiba Laili terkejut dari mimpinya dalam


keadaan sedih dan cemas.

LAILI
Nor jangan!!!!!!
(Cemas, resah. bila tersedar dia menyapu
mukanya dan menangis.)
Astagfirullah al’adzim.... Astagfirullah al’adzim.... Astagfirullah al’adzim....
50.

Kenapa kau bunuh diri Nor.... Aku minta maaf sebab cerita rahsia kau pada cikgu
Sabariah.. Aku tak sangka boleh jadi sampai macam tu sekali... Aku bersalah Nor.. Aku
bersalah... M aafkan aku... M aafkan aku...

Laili terus menangis daan menangis sepuas hati


dengan penuh penyesalan. Pelajar yang lain
masing-masing masih dalam tidur yang nyaman.

TAM AT.
BLACKOUT.

Anda mungkin juga menyukai