Anda di halaman 1dari 16

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) 1.

0 PENDAHULUAN

Dalam bidang pendidikan, personaliti wajadiri telah mula mendapat tempat dalam penyelidikan. Personaliti merupakan satu aspek penting dalam pembentukan diri manusia. Ia merupakan kualiti-kualiti individu yang menunjukkan keperibadian dan perwatakannya. Setiap orang akan mempunyai berbagai-bagai tabiat dan pembawaan sifat semulajadi yang akan membezakan seorang individu dengan individu yang lain. Menurut Mohd. Saleh, 1999, personaliti berasal daripada perkataan Latin persona yang bermaksud topeng muka. Tafsiran kepada maksud topeng muka adalah kebanyakan manusia ingin menonjolkan perilaku yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk. Gordon Allport (1961) menjelaskan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik dalam jiwa setiap orang. Sistem ini akan menentukan cirri-ciri tingkah laku individu dan penyesuaiannya kepada persekitaran. Mischel (1981) menyatan personaliti adalah susunan pola tingkah laku manusia yang disuaikan dalam situasi kehidupan mereka dalam Mohd. Saleh, 1999. Huffman (2004) pula menjelaskan personality sebagai, an individuals unique and relatively stable pattern of thoughts, feeling and actions. Personality describes you as a person : how are you different from other people and what patterns of behavior are typical of you. Huffman menjelaskan bahawa personaliti adalah cirri-ciri tingkah laku seseorang yang stabil dan berbeza daripada orang lain Santrock (2001) menjelaskan,Personality refers to distinctive thoughts, emotions and behaviours that characterize the way individual adapts to the world. Menurut Santrock,
Suhai65 1

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) personaliti adalah pemikiran, perasaan dan cara bertingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang sebagai cara untuk dia menyesuaikan diri dengan dunianya. Konsep wajadiri telah dikenali ramai sebagai panduan untuk memahami tingkah laku individu. Wajadiri merupakan suatu proses penyesuaian atau pembaikan yang melibatkan individu dan persekitarannya. Istilah wajadiri ini mengandungi unsur potensi dan kekuatan dalaman atau psikologi. Tanpa potensi dan kekuatan dalaman ini seseorang individu akan gagal dalam usaha menghadapi semua risiko yang merintanginya. Kekuatan dalaman ini sangat penting untuk membekalkan tenaga dalam proses penyesuaian diri. Dengan adanya rangka konsep memudahkan pemahaman kita tentang tahap dan pengaruh personaliti waja diri terhadap pencapaian seseorang.

Suhai65

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) 2.0 PROSES PERKEMBANGAN INSAN ATAU INDIVIDU DALAM NOVEL

OMBAK RINDU OLEH FAUZIAH ASHARI 2.1 IZZAH 2.1.1 Semangat untuk melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi

Pendidikan sangat penting dalam konteks kesejahteraan ekonomi kerana ia boleh memimpin individu ke arah pemperolehan pendapatan tidak-terhad (Marx, 1964, 1971), serta mampu meningkatkan perasaan kawalan-diri seseorang (Christoffel dan Gallagher, 2006). Kerja tidak-terhad melibatkan kepelbagaian tugas, tidak bersifat rutin, serta mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran dan perkembangan ilmu (Wooding dan Levenstein, 1999) Watak utama dalam novel ombak rindu oleh Fauziah Ashari iaitu Izzah amat bersemangat untuk melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi menyebabkan Izzah menipu pak cik Taha tentang jumlah gaji yang diperolehi hasil kerjanya dia kilang papan. Izzah mnyimpan wang gajinya dan berharap dengan simpanan itu dia dapat permulaan pegajiannya kelak sebelum dia

memohon biasiswa. Semangat ini juga dapat jelas dapat dilihat apabila Izzah tanpa pengetahuan Hariz memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti selepas dia diberhentikan oleh Hariz dari terus belajar di Kolej Setia Jaya. Bab 30, halaman 222, perenggan 6 wajah Izzah muram. Comel dipandang sedih. Kemudian Izzah semula surat tadi. Seakan tidak percaya. Tulisan yang tertera dibaca berulang-ulang kali. Semasa memohon, Hariz tidak
Suhai65 3

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) tahu. Sekarang, bagaimana hendak memberitahunya?Izzah gelisah. Memikir cara supaya Hariz tidak marah.

