Anda di halaman 1dari 74

PEOCHIES

“THEIR LOVE WAS A WILD RIVER, FLOWING


FREELY, UNTAMED BY OWNERSHIP.”

UNTETHERED
LOVE
Copyright © September 2023
By Peochies
All Rights Reserved

Tidak Dibenarkan Bahagian-Bahagian


Daripada Penerbitan Ini Boleh Diterbitkan
Semula, Disimpan Atau Dihantar Dalam Apa
Jua Bentuk Atau Dengan Apa Cara Sekalipun,
Elektronik, Mekanikal, Fotokopi, Rakaman,
Imbasan Atau Sebaliknya Tanpa Kebenaran
Bertulis Daripada Penulis Dan Penerbit.
Haram Untuk Menyalin Buku Ini, Menyiarkan
Ke Web Atau Mengedarkannya Dengan Cara
Lain Tanpa Kebenaran, Kecuali Untuk
Penggunaan Petikan Ringkas Dalam Ulasan
Buku.

Novel Ini Sepenuhnya Karya Fiksyen. Nama,


Watak Dan Kejadian Yang Digambarkan Di
Dalamnya Adalah Hasil Imaginasi Penulis
Semata-Mata. Sebarang Persamaan Dengan
Orang Sebenar, Hidup Atau Mati, Peristiwa
Atau Kawasan Adalah Kebetulan Sepenuhnya.

Editing By Peochies
Cover Designs By Peochies
Publisher By Peochies
Email : Peochiies@Gmail.Com
Wattpad : @Peochies
Instagram : @Peochies
Tiktok : @Peochies

DEDIKASI
To everyone who has been through a lot in
life. I hope you get something from this story.
WARNING

Buku ini tiada kaitan dengan mana-mana agama.


Buku ini hanyalah short story daripada saya.
Buku ini hanya ada tujuh bab dan satu epilogue.
Buku ni sangat bermakna pada saya. Semoga
korang juga menyukai buku ini.

Tujuan saya buat buku ini untuk meluahkan


bahawa cinta itu tidak aeharusnya memiliki dan
kadang-kadang cinta ni tidak perlu diluahkan
melalui kata-kata tetapi melalui perbuatan.

Enjoy! ;)
SINOPSIS

M
ENGISAHKAN SEORANG gadis
yang baru sahaja keluar dari
perhubungan. Seorang gadis yang
sedang merawat hati yang terluka dan seorang gadis
yang naif sedang cuba untuk meneroka dunia.

Satu hari saat dia ditakdirkan bertemu dengan


seorang lelaki misteri, dia keliru dengan diri sendiri.
Dia tidak pernah jumpa lelaki itu, dia tidak pernah
kenal lelaki itu. Siapa dia? Lelaki misteri yang
masih tidak terjawab. Gadis itu mahu kenal lelaki
itu namun hatinya masih terluka dan perlukan masa
untuk sembuh.

Gadis itu menjauh, lelaki itu mula mencarinya.


Kehidupan gadis itu tidak seindah taman bunga
yang dipenuhi rama-rama ajaib. Kehidupannya
penuh dengan kegelapan yang tidak pernah orang
ketahui.

“Even it will ruin me?” - Lylah Rose.

“Even it will ruin both of us,” - Zade Arthur.


UNTETHERED LOVE
“Love is always blind,”

K
AKI MELANGKAH masuk ke dalam
sebuah rumah besar dan mewah. Sarra,
kawan baik aku memaksa aku ke parti
ini untuk melupakan Logan, bekas teman lelakiku.
Sejujurnya aku jarang ke parti begini, aku lebih
selesa duduk di rumah, baring di atas katil sambil
menonton Netflix.

Bunyi dentuman muzik sungguh kuat memenuhi


ruangan rumah besar ini. Aku melangkah mengikuti
Sarra, dia sudah biasa dengan orang di sini, Sarra
seorang gadis yang suka ke parti. Jadi sudah tentu
dia ramai kenalan.
Aku memandang sekeliling, ramai tetamu yang
datang untuk meriahkan parti malam ini. Sudah
ramai yang tidak sedarkan diri sedang menari
bagaikan orang tidak waras di lantai tari. Aku
melihat Sarra sedang berbual dengan kawan-kawan
partinya yang lain sebelum dia menarik aku supaya
berdiri di sebelahnya.

“Guys, this is Lylah. She’s my best friend.” Sarra


kenalkan aku pada kawan-kawan partinya yang lain.
Aku memandang mereka dengan senyuman yang
kecil, mereka memandang aku dengan senyuman
juga.

They’re not bad.

