Anda di halaman 1dari 131

Novel : Tunang Ku Tidak Tampan Nukilan :Syabab musafir kasih Part 1 -----Kaunselor yang gagal menasihati seorang pelajar

yang penuh kes disiplin akhirnya mengalah dan give up. Kaunselor: "Sudahlah awak. Tak guna saya nasihat awak. Awak bukan nak ikut pun. Suka hati awaklah nak berhenti sekolah. Awak boleh keluar dari bilik saya sekarang." Pelajar: "Baik." Pelajar terus melangkah keluar. Digalasnya begnya yang kosong. Bukan ada buku sekolah pun. Tekad. Nak berhenti sekolah hari tu jugak. Penat sudah dengan bebelan para guru dan kaunselor. Mereka bukan nak menasihati. Cuma pandai membebel dan meleteri. Ah, malas nak fikir lagi. Getus hati sang pelajar. Terserempak dengan JAGA di pintu pagar sekolah. Disapa ringkas. Jaga: "Dah nak pulang?" Pelajar: "Nak berambus dari sekolah ni!" Jaga: "Jangan ikut hati sangat." Pelajar: "Eh, kau tu jaga je. Banyak cakap plak! Dahlah! Pergi buat keje murahan ko tu!" Jaga: "Okay boleh aku sambung keje aku. Tapi aku nak tanya ko satu soalan dulu."

Pelajar: "Hah, apa dia?!" Gertak si pelajar. Jaga: "Apa benda yang paling kau suka buat?" Pelajar: "Hah?!" Jaga: "Okay, kau tak payah jawab soalan aku ni. Ko je tahu apa yang ko suka dalam hati kau. Aku cuma nak cakap, SEGALA APA YANG KAU SUKA TU ada di SYURGA. Malah, lebih best dari tu." Pelajar: "Apa kau merepek ni?! Dah aku cau dulu! Gile punya jaga." Jaga cuma tersenyum. Malamnya, pelajar tu termenung sendirian. Berfikir satu demi satu kata-kata guru dan kaunselor. Akhir sekali kata-kata si jaga sampai di fikiran. "Segala yang aku suka, ada di Syurga. Malah, lebih best..." Lama difikirnya. Sampai tak boleh tidur.

Part 2 -----Pelajar yang tidak dapat melelapkan mata tadi bingkas bangun. Dicapainya suis motor 125z milik arwah abangnya. Jam menunjukkan pukul 12.30 tgh malam. Dipecut motor semahunya. Destinasinya sekolah yang telah ditinggalkannya siang tadi. Sampai di pagar sekolah. Dipanjatnya pagar sekolah. Tiba-tiba terdengar suara berkata-kata di sebelahnya,

"Pagar tak kunci pun, masuklah. Pencuri je dilarang masuk. Pelajar tade masalah." Dijegilnya mata pada orang yang berkata-kata. Jaga siang tadi. Pelajar dengan helmet di tangannya terus menerpa pada si jaga yang berumur dalam lingkungan 25-an. Pelajar: "Ko bagitau aku balik apa makna kata-kata ko siang tadi?! Kalau tak, pecah kepala ko malam ni!" Helmet diacu tinggi pada abang jaga yang lebih rendah daripadanya. Jaga: "Oh..yang tadi. Kenapa?" Pelajar: "Banyak tanya plak mamat ni. Ko bgtau je la!" Jaga: "Maksud aku, kalau contohnya ko suka tidur, ko suka berpacaran, ko suka hisap rokok. Semua tu ko akan dapat di Syurga. Itulah maksud aku segala apa yang ko suka, ko akan dapat di Syurga." Pelajar: "Pale otak ko! Mana ada orang macam aku boleh masuk Syurga! Cikgu pun tak suka! Mak bapak pun tak suka!" Jaga: "Adakah Tuhan takkan offer ko Syurga wlpn ko dah buat macam-macam perkara yang Dia tak suka? Ko jawab soalan ni." Pelajar: "Hmm..." Jaga: "Selagi nyawa ko tak sampai di halkum, selagi itulah tawaran Syurga tu masih dibuka untuk ko." Pelajar: "Okay, ko bgtau aku sekarang jugak macam mana aku nak dapat Syurga.." Jaga: "Baik..dengar sini baik-baik..aku akan hanya cakap sekali sahaja."

Part 3 -----Langkahnya dipercepatkan. Hari ini dia kembali menyarung pakaian seragam sekolahnya. Geli rasanya nak pakai. Kalau diikutkan hati, mahu terus dibakar saja. Tapi hasutan abang jaga menghantui fikirannya. Mencengkam hati dan perasaannya. Mata-mata para pelajar lain tertumpu pada dirinya. Hairan. Mungkin dalam hati mereka mencongak-congak, "Ah, si gila ni datang lagi ke sekolah. Tak cukup lagi ke dengan ko tumbuk muka guru disiplin tempoh hari!" Dipersetankan pandangan-pandangan orang sekeliling. Apatah lagi pandangan guru-guru yang penuh sinis benci padanya. Semua tu tidak dipedulikannya. Lantaklah. Berjalan ke medan perhimpunan. Hari tu ada sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tentatif program cukup membosankan. Dah regular sangat sambutan ni. Tak ada kelainan pun getus hatinya. Dah 6 tahun di sekolah tu. Tahun depan, STPM. Tibalah masa pengerusi majlis memanggil wakil pelajar merangkap Ketua Umum pelajar untuk memberikan ucapan. Saat Ketua Umum melangkah ke depan, tiba-tiba disekat oleh si pelajar.

"Budak skema, ko diam hari ni boleh? Biar aku yang cakap. Aku dah meluat dengar ucapan ala bodek tu." Dengan isyarat buku lima atas muka. Terdiam Ketua Umum tak terkata apa. Perhimpunan jadi hingar bingar dengan suara para pelajar tiba-tiba. Guru-guru jadi misterius apa yang telah terjadi. Dalam hiruk-pikuk, si pelajar melangkah ke depan pentas perhimpunan. Guru-guru sampai ada yang berdiri dengan tindakan si pelajar. Pelajar tak hiraukan para guru dan para pelajar. Dicapainya mikrofon dari pengerusi. "Salam hari guru semua. Maafkan saya andai bertindak kurang ajar hari ni. Tapi, ada sesuatu saya nak sampaikan pada semua orang khasnya guru-guru di depan ni. Selama ni, saya akui saya silap. Memang saya nakal, saya kepala gengster di sekolah ni. Sayalah yang menimbulkan ketidaksenangan banyak pihak dalam sekolah ni. Tapi hari ini, bersaksikan semua yang mendengar hari ini, saya mahu pulang. Pulang ke pangkal jalan. Saya pohon ihsan dan hati budi semua orang, beri saya satu lagi peluang. Peluang terakhir. Saya pohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya selama ini. Saya bodoh dan saya jahil. Saya bangang dan saya melampau. Andai saya dah minta maaf ni pun masih ada yang membenci, masih ada yang mencaci, saya tak mampu nak ubahkan hati anda semua. Hati saudara saudari, bukan saya yang pegang.

Tuhan pun bersifat al-Rahman dan al-Rahim. Maha Pengasih, Maha Penyayang. Beri keampunan, beri kemaafan. Adakah kita lebih mulia dari Tuhan sehingga enggan menerima kemaafan? Jika ucapan maaf tidak cukup, hari ini saya sanggup buat lebih dari itu depan anda semua." Lantas si pelajar merendahkan diri. Berlutut di hadapan para guru dan para pelajar! Dalam hatinya bergejolak menahan amarah dan egonya sendiri. Namun kerana kata-kata seorang jaga malam tadi, ditabahkan hati. Diluntur segala rasa malu. Permohonan maaf tidak pernah melunturkan maruah seseorang.

Part 4 -----Mulai detik Hari Guru tu, tiba-tiba nama si pelajar menjadi HOT di sekolahnya. Apa tidaknya, tindakannya mengundang tepukan gemuruh pelajar-pelajar dan segelintir guru-guru. Teringat lagi kata-kata pertama dari abang jaga padanya, "Buang saja rasa malu untuk dapatkan Syurga. Gadai saja egois di dunia, bila benar mahu ditabik di akhirat." Kini, bila beliau berjalan ke kantin sekolah, pasti ada pelajar-pelajar menengah rendah akan memanggil-manggil namanya, "Bro Zam!" "Taiko!" "Abang Zam!" Ah, lantaklah nak panggil apa. Hari ini ada kelas MUET. Sudah 4 hari berlalu, Zam tidak lagi ponteng sekolah seperti dulu. Pakaiannya dikemaskan. Rambutnya

dirapikan namun masih panjang sedikit dari pelajar lain. Guru disiplin masih tidak berani menegur dirinya. Cuak agaknya takut kena sedas lagi penumbuk free. Teacher masuk ke kelas. Selama 5 bulan di tingkatan 6 ni, belum pernah teacher berumur 25 tahun itu senyum padanya. Mungkin termakan hasutan guru-guru lain yang melihatnya sebagai pelajar bermasalah. Pandangnya pun tidak. Langsung tidak dihiraukan seolah dipulau dalam kelas sendiri. Teacher mulakan penerangan dan pengajaran P & P. Speaking English dari awal sampai akhir. Guru tanpa pengalaman memang macam tu, tunjuk terer depan pelajar. Zam langsung tak faham. Sungguh, dia memang tak faham. Zam angkat tangan dan berdiri, "Teacher, sorry. Saya tak faham." Teacher meneruskan pengajaran tanpa menghiraukan beliau yang berdiri. Zam yang memang cepat bengang menaikkan sedikit suara, "Teacher, berdirinya saya di sini adalah sebab saya tak faham!" Teacher terkejut. Kecut juga sebagai seorang guru perempuan berhadapan dengan pelajar gengster macam Zam. "You tak faham sebab you tak tumpukan perhatian. Saya nak habiskan silibus kita ni dan tak ada masa nak layan gurauan bodoh awak ni." Zam merah muka. Tahan amarah. Tiba-tiba teringat kata-kata sang jaga lagi. Terus dia tahan semahunya hatinya yang memberontak. Dia jawab balik, "Teacher, sepanjang teacher masuk kelas tadi sampailah teacher jawab pada saya tadi, demi Tuhan, saya tidak bercakap dengan sesiapa dan hanya menumpukan pada apa yang teacher cuba sampaikan. Maaf, saya nak berterus-terang, saya langsung tak faham apa yang teacher ajar. Izinkan saya bagi cadangan, kalau

boleh teacher terangkanlah sikit-sikit dalam bahasa Melayu. Bukan semua dalam kelas ni terer English macam teacher." Teacher merasakan jawapan si pelajar tu agak kurang ajar. Terus dihempasnya buku Muet di tangannya pada meja. "Awak keluar sekarang dari kelas saya dan berdiri di luar sampai habis masa saya! Now!" Zam keluar berdiri dengan tenang. Dibawanya sehelai kertas A4 dan pen. Ditulis pada kertas tersebut, "Saya tak faham, saya bertanya, dan saya didenda." Zam pegang kertas A4 tu macam pegang mini-banner di luar kelas. Macam demonstrasi jalanan. Tenang sahaja. Pelajar-pelajar kelas lain semua pakat keluar kelas dan tengok ke arah kelas Zam. Ada yang menjenguk dari pintu dan tingkap kelas. Ada yang angkat ibu jari signal LIKE. Ingat ni facebook ke apa. "Bila hati tidak gentar pada kebatilan, maka terserlahlah kebenaran. Mana mungkin hati yang meronta-ronta inginkan Syurga, tiba-tiba takut menyatakan kebenaran? " Itu antara kata-kata jaga yang masih kuat diingatinya. Teacher yang belum berkahwin itu bengang. Laju dia keluar dari muka pintu kelas menuju ke arah Zam. Di tangannya buku Muet yang tebal beratus muka surat. bersambung...

Part 5 -----Pang!!!

Tamparan buku disepakkan ke muka pelajar lelaki itu. Kuat. Laju dan padu. Terpelanting muka pelajar itu ke bahagian tingkap kelas. Pecah sekeping cermin tingkap nako. Darah mulai menitik keluar dari kening dan pipinya. Terguris. Luka agak dalam. Guru muda itu mulai menggigil tangannya. Hampir terjatuh buku di tangannya. Panik. "Sorry. Sorry." Dia meluru untuk menyentuh kepala pelajarnya itu. Terus ditahan sang pelajar. "Jangan sentuh saya." Dia bertegas tidak mahu sesiapa pun datang dekat. Menekapkan tapak tangannya ke bahagian luka. Separuh mukanya. Berlalu ke dalam kelas, ambil begnya. Berjalan ke parkir motosikal. Para pelajar termasuk pengetua keluar dari bilik darjah. Cuba melihat apa yang berlaku. Sekali lagi watak si pelajar menjadi popular dalam masa yang singkat. Dihidupkan enjin motosikalnya. Hatinya kecewa dalam diam. Kecewa kalau itulah sikap amarah para guru tanpa batasan. "Tunggu! Biar saya bawa awak ke hospital." Teacher berumur 25 tahun itu cuba menyekat si pelajar. Dicabutnya kunci motosikal macam polis trafik. "Bak balik suis motor saya. Sebelum saya buat gila kat sini, cepat bagi." Suaranya perlahan tapi garang. Seakan bom masa. Tunggu masa saja nak meletup. Lantas menyambung, "Jangan risau. Demi Tuhan, saya tidak akan bawa kes ni ke balai polis atau mencemarkan nama baik sekolah. Saya tak akan biarkan kementerian tukar teacher ke sekolah lain atau diambil tindakan. Saya maafkan segala yang dah

berlaku. Nabi pun maafkan musuhnya. Inikan saya seorang pendosa. Jadi, tolong jangan halang saya. Saya cuma nak balik rumah. Supaya saya tak lepaskan kemarahan saya di sekolah." Guru muda itu tergamam seketika. Tak disangka itulah jawapan yang akan terpacul dari seorang pelajar yang disangkanya budak mentah dan berhingus. "Ma..maaf..maafkan saya.." Guru itu gugup dan terketar-ketar lidahnya dalam menuturkan kata. Dicapainya kunci motor dari tangan si guru. Ditolaknya motor sampai ke luar pagar sekolah. Dihidupkan dan memecut laju dari situ. Berhampiran dengan pintu pagar, sang guru masih tercegat berdiri di situ. Air matanya menitis laju. Kesal dengan perbuatannya sendiri. Kecewa dan sedih. "Perlukah aku jadi sekejam itu?" Si jaga menghampiri teacher. "Cikgu, cuaca panas ni. Baliklah ke kelas cikgu." Teacher tiba-tiba bersuara dalam serak tangis, "Tuhan ampunkan saya tak?" Si jaga terdiam seketika. Lantas menjawab, "Insya-Allah. Bergantung kepada selama mana kamu sanggup menitiskan air mata di hadapan Allah sungguh-sungguh. Ramai orang buat salah. Tetapi, mereka tidak menangis menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan seakan-akan langsung tidak timbul rasa bersalah. Jika tak mampu menangis dengan mata zahir, biarlah hati itu yang mengeluarkan air mata. Mohon ampun dengan Allah itu bukan sekadar cukup syarat.

Ustaz suruh buat solat taubat, kita buat. Tapi dalam hati, tidak ada rasa penyesalan. Apa hasilnya? Hasilnya, Allah tahu permintaan taubat seseorang itu tidak sepenuh hati. Bila separuh hati, taubat itu tidak lagi bererti. Cikgu boleh buka al-Quran, tengok Surah ali Imran ayat 135 hingga 136. Di sebalik ayat-ayat itu ada cerita yang menarik. Kisah seorang pemuda yang ingin bertaubat, berjumpa Rasulullah sehingga Baginda terkejut dengar dosa yang telah dibuat. Dosanya adalah menyetubuhi mayat seorang gadis. Namun, akhirnya Allah jua yang menerima taubat dosa besar si pemuda itu." Guru itu tunduk. "Tapi, saya dah buat salah pada pelajar saya tu. Dah cederakan mukanya." Si jaga terdiam lagi. Lalu menyambung, "Biar orang tak maafkan, kita tetap kena minta maaf. Hati sekeras batu sekalipun lama-lama akan lekuk juga bila air menitik berterusan ke atasnya. Air itu adalah keikhlasan dan kesungguhan." Guru muda itu terus berpaling meninggalkan pengawal sekolah. Berlari ke bilik air. Menangis tak henti-henti. Pelajar lelaki itu telah tiba di rumahnya. Usai mencuci luka dan meletakkan ubat. Pedih tak terkata. Dilihatnya wajah di cermin. Mungkin parut itu kekal. Rupanya dah tak seperti sediakala. Parut di hati pula seakan selamanya.

Part 6

-----"Sampai hati awak sebagai seorang guru buat anak saya macam ni!" Makcik tua itu membentak lantang suara. "Maafkan saya, puan. Maafkan saya..saya betul tak tahu akan jadi seperti ni.." Teacher mulai menangis. Kedua kakinya menggeletar kuat. Lutut goyang. Entah mampukah lagi bertahan. "Awak kena bertanggungjawab! Tengok muka dia! Saya tak pernah tampar anak saya sampai cedera. Tapi, dapat dekat awak, terus berparut kekal! Apa ni?!" Suara makcik makin kuat. Teacher tak mampu lagi bertahan. Terduduk sendiri. Digapainya kedua-dua tangan makcik. "Ampunkan saya, puan..Saya bersalah. Saya mengaku salah. Tolonglah maafkan saya. Puan nak saya bayar kos pembedahan untuk anak puan, saya sanggup keluarkan seluruh simpanan saya dan buat pinjaman. Janji puan maafkan saya dunia akhirat." Teacher mulai merayu. "Ingat anak saya tu barang mainan ke boleh dibayar dengan duit? Bukannya tak sakit anak saya tu lalui pembedahan. Ingat main-main ke masuk hospital. Buang masa. Dahlah anak saya tu tengah belajar. Ketinggalan masa dia di sekolah pula kalau operate. Tak boleh. Saya cuma akan maafkan kalau awak sanggup buat apa yang saya suruh ni." Teacher mulai bersuara serak-serak. Lekat di tekak suaranya. "Katakan saja puan, saya sanggup.."

"Betul ni?" "Betul!" "Sungguh ni?" "Sungguh!" "Tak menyesal?" "Tak!!" "Baiklah. Saya nak awak nikah dengan anak saya tu." Teacher tergamam. Hampir rebah. Hampir pitam. Tak terkata apa. "Tapi...tapi.." "Tak ada tapinya lagi. Awak dah setuju tadi. Deal. Habis tingkatan 6, saya akan hantar rombongan meminang. Kita tunang dulu." Teacher terus menangis sepuasnya. Nak dirayu tapi dia tahu tak berguna lagi. Siapa sangka dirinya kena nikah dengan pelajarnya sendiri. Dia tiada pilihan. Itu saja pilihan yang ada. Itu saja caranya baru keluarga pelajarnya maafkan dirinya. Tiba-tiba pandangan di hadapannya gelap. Rebah. ** "Teacher..! Teacher! Bangun!" Aku terus terbangun. Membuka mata luas-luas. Eh, mana makcik tadi? Eh, kenapa satu bilik guru pandang aku semacam?

"Teacher dah kenapa? Mengigau teriak 'tak nak! tak nak!'" Ish! Aku mimpi rupanya. Subhanallah. Aku ingatkan betul-betul terjadi tadi. Mengucap panjang sekejap. Lega sungguh. Betul-betul lega macam baru dapat lesen P ujian memandu. Dalam kepala terdetik. Kalau di akhirat kelak, dengan bekalan dunia yang tak seberapa bawa ke sana. Merayu-rayu depan Allah supaya tak dimasukkan ke neraka dah tak berguna lagi. Bila seluruh anggota tubuh sendiri jadi saksi dan jurucakap terhadap setiap satu dosa-dosa kita. Rayuan untuk kembali ke dunia tidak diendah lagi. Andai nak merayu Allah, merayulah di dunia mulai detik ini!

