Anda di halaman 1dari 44

SIDANGKALAM

1
SIDANGKALAM

TAUHID HARGA MATI,


TIADA KOMPROMI
MEMBONGKAR KEBATILAN IBRAHIM BIN MASRAN DALAM
MENTAFSIRKAN SURAH AL-IKHLAS

PASUKAN PENYELIDIK SIDANG KALAM

2
SIDANGKALAM

Segala pujian hanya untuk Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.

Ucapan selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W pada


setiap kali nama Baginda disebut.

3
SIDANGKALAM

Penyelewengan golongan penganut dan simpatisan Wujudiyah Batiniyah


telah sampai ke satu tahap baru yang amat mendukacitakan. Semata-mata ingin
membela kebatilan-kebatilan yang dilakukan oleh beberapa tokoh Wujudiyah
Batiniyah seperti Ibn ‘Arabi dan al-Jili, mereka sanggup menelangkupkan asas-
asas agama hingga ke tahap menukar makna Wahyu Allah yang serba-serbi
suci dan sahih.

Jika sebelum ini kita menyaksikan kebobrokan mereka dalam bermanhaj,


seperti:

• Mengiktiraf tokoh-tokoh Wujudiyah Batiniyah seperti Ibn ‘Arabi dan al-


Jili sebagai WALI, namun memfatwakan bahawa buku-buku karangan
“wali” ini haram dibaca kerana boleh menyesatkan

• Mengambil sikap “Buang Akal” dan membodohkan diri sendiri apabila


diberikan bukti mengenai unsur-unsur kufur yang dituturkan oleh “wali”
mereka sendiri, tidak mahu membaca, berfikir, analisa, dan mengkaji
semula

• Menunggang konsep “Adab” untuk mendiamkan sebarang usaha


perbincangan ilmiah yang terbuka mengenai kesesatan yang dikenal
pasti dilakukan oleh “wali” mereka

• Meletakkan status “wali” sebagai dalil berhujah, padahal ia hanyalah


sangkaan yang tidak bersifat ilmiah, sedangkan konsep “Hujah Wali” ini

4
SIDANGKALAM

tidak pernah disebut dalam mana-mana kitab Usul Fiqh dan Aqidah oleh
Ahli Sunnah wal Jama’ah

Anda tidak akan menemukan konsep-konsep di atas apabila menelusuri


perbincangan para Ahli Fiqh, Ahli Hadith, Ahli Tafsir, Ahli Lughah, Ahli
Tarikh dan sebagainya. Sebaliknya anda hanya akan menemuinya apabila
melibatkan tentang Wujudiah Batiniyah yang sesat itu. Ini saja sudah cukup
menunjukkan betapa mereka ini kelompok syadz yang terpisah daripada
majoriti umat.

Namun kali ini mereka telah tiba di Maqam Biadap-Bebal-Butahati apabila


tergamak menyelewengkan makna sebuah surah al-Quran yang menjadi
kecintaan istimewa seluruh muslimin: Surah al-Ikhlas. Ya, surah Qul
Huwallahu Ahad. Surah al-Ikhlas diturunkan di Mekah dan mengandungi
hanya 4 ayat yang ringkas dan padat, menjadikannya salah satu surah popular
yang dekat di hati umat Islam tanpa mengira umur.

ٌ‫الله ُ أَ حَد‬
َّ َ ‫قُلْ ه ُو‬
َّ ُ ‫الله‬
ُ ‫الصمَد‬ َّ
ْ‫ل َ ْم يلَِدْ و َل َ ْم يُولَد‬
ُ ُ ‫و َل َ ْم يَكُنْ لَه‬
ٌ‫كف ُو ًا أَ حَد‬

1. Katakanlah bahawa Allah itu Maha Esa.


2. Allah jua tumpuan segala hajat.
3. Dia tidak beranak, dan tidak diperanakkan.
4. Tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.

5
SIDANGKALAM

Demikian Surah Tauhid yang bersih suci daripada segala keraguan. Demikian
Paksi Aqidah dalam bentuk wahyu yang kekal terpelihara hingga akhir zaman.
Semua yang mengaku Islam akan dapat memahaminya tanpa mengira
perbezaan umur, bangsa, dan mazhab. Ia merupakan pengisytiharan rasmi
daripada Allah mengenai Keesaan, Ketunggalan dan Kesempurnaan Zat-Nya
sendiri.

Namun kelompok gila yang menganut Wahdatul Wujud itu sebaliknya


berpendapat surah itu hanya membicarakan tentang Allah pada Zahir sahaja
kerana secara Batin surah tersebut sebenarnya menceritakan tentang Nabi
Muhammad! Ini semua dapat didengari dengan jelas apabila tularnya video
seorang individu bernama Rohimuddin al-Banteni yang tanpa segan silu dan
berlapik-lapik lagi menafsirkan ayat Qul Huwallahu Ahad sebagai Katakanlah
bahawa MUHAMMAD itu Allah yang Esa!

Tanpa sedikitpun sifat taqwa dan khashyah, kata ganti nama (dhamir) Huwa itu
yang jelas ditujukan kepada Allah, dipalingkan dan diselewengkan oleh
Rohimuddin menjadi Nabi Muhammad. Tidak cukup dengan itu, beliau turut
menafsirkan dhamir Huwa itu juga sebagai Insan Kamil (Insan Sempurna), dan
taraf Insan Kamil ini boleh dicapai oleh semua manusia, cuma Nabi
Muhammad disebut kerana beliaulah Insan Kamil yang paling “kamil”.

Rujuk pautan di bawah untuk semakan:


https://www.facebook.com/abuanis.ibntolib/videos/1006976869753323/

Bagaimanakah seorang muslim yang sempurna akalnya boleh menuturkan


kata-kata kufur sedemikian? Munasabahkan seorang mu’min terlalu buta

6
SIDANGKALAM

hatinya hingga ayat yang amat jelas seperti “Katakanlah bahawa Allah itu Esa”
difahami sebagai “Katakanlah bahawa Muhammad itu Allah yang Esa”??

Sedangkan sepakat seluruh ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah bahawa Huwa di
situ hanya merujuk kepada Allah tuhan semesta alam.
Apabila video Rohimuddin itu tersebar dan mendapat kecaman hebat, muncul
pula seorang individu bernama Ustaz Ibrahim bin Masran untuk mempertahan
tafsiran yang amat batil dan keji ini. Ustaz Ibrahim bin Masran telah menulis
panjang mengenai kesahihan dan keabsahan tafsiran Huwa sebagai
Muhammad, namun didapati karangan 7 siri itu tidaklah membawakan apa-apa
dalil konkrit dan nukilan berwibawa yang menyokong teori Huwa Muhammad
tersebut.

Sebaliknya pembaca akan keletihan kerana disajikan dengan:

1. Nukilan kabur yang bercampur baur


2. Ungkapan-ungkapan Arab yang mengada-ngada
3. Isu-isu tempelan yang tidak ada kena mengena
4. Kesimpulan-kesimpulan yang pelik dan bercanggah dengan prinsip asas
ilmu-ilmu Islam.

Rujuk pautan di bawah untuk semakan:


https://www.facebook.com/pondok.ledang.5/posts/1799418860233179

Kesudahannya, Ustaz Ibrahim bin Masran menafsirkan surah al-Ikhlas dengan:

1. Katakanlah bahawa Muhammad itu Esa


2. Muhammadlah tumpuan segala hajat.

7
SIDANGKALAM

3. Muhammad tidak melahirkan, dan tidak dilahirkan


4. Tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Muhammad.

Wallahul Musta’an. Moga kita terhindar daripada buhtan dan kufran.

Bahkan ada beberapa syubhat yang cuba ditampilkan sebagai dasar dan
sokongan terhadap konsep Huwa Muhammad yang batil itu, dan semuanya
akan dijawab satu persatu, dengan taufiq Allah.

Insya Allah para pembaca akan lihat betapa rapuhnya sandaran yang mereka
gunakan. Sebelum kita menyelam ke lautan syubhat dan syatahat tersebut, di
sini dibentangkan dahulu beberapa fakta asas sebagai latarbelakang dan tiang
penyangga mengenai tafsir Surah al-Ikhlas dalam kalangan ahli tafsir zaman-
berzaman.

--

Fakta 1: Surah Al-Ikhlas Merupakan Surah Tauhid, Berdasarkan Asbab


Nuzul.

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Surah al-Ikhlas merupakan salah satu surah
lazim yang amat dekat di hati seluruh muslimin. Dari awal hingga akhir, surah
tersebut menerangkan sifat-sifat Allah terutamanya sifat
Keesaan/Ketunggalan-Nya yang bersifat mutlak.