Seorang lelaki berambut coklat gelap, berbaju putih


lengan pendek dan berseluar jeans hitam itu
melambai kecil ke arah aku. “Zack,” Dia bersuara
menyebut namanya dan aku mengangguk kecil. Dia
seorang lelaki yang mempunyai paras rupa yang
menawan.

Seorang lagi lelaki berambut hitam


memperkenalkan dirinya pada aku. “Aku Ed. Yang
itu Ryder.” Ujar Ed seraya itu menunding jari
kepada seorang lelaki berambut merah di depannya.
Aku mengangguk dengan senyuman kecil.

“I Lara, yang ni Mina dan yang itu Jess.” Kata Lara


pula sekaligus memperkenalkan kawan-kawannya
juga. Mina dan Jess mengangkat tangannya saat
nama mereka disebut. Aku mengangguk saja dengan
senyuman kecil di bibir.

“Kenapa aku tak pernah nampak Lylah sebelum ni?”


Soal Zack pada Sarra. Aku mengetap bibir rapat,
rasa bosan pula duduk disini. Sarra menjawab
soalan Zack. “Dia ni baru keluar dari gua,” Seloroh
Sarra membuatkan kawan-kawannya itu ketawa
kecil. Aku menjelingnya tajam.

Sarra kembali berbual dengan yang lain, oleh kerana


aku seorang yang tidak pandai bergaul, aku
mengambil keputusan untuk berlalu ke dapur. Rasa
lapar tiba-tiba hadir, kaki melangkah ke arah meja
makan. Ada banyak minuman saja. Aku mengeluh
kecil dan berlalu ke arah peti sejuk, aku buka dan
melihat ada beberapa botol air sahaja.

Peti besar tapi barang tak ada.

Aku menoleh dan berlalu ke arah kabinet dapur, aku


buka kabinet itu. Aku nampak ada banyak makanan
segera dan makanan ringan di dalamnya.
Senyumanku terukir lebar, aku mengambil
sebungkus makanan ringan iaitu potato chip. Aku
buka plastik itu dan aku menyuap masuk makanan
itu ke dalam mulutku.

Sedap.

Kaki melangkah keluar dari dapur, aku berlalu


berdiri di sebelah dinding dan menyambung makan.
Aku makan sambil memandang lautan manusia
yang sedang asyik menari dan bermain permainan di
sekeliling aku. Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang
sedang memerhati gerak-geriku.

Pada mulanya aku mengabaikan perasaan itu dan


sambung makan saja potato chip di tanganku. Bunyi
rangup yang terhasil akibat dikunyah menjadi lagu
di telinga sendiri. Aku mula rasa tidak selesa,
apabila dapat rasa renungan mata sedang memerhati
aku tidak berhenti. Dengan perlahan-lahan aku
mengangkat wajah—saat itu anak mata kami terus
bertemu.

Aku melihat sepasang mata yang menawan itu, dia


tertangkap sedang memandang aku tetapi uniknya
dia tidak seperti apa yang aku sangka, dia tidak
mengalihkan pandangannya malah dia terus saja
membalas renungan aku.

Siapa dia?

Seakan mendengar soalan dalam hatiku itu, dia


membuka langkah ke arah aku. Bibirnya
mengukirkan senyuman menawan apabila dia
berhenti betul-betul di depan aku. Dia memandang
wajah aku sekilas sebelum turun memandang potato
chip di tangan aku itu.
“Is it good?” Dia menyoal sedikit kuat cuba
melawan bunyi muzik yang kuat. Aku
menghabiskan kunyahan lalu mengangguk kecil,
aku menghulurkan potato chip itu ke arahnya, mahu
dia rasa sendiri.

Dia faham akan tindakan aku itu terus menyeluk


tangannya masuk ke dalam plastik potato chip itu,
dia mengambil dua keping dan disuap masuk ke
dalam mulutnya. Aku memandangnya dengan riak
ingin tahu, menunggu dia komen tentang rasa snack
itu.

Dia tersenyum dan mengangguk kecil. Aku


tersengih kerana faham akan senyumannya itu. Aku
kembali makan tanpa mengendahkan keadaan
sekeliling, apabila aku mahu berlalu pergi dari situ,
dia memegang lenganku lembut.
“My name’s Zade.” Ujarnya dengan tiba-tiba. Aku
tersenyum kecil dan memandang sekeliling buat
seketika. Aku memandang wajahnya semula.

Zade? Aku tak pernah jumpa atau kenal dia sebelum


ini.

“Lylah,” jawabku pendek. Zade tersenyum saja, dia


menyoal aku datang ke sini dengan siapa dan
kenapa aku datang ke sini. Sudah semestinya aku
jujur, tak ada apa yang nak dirahsiakan.

“Saya datang dengan kawan saya. Nama dia Sarra.