Part 7 -----Pukul 2 pagi. Zam memecut motornya ke kawasan sekolah. Dia mahu bertemu abang jaga. Ada benda yang dia nak tanyakan. Pedih di muka masih terasa. Luka masih baru. **

"Aku harap kau boleh jawab soalan aku ni." Zam duduk bertenggek di motornya. Menghadap si jaga. Telah dianggapnya si jaga itu seolah-olah gurunya. Guru kamceng sampai boleh cakap macam adikberadik. Abang jaga menggosok janggutnya yang tak berapa panjang. "Silakan." "Kau nampak aku dah baik tak sikit?" "Adalah sikit. Maksud aku, kau dah tak tibai pelajar lain tu dah cukup baik. Ke sekolah pun dah rajin." "Kau yakin aku dapat Syurga?" Abang jaga terdiam. "Aku bukan Tuhan untuk jawab soalan tu. Tapi, selagi kau lurus hati berubah kerana Allah, maintain jadi baik, sabar hadapi segala dugaan, buat apa yang Allah nak dan tinggalkan yang dilarang..insya-Allah, kau ada harapan. Meski aku sendiri pun belum tentu ahli Syurga. Entah-entah sekarang sudah tertera label ahli neraka di muka. Malaikat duduk kutuk dan cerca. Siapa tahu." Zam menghela nafas pendek. Mendongak ke langit. Bulan tampak jauh di atas bercahaya. "Macam mana luka kau? Aku tengok dalam juga tu. Kenapa tak jahit saja?" Zam menoleh menatap mata abang jaga. "Okay. Esok lusa surutlah luka ni. Nak jadi ahli syurga kena sabar, kan? Jadi aku fikir, luka ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa lepas aku. Apalah sangat ni. Mujur Allah tak balas lagi dahsyat. Accident ke. Patah tulang ke. Tsunami ke.

Biarlah. Tak mengapa. Sekurang-kurangnya aku ingat benda ni sampai akhir hayat. Setiap perbuatan buruk, dibalas buruk." Abang jaga bertanya lagi, "Habis muka dah tak hensem kau okay ke?" Zam senyum kambing. "Apa kau ingat aku nak jadi model ke nak hensem-hensem? Aku nak jadi ahli Syurga. Itu cita-cita aku. Muka hensem tak ke mana. Iman hensem, pasti dihensemkan berjuta kali ganda di Syurga." "Habis, kau tak nak gadis-gadis suka dekat kau?" "Tak penting. Gadis yang suka lelaki semata-mata kerana wajahnya, bukan gadis yang tulus hati. Gadis pandang duit, harta dan kerja, tu gadis materialistik. Yang pandang rupa, tu gadis rupalistik. Poyolistik. Pergi matilistik. Plastik." Abang jaga tergelak sendiri. Agak matang pemikiran budak lelaki di depannya. "Berfalsampah kau ya." "Beritahu aku, bagaimana jalan ke Syurga?" Abang jaga tersenyum melihat kesungguhan lelaki di hadapannya. "Ada syair yang dilantunkan oleh pelajar Imam Ahmad bin Hanbal kepada beliau. Hingga buat beliau menitiskan air mata. Aku ingat sikit saja. Maksudnya lebih kurang begini; 'Jika Tuhanku bertanya padaku, Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku? Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku,

Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa.' " "Hm..baik. Aku dah faham. Ajarkan aku solat taubat. Boleh? Aku dah bawa 2 sejadah." Lalu Zam hamparkan sejadah menghadap kiblat di tapak perhimpunan sekolah. Kedua-duanya mengambil wuduk. Abang jaga imamkan. Diajarkannya niat dalam bahasa Melayu, 'Sahaja aku solat sunat taubat kerana Allah Ta'ala.' Membaca al-Fatihah dan surah lazim yang ringkas di kedua-dua rakaat. Rukuk dan sujud penuh khusyuk. Di setiap sujud dilamakan sedikit kerana di setiap sujud itulah saat paling mustajab doa hamba dengan Tuhannya. Dua insan memohon keampunan penuh khusyuk di hening malam. Zam menitiskan air mata ketika solat. Sungguh, ini julung kali dirinya melakukan solat taubat. Ada beza besar antara manusia yang menghadap Tuhannya dengan rasa dirinya berdosa dengan manusia yang ego berjumpa Allah dengan rasa 'kerana solat itu wajib, maka aku tunaikan solat.' Solat fardu kerana ianya wajib semata-mata tanpa hati merasakan kehadiran Allah. *** Paginya, Zam ke sekolah seperti biasa. Sudah berada dalam kelas. Kawan-kawan dan pelajar lain melihatnya macam orang asing. Jadi tumpuan macam selebriti. Zam taiko sekarang dah betul-betul taiko. Dengan muka berparut. Nampak gengster. Nampak makin garang. Seorang kawan dalam kelasnya, budak usrah. Menyapa lembut Zam. "Pedulikan dorang. Bagi aku, kau macam Ghuraba' " Zam menoleh tajam. Budak kaki usrah tu takut juga pandang matanya.

"Ghuraba' tu apa?" "Oh. Ghuraba' tu maknanya orang asing yang cintakan Islam. Yang berjuang ikut al-Quran dan Hadis hingga terbunuh di jalan Allah. Islam itu bermula macam satu benda yang sangat asing pada pandangan masyarakat kafir sedunia. Kemudian, ianya berkembang pesat jadi sinonim. Kemudian, akhir zaman Islam kembali dagang atau asing. Orang yang terima Islam dipandang pelik. Orang yang tolak Islam makin ramai. Heh. Zaman kita inilah." Zam menepuk-nepuk bahu kawannya tu. Senget sebelah bahu sang member. Zam tegap orangnya. Si budak usrah agak lembik. "Tengkiu. Nanti aku belanja kau air sirap rehat nanti." Masa Bahasa Inggeris. Teacher melangkah masuk ke kelas. Pelajar semua bangun memberi salam hormat dan membacakan doa sebelum belajar. Teacher memakai shawl halfmoon warna pink. Dalam tengah berdoa, dia cuba memandang ke arah Zam. Cuba melihat wajahnya. Perasaan bersalah makin menebal. Ingin sahaja dia masuk kelas tadi, terus nak berjumpa Zam dan menanyakan keadaannya ok ke tak. Mata teacher sedikit merah. Semalaman dia tak dapat tidur. Fikir tentang lelaki ini. Kebetulan Zam pun terpandang teacher. Mata bertentang mata. Teacher teringatkan mimpinya. Teacher berdebar-debar kuat.

Pelajar semua dah duduk selesai berdoa. Teacher masih lagi menadah tangan dan memandang tepat pada Zam. Zam bersuara, "Teacher, panjangnya doa teacher. Baca qunut ke?" Teacher cepat-cepat tersedar dari lamunan. Pelajar-pelajar terkekek-kekek melihat telatah guru mereka. Teacher merah padam muka. Malu.

Part 8 -----Teacher memeriksa homework setiap seorang pelajarnya. Sampai ke meja Zam. Buku tulisnya kosong. Dia berdiri. Segera dia meminta maaf dengan gurunya itu. "I'm sorry, teacher. Insya-Allah, won't repeat this again." Teacher memang tak nak marah pun. Kalau pelajar tu tak siapkan seluruh kerja sekolahnya setahun pun tak apa. Baginya, belum cukup untuk menebus dosanya terhadap budak lelaki di depannya itu. Bila Zam berdiri, ketinggiannya melebihi gurunya itu. Biasalah. Lelaki lagi tinggi dari wanita.

Zam tunduk pandang lantai. Teacher memerhati mata Zam dari sisi. Baru perasan alis matanya lentik juga. Zam mempunyai sepasang mata yang cantik. "Adoi, apa aku fikir ni! Duk perhati dia plak dah!" Teacher cepat-cepat geleng kepalanya secara tiba-tiba sambil pejam mata. Zam pelik melihat keletah gurunya itu. "Teacher okay ke?" Teacher cepat-cepat cover. Pipinya sedikit blushing. "Lain kali, siapkan tahu! Kali ni, saya maafkan. Kalau tak..." Kawan-kawan sekelas sambung ayat teacher ramai-ramai, "Kalau tak, teacher tampar!!" Gelak beramai-ramai. Zam jegilkan mata ke arah kawan-kawannya. Terdiam terus sekelas. Tak berani lawan lelaki terkenal panas baran tu. "Sorry, teacher jangan ambil hati ya." Zam minta maaf bagi pihak kelasnya. Teacher angguk tak mengapa. Kembali sambung mengajar. Dalam hatinya terfikir. Kenapa pelajar lelaki tu sangat tenang? Seolah-olah tak kisah apa yang berlaku pada dirinya. Tidak kisah mukanya sedemikian rupa. Dia tak tahu. Lelaki taiko itu dalam hatinya mulai ada agama. Ada iman yang mulai bersinar. ** Waktu rehat.

Zam minum di kantin. Belanja kawannya si budak usrah tu. Namanya Sufi. Sufi takut-takut untuk tanya Zam sesuatu. "Kau dah kenapa tengok aku macam tu?" Ditepuknya bahu Sufi. Sufi tersembur air sirap ditepuk Zam. "Err..err..kau nak tak join usrah?" "Usrah? Apa benda tu?" "Usrah ni semua orang boleh join. Orang Islam boleh, orang belum Islam pun boleh. Lebih kurang study grouplah. Cuma kita study bab iman, bab akidah, isu semasa. Study benda-benda yang membawa kita muhasabah diri. Kenal Tuhan. Group macam adik-beradik. Macam keluarga. Usrati jannati. Keluargaku Syurgaku. Aku kongsi cerita. Kau kongsi cerita. Dia kongsi cerita. Santai sahaja. Nak?" "Em. Okay. Aku join." Sufi tercengang sekejap dengar jawapan Zam. Tak disangka mamat brutal tu nak join. Kalau diajak kawan sekolahnya yang lain, liat bermacam alasan. Ni mudahmudah saja. Tiba-tiba suasana kantin hingar-bingar. Zam menoleh ke arah punca bunyi bising. Tak jauh dari tempatnya. Selang satu meja saja. Budak-budak lelaki form 5 sedang menyakat seorang pelajar perempuan. Zam agak budak tingkatan 4. Entah, dia tak kenal sangat. "Pergh. Lawa betul mak aih! Mintak no telefon la weh! Abang-abang ni semua baik-baik." Zam lihat budak-budak tu duduk perhati si gadis itu atas bawah. Mata lelaki. Miang.

Lantas dia campakkan gelas air sirapnya ke arah budak-budak tu laju-laju. Berderai air mengenai mereka. Mereka bangun ramai-ramai. "Woi!! Celaka mana buat ni?!!" Marah si kepala geng. "Mengaku cepat sebelum aku hentak kepala dengan kerusi ni!" Diangkatnya kerusi plastik. Ada dalam lima hingga enam pelajar lelaki. Pelajar lain mulai beransur menjauhi sikit. Ada yang tengok dari jauh. Tak nak terlibat. "Aku." Zam rileks sahaja bersuara. Masih lagi duduk di tempatnya. Sufi gigil di sebelah. Pucat lesi muka. "Mamat blacklist sekolah ni rupanya! Bangun kau lahanat!" Mereka bersuara makin lantang. "Ok. Aku bangun. Tapi, bila aku bangun nanti. Aku nak setiap seorang dari korang jangan cuba cabut dari tempat ni." Zam bangun. Berjalan ke arah mereka. Pelajar yang pegang kerusi tadi terus melibas kerusi plastik ke kepala Zam. Zam tahan dengan sebelah tangannya. Dirampas kerusi tu dari mamat tu. Dihempaskan kuat-kuat ke tiang kantin. Patah tiga kerusi plastik tu. "Korang nak tulang korang patah macam ni?" Zam genggam penumbuknya kuat-kuat. Mukanya bengis. Dengan parut di muka menambahkan perisa garang. Tak berganjak terus pelajar-pelajar lelaki itu untuk

rapat dengan Zam. Tapi, si ketua geng cuba ambil kerusi yang lain pula. Belum sempat dihayunkan kerusi kedua... Deshum! Sedas penumbuk hinggap padu ke muka ketua geng. Terpelanting mamat tu ke atas meja. Yang lain tak berani dekat. "Mari!" Mereka terdiam. Tak berani hadapi Zam yang nampak macam orang gila yang sedang amuk bagi mereka. "Mari aku fahamkan korang dengan buku lima. Kalau korang tak nak faham sangat mahalnya harga maruah seorang wanita! Apa korang rasa seronok memandang tubuh seorang wanita dari atas sampai ke bawah berulang kali walaupun berbaju?" Seorang dari mereka cuba menjawab, "Ustaz cakap pandangan pertama tengok wanita seksi or tengok aurat tu kan rezeki! Bodoh!" Zam dekati budak lelaki tu. Dicekaknya leher baju beliau. "Itu TERpandang secara tak sengaja. Sebagaimana Nabi Musa terpandang aurat bakal isterinya yang kainnya terselak dek angin. Bukan rezeki. Karut betul orang yang kata itu adalah rezeki. Sedangkan Imam Syafie pernah mengalami kejadian terlihat aurat seorang wanita secara tidak sengaja, terus beliau menangis semahunya. Menangis sehingga merasakan dirinya tidak layak lagi masuk ke Syurga!

Tapi pandangan korang ni sengaja! Pandangan gatal dan miang! Pandangan penuh nafsu! Apa jua dalilnya sekalipun tak mampu lawan suruhan Allah dalam al-Quran yang suruh tundukkan pandangan! Kau cari sendirilah dah kau semua budak pandai lagi intelek tak macam aku!!" Terkebil-kebil budak tu diteriak oleh Zam. Macam kena azan di telinga dengan tempikan yang kuat. Zam melepaskan genggaman baju budak lelaki itu. Mereka segera beredar bila lihat guru disiplin datang. Tinggal Zam tercegat di situ. Jeling ke arah guru disiplin. Guru disiplin tak berani sound Zam. Zam pergi ke arahnya, mengeluarkan beberapa note merah dari walletnya. Serahkan pada guru disiplin. "Maaf, cikgu. Kerusi tu saya ganti balik." Zam berlalu dengan Sufi ke kelas. Si gadis tadi tercegat berdiri memerhatikan Zam hingga hilang kelibatnya dari mata. Dalam hatinya, "Hero aku!" ** Sufi gosok-gosok belakang Zam. Seolah-olah memujuk hatinya tenang dan sabar. Sufi berkata perlahan, "Aku sokong kau. Teringat lagu Hijjaz;

Pandangan mata selalu menipu. Pandangan akal selalu tersalah. Pandangan nafsu selalu melulu. Pandangan hati itu yang hakiki. Kalau hati itu bersih.. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah. Jasad lahir tumpuan manusia. Utamakanlah pandangan Allah. Daripada pandangan manusia." Zam menoleh, "Tak pernah dengar. Bagi dekat aku lagu tu esok, boleh?" Sufi tersenyum. Tak tahu pula mamat ganas ni boleh nak dengar nasyid.

Part 9 -----"Macam biasa." Zam menghulurkan RM12.50 pada Abg Mael. Disambutnya sekotak Lucky Strike Plain. Abang Mael dah kenal lama Zam sejak awal sekolah menengah lagi. Start dengan rokok daun sampailah rokok 20 batang. Dah hafal rokok kegemaran Zam. Dulu dia dah larang budak tu beli, tapi diambilnya juga secara paksa dari kedai. Peliknya, budak Zam ni bayar walaupun diambilnya senyap-senyap dari cermin display rokok kedai. Nak tak nak, dibiarkan saja. Janji budak tu tak mencuri. Tu dah cukup bagus jika dibandingkan dengan budak sekolah lain atau mat pit yang kebas duit dan rokok di kaunter.

Zam berjalan ke motornya sambil ketuk-ketuk batang rokok di kotak rokok. Dia pun tak pasti untuk apa diketuknya. Yang dia tahu, dia tengok abang-abang dan pakcik-pakcik buat macam tu. Ditirunya. Nampak macam cool saja. Mungkin untuk mampatkan isi tembakau dalam rokok. Whateverlah. Dia bertenggek di motornya. Dengan baju sekolahnya. Dikeluarkan lighter dari poket seluar. Tekaknya terasa geli dan mual dari tadi. Tak sah kalau tak hisap. Gelisah. Dikepit sebatang rokok dan letak di pinggir bibir. Baru saja nak dicucuh, disapa satu suara. "Kalau merokok, tak merahlah warna bibir tu." Dia menjeling ke arah suara tu. Oh. Budak perempuan di kantin tadi. Tak dihiraukannya. Cantik macam Emma Maembong pun budak perempuan tu, dia tak kisah. Dia tak berminat. "Hai, kalau tadi awak selamatkan maruah saya. Bagilah saya peluang untuk selamatkan maruah seorang lelaki Muslim. Boleh?" Zam tak jadi cucuh. "Apa maksud kau?" Zam jegilkan mata. "Maksud saya, kalau lelaki tengok wanita secara tidak sopan pun mampu mencalarkan maruah seorang wanita. Apa sepuntung rokok tidak mampu mencalarkan maruah seorang lelaki? Saya rasa ianya tidak pernah menaikkan harga diri seorang lelaki. Tambah-tambah lelaki Muslim. Muslim. Muslim. Muslim tu orang Islam. Maksudnya, lelaki yang ada agama. Bawa agama. Maskot agama. Tak boleh dipisahkan dengan agama. Dia bawa agama tu sampai mati. Agamalah maruah diri seseorang. Tanpa agama, orang itu tiada maruah!"

Zam mengerutkan keningnya. "Tapi, ada ustaz kata ianya makruh. Tak haram pun. So, kalau tak haram, kenapa tak boleh?" Gadis fotogenik tu menjawab lembut, "Makruh maksudnya DIGALAKKAN meninggalkannya. Tak buat, lebih baik. Haram maksudnya WAJIB tinggalkannya. Kalau awak rasa ianya BAIK, saya cabar awak hisap rokok dalam masjid." Zam mendengus, "Aku belum gila nak hisap dalam masjid." Gadis itu jawab, "Kalau hisap dalam masjid dikatakan gila, apa hisap di luar masjid itu tidak gila? Adakah seseorang itu hanya bawa otak warasnya ke dalam masjid, kemudian keluar dari masjid dia buang terus otaknya? Hormat pada Allah ketika berada di rumah Allah. Tetapi keluar dari rumah Allah, hilang terus rasa hormat. Takkanlah Allah tertinggal di masjid semata-mata? See, maknanya dengan kata lain.. Kamu hinakan Allah secara tanpa sedar. Anggap Allah tak nampak apa yang kamu lakukan. Begitulah juga segala perbuatan lain, dalam masjid seolah alim ulama, keluar masjid hampir saja ditolaknya Islam!" Berdesing telinga Zam. "Jadi, kau nak aku buat apa? Mahal ni aku beli." "Eh, tahu pula mahal? Jual pada saya rokok tu. Saya bayar dua kali ganda. Kalau awak nak saya bayar 10 kali ganda pun saya sanggup.

Asalkan itu jadi kotak rokok awak yang terakhir." Diambilnya kotak rokok dari tangan Zam. Dibuang 20 batang rokok ke tanah. Dipijak-pijaknya penuh geram. Kotak rokok yang kosong itu diisinya dengan note RM50. Dikeluarkan pen dan ditulis sesuatu dalam bahagian dalam kotak rokok. Kaya betul minah ni dalam kepala Zam. Diberikan kembali pada Zam. "Awak simpan kotak rokok berisi duit ni. Tiap kali awak rasa nak merokok, awak buka balik kotak rokok ni. Tengok apa yang saya tulis tu." Gadis itu meminta diri pulang. Ayahnya dah sampai. Zam buka kotak rokok tu. Dibaca tulisan di dalamnya, "Orang yang dapat bantu saudara Islamnya yang lain adalah real hero! Gunakan duit dalam ni untuk jadi hero pada yang lebih memerlukan. Save Syrians & Palestinians. Dari, Cik Yuyu." Zam pandang gadis yang dah berada dalam kereta ayahnya. Gadis tu melambailambai tangannya pada Zam. Zam terlambai balik. Kemudian Zam marah dirinya sendiri, "Wei, apasal aku lambai plak?!"

Part 10 -----"Assalamualaikum. Selamat pagi.