Seperti yang diriwayatkan oleh para ahli hadith dan ahli tafsir, turunnya Surah
al-Ikhlas sebagai jawapan kepada orang kafir yang bertanya kepada Rasulullah
mengenai sifat Allah ‘azza wajalla. Jika Surah al-Ikhlas itu juga menerangkan

8
SIDANGKALAM

sifat Nabi, maka lebih mudah dan tepat jika Baginda menjawab pertanyaan
“Bagaimana sifat tuhan engkau?” itu dengan sekadar berkata,

“Dia seperti aku,” atau “Lihatlah aku,” atau “Akulah majla / mazhar-Nya.”
Bukankah lebih mudah difahami orang-orang kafir tersebut?
Namun rekod para ilmuan hadith dan tafsir menafikannya. Ternyata Allah
mewahyukan kepada Baginda agar membacakan Surah al-Ikhlas sebagai
jawapan kepada soalan “Bagaimana sifat tuhan engkau?”.

--

Fakta 2: Tafsiran Huwa Sebagai Muhammad Menyalahi Ijma’ Dan Tidak


Pernah Wujud Dalam Mana-Mana Kitab Tafsir

Tidak ada satu pun ahli tafsir yang menafsirkan Huwa dalam surah al-Ikhlas
sebagai Nabi Muhammad baik sebelum kelahiran al-Jili ataupun selepas
kematiannya. Selepas melakukan semakan, didapati tafsir Huwa Muhammad
ini ternyata tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab tafsir muktabar seperti:

1. Ma’ani al-Quran oleh al-Farra’ (wafat 207 H)


2. Majaz al-Quran oleh Abu ‘Ubaidah at-Tamimi (wafat 210 H)
3. Tafsir al-Quran al-‘Aziz oleh ‘Abd ar-Razzaq as-San’ani (wafat 211 H)
4. Ma’ani al-Quran oleh al-Akhfasy al-Awsat (wafat 215 H)
5. Tafsir Sa’id bin Mansur dalam as-Sunan (wafat 226 H)
6. Tafsir al-Quran al-‘Azhim oleh Sahl at-Tustari ( wafat 283 H)
7. Tafsir al-Kitab al-‘Aziz oleh Hud al-Harawi (wafat 290 H)
8. Jami’ al-Bayan oleh Ibn Jarir at-Tabari (wafat 310 H)
9. Ma’ani al-Quran oleh az-Zajjaj (wafat 311 H)

9
SIDANGKALAM

10. Tafsir al-Quran al-‘Azhim oleh Ibn Abi Hatim (wafat 327 H)
11. Nukat al-Quran oleh al-Qassab (wafat 360 H)
12. Tafsir al-Quran al-‘Azhim oleh Ibn Abi Zamanain (wafat 399 H)
13. An-Nukat wa al-‘Uyun karya al-Mawardi (wafat 450 H)
14. Al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz oleh al-Wahidi (wafat 468 H)
15. Al-Wasat fi Tafsir al-Quran oleh al-Wahidi (wafat 468 H)
16. Al-Basit oleh al-Wahidi (wafat 468 H)
17. Darj ad-Durar oleh al-Jurjani (wafat 471 H)
18. Tafsir al-Quran oleh Abu al-Muzhaffar a-Sam’ani (wafat 489 H)
19. Ahkam al-Quran oleh Ilkiya al-Harrasi (wafat 504 H)
20. Ma’lim at-Tanzil oleh al-Baghawi (wafat 516 H)
21. Ghara’ib at-Tafsir wa ‘Aja’ib at-Ta’wil oleh al-Kirmani (wafat 535 H)
22. Al-Kasysyaf oleh az-Zamakhsyari (wafat 538 H)
23. Ahkam al-Quran oleh al-Qadhi Ibn al-‘Arabi (wafat 543 H)
24. Al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz oleh Ibn ‘Atiyyah al-
Andalusi (wafat 546 H)
25. Ijaz al-Bayan ‘an Ma’ani al-Quran oleh Najm ad-Din an-Naisaburi (wafat
555 H)
26. Zad al-Masir fi ‘Ilm at-Tafsir oleh Ibn al-Jauzi (wafat 597 H)
27. At-Tafsir al-Kabir oleh Fakhr ad-Din ar-Razi (wafat 606 H)
28. Tafsir al-Quran al-‘Azhim oleh as-Sakhawi (wafat 643 H)
29. Al-Jami’ li Ahkam al-Quran oleh al-Qurtubi (wafat 671 H)
30. Anwar at-Tanzil wa Asrar at-Ta’wil oleh al-Baidhawi (wafat 691 H)
31. Madarik at-Tanzil wa Haqa’iq at-Ta’wil oleh an-Nasafi (wafat 710 H)
32. Lubab at-Ta’wil oleh al-Khazin (wafat 725 H)
33. Ghara’ib al-Quran wa Ragha’ib al-Furqan oleh Nizham ad-Din an-
Naisaburi (wafat 728 H)
34. At-Tashil li ‘Ulum at-Tanzil oleh Ibn Juzay (wafat 741 H)

10
SIDANGKALAM

35. Futuh al-Ghaib oleh at-Tibi (wafat 743 H)


36. Al-Bahr al-Muhit oleh Abu Hayyan al-Andalusi (wafat 745 H)
37. Ad-Durr al-Masun oleh al-Halabi (wafat 756 H)
38. Tafsir al-Quran al-‘Azhim oleh Ibn Kathir (774 H)
39. Al-Mu’tamad fi al-Manqul oleh al-Qasyi (wafat 776 H)
40. Tafsir Ibn ‘Arafah (wafat 827 H)
41. Tabsir ar-Rahman oleh al-Mahayimi (wafat 835 H)
42. Al-Jawahir al-Hisan oleh ath-Tha’alibi (wafat 875 H)
43. Nazhm ad-Durar oleh al-Biqa’i (wafat 885 H)
44. Ghayah al-Amani oleh al-Kurani (wafat 893 H)
45. Jami’al-Bayan oleh al-Iji (wafat 905 H)
46. Ad-Durr al-Manthur oleh as-Suyuti (wafat 911 H)
47. Al-Iklil oleh as-Suyuti (wafat 911 H)
48. Tafsir al-Jalalain oleh al-Mahalli (wafat 864 H) dan as-Suyuti (wafat 911
H)
49. Irsyad al-‘Aql as-Salim oleh Abu as-Su’ud al-Hanafi (wafat 950)
50. As-Siraj al-Munir oleh asy-Syarbini (wafat 974 H)
51. Muntaha al-Maram oleh Muhammad bin al-Hasan bin al-Qasim (wafat
1067 H)
52. ‘Inayah al-Qadhi oleh Ahmad al-Khafaji (Hasyiyah asy-Syihab, wafat 1069
H)
53. Ruh al-Bayan oleh Isma’il Haqqi (wafat 1173 H)
54. Tafsir am-Mazhari (wafat 1225 H)
55. Fath al-Qadir oleh asy-Syaukani (wafat 1255 H)
56. Mahasin at-Ta’wil oleh al-Qasimi (wafat 1332 H)
57. Tafsir al-Manar oleh Rasyid Ridha (wafat 1350 H)
58. Tafsir al-Maraghi (wafat 1371 H)
59. Taisir al-Karim ar-Rahman oleh as-Sa’di (wafat 1376 H)

11
SIDANGKALAM

60. At-Tahrir wa at-Tanwir oleh Ibn ‘Asyur 9wafat 1393 H)


61. Adhwa’ al-Bayan oleh Muhammad al-Amin asy-Syinqiti (wafat 1393 H)
62. Tafsir asy-Sya’rawi (wafat 1420 H)
63. Ma’arij at-Tafakkur oleh ‘Abd ar-Rahman Habannakah (wafat 1425 H)
64. At-Tafsir al-Munir oleh Wahbah az-Zuhaili (wafat 1436 H)
65. Safwat at-Tafasir oleh Muhammad ‘Ali as-Sabuni

Terang-benderang, para mufassir sejak kurun ke-2 Hijriyah hingga kurun


terkini: 15 Hijriyah, tidak pernah menafsirkan kalimah Huwa dalam Surah al-
Ikhlas sebagai Nabi Muhammad. Kesemua ahli tafsir kita bersepakat mutlak
bahawa surah al-Ikhlas dari awal hingga akhir hanya berbicara tentang keesaan
Allah dan kebesaran-Nya. Titik.

Bagi orang yang meyakini wujudnya pembahagian Ahli Syariat-Ahli Hakikat,


cuba tanyakan diri anda: mengapakah dalam kalangan ramainya ahli tafsir sejak
kurun ke-2 hingga kurun ke-15 Hijriyah ini, tiada seorang pun yang mencapai
taraf Ahli Hakikat? Atau yang lebih tepat: mengapakah Ahli Hakikat tidak ada
yang mampu mencapai taraf Ahli Syariat seperti para mufassir tersebut?

Mengapakah sekurang-kurangnya 65 kitab tafsir merentas 1,400 tahun tidak


ada langsung yang menyebut Huwa itu Nabi Muhammad?