2.1.2

Semangat membuktikan kesetiaan pada suami tercinta

Kesetiaan adalah perkara yang paling penting dalam sesebuah perhubungan kerana dengan adanya sikap setia sesebuah perhubungan akan mampu berkekalan. Izzah, watak utama dalam novel ombak rindu begitu setia pada suaminya iatu Hariz sehingga dia sanggup bertahan dan bersabar dengan tengkingan, amukan, tamparan, maki hamun, hinaan dari Hariz. Izzah juga berusaha sedaya upaya untuk berjumpa dan berada di sisi Hariz yang dirawat di ICU akibat mengalami kemalangan jalan raya setelah Datuk Sufiah mengarahkan pihak hospital suapaya tidak membenarkan orang yang tidak berkenaan ziarah Hariz. Bab 61 halaman 459, dapat ,menjelaskan kesetiaan Izzah. Izzah amat berterima kasih bila Fatin dan Sulaiman sudi menolongnya. Tanpa Sulaiman yang mengizinkan dia keluar awal dan tanpa cadangan Fatin yang menyuruh dirinya menyamar sebagai Hazirah, mungkin sampai Hariz sembuh, wajah lelaki itu tetap tidak dilihat. Entah-entah sampai bila-bila dia kempunan hendak jumpa Hariz.

Suhai65

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) 2.1.3 Mementingkan maruah diri

Maruah merupakan salah satu sifat yang dikehendaki oleh semua agama. Setiap manusia wajib menjaga maruahnya dan juga maruah orang. Menjaga maruah bermaksud menjaga kehormatan diri daripada perkara-perkara yang mencemarkan nama baik seseorang. Maruah haruslah di jaga dan harus di ingat jika sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam kehidupan kita. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik Demi untuk menjaga maruah, Izzah sanggup membuat janji dengan Hariz di mana dia sanggup menurut segala perintah Hariz. Dia juga tidak akan mempunyai hak sebagai perempuan yang dinikahi dan dia rela dianggap sebagai perempuan hariz asalkan dia dan Hariz mempunyai hubungan yang halal. Ini jelas dapat dilihat dalam bab 2, halaman 18,Encik Hariz menikahi saya dan saya tak akan menuntut sebarang hak. Saya berjanji, saya akan menurut segala perintah Encik Hariz. Saya janji, saya tak akan punya hak sebagai perempuan yang dinikahi. Saya Cuma mahu hubungan yang halal. Tolong Encik Hariz. Anggaplah saya sebagai perempuan simpan, saya rela tapi biarlah ianya halal. Tolonglah Encik hariz.

Suhai65

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) 2.1.4 Redha dan pasrah

Redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t baik berupa peraturan mahupun qada atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.wt. Manakala pasrah pula ialah menerima sesuatu kenyataan bgitu saja tanpa ada usaha untuk mengubahnya Izzah watak utama dalam novel ombak rindu oleh Fauziah Ashari redha dan pasrah dengan nasib yang dialami olehnya yang pernah hampir diperkosa oleh bapa saudaranya sendiri iaitu Pak Taha yang akannya dipaksa bekerja di kelab malam. Dia pernah cuba untuk melarikan diri dari kelab malam tersebut namun cubaannya tidak berjaya. Akibat dari cubaan itu dia ditangkap dan dibelasah oleh pemilik kelab malam. Bab 6, halaman 49, di rumah usang itu jugalah Izzah hampir diperkosa oleh bapa saudaranya sendiri yang layak menjadi wali bila dia berkahwin kelak. Dicuba melarikan diri tetapi tidak Berjaya sehinggalah dia dipaksa bekerja di kelab malam. Di situ dia bertemu dengan Hariz, orang yang telah menyelamatkan maruah dirinya walaupun lelaki itu menghendakinya kerana nafsu. Izzah reda dan pasrah.