Saya Cikgu Syabab. Saya baru diposting ke sekolah ini sejak minggu lepas. Hari ini baru lapor diri. Sepatutnya minggu lepas lagi datang, tapi ada masalah tak dapat dielakkan sikit. Mulai hari ini, saya akan ambil alih tempat guru kelas kamu yang telah bertukar ke sekolah lain. Oh. Saya juga telah dilantik oleh Majlis Jawatankuasa Sekolah ini sebagai penolong kepada Guru Disiplin kamu. Jadi, watch out. Sila patuhi undang-undang sekolah." Zam memandang guru baru itu sebelah mata. Dia tengok kawan-kawan perempuannya dalam kelas agak tergedik-gedik tengok cikgu lelaki muda ambil alih kelas. Fokus saja tengok muka cikgu. "Cikgu dah kahwin ke belum?" Tanya seorang pelajar perempuan. "Aha..belum. Saya dah try misscall banyak kali jodoh saya tu tak dapat-dapat. Luar coverage kot." Cikgu baru berseloroh. Pelajar-pelajar perempuan gelak cover-cover. Sopan santun gitu. Seronoklah tu. Zam mata ke atas. Menyampah. Satu masa dihabiskan dengan sesi taaruf pelajar dengan guru baru. Sampai giliran Zam taaruf, loceng pun berbunyi. Kringgg!! "Oh, masa dah habis. Tak sempat nak habiskan sesi suai kenal kita. Tapi, tak mengapalah. Banyak lagi lain kali, kan?" Teacher kelihatan sudah menanti di luar bilik darjah. Dah sampai masa Bahasa Inggeris. Cikgu Syabab mengerling ke luar kelas.

"Tu cikgu awak ke?" "Ya, teacher kami! Cantik kan dia? Macam model teacher kita tau. Kalau nak tahu, teacher memang model tudung online dekat facebook pun." "Huhu. Subhanallah. Saya ingatkan student sini datang nak ambil result SPM. Nampak macam student." Pelajar semua bangun, beri salam hormat keluar kelas pada Cikgu Syabab. Cikgu Syabab berselisih dengan teacher di luar bilik darjah. "Masa awak, ya?" Tegur cikgu lelaki berumur baya-baya teacher itu. "Yup. Awak ni cikgu baru sini ya?" "Ya. Saya Syabab. Awak?" Teacher memperkenalkan diri serba-sedikit di luar kelas kepada cikgu baru itu. Kedua-duanya tersenyum mesra. Cikgu baru itu berbunga-bunga rasa melihat si teacher. "Dah 10 minit ni. Teacher kita tu nak masuk ke tak nak?~~" Zam laung dari dalam kelas. Teacher tersentak. Cepat-cepat minta diri masuk mengajar. Zam menyampah kuasa tiga. Entah kenapa. Bukan dia nak menyampah sangat. Tapi. Ah. Lantaklah. Persetankan. Dia ada cita-cita lagi penting untuk difikirkannya. *** Lepas masa rehat. Zam masuk ke kelas. Dia rasa macam tak sedap hati.

Tak lama kemudian, guru-guru disiplin berserta barisan pengawas sekolah datang mengerumuni kelasnya. Sah. Spot-check. Guru disiplin tahu rambut Zam panjang. Tapi beliau tak berani dekati Zam. Beliau kenal siapa Zam di sekolah. Tahun dulu, tayar keretanya dibocorkan keempatempat. Beliau tak pasti angkara siapa, tapi macam boleh agak siapa yang buat. Sebab dulu beliau pernah rampas tali pinggang rock si Zam. Enggan cari pasal. Guru disiplin itu menyerahkan tugas memeriksa rambut pelajar lelaki kepada penolongnya si guru baru, Cikgu Syabab. Cikgu Syabab tanpa berlengah lagi menjalankan tugasnya dengan tegas. Strict. Dengan mesin rambut di tangannya. Zam tak dapat lari dari cikgu baru tersebut. "Awak ni rambut panjang sangat ni. Ni datang sekolah nak mengurat ke apa ni rambut macam ni? Nak tunjuk dekat pelajar perempuan?" Sambil diramas rambut si Zam. Zam menahan kesabaran. Buku limanya digenggam kuat di belakang badan. Kalau dulu, dah diterajang guru disiplin jika sampai menyentuh rambutnya. Tapi, kali ini dia cuba fokus pada impian murninya untuk jadi ahli Syurga. Dia kena ikut kata-kata abang jaga. Kebetulan teacher lalu kelas tingkatan enam. Dilihatnya keadaan Zam. "Ni kenapa ni dengan muka awak? Gaduh ke apa?" Teacher terdengar suara cikgu baru itu agak keras memerli Zam. Sedih. Cikgu baru itu tak tahu itu adalah kerana dirinya. Teacher hanya mampu melihat dari celah tingkap. Cikgu Syabab potong rambut Zam sampai botak. Dari luar teacher nampak Zam merah mukanya. Nampak matanya berkaca. Entah geram atau sedih.

Pelajar-pelajar dalam kelasnya cuma diam lihat Zam dibotakkan. Lalu pelajar tingkatan 4 dan 5 berhampiran kelasnya. Mereka menertawakan Zam. "Wooo Zam Taiko kepala botak! Zam botak!" Teacher segera memarahi mereka. Suruh mereka beredar masuk ke kelas. ** Zam ke bilik air. Basuh kepalanya. Teringat kata-kata abang jaga, "Dalam perubahan, perkara pertama sekali orang itu akan diduga adalah kesabarannya. Jika diri kita salah, kita kena akui kita salah. Kita kena sabar akuinya salah. Seperti orang buat salah, dihukum penjara. Maka, dia kena sabar berada dalam penjara untuk tempoh sekian-sekian. Admit salah juga salah satu dari kesabaran. Satu kemanisan iman." Rasa macam nak menitis air matanya menahan sabar. Lantas teringat lagi kata abang jaga, "Ada seorang alim berkata, siapa saja yang berjuang menundukkan jiwanya dengan memaksa dirinya untuk menangis, maka sesungguhnya Allah telah memberikan hidayah kepadanya agar dapat menangis. Allah lah yang memberikan taufik kepada dirinya dalam melakukannya. Air mata itu turun dengan izin Allah. Allah yang suruh ianya keluar supaya hati jadi lembut. Orang beriman itu menangis di dunia. Orang beriman itu akan paksa juga diri mereka menangis semahunya meratap sujud pada Tuhannya. Agar diampuni segala dosa mereka tidak kiralah melalui ujian langsung di dunia atau Allah

ampunkan terus dengan rahmat-Nya.

Ramai orang ego untuk kembali taat kepada Allah menangis di dalam neraka. Tangisan mereka lebih menyayat hati dan kekal lama di dalamnya bersama api yang menyala-nyala. Mana yang kau nak, Zam? Menangis di sini atau di sana?" Sejurus selepas itu, lelaki itu dilihat tertunduk menangis semahunya di dalam bilik air. Barulah dia rasa, bukan mudah menggapai Syurga. Jalannya ada, tapi tidak semudah bicara.

Part 11 -----Waktu balik sekolah. Ramai pelajar dah balik. Zam lalu di tepi musalla. Dilihat ada beberapa pelajar tengah solat berjemaah. Sufi pun tengah solat sekali. Seingatnya, masa tingkatan 1 pernahlah dia solat sekali dua di musalla tu. Lepas tu, dah tak solat sampai sekarang. Rasa rindu. Rindu nak bersolat dalam musalla. Dia pun pelik. Kenapa sekarang hatinya cepat tersentuh? Tengok sejadah, masjid, tempat solat, surau dan dengar azan, hatinya jadi sebak. Namun, dalam diam dia akui dia suka dengan perasaan seperti itu. Sekurang-kurangnya hati tidak sekeras dulu.

Sedang dia mencongak-congak nak masuk musalla ke tak, disapa orang di belakangnya. "Masuklah. Allah sedang menanti, kan?" Dia berpaling terkejut. Oh. Cik Yuyu. Gadis kiut, cantik, awesome, gojes, flawless dan segala jenis perkataan yang berkaitan dengan jelita memang padan dengan Cik Yuyu. Zam cepat-cepat alih pandangannya ke tempat lain. Seolah-olah tidak sudi melihat wajah Yuyu. "Orang macam aku ni, layak ke bersama-sama orang baik-baik macam kau, macam mereka?" Yuyu tersenyum. "Penghuni Syurga itu bukannya tidak pernah buat dosa. Bukan semuanya maksum seperti Nabi dan Rasul kan?" Zam berkerut kening. Trademarknya. "Maksud kau?" "Maksud saya, Syurga itu hanya untuk orang yang sudi menerima Allah sepenuhnya. Sebagaimana seorang suami atau isteri boleh terima kekurangan dan kelebihan pasangannya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Luar dan dalam. Zahir dan batin. Ramai orang kata mereka mengakui Allah itu Tuhan mereka. Tetapi perbuatan kita, perbuatan mereka tidak mencerminkan sebagaimana kata-kata. Bermadah manis di bibir saja. Berjanji yang indah-indah sahaja, tetapi saat menunaikan janji, hampa belaka.

Bagaimana seseorang itu boleh kata dia terima Allah, tetapi dia sendiri tidak bersolat? Dia sendiri tidak menutup aurat? Dia sendiri tak boleh berenggang pun dengan maksiat? Andai seseorang itu sudi sepenuhnya. Allah lebih-lebih lagi sudi menerimanya sepenuhnya jua. Awak sudi terima Allah sepenuhnya tak?" Zam kaget dengan soalan gadis tersebut. Tak disangka budak yang lebih muda darinya itu boleh berfikir sedalam itu. Zam angguk perlahan. "Kesudian aku tidak perlu kata-kata sebagai pengakuan." "Jadi, awak tunggu apa lagi. Cepat. Sempat lagi tu baru rakaat kedua. Jia you! Ganbatte!" Cik Yuyu angkat ibu jarinya tanda sokongan pada Zam. Macam nak masuk pertandingan penting pula. Dalam hatinya berbisik, "Memang hidup ini suatu pertandingan pun. Pertandingan yang menentukan sama ada seseorang itu mampu jaga dirinya dari api neraka atau tidak. Pertandingan yang menentukan ke Syurga atau tidak. Pada kita, memang nampak perbuatan seperti solat, puasa dan sebagainya itu seperti biasa-biasa tidak bermakna apa-apa. Tapi pada Allah, nilaiannya sebesar dunia. Malah lebih besar dari itu. Betapa solat itu misalnya sangat bermakna. Lima kali sehari tempuhi pertandingan paling penting dengan rate tertentu. Adakah pada rating ikhlas atau tidak. Atau markahnya berkurang kerana kurang khusyuk. Atau markahnya kosong lantaran menunjuk-nunjuk. Setiap perbuatan demi Allah, ada grednya tersendiri. Setiap hari adalah imtihan dan ujian penting!

Andai manusia dapat rasai ianya seolah-olah peperiksaan yang dinilai CGPA, beroleh dekan dan sebagainya, pasti setiap hari yang dilalui adalah dengan debaran dan persediaan. Orang yang masuk exam tanpa persediaan adalah orang yang paling rugi." Zam segera masuk dan berada di saf belakang. Yuyu tersenyum. Dia nampak lelaki itu betul-betul tulus. Lurus pun ya. Yuyu rasa, dia nak support tiap hari. Tiap masa. Biar sokongan ini mampu menaikkan semangat seseorang lebih cinta pada Tuhannya. Biar bersemangat hingga dapat reda-Nya. Dalam diam, Yuyu membenih rasa. Dia pun nak jadi baik. Nak jadi lebih baik dari lelaki di depannya itu. Diam-diam juga, dipanjatkan pada Allah satu doa penting dalam bicara hati. ** Zam tunduk tengok tempat sujud. Ada peluh dingin mengalir di sisi dahinya. Dalam hatinya, "Depan aku ni, ada Tuhan yang sedang menilai. Solat ini bukan hanya aku. Tapi aku dan Tuhanku."

Part 12 -----Hari ni Zam ke sekolah seperti biasa. Tiada lagi hari ponteng sekolah. Dah beberapa hari juga dia tak merokok. Masa rehat.

Lelaki itu tak rasa lapar. Malas rasanya nak ke kantin sekolah. Dia stay saja dalam kelas. Cuba pejam mata. Mungkin boleh tidur sekejap fikirnya. Ada tiga individu saja dalam kelas termasuk Zam ketika itu. Zam yang baru hendak melelapkan mata, terganggu sikit dengan dua orang di depannya. Dibuka sebelah mata, perhatikan gelagat mereka. Mamat paling kacak dalam kelasnya dengan minah paling lawa dalam kelas sedang bercanda. Cis. Pasangan kekasih sekelas rupanya. Sedang berkongsi makan bekal yang dibawa. Bersuap-suap pula sambil bersenda gurau. Bila si lelaki ada sisa makanan terlekat di pinggir bibir, disapu oleh si perempuan. Duduk bukan main rapat lagi. Zam cuba menutup kedua matanya rapat-rapat. Serapat mana pun dia cuba pejam, takkan mampu menutup kedua-dua lubang telinganya dari mendengar gurauan manja 'abang' 'sayang' merpati sejoli di hadapannya itu. Naik geligeleman Zam. Meluat. Kebetulan lalu si teacher di sisi kelasnya. Zam pun cepat-cepat teriak dari dalam kelas. "Tunggu!" Teacher terkejut. Berpaling ke dalam kelas. Zam tiba-tiba bersuara manja kepada teacher, "Sayang~ Abang laparlah. Mana bekal makanan kita ya sayang?" Sengaja Zam tinggikan suara sampai didengari jelas pasangan kekasih di depannya tu. Lelaki itu terus bangun. Merah padam mukanya. "Woi Zam! Kau nak cari gaduh ek?"

Zam tersenyum sinis. "Siapa makan sebotol sos cili, dia terasa bangangnya." Zam bangun sama. Dia tahu mamat di hadapannya itu cuma mahu berlagak macho di hadapan aweknya. Teacher terpinga-pinga melihat lagak kedua pelajar lelaki di depannya itu. Zam mulai bersuara lantang, "Kalau couple sekedar couple, monyet di hutan pun pandai couple. Kalau couple sekedar sayang dan pegang-pegang, anjing pun pandai. Kalau couple sekedar nak rasa ada pasangan hilangkan kesunyian, apa beza antara orang yang ada iman dengan bohsia bohjan." Mamat kacak di hadapannya tu bengang mendengar kata-kata biadap Zam. Macam nak berasap kepalanya. Zam sambung, "Sorry beb. Kalau kau nak dengar kata-kata manis dari aku, itulah sehabis indah yang aku mampu karang untuk kau. Aku bukan ustaz nak berkhutbah agama dengan kata-kata sehabis hikmah. Kalau kau faham, alhamdulillah." Mamat tu segera cantas, "Kalau aku kata tak?" "Kalau tak, kau boleh rasa tapak kasut aku sekejap saja lagi. Hikmat tendangan tanpa bayang bertubi-tubi. Kau sanggup?" Minah tu cuba menarik tangan teman lelakinya. Supaya mereka tidak mulakan pergaduhan. "Woi minah. Jangan pegang. Tu bukan suami kau. Sama macam kau upload gambar lawa-lawa, cantik-cantik, gedik-gedik, walaupun dalam keadaan kau bertudung, kau kena ingat di laman sosial itu semuanya bukan suami kau."

Minah tu pula bangun. "Mulut macam longkang kau ya Zam!" Dia pula yang marah kali ini. Lalu menyambung kata, "Kau ingat aku tak tahu kau skandal berapa belas perempuan sekolah lain? Kau ingat semua orang tak tahu kau tu siapa? Tak payah tunjuk alim kalau diri tu sama saja macam iblis!" Zam tersenyum sinis. "Pergi mati dengan diri aku di masa lalu. Yang berdiri depan kau sekarang ni bukan Zam yang dulu. Harap mak long. Oh. Andai aku iblis, salahkah andai aku hendak mengarahkan dua syaitan depan aku ini letak jawatan dari jadi pengikut aku? Cuba kau jawab!" Mamat tu dah sakit hati gila. Terus dia menerpa ke arah Zam. Ditumbuknya Zam bertubi-tubi sampai rebah ke lantai. Sampai pecah bibir Zam. Zam tidak mengelak. Malah membiarkan saja perlakuan mamat yang tengah berang tu ke atas dirinya. Teacher gigil tengok situasi depan matanya. Mamat tu berhenti menumbuk. Pecah muka Zam. Berpeluh-peluh muka mamat kacak tu hasil tumbukan sehabis daya yang dilancarkannya sebentar tadi. Zam tersengih dalam luka. "Dah? Itu saja kekuatan kau? Aku ingat orang couple, orang tengah mabuk cinta itu lebih dahsyat tenaganya sebab ada orang bagi semangat tiap masa. Tapi, tenaga kau ni macam seorang pondan sahaja. Mengecewakan. Aku bagi kau 2 bintang Daia." Mamat kacak tercungap-cungap. Gigil tangannya. Sakit juga tangan sendiri belasah orang.

Zam bangun. "Dah sedia terima tapak kasut?" Mamat kacak membulatkan matanya. Tak sempat dijawabnya, ZAPPPPPPP!! Zam menerajang mamat kacak tu sepantas kilat. Terpelanting mamat kacak ke white board. Jatuh terbongkang. Terbelalak mata. Sesak nafas kena tepat di dada. "Nak lagi?" Zam duduk tongkat sebelah kaki di sisinya. Mamat kacak tu menggelengkan kepalanya. "Ok, bagus. Ingat pesan terakhir iblis ni. Mulai hari ini, aku nak kau pencen dari jadi syaitan. Kau dengan makwe kau ni. Kalau korang rasa tak ada kesediaan untuk nikah, putuskan saja hubungan ini. Kalau korang betul-betul serius, sila proceed dengan pernikahan. Aku akan jadi orang pertama doakan kamu berdua nanti. Ingat. Jangan sia-siakan pasangan kau ni. Aku tengok makwe kau memang dah sayang sangat dekat kau. Jangan permainkan perasaan orang. Hargailah. Cinta dalam Islam itu ada. Tapi bukan sejijik couple. Kau jadilah malaikat. Cukuplah aku yang jadi iblis." Zam angkat lelaki itu bangun. Berlalu keluar ke bilik air untuk cuci luka di mukanya. Berselisih dengan guru BInya di luar kelas. Teacher blushing kedua pipinya tengok Zam. Teringat kata-kata Zam tadi walaupun hanya sekadar lakonan. **

Zam lihat wajahnya di cermin. Dengan bibir pecah. Dengan pipi berparut. Dengan kepala botak. Istilah tampan kacak tiada di mukanya lagi. Dia tersengih kepedihan. "Heh. Memang bukan Zam yang dulu."

Part 13 -----Remaja lelaki 18 tahun itu memberhentikan motosikalnya di depan rumahnya. Rumah kecil dalam tanah yang sekangkang kera itu tampak sedikit daif. Lusuh tidak bercat. Suram. Zam membuka daun pintu rumahnya. "Assalamualaikum.." Ibunya tersenyum menyambut salam dari anak lelakinya. Ibu tua itu sedang menjahit baju. Itulah kerja tetapnya sejak berkahwin dengan ayah Zam. Mujurlah ada juga kemahiran dan bakat menjahit. Bolehlah mengurangkan beban keluarga. "Banyak tempahan ya, Ma?" Zam duduk di sebelah ibunya. Kakak-kakaknya sudah berkahwin kesemuanya. Zam tiada adik beradik lain lagi bawahnya. Bongsu. Ibulah tempat Zam bermanja. Walaupun dirinya brutal segarang singa, tapi bila bersama ibunya Zam dah jadi macam anak kucing yang comel. Ibunya tersenyum lagi, "Alhamdulillah. Adalah sikit. Zam dah makan?" Zam mengangguk-angguk seraya berkata,

"Ma, lepas ni bila Zam balik sekolah, harap Ma tak mulakan soalan dengan tanya dah makan ke belum, boleh?" "Habis tu, Ma nak tanya apa?" Zam senyum riang, "Ma kena tanya, Zam dah solat ke belum? Boleh?" Ibunya tersenyum sampai ke telinga. "Boleh, boleh. Zam dah solat?" Zam jawab yakin, "Dah! Yeay!" Zam rasa bahagia. Dia rasa, semua ibu bapa patut mulakan soalan pada anak-anak dengan soalan yang sama. Dah solat ke belum. Dah baca al-Quran ke belum. Dah zikir ke belum. Praktis mek perfek. Ibunya perasan perubahan pada diri Zam kebelakangan ni. Naluri seorang ibu cukup hebat mengesan perubahan anaknya sendiri. Lebih hebat dari radar canggih mengesan kapal terbang di langit. Zam menatap wajah ibunya yang kembali sambung menjahit. Wajah yang sudah tidak semulus dulu. Kedutan sudah lama mengambil alih tugas penyeri wajah. Wajah senja. Namun, bagi lelaki itu wajah itulah pelangi senjanya. Menenangkan hatinya. Menyejukkan matanya. Mungkin kerana itulah Allah ciptakan ibu. Untuk mengubat hati para anak-anak di dunia. "Boleh Zam belajar menjahit, Ma?" Ibunya berpaling. Senyum lagi. "Kenapa tidak? Pergi salin pakaian dulu, nanti duduk sebelah Ma. Ma ajarkan."