Kalau pihak Wujudiyah Batiniyah berkata. “Ada dalam al-Insan al-Kamil karya
wali al-Jili.” Kitab itu pun bukan kitab tafsir! Al-Jili pula hidup pada abad ke-
8 Hijriyah!

12
SIDANGKALAM

Ternyata tafsiran sedemikian merupakan pendapat yang batil, syadz dan


munkar bahkan bercanggah dengan ijma’ ahli tafsir selama 15 abad berturutan.
Bahkan ia hanya berlegar dalam kalangan puak sesat itu saja.

Allah menjaga wahyu-Nya al-Quran al-Karim. Kita pula wajib tegas dan
memegang kemas tafsiran yang muktabar yang kita warisi sejak kurun-kurun
terawal dan jangan sesekali biarkan puak sesat mencari lubang untuk bersarang.
Fakta 3: Tafsiran Huwa Sebagai Muhammad Juga Tidak Pernah Wujud
Dalam Mana-Mana Kitab Tafsir Isyari

Antara dakwaan penganut dan simpatisan fahaman Wahdatul Wujud ialah


tafsiran Huwa sebagai Nabi Muhammad merupakan tafsir jenis Isyari. Ini satu
lagi cubaan sengkek oleh mereka untuk menegakkan tafsir yang penuh khurafat
itu.

Sebenarnya tafsiran itu bukanlah Tafsir Isyari, bahkan Tafsir Batini yang keji.

Apabila disemak kitab-kitab Tafsir Isyari, hasilnya amat bercanggah dengan


dakwaan kaum sesat tersebut. Nah, rupanya tidak ada kitab Tafsir Isyari yang
menafsirkan Huwa sebagai Nabi Muhammad!

Rujuklah kitab-kitab seperti:

1. Tafsir Sahl at-Tustari (wafat 283 H)


2. Haqa’iq at-Tafsir oleh as-Sulami (wafat 412 H)
3. Al-Kasyf wa al-Bayan oleh ath-Tha’labi (wafat 424 H)
4. Lata’if al-Isyarat oleh al-Qusyairi (wafat 465 H)
5. Tafsir Ibn ‘Ajibah (wafat 1224 H)

13
SIDANGKALAM

6. Ruh al-Ma’ani oleh al-Alusi (wafat 1270 H)


7. Hatta kitab yang disangka Tafsir Abd al-Qadir al-Jilani (wafat 713 H) tidak
menghurai Huwa sebagai Muhammad

Jelas sekali para ahli Tafsir Isyari berlepas diri daripada penyelewengan
tersebut. Jika ahli Tafsir Isyari inilah yang dimaksudkan sebagai Ahli Hakikat,
maka Ahli Hakikat juga bersepakat bahawa Huwa di situ hanya merujuk Allah
‘azza wajalla.

Jelas ini satu cubaan menempel dan menangguk di air keruh oleh puak
Wujudiyah yang ingin menunggang kemasyhuran tokoh dan kitab Tafsir Isyari.
Apabila tembelang mereka pecah, mereka akan mula menjual nama-nama
tokoh sufi dan isyari.

Jelaslah juga bahawa puak Wujudiyah Batiniyah bukan Ahli Syariat dan Ahli
Hakikat sekaligus.

--

Fakta 4: Tafsiran Ini Dikesan Dalam Kitab Penuh Kontroversi Dan


Masalah: Al-Insan Al-Kamil Karya Abd Al-Karim Al-Jili

Musibah ini bermula apabila seorang penganut Wahdatul Wujud pada abad
ke-8 Hijriyah menulis sebuah buku yang penuh syubhat dan kontroversi
berjudul al-Insan al-Kamil.

Di dalam buku itulah penyelewengan al-Jili yang mengubah penafsiran ayat


no.1 surah al-Ikhlas dikesan. Dia menulis:

14
SIDANGKALAM

‫ فهو إشارة إلى هو ية الحق الذي هو عين الإنسان‬، ‫ هو الهاء‬:‫الحرف الخامس من هذا الاسم‬

‫قال الله تعالى قل يا محمد هو أي الإنسان الله أحد فهاء الإشارة في هو راجع إلى فاعل قل وهو‬
‫ وإلا فلا يجوز إعادة الضمير إلى غير مذكور أقيم المخاطب هنا مقام الغائب التفاتا ً بيانيا ً إشارة‬، ‫أنت‬
‫إلى أن المخاطب بهذا ليس نفس الحاضر وحده بل الغائب والحاضر في هذا على السواء‬
“Huruf kelima mengenai Nama itu: Huwa. Ia isyarat kepada Huwiyyah
(identiti) al-Haqq (Allah) dan merupakan Diri Insan.

Allah berfirman: “Katakanlah” (wahai Muhammad) “Dia” (Insan) “itu Allah


yang Maha Esa.”

Huruf isyarat Ha’ pada Huwa kembali kepada pelaku Qul iaitu Anta – yakni
Nabi Muhammad.

Jika bukan demikian, maka tidak wajar untuk mengembalikan dhamir/kata


ganti nama – yakni Huwa – kepada kata nama yang tidak disebutkan
sebelumnya.

Kata ganti diri Mukhatab – yakni Anta – dijadikan kata ganti diri Ghaib secara
Iltifat Bayani, dengan itu menunjukkan bahawa Mukhatab itu tidak semestinya
Hadir (present) semata-mata, bahkan kata ganti diri Ghaib dan Hadir adalah
sama saja dalam keadaan ini.” Intaha.

Kesimpulan daripada ‘tafsir’ al-Jili ini:

1. Beliau menisbahkan Huwa sebagai nama Allah, sebagai identiti Allah,


malah Huwa itu Diri Insan

15
SIDANGKALAM

2. Huwa dalam ayat nombor 1 surah Ikhlas beliau tafsirkan sebagai Diri
Insan

3. Maka jadilah maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad), bahawa


Engkau itu Allah yang Esa
4. Dalih untuk “tafsir” yang ganjil ini ialah Huwa hendaklah merujuk
kepada kata nama yang disebut sebelum itu, dan tidak boleh )‫)فال يجوز‬
untuk merujuk kepada Allah kerana sebelum Huwa, satu-satunya kata
nama yang disebut ialah Fa’il/Pelaku kepada Qul, iaitu Nabi
Muhammad.

5. Padahal jelas nyata bahawa selepas Huwa, disebut Allah! Allah itulah
Khabar kepada Mubtada’ Huwa, takkan hal begini jelas pun boleh keliru
lagi.

6. Kononnya ia merupakan Iltifat Bayani, maka Huwa (Dia) di situ boleh


merujuk kepada makna kata nama yang Hadir (Anta/Awak) dan Ghaib
(Huwa/Dia).

Jika ini bukan kesesatan yang membawa kekufuran, maka apakah ia? Tidakkah
‘tafsiran’ ini mengubah makna asal 180 darjah, seterusnya membawa kepada
kesyirikan akbar, kerana menyebut bahawa Nabi Muhammad itu Allah yang
Maha Esa?

--

16
SIDANGKALAM

Fakta 5: Tafsiran Huwa Muhammad Bercanggah Dengan Sunnah Nabi

Rasulullah telah meninggalkan pesan yang banyak mengenai larangan


mengagungkan Baginda yang boleh mengakibatkan pentaqdisan dan
penyembahan sebagaimana yang menimpa umat-umat Nabi terdahulu.

Jika orang Nasrani menjadi kafir hanya dengan menyebut “Isa itu Anak Allah”,
atau orang Yahudi bila mengatakan, ‘Uzair Anak Allah” atau orang Musyrikin
meyakini “Malaikat itu anak-anak perempuan Allah” maka mengapa orang
yang mentafsirkan “Muhammad itu Allah yang Maha Esa” dikecualikan?

Walhal ia merupakan kalimat kufur yang lebih buruk dan teruk daripada kata-
kata orang Nasrani, Yahudi dan Musyrikin itu.