Dia paksa saya datang sini,” balasku dengan riak
selamba. Zade ketawa kecil, aku rasa aku suka
dengar bunyi itu.

Zade seorang lelaki yang kacak, dia juga kelihatan


sungguh misteri. Aku rasa aku perlu jauhkan diri
daripada dia, kami tidak sepatutnya berkenalan. Aku
masih terluka dengan apa yang terjadi dengan
Logan.

I’m not ready to see another guy. Just not yet.

Aku masih cuba untuk sembuh, hati aku masih


terluka. Senyuman terakhir aku berikan padanya
sebelum aku menoleh dan berlalu pergi dari situ.
BAB 1

S
ARRA BERLARI masuk ke dalam kelas,
dia duduk di sebelah aku dengan riak yang
sukar dibaca. Mahu kata teruja tidak juga,
mahu kata terkejut tidak juga, senang cerita
semuanya bercampur.

“Kau mesti tak akan percaya apa yang aku dengar


pagi ni,” kata Sarra dengan riak risau dan terkejut.
Aku menjongketkan keningku padanya dengan
tanda tanya, apa pula yang dia dengar?

“Zade ada tanya aku tentang kau,” kata Sarra


membuatkan aku tergamam. Sudah dua hari berlalu
sejak aku dan Zade bertemu di parti itu. Aku tak
sangka pula Zade sedang mencari tahu tentang aku.
Apa yang dia mahu?

“Sejak bila kau kenal dia, Lylah?” soal Sarra dengan


riak pelik, wajahnya jelas dengan tanda tanya. Aku
diam memandang wajahnya, aku tak kenal dia. Aku
cuma tahu nama dia.

“Dekat parti hari tu. Saya terserempak dengan dia,


lepas tu kami berkenalan.” Jawab aku dengan jujur,
Sarra mengangguk kecil, dia memandang aku lama
sebelum mengeluh kecil.

“Aku tak nak kau rapat sangat dengan dia, Lylah.”


Kata Sarra membuatkan aku keliru, bukannya aku
nak sangat kawan dengan Zade, tapi aku pelik,
biasanya Sarra suka sangat kalau aku cuba buat
kawan baru. Kenapa Zade jadi pengecualiann?

“Kenapa?”
“I don’t care if you want to get to know other guys
like Zack or Ed or Ryder. But not Zade, okay?” Ujar
Sarra lagi membuatkan hati aku semakin terdesak
ingin tahu sebabnya.

“Why not?” Aku menyoal lembut.

“I don’t want you to get hurt again, okay? He’s the


type that always disappears out of the blue. You
don’t want him in your life, okay?” Kata Sarra
membuatkan tanda tanya aku lebih banyak. Hilang
tiba-tiba? Apa maksudnya?

“Siapa Zade ni sebenarnya?” soal aku perlahan.

“I don’t know but people said he will disappear


whenever he wants. Sudah lama dia menghilang
sebelum ini, Lylah. And now dia kembali and
nobody knows when he will disappear again. Kalau
kau perasan, that’s why dia tak ada kawan. Sebab
dia selalu menghilangkan diri. So please, just stay
away from him okay?” Sarra bersuara dengan riak
yang serius. Aku mengeluh kecil, sejujurnya aku
juga tidak mahu berkenalan dengan Zade.

It just happened.

Mendengar apa yang Sarra cakap tadi membuatkan


aku ketawa kecil, Zade ini hantu ke? Tiba-tiba
hilang dan tiba-tiba muncul. Misteri betul. Macam
tak betul je berita yang Sarra dapat itu.

U
SAI PULANG dari kolej aku berlalu ke
kafe untuk bekerja seperti biasa. Tepat
jam 12 malam apabila aku melangkah
masuk ke dalam rumah. Sudah lewat
memandangkan aku tolong membersihkan kafe tadi.
Kaki melangkah masuk ke dalam rumah, tiba-tiba
papa bersuara kasar.

“Engkau dari mana ni, hah? Kau tak nampak ke dah


pukul berapa sekarang?” tengkingnya kasar, rambut
aku diraihnya kasar, digenggam dan ditarik dengan
kuat menyebabkan aku menjerit dalam kesakitan.

“Lepas papa! Sakit!” Aku menjerit dan merayu


padanya, dia menampar wajahku dengan penuh rasa
marah menyebabkan aku tersungkur di lantai.

“Sekali lagi aku nampak kau balik lambat, siap kau


aku kerja kan!” Papa memberi amaran, aku
menangis dalam diam, dia berlalu naik ke atas. Aku
mengusap lembut pipi yang ditampar tadi. Sakit dan
perit rasanya.
Kenapa dia selalu pukul aku? Aku sayang dia.
Aku bangun dari lantai, kaki melangkah keluar dari
rumah. Aku perlukan masa untuk bersendirian dan
bertenang. Papa sudah naik tidur di bilik, dia tak
akan sedar aku tak ada di rumah.