Zam masuk bilik dan keluar semula. Duduk di sisi ibunya. Tekun belajar. Bila ibunya mulai batuk-batuk kecil, Zam berhentikan tutorial. Disuruhnya ibu berehat. "Ma, rehat ya. Biar Zam ke dapur siapkan makan." Ibunya angguk dengan senyuman. Memang ibunya seorang yang manis senyuman. Zam berlalu ke dapur. Ibunya bangga dengan anak jantannya itu. Ramai tak tahu Zam mahir memasak. Apa saja masakan panas mampu disiapkannya dengan pantas. Anaknya itu cukup pandai berdikari sendiri. Entah dari mana datangnya bakat memasak. Setiap orang Allah bagi kelebihan masing-masing. Kurang di satu tempat, lebihnya di satu tempat yang lain. Dalam hatinya, melihat wajah Zam calar balar, berparut luka dan bibir lebam, dia tahu Zam bergaduh lagi. Cuma dia tak pasti apa yang terjadi sebenarnya. Sengaja tidak ditanya pada anaknya. Enggan spoil mood anaknya itu. Namun, hatinya seakan mengesan sakit dalam hati yang ditanggung oleh Zam. Atau mungkin juga taakulan hatinya meleset. Apa yang lagi penting baginya, Zam masih lagi hormat dirinya sebagai bonda. Setengah jam kemudian, Zam dah siapkan ikan goreng masak kicap dengan nasi dan sedikit ulam. Ajak ibunya santap sekali. Tengah makan, Zam berbicara, "Ma, tahu tak kenapa Allah ciptakan manusia dengan satu pusat?" Ibunya menggeleng-geleng kepala. "Ketika bayi berada dalam perut ibu, tali pusat adalah saluran terpenting untuk menyalurkan makanan kepada bayi oleh si ibu. Itulah penyambung nyawa sang bayi. Bayangkan jika bayi di dalam perut tanpa tali pusat. Pastinya bayi itu akan mati kebuluran dan kekurangan zat dalam badannya. Tidak membesar dan berkembang dengan baik. Terbantut. Cacat dan sebagainya. Sebab itulah, manusia ada pusat.

Supaya bila mereka tengok kepada pusat masing-masing, mereka ingat betapa besarnya pengorbanan seorang ibu mengandungkan mereka dengan susah payah." Ibunya tersenyum. Kagum dengan pengetahuan anaknya. Dia sendiri pun tidak terfikir sedemikian. "Makan banyak-banyak, Ma. Ni kalau Zam masuk universiti nanti Ma rindu masakan Zam pula." Seloroh Zam. Namun, dia akui dia sendiri enggan berjauhan dengan ibunya itu. Ya. Kerana waktu berputaran. Bimbang tak berkesempatan. ** Di sekolah, guru-guru bermesyuarat sampai petang. Post-mortem penilaian akademik dan kecemerlangan pelajar. "Kita mesti ambil tindakan keras pada pelajar yang rendah dan gagal semua subjek! Tak boleh berlembut lagi. Kita susah-susah mengajar mereka, sediakan nota ulangkaji, bina soalan, buat soalan peperiksaan, senang-senang mereka jawab sambil lewa!" Guru kanan peperiksaan bersuara tidak puas hati. "Jadi, semua setuju untuk mengenakan hukuman keras kali ini?" Penolong kanan HEM bertanyakan kepastian. "Setuju!" Guru majoritinya tiada bantahan. "Apa hukuman yang terbaik?" "Kita gantung sekolah pelajar yang gagal!" "Kita cadangkan pelajar itu pindah sekolah!"

"Kita hukum pelajar itu di perhimpunan sebagai pengajaran kepada pelajar lain!" Guru-guru menyokong usul yang terakhir untuk mendenda di perhimpunan. "Dalam tangan saya ini, ada beberapa nama pelajar yang selalu gagal. Dan dalam senarai ini, ada pelajar yang gagal semua subjek dalam Ujian Pengesanan Pertama baru-baru ini." Guru besar bertanya, "Siapa?" Teacher berdebar-debar menanti nama yang bakal disebut. Guru disiplin mencelah, "Ala, siapa tak kenal budak tu. Buat masalah tiap tahun. Buang sekolah saja budak macam ni. Esok kita buat perhimpunan tergempar, kita denda budak ni habishabis." Cikgu Syabab bersuara perlahan dengan guru lelaki yang lain, "Oh, si botak tu ke?" Teacher dah dapat agak siapa. Zam.

Part 14 -----"Sehari ada 24 jam. Tolak 6 hingga 8 jam waktu tidur. Ada beberapa belas jam lagi. Tolak waktu kerja atau ke kelas 8 hingga 10 jam lagi.

Sekarang tinggal satu atau dua jam waktu personal.

Malangnya, satu atau dua jam itu ramai orang sekarang habiskan dengan gajet dan komputer.

Bila masa untuk baca al-Quran?"

Abang jaga bersandar di tepi pagar sekolah. Jam menunjukkan pukul 11 malam.

"Sebenarnya, manusia itu tidak kira muda atau tidak. Manusia itu sehari ke sehari, ia makin lemah. Jasad nampak mantap, gagah dan kuat. Tapi, dalaman....."

Zam cuma memerhati abang jaga. Sambil memikirkan kebenaran kata-kata beliau.

"Kau nak aku buat apa?" Zam bertanya serius.

"Jadikan hidup kau cuma ada 22 jam sehari."

Abang jaga berdiri tegak memandang Zam penuh serius. Senyum kambing.

"Hah? Dua jam lagi ke mana?"

"Waktu bercinta dengan al-Quran. Dua jam sehari. Mampu? Aku cabar kau."

Abang jaga meletakkan tangannya di bahu Zam. Zam pandang tajam mata abang jaga. Zam bersuara geram. Pantang dicabar kelakiannya.

"Mampu. Kalau kau pun mampu."

Dicabarnya balik abang jaga.

"Baiklah. Esok kita mulakan. Cuba habiskan baca 10 muka surat atau 20 muka surat bersamaan 1 juz sehari.

Tapi, jangan buat demi sahut cabaran. Buatlah demi Tuhan. Allah berikan manusia masa 24 jam untuk hidup sehari-hari. Dia luangkan setiap detik dalam tempoh itu bersama-sama hamba-Nya. Dia mendengar harapan, keluh-kesah, adu sakit, rintih tangis.

Jika Allah sudi luangkan masa yang sebegitu panjang untuk hamba. Mengapa tidak hamba luangkan secebis dari masa itu untuk Allah pula?

Allah dah jadikan kita sebegini istimewa. Mengapa tidak kita betul-betul letakkan Allah di hati kita lebih istimewa dari segala-galanya?

Selama ini kita hanya treat Allah sebagai Yang Mengabulkan Doa saja. Masa nak sesuatu, baru kita cari Dia. Masa sedih, baru cari Dia. Masa sulit, masa sakit, baru cari Dia.

Nampak tak betapa kita ni pentingkan diri?"

Zam tersenyum. Abang jaga direnungnya lama-lama.

"Kenapa kau jadi jaga je? Kenapa tak jadi ustaz?"

Abang jaga pandang bulan.

"Sebab nukilan agama ini bukan milik ustaz. Allah tak sebut orang itu, orang ini yang bawa mesej agama. Tapi, acapkali Dia sebut, 'orang-orang yang beriman', 'orang yang beramal soleh', 'orang yang bertaqwa'. Sesiapa pun layak ajak kepada Tuhan. Ada beza antara orang yang seru kepada agama dan orang yang ahli dalam membahaskan hukum-hakam. Nak tahu hukum yang betul, rujuk ustaz. Bukan aku.

Kerana aku tidak pakar hukum hakam, selok belok agama. Sebab itu aku jaga sekolah ni. Bukan gaji besar yang aku harapkan. Cukuplah keberkatan gaji kecil ini buat aku tenang jalani kehidupan. Orang banyak duit, mereka mampu beli macam-macam yang mereka nak. Tapi orang miskin macam aku, perlu belajar erti sabar dan reda sebelum berangan beli sesuatu. Juga perlu banyak sabar dengan pandangan dan pendapat orang sekeliling tentang pekerjaan aku ini."

Zam terdiam lama. Dalam hatinya, benarlah dunia ini tidak pernah adil. Orang yang ada duit dipandang tinggi dan sebaliknya. Orang ada kerja tetap dipandang sebagai seorang yang boleh bagi jaminan hidup. Orang yang tiada kerja tetap, kerja sementara, kerja pindah-randah, dipandang sebagai orang yang tidak boleh diletakkan kepercayaan tinggi. Tidak boleh dijadikan sandaran.

Terfikir jua apa terjadi dengan masa depannya.

**

Pagi.

Hari ini perhimpunan tergempar diadakan di sekolah. Semua pelajar beratur dalam barisan mengikut tingkatan masing-masing. Dari tingkatan 1 hinggalah 6 atas. Mereka nampak tertanya-tanya sesama sendiri motif diadakan perhimpunan tersebut. Sebab bukan pada hari Isnin sebagaimana perhimpunan mingguan.

"Ujian Pengesanan Satu telah berakhir baru-baru ini. Resultnya telah pun keluar. Setiausaha peperiksaan telah pun edarkan keputusan masing-masing melalui guru kelas. Cikgu pasti semua pelajar telah pun mendapat keputusan keseluruhan masing-masing juga.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Cikgu harap kekalkan kejayaan ini dalam Ujian Pengesanan Dua bulan lima nanti. Tidak lupa ucapan takziah kepada mereka yang merosot pencapaiannya. Perlu tingkatkan lagi usaha untuk dapat A+ dalam setiap mata pelajaran."

Guru penolong kanan HEM berucap di hadapan.

"Tahun-tahun sebelum ini, pihak sekolah telah memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang gagal dalam peperiksaan untuk membaiki keputusan mereka di tahun-tahun yang baru. Namun, dukacitanya masih ada pelajar yang mensiasiakan peluang ini.

Masih ada pelajar yang GAGAL semua subjek yang diambilnya. Sudah banyak kali pihak sekolah nasihatinya termasuklah diberikan kaunseling. Namun, tidak diendahkannya mungkin.

Maka, hari ini pihak sekolah akan memberikan hukuman kepada pelajar ini kerana masih tidak sedar-sedar akan kesilapannya.

Jadi, dengan ini, dijemput pelajar tingkatan 6 Bestari yang bernama.."

Nama Zam diseru oleh PK HEM. Disuruh ke depan perhimpunan.

Pelajar-pelajar bising seketika saat Zam berjalan keluar ke depan.

"Sila berdiri di tiang bendera. Pelajar ini cikgu rasa semua pelajar kenal sebagai pelajar paling gengster di sekolah kita ini. Jadi, hari ini, beliau dihukum berdiri di tiang bendera di dataran perhimpunan ini hinggalah habis masa rehat!

Digantung 3 hari persekolahan juga berkuatkuasa esok atas pelbagai kesalahan disiplin!"

Pelajar-pelajar bersorak. Seolah-olah suka dengan keputusan itu.

"Woo padan muka botak!"

"Taiko akhirnya K.O!"

"Taiko koko crunch rupanya. Wahaha!"

"Rasakan!!"

"Orang suruh datang sekolah untuk belajarlah, bodoh!"

"Woi, dahlah hodoh, botak, bangang pulak tu! Pakej la kau ni!"

Pelajar-pelajar lelaki yang pernah dibantai Zam dulu-dulu mencemuh dan menghinanya. Benci sungguh mereka pada Zam.

Akhir sekali, perhimpunan ditutup dengan ucapan pengetua.

"Awak semua jangan jadi macam abang awak yang di depan ni. Belajar rajin-rajin. Jadi orang yang berguna untuk bangsa dan negara. Kalau asyik nak bergaduh, buat hal di sekolah, lebih baik kamu masuk sekolah juvana saja. Dalam tu dah tentu boleh bergaduh dengan warden dan pelatih lain setiap hari. Ingat, kita datang sekolah bukan nak jadi samseng."

Guru-guru pun nampak puas hati dengan keputusan itu. Guru disiplin senyum lebar. Gelak-gelak bersama guru yang lain.

Teacher memandang Zam dengan rasa sayu. Sedih. Namun, apakan daya itu adalah keputusan sekolah.

Zam berdiri utuh di tiang bendera. Tenang saja. Dipandangnya muka guru seorang demi seorang. Direnungnya wajah kawan-kawannya satu sekolah.

Tersengih sendiri.

"Heh. Terbaik." Getus hati Zam.

Perhimpunan bersurai.

Tinggallah Zam berdiri berseorangan di medan perhimpunan yang panas terik matahari di atas kepala. Bahangnya kian terasa apabila pagi mulai beranjak ke tengahari.

Zam bersabar. Dia ingat segala pesan abang jaga. Sabar dan terus sabar saja. Bila perbuatan buruk telah pun dapat balasannya di dunia, maka di akhirat kelak neraca dosa jadi lebih ringan. Dia nak masuk Syurga. Persetankan saja balasan berdiri panas di dunia ni. Panas di Mahsyar belum tentu mampu berdiri andai ke sana dengan dosa berguni-guni.

Sudah dua jam Zam berdiri.

Lututnya sedikit kebas. Peluh mencurah-curah dari kepalanya. Rambutnya yang jarang-jarang itu tidak mampu menjadi penebat sang suria. Straight ke kepalanya. Serasa membakar ubun-ubunnya.

Tekak Zam kering. Kaki lenguh-lenguh. Kepalanya sedikit pening.

Yuyu melihat dari kejauhan jejaka itu berdiri teguh tidak berganjak mahupun melawan. Pelajar-pelajar yang lalu berhampirannya hampir semua mengeji, mengutuk dan mencaci. Melihat dengan pandangan yang sangat jelik.

Dia tak sanggup tengok. Dia tak tahan tengok jejaka yang pernah selamatkan maruahnya itu diperlakukan sedemikian.

Lantas dia minta diri keluar sekejap dari kelasnya.

Yuyu berjalan ke arah Zam. Zam hanya tunduk ke bawah. Bertahan.

"Nah. Pakai ni."

Yuyu meletakkan sapu tangannya di atas kepala Zam. Agak besar sapu tangannya sehingga meliputi kepalanya yang botak.

Zam terkejut sedikit dengan tindakan Yuyu.

"Sekurang-kurangnya otak awak tu tak cair kena sinaran matahari." Yuyu mengomel ringas. Kemudian, dia terus berlalu ke kelas.

Pelajar-pelajar lain yang tengok kelakuan Yuyu pada Zam bertepuk tangan dari dalam kelas masing-masing.

"Woo. Sweet couple! Beauty and the beast! Wekk!"

Yuyu tidak peduli kata-kata mereka. Terus saja berjalan ke kelasnya.

Zam tidak mengalihkan sapu tangan Yuyu. Dibiarkan saja. Memang kepalanya perlukan sesuatu seperti itu.

Cikgu Syabab menahan Yuyu.

"Kamu buat apa tu?"

"Letak sapu tangan. Dia cuma dihukum berdiri. Tidak dihukum tidak boleh tutup kepalanya, kan?" Yuyu cuba jawab sesopan mungkin.

"Kamu ada apa-apa ke dengan si Zam tu?"

Yuyu mendongak tengok Cikgu Syabab.

"Suami saya. Minta diri dulu."

Yuyu terus berlalu meninggalkan Cikgu Syabab terkebil-kebil sendirian. Cikgu Syabab mengeluh sendirian,

"Ish, budak-budak zaman sekarang..."

**

Tiba-tiba Sufi datang berlari ke arah Zam yang tengah berdiri.

"Zam! Mak kau!"

Zam terbeliak mata.

"Apa dah jadi?!" Zam bersuara lantang.

"Mak kau masuk hospital. Kebetulan aku lalu di pejabat tadi, terdengar PK HEM bercakap-cakap dengan guru disiplin yang dia dapat panggilan mengatakan mak kau dikejarkan ke hospital. Dah setengah jam tadi. Guru disiplin kata nak habiskan hukuman kau ni dulu. Baru bagitau kau. Katanya takpe orang hospital kan boleh take care mak kau di sana."

Zam merah padam muka. Marah. Sangat marah. Berita yang sebegitu penting enggan disampaikan kepadanya dengan segera.

Terus dia berlari ke arah tempat parking motornya. Tak pedulikan lagi hukumannya itu.

Bila sampai di parking motor. Dia tengok kedua-dua tayar motosikalnya flat. Dibocorkan orang. Dia nampak kelibat pelajar tingkatan 5 ketawa terkekek-kekek dari dalam kelas.

Sekarang dia berlari ke pondok jaga. Ah! Lupa. Abang jaga shift malam saja. Tak boleh pinjam motor dia.

Zam tekad. Dia akan berlari ke hospital.

Pagar sekolah yang tutup itu terus dipanjatnya. Tak peduli lagi. Pengetua, PK HEM dan guru disiplin menjerkahnya dari tingkat atas melihat lelaki itu panjat tembok sekolah. Tidak dipedulikannya.

Tak kisah apa-apa lagi. Dia terus berlari ke arah hospital yang jauhnya 3 kilometer dari situ.

**

Tiba di hospital dengan peluh membasahi diri.

Diterpa doktor dan misi.

Doktor menggelengkan kepala. Minta maaf pada Zam.

Zam berlari ke wad ibunya. Mendapatkan ibunya.

Jasad itu yang ceria semalam. Kini kaku diam di hadapannya. Zam memeluk ibunya erat-erat. Tangisan berhamburan keluar dari sepasang matanya tidak tertahan lagi.

Doktor menghampiri Zam sekali lagi. Hulur satu sampul surat. Dari ibunya. Di luar sampul surat tertulis kemas,

"Setelah Ma tiada lagi, kesolehanmu itu anakku yang menemani selama ibu bersemadi."

Tiada kata-kata keluar dari mulut Zam. Kata-kata diganti dengan titisan air mata.

Air mata duka.

Part 15 -----Zam sugul menanti. Dengan kopiah putih di kepalanya.

Pihak hospital telah selesai memandikan dan mengkafankan jenazah bondanya.

Zam berada di sisi arwah ibunya dalam van jenazah. Menuju ke masjid.

Ditatap wajah ibunya. Cukup tenang seakan sedang tidur sebagaimana yang sering diperhatikannya saban hari. Usai lelah menjahit, ibunya baring berbantalkan lengan di sebelah mesin jahit. Anak lelakinya itulah yang pilu hati melihat bondanya begitu. Lantas segera menggantikan dengan bantal empuk miliknya.

Wajah ibunya ketika itu. Tidak beza sedikit pun dengan yang dilihatnya sebelumsebelum ini. Cuma kali ini, wajah itu ada tempoh dan waktu. Selepas sejam lagi, Zam tidak dapat lagi menatap wajah tenang ini.

Kali-kali terakhir.

Insan yang mana sanggup melepaskan orang tersayang pergi selama-lamanya?

Zam terfikir hikmah di sebalik nasihat, teguran, kemarahan, sinisan, segala yang pernah keluar dari bibir ibunya selama ini. Benarlah. Kita tak akan dengar bebelan dan leteran ibu selama-lamanya. Bebelan ibu dan ayah akan dirindui anak-anak yang punya hati. Leteran mereka tidak pernah untuk menjatuhkan. Tetapi demi membangkitkan semangat anak mereka. Benci dan marah tidak pernah kekal di hati para ibu bapa.

