Anda di halaman 1dari 13

Contoh Dialog/Skrip Lakonan sejarah(Pengasas Kesultanan Melayu Melaka)

Assalamualaikkum.Saya mahu kongsikan kepada anda salah satu dialog/skrip untuk lakunan.Saya akan
ambil daripada Buku Teks Sejarah Tingkatan 1(BAB 4).Saya akan campurkan Kedatangan
Parameswara dari Palembang ke Temasik dan juga Melaka.Seterusnya,Asal Usul Nama Melaka.

Pencerita

Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu,
Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk
membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah
melarikan diri ke Temasik.Temasik pada ketika itu berada di bawah naungan Siam.Di Temasik...........

Temagi

Apa khabar?Beta Temagi.Siapakah nama kamu?

Parameswara

Khabar baik.Hamba ialah Parameswara.Hamba seorang putera raja yang berasal dari Palembang.

Temagi

Oh!Maafkan Beta.Beta tidak kenal tuan hamba.

Parameswara

Tak mengapa.Terima kasih kerana menyambut baik hamba.

Temagi
Sama-sama.Alang-alang di sini,marilah ke istana beta untuk ayapan hidangan.Bendara,sediakan ayapan
secepat mungkin.

Pembantu Temagi

Baik Tuanku

Pencerita

Parameswara sambil berjalan ke istana melihat suasana di Temasik.Dia mencipta azam untuk
merampas Temasik dari Temagi kerana Temasik boleh berkembang dengan baik sekali.Apabila sampai
di istana..........

Parameswara

Bolehkah hamba tidur di dalam istana tuanku?Hamba dan bendara hamba tiada tempat untuk beradu.

Temagi

Apa salahnya,pintu istana beta memang akan terbuka luas untuk tuan hamba.Mari ke arah sini
Parameswara.

Parameswara

Terima kasih.Hamba berasa kenyang pula.Maafkan hamba,hamba tidak mahu makan lagi.

Temagi

Kalau begitu tidak mengapalah.Bendahara,tunjukkan bilik tidur Parameswara.

Pencerita

Parameswara dengan gembira merancangkan sesuatu dengan bendaharanya.Sampai sahaja waktu


malam,Parameswara memulakan rancangannya
Parameswara

Beta mahu kamu mulakan rancangan kita!

Pembantu Parameswara

Baiklah tuanku

Pencerita

Tanpa disedari Temagi,bendaharanya yang sedang mengawal biliknya telah hilang dibunuh oleh
bendahara parameswara.Selepas itu,Parameswara memasuki bilik Temagi dengan perlahan-lahan dan
memancung lehernya.Parameswara membuang mayat Temagi dan bendaharanya di dalam sungai
berdekatan istana itu.Parameswara berusaha menuntut hak pertuanannya untuk menjadi pemerintah
Temasik kerana Temasik pernah menjadi naungannya.Setelah Temagi mati,Parameswara berusah pula
memajukan Temasik supaya kegemilangan kerajaan Srivijaya dapat diwujudkan semula. Pembunuhan
Temagi oleh Parameswara menyebabkan kerajaan Siam ingin menuntut bela dan kerajaan
Majapahit cuba untuk menaklukinya.Untuk mengelakkan serangan daripada kedua-dua
pihak,Parameswara bersama-sama bendaharanya berpindah ke Muar.Selepas itu,Parameswara dan
juga bendaharanya melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.Mereka tiba di sebuah
perkampungan nelayan.Penduduknya terdiri daripada orang Melayu,Orang Laut,dan Orang Asli.Di
sana............

Parameswara

Wah!Beta berpendapat bahawa kedudukan tempat ini amat baik kerana berhampiran dengan laut yang
menjadi laluan kapal dagang.Bekalan air bersih juga mudah diperoleh disini.

Bendahara Parameswara

Selain itu juga,bentuk muka bumi yang berbukit-bakau boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar
memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.Pertahanan dan pelindungan pun sudah ada tuanku.

Parameswara
Betullah.Angin monsun pula tidak akan mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya
terlindung daripada tiupan angin tersebut.Mari kesana untuk berjumpa dengan orang yang tinggal di
sini.

Bendahara Parameswara

Baiklah tuanku.

Parameswara

Kamu.Beta ialah seorang putera raja yang berasal dari Palembang.Mulai hari ini,beta akan mengusai
tempat ini.Beta mahu kamu semua mendengar arahan bendahara beta.Faham!

Orang Asli,Orang Melayu,Orang Laut

Oh(sambil berbisik antara mereka).Baiklah tuanku.

Asal usul nama Melaka

Pencerita

Menurut sejarah melayu,semasa Parameswara sedang berehat di bawah pokok melaka,Parmeswara


telah melihat suatu peristiwa.Peristiwa itu ialah...............