Aku berlalu ke tempat yang selalu aku pergi setiap


kali aku sedih dan ada masalah. Tempat itu sunyi
dan tenang. Aku duduk di atas rumput itu, kepala
mendongak ke langit memandang bintang.

“Found you,” Satu suara garau kedengaran dari tepi,


aku menoleh melihat satu susuk tubuh yang aku
kenali. Aku memandangnya dengan riak terkejut,
apa dia buat di sini? Macam mana dia tahu aku ada
di sini?
“Zade?” Soalku dengan riak terkejut. Dia tersenyum
manis dan mula mendekati aku. Dia duduk di
sebelah aku dan memandang wajah aku.

“Are you okay?” soalnya. Aku menoleh memandang


ke depan, melihat pemandangan malam yang sunyi
dan tenang itu. Soalan Zade aku abaikan.

“Cantik kan pemandangan dekat sini? Saya selalu


datang sini,” kata aku dengan senyuman kecil, Zade
diam untuk seketika, aku tahu dia masih
memandang wajah aku. Rasanya kekok tapi aku
tolak jauh-jauh rasa kekok itu.

“Kau lagi cantik,” Pujinya lembut membuatkan aku


terpinga-pinga. Aku menoleh memandangnya, Zade
tersenyum kecil pada aku. Tiba-tiba ibu jarinya naik
mengucap cecair jernih dipipi aku.
Aku terkejut, tak sedar bila aku menangis. Aku
membalas pandangan Zade. “Macam mana awak
tahu saya lagi cantik?” soal aku pula. Zade
mengalihkan jarinya dari pipi aku. “Only a beautiful
girl looks pretty when they’re sad,”

S
EMINGGU BERLALU sejak malam itu,
malam dimana dia datang menemani aku, dia
datang memujiku— Zade seorang lelaki
yang sangat misteri, tak banyak yang aku tahu
tentang dia tapi apa yang pelik, aku rasa sangat
selamat dengannya. Sarra selalu memberi amaran
pada aku yang Zade akan lukakan aku. Zade selalu
menghilang, itu apa yang Sarra kata. Aku tak tahu
kenapa aku masih berdegil untuk berkawan dia
lelaki itu.
Aku berjalan-jalan sedirian di taman, rasa bosan
pula asyik duduk di rumah. Seketika ada satu suara
memanggil nama aku dari belakang. Aku menoleh
melihat Zade sudah berdiri di belakang aku dengan
senyuman kecil di bibirnya. Aku tersenyum juga
pada dia.

“Hi, awak buat apa dekat sini?” soal aku terus. Zade
memandang aku lama, aku melihatnya dengan tanda
tanya. Pelik juga dia asyik merenung aku begitu.
“You’re so beautiful, Lylah.” pujinya tiba-tiba
membuatkan wajahku semakin hangat.

“Well, do you want to go out tonight? Like, dinner


with me?” soalnya seakan tahu aku malu akan
pujiannya. Aku mengangguk laju, tidak sempat
menahan diri daripada rasa teruja. Zade tersengih
saja. Aku mengetap bibirku rapat, malu pula.
“Great, I’ll pick you up at 7?” Katanya dan aku
mengangguk lagi.
BAB 2

Z
ADE DATANG tepat jam 7 malam, aku
lega kerana papa masih belum pulang ke
rumah. Dia masih bekerja. Biasanya jam 8
malam baru dia balik.

Zade bawa aku ke restoran biasa, tidak begitu


mewah tetapi makanannya sangat sedap. Kami
bergurau dan berbual banyak perkara. Semua topik
lebih kepada tentang aku sebenarnya, aku cerita
tentang Sarra, hobi aku, apa yang aku suka dan tak
suka. Zade tidak pernah kelihatan bosan, bahkan dia
fokus mendengar setiap bibit kata dari bibirku.

“Do you want to come to my house? Just for a cup


of coffee.” Dia menjemput aku ke rumahnya, aku
mula rasa berdebar, dia nak bawa aku ke rumahnya?
Hanya aku dan dia di sana?
Aku melihat jam di tanganku dan terkedu,
nampaknya sudah lama aku dan dia duduk di
restoran ini. Sekarang sudah pukul 10 malam.
Terlalu banyak cerita yang aku kongsi dengannya
sehingga terlupa masa berlalu dengan pantas.

Melihat aku yang tidak selesa itu, Zade bersuara


lagi. “It’s okay if you don