Bila dah dewasa, bila ibu dah tiada. Bila ayah dah uzur berusia. Maka siapa yang akan membebel lagi kepada kita? Siapa yang nak tegur kita tanpa segan silu lagi? Siapa yang boleh marah direct kepada kita tanpa berlapik?

Tiada lagi.

Zam teringat kata-kata ustaz kelasnya. Patutlah Allah sendiri menyuruh "Birrul Waalidaini" iaitu berbuat baik sehabis baik kepada orang tuamu hatta ibu bapa itu kafir sekalipun. Kerana mungkin bukan sebab mereka, kita bukan kita hari ini. Mungkin kita hari ini adalah cetusan air mata doa seorang ibu. Mungkin kita hari ini kerana perit jerih titisan peluh keringat ayah kita semata.

Jika bukan kerana mereka yang pakaikan stokin kecil pada kaki kita semasa bayi, dengan izin Allah belum tentu kita sihat mampu berjalan ke serata dunia hari ini.

Zam cuba menahan air yang sudah bertakung banyak dari tadi di kolam air matanya dari meluncur ke bawah. Tahan sekuat hatinya. Kerana dia jarang menangis di hadapan ibunya ketika masih hidup. Tidak mahu jua menangis sekarang. Ustaz kata, roh arwah akan mengiringi jasad kaku hinggalah sampai ke kuburan. Fikirnya, roh ibu jua sedang memerhati dirinya sekarang. Tak nak roh ibunya dukacita melihat dirinya.

Sampai di masjid.

Dilihatnya jemaah sudah ramai menanti. Abang jaga, sebilangan kecil guru, Cikgu Syabab, teacher, Cik Yuyu sudah menanti sama.

Abang jaga datang memeluk tubuh Zam erat-erat. Gosok-gosok belakangnya tanda cuba menenangkan.

"Sabar.

Kau bakal ketemu lagi dengan ibumu dalam perjalanan ke Syurga. Jika benar bernasib baik jadi ahli Syurga Firdausi yang tertinggi, sekali lagi kau mampu berjumpa ibumu. Syurga itu reserved untuk anak soleh. Seperti kau. Dugaan tingkat tinggi, Syurganya jua tingkat tinggi."

Hampir saja terhambur segala air matanya saat abang jaga melafazkan kata-kata ini di telinganya.

Jenazah ibu sudah sedia disolatkan.

Jemaah sudah memenuhi ruangan masjid. Zam yang berada di belakang imam, tiba-tiba menahan imam dari bersolat.

"Ustaz, ajar saya jadi imam solat jenazah. Tolong. Saya tidak pernah berjasa pada ibu saya. Tolonglah. Biar saya jadi anak yang betul-betul anak kepada ibunya. Buat kali pertama dan terakhir. Tak pernah saya jadi imam pada ibu sendiri."

Zam pegang erat tangan pak imam. Imam tersenyum. Tepuk-tepuk bahu Zam.

"Boleh. Caranya begini. Oleh kerana jenazah ini jenazah wanita, kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di aras pinggangnya. Mulai dengan niat ringkas, 'Sahaja aku solat ke atas mayat wanita ini empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta'ala atau sebagai imam kerana Allah Ta'ala'.

Takbir pertama adalah dengan niat. Disusuli dengan baca al-Fatihah. Takbir kedua, disusuli dengan selawat ke atas Nabi sebagaimana kamu selawat dalam tahiyyat akhir. Takbir ketiga, bacalah doa. Ringkasnya doa begini,

'Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu 'anha'. Maksudnya Ya Allah! Ampunilah baginya dan kasihilahnya, 'afiatkannya, dan maafkanlah kesalahannya.. Doanya lagi panjang, tetapi memadailah dengan itu. Jika susah juga, doalah apa saja yang baik-baik untuk arwah.

Takbir keempat, disusuli dengan doa supaya permohonan doa kita diterima Allah dan doakan sekali orang yang masih hidup ini mendapat hidayah dan petunjuk serta jauh dari fitnah.

Kemudian, beri salam kanan dan kiri. Solat jenazah tak perlu rukuk atau sujud. Nak lebih terperinci doanya dalam Bahasa Arab, kena belajar lepas ni."

Zam mendengar dengan teliti dan cuba praktik sekali depan imam untuk semakan. Setelah imam puas hati, dipersilakan Zam untuk mengimami para makmum.

Itulah kali pertama Zam jadi imam pada ibunya sendiri. Sampai saat doa pada arwah, air matanya bercucuran tak mampu dibendung lagi. Doa yang direndam air mata adalah doa yang mustajab. Itulah bezanya antara anak sendiri dengan orang lain yang solatkan jenazah. Doa lebih tulus. Kerana ianya datang dari lubuk hati yang paling dalam. Andai orang lain yang menjadi imam, belum tentu doanya sepenuh perasaan. Mungkin hanya sekadar melepaskan kewajipan fardu kifayah semata-mata.

**

Semua orang sudah beransur pulang dari tanah perkuburan. Tinggal Zam termenung sendirian di pusara ibunya. Kakak-kakaknya belum sampai. Mungkin esok lantaran perjalanan jauh ambil masa yang panjang.

"Jangan risau, Ma. Zam akan pastikan Ma tenang di sini. Hanya anak soleh akan buat ibunya bahagia, kan?

Cuma Zam terkilan. Ma tak sempat lihat anak Ma ni jadi pemuda agama."

Zam berbicara sendirian depan pusara ibunya.

Langit mendung. Manik-manik hujan mulai berderai ke tanah.

"Zam, mari saya hantarkan awak balik."

Teacher menyapa dari belakang Zam. Zam tidak berpaling. Lalu menjawab ringkas,

"Hati saya di sini. Siapa lagi yang ada di rumah? Dulu, ibu yang menanti anak lelakinya ini pulang ke rumah.

Sekarang....siapa..?"

Gumam Zam dalam tutur yang tidak tersusun. Ada getar pada suaranya. Sebak.

Teacher tak mampu menyekat air matanya dari turun jua.

Sudahlah hatinya masih tidak habis rasa bersalah buat jejaka di hadapannya itu rosak wajah. Sekarang, jejaka itu sudah jadi anak yatim piatu. Dalam fikirannya, mungkin dulu Zam mengadu kasih pada ibunya. Mungkin mengadu sakit pedih parut di mukanya pada si ibu. Sekarang, siapa yang sudi merawat parut di hati yang sedang berdarah kembali?

Dalam hati teacher, tiba-tiba terbit rasa. Untuk buat lelaki depannya itu bahagia. Tapi bagaimana?

Zam berpaling.

"Marilah balik. Tak mengapa, walaupun ibu saya dah tak ada, Allah kan masih ada?"

Teacher terkedu dengan kata-kata Zam. Dari mana datangnya semangat seperti ini? Benarlah kata-kata itu bagai memujuk diri.

Namun, ya amat sahih.

Alasan untuk bahagia itu adalah Allah. Alasan untuk hidup jua adalah Allah semata-mata.

Hujan turun dengan lebatnya. Zam meredah hujan lebat.

Teacher cuba kongsikan payung yang dibawanya. Tapi, Zam lebih suka berhujan. Enggan berpayung dengan teacher.

Kerana bagi Zam, tiada siapa dapat bezakan antara air matanya dan air hujan saat itu.

Teacher bersuara dalam hujan lebat,

"Zam, sebentar. Saya ada sesuatu nak bagitau awak."

Part 16 -----Teacher teragak-agak.

Dah berada di luar tanah perkuburan. Hujan masih turun dengan lebatnya.

Teacher di bawah payung. Zam di bawah air hujan.

"Ya? Teacher nak beritahu apa?" Zam tinggikan sedikit suara menyaingi nada deras melodi air hujan.

"Err..err.."

"Sebenarnya saya ada dapat satu mimpi ni...mak awak datang jumpa saya dalam mimpi..dalam mimpi tu..mak awak suruh kita.."

Teacher bersuara tersekat-sekat.

"Apa dia?" Zam kurang dengar. Kurang jelas.

Tiba-tiba ada suara lain menyapa dari sisi Zam.

"Zam!"

Zam berpaling. Oh. Cik Yuyu di bawah payung juga. Di tangannya ada kunci. Oh, kunci motosikalnya.

"Eh, macam mana kunci motor aku ada dekat kau?" Zam pelik.

"Awak lupa ke? Awak tinggalkan di motosikal awak sebelum berlari keluar sekolah. Tu motor awak ada bawah bangsal. Abang jaga yang tolong hantarkan ke sini. Tayar dah ganti baru. Saya belanja, ok? Sila bayar balik dengan satu senyuman sahaja. Boleh?"

Zam berkerut kening melihat Yuyu. Cuba mengukir senyum dalam kepayahan.

"Eh, bukan senyum sekarang. Sekarang awak senyum senget sebelah. Teehee."

Sambil menyerahkan kunci pada Zam. Zam perhati kunci motornya. Ada keychain tertulis,

"Lelaki Syurga itu putih hati. Allah dan Rasul dia imani."

Zam tengok Cik Yuyu dalam-dalam. Cik Yuyu cepat-cepat paling matanya ke arah lain. Itulah kali pertama lelaki di depannya itu memandangnya betul-betul. Tidak pernah Zam lihatnya begitu sebelum ini. Pandangannya sayu.

"Terima kasih. Yuyu."

Dia berjalan ke arah motornya dalam kebasahan. Dah basah kuyup. Dipakainya helmet. Dihidupkan motornya.

Teacher tak terkata apa. Ayatnya mati terus. Tak tersambung. Hanya mampu melihat lelaki itu berlalu dari situ.

Sedikit hampa. Mungkin masanya tidak kena. Atau dirinya terlalu tergesa-gesa. Teacher mengutuk-ngutuk dirinya sendiri dalam diam.

"Apa aku fikir ni!"

Cik Yuyu memandang teacher kehairanan. Tengok teachernya menepuk dahi sendirian.

**

Sampai di rumah. Hujan dah berhenti.

Zam menolak daun pintu rumahnya.

"Assalamualaikum..Ma, Zam dah balik..."

Tiba-tiba dia tersedar. Ibunya sudah tidak lagi mampu menjawab salamnya seperti biasa. Dia dah terbiasa bagi salam dan panggil ibunya itu.

Air matanya jatuh lagi.

Diperhatikan sekeliling dalam rumahnya. Tengok mesin jahit, perabot, dapur dan bilik tidur. Teringat ibunya tersenyum di sana sini. Di saat dunia masam dan memandangnya penuh benci, ibunya masih memandangnya penuh kasih berhati nurani.

Malamnya selepas solat Isyak.

Zam petang tadi dah siap jemput jiran tetangganya ke rumah. Nak buat tahlil sedikit fikirnya.

Diajaknya jiran terdekat, namun dijawab oleh jiran pertama,

"Ish, majlis tahlil tu bida'ah! Orang Islam tak buat. Kenduri arwah tu tak ada dalam Islam! Bid'ah dolalah! Pakcik dah baca banyak dekat internet! Dekat youtube!"

Zam tak faham. Zam betul-betul tak faham. Dia cuma nak ajak orang datang rumah baca Ya Sin sama-sama. Bertahlil sama-sama. Bukan nak puja mayat. Bukan nak meratap jenazah pun. Baginya, jika doa orang-orang soleh terkumpul untuk ibunya, bukankah itu lebih baik. Doa orang soleh tidak tertolak, kan?

"Takpelah macam tu, pakcik. Saya ingat bila kita duduk sama-sama baca Ya Sin tu, kita boleh ingatkan diri kita yang masih hidup ni tentang kematian. Banyak

pengajaran dalam Ya Sin tu. Kalau nak saling ingat mengingati pun salah, takpelah. Terima kasih untuk respon pakcik tadi."

Pakcik tu membulatkan mata tanda tak puas hati.

Zam minta diri dengan sopan.

Malam tu adalah 10 hingga 15 orang datang ke rumah Zam untuk bertahlil dan baca Ya Sin. Abang jaga yang jadi 'ustaz' malam tu. Ada jiran-jiran sedekah makanan dan minuman untuk tetamu. Betullah konsep itu. Bila ada orang meninggal, jiran tetanggalah atau kita yang jadi saudara seislam inilah yang patut tampil hulurkan bantuan. Berikan sumbangan. Bukannya kita yang datang ke rumah orang yang meninggal mengharapkan tuan rumah sediakan makanan yang enak dan lazat untuk disantap. Bukannya tuan rumah yang keluarkan duit untuk 'belanja' makan kita semua. Kita yang sepatutnya raikan keluarga yang tengah berduka. Bukan kita yang pergi mengecap bahagianya dapat makan.

Hikmahnya bila ramai-ramai datang melawat dan ziarah, ahli keluarga yang berseorangan tidaklah rasa kesunyian. Ada yang sudi jadi teman. Ada yang bantu kurangkan kesedihan. Terasa masih ada yang sayang. **

Semua tetamu dah pulang.

Tinggal Zam dengan abang jaga.

"Kau okay?"

Zam ambil angin di birai tingkap rumahnya.

"Aku taklah okay sangat."

Abang jaga berdiri di tepi tingkap sama.

"Sekarang baru kau tahu dan rasa, Nabi Muhammad s.a.w. itu begitu cekal hatinya. Kuat semangatnya. Saat anak-anak kecil lain membesar dewasa di depan ibu bapa, Baginda berseorangan yatim nestapa. Yakin Tuhan bersama tiap masa. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hidup ini tidak lepas dari kehilangan. Suatu hari, kita juga akan hilang. Orang pun akan lupa kita pernah ada."

Zam pandang abang jaga. Rasanya macam abang kandung sendiri. Benar juga kata-katanya.

"Kau tahu tak, tadi masa baca Ya Siin, aku sempat lihat tafsirnya sedikit. Pada ayat ke-8 hingga 15, ada ulama tafsir menerangkan mengenai orang yang enggan menerima iman dan ajaran Islam. Bagi aku, ini termasuklah orang Islam sendiri yang menolak cara hidup Islam walaupun bertitle Islam. Kau tahu apa syeikh tu syarah? Beliau menyebutkan beberapa perkara yang menghalang masuknya iman ke dalam hati orang-orang tadi."

Zam nampak berminat.

"Ceritakan padaku."

"Baiklah. Orang yang 'mengangkat kepalanya dan tidak sanggup menundukkannya'. Menurut sebagian ahli tafsir, ayat ini merupakan perumpamaan yang maksudnya adalah bahawa mereka enggan tunduk beriman. Keengganan mereka itu membawa kepada tertutupnya jalan bagi mereka untuk beriman. Allah dah buka jalan lurus. Tapi mereka pilih jalan mati."

"Maksudnya?" Zam curious.

"Maksudnya, macam tin sardin yang telah dipaterikan penutupnya. Orang-orang tersebut juga begitulah. Hati mereka telah dicop hatinya. Hati yang digam. Mereka akan lihat yang hak itu batil dan yang batil itu hak. Bila hati dah digam sebagai hati yang keras, tak berguna dah lagi penyesalan. Mereka akan kata, Islam dan agama itu tak betul sampai ke mati. Tiada siapa dapat tolong mereka bila Allah sendiri enggan bagi mereka hidayah. Bagaimana nak berikan hidayah andai mereka sendiri tak sudi terima hidayah? Mereka sendiri tak minta. Orang sekeliling juga enggan doakan mereka. Ada juga yang minta didoakan tetapi mereka tidak cuba berubah sebagaimana doa yang dipanjatkan.

Nasi takkan masuk ke mulut sendiri jika tak ada usaha untuk masukkannya.

Kita takkan sampai ke destinasi tertentu kalau kita cuma kata 'aku nak pergi ke sana'.

Segala peringatan Nabi Muhammad hanyalah untuk orang yang buka hati untuk menerimanya dengan ikhlas. Yang betul-betul mahukan agama. Yang suka kepada kebenaran. Nasihat Nabi hanya berguna untuk orang yang nak jadi hamba yang berguna."

Zam berkerut kening. Cuba memahami.

"Orang-orang yang bergerak ke arah hidayah. Mencarinya. Cuba raihnya. Usaha sungguh-sungguh ke arahnya. Orang-orang inilah yang Allah sendiri suruh Nabi s.a.w. sampaikan, ada berita gembira yang menanti mereka."

"Berita gembira?"

Abang jaga bercekak pinggang.

"Berita gembira itu berupa ampunan dosa dan pahala Syurga, Zam."

Zam bersinar-sinar matanya mendengar tentang Syurga. Bagaikan terlupa seketika kesedihan yang melandanya.

"Aku boleh jadi pemuda soleh tak?"

Zam tanya abang jaga. Bersungguh.

"Insya-Allah. Soleh itu ada dalam diri kamu sebenarnya. Ada dalam hati kamu tu. Andai tiap hari kau berusaha untuk bersihkan kotoran hitam dalam hati, suatu hari kau akan rasa cahaya dalam diri terpancar dengan sendiri. Hatta muka brutal macam ketua gengster pun akan terlihat sinarannya."

Abang jaga tersenyum lebar dengan jawapannya.

"Wah. Macam cerita Smallville Superman la bunyinya. Macam ada kuasa tersembunyi!"

Abang jaga menyambung,

"Yup. Power of soleh ada dalam setiap diri. Keluarkannya dari dasar hati hitam dan kau akan berjaya di dunia dan akhirat."

Zam berdiri tegak. Nampak bersemangat. Ditatapnya keychain hadiah dari Cik Yuyu di dinding rumahnya.

"Putih hati."

Semangat baru mula bersinar dalam diri.

Nafas baru.

Ibu pergi bukan sekadar pergi. Tapi, untuk bawa diri lama Zam pergi sekali. Dirinya yang lampau penuh kejahilan.

Zam yang baru bagai terlahir semula.

Pergi ibu buat selamanya. Hanya buat diri Zam bertambah cinta kepada Syurga!

Part 17 -----3 hari berlalu.

Zam memberhentikan motosikalnya di garaj pelajar.

Senyum saja. Seakan tidak ada apa-apa yang berlaku pada dirinya.

Dengan leather handbag di tangan kanannya, berjalan selamba melalui kelas demi kelas.

Terserempak dengan geng pelajar tingkatan 5. Zam senyum kambing pada mereka.

"Terima kasih. Tayar motor aku yang dah lama botak, sekarang berganti baru. Dengan harga berapa? Percuma beb."

Ketua geng form 5 yang pernah ditumbuk Zam dulu, tampil menyergah Zam.

"Bila masa kitorang bocorkan tayar motor kau?! Jangan nak fitnah! Ko ada nampak ke?"

Zam merenung tajam mata ketua geng.

"Aku mungkin buta. Aku mungkin salah. Tapi Allah, tidak."

Ketua geng merah padam muka. Entah terasa kerana betul. Atau geram kerana dituduh.

Jejaka berparut di muka itu terus berlalu pergi. Enggan melayan sangat geng tingkatan 5 itu. Biarlah. Dia hayunkan kakinya ke bilik guru disiplin. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Diketuk pintu bilik guru disiplin. Masuk setelah dapat lampu hijau.

"Selamat pagi, cikgu."

Zam memandang tepat ke muka guru disiplin. Menghulurkan tangannya untuk bersalam pada guru separuh abad umurnya itu.

Guru disiplin nervous. Hulurkan jua tangannya dalam curiga. Dalam kepalanya, terbayang lelaki itu cekak tangannya kuat-kuat dan patah-patahkan tangan. Cuak. Bukan calang-calang pelajar yang sedang berdiri depannya sekarang.

Tapi tidak terjadi sedemikian. Zam jabat tangan sang guru dengan mesra sambil berkata,

"Salam perkenalan. Saya Zam. Si anak yatim piatu."

Terpanah seketika hati guru disiplin.

"Saya datang sini untuk beritahu, sekejap lagi saya akan sambung baki 1 jam hukuman denda yang saya tidak habiskan. Saya akan berdiri extra 1 jam lagi sebagai hukuman saya lompat pagar semata-mata untuk berkejar ke hospital. Jadi, 2 jam. Cikgu ada apa-apa bantahan?"