Suhai65

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) 2.1.5 Perasaan cinta terhadap manusia

Cinta adalah perasaan yang lahir dari hati tanpa disedari. Izzah seorang wanita yang sanggup haknya diketepikan demi sebuah maruah. Namun dia dalam diam mencintai lelaki yang pernah meragut kesucian dirinya yang kini telah menjadi suaminya. Jika dulu dia meminta Hariz mengahwininya kerana maruah diri namun kini dia merasakan dirinya sedikit sebanyak telah mencintai lelaki itu walaupun die sendiri tidak pasti dengan perasaannya. Ini jelas dalam bab 18 halaman 137, Izzah berasa dirinya amat mencintai Hariz walaupun adakalanya dia tidak pasti dengan perasaannya sendiri. Dia tidak peduli walaupun terpaksa berkongsi kasih dengan perempuan lain. Dia tidak pernah terasa merampas Hariz daripada tangan sesiapa. Sebaliknya, Hariz yang membuat dia terpaksa rela dirinya menjadi milik Hariz. Izzah benar-benar tidak kisah. Hariz segalanya kini. Seolah-olah nama Hariz sudah terpahat kukuh di hatinya. Di mana dia berada, di situlah wajah dan senyuman Hariz dapat dilihat. Dia ingin menatap wajah Hariz sepuas-puasnya hari ini.

Suhai65

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) 2.1.6 Perubahan sikap

Sikap adalah evaluasi umum yang dibuat manusia terhadap dirinya sendiri, orang lain, objek atau isu. (Petty, cocopio, 1986 dalam Azwar S., 2000). Menurut Soekidio Notoatmojo (1997) Sikap adalah merupakan reaksi atau respon seseorang yang masih tertutup terhadap suatu stimulus atau objek. Bagi Heri Purwanto, (1998) sikap ialah pandangan-pandangan atau perasaan yang disertai kecenderungan untuk bertindak sesuai sikap objek tadi. Dalam novel ombak rindu oleh Fauziah Ashari, jika dulu Izzah tidak pernah melawan Hariz walaupun teruk dia diherdik dan dimarahi oleh Hariz. Bukti dapat dilihat dalam bab 3, halaman 24, Izzah tak pernah ingkar perintah Hariz. Izzah tidak pernah melawan walapun teruk Hariz mengherdik dan memarahinya. Walapun kesalahan Izzah hanya lewat membuka pintu, lewat menyediakan makan malam atau makan tengahari. Hariz tidak peduli. Hariz tidak pernah memikirkan perasaan Izzah. Namun semuanya berubah setelah Hariz melafazkan perasaan cintanya kepada Izzah. Izzah semakin berani berkata sehingga mampu untuk melawan kata-kata Hariz. Namun dalam keberaniannya melawan kata-kata Hariz, dia juga takut jika tiba-tiba suaminya itu naik angin. Bukti jelas dapat dilihat dalam bab 34, halaman hisybetul ke tadi aku yang cakap? Izzah tidak percaya dia boleh melawan cakap Hariz. Sakit hatinya

Suhai65

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) sejak kejadian siang tadi masih membara. Melawanmelawan juga tapi debaran di hati TUHAN sahaja yang tahu. Mana tahu Hariz naik angin.

2.1.7

Semangat mengubah penampilan diri

Penampilan diri yang menarik melambangkan kecekapan seseorang mengurus diri. Apabila kita telah mula menjalinkan hubungan cinta dengan diri sendiri, satu situasi positif yang selama ini jarang kita rasakan, akan dapat kita rasai. Penampilan diri yang menarik menyebabkan hidup kita lebih tenang, bersemangat, berkeyakinan dan kadangkala kita sendiri tidak tahu mana datangnya semangat baru itu. Dalam novel ombak rindu karya Fauziah Ashari, Izzah watak utama dalam novel tersebut merupakan seorang gadis kampung yang dijual oleh pakciknya kepada tauke kelab malam sehingga berjumpa dengan Hariz tidak memiliki penampilan diri yang tidak menarik. Ini jelas dapat dilihat dalam bab5, halaman 41 teruk sangat ke aku ni? Kain batik dan t-shirt ni, okeylah. Kat kampung pun aku pakai macam ni. Salah ke? Patutlah malam tadi dia tengok aku atas bawah atas bawah. Sakit mata konon. Huh! Kalau sakit, kenapa malam tadi peluk aku. Semua lelaki macam tu ke? Siang kita ditengking. Malam kita dicari. Namun perubahan besar berlaku dalam hidup Izzah setelah dia bekerja di Syarikat Cemerlang Sufiah dan berjumpa dengan Fatin iaitu setiausaha Hariz. Di situ dia mula belajar tentang penampilan diri dari Fatin dan membentuk imeh
Suhai65 9