Mari kita hirup nafas-nafas hikmah yang dipusakakan oleh Baginda Rasulullah:

‫ عبد ُ الله ورسول ُه‬:‫ فقولوا‬، ‫ إنما أنا عبد‬، ‫ن مريم‬ َّ ‫أطرت‬
َ ‫النصارى اب‬ ِ ‫لا تُطروني كما‬

Baginda bersabda:

“Jangan memuji aku secara keterlaluan, seperti orang Nasrani memuji Isa bin
Maryam. Aku hanya hamba, justeru katakanlah: (Muhammad) seorang hamba
Allah dan rasul-Nya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ُّ
‫أحب أن‬ ‫ ما‬، ‫ أنا محمدٌ عبد ُ الله ورسولُه‬، ‫ ولا يستهوينكم الشيطان‬، ‫ قولوا بقول كم‬، ‫يا أيها الناس‬

‫ترفعوني فوقَ منزلتي التي أنزلني الله عز وجل‬

17
SIDANGKALAM

Baginda juga bersabda:

“Wahai manusia sekalian, teruskan berkata-kata, namun jangan sampai


diperdaya oleh syaitan. Aku ini Muhammad: hamba Allah dan rasul-Nya. Aku
tidak suka kalian mengangkatku melebihi kedudukan yang ditetapkan oleh
Allah kepada aku.” (Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)
‫وإن الرجل ليتكلم بالكلمة من سخط الله ما كان يظن أن تبلغ ما بلغت يكتب الله له بها سخطه إلى يوم‬

‫يلقاه‬

Sabda Baginda lagi:

“Ada seseorang yang menuturkan satu perkataan yang mengundang kemurkaan


Allah, yang disangkanya remeh, namun disebabkan perkataan itu Allah murka
kepadanya hingga hari kiamat.” (Riwayat Malik)

Puak Wujudiyah Batiniyah memandang ringan lafaz-lafaz wahyu, memandang


mudah urusan tafsiran Quran, dan dengan yakin mendakwa ia kasyaf wali.
Itulah sebabnya mereka ringan mulut menyebut dan menyokong kalimat-
kalimat kufur sebegini.

18
SIDANGKALAM

Kini perhatikan syubhat-syubhat yang cuba dibawa oleh Ustaz Ibrahim bin
Masran al-Banjari dalam 7 siri ulasan beliau tentang isu Huwa Muhammad ini:

Syubhat 1: Al-Imam Al-Qurtubi Menerima Pendapat Ahli Hakikat


Bahawa Huwa Itu Juga Merujuk Kepada Muhammad.

Hakikatnya sebagaimana yang diketahui, TIDAK ADA SEORANG PUN


AHLI TAFSIR yang mengetengahkan atau menerima tafsiran Huwa =
Muhammad.

Rujukan silang kepada Tafsir al-Qurtubi menunjukkan konklusi yang sama


dicapai dengan ahli-ahli tafsir lain. Tidak ada cubaan dalam kitab tafsir beliau
untuk membalikkan dhamir Huwa kepada Nabi Muhammad seperti yang cuba
dicadangkan oleh Ustaz Ibrahim.

‫ وفي كتاب األسنى في شرح أسماء هللا الحسنى أيضا‬، ‫وقد تقدم في سورة البقرة الفرق بين واحد وأحد‬
‫مستوفى والحمد لل‬
:‫ أحد بدل من قوله‬:‫ وقيل‬.‫ هللا أحد‬:‫ األمر والشأن‬:‫ قل‬:‫ المعنى‬:‫ وقيل‬.‫ هو أحد‬:‫ على معنى‬، ‫وأحد مرفوع‬
‫هللا‬

Kata al-Qurtubi:

“Perbezaan makna Wahid dan Ahad telah dibincangkan dalam tafsir surah al-
Baqarah, dan kitab al-Asna fi Syarh Asma’illah al-Husna juga ada disentuh
walhamdulillah.

Ahad itu Marfu’: bermakna “Dialah Ahad.”

19
SIDANGKALAM

Turut dikatakan bahawa ia bermakna Qul/Katakanlah (Huwa/Dia sebagai al-


Amr atau asy-Sya’n) bahawa Allah itu Esa.

Dikatakan juga: Ahad merupakan badal kepada Allah.”

Justeru Al-Qurtubi sentiasa merujuk Huwa di situ sebagai Allah. Allah yang
Maha Esa. Tiada sedikit pun petunjuk bahawa al-Qurtubi menukar Huwa
sebagai Nabi Muhammad.

Dalam kitab beliau yang lain: al-Asna, al-Qurtubi membawakan lafaz Huwa
sebagai salam satu Nama Allah, bukan nama Nabi Muhammad!

Kitab al-Asna fi Syarh Asma’illah al-Husna menghimpunkan maklumat


mengenai nama-nama Allah, dan al-Qurtubi membahagikannya kepada 5
bahagian:

1. Nama-nama Allah yang mengisbatkan kewujudan-Nya


2. Nama-nama Allah yang mengisbatkan keesaan-Nya
3. Nama-nama Allah yang menafikan Tasybih kepada selain-Nya
4. Nama-nama Allah yang mengisbatkan kuasa ciptaan-Nya
5. Nama-nama Allah yang mengisbatkan kekuasaan-Nya

Al-Qurtubi memasukkan nama Huwa dalam kategori ke-4 iaitu nama-nama


Allah yang mengithbatkan kuasa ciptaan-Nya (Ibda’ & Ikhtira’). Didapati tidak
ada tanda-tanda beliau menafsirkan kalimah Huwa dalam surah al-Ikhlas
sebagai Nabi Muhammad.

20
‫‪SIDANGKALAM‬‬

‫‪Dan lebih penting, al-Qurtubi turut memasukkan nama Ahad dalam bab ke-3‬‬
‫!‪iaitu nama-nama Allah yang menafikan TASYBIH kepada selain dzat-Nya‬‬

‫‪Bagaimana pula kata-kata al-Qurtubi digunakan untuk menyokong tafsiran‬‬


‫!?‪Huwa = Muhammad = Ahad yang jelas-jelas suatu tasybih kepada Allah‬‬

‫‪--‬‬

‫‪Syubhat 2: Al-Imam Al-Aqlisyi Menyokong Teori Huwa Muhammad Dari‬‬


‫‪Segi Lughah.‬‬

‫‪Nama al-Imam Abu al-‘Abbas al-Aqlisyi turut dinukil seolah-olah beliau‬‬


‫‪juga menyokong teori Huwa Muhammad.‬‬

‫‪Ya, memang al-Qurtubi menukil kata-kata al-Aqlisyi, tapi bukan dalam‬‬


‫‪Tafsirnya, tapi dalam kitab al-Asna.‬‬

‫قال القرطبي‪ :‬ذكره بعض العلماء في شرح الأسماء ‪ ،‬وجعله اسما من أسمائه تعالى‪ .‬قال الأقليشي‪ :‬وهذا‬
‫لم يرد فيه أثر ولا هو من الأسماء التامة في لسان العرب بل هو اسم يحتاج إلى صلة وعائد ليكون‬
‫مفيدا‪ .‬لأنك إذا قلت "هو" وسكت ‪ ،‬لم يكن الكلام مفيدا حتى يقول‪ :‬هو أخي أو هو قائم ‪ ،‬أو ما‬
‫أشبه ذلك‪ .‬ل كن أرباب القلوب الصافية وأهل المقالات العالية جرت عندهم هذه الكلمة مجرى‬
‫الأسماء الذاتية فقالوا‪" :‬يا هو"‪ .‬قال منصور بن عبد الله‪ :‬الهاء تنبيه عن معنى ثابت والواو إشارة إلى ما‬
‫يدر يك حقائق نعوته وصفاته بالحواس ‪ ،‬وقد تقدم قول ابن فورك‪ :‬وأن الهاء تخرج من أقصى الحلق‬
‫وهو أول المخارج ‪ ،‬والواو من الشفة وهو من آخر المخارج ‪ ،‬فكأنه يشير إلى كلا طرفي الأمور بيده ‪،‬‬
‫وهو الأول والآخر‪ .‬قال بعضهم‪ :‬إن الله كاشف الأسرار بقوله "هو" وكاشف القلوب بما عداه من‬
‫الأسماء‪ .‬قال الأقليشي‪ :‬وهذهكلها إشارات الأولياء وهي خارجة عن ظاهر العلم الحاصل بطر يق النظر‬
‫للعلماء ‪ ،‬وإنما حصل لهم هذا بطر يق الاختصاص عند الصفاء التام والإخلاص فيه‬

‫‪21‬‬
SIDANGKALAM

Al-Qurtubi berkata:

(Huwa) disebut oleh sebahagian ulama dalam menghuraikan nama-nama Allah,


dan ada pula yang menganggapnya salah satu nama-nama Allah.

Menurut al-Aqlisyi: Tidak ada athar yang menyebutnya sebagai nama Allah,
dan ia juga bukan salah satu nama yang sempurna makna pada pertuturan orang
Arab. Bahkan ia merupakan suatu kata nama yang memerlukan Silah
(penyambung) atau ‘A’id (punca) agar ia menjadi informatif (mufid).

Kerana jika engkau katakan, “Dia” semata-mata, ia tidak akan menjadi


informatif melainkan dikatakan, “Dia saudara saya,” atau “Dia sedang berdiri,”
atau seumpamanya.

Namun pemilik-pemilik hati yang jernih, serta empunya tuturkata tinggi sudah
terbiasa dengan kalimah tersebut yang mereka anggap nama Dzat Ilahi, hingga
mereka menyeru dengan “Wahai Dia”.

Mansur bin ‘Abdullah berkata: Huruf Ha’ mengingatkan tentang suatu makna
yang thabit, manakala huruf Waw merujuk kepada apa-apa yang menjelaskan
kepada engkau tentang hakikat makna tersebut menerusi pancaindera.