Guru disiplin tak terkeluar kata-kata. Zam menyambung kata,

"Tahukah cikgu? Betapa 1 minit terakhir pun sangat-sangat bernilai bagi seseorang yang sudah berada di akhir waktu? Sekurang-kurangnya untuk tutup mata di sisi orang yang disayanginya. Tapi, saya tak ada peluang itu. Mak saya pun tak dapat peluang itu. Saya tak salahkan cikgu. Saya tak nak salahkan sesiapa.

Sebab saya faham dengan jelas, yang mempertemukan dan yang memisahkan adalah Allah. Perancangan-Nya indah. Aturannya cantik. Mungkin jika saya ada di sisi arwah ketika itu, arwah tak sampai hati pergi dengan tenang dengan anaknya berlinangan air mata di tepi katil.

Mungkin kerana saya ni pendosa besar pada para guru selama ini. Pada sekolah. Pada Tuhan, maka saya dibalas sebegini rupa. Balasan ini layak untuk saya.

Boleh saya keluar sekarang untuk jalani hukuman saya?"

Guru disiplin mengangguk-angguk. Kelu bicara. Perasaan bersalah mula mencakar hati.

Zam keluar ke medan perhimpunan.

Berdiri di tiang bendera. Sambung hukumannya. Kali ini lebih tenang. Hati lebih rela. Diri lebih pasrah. Zam tersenyum sendiri pandang langit. Kepanasan mentari mulai menggigit kulitnya.

Pengetua, para guru dan pelajar-pelajar pakat jenguk tengok jejaka yang mulai tumbuh rambut di kepalanya itu berdiri. Nampak santai sahaja. Bermacam katakata keluar dari mulut mereka. Biasalah. Mulut akan berbicara ikut suka. Sesedap rasa. Seolah orang yang dikata tidak punya rasa, tidak terluka. Sebab itulah, di akhirat mulut manusia tidak dibenarkan lagi berkata-kata. Sudah teramat cukup ianya berfungsi di dunia. Sama ada sebagai alat hikmah. Atau cuma alat fitnah.

Ironisnya, Zam tidak peduli.

Teacher memandang Zam dari tingkat dua bangunan sekolah. Geram ada. Kasihan pun ada. Geram sebab dia tak faham sebab Zam bertindak sedemikian. Tak perlulah nak hukum diri sendiri lagi. Tak ada siapa peduli pun. Kasihan sebab Zam sudah tiada sesiapa. Anak yatim nestapa usahlah dilayan sebegitu rupa. Patut dimaafkan saja. Patut diabaikan saja kesalahannya. Ah, tak faham! Teacher merungut-rungut sendirian.

Zam didatangi Cik Yuyu. Dia juga nampak sangat tidak puas hati.

"Kenapa awak berdiri lagi? Hukuman awak dah tamat kan tempoh hari?"

"Belum. Ada lagi satu jam baki. Dah, kau pergi je masuk kelas. Nanti apa pula kawan-kawan kau kata. Kau jangan bergaul sangat dengan aku. Aku ni kambing hitam di sekolah. Jangan sebab aku, kau dapat tempiasnya."

Zam seakan menghalau.

"Boleh saya pergi. Tapi beritahu saya, kenapa awak bertindak macam ni?"

Zam pandang Yuyu.

"Hukuman tetap hukuman. Hukuman ini dah cukup ringan. Aku tak pasti aku mampu jalani hukuman yang sama ke tak di akhirat kelak.

Kawan aku (abang jaga) cakap, ulama Islam tidak mengelak pun dari dijatuhkan hukuman hatta hukuman gantung sampai mati oleh orang-orang yang menentang Islam. Mereka boleh lari. Mereka boleh pilih untuk bebas. Tapi, mereka pilih untuk pergi kepada Allah secepat yang mungkin.

Lihatlah pada para Ikhwan al-Muslimin di Mesir, rela dihukum mati dalam menegakkan kebenaran.

Aku juga ingin pergi segera kepada Allah."

Yuyu berkaca-kaca mata.

"Boleh tak awak jangan cakap macam tu lagi?"

Emo sekejap.

"Saya doakan awak panjang umur dan jadi lelaki yang soleh! Amin!"

Terus dia berlalu. Jalan cepat-cepat meninggalkan Zam sendirian.

Zam kaget dengan gadis itu. Tak faham. Tak mahu faham. Dia menumpukan pada hukumannya.

Teringat kata-kata abang jaga sepanjang malam tempoh hari.

"Aku ingat-ingat lupa beberapa rangkap syair Imam al-Syafi'i. Beliau ada menukilkan kata-kata yang berinspirasi tinggi pada aku zaman aku sekolah dulu."

Zam mendengar penuh minat.

"Syairnya bermaksud:

Tatkala aku memaafkan, maka aku pun tidak membenci seorang pun. Aku pun menenangkan diriku dari kesedihan dan kegelisahan yang timbul akibat permusuhan.

Aku menampakkan senyum kepada orang yang aku benci. Sebagaimana jika hatiku telah dipenuhi dengan kecintaan.

Aku pasrah jika Allah menghendaki sesuatu perkara. Maka aku biarkan kehendakku menuju kehendak-Nya.

Engkau mengharapkan kejayaan tetapi di malam hari hanya tidur sahaja?

Orang yang mencari mutiara harus menyelam di lautan."

Setelah mendengar kata-kata abang jaga, Zam makin bersemangat untuk solat malam.

"Nak cari mutiara. Nak cari mutiara! Bukan mutiara di lautan. Tapi mutiara cinta Allah. Mutiara di Syurga!"

Selama 3 hari proses penggantungan berjalan, selama 3 hari itulah jua Zam bangun sendirian di malam hari. Demi mengubat rindu pada ibunda. Demi meraih reda Tuhannya.

Apa yang Zam dapat setelah itu?

Hati yang lebih tenang. Tidaklah seratus peratus tenang. Tapi, tidaklah kusut sebagaimana biasanya. Hanya yang qiamullail demi Tuhan merasakan perbezaannya.

Bukan seperti yang bangun malam lantaran dikejut teman istimewa. Kekasih hati kejut, maka bangun solat. Kononnya kerana Tuhan. Tapi dalam tak sedar, mereka buat kerana pasangan. Harapan Zam, moga suatu hari, dari niat yang terpesong itu mereka patah balik kepada benar-benar lurus dan betul. Lelaki itu fikir, mereka yang tersalah niat itu mungkin berjaya gapai cinta pasangan. Namun belum tentu raih cinta Tuhan. Sedangkan yang itu lebih utama.

Setakat 3 hari di rumah, Zam berjaya habiskan 2 muka surat al-Quran setiap pagi sebelum Subuh. Namun, untuk ke masjid solat jemaah, dia masih liat. Tiada perubahan sedrastik kerlipan mata.

Panas yang membahang menyedarkan Zam dari lamunan. Hukuman dua jam akhirnya langsai.

** Zam lebih banyak berdiam diri di sekolah. Teacher perasan perubahan Zam itu. Tidak banyak cakap. Tidak banyak bertanya seperti sebelumnya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Normal seperti pelajar lain. Salin nota, buat latihan.

Teacher rasa janggal dengan Zam sebegitu. Ingin sahaja dia bertanyakan jejaka itu. Tapi, kata-katanya tergantung tiap kali bersua.

Tadi, masa rehat. Teacher tertengok pelajar perempuan tingkatan 4 singgah di kelas Zam. Dia masih ingat, budak perempuan tu ada di luar kuburan sewaktu arwah ibu Zam meninggal. Budak tu hulurkan bekal makanan pada lelaki itu. Tibatiba, dia rasa sesuatu dalam hati.

"Cemburukah aku?"

Teacher memandang Cik Yuyu penuh curiga. Suspicious. Kini persoalan demi persoalan mula bermain di benaknya.

Yuyu selamba sahaja paksa Zam terima bekal makanannya.

"Ambil. Saya bangun awal pagi masakkan ini untuk awak. Tau. Don't worry. Hari ini saja. Tapi kalau awak tak makan, esok saya akan bagi lagi sampailah awak makan."

Zam tak selesa. Tapi, dibiarkan saja. Tak sangka ada yang perasan dirinya nampak tidak bermaya. Memang. Zam memang tak selera makan sejak kematian ibunya.

Zam perhati bekal yang diberi Yuyu. Nampak macam sedap.

"Terima kasih. Lagi."

Yuyu senyum manis sambil berlalu tinggalkan Zam. Dapat ucapan terima kasih dah memadai bagi dirinya. Bukan mudah tengok jejaka garang tu senyum.

** Balik sekolah.

Zam sampai di parkir motosikalnya.

Dia membongkok tengok motosikalnya. Oh. Kena sabotaj. Plug motor entah ke mana. Minyak hitam mengalir tumpah.

Zam pejam mata. Genggam kedua tangannya.

"Haruskah lagi bersabar?"

Part 18 -----Cikgu Syabab menanti di parkir di sisi keretanya.

Dari jauh dia nampak teacher berjalan ke arah Myvi kuning miliknya. Cikgu Syabab mulai bergerak sama ke arah kereta itu.

"Teacher. Sekejap!"

Cikgu Syabab menyapa dalam mengah. Teacher berpaling tengok tuan punya suara. Tak berkelip matanya.

"Ya, ada apa ya cikgu?" Teacher curious.

"Boleh saya tanya sesuatu?" Nadanya agak malu-malu kucing siam.

Teacher macam tak sedap hati. Berdepan dengan cikgu baru yang popular di sekolahnya itu sedikit sebanyak menggugat pandangannya. Tidak dinafikan Cikgu Syabab punyai paras yang agak macho. Tapi, tidaklah sampai menarik hati teacher. Baginya, di depannya itu sekadar rakan kerja. Hormatnya juga sebagai kawan seperjuangan mendidik anak bangsa.

"Ya, silakan."

"Teacher dah ada orang punya ke?" Cikgu Syabab bertanya jelas.

Teacher terkesima sebentar. Gerun dengan soalan sebegitu.

"Setakat ini mak ayah saya punya." Teacher menjawab gugup.

Cikgu Syabab nampak happy dari riak mukanya.

"Dah ada yang special?" Tanya lagi.

"Setakat ni, keluarga saya yang special." Teacher berterus-terang. Dia jenis yang tak pandai berselindung atau menipu. Lurus bendul.

Cikgu Syabab bertambah riang.

"Jom nikah?!" Terpacul kata-kata tu dari mulut jejaka di depannya itu.

Teacher terpele'ot. Terkejut sakan. Macam nak tercabut tahi lalat manis di pipinya mendengarkan ayat Cikgu Syabab. Kelu lidah sekejap.

"Awak ni biar betul." Teacher gugup gila-gila.

"Betul. Saya serius ni. Awak baliklah beritahu mak ayah awak dulu. Bincang dengan mereka dulu. Kalau okay, saya hantar rombongan meminang hujung bulan depan terus. Ikhlas dari hati. Saya memang tengah cari calon isteri. Kali pertama tengok awak, memang saya dah jatuh hati. So, please. Pertimbangkan ya?"

Nada Cikgu Syabab seakan merayu sedikit. Nada manja mengharap.

Dalam hati teacher berdebar macam nak pecah jantung. Geram pun ada, tapi cuma terluah di hati,

"Why so serious?!~~ (wat muka Joker dalam hati)"

Tapi di depan Cikgu Syabab, teacher dah macam Chibi Maruko-chan. Teacher tersenyum senget. Tak tahu nak jawab apa. Sungguh dia buntu!

Ada sesuatu mengganggu di kalbu.

***

Zam berdiri di samping motosikalnya yang tak hidup. Disabotaj orang.

Zam perasan ada kelibat sekumpulan pelajar tidak jauh dari situ. Tengah gelak sakan.

Lelaki itu berdiri. Matanya tajam. Tanpa membuang masa lagi dia menapak ke arah mereka.

Sampai di hadapan mereka. Zam dengar dengan jelas,

"Haha! Padan muka kau! Rasakan!"

"Cari gaduh, kan! Balik jalan kaki lah woi!! Haha!"

Zam berpeluk tubuh depan mereka.

"Kau, ke mari. Kau, Faizal kan?"

Ketua geng form 5 maju ke depan. Berhadapan mata tentang mata.

Zam memang bermuka bengis bila amarahnya di kemuncak. Namun, digenggamnya kuat-kuat penumbuk di sebalik pelukan tubuh. Jangan sampai terlucut dari pelukan. Bimbang singgah di muka budak lelaki poyo di hadapannya itu. Berkecai nanti muka kena buku lima Zam.

"Aku nak tanya kau, apa yang buat kau tak puas hati dengan aku?" Zam bertanyakan Faizal.

"Pergh. Tanya kita pulak. Kau debik aku di kantin sebelum ni, kau dah lupa?"

Zam menyeringai seraya berkata,

"Kau bocorkan tayar motor aku, kau dah lupa?"

Faizal tersirap darah.

"Aku tak lupa. Tapi, kau cuba jadi hero depan gadis tercantik di sekolah. Kau dah lupa? Tu hak aku!"

Zam menjebehkan bibirnya,

"Kau sabotaj sekali lagi motor aku hari ni, apa kau dah lupa? Apa tak cukup lagi kau nak balas aku?"

Faizal panas hati. Dia fikir Zam bangang susah nak faham maksudnya.

"Tak cukup! Sebab pompuan hak aku tu sekarang nampak duk syok dekat kau! Kau ingat cukup dengan rosakkan motor kau?! Celaka!"

Zam pandang Faizal dengan tajam. Ada 6 budak lelaki lain di belakangnya sedang bercekak pinggang, siap siaga membantainya bersama sang ketua.

"Habis kau nak apa?" Zam tanya sinis.

"Aku nak kau berambus dari sekolah ni! Aku tak nak tengok muka kau di sekolah ni lagi!"

Zam tersengih macam siamang geram. Parutnya terasa perit lantaran urat-urat di mukanya makin tegang berselirat di balik wajah. Menahan kemarahan. Cuba bawa kesabaran di dalam.

"Boleh. Tapi, izinkan aku berkhutbah sekejap. Aku teringat kata-kata seorang pengawal ni. Mamat tu kata, ada seorang syeikh yang buta matanya dinukil katakatanya dalam sebuah kitab. Korang tahu apa syeikh tu sebut?

Seorang yang berakal ialah orang yang sentiasa memperhitungkan dirinya dan perbuatannya untuk sesudah mati. Orang yang dungu ialah yang membiarkan dirinya mengikuti hawa nafsunya dan cuma mengharapkan kemurahan belas

kasihan Allah dengan pelbagai lamunan.

Buat jahat tapi harap Allah berikan kebaikan kepadanya. Buat khianat tapi harapkan Allah belas kasihan padanya.

Sayyidina Umar al-Khattab r.a. berkata, 'Perhitungkanlah dirimu sebelum kamu diperhitungkan dan timbanglah amal perbuatan kamu sebelum kamu ditimbang. Benda yang akan meringankan beban kamu kelak adalah bila kamu menghitungkan amalan diri kamu sejak dunia lagi, bersedia sehabis sedia menghadapi pengadilan yang terbesar sekali. Pada hari tu, semua kerja-kerja kamu sama ada baik dan buruk akan tersingkap!'

Korang rasa kerja keji korang ni tak akan disingkap dan ditayang di layar akhirat? Korang rasa Allah itu menyebelahi orang yang berperangai macam korang? Jangan ingat Allah tinggikan kedudukan korang lebih dari aku yang teruk ni hanya kerana korang lebih pandai dan cemerlang dalam pelajaran.

Faizal, kau tahu tak, di akhirat..pada hari tu akan dikatakan kepada yang dizalimi, majulah (ke Syurga)! Dan dikatakan kepada orang yang zalim, JANGAN BICARA!

Kau nak berada di tempat yang mana?!

Sekian khutbah aku."

Faizal dan geng rasa geram.

"Nak jadi ostad konon!!"

Lantas mereka menyerbu Zam beramai-ramai. Menyepak terajang jejaka berparut itu bertubi-tubi. Sambil tumbuk sambil kutuk, sambil keji. Melanyak semahunya.

Zam rebah ke bumi. Perutnya dipijak-pijak. Rusuknya ditendang-tendang.

Faizal terajang dan hentak sekuat hati tubuh anak yatim piatu itu.

"Pergi mampus kau macam mak kau tu!" Faizal pekik kuat-kuat dengan bonus beberapa sepakan di muka Zam. Pecah berderai sebahagian kulit pipi Zam. Lebam biru. Darah keluar.

Tiba-tiba Zam pegang kaki Faizal. Tahan kaki jantan itu kemas-kemas. Cengkam kuat.

"Kau boleh bunuh aku. Tapi kau jangan sesekali sebut pasal mak aku. Yang kotor itu aku, yang suci itu mak aku!"

Lantas Zam bangun melibas dan melepaskan tendangan bertubi-tubi pada setiap lelaki di situ. Tercampak. Terpelanting. Terkesot ke belakang.

Digenggamnya kuat-kuat buku limanya, dihayunkan sekuat hati ke muka Faizal.

Deshum!!!!

Tepat ke sasaran. Faizal tercampak. Mengaduh kesakitan. Terbelalak mata. Padu. Sungguh padu tumbukan Zam.

"Kau jangan sekali-kali...jangan sekali-kali sebut lagi...mak..mak..aku!"

Zam hilang punca. Diangkatnya pasu bunga yang besar berhampiran. Dihayunkan ke kepala Faizal. Kawan-kawan Faizal cuma mampu melihat dalam keadaan masing-masing terbaring kesakitan.

Zam bagai dirasuk. Kesabaran lelaki itu berada di puncak. Menggila.

Faizal memandang tepat dengan hidungnya berdarah.

Pasu diangkat tinggi.

"Zam!!!!"

Ada jeritan kedengaran.

Part 19 -----"Berhenti!"

Hayunan pasu dengan tangan jejaka parut di muka itu tersekat. Tangannya kaku seketika.

"Biar Tuhan saja yang balas segala! Andai Tuhan mampu balikkan dunia di zaman Nabi Luth, tenggelamkan bumi di zaman Nabi Nuh, belah lautan di zaman Nabi Musa, inikan pula nyamuk-nyamuk aedes seperti mereka. Kacang sekali Dia binasakannya.

Tak perlu kotorkan tangan awak dengan darah mereka! "

Pasu dihempas ke sisi Faizal. Pecah berderai. Kecut perut ketua geng form 5 itu. Andai pasu bunga itu tepat ke mukanya, pasti dah terbenam tanah dan bunga dalam tengkoraknya. Menggeletar tubuhnya. Degup jantung tergendala seketika.

Zam menjeling tajam ke sebelah.

Gadis bertahi lalat di pipi.

Teacher.

Suara yang cukup dikenalinya.

Teacher menyambung kata,

"Einstein sendiri pernah menyebut, dalam dunia ada dua benda yang terbatas iaitu kebodohan dan alam semesta. Antara keduanya, beliau tak pasti tentang keterbatasan alam semesta. Namun, beliau pasti kebodohan manusia itu tampaknya tidak terbatas.

Mereka macam adik-adik kamu. Mereka bodoh dan jahil. Mereka tak mengerti erti kehilangan ibu dan ayah. Mereka tak mengalami apa yang kamu dah alami. Orang akan berkata apa saja tentang kita, tapi apabila mereka mengalaminya sendiri barulah mereka menyesal dengan apa yang telah mereka katakan.

Gandhi ada berkata, hiduplah seolah-olah kamu akan mati esok. Belajarlah seolah-olah kamu hidup selamanya.

Kegelapan tidak boleh memandu keluar dari kegelapan. Kebencian tidak boleh salur keluarkan kebencian itu sendiri. Hanya kasih sayang mampu lakukannya.

Apa yang terjadi semua ini adalah sebahagian dari universiti kehidupan. Sabarlah."

Zam kaku berdiri di situ. Memandang satu persatu wajah di hadapannya yang sedang mengaduh kesakitan. Faizal pucat mukanya tapi nampak seakan tidak puas hati. Diri Zam sendiri luka-luka dan berdarah.