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) supaya dia terus berkeyakinan walaupun di mata Hariz. Dia juga berharap dengan penampilan barunya itu dia dapat menarik perhatian daripada Hariz. Ini jelas dapat dibuktikan dalam bab 38, halaman 275, Izzah amat berhati-hati dan dapat membentuk imej supaya terus berkeyakinan walaupun di mata Hariz. Banyak yang dia pelajari tentang penampilan dari Fatin. Dalam diam dia amat berterima kasih kepada Fatin. Dalam diam juga dia cuba menarik perhatian Hariz melalui penampilannya.

2.1.8

Semangat membimbing suami menjalankan tanggungjawab kepada Allah s.w.t

Mentaati setiap perintah Allah dan menjauhi larangannya adalah merupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tanggungjawab hanya akan tertunai sekiranya ada perasaan takut kepada Allah di dalam hati setiap muslim. Rasullah saw bersabda bahawa Allah s.w.t berfirman : Demi kemuliaan dan kebenaran Ku, Aku tidak akan menghimpun dua kali rasa takut atau aman bagi hamba Ku . Siapa yang takut kepada Ku di dunia, maka Aku aman kan Dia di akhirat dan siapa yang merasa aman dari Ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat (Kitab Tanbihul Ghafilin).

Suhai65

10

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) Watak utama dalam novel ombak rindu karya Fauziah Ashari iaitu Izzah berusaha dan mencuba sedaya upayanya untuk menyeru suaminya iaitu Hariz untuk menunaikan suruhan Allah s.w.t. walaupun dulu dia pernah ditampar oleh suaminya akibat bertanyakan di mana suaminya menunaikan sembahyang. Bukti jelas dapat dilihat dalam bab 4, halaman 33, Izzah pula melangkah ke bilik menyimpan briefcase Hariz. Sempat juga dia memandang Hariz yang keletihan. Entah di mana dia bersembahyang Maghrib? Izzah tidak dapat mengelak untuk bertanya hati sendiri. Bertanya pada Hariz, dia takut. Izzah masih ingat tamparan Hariz bila dia bertanya beberapa bulan yang lalu. Namun itu bukan alasan untuk Izzah berhenti menyeru suaminya menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Izzah mencuba dan terus mencuba sehingga akhirnya menimbulkan perasaan insaf yang mencengkam dijiwa Hariz. Perubahan Hariz jelas dapat dilihat dalam bab 35, halaman 258 di saat Izzah sibuk di dapur. Hariz melangkah ke bilik. Pelik kerana ada sehelai sejadah terhampar di bilik itu beserta songkok. Dia terduduk di birai katil. Ada sesuatu perasaan sayu di hatinya. Perasaan insaf yang cukup mencengkam di jiwanya. Dia memandang jam dinding. Sudah hampir masuk waktu isyak.

Suhai65

11

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) 2.2 HARIZ 2.2.1 Tingkah laku dan sikap yang sering berubah

Menurut Lewis M.Beaker (2001) tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku merupakan manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilainilai tertentu. Menurut Garry Martin & Joseph Pear (2003) tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi. iaitu dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999) pula menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Dalam novel ombak rindu Hariz mempunyai tingkah laku dan sikap yang sering berubah-ubah. Ada ketika dia bersikap baik dan ada ketikanya dia bersikap garang. Tingkah laku dan sikap Hariz tidak dapat diduga. Dulu di awal perkahwinan dia dan Izzah, Hariz sentiasa bersikap kasar dengan Izzah, di mana Izzah sering ditampar, diherdik serta dimarahi olehnya. Namun sikap itu lama kelamaan berubah sedikit demi sedikit apabila Hariz menyedari yang dia mula menyayangi Izzah. Tapi sikap itu sering kali kembali kepada sikap Hariz yang dulu akibat daripada masalah dan tekanan yang dihadapi olehnya.

Suhai65

12

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) Ini jelas dapat dilihat apabila Izzah mengeluh dan melepaskan perasaan yang tidak puas hatinya terhadap sikap Hariz yang sering berubah-ubah dalam bab 17, halaman 123, Izzah geram dengan cara Hariz tapi dia tidak berani bersuara. Perangai baik dan garang Hariz bukan boleh diduga. Sekelip mata boleh berubah. Sesekali Izzah menjeling Hariz yang masih meneliti isi kandungan di dalam fail itu. Hatinya marah tapi perintah tetap dilakukan.