Seperti yang telah disentuh sebelum ini, Ibn Furak berkata: Huruf Ha’ terbit
dari halkum paling dalam: maka ia makhraj huruf pertama. Huruf Waw pula
dari bibir: makhraj huruf terakhir.

Seolah-olah ia memberi isyarat bahawa awal dan akhir sesuatu keadaan berada
dalam tangan-Nya, dan Dialah yang Maha Awal dan Maha Akhir.

22
SIDANGKALAM

Ada pula yang mengatakan: Allah menyingkap rahsia-rahsia dengan firman-


Nya “Huwa”, dan menyingkap sekalian jiwa dengan nama-Nya yang lain.

Al-Aqlisyi juga berpendapat: Semuanya merupakan isyarat para wali yang


terkeluar daripada ilmu zahir yang dipelajari secara Nazari oleh para ulama’,
dan isyarat ini didapati dengan jalan Ikhtisas & Ikhlas dalam kejernihan hati
yang sempurna.” Intaha.

Inilah teks penuh kata-kata al-Qurtubi dalam al-Asna. Pembaca boleh nilai
sendiri adakah al-Qurtubi, al-Aqlisyi, dan Ibn Furak sedang membahaskan
makna Huwa sebagai salah satu nama Allah atau nama Nabi Muhammad?

Ya, al-Aqlisyi mengiktiraf fenomena isyarat para wali namun adakah sampai
ke tahap mengubah makna Huwa dalam surah al-Ikhlas menjadi kata ganti diri
untuk Nabi Muhammad?

Isyarat wali juga perlu tunduk kepada neraca ilmu dan aqidah, bukan main
bedal semua.

Tapi di sini kita musykil bagaimana Ustaz Ibrahim bin Masran boleh membuat
‘spin’ menggunakan kalam al-Aqlisyi seolah-olah tafsiran Huwa Muhammad
turut diterima oleh ulama lughah.

Al-Aqlisyi menafikan wujudnya sebarang riwayat atau athar yang


menunjukkan Huwa sebagai nama Allah, bahkan beliau mengatakan dhamir
Huwa merupakan kata nama tidak lengkap yang tidak biasa dituturkan sebagai
nama panggilan oleh orang Arab.

23
SIDANGKALAM

Bagaimana pula dia tergamak mengatakan Huwa dalam surah al-Ikhlas


merujuk kepada Nabi Muhammad yang juga tidak ada sebarang riwayat
sokongan, bahkan mengubah makna al-Quran?

--

Syubhat 3: Al-Imam Al-Qurtubi Mengatakan As-Samad Dengan Makna


As-Sayyid Paling Tepat, Secara Lughawi. Maka As-Sayyid Itu Nabi
Muhammad.

Menjadi kebiasaan para ahli tafsir untuk mendatangkan ta’sil atau dalil
berupa syair, bidalan, atau prosa Arab purba apabila berbicara mengenai sisi
bahasa sesuatu ayat al-Quran.

Sememangnya kebanyakan ahli tafsir akan membawakan syawahid yang sama


mengenai makna as-Samad dalam surah al-Ikhlas dari segi bahasa.

Antaranya ialah as-Sayyid. Kata al-Qurtubi:

‫ السيد الذي يصمد إليه في النوازل والحوائج‬:‫ الصمد‬:‫قال أهل اللغة‬

Menurut ahli lughah, as-Samad bermaksud as-Sayyid (ketua) yang diajukan


segala masalah dan hajat.

Kemudian al-Qurtubi membawakan beberapa qaul mengenai makna as-Samad,


seperti:

24
SIDANGKALAM

1. Yang kekal abadi


2. Yang tidak memerlukan sesiapa, dan diperlukan oleh semua
3. Yang sempurna tanpa cacat cela
4. Yang tidak berongga

Keempat-empat ciri ini…ada pada Allah atau pada Nabi Muhammad?

Adakah Nabi Muhammad kekal abadi, tidak memerlukan sesiapa (hatta Allah),
dan diperlukan oleh semua (hatta Allah), ditambah dengan sempurna tanpa
cacat cela, dan tidak berongga?

Al-Qurtubi juga mentarjihkan makna as-Samad sebagai as-Sayyid, juga kali ini
beliau menukil kitab al-Asna.

Namun tidak sekali-kali al-Qurtubi dalam Tafsirnya atau al-Asna mengatakan


as-Sayyid dalam konteks surah al-Ikhlas boleh ditujukan kepada Nabi
Muhammad!

Bahkan jelas as-Sayyid merupakan salah satu nama Allah berdasarkan hadith
Nabi!

Apabila rombongan Bani ‘Amir datang menemui Baginda dan mula memuji
Baginda dengan panggilan “Sayyiduna”, Baginda menjawab:

‫السيد الله تبارك وتعالى‬

“As-Sayyid (yang hakiki) itu Allah tabaraka wata’ala.” (Riwayat Abu Daud
dan Ahmad)

25
SIDANGKALAM

Ya, memang al-Qurtubi merajihkan tafsiran as-Samad sebagai as-Sayyid tapi


khas sebagai nama Allah bukan sewenang-wenang dialihkan menjadi sifat Nabi
Muhammad.

Bahkan ramai ahli tafsir merajihkan pendapat yang sama tetapi masih dalam
konteks nama Allah dan sifat-Nya, langsung tidak ada kena mengena dengan
batang tubuh Nabi Muhammad.

Tiba-tiba Ustaz Ibrahim bin Masran mengambil sisi lughawi ini dan
memakaikannya kepada Nabi Muhammad hingga seluruh surah al-Ikhlas yang
asalnya surah Tauhid dan Tanzih kepada Allah, ditelangkupkan menjadi surah
Tauhid dan Tanzih kepada Nabi!

--

Syubhat 4: Ibn Al-Athir Juga Memilih Makna As-Samad Paling Tepat


Adalah As-Sayyid, Maka Ia Merujuk Nabi Muhammad.

Ini juga satu jenis nukilan yang ganjil yang dilakukan oleh Ustaz Ibrahim
bin Masran, apabila menukil nama Ibn al-Athir dan pendapat beliau mengenai
makna as-Samad, yang kemudiannya dijadikan sandaran untuk mengiyakan
tafsiran Huwa Muhammad yang batil itu.

Padahal pendapat Ibn al-Athir adalah pendapat arus perdana ahli tafsir dan ahli
lughah yang memilih makna as-Sayyid sebagai tafsir kepada as-Samad.

Lihat teks Ibn al-Athir dalam an-Nihayah fi Gharib al-Hadith:

26
SIDANGKALAM

‫ وقيل هو الذي لا‬، ‫ وقيل هو الدائم الباقي‬، ‫في أسماء الله الصمد هو السيد الذي انتهى إليه السؤدد‬
‫ وقيل يصمد في الحوائج إليه أي يقصد‬، ‫جوف له‬
Ibn al-Athir berkata,

“Antara nama-nama Allah ialah as-Samad, dialah as-Sayyid/ketua yang


memiliki kepimpinan terhebat, turut dikatakan maknanya: yang Maha Tetap
dan Maha Kekal, juga dikatakan maknanya ialah dia yang tidak memiliki
rongga, serta yang diajukan segala hajat, yakni dia yang dicari-cari.”

Ibn al-Athir masih berbicara dalam konteks nama dan sifat Allah, dan tidak
sesekali menyelewengkan makna hingga dimaksudkan dengan Nabi
Muhammad.

Pernahkah Rasulullah menyifatkan dirinya sebagai Yang Tetap, Yang Kekal


lagi Tiada Berongga (seperti rongga untuk makan minum: mulut), Tumpuan
segala Hajat?

Makna sejelas ini pun masih diguna pakai oleh Ustaz Ibrahim untuk
mendokong teori Huwa Muhammad, seolah-olah Ibn al-Athir juga
berpandangan demikian. Ini suatu tabiat yang tampak jelas dalam ketujuh-tujuh
siri penulisan beliau.

--

Syubhat 5: Al-Imam Ar-Razi Mengaitkan Surah Al-Masad Dengan Surah


Al-Ikhlas Kerana Nabi Muhammad.

27
SIDANGKALAM

Juga suatu justifikasi yang amat memeningkan oleh Ustaz Ibrahim.


Menurut beliau, teori Huwa Muhammad tersebut turut dibina atas kaitan antara
surah al-Ikhlas dan surah sebelumnya: al-Masad. Kali ini beliau memetik nama
ar-Razi pula.

Sementara surah al-Masad diturunkan sebagai celaan kekal terhadap kekufuran


Abu Lahab, surah al-Ikhlas pula menceritakan tentang keimanan dan keesaan.