Zam mendengus dan berpaling dari mereka. Menghadap teacher seraya berkata,

"Saya lebih suka belajar dari Universiti Muhammad s.a.w..

Baginda bermula dengan kehidupan yang derita tanpa ibu bapa, dimalukan dan dihina, pernah melalui saat-saat di mana tiada siapa yang sudi percaya kecuali isteri dan sahabat baiknya. Hidup serba sederhana. Hidup seolah-olah esok akan ke akhirat bertemu Tuhannya. Berjuang seolah-olah nampak Syurga di depannya!

Namun orang-orang yang teacher kata 'adik-adik' ini, mereka nampak seperti cerdik agama, tapi sikap seperti orang jahiliyyah. Saya mungkin tidak pandai jawab soalan agama atas kertas peperiksaan seperti mereka. Namun, tak bolehkah mereka bersikap sebagaimana hebatnya mereka jawab dalam kertas exam?!

Benarlah.

Belajar di sekolah sekadar untuk peperiksaan. Sekadar teori. Amalinya tak ada. Tipu diri sendiri! Belajar Pendidikan Islam, Pendidikan Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyyah, Sivik, Tasawwur, Sejarah Islam, tetapi sedikit pun tak berakhlak sebagaimana banyaknya subjek-subjek yang mereka baca dan hafal.

Umpama tahu nasi itu dari beras. Tapi, masak nasi sendiri tak pandai. Dimasak tanpa air, jadi kerak hangit. Dimasak terlebih air, jadi lembik.

Sepatutnya mereka yang cerdik pandai inilah yang tunjuk contoh pada saya yang bodoh jahil tukil ni!"

Zam sedikit tinggi suara. Marahnya belum mereda. Tiba-tiba Faizal bangun di belakang Zam.

"Hei, banyak mulut!"

Diterajangnya Zam dari belakang. Terkena rusuk Zam. Tergolek jatuh Zam di lantai.

Faizal menapakkan kaki ke atas dada Zam.

Zam mengerutkan keningnya. Sakit tidak terperi di bahagian rusuk kirinya. Sakit amat.

Faizal capai kerusi kayu lama berhampirannya. Diangkat kerusi tu tinggi-tinggi.

"Hari tu kau berjaya mengelak kerusi kantin. Hari ini kau tak akan berjaya. Mampus kau kali ini!"

Zam yang sedang menekankan sebelah tangannya pada rusuknya yang kian menyengat hanya mampu melihat.

Kerusi kayu dihempaskan laju-laju ke atas Zam.

Prak!!!

Patah tiga kerusi usang itu. Zam berjaya tahan dengan sebelah tangannya, namun momentum hayunan Faizal terlalu kuat. Tak berdaya Zam dengan baki kudrat yang ada. Terus kayu kerusi itu mengenai kepalanya.

Tangannya berdarah. Kepalanya mengalir darah. Merah pekat sedikit kehitaman.

Teacher kaget. Tak sempat selamatkan Zam. Kejadian berlaku begitu pantas.

Diterpanya Faizal. Tolak pelajar itu ke samping kuat-kuat.

Dipangkunya Zam. Dipanggil namanya berulang-kali. Namun, tiada sahutan.

"Faizal! Kenapa dengan kamu ni?! Dah hilang akal?!" Teacher marah dalam kerisauan. Ditekan-tekan fonnya. Dail nombor kecemasan. Seketika, teacher meletakkan fonnya. Ambulans akan tiba sekejap lagi.

Teacher betul-betul marah.

"Jawablah kamu dah kenapa Faizal buat macam ni?!"

Faizal cuak. Seolah baru tersedar dari kerasukan. Bila tengok darah membuak keluar dari jasad di depannya itu.

"Saya...saya...saya tak nak dia rampas awek saya! Saya tak nak!"

Teacher mengerling tajam pada mata Faizal,

"Dia tunang saya, stupid! Tunang saya!"

Faizal terkejut dengan jawapan teacher. Dia dah buat salah besar. Dia dah salah sangka Zam. Dia ingat Zam cuba goda Cik Yuyu pujaan hatinya.

Faizal terduduk tidak percaya. Kawan-kawan Faizal segera hampirinya, ajak supaya cepat-cepat berlalu dari tempat tu. Kalau tak, teruk kena suspek.

"Blah weh! Masuk sekolah juvana kau nanti. Blah wei!"

Kawan-kawannya segera melarikan diri beramai-ramai ke luar sekolah. Faizal tak tunggu lama. Angkat kaki sama dalam ketakutan. Tinggalkan teacher dan Zam di tempat kejadian. Bukannya nak tolong. Sama seperti cuaknya Qabil membunuh Habil. Setelah bunuh saudaranya sendiri, tidak tahu apa patut dibuat. Hingga Allah hantar burung tunjuk contoh. Setelah matinya seseorang, perlu dikubur. Bukan dibiar. Lantaran hati berpenyakit, orang intelek pun boleh jadi psikotik.

Teacher memangku Zam di ribaannya. Nak ditarik pelajar itu tak terdaya. Berat. Tiada sesiapa berhampiran. Waktu sekolah dah lama tamat. Pelajar dah ramai pulang. Parkir motor pula di belakang sekolah. Darah dah menjalar mengenai tudungnya. Shawl yang berwarna ungu lembut tadi bertukar jadi merah. Teacher tak sangka riuh-rendah yang didengarinya tadi melibatkan pertengkaran antara budak-budak ini dengan Zam. Dia bersyukur sempat tahan Zam dari cederakan orang. Tapi menyesal kerana tak sempat tahan orang lain dari cederakan jejaka itu.

Ditatapnya wajah Zam dalam-dalam. Sudahlah muka yang berparut itu hasil dari tangannya. Sekarang jadi begini pula.

Menitis air mata teacher. Tak tahu nak buat apa.

Tanpa daya.

Jejaka itu sudah menutup mata.

Part 20 -----"Doktor, doktor! Pesakit dah sedarkan diri!"

Doktor dan jururawat bergegas mengerumuni. Periksa kondisi pesakit yang sedang terlantar di atas katil. Disuluh kedua-dua anak mata dengan medical pen light. Normal. Stabil. Nadi pun bagus. Detak jantung pun amat baik.

Mereka semua tersenyum memandang jejaka itu.

"Saya di mana ya?"

"Hospital besar. My God! Such a miracle!" Doktor cina itu menjawab dalam ketakjuban.

Jejaka itu agak bingung sedikit mendengarkan kata-kata doktor. Dia sendiri tidak merasakan apa-apa kesakitan pada tubuhnya. Cuma lenguh-lenguh dan letih. Seperti baru lepas berlari dari tempat jauh.

Setelah membuat sedikit pemeriksaan lanjut, doktor meninggalkan pesakitnya.

Zam meraba-raba kepalanya. Tak ada apa-apa luka. Tak ada apa-apa balutan dikenakan padanya. Dia pegang rusuknya. Selak bajunya. Ada kesan parut di

pinggang kanan. Bawah sikit. Rusuknya tak terasa sakit apa-apa pun. Parut pun sudah lama kering. Bukan kering. Tapi, kelihatan sudah lama ia ada di situ.

Zam bingung lagi. Apa terjadi sebenarnya?

Seketika, ada seseorang yang dari tadi menanti doktor selesai tugasnya datang mendekati.

Zam tak kenal orang itu. Dalam lingkungan hampir 30. Lelaki.

"Saya Kamal bin Mohd Faizal. Panggil saja Bang Mal." Dihulurkan tangannya bersalam.

Zam menyambut huluran tangannya dalam fikiran yang buntu.

"Kamu ni siapa?" Zam memulakan soalannya.

Lelaki yang baru dikenalinya itu cuma tersenyum. Seraya menjawab,

"Ingat tak nama Faizal?"

Zam mengangguk. "Ingat, budak tingkatan 5 tu. Apa kaitannya dengan kamu?"

Sekali lagi senyum.

"Dia arwah ayah saya."

Zam terkesima. Terkejut. Terpana.

"Hah?! Apa ni? Saya tak faham!"

"Sabar. Bertenang. Saya akan terangkan satu persatu."

Zam pegang bahu Abang Kamal.

"Cepat. Saya nak tahu!"

"Baiklah. Pertama sekali awak kena percaya. Benda ini tidak mustahil terjadi. Malah, dalam al-Quran pada Surah al-Kahfi pernah terjadi sebagaimana Allah rakamkan kisah Ashabul Kahfi yang tidur selama 309 tahun. Begitu jua dengan kisah Uzair yang 'ditidurkan' Allah selama 100 tahun sehingga dikatakan jasadnya hancur menjadi belulang, kemudian dihidupkan kembali sebagaimana dicatat dalam Surah al-Baqarah ayat 259.

Begitulah jua yang terjadi pada kamu. Kamu dah koma selama 70 tahun. Namun, sangat ajaib kerana jasad kamu utuh. Tidak terjejas. Tidak menua. Tidak berkecai. Ini semua kerja Allah. Allah Maha Besar."

Zam terkejut sangat-sangat. Langsung tidak percaya. Dia lantas bangkit dari katilnya. Berlari keluar ke kaunter pendaftaran hospital. Dilihatnya kalendar dan suratkhabar. Terbeliak matanya. Benarlah. Benar sekali. Tarikhnya betul-betul 70 tahun di masa depan! Dah tanya orang-orang di sekeliling yang ada di situ. Semua jawab tahun yang sama.

Zam hampir jadi gila. Macam tak percaya. Sesekali dipejam matanya. Sesekali ditampar pipinya.

"Aku tengah bermimpi. Aku mimpi! Tuhan, tolong bangunkan aku kembali!"

Dibuka matanya. Segalanya sama.

Sekarang, Zam di masa depan.

** Abang Kamal datang menenangkan Zam. Mengajaknya masuk balik bilik wad.

Zam menangis teresak-esak. Takut. Dia betul-betul takut. Banyak kali dia beristighfar. Mengucapkan nama Allah berkali-kali. Dia berada dalam dunia yang asing baginya.

"Begini. Arwah ayah saya dulu dah mengamanahkan kami sekeluarga jaga kamu sehingga kamu sedar kembali. Ayah sangat optimis dan yakin kamu akan kembali. Setelah kejadian di sekolahnya dulu, arwah sangat menyesal dengan perbuatannya. Akhirnya, arwah bertindak tukar ke sekolah lain. Setiap hari, arwah datang menziarahi kamu. Berkali-kali dia minta maaf. Arwah akhirnya berubah jadi orang yang lebih baik. Dunianya terbalik 360 darjah. Lebih suka kepada agama. Belajar tentang agama hingga ke timur tengah. Akhirnya kembali ke tanahair menjadi ustaz yang berjaya. Orang kenal dia sebagai Ustaz Faizal. Saban minggu, dia akan datang ziarah kamu dan menangis.

Ketika umurnya menjangkau 60-an, arwah telah ambil insurans nyawa. Dua tahun kemudian, arwah kemalangan jalanraya. Tapi, arwah telah insuranskan segalanya atas nama kamu. Untuk biayai bayaran wad khas kamu sepanjang hayat. Supaya doktor dan jururawat sentiasa monitor perkembangan kamu dengan baik.

Arwah sangat-sangat mahu kamu maafkan segala perbuatannya pada kamu. Allah lah yang menggerakkan segala perubahan. Ternyata, Allah mahu menjaga iman ayah dengan menemukan hidupnya dengan kamu. Jangan ada benci padanya, Zam. Ayah juga ada hati dan perasaan."

Abang Kamal sebak dalam kata-kata.

Zam mendengar penuh syahdu. Menitis air matanya berkali-kali juga. Syukur kerana tidak dibunuhnya Faizal ketika bertengkar dulu. Kalau tidak, dialah yang paling zalim dunia dan akhirat.

"Saya maafkan. Dia tak pernah salah. Dia tak salah. Saya yang salah buat dia merana seumur hidupnya begitu. Maafkan saya, maafkan saya."

Zam berlinangan air mata.

Abang Kamal memeluk Zam erat-erat. Menangis bersama.

***

Pintu bilik wad diketuk. Doktor cina tadi masuk.

"Boleh saya bertanyakan sesuatu?"

Zam mengangguk. Mempersilakan doktor itu duduk di sisinya.

"Islam itu bagaimana? Sebenarnya saya sungguh takjub sekali dengan kes kamu ini. Bagaimana mungkin 70 tahun koma, masih hidup dengan baik? Sains pun tak mampu menjawabnya."

Zam agak blur untuk menjawab soalannya dalam kapasiti ilmunya yang tidak sebegitu banyak. Umurnya baru 18 tahun untuk menjawab soalan yang sebegitu besar.

"Islam itu indah, doktor. Itulah yang dikatakan oleh seorang kawan saya. Dia kerja jaga sekolah. Dia kata, jika agama Islam itu teruk, sudah lama penganutnya rosak.

Namun, orang Islam rosak bukan kerana agama. Mereka rosak kerana mahu bebas dari agama.

Dalam Islam, ada kitab suci iaitu al-Quran. Al-Quran itu selama-lama kandungannya benar. Kerana di dalamnya adalah kata-kata daripada Allah sendiri. Bukan kata-kata manusia. Tidak mungkin Nabi Muhammad s.a.w. yang buta huruf ketika itu, boleh mereka ayat-ayat yang tidak ada tolok bandingnya. Lebih indah dari syair arab. Lebih bagus dari puisi dan pujangga. Di dalamnya ada kisah klasik untuk masa depan. Ada cerita alam dunia dan alam akhirat. Ada kisah Syurga dan Neraka. Apa yang pernah terjadi pada kaum dulu kala, berulang kembali sifatnya di masa kini. Semua dah terakam dalam al-Quran.

Islam itu buat jiwa dan hati lebih tenang seandainya benar-benar dipraktikkan dalam kehidupan. Doktor jangan tengok pada umat Islam, mereka tidak suci sebagaimana agama Islam. Manusia ada buat salah. Mereka senang terpengaruh bila diri jauh dengan agama.

Di dalam Islam, mencintai Allah dan Rasul-Nya itu adalah lebih perlu diutamakan. Sebab itulah, sesiapa yang betul-betul mendekatkan diri kepada Allah, hatinya lapang. Hidupnya tenang walaupun penuh dugaan. Fitrah hamba, jiwanya bersandar pada Tuhan-Nya. Kita sayang ibu dan bapa kita sebab merekalah kita terlahir ke dunia. Begitulah hamba, sebab Allah-lah baru kita dan ibu bapa kita ada di dunia ni.

Saya sendiri pun tidak memahami apa yang berlaku pada diri saya. Tapi, saya fahami dengan baik, Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kun fayakun. Apa saja yang Dia nak terjadi, mampu terjadi dengan mudah sekali."

Doktor cina itu tersenyum.

"Ajarkan saya tentang Islam. Mulai hari ini, saya juga nak jadi pencinta Allah dan Nabi Muhammad."

Zam tambah sikit lagi ayatnya,

"Abang jaga tu ada sebut mengenai sebuah kitab bernama Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. Dinukilkan di dalam itu kata-kata dari Allah dengan maksudnya,

'Barangsiapa mencari-Ku dengan kebenaran, maka ia akan mendapatiku. Barangsiapa mencari selain-Ku, maka ia tidak akan mendapati-Ku. Wahai penduduk bumi, tolaklah tipuannya yang ada padamu. Marilah menuju kepada kemuliaan-Ku dan persahabatan dengan-Ku. Senanglah kepada-Ku, nescaya Aku senang kepadamu dan Aku bersegera pada cintamu.'"

Doktor nampak sebak. Bergenang air mata mendengar kata-kata Zam.

Zam dan Abang Kamal tersenyum. Tidak lama kemudian, dengan izin dan hidayah Allah, doktor cina itu pun memeluk Islam dengan melafazkan kalimah keramat syahadah.

"Selamat kembali ke sisi agama Allah."

Abang Kamal memeluk doktor cina itu. Zam pun sama. Mengalu-alukan saudara baru ke agama yang suci itu.

Dari situ, Zam terfikir. Mungkin ada hikmah yang lagi besar di sebalik apa yang terjadi pada dirinya.

Mungkin ada rahmat di sebaliknya.

***

"Wah, pusat tahfiz seluas ini milik arwah ayah kamu?"

Zam kagum seketika bila sampai di kawasan rumah Abang Kamal.

Dilihatnya sekeliling. Memang canggih dengan teknologi moden cukup lengkap. Pelajaran pondok serba moden. Talaqqi kitab ala tradisional tapi dibantu dengan peralatan dan teknologi masa depan memang buat jejaka itu tak berkelip mata melihatnya.

Namun, pusat pengajian yang sebegitu luas dan besar tidak ramai penghuninya.

"Kenapa pelajarnya sedikit saja?" Zam bertanya.

Abang Kamal hulurkan air oren kepada Zam. Menjawab tenang.

"Perasan tak sepanjang jalan ke sini, kita lalui bandaraya metropolitan, ada tak remaja yang berjubah? Berbaju kurung? Pakai tudung? Pakai kopiah?"

Zam mengerutkan keningnya.

"Tak nampak pun."

Abang Kamal tersenyum lagi.

"Selamat datang ke masa depan. Inilah gaya hidup orang zaman sekarang. Sejak zaman arwah ayah, bibit kejatuhan Islam di negara kita begitu ketara sekali terlihat. Demokrasi tiada erti. Liberalisasi mengambil tempat. Sekularisme jadi adat. Ramai mulai cenderung ke arah sosialisme, marxisme, dan komunisme. Akhirnya, isme-isme ini mengambil alih tempat dalam masyarakat. Namun, semua isme-isme yang kononnya hebat ini tidak selari dengan Islam. Islam lebih syumul dan murni tanpa berkepentingan apa-apa.

Makin kurang yang mahu mengambil Islam sebagai pegangan. Mereka mengkritik Islam habis-habisan seolah-olah agama ini sudah tidak relevan lagi. Golongan antihadis menular. Golongan kaya makin kaya, golongan miskin terus miskin. Politik kotor bermaharajalela. Syiah meresap dalam masyarakat. Ahlussunnah wal jamaah ditentang mati-matian. Ahli agama yang makin sedikit pula tak habis-habis bergaduh hujah sesama sendiri yang buat orang makin benci kepada agama Islam.

Penyakit yang paling teruk sekali hari ini, berpunca dari keghairahan setiap manusia ingin jadi selebriti segera. Zaman arwah ayah dulu dengan facebook dan twitter, instagram dan bermacam lagi. Semua itu akhirnya makan diri sendiri. Remaja yang mengejar populariti ketika itu, sambung menyambung monarki populariti kepada anak-beranak dan keturunan."

Zam terkebil-kebil. Cuba memahami.

"Sekarang, bagaimana remajanya?"

"Sekarang. Remaja majoritinya rosak akhlak. Yang ada rupa disanjung tinggi. Dijadikan selebriti. Seolah-olah dunia ini dunia hollywood. Dunia barat semuanya. Malu entah ke mana. Maruah diabai saja. Begitu banyak realiti tv muncul silih berganti. Semuanya nak berada depan lensa. Buat benda bodoh pun tak mengapa, janji depan lensa."

Zam nampak serius mendengarnya. Ini masalah umat yang begitu besar.

"Jadi, apa patut saya buat?" Zam mengeluh rasa tak berdaya.

Abang Kamal tersenyum.

"Arwah ayah dah plan sesuatu dengan begitu teliti pada kamu. Dana yang begitu besar juga telah disimpan untuk kamu."

Zam tak faham.

"Plan apa ya?"

"Plan untuk menjadikan kamu hero dalam kehidupan remaja hari ini. Oleh kerana remaja hari ini, gilakan populariti. Jadi, kamu kena ranapkan seluruh populariti mereka dengan populariti kamu. Kemudian, sebarkan dakwah melalui populariti yang diraih!"

Zam terkesima.

"Bila masa saya popular? Saya ada apa? Tak ada apa-apa. Belajar pun tak pandai. Muka pun berparut sini-sana."

Abang Kamal tersenyum lebar. Dibawanya Zam ke depan cermin yang sangat besar.

Zam terkejut besar. Kelihatan macam wajahnya. Tapi macam bukan dia. Dia meraba-raba wajahnya sendiri. Parutnya sudah tiada. Licin kulitnya. Putih tidak segelap dulu. Halus lembut saja.