2.2.2

Semangat untuk mencari adik yang telah dihalau oleh ibu sendiri

Air dicincang takkan putus. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan dalam hubungan kekeluargaan. Sebesar mana sekali perbalahan yang berlaku dalam keluarga namun ikatan kekeluargaan itu takkan putus. Itulah yang berlaku dalam novel Ombak Rindu oleh Fauziah Ashari. Hariz merupakan anak lelaki tunggal arwah Encik Abdullah dan Datuk Sufiah. Dia mempunyai seorang adik perempuan seayah dan seibu iatiu Hazirah yang kini tidak tahu di mana berada. Datuk Sufiah tidak mengaku Hazirah sebagai anaknya itu berkahwin dengan orang kampung yang tidak punya harta iatiu Wan Azhar. Datuk Sufiah malu menantunya orang biasa yang tiada kedudukan walaupun tidak Wan Azhar punya pelajaran tinggi. Namun tanpa pengetahuan Datuk Sufiah, Hariz berusaha mencari adik perempuannya itu sehingga sanggup mengupah penyiasat persendirian dan berabis beribu ringgit. Jika dahulu, Hariz

Suhai65

13

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) tidak ambil kisah tentang adiknya itu tapi kini dia terasa Harizah masih berada di bawah tanggungjawabnya walaupun adiknya itu sudah berumah tangga. Bab 17 halaman 132, saya upah beribu, itu pun awak tak dapat cari dia. Macam mana ini, Tami? Hariz masih tidak puas hati. Sudah berbulan dia mencari adiknya Hazirah tapi masih tidak Berjaya.

2.2.3

Perasaan cemburu terhadap orang yang dicintai

Cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau sikap yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya. Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran. Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan

Suhai65

14

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak. Dalam novel ombak rindu, Hariz yang dahuulunya berkahwin dengan Izzah atas dasar nafsu bertukar kepada cinta dan kasih sayang setelah dia menyedari ketulusan dan keikhlasan Izzah terhadap dirinya. Hampir lima tahun Izzah terpenjara di apartmen Bayu Damai. Namun semua itu berubah setelah Hariz melihat keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) milik Izzah dan dia mengambil keputusan untuk menghantar Izzah melanjutkan pelajaran di Kolej Setia Jaya dengan syarat Izzah tidak melupakan janji-janji yang telah dibuat sebelum mereka berkahwin.. Di Kolej Setia, ada seorang budak lelaki yang meminati Izzah iaitu Rizal sehingga menimbulkan perasaan cemburu di hati Hariz. Di sebabkan perasaan cemburu itu Hariz telah mengupah orang untuk mengikuti setiap langkah Izzah dan menyiasat siapa sebenarnya budak lelaki itu. Akibat itu juga, Hariz telah mengupah orang untuk mengertak dan memukul Rizal sehingga menyebabkan Rizal dimasukkan ke dalam hospital. Bab 28 halaman 208 kita buat rancangan seperti asal. Ingat! Gertak dia dan jangan pukul sampai mati pulak. Suruh dia jauhkan diri dari permpuan tu dan jangan sesekali kau orang menyebut nama aku. Pastikan jugak dia tak report polis. Ingat tu. Nah, upah kau orang,

Suhai65

15

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD 2063) 3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, personaliti wajadiri penting dalam kehidupan seseorang individu. Dengan adanya personaliti wajadiri dapat membantu sesorang individu membaiki dan menyempurnakan kehidupannya daripada pengalaman lalu. Individu yang mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai yang baik akan sentiasa disayangi dan dihormati oleh individu yang lain. Individu perlulah sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai masyarakat yang berbeza kaum dan agama. Sahsiah yang baik perlu ditanam dalam setiap diri individu bagi menjamin kesejahteraan hidup. Generasi yang berakhlak mulia akan memberi sumbangan kepada Negara, bangsa dan masyarakat pada masa akan datang. Oleh itu, setiap individu perlu sama-sama bekerjasama untuk menanam sikap dan sifat yang baik dalam diri masing-masing.

Suhai65

16

Anda mungkin juga menyukai