‫ سورة الإخلاص لأنه لم يذكر في هذه السورة سوى صفاته السلبية التي هي صفات الجلال‬:‫ورابعها‬
‫ ولأن ما‬، ‫ ولأن من مات عليه كان خلاصه من النار‬، ‫ ولأن من اعتقده كان مخلصا في دين الله‬،
‫قبله خلص في ذم أبي لهب فكان جزاء من قرأه أن لا يجمع بينه وبين أبي لهب‬

Ar-Razi cuma menyatakan bahawa al-Ikhlas merupakan salah satu nama surah
ini, dan ia berasal daripada al-Khalasah (pembebasan) daripada api neraka,
yakni sesiapa yang mati dalam keadaan beriman dengan isi surah al-Ikhlas,
maka dia akan bebas daripada api neraka.

Sementara surah sebelumnya bertujuan mencela Abu Lahab, maka ganjaran


sesiapa yang membaca surah ini (al-Ikhlas) ialah dia tidak akan dihimpunkan
bersama Abu Lahab (di neraka).

Lalu Ustaz Ibrahim bin Masran membuat kesimpulan bahawa inilah dalil kaitan
surah al-Ikhlas dengan Nabi Muhammad.

Kaitan? Memanglah seluruh al-Quran itu mempunyai “kaitan” dengan Nabi


Muhammad! Adakah ini bermaksud kita boleh sesuka hati menukar makna
setiap dhamir dan ism menjadi Nabi Muhammad?

28
SIDANGKALAM

Seolah-olah begini:

1. Abu Lahab mencela Nabi dan kufur dengan dakwah Baginda

2. Surah al-Masad turun mencela Abu Lahab

3. Dengan itu surah selepasnya iaitu al-Ikhlas menjelaskan Nabi sebagai


Huwiyah dan Surah bagi Allah

Masuk akalkah cara berfikir begini? Mengapa sampai begitu sekali takalluf
Ustaz Ibrahim bin Masran hingga mengoyak rabak makna al-Quran yang suci?

Kalau kita guna kaedah “Kaitan Dengan Surah Sebelum” yang bikin pening ini,
maka surah selepas al-Ikhlas iaitu al-Falaq dan an-Nas juga boleh ditakwil
sebagai surah mengenai Nabi Muhammad, kerana ia didahului surah al-Ikhlas
yang kononnya menerangkan sifat Nabi Muhammad, yakni ada KAITAN.

Jadi…Rabb al-Falaq dan Rabb an-Nas juga boleh ditafsir kepada Nabi
Muhammad? Wal’iyadzu billah min asy-Syirk wa adh-Dhalal.

Bahkan ar-Razi selepas menyebut mengenai kaitan al-Ikhlas dan al-Khalasah


itu, beliau menyebut:

‫ وعن النار في الآخرة‬، ‫ سورة النجاة ؛ لأنها تنجيك عن التشبيه وال كفر في الدنيا‬:‫وخامسها‬

Yakni surah ini juga dikenali sebagai surah an-Najat kerana ia menyelamatkan
kita daripada TASYBIH dan KUFUR di dunia, dan daripada neraka di akhirat.

29
SIDANGKALAM

Bukankah menafsirkan seluruh surah al-Ikhlas sebagai sifat Nabi Muhammad


itu Tasybih yang jelas nyata? Mengatakan Nabi Muhammad itu Ahad, as-
Samad, Lam Yalid wa Lam Yulad, wa Lam Yakun Lahu Kufuwan Ahad?
Tidakkah itu Tasybih yang amat tercela dan sesat sekali?

Sudahlah menjual nama dan kitab karangan al-Imam ar-Razi, dibuat pula
kesimpulan yang amat bercanggah dengan maksud penulis!

--

Syubhat 6: Rombongan Nasrani Najran Memahami Huwa Itu


Muhammad.

Keganjilan bawaan Ustaz Ibrahim bin Masran tidak terhenti di situ, beliau
turut mengutarakan suatu huraian yang sangat pelik mengenai kaum Nasrani
yang datang bertanya kepada Nabi mengenai sifat Allah.

Beliau mengatakan,

“…menunjukkan mereka tahu tafsir “AHAD” ialah “WAHID”. Atau seakan-


akan mereka sudah dapat melihat bahawa Shuratullah itu memang ada pada diri
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Tetapi demi menjagakan aqidah
umat, apatah lagi yang bertanya itu dari kaum Nashrani yang ber’tiqad Nabi Isa
‘alaihissalam ada sifat ketuhanan, maka dengan segera Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: ‫“ ليس كمثله شيء‬Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-

Nya.” Seolah-olah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hendak menegaskan


bahawa Baginda hanyalah sebagai Shuratullah yang kamil dan Huwiyah Allah.
Ketunggalan diri Baginda itu hanyalah sebagai Dilalah yang dapat

30
SIDANGKALAM

menunjukkan keEsaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bukan sebagai Tuhan.”


Intaha.

Tidak diketahui bagaimana Ustaz Ibrahim bin Masran boleh sampai ke tahap
boleh menduga ilmu dan iman kaum Nasrani tersebut… hingga tergamak
mengatakan orang Nasrani pun faham bahawa surah al-Ikhlas itu sebenarnya
berbicara tentang diri Baginda!

Entah kitab hadith atau tafsir mana yang beliau rujuk hingga berani berhipotesis
begini rupa. Bagaimana orang kafir boleh “melihat bahawa Suratullah memang
ada pada diri Baginda” walhal mereka sedang kufur terhadap ketuhanan Allah
dan kerasulan Nabi Muhammad!

Bahkan dalam riwayat lain, Nabi Muhammad marah dengan soalan yang sama!
Buat apa marah kalau orang kafir seperti Nasrani sudah faham?

Rujuk at-Tabari dan lain-lain, dengan lafaz:

‫ وساورهم غضبا‬، ‫فغضب النبي صلى الله عليه وسلم أشد من غضبه الأول‬

Jika sudah jelas di sisi orang Nasrani itu bahawa Nabi merupakan Suratullah,
dengan sifat Ahad dan Samad, maka tidak perlu lagilah mereka datang
bertanya.

Yakni selama 1,400 tahun seluruh ulama tafsir termasuk tafsir Isyari gagal
memahami konsep Nabi sebagai Huwiyyah Allah dan Suratullah dalam surah
al-Ikhlas…tapi orang kafir Nasrani di zaman Jahiliyah pula yang faham?!

31
SIDANGKALAM

Syubhat 7: As-Suyuti Mengatakan Al-Ahad Nama Rasulullah.

Ustaz Ibrahim bin Masran turut menukil kata-kata as-Suyuti dalam kitab
beliau an-Nahjah as-Sawiyah. Sekali lagi, untuk memberi gambaran
menyeluruh, kami sertakan petikan penuh qaul as-Suyuti:

‫ وليس بين الحاء والدال‬، ‫ كذا ورد في السفر الخامس من التوراة‬:‫ ذكره ابن دحية وقال‬- ‫أحد‬
‫ وتفسيره عندهم ؛ واحد ومعناه صحيح من وجوه منها أنه واحد بمعنى أنه آخر الأنبياء‬، ‫ألف‬
‫ لا يشركه فيه أحد من الأنبياء ومنها أنه واحد في السيادة على‬، ‫ فهو واحد بهذا المعنى‬، ‫وخاتمهم‬
‫ ومنها أنه واحد في خصائص خص بها من‬، ‫ ومنها أنه واحد في شر يعته أفضل الشرائع‬، ‫من سواه‬
‫أحكام دينه وأمور رفيعة كالشفاعة العامة والمقام المحمود إلى غير ذلك‬

“Ahad – turut disebut oleh Ibn Dihyah (dalam al-Mustawfa) dan dia berkata:
Demikian yang warid dalam Bab Kelima kitab Taurat, tanpa ada Alif antara
Ha’ dan Dal. Maknanya di sisi mereka (orang Yahudi) ialah
Wahid/satu/tunggal. Makna ini sahih daripada beberapa sudut seperti:

1. Nabi Muhammad tunggal dengan makna Baginda Nabi Terakhir dan


Penutup Para Anbiya’, ini makna yang betul kerana tidak ada nabi lain
yang mendapat kedudukan ini

2. Baginda tunggal dalam kehebatan memimpin orang lain

3. Baginda tunggal dalam membawa syariat yang afdhal

4. Baginda tunggal dalam perkara yang dikhaskan untuk Baginda seperti


syafa’at am dan maqam terpuji.” Intaha.

32
SIDANGKALAM

Sekali lagi, lihatlah konteks kata-kata as-Suyuti ini!

Benar, as-Suyuti memasukkan Ahad sebagai salah satu nama Nabi


Muhammad, namun:

1. As-Suyuti tidak sekali pun merujuk kepada lafaz Ahad dalam surah al-
Ikhlas

2. Sebaliknya sumber penamaan Ahad ini menurut Ibn Dihyah al-


Kalbi…ialah kitab Taurat!