"Eh, ini saya ke? Apa dah jadi dengan parut saya?"

Abang Kamal menjawab ringkas,

"Parut di kulit kamu telah dirawat dengan laser canggih. Kulit kamu telah mengalami penstrukturan semula sel-sel. Semuanya berlaku secara semulajadi tanpa kesan sampingan ketika kamu koma. Jangan risau, tidak ada pembedahan plastik yang haram dijalankan pada wajah kamu. Semua berlaku natural dengan izin Allah. Mungkin kamu dari masa lalu, jadi kulit kamu tidak terdedah pada debu dan udara kotor di luar hospital."

Zam berkali-kali istighfar lihat wajahnya sendiri.

Abang Kamal mencelah,

"Kamu tak tahu, kamulah lelaki paling kacak di wilayah ini. Maybe di luar sana juga. Kamu tak perasan ke seluruh jururawat di hospital memandang kamu tak berkelip mata?"

Barulah Zam perasan. Dia sangka orang tengoknya kerana mukanya yang hodoh berparut.

"Macam mana? Kamu ON tak dengan plan arwah ayah? Kalau setuju, saya akan hantar kamu talaqqi kitab dan belajar al-Quran dengan ulama-ulama yang masyhur yang masih ada sekarang. Tapi mereka semua ini tersorok di pelosok dunia atas sebab-sebab keselamatan. Jangan risau tentang kos dan perbelanjaan. Semua ditanggung beres. Kamu hanya perlu sabar belajar selama 5 hingga 6 tahun. Kemudian, balik ke negara ini semula setelah habis belajar. Saya akan aturkan segalanya untuk kamu.

Yang paling penting sekarang, kamu nak selamatkan ummah atau tidak? Nak tolong agama ini atau tidak?"

Zam berdiri tegak. Menjawab dengan yakin.

"Saya cuma mahu Syurga. Bantu saya ke arah itu. Saya sanggup lakukan segalanya!"

Abang Kamal tersenyum lebar. Jejaka di hadapannya itu memang betul bukan sebarangan orang. Arwah ayahnya tak salah pilih.

***

Zam melangkah tenang ke gelanggang pertandingan. Pentas yang sangat luas dan besar. Lampu-lampu dipancarkan kepadanya.

Jejaka yang baru pulang ke tanahair setelah 6 tahun menimba ilmu di pelusuk dunia. Kini, berdiri di pentas realiti.

Sesungguhnya Zam amat membenci dunia gila populariti ini semua. Teringat katakata seorang alim,

Ibnu Masud berkata, Jadilah kamu sumber ilmu pengetahuan, pelita bagi petunjuk, alas rumahtangga, lampu yang menerangi kegelapan malam dan pembangkit semangat baru bagi hati serta pakaian yang usang. Dengan demikian, nescaya kamu akan dikenal oleh para penghuni langit dan kamu tidak akan dikenal oleh para penghuni bumi.

Sesungguhnya para ulama dan cendekiawan Islam dulu-kala amat takut pada fitnah populariti keduniaan. Kerana fitnah inilah yang mampu menghalang mereka dari memasuki Syurga Allah.

Zaman yang Zam berdiri sekarang adalah akhir zaman. Zaman ini, hanya kata-kata orang popular yang didengari. Hatta kata-kata itu kata-kata yang bodoh dan tidak bermakna, ianya tetap diquote serta disanjung puja.

Zaman yang pelik. Tapi, inilah hakikat yang Zam perlu telan.

"Selamat datang ke rancangan realiti tv paling popular abad ini! Hari ini kita ada beberapa peserta yang terpilih untuk berentap di peringkat akhir. Mereka ini semua berbakat besar! Ingat, undi di tangan anda semua!"

Hos memulakan program.

Dalam rancangan ini, yang menang akan beroleh 50 juta dollar. Sekaligus dinobatkan sebagai manusia paling popular di dalam negara. Pelbagai bakat diketengahkan. Ada penyanyi, penari, pelawak, dan sebagainya.

Satu demi satu peserta tampil memberikan persembahan yang terbaik. Ada yang mendapat tepukan gemuruh. Ada yang mendapat hamburan cacian dan kejian. Dilempar telur busuk dan tomato buruk. Jutaan lautan manusia hadir menyaksikan di stadium negara itu termasuklah para wartawan luar negara dan tanahair. Raja dan menteri-menteri turut hadir.

Zam sedikit berdebar. Dia berdiri di situ bukan sebagai penyanyi. Bukan juga penari. Atau pelawak. Dia berdiri di situ sebagai muslim yang ada misinya tersendiri.

Namun, dari apa yang Zam perhatikan, peserta yang cantik jelita mendapat tepukan ramai. Undian pada mereka juga tinggi.

Sampailah kepada giliran Zam.

Zam menapak ke tengah-tengah pentas. Berdiri tegak. Tenang saja. Tepukan gemuruh bergema. Lensa-lensa serta lampu diarah terus kepada jejaka itu. Wajahnya terpampang di skrin-skrin gergasi yang ditayang di dalam stadium, luar stadium dan seluruh televisyen kala ini.

Penonton terkesima seketika melihat wajah Zam.

Tampan. Sangat tampan. Putih dan cerah. Suci bersih. Sejuk mata dan hati melihatnya. Peminat-peminat fanatik Zam begitu ramai sekali. Mengangkat banner dan sepanduk gergasi dengan namanya tertulis sebegitu besar. Sepanjang pemilihan program, Zam telah berjaya menarik perhatian ramai dengan bakatnya

yang unik dan personalitinya yang sangat mencairkan hati manusia yang melihatnya. Gamat stadium bila Zam muncul.

Tampil ringkas lengkap set baju melayu putih dan berkopiah putih. Dengan senyuman.

Juri mula bertanyakan soalan.

"Hari ini kamu akan buat persembahan apa? Ketika pemilihan, kamu telah bernasyid, mendengarkan alunan bacaan al-Quran, qasidah dan tazkirah. Kami sepuluh orang juri di sini berasa pelik kerana kamu diterima baik oleh para penonton. Malah, kamu sentiasa mendapat undian tertinggi dari seluruh pelusuk negara.

Adakah hari ini kamu masih akan menyampaikan tentang agama kamu, iaitu Islam sedangkan kamu tahu sejak 20 tahun yang lepas, ramai dari rakyat di negara ini telah pun keluar dari agama itu?"

Zam tersenyum,

"Hari ini saya cuma akan bercerita suatu kisah benar mengenai diri sendiri. Ya, saya masih tetap akan sampaikan mengenai agama Islam. Sebab, bagi saya, ianya adalah jiwa saya. Saya tanpa agama umpama jasad tanpa roh. Agama Islam tidak pernah membosankan. Makin dekat saya pada agama, makin dekat hati ini dengan Allah. Begitulah sebaliknya."

Kemudian Zam tersenyum dan melambaikan tangannya pada para penonton. Tepukan gemuruh diberikan lagi dan lagi. Ada yang hampir histeria melihat Zam live di depan mata.

"Mulakan persembahan kamu."

Zam mulakan tuturnya.

"Tahukah anda semua, saya datang dari masa lampau? Jika anda tidak percaya, doktor yang merawat saya ada di sini untuk mengesahkannya."

Penonton-penonton hingar-bingar. Gamat seketika.

Juri bersuara,

"Silakan doktornya tampil mengesahkan!"

Seorang doktor cina diberikan mikrofon.

"Benar apa yang beliau katakan. 6 tahun yang lepas, beliau telah sedar dari koma yang panjang iaitu selama 70 tahun. Di sini, saya bawa sekali laporan hospital besar dan hospital negara mengenainya."

Bukti berdokumentasi diserahkan kepada para juri dan ditayangkan ke skrin besar.

Penonton-penonton takjub dengan insiden ini. Ramai yang bangun dan menjerit,

"Kami nak tahu lebih lanjut tentang ini! We want more!"

"Ceritakan siapa kamu sebenarnya!"

Zam bersuara,

"Bertenang semua. Inilah yang saya akan ceritakan.

Sungguh. Saya sendiri pun hampir tidak percaya apa yang telah berlaku pada diri saya. Tapi, ini adalah kisah benar yang dialami oleh saya.

Sekembalinya saya ke tanahair, saya telah diberikan sebuah diari oleh Abang Kamal, saudara yang menjaga saya selama ini. Beliau telah menguruskan segala pembiayaan pendidikan saya di luar negara.

Diari ini bukan milik saya. Diari ini milik seorang wanita yang saya kenali namanya sebagai Cik Yuyu.

Cik Yuyu adalah pelajar tingkatan 4 di zaman saya dulu. Saya tak sempat mengenalinya lebih lanjut.

Pada suatu hari, saya telah terlibat dalam pergaduhan rakan sekolah sehingga kepala saya cedera. Sehinggalah mulai detik itu, saya koma."

Zam menarik nafas panjang. Penonton tak sabar-sabar tahu sambungan ceritanya.

"Dalam diari ini, tertulis catatan Cik Yuyu. Anda semua nak tahu apa isinya?"

"Nak!"

Satu stadium menjawab excited.

"Baiklah, saya bacakan untuk anda."

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Zam.

Ini saya, Yuyu. Saya tak pasti bila awak sedar nanti, ingatan awak masih baik. Ataupun awak dah hilang ingatan. Namun, jika benar terjadi sedemikian. Izinkan saya perkenalkan diri sekali lagi.

Saya, Cik Yuyu.

Pertama kali saya kenal awak, ketika di kantin sekolah. Saya masih ingat dengan jelas lagi, di saat pelajar-pelajar lelaki mengusik saya, menyakat dan buat satu bulatan melingkungi diri saya sambil mata mereka melihat saya seperti singa lapar. Saat mata mereka meratah segenap tubuh saya.

Saat itulah, awak muncul. Campak air sirap pada mereka. Kemudian, awak bangun berdiri. Awak katakan maruah seseorang wanita itu mahal harganya. Ketika itu, hati ini terusik ke lubuk yang paling dalam. Masih wujud pemuda berjiwa agama dalam dunia hina ini.

Awak tumbuk salah seorang dari mereka. Awak marah mereka. Tapi marah awak tu, marah berhikmah. Bukan nak tunjuk hero. Bukan nak jadi penyelamat. Tapi marah awak ketika itu, kerana tak sanggup maruah wanita dipersenda begitu sahaja.

Bagi saya, awak tetap hero.

Zam yang saya kenal di sekolah, setiap hari saya dengar kawan-kawan bercerita buruk tentang awak. Mereka kata awak gengster. Mereka kata awak jahat dan tak guna. Hanya memburukkan nama sekolah. Tapi, saya optimis bila lihat awak nampak berusaha untuk jadi lebih baik. Saya tak tahu siapa yang menyebabkan awak berubah.

Tapi saya yakin, hidayah itu dari Allah. Kasih sayang Allah yang buat awak berubah.

Tak lama lepas tu, saya dapat berita awak kehilangan ibu tersayang. Ketika itu, saya juga merasakan sedihnya walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata. Saya tengok motor awak parking di sekolah. Bocor. Jadi, saya minta tolong abang jaga tukarkan tayar. Saya letakkan keychain milik saya di kunci motor awak.

Ingat tak keychain tu? Supaya setiap kali tengok benda tu, awak ingat untuk jadi lebih baik. Awak rasa nak jadi pemuda Syurga. Apapun, saya lebih rela awak ingat Allah daripada awak mengingati pemberian saya. Tak lupa juga kotak rokok terakhir awak.

Awak tahu tak, bagai nak gugur jantung ini bila dapat tahu awak dikejarkan ke hospital. Saya harap, saya dapat berada di sisi awak ketika itu. Tapi, teacher kelas awak kata dia nak jaga awak sampai awak sedarkan diri.

Saya dapat berita yang lebih mengejutkan. Doktor kata otak awak ada darah beku. Kena operate. Natijahnya, setelah pembedahan, awak koma.

2 bulan selepas itu, saya dapat tahu teacher yang jaga awak akhirnya bernikah dengan Cikgu Syabab. Lepas itu, tiada sesiapa lagi yang datang menziarahi awak kecuali Faizal. Abang jaga datang juga melawat, tapi sebelum saya exam SPM, saya dapat berita sedih abang jaga ditimpa kemalangan dan meninggal dunia.

Masa hari abang jaga meninggal, tekanan jantung awak pun bermasalah. Detak jadi lemah sehingga doktor-doktor cemas menyelamatkan awak. Seolah-olah awak memahami apa yang sedang terjadi di sekeliling. Namun, selepas itu awak stabil kembali.

Setelah habis SPM, saya apply kerja jururawat. Sengaja saya pilih kerjaya itu supaya saya dapat bertugas di hospital awak diwadkan. Saya gembira sekali saya dapat posting ke hospital yang saya nak.

Akhirnya, setiap hari saya dapat lawat awak. Tengok awak. Cakap dengan awak. Walaupun awak sikit pun tidak berikan respon.

Saya nak sangat awak bangun, sembuh kembali dan cakap pada saya,

'Aku nak Syurga!'

Tapi sehingga umur saya 25 tahun, bibir awak masih diam. Tidak sepatah pun berbicara.

Ramai jejaka mulai approach saya untuk jadikan isteri. Tapi saya tolak kesemuanya. Hinggalah saya digelar andalusia. Umur mencecah angka tiga di depan. Saya tidak peduli apa orang kata.

Sebab hati ini, sekali cinta adalah untuk selamanya. Mungkin saya bodoh, saya degil. Tapi, degil saya itu bersebab.

Bila lihat awak, hati ini makin mahu dekat pada Allah.

Tiap hari, saya datang jumpa awak. Baca al-Quran di sisi awak. Setiap hari saya dengan al-Quran kerana saya tahu pemuda di depan saya ini terlalu inginkan Syurga. Mengapa tidak saya juga cuba menggapainya?

Sayang ini, Allah yang campakkannya dalam hati saya. Bukan orang lain. Bukan sesiapa. Sehingga saat saya titipkan tulisan ini, Allah masih tidak lunturkannya dari hati saya.

Cinta ini tidak bersyarat. Kalau di dunia tidak bersama, biarlah di Syurga ditemukan semula.

Beberapa tahun kemudian, doktor-doktor mengesahkan buah pinggang awak rosak. Mungkin kerana ianya sudah lama hilang fungsi. Jika tidak dibedah, nyawa awak terancam.

Saya terima berita ini dengan begitu sedih sekali. Orang yang saya sayangi sedang kritikal. Jadi, saya tekad untuk dermakan buah pinggang milik saya.

Pembedahan dijalankan serta merta.

Saya bertawakkal sepenuhnya pada Allah. Hidup kerana Allah. Mati pun biarlah kerana Allah. Mati berkorban untuk selamatkan nyawa orang lain kerana Tuhan, matinya mati syahid.

Pembedahan selesai. Syukur alhamdulillah, buah pinggang saya diterima baik dalam badan awak. Saya gembira. Akhirnya, diri saya sebahagiannya ada dalam diri awak.

Namun, berita duka pada saya. Buah pinggang saya yang tinggal satu itu mengalami komplikasi teruk bila cuba berinteraksi normal dengan organ dalam badan sendiri. Bukan mudah, selama ini ada dua buah pinggang, tiba-tiba tinggal satu. Allah dah jadikan dengan sebaik-baik kejadian. Ada sebab Allah cipta mata ada sepasang, telinga sepasang, buah pinggang sepasang. Supaya kita ingat, tanpa Allah.. Kita bukanlah sesiapa. Cuma hamba-Nya.

Tiga bulan yang penuh derita. Muntah darah yang teruk. Tak mampu berjalan. Tubuh makin susut. Bila makan saja, muntah balik.

Hari ini, saya minta hospital letakkan katil saya di sebelah katil awak. Supaya saya tenang dapat tengok orang yang saya sayang.

Saya betul-betul harap, saat-saat saya kembali kepada Tuhan, awak akan buka mata dan kata,

'Yuyu, jangan pergi. Yuyu, jangan putus asa!'

Tapi, ajal itu pasti datang walaupun manusia bersembunyi dalam tembok yang kebal.

Saya tahu saya akan pergi.

Islam itu sangat cantik, Zam. Allah itu Maha Indah. Benarlah, bila hati tulus padaNya. Dia jua akan tulus pada kita. Bila kita cintai Allah sepenuh hati. Cinta kita jua akan terbalas. Tidak ada cinta pada Allah yang bertepuk sebelah tangan. Patutlah Nabi Muhammad s.a.w. menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah. Kerana bertemu Allah itu lebih indah dari Syurga.

Maafkan saya, Zam. Tak dapat jaga awak lagi. Terima kasih kerana selama ini baik dengan saya.

Saya pernah lihat sepasang cincin yang cantik tapi murah sahaja. Impian saya untuk lihat awak sarungkannya di jari manis saya.

Tapi Allah lebih mengetahui apa yang saya tidak tahu.

Jagaan Allah, lebih baik dari jagaan saya atau sesiapa.

Selamat tinggal, Zam. Moga jadi pemuda agama yang putih hatinya.

Ingatlah bila awak sedar nanti, hati ini pernah menyintai.

Yang sentiasa optimis dirimu akan pulih,

Cik Yuyu."

Zam menitiskan air mata.

Audiens diam seketika. Ramai yang mengalirkan air mata. Syahdu. Ada jua yang menyebut nama Tuhan semula. Ada jua yang mulai kembali pada Islam semula.

Juri-juri ada yang mengesat air mata. Sebak tidak terkira.

Betapa besarnya pengorbanan seorang gadis yang kudratnya tidak seberapa. Cuma berlandaskan iman tahap tinggi. Berlantaikan hati cinta kerana Allah.

**

Semua penonton berdiri,

"Kami nak Zam jadi juara!!"

"Kami nak Zam!!"

"We want Zam!!"

"Give it to him!!"

Akhirnya, semua peserta lain tewas!

Jejaka itu dinobat sebagai juara!

Pihak penganjur mulai resah. Mereka mengharapkan bukan calon Islam yang menang. Bukan orang Islam yang menaiki takhta.

Sesuatu perlu dilakukan.

Lampu stadium dipadamkan tiba-tiba.

Kecoh habis seluruh rakyat jelata dalam stadium. Hiruk-pikuk kedengaran sana sini.

10 minit kemudian, lampu dinyalakan.

Pemuda yang bernama Zam itu terbaring tidak bermaya di lantai pentas.

Kepalanya berdarah. Ada batang besi di sisinya. Sabotaj tangan-tangan jahat.

Orang Islam tak boleh menang! Islam tidak boleh popular!

Zam terbayang-bayang wajah-wajah yang dikenalinya silih berganti. Matanya semakin kabur. Abang jaga muncul dalam bayangannya berkata-kata,

"Maulana Wahiduddin Khan menceritakan, Abu Umamah meriwayatkan bahawa seseorang mendatangi Rasulullah s.a.w. dan bertanya tentang orang yang berperang untuk mendapatkan material dan meraih populariti. Orang itu ingin tahu pahala apakah yang akan didapatkannya. Tidak ada, jawab Nabi. Orang tersebut mengulangi pertanyaannya hingga tiga kali, namun jawapan Nabi tetap sama. Amal yang diterima Allah, tambah Nabi SAW, ..adalah yang didasari keikhlasan dan ditujukan semata-mata kepadaNya.

Benarlah. Dakwah tidak pernah berdiri atas dasar populariti. Rasulullah sendiri bermula dari bawah, Allah lah yang mempopularkannya di langit dan bumi.

Pandangan di depannya gelap.

**

"Zam, zam!"

Zam membuka matanya perlahan-lahan.

"Dah 6 jam kamu tak sedarkan diri."

Zam lihat abang jaga berada di sisi. Teacher dan yang lain mengelilingi di sisi katil. Semua menanti Zam.

Zam blur. Mengucap panjang.

Diraba-raba wajahnya.

Parut masih ada.

Zam pegang tangan abang jaga,

"Sekarang tahun berapa?"

Abang jaga tersenyum,

"Tahun lepas kau SPM. Kau kena pukul sampai hilang ingatan eh?"

Zam terkebil-kebil. Senyum bingung.

Dia terpandang seraut wajah di depannya.

Zam senyum lebar-lebar.

Anda mungkin juga menyukai