Parameswara

Beta sungguh penat,beta ingin berehat di sini!


Bendahara Parameswara

Baiklah tuanku.

Pencerita
Tiba-tiba,seekor pelanduk berdekatan di kawasan itu telah menendang anjing pemburuannya

Pelanduk

(Pelanduk menendang anjing pemburuan Parameswara)

Parameswara

Wah!Sungguh luar biasa sekali pelanduk itu

Pencerita

Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing.

Parameswara

Apakah nama pokok ini?

Bendahara Parameswara

Pokok melaka tuanku

Parameswara

Oh!Jadi,beta akan mendirikan sebuah kerajaan disini.Beta akan memberi nama tempat ini sebagai
Melaka.

Bendahara Parameswara
Baiklah tuanku

Pencerita

Parameswara memilih tempat tersebut untuk mendirikan kerajaan.Parameswara menamakan tempat


tersebut sempena nama pokok yang beliau rehat tadi.
Skrip Sketsa “DI AMBANG MERDEKA ”
PERJUANGAN BELUM SELESAI
BABAK 1

“Pernaklukan Komunis di bumi malaya mungkin belum bergitu meluas sehingga ke kawasan kg tualang ,
dengan Suasana Tenang Di Kampung selalunya di selang selikan dengan kehijauan flora dan fauna yang
mengindah dengan kicauwan burung-burung berbunyi riang ria di halaman kampung ……..“

Bapak :
Ton oh ton…. Bawakan sedikit minuman sejuk , minta di hidangkan ,
supaya anak Sulung kita pulang dari berkebun ,boleh lah menghilangkan sedikit rasa dahaga ……

Emak :
Baik abang…..
(sambil membawa hidangan minuman yang di minta oleh bapaknya , kemudian Si emak duduk si
sebelah bapaknya dan berborak-borak )

Bapak :
Terima Kasih Ye ton , (sambil minum sedikit air yang di hidang) Ton , ton , abang rasa macam tak sedap
hati lah hari ni.. rasa macam ada sesuatu yang tak baik je belaku hari nie….

Emak :
Apa abang merepek nie , abang nie buat ton memikirkan tentang peristiwa kat umah keluarga abah je ,
jangan lah di pikirkan yang bukan-bukan abang ….

Bapak :
Hurm … yelah mungkin mainan perasaan je rasanya….. mudah-mudahan tiada apa-apa yang belaku…

“Dalam rancak berborak-borak , kepulangan anak sulung yang di tunggu sejak tadi hadir di keheningan
waktu petang yang tenang………”

Sulung :
Assalamualaikum…. Oh Assalamualaikum……. Emak …. Bapak…. Sulung sudah pulang nie….( Sulung
berjalan dari tengah-tengah pentas dan bergerak menuju ke atas pentas )

Bapak & Emak :


Waalaikumsalam…..
( Sambil bapak & emak bangun menyambut kepulangan anak sulung bernama sulung naik ke tangga
rumah )

Sulung :
Bapak , mak tadi semasa pulang dari tempat berkebun , sulung Nampak sekumpulan komunis sedang
memukul anak muda yang berkumpul , mereka takut anak-anak muda mewujudkan kumpulan
menentang Komunis pak ,

Bapak :
Nasib lah kamu tidak terlibat sama , hurm……..(sambil mengeluh)

Emak :
Kenapa abang mengeluh nie , mesti ada sesuatu yang di pikirkan di kepala .

Sulung :
Ha ah , pak kenapa mengeluh nie , kalau ada sesuatu nak di katakana bagitau sahaja lah pak ,

Bapak :
(dengan nada emosi )Bapak nie mengenangkan nasib Negara kita nie , adakah Negara kita ini akan
mendapat kebebasan tanpa di jajah oleh golongan penjajah nie . ya allah bantulah kami ya allah ..
(mengeluh )

(sambil mengenang nasib)

Emak :
Sulung kamu tak Nampak adik kamu ke semasa pulang ke rumah tadi , dari tengah hari tak Nampak
Nampak .

Sulung :
Entah lah mak sulung tak perasan pula , mungkin masih ada di pondok bersama rakan-rakan nya.

Orang Kampung :
Orang kampung lari… lari… lari…. komunis datang lari lari …….

‘orang kampung lari dari arah kanan ke kiri pentas , menandakan kekacauan kerika kedatangan komunis
ke kawasan kampung tualang…..’’