3. Sememangnya TIADA NAS baik dalam al-Quran mahupun al-Hadith


mengenai sifat atau nama al-Ahad bagi Nabi Muhammad

Justeru bagaimana Ustaz Ibrahim bin Masran, sekali lagi, tanpa segan silu
memesongkan kehendak dan maksud as-Suyuti, seolah-olah as-Suyuti apabila
menyenaraikan nama Ahad sebagai salah satu nama Nabi Muhammad, maka
secara automatik beliau turut menafsirkan Ahad dalam surah al-Ikhlas sebagai
Nabi Muhammad??

Buktinya tidak jauh, buka saja tafsir ad-Durr al-Manthur karangan as-Suyuti
dan baca tafsir surah al-Ikhlas. Ternyata pembaca tidak akan menjumpa apa-
apa tafsiran yang mendekati teori Huwa Muhammad, Huwiyyah dan Suratullah
di dalamnya.

Allah telah menyifatkan Nabi Muhammad sebagai Ra’uf dan Rahim dalam al-
Quran, adakah ini bermakna setiap Ra’uf & Rahim dalam al-Quran boleh
dipusingkan maknanya agar merujuk kepada Nabi?

33
SIDANGKALAM

Syubhat 8 – Nama Nabi Muhammad Adalah Nama Allah Juga.

Demikian parahnya sikap ghuluw dalam tulisan Ustaz Ibrahim, bila beliau
menulis:

Firman Allah Ta’ala:

‫ورفعنا لك ذكرك‬

“Dan Kami tinggikan bagi engkau hai Muhammad akan sebutan namamu.”
Kata jama’atul mufassirin, makna ayat ini adalah: ‫ال ذكرت إال ذكرت معي‬

“Tidaklah disebutkan Aku, melainkan disebutkan engkau bersama-Ku.” Yakni


tidaklah disebutkan Allah, melainkan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi
wasallam disebut juga bersama Allah. Ketahuilah bahawa itsbat yang datang
selepas nafi, memberi faedah kepada pembatasan atau membawa makna
penunggalan. Ketika dikatakan:

‫لا إله إلا الله‬

Maka fahamlah kita bahawa Allah Ta’ala itu, satu-satunya Tuhan yang sebenar.

Dan ketika dikatakan: ‫ ال ذكرت إال ذكرت معي‬maka fahamlah kita bahawa
sebutan nama Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam serta nama Allah
ta’ala itu, satu-satunya sebutan nama Allah yang sebenar.

34
SIDANGKALAM

Beginilah cara Allah meninggikan Penghulu kita Nabi Muhammad shallallahu


‘alaihi wasallam. Intaha.

Allahul Musta’an.

Apakah yang beliau cuba maksudkan di sini? Adakah menyebut nama Allah
tanpa menyebut nama Nabi dikira sebutan palsu? Sia-sia?

Ketika bertakbir “Allahu Akbar” dalam solat, adakah kita perlu juga menyebut
secara batin “Nabi Muhammad Akbar” agar ia menjadi sebutan sempurna?

Seperti ketika membaca Qul Huwallahu Ahad, perlu meyakini secara batin Qul
Huwa Muhammad Ahad? Muhammad as-Samad? Lam Yalid wa Lam Yulad?

Teori inikah yang beliau jadikan dalil untuk membolehkan tahrif makna surah
al-Ikhlas lalu ia dijadikan sifat Allah dan sifat Nabi Muhammad sekaligus?

Sekali lagi, beliau mengatakan, “Menyebut nama Nabi yang disertakan nama
Allah, adalah satu-satunya sebutan nama Allah yang sebenar.”

Dan beliau mempraktikkan kaedah ini dengan menyelewengkan makna surah


al-Ikhlas yang kononnya berbicara tentang sifat Nabi Muhammad.

Bermula Huwa, Ahad, Samad, Lam Yalid wa Lam Yulad sampai ke Kufuwan
Ahad habis beliau alih ke Nabi.

Mengapa beliau bersusah-payah mencipta kaedah-kaedah pelik ini sedangkan


para ulama muhaqqiqin telah memberi penjelasan.

35
SIDANGKALAM

Apakah maksud kata-kata Allah, “Nama-Ku tidak disebut, melainkan nama


engkau disebut bersama nama-Ku.”?

Jika Ustaz Ibrahim membelek kitab-kitab tafsir, maksudnya ialah pada sebutan:

‫ محمد رسول الله‬، ‫لا إله إلا الله‬


‫ وأشهد أن محمدا رسول الله‬، ‫أشهد أن لا إله إلا الله‬

Yakni disebut bersama dalam satu ayat, seperti lafaz syahadah di atas.

Bukannya setiap kali ada ayat mengenai sifat Allah, kita pusingkan menjadi
sifat Nabi seperti yang berlaku dalam tafsiran surah al-Ikhlas. Ini terlalu jauh
dan bercanggah teruk dengan kaedah ilmu.

36
SIDANGKALAM

Isu-Isu Berbangkit Lain:

1. Kedudukan Ibn ‘Arabi Sebagai Wali Kutub, Berkurun-Kurun Tiada


Masalah.

Semua yang mengikuti perbincangan ini sedar bahawa status Ibn ‘Arabi
masih dalam kategori ‘dipertikaikan’. Bermakna para ulama sendiri terbahagi
kepada 3 kelompok utama: mengkafirkan, mewalikan dan berkecuali.
Kalaupun benar si fulan itu seorang wali, adakah wali maksum daripada
melakukan dosa, dan haram untuk dikritik dalam perbincangan ilmiah? Sebab
itulah semata-mata status “wali” tidak menjamin apa-apa nilai ilmiah dalam
perbincangan. Boleh jadi para ulama yang mengkafirkan Ibn ‘Arabi itu
semuanya wali-wali besar juga, jadi ke mana sudahnya jika begini.

--

2. Ilmu Hakikat Disembunyikan Kecuali Kepada Ahli.

Haram menyembunyikan ilmu kerana Nabi sendiri bersifat Tabligh, bukan


Kitman. Ayat “menyembunyikan ilmu hakikat kecuali daripada ahlinya”
menandakan ada sesuatu yang mencurigakan. Ini mazhab yang tidak telus,
sebuah kultus sesat yang pandai menyamar. Hakikatnya Nabi dan Sahabat
menyeru agar kita menyampaikan ilmu dengan cara dan kadar yang sesuai
mengikut keadaan khalayak pendengar. Yakni menyesuaikan metod
pengajaran, menyukat kadar kesukaran, mengimbangkan kekerapan dan
sebagainya. Bukannya “mengharamkan” terus.

37
SIDANGKALAM

Tidak ada ilmu agama yang perlu ditelaah dengan sembunyi-sembunyi, jika ia
benar, maka tidak perlu khuatir, sebarkan saja dengan penjelasannya dengan
cara yang sesuai. Jika ada kesamaran, penjelasan akan menyelamatkan. Sebab
itulah ulama kita mengarang beratus ribu bahkan berjuta kitab. Ilmu harus
disampaikan, apatah lagi jika berkisar aqidah. Memang bukan semua orang
mampu menanggungnya, namun jika mereka mendekati, guru berperanan
sebagai pemudah cara. Bukan pengharam dan penyembunyi.

--

3. Ungkapan “Kami Kaum Yang Diharamkan Membaca Bukunya”.

Namun jelas ramai pula ‘Ahli Hakikat’ yang mengajar kitab-kitab Ibn Arabi
dan al-Jili kepada orang awam. Video Rohimuddin al-Banteni menafsirkan Qul
Huwa Muhammad pula tersebar luas, boleh ditonton penuh di Youtube. Tidak
pula dihalang. Walaupun kita tak tahu benarkah beliau Ahli Hakikat, dan
sahihkah kasyaf beliau.

Jadi di mana haramnya? Apa yang menyebabkan buku-buku tersebut dianggap


haram untuk dibaca? Apa yang perlu ditakutkan?

Jika dikatakan kitab-kitab demikian ‘tinggi’ maka al-Quran terlebih tinggi lagi,
namun hatta kanak-kanak boleh membacanya.

Jika dikatakan bahasanya sukar, telah ada ulama yang mensyarahkan.


Contohnya syarah Fusus al-Hikam oleh al-‘Afif at-Tilmisani. Atau, ia haram
dibaca oleh orang yang berakal dan mampu mengkritik, dan halal dibaca oleh
para pentaksub dan pentaqlid buta?

38
SIDANGKALAM

4. Hakikat Muhammadiyah – Makhluk Terawal Dan Terakhir.

Teori Hakikat Muhammadiyah ini hanyalah ilusi dan imaginasi, tiada


sandaran nas bahkan tiada ulama dari kurun terawal termasuklah Asya’irah
yang mengenalinya. Takkanlah dengan teori khayalan ini, kita bina suatu
aqidah, hingga ke tahap menyeleweng makna wahyu langit?

Apakah kerana semata-mata ia datang daripada Ibn ‘Arabi dan al-Jili, kita perlu
korbankan seluruh struktur ilmu Islam yang diwarisi sejak zaman Nabi?

5. Rasulullah sebagai Kad Pengenalan (IC) Allah.

Ahli Sunnah wa Jama’ah sentiasa berhati-hati apabila berbicara mengenai


Dzat Allah, dan hanya menuturkan kata-kata yang diredhai berpandukan
kaedah-kaedah yang disusun oleh ulama. Begitu juga ketika mengagungkan
Nabi Muhammad, kita hendaklah berfikiran waras dan tidak melampaui batas.

Mengatakan Rasulullah sebagai Huwiyah Allah atau Identiti Allah, sebagai


Suratullah atau Gambaran Allah dengan alasan bahawa Baginda merupakan
Majla atau Mazhar kepada Allah jelas terkeluar daripada kosakata ahli tauhid
zaman berzaman.

Inikan pula memisalkan Nabi dengan Kad IC Allah. Dah takde idea lain ke?
Kad IC ada gambar pemiliknya, jadi Nabi tu bagaimana? Gambaran
Wajhullah?

Mengetahui maklumat asas seperti nama penuh, alamat rumah, tarikh lahir
dalam Kad IC seseorang tidak menjadikan kita kenal akan pemiliknya.

39
SIDANGKALAM

Rasulullah bila mendengarkan pujian Bani ‘Amir yang kelihatan berlebihan


segera memberi amaran agar “jangan diperdaya syaitan”. Baginda
membenarkan, namun dengan amaran. Padahal mereka sekadar memanggil
Baginda dengan panggilan “Sayyiduna” dan beberapa pujian lain, apalah
sangat jika dibandingkan dengan Majla, Mazhar, Huwiyyah dan Surah bagi
Allah.

Bayangkan jika seorang sahabat Nabi datang berjumpa Rasulullah dan berkata,
“Wahai Rasulullah engkaulah al-Ahad, engkaulah as-Samad, engkau tidak
melahirkan bak Maryam, tidak dilahirkan bak ‘Isa, tiada seorang pun yang
setara dengan engkau.”

Agaknya apakah reaksi Nabi Muhammad?

Bagaimana lafaz-lafaz mutasyabihat dalam al-Quran seperti Wajah Allah


ditakwil rapi agar tidak terkena bahana Tasybih, namun lafaz seperti Surah
Allah pula diberi kepada makhluk yakni Rasulullah? Jika umat Nabi
Muhammad memandang Baginda sebagai Majla/Mazhar/Huwiyyah/Surah
bagi Allah dengan alasan ‘mustahil mengenal Allah tanpa Baginda’ maka
setiap Nabi dan Rasul sebelum Baginda juga Majla/Mazhar/Huwiyyah/Surah
bagi Allah. Ini kerana umat-umat terdahulu tidak mampu mengenal Allah
melainkan dengan Nabi/Rasul yang diutuskan kepada mereka. Mereka juga
bukan umat Nabi Muhammad. Jika diterima bahawa terdapat 124,000 nabi
yang diutuskan sepanjang zaman, maka Allah mempunyai 124,000
Majla/Mazhar/Huwiyyah/Surah.

Inikah konklusinya?

40
SIDANGKALAM

6. Wali Dan Kasyaf Menjadi Dalil Dalam Istinbat.

Ustaz Ibrahim mengatakan tafsiran Huwa sebagai Nabi Muhammad, bahkan


menafsirkan seluruh surah al-Ikhlas sebagai sifat Baginda, dapat diterima
dengan 5 sebab:

Pertama: Yang mengatakan seperti itu adalah Wali Allah.

Walhal kewalian bukanlah syarat penghujahan dan pembuktian dalam mana-


mana bidang sekalipun, ia merupakan syarat bid’ah yang menyalahi kaedah
usul dan akal yang sejahtera. Ini kerana kewalian seseorang tidak dibuktikan
secara pasti, dan qaul wali bukanlah sumber hukum.

Kedua: Kenyataannya itu sesuai dengan maqam Ma’rifah Kasyafiyah.

Ini juga satu kejanggalan yang nyata. Kasyaf siapa yang mahu dipakai? Siapa
yang boleh menjamin ketulenan sesuatu kasyaf? Justeru mazhab Ahli Sunnah
wa Jama’ah tidak pernah mengiktiraf sesuatu yang bersifat sangkaan seperti
kasyaf dan mimpi sebagai dalil / sumber hukum. Apatah lagi bila melibatkan
isu menukar makna surah al-Ikhlas yang telah menjadi ijma’ ummah bahawa
seluruh surah tersebut merupakan sifat Allah bukan makhluk lain.

Ketiga: Ia muwafaqat dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tidak ada mazhab akidah baik Asya’irah, Maturidiyah mahu pun Athariyah
yang beri’tiqad bahawa surah al-Ikhlas merupakan sifat Nabi Muhammad dan
Baginda merupakan Penjelmaan Allah, Penzahiran Allah, Identiti Allah, atau
Gambaran Allah. Tidak ada ahli tafsir dalam kalangan Ahli Sunnah wa Jama’ah

41
SIDANGKALAM

yang menafsirkan Huwa, Ahad, as-Samad dan seterusnya sebagai isyarat


kepada Nabi Muhammad.

Bertaqwalah.

Keempat: Masih sesuai dengan asbabun nuzulnya.

Bolehlah diselongkar segala kitab-kitab Asbab an-Nuzul, atau kitab-kitab


Tafsir dan buktikan di mana dan siapa yang menyebut suatu Asbab Nuzul yang
membolehkan seluruh surah al-Ikhlas ditakwil menjadi sifat Nabi Muhammad.

Nukilan daripada Tafsir ar-Razi ternyata diselewengkan oleh Ustaz Ibrahim bin
Masran hingga bercanggah teruk dengan kehendak penulis. Lain yang ditulis,
lain yang difaham. Memandai-mandai.

Sungguh menggeramkan!

Kelima: Masih sesuai kepada nama surahnya

Juga di sini nama ar-Razi dipetik dan kitab tafsir beliau dijadikan gula-gula
untuk bikin orang percaya bahawa “nama Surah al-Ikhlas membolehkan Huwa
ditafsir sebagai Muhammad” padahal ia terpesong jauh daripada kehendak
pengarang.

‘Kaitan’ yang dicanang-canangkan itu tidak lain sekadar takalluf melampau


dan mengada-ngada yang menatijahkan suatu kesimpulan sesat yang tidak
pernah dikenali umat selama 14 abad.

42
SIDANGKALAM

Adakah Ustaz Ibrahim menerima kasyaf mengenai Teori ‘Kaitan’ ini atau
adakah mana-mana wali yang mengajarkan beliau perkara bid’ah ini?

7. Ahli Hakikat Sebagai Pentahqiq Syariat.

Beliau berkata, “Sebenarnya Ahli Haqiqat tidak bercanggah dengan syari’at,


bahkan merekalah yang mentahqiqkan syari’at.”

Tahqiq apa bendanya? Ahli tafsir 14 abad tidak ada seorang pun yang menafsir
surah al-Ikhlas sebagai sifat Nabi Muhammad, tiba-tiba datang manusia seperti
Ibn Arabi dan al-Jili membawa fahaman-fahaman syadz dan batil, dan mereka
berdua pula dianggap pentahqiq syariat pula?

Jikalau benar pembahagian Ahli Syariat dan Ahli Hakikat ini, tolong namakan
mana-mana Sahabat Nabi, Tabi’in, Atba’ Tabi’in, Aimmah Mazhab,
Muhaddithin, Mufassirin, Lughawiyyin, yang berjaya menggapai maqam
Hakikat ini.

Senaraikan siapa, dan adakah ada dalam kalangan mereka yang mengatakan
Huwa Muhammad seperti orang-orang Wujudiyah Batiniyah?

Jika martabat Ahli Hakikat ini begitu hebat - “pentahqiq syariat” - sudah pasti
ilmuan kita akan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya, mereka tidak akan
berpuas hati dengan status Ahli Syariat yang lebih rendah itu.

Tapi itulah...kenapa para aimmah yang terkenal masyhur semuanya Ahli


Syariat? Manakala Ahli Hakikat terpaksa bersembunyi menyebarkan ilmu

43
SIDANGKALAM

hakikat mereka, dengan bahasa kabur dan tafsiran ganjil. Terpaksa


berselindung di sebalik slogan poyo seperti “maqam kami tinggi..” dan “anda
bukan ahli…” serta “ilmu ini haram untuk kamu, halal untuk kami…” dan
banyak lagilah.

Ada banyak lagi nak tulis, tapi di lain masa, insya Allah. Semoga Allah
mengampuni kita semua.

Terima kasih.

-TAMAT-

44

Anda mungkin juga menyukai