Anda di halaman 1dari 35

Bab 12

Tn Ghaffar kotakan apa yang dia cakap!

Dia fikir, Tn Ghaffar hanya main-main. Bertanggungjawab nak kahwin tu, hanyalah usik mengusik.
Malangnya tak!

Bunga Mawar putih, Lily putih, segala jenis bunga putih, elok menghiasi lorong. Walking down the aisle.
Itu yang dia kena buat sekarang ni.

Pagi tadi, Puan Mona paksa dia pakai gaun putih. Dia dah pelik dah. Tapi, katanya sebab ada event.
Semua orang kena pakai.

Memang semua orang pakai putih. Cuma baju dia lebih fancy. Macam baju pengantin. Dia dah utarakan
rasa tak sedap hati tu dekat Mak Eton, tapi Mak Eton bagi alasan untuk event. Kawan-kawan sekerja
semua setuju. Tunjuk muka happy, buat dia percaya.

Tiba-tiba dia teringin Lily ada sekali. Pasal kalau Lily ada sekali, mesti dia dah tahu kenapa semua orang
pakai macam tu. Liur ditelan kesat. Dada dihempas debaran.

Dari jauh, dia nampak si ayah sedang duduk atas kerusi. Berdepan dengan Tn Ghaffar. Di sisi Tn Ghaffar,
berdirinya bodyguard. Kacak memakai tuxedo. Orang gaji perempuan pulak, dress putih.

Majlis kahwin! Event yang Mak Eton maksudkan adalah majlis kahwin dia dengan Tn Ghaffar. Terus Leia
berbisik.

“Kenapa Mak Eton tak cakap ni majlis kahwin?”

“Kalau cakap, mesti Leia melarikan diri. Tuan yang suruh rahsiakan.”

“Dia kena minta izin Leia! Kalau Leia tak nak kahwin, dia tak boleh paksa.”

“Dia boleh paksa selagi wali Leia ada depan mata. Tak nampak dia dah racun ayah Leia? Mesti dah bayar
berpuluh ribu.” Mak Eton juihkan bibirnya. Langkah Leia terpasak ke bumi. Mak Eton tarik, tak bergerak.

“Leia?”

“Leia bakal jadi bini orang? Really, Mak Eton? Dan lelaki tu, Tn Ghaffar?” Bulat matanya. Masih tak
mampu percaya. Berkali kali dia tenyeh mata. Semuanya tetap sama.

Dek kerana dia tak melangkah hatta setapak, tiba-tiba si ayah datang dan heret tangan dia.

“Boleh tak kau jangan nak memain. Aku takde masa nak layan drama terkejut kau ni!” Suara dicelah gigi.
Reman tarik tangan si anak.

“Leia tak nak kahwin, yah.” Geleng kepala.


Reman ketawa sinis. ”Kau tak payah nak acah suci sangatlah! Ni mesti kahwin mendadak macam ni
sebab kau dah mengandung anak luar nikah si jantan tu! Dasar anak tak guna! Tahu memalukan
keluarga je! Cepat, jalan!” Reman paksa si anak melangkah. Bibir senyum, tapi genggaman di tangan
Leia, dia tekan sekuat hati. Melepaskan amarahnya.

Ghaffar perasan bila Leia duduk di kerusi, tangan dia merah dek cengkaman. Gigi diketap kuat, tangan
mengepal penumbuk. Kalau tak fikir majlis kahwin, dia dah tumbuk Reman dekat sini. Saat yang sama,
Fimi turut tepuk bahu dia. Suruh dia bertenang.

“Setelkan apa yang patut dulu. Lepas ni, bolehlah kau nak tibai dia sampai mati pun.” Bisik Fimi
perlahan.

Tn Ghaffar angguk. Tak sampai sejam, Leia sah jadi isteri dia. Sebaik saja majlis kahwin selesai, Tn
Ghaffar terus heret Reman keluar.

Bahu si mentua dia cengkam dan tepuk sekuat hati.