Emak :
Ya Allah , abang komunis dah sampai kampung kita abang , apa nak buat nie
(dalam keadaan cemas)
Bapak :
Dah … dah masuk dalam rumah kunci semua pintu ton , sulung masuk cepat .. masuk…. (dalam keadaan
emosi , mengarahkan ton dan sulung masuk ke dalam rumah, tetapi sulung tertinggal barang di halaman
rumahnya )

“Dalam keadaan haru biru orang kampung berkeliaran lari , keluarga Rahmat hanya mampu
menyorokkan diri di dalam rumah , hanya ALLAH yang mengetahui betapa takutnya mereka dengan
kuasa komunis yang tidak mengenal erti peri kemanusiaan ,komunis datang kerana mencari anak muda
lelaki untuk di pancung kerana komunis menjangkakan anak muda lelaki akan membuat pakatan untuk
menentang komunis , AKHIRNYA………..komunis tiba di kawasan rumah Keluarga Rahmat dalam keadaan
marah dan mencari-cari”

*komunis berkomunikasi dalam pelat melayu – cina….

Ketua Komunis :
Kamu periksa ini rumah , kalau ada orang bawah itu semua orang keluar ,

“setelah di periksa , rahmat dan zaiton di bawa keluar , kecuali sulung kerana menyorok tempat
tersembunyi “

Bapak :
Tolong tuan kami tak ada apa-apa harta tuan , kami miskin tuan …

Emak :
Ya Tuan kami miskin tuan .

Pembantu Ketua Komunis :


Kami datang mahu cari orang muda lelaki ,

Emak & Bapak :


(saling berpandangan) kami tiada anak tuan , kami hanya hidup berdua tuan kami tiada anak tuan .

Pembantu Ketua Komunis :


Betul kamu tiada anak muda lelaki ? kalau kamu bohong kamu akan di pancung kepala kamu tau .

Bapak :
Betul tuan kami tiada anak .

Orang Bawahan Komunis :


(sambil mengambil sesuatu kepunyaan sulung yang menandakan rahmat dan zaiton menipu , sambil
berbisik kepada pembantu komunis)
Pembantu Ketua Komunis :
(Berbisik kepada ketua komunis , tentang pembohongan rahmat dan zaiton berkenaan anak lelaki
mereka iaitu sulung)

Ketua Komunis :
Kamu sangat berani berbohong dengan tentera komunis , kamu sendiri tahu balasan pada mereka yang
berbohong dengan tentera komunis

“ketua komunis mengarahkan orang bawahan nya untuk memancung kepala rahmat dan zaiton , ketika
itu juga sulung hanya memerhatikan peristiwa itu di hadapan matanya dibalik tempat persembunyianya
, dikala itu juga rahmat dan zaiton diperlakukan seperti binatang di sepak terajang tanpa belas kasihan ,
sulung tidak dapat menahan lagi api amarahnya dan sulung bertindak tanpa pikir panjang”

Sulung :
Woi…. (sulung ditangkap oleh orang bawahan komunis)
Anjing komunis jangan kau fikir komunis akan dapat menakluk Malaya ini dengan senang , kami orang-
orang Malaya akan pertahan kan Malaya ke titisan darah yang terakhir sekali pun .. pergi jahaman
dengan kau komunis lahanat ,
Allah Huakbar

Ketua Komunis :
Tangkap orang muda itu , ikat tangan mereka bertiga pancung kepala mereka
Pancung kepala mereka… ha ha ha ha ha….

“diketika itu , rahmat zaiton dan sulung telah di ikat dan akan dipancung ”

Bapak Zaiton :
Allah Huakbar , Allah Huakbar ,

Sulung :
(Sulung menjerit sekuat hati , melihat mak dan bapaknya di pancung tentera komunis)
Makkkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkk . Perjuangan Belum Selesai….

“selepas menjerit ayat perjuangan belum selesai akhirnya sulung di pancung…… kemudian orang-orang
komunis beredar meninggal kan mayat-mayat rahmat zaiton dan sulung…..”

BABAK 2

“Disuatu sudut yang lain kelihatan lima rakan-rakan yang muda belasan tahun , sedang belajar dan
berborak tentang cita-cita pada masa hadapan”
Ejah :
Ajak.. nanti kalau ko dah habis belajar , ko nak keje ape eh….

Ajak :
Aku kalau ditakdirkan panjang umur kan , aku nak kawin dengan anak orang kaya dulu , pastu aku tak
payah keje dok umah je , mesti bapak mertua aku bagi duit punya hahahahaha…

Malik :
Wei ejah … ko Tanya si ajak nie tak ada maknanya , belajar pun malas lagi nak kawin anak orang kaya
puieeee….

Saripah :
Ha ah lah malik betul cakap ko tu aku setuju .. si ajak nie kalau kita Tanya apa-apa bukan nye nak jawab
betul betul nak main-main je kejenye. Panjang umur lah kawin anak orang kaya lah… apa pun tak boleh
lah ko nie jak…..

Samad :
Apa lah korang nie tak baik cakap macam tu pada ajak , dia pun ada hati dan perasaan , setiap orangkan
ada cita-cita masing-masing… biarlah dia nak bercita-cita nak kawin dengan anak orang kaya , kesian dia
tengok muka dia dah berubah dah nak nangis dah ajak nie ….. dah dah ajak ala ala ala majuk pulak dah….
Tapi kan jak bila pikir balik tentang cita-cita ko nie , siapa yerk anak orang kaya malang yang nak
jodohkan anak dia dengan ko yerk…
(sambil menolak samad ketepi sehingga jatuh ke bawah kerusi , dan mereka semua ketawa tanpa
henti…)

Ajak :
Alah samad ko sama je macam dia orang nie… (muka merajuk )

Saripah :
Wei… korang korang … umo kita dah dekat 18 tahun erk …. Dah besooo erk kita semua erk …

Malik :
Ha ah kan … dah beso kan kita semua … sebaya plak tu hahaha…

Ajak :
Samad…. Si leman mana , kan ko selalu dengan dia , hari nie ko tak datang dengan die pulak mad kenapa
?

Samad :
Entahlah jak aku datang rumah dia tadi tapi , mak dia cakap dia tak ada kat rumah , aku pun terus ke sini
, kejap lagi datang lah tu , bersabar yeee, , ,
“Leman terkenal dikalangan rakan-rakan kerana gurauan yang boleh bikin pecah perut tetapi ketika itu ,
Dalam keadaan riuh rendah di sebabkan gelak ketawa lima rakan-rakan tadi tiba-tiba mereka semua
terdiam kerana kedatangan Leman dalam keadaan kalang kabut dan tak tentu arah , semuanya terdiam

Leman :
(Terdengar dari jauh suara leman memanggil samad…)
Samad…. Samad… samad……
(Leman jatuh di hadapan samad)

Malik , Ajak , Ejah & Saripah :


Leman kenapa nie . apa masalah nie . kenapa ketakutan sangat nie … bagi tau lah…

Samad :
Man kenapa nie … bagitau pelahan-pelahan , kami dengar penjelasan kau…

Leman :
(Leman dalam keadaan menangis , ketakutan)
Samad aku nak bagi tau pekara sedih pada kau nie , harap kau bersabar ,

Samad :
(Samad tak senang dengan kenyataan leman)
Kenapa nie man , aku dengar nie bagi tau lah…

Leman :
(Sambil mencekak baju samad)
Mad… bapak kau emak kau abang sulung ko kena pancung dengan komunis mad….

“setelah mendengar kenyataan leman , samad naik marah dan menumbuk leman sehingga leman jatuh
ke tanah semula , dan mereka bergaduh tetapi di asingkan oleh malik ,ajak , saripah , ejah…..”

Samad :
Leman kita kawan dah lama kau jangan nak bergurau gila dengan aku macam nie man , jangan sampai
pekara nie boleh buat kita putus hubungan sahabat man…

Leman :
Mad aku tak akan gurau dengan perkata bodoh macam ni samad … tapi apa aku cakap nie pekara betul
mad … tadi aku nak datang sini aku tegerak nak lalu depan rumah kau , apa yang aku Nampak komunis
sedang menyerang keluarga kau , sampai lah bapak kau emak kau dengan abg sulung kau kena pancung
mad…. Aku terus datang sini nak bagi tau kau mad , kalau ko tak pecaya pergi rumah kau sekarang ..
“Mereka ber enam bergerak kearah rumah samad”

Malik , ajak , Saripah Dan Ejah :


Aku nak ikut jugak….

BABAK 3

“Mereka sampai ke kawasan rumah Samad ,dan …….”

Samad :
Makkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkkkkk , Abangggggggg
(Samad menjerit sekuat hati ,)
Komunis tak guna , kurang ajar , aku bunuh kau komunis sial……
(berlari turun ke tengah pentas , tetapi di tahan oleh leman dan malik)

Malik :
Mad bawah bersabar mad aku pun geram dengan komunis tu tapi kita kena fikir , mampu ke kita nak
menentang komunis ,

“Sedang masing-masing mencari kain-kain untuk menutup jenazah rahmat , zaiton dan sulung ,
kedengaran dari jauh suara komunis datang ke kawasan rumah samad , rupa-rupanya orang-orang
bawahan komunis telah mengintip pergerakan mereka bersahabat dan telah memberitahu kepada
ketua komunis bahawa ramai anak muda berkumpul dan pelu di pancung kepala mereka , dan akhirnya
komunis berada di rumah samad dan mulalah pergaduhan dan peristiwa berdarah ……..”

Samad :
Komunis Lahanat aku bunuh kau

‘’samad menyerang komunis , tetapi di tahan seorang demi seorang rakan-rakan samad di ikat tangan
dan di pancung kepala sehinggalah giliran samad yang terakhir…..’’

Samad :
Perjuangan Belum Selesai Allah Huakbar…… Zasssssss

“PERJUANGAN BELUM SELESAI”

Anda mungkin juga menyukai