“Terima kasih sudi datang, bapak mentua.” Sinis ayat Tn Ghaffar. Begitu jugak dengan senyumannya.

Reman dah mula ketakutan. Apatah lagi, Tn Ghaffar dekatkan bibir ke telinganya.

“Aku harap kau tak muncul depan aku lagi. Duit yang aku bagi, dah terlebih cukup. Jangan sesekali
ganggu Leia dan minta duit. Kalau aku tahu kau buat macam tu, aku tak teragak-agak nak ambil nyawa
kau.” Mengugut. Bahu Reman ditepuk kuat.

“Now, go!” Mencicit Reman berlari keluar. Sesaat pun tak menoleh ke belakang.

Dia terus tutup kisah si anak!


Bukan setakat dia dikejutkan dengan majlis kahwin koboi. Tapi, bilik dia bertukar lagi.

“Kenapa barang Leia ada dalam bilik ni?”

“Laa.. Leia dah jadi puan besar. Dah jadi bini tuan muda. Mestilah kena stay dalam bilik ni dah.” Bilik
yang menjadi seribu kenangan.

Bilik yang dia selamatkan Tn Ghaffar. Bilik yang dia ken maki bila dia jejak. Dan sekarang, bilik ni menjadi
tempat beradunya.

“Mak Eton..”

“Dah-dah jangan nak meratapi sangat. Benda dah jadi dah. Tak boleh ubah dah. Terima jelah rezeki Leia
memang murah.” Ujar Mak Eton sambil tolak tubuh Leia ke dalam bilik. Paksa duduk di birai katil.
“Malam ni, jaga tuan baik-baik tau.” Usik Mak Eton sambil tekup mulut. Leia ketap bibir geram.

“Mak Eton!”

“Cepat-cepat bagi tuan muda junior.”

“Mak Eton!” Nada suara naik seoktaf. Mak Eton ketawa-ketawa.

“Okaylah. Mak Eton keluar dululah. Jaga tuan elok elok.” Mak Eton ketawa dan terus keluar.

Leia dah ketap bibir. Geram sungguh! Macamlah dia tak tahu apa maksud Mak Eton. Tarik nafas, hela
panjang. Dan-dan dada dihempas debaran. Berpeluh dahi dia. Padahal pasang aircond. Panas semacam.

Kriuk..
Bunyi pintu dibuka. Dia terus terpacak. Berdiri tegak macam askar.

Tn Ghaffar masuk dalam bilik! Masih kacak dalam tuxedo. Bertaut pandang, Leia terus tundukkan
pandangan. Berdiri macam pesalah yang bakal dijatuhkan hukuman.

“Kenapa tak mandi lagi?” Tegur Ghaffar seraya bukak tuxedo.

“Kenapa kena mandi?” Soalan bodoh dia bagi.

Ghaffar dan dia saling berpandangan dengan mata terkebil-kebil.

Ghaffar hairan dengan soalan Leia.


Leia pula dah fikir lain bila si majikan suruh mandi.

“Kau nak tidur macam tu je ke? Dengan badan berbau macam tu? Never! Aku tak suka perempuan
berbau.”

“Saya kena tidur dengan tuan ke?” Dua kali dia ujar soalan bodoh.

Sekilas, Tn Ghaffar mara setapak. Leia undur bertapak-tapak. Tak pasal Tn Ghaffar tarik tangan dia lalu
rentap kasar. Sekelip mata, tubuh mereka bersatu. Jantung berdegup kencang.

Gulp!

Liur ditelan payah. Muka Leia pucat lesi.


“Aku tak suka kau ajukan soalan bodoh tu. Aku tak suka ada sebarang syarat dalam perkahwinan ni. Aku
tak nak dengar sebarang alasan. Hakikat harini, kau dah jadi isteri aku.” Tegas. Si suami tarik ketatkan
pelukan.

Leia rasa sakit di pinggang. Dada penuh dan lemas! Dia tak boleh bernafas.

“Jadi, biasakan diri. Jangan nak acah minta masa. Nak acah tak biasa. Kau isteri aku. Noktah!” Seakan
amaran, Leia membisu tanpa kata.

“Now, pergi mandi. Bersihkan diri dan tidur. Aku kena keluar.”

Ghaffar lepaskan pelukan, cepat-cepat Leia berundur. Curi-curi pandang si suami yang sedang tukar
pakaian. Malam pertama, dia dah kena tinggal? Jadi, apa motif Tn Ghaffar kahwin dengan dia?

Tatkala Tn Ghaffar ingin melangkah keluar, tiba-tiba mulut dia lancang menyoal.
“Kenapa tuan kahwin dengan saya?”

Langkah Ghaffar mati mendadak. Pusing tubuh, wajah cantik Leia dia pandang lama. Bila make up
macam tu, Leia cantik sangat!

Semua orang memuji. Termasuk dia sendiri.

“Sebab aku dah tengok badan kau. Aku kena bertanggungjawab.” Balas Tn Ghaffar selamba seraya
berlalu keluar.

Leia ternganga.

Hanya sebab tu je? What the heck?


Bab 13

Dari maid, jadi bini. What a superb life! 360 darjah hidupnya berubah.

Dari bilik bawah, terus naik ke tingkat atas. Orang gaji, bertukar jadi isteri. Betul betul luck!

Sampai dia rasa kekok. Paling tak boleh terima, bangun pagi dah dihidangkan dengan sixpack yang
berketul. Sedang lena di sebelah dia. Mendadak Leia bangun.

Mata mengantuk, terus hilang. Terbukak luas dengan bibir menjerit.

“Tuan buat apa dekat sini? Kenapa tuan tidur dekat sini?”
Terganggu lena Ghaffar. Perlahan-lahan dia buka mata seraya bingkas duduk. Kepala disandar ke kerusi.
Jelas terdedah six pack dia!

Tn Ghaffar tidur sebelah dia tanpa pakai baju? Really?

“Tuan buat apa dekat sini?!” Soal Leia lagi. Buat seketika, dia lupa dia dah jadi bini orang.

Ghaffar mengerling. Kening terangkat.

“Semalam kepala kau ada terhantuk dekat mana mana ke? Dah hilang ingatan?” Perli.

Leia kemam bibir. Baru dia sedar yang mereka dah sah jadi suami isteri.
“Pagi buta lagi dah memekak.” Merengus. Tn Ghaffar tidur kembali.

Manakala, Leia. Dah bingkas bangun dan terus keluar bilik. Dia mandi dekat bilik Mak Eton. Tak berani
nak ambil risiko. Buatnya Th Ghaffar masuk bilik air. Kan niaya je!

Turun ke dapur, semua berubah. Setiap kali bertaut pandang dengan kawan sekerja, mereka tunduk.
Leia jadi kekok. Bila dia tegur, rakan sekerja asyik panggil dia puan.

Sumpah kekok!

“Dah bangun, puan? Puan nak makan apa?” Mak Eton pun sama naik!

Leia naik geram. Dia ketap gigi.


“Jangan panggil Leia macam tu.”

“Tak boleh. Memang tu panggilan untuk isteri tuan muda.” Mak Eton ketawa kecil.

Sekejap cuma. Tawa dia mati mendadak bila Leia dah singsing lengan baju dan basuh pinggan dekat
sinki. Menjerit Mak Eton. Begitu juga dengan Ipah. Terkejut tengok Leia basuh pinggan.

“Puan Leia.. biar je dekat situ. Saya akan basuh.”

“Tak payah nak mengarut, Ipah. Saya dah biasa buat kerja ni.”

“Jangan, Puan Leia. Tinggal je dekat situ.” Mak Eton turut menghalang. Tarik lengan Leia daripada sinki.
Kepala tergeleng halus.
Saat itu, dia dengar dehaman seseorang. Menoleh ke belakang, Tn Ghaffar berdiri tegak. Di sebelah dia,
Fimi senyum kecil.

“Tuan.” Serentak Ipah dan Mak Eton tunduk hormat.

“Tuan.” Juga Leia. Dia tunduk hormat. Mak Eton dan Ipah saling berpandangan. Fimi ketawa lantang.
Bahu si teman dia tepuk kuat.

“Yang ni lawak! Bini sendiri tunduk hormat.”

Tn Ghaffar simpan geram. Menghampiri Leia, dia heret tangan si bini. Paksa duduk di meja makan.

“You jangan nak memalukan I. Jangan panggil I tuan.”


Angkat wajah. Mata membulat. Jadi, dia kena panggil apa?

“Saya nak panggil apa? Saya dah terbiasa panggil tuan.”

“Apa saja kecuali tuan. Faham?” Merenung. Leia angguk faham.

Mendongak pandang Mak Eton, dia senyum kelat. Pelik pula bila orang hidangkan makanan untuk dia.
Sebelum ni, dia yang hidangkan makanan untuk orang.

“Boleh ke kalau saya nak buat kerja rumah. Saya tak biasa macam ni.” Dan-dan Leia buat permintaan.

Mak Eton dah terkejut. Fimi macam biasalah. Ketawa lantang. Puan Mona pun sama. Terkejut dengan
permintaan si gadis.
“No!”

“Saya tak biasa.”

“Aku dah pesan, kan? Biasakan diri.” Noktah. Tiada kompromi. Tn Ghaffar tutup kes.

Leia tak berani melawan.

“Makan.” Arahan.

Dia tunduk dan suap makanan sedikit demi sedikit. Hilang selera. Masih lagi kekok. Tiba tiba saja status
dia bertukar.
Dari maid, jadi puan besar. Mahu dia tak kekok? Mengejut pulak tu. Bangun tidur eh tiba-tiba jadi bini
orang.

Bila dia pertikaikan benda ni, simple je jawapan Tn Ghaffar.

“Aku dah beli kau. Kau hak aku.”

“Aku dah tengok semuanya. Aku akan bertanggungjawab.”

Tak sedar, bibir mengeluh kecil. Semua orang pandang dia.

“Tak sedap ke makanan tu?” Suara Tn Ghaffar bergema. Leia terus angkat wajah.

Baru dia sedar yang mereka masih di meja makan.


“Tak. Sedap je. Sedap.” Senyum kelat. Dia sumbat semua makanan dalam mulut.

Nak muntah, tapi dia tahan. Kang kalau cakap tak sedap, ada yang kena pecat nanti.

Bab 14

“Leia tak biasa, Mak Eton.”

Leia mengadu lagi setiap kali dia bersama Mak Eton. Sejujurnya, dia banyak luang masa dengan Mak
Eton berbanding suami sendiri. Pasal Tn Ghaffar tu sibuk memanjang.

Kadang, dia tak faham kenapa Ghaffar kahwin dengan dia. Untuk apa? Sejak jadi bini Ghaffar, dia rasa
macam terkurung. Tak bebas masa dia jadi maid dulu.
Hampir dua bulan jadi bini Ghaffar, dia masih kekok. Tapi, Ghaffar tak. Lebih manis dan romantik.

“Apa yang tak biasanya? Mak Eton tengok elok je dia layan kamu. Sayang sungguh dia dengan kamu.”

Tu bukan sayang. Tu gatal. Luah Leia dalam hati. Ya, tak nafikan memang Tn Ghaffar layan dia dengan
elok. Tapi, masih lagi kekok.

“Cuba kamu bagi peluang dekat dia. Cuba buka hati tu. Jangan keras sangat. Kita ni, dah jadi bini orang.
Jangan nak bawak sikap degil tu dalam perkahwinan. Tak ke mana nanti hubungan tu.”

Hambik kau! Bila orang tua nasihat, terus makan dalam.

“Bukan tak nak buka hati. Tapi..”


“Dia crush kamu, kan? Sepatutnya kamu bersyukurlah akhirnya dapat kahwin dengan crush. Jarang-
jarang orang dapat kahwin dengan crush.”

Terbeliak biji mata Leia. Macam mana Mak Eton tahu pasal tu? Rasanya dia cuma cakap dekat Tn
Ghaffar je. Itupun sekadar mengusik. Bukan betul pun.

“Macam mana Mak Eton tahu?”

“Tuan tanya Fimi apa maksud ‘crush’. Kebetulan Mak Eton ada dekat situ. So, Mak Eton tahulah.”

Menyerbu darah naik ke wajah. Pipi berubah rona. Hangat terasa.

“Dia tanya Fimi? Apa jawapan Fimi?” Kalut dia menyoal. Mak Eton ketawa kecil. Geli hati bila tengok
Fimi menyakat Tn Ghaffar.
“Apa lagi? Menyakat tak habislah. Muka tuan masa tu, macam udang kena bakar. Si Fimi pulak, tak
habis-habis menyakat.” Ketawa Mak Eton lagi.

Tiba-tiba dia teringin nak tengok reaksi Tn Ghaffar masa tu.

Sekilas Mak Eton berhenti ketawa, jemarinya digenggam erat. Wajah berubah serius. Keadaan kembali
sepi.

“Jaga tuan baik-baik. Dia perlukan Leia.”

Dahi Leia berkerut.


“Mak Eton dapat rasakan yang tuan memang sayangkan Leia. Mak Eton jaga dia sejak kecil, jadi Mak
Eton tahu. Sejak arwah tunang dia takde, dia tak pernah ambil port pasal perempuan. Tak pernah fikir
pasal sesiapa terutamanya perempuan.” Jeda. Lengan dia diusap.

“Sejak dia bawa Leia pulang ke rumah, Mak Eton dapat agak dah. Ada sesuatu yang istimewa tentang
Leia sehingga tuan bawa Leia balik ke rumah. Dia tak pernah kisah pasal sesiapa. Hati dia kering. Nak
kena jual ke, jadi pelacur ke, dia tak pernah ambil kisah. Melainkan perempuan tu, perempuan yang dia
suka. Mak Eton tahu, dia dah lama sukakan Leia. Tapi, hati sukar nak mengaku. Tuan menderita sejak
kecil. Dia tiada sesiapa sejak kecil. Hanya Fimi dan arwah tunangnya saja. Mereka membesar bersama.
Jadi, buka hati Leia. Layan dia selayaknya suami. Itu syurga Leia.”

Leia kelu membisu. Tiada bicara mampu dia luahkan. Saat ini, dia terkedu dan tergamam. Tak sangka
yang Mak Eton akan pecahkan rahsia Tn Ghaffar.

“Kalau tak percaya, cuba tengok cara dia layan Leia. Lain daripada yang lain. Dan sekarang, dia betul-
betul ambil berat pasal Leia. Buka hati Leia dan cipta bahagia dengan Ghaffar. Suka atau tak, korang dah
jadi suami isteri. Ikatan hingga ke akhirnya.”

Bibir dikemam. Leia hela nafas perlahan. Tubuhnya dipeluk erat. Leia turut membalas. Saat ini, hati dia
rasa lega.
Tak tahu lega kenapa.

“Jaga hubungan ni elok-elok. Jangan cipta tembok yang tak seharusnya ada.”

Dalam maksud Mak Eton. Dan dia memahami. Tarik nafas, dia hela perlahan.

“Insha Allah, Mak Eton. Leia akan cuba.” Janji dia. Bibir mengulum senyuman. Pelukan dikemaskan.

Bab 15

Disebabkan nasihat Mak Etonlah, dia mula ubah layanan dia pada Tn Ghaffar. Tiada lagi gap antara
mereka. Dia buang segala status maid dan tuan majikan.
Yang ada sekarang, hanyalah suami dan isteri. Akan dia jadikan Tn Ghaffar tu suami yang dia perlukan.
Bersama nekad itu, Leia buat kerja gila harini.

Dia pakai baju cantik dan seksi. Takdelah seksi sangat. Tapi, menawan. Baju yang dia tak pernah pakai
selama dia tinggal dekat sini.

Baju tu pulak, dia minta dari Puan Mona. Nasib baik Puan Mona bekerjasama. Sejak dia jadi puan besar,
hubungan dia dengan Puan Mona semakin elok.

Bukan sebab bodek. Tapi, sebab hormat. Puan Mona hormat dia selayaknya tanpa mengungkit asal usul
dia. Puas hati dengan penampilan sendiri, Leia keluar dari bilik.

Bertembung dengan Ipah, si budak tu ternganga.

“Ya Allah, cantiknya puan!” Puji Ipah lantang.


Leia ketawa kecil. Cantik ke? Dia cuma pakai dress hitam. Belah sampai paha. Rambut dia kenakan gaya
wavy. Dan make up sikit. Rasanya, simple sangat dah gaya dia.

“Cantik ke macam ni?”

“Superb!” Ipah angkat ibu jari.

“Mantap!” Mak Eton bagi dua ibu jari. Kebetulan mereka baru saja kemas bahagian atas.

“Sekarang, barulah nampak macam puan besar.” Puan Mona turut memuji. Mereka sama-sama ketawa.

“Tuan ada dekat bilik bacaan. Meeting biasa dengan anak anak buahnya. Meeting yang boleh diganggu.”
Helmi turut mencelah. Angkat ibu jari tengok si majikan.
Mereka semua ketawa. Bagi semangat dekat Leia pergi mengorat Tn Ghaffar. Buat seketika, hilang rasa
nervous. Dia jadi lebih bersemangat.

“Konfirm Leia takkan kena jerkah?”

“Confirm! Jangan risau kena jerkah. Risau pasal kena ngap. Silap haribulan, jadi santapan Tn Ghaffar.”
Puan Mona membalas.

Mereka tunjuk muka tergamam. Kemudian, ketawa lantang. Pasal tak sangka yang Puan Mona tu pandai
melawak. Ingatkan serius je memanjang.

Usai ketawa, Leia tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. Berkira-kira nak turun ke bawah.
Tangan menggosok dada. Dia tenangkan diri.

“Goodluck!”
Semua orang bagi semangat. Dia angguk perlahan. Langkah kaki di atur ke bawah, dengan bacaan
Bismillah. Semakin menghampiri bilik bacaan, semakin dada dihempas debaran.

Berdiri di muka pintu, sekali lagi dia tarik nafas dalam-dalam dan hembus panjang. Gosok dada sekali.
Dia mula pegang tombol pintu. Pejam mata, tenangkan diri. Dia pulas perlahan-lahan dan buka pintu.

Tak semena, semua orang pandang dia bila pintu terbuka. Rahang Leia jatuh ke bawah. Begitu jugak
dengan semua orang.

Bapak ramai! Helmi tak cakap pun ramai orang dalam ni. Dia kata mesyuarat biasa. Kalau mesyuarat
biasa, mestilah tak ramai orang.

“Errr, saya menganggu ke?”

Pra! Prap! Paa!


Semua orang kalut simpan senjata. Terkejut tengok dia. Kemudian, bagi senyuman kelat dekat dia.

“Wow!” Salah seorang anak buah Ghaffar terlepas cakap. Pandang dia dengan mata bersinar.

Dan-dan si lelaki kena pegang oleh kawan sekerja dan diheret keluar.

Leia senyum kelat. Rambut dia selak dan letak tepi telinga.

“Puan..”

Setiap kali berselisih, mereka tunduk hormat. Tiba-tiba dia rasa nak keluar semula.
Ghaffar, sedari tadi jadi pemerhati. Terkejut dengan penampilan Leia. Dan terkejut lagi dengan
kemunculan Leia secara tiba-tiba.

“Have fun!” Fimi tepuk bahu si teman. Orang terakhir yang keluar bilik lalu dia kunci.

Lalu, hanya tinggal mereka berdua sahaja! Suasana kembali sepi. Hangat dan serba tak kena.

“Yes?” Tn Ghaffar menyoal. Tubuh bersandar santai di kerusi. Renungan tepat ke susuk tubuh Leia. Gaun
hitam belah sampai paha.

Seksi! Pertama kali dia tengok Leia berdandan macam ni.

“Sorry. Saya tak tahu awak ada meeting. Saya ingatkan awak alone.” Dia mulakan bicara.
“Ada apa?” Tn Ghaffar terus menyoal.

Dia jadi serba tak kena. Nampak macam Tn Ghaffar tak suka je dia terjah macam ni.

“Err, takde apa. Sorry ganggu awak.” Pusing tubuh.

Abort mission! Abort! Abort!

Mood Tn Ghaffar tak berapa elok. Baru saja dia nak melangkah, dan-dan tubuhnya ditarik lalu dipeluk
daripada belakang.

“Ada apa? Hmmm?”


Kaku! Mata terbeliak. Lidah jadi kelu.

“Kau nak aku ke?” Takde konar-konar. Tn Ghaffar terus tembak ke main point.

“Awak nak saya tak?” Dan tak sangka, Leia turut menembak tepat pada sasaran.

Dia tak sangka yang dia akan tanya soalan macam tu! Nak undur balik, dah terlepas bicara.

“Kau ada tersalah makan ubat ke?” Usik Tn Ghaffar. Yelah! Tiba-tiba je. Sedangkan selama ini, Leia selalu
saja mengelak.

Eh, harini datang serah diri.


“Takde.”

“Then, why? Sedangkan selama ni kau kemain payah. Banyak mengelak dan banyak bagi alasan.”

“Sebab awak crush saya. Kan saya dah cakap.”

Tn Ghaffar terdiam. Pisahkan pelukan, dia tarik tubuh Leia supaya menghadapnya. Dagu dipaut, mata
saling bertentang.

“Kau serius?”

“About what?”

“Kau nak serahkan diri kau dekat aku?”


“I’m already yours.” Bisik Leia perlahan. Mata sengaja dia pejam. Bagi hint dekat Tn Ghaffar yang dia
boleh buat apa saja.

“Jangan pejam mata macam tu. Kau buat aku rasa lain. Rasa lapar nak makan ‘sesuatu.’”

Come and eat me. Itu yang dia nak balas. Tapi, macam pelik sangat ayat tu. Tak berapa sopan.

“Saya akan cuba jadi isteri yang sebenar-benar isteri. Dan untuk itu, saya kena biasakan diri dengan
sentuhan awak.” Ayat yang paling sopan dia rasakan.

“Kau tak menyesal jadi isteri aku?”

Geleng.

“Confirm kau nak hidup dengan aku?”

“Status seorang isteri, lebih baik dari status seorang pelacur. Dan lebih baik dari seorang maid. Terima
kasih untuk status seorang isteri. Terlalu tinggi darjat yang awak berikan.”

Tn Ghaffar tergamam. Hilang bicara dia. Apatah lagi, jemari Leia sudah naik mengusap wajahnya.

“Terima kasih untuk semuanya yang awak buat untuk saya. Terima kasih selamatkan saya daripada
seorang ayah yang tak guna. Selamatkan maruah saya dari diratah oleh semua lelaki. Thank you for
everything. I really meant that.”

Sejujurnya, dia memang bersyukur. Cuma, lambat sikit dia nak ucap.

“Saya bukanlah perempuan yang sesuai untuk awak. Status kita, bagai langit dan bumi. Namun, saya
akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak.”

Leia jengketkan kaki. Dia cium pipi Tn Ghaffar. Buat pertama kalinya mereka bersentuh macam tu. Dua
dua kejung.

Dia yang buat, dia yang kejung.

“Kalau awak perlukan masa, okay. Saya takkan paksa.” Sekali lagi Leia cuba larikan diri.

Malangnya, tak berjaya. Sekelip mata tubuhnya melayang ke udara. Tn Ghaffar dukung dan bawa keluar
ke bilik study.

Semedang Leia sembunyikan muka di dada bidang Tn Ghaffar. Pasal semua orang bersorak tengok
mereka. Malu tak usah cakaplah!
“Cepat sikit naik atas,” arah Leia.

Ghaffar ketawa penuh makna.

“Dah tak sabar ke?” Mengusik. Dada jadi habuan tamparan Leia.

Menjeling manja. Tn Ghaffar ketawa besar. Pintu bilik ditendang, dia melangkah masuk dan tendang
sekali lagi.

Terkunci.

Tubuh mereka rebah ke atas katil. Dan semuanya bermula dari sebuah ciuman.

Epiloh

Dia bangun tidur, Tn Ghaffar tarik tidur semula. Dia buat kerja, Tn Ghaffar tarik masuk bilik.

Dia petik bunga mawar dekat taman, Tn Ghaffar tarik masuk rumah hijau.

Boleh katakan, setiap masa dia kena tarik. Tarik menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Boleh tahan
miang si Mafia ni.

Dulu, beku macam ais.

Sekarang, cair macam jelly.

“Awak tak bosan ke asyik tarik saya masuk bilik?”

“Benda macam ni, mana pernah orang bosan. Siapa yang bosan bermanja dengan bini?” Mata dikenyit.
Dia pakai semula baju.

“Tu nak ke mana tu?”

“Balik ofis. Aku ada meeting.”

Dahi Leia berkerut. Dia ingatkan dah habis kerja. Dah hairan dah kenapa si suami balik awal.

“Habis tu, awak balik untuk apa? Ingatkan dah habis kerja.”

“Aku rindukan kau.” Sebaris ayat yang mampu buat lidahnya kejung

Leia terkaku seribu bahasa. Sehinggalah Tn Ghaffar datang peluk dia. Labuhkan ciuman di dahinya.

“I miss you too much!” Si suami langsung tak malu nak mengaku.
Walaupun nampak ego dan gagah. Hakikatnya, Tn Ghaffar seorang yang sangat manja!

“Balik cepat sikit. I miss you double triple.” Leia turut meluahkan apa yang dia rasa. Berjengket, pipi
encik suami dia cium lama.

Pelukan dikemaskan. Bertaut pandang, mereka saling berbalas renungan. Ciuman berlabuh lagi.

“Tunggu aku balik,” pesan Tn Ghaffar.

Leia angguk laju. Senyum lebar.

“I’ll waiting for my man.” Sengih manja. Leia geselkan wajah ke leher encik suami.

Cara dia setiap kali nak bermanja. Namun, Tn Ghaffar tak tahan.

“Tak boleh jadi ni!” Dia seluk kocek seluar. Dia call seseorang.

Panggilan bersahut, suara melantun tegas.

“Fimi.. cancel all meeting today. Aku ada emergency case.”

Klik! Dia tutup telefon seraya matikan. Bulat mata Leia.

“Awak kata awak ada meeting?”

“Meeting dengan kau lagi penting.” Tn Ghaffar dukung cik isteri.

Serentak Leia menjerit halus. Tangan naik membelit leher di suami. Mereka ketawa bahagia.

Seakan, dunia ini hanya mereka yang punya. Tubuh rebah ke tilam, nafas mula tak sekata. Tn Ghaffar,
mahupun Leia. Masing-masing dihambat rasa tak keruan.

“You are mine. Only mine.” Ujar Tn Ghaffar.

“You are my man. My brave man.” Balas Leia kembali. Bibir encik suami, dia ragut tanpa segan silu.

Mulai harini, dia akan mencintai Tn Ghaffar hingga ke akhir hayatnya. Tiada sesiapa mampu menyakiti
lelakinya lagi.

Tiada derita yang akan singgah dalam hidup Tn Ghaffar. Dia akan jadi wanita terbaik untuk Tn Ghaffar.

Itu janjinya!

Melindungi, membahagiakan dan menyenangkan hati seorang suami. Itu prinsip dia mula hari ini.

Semoga, bahagia milik mereka. Noktah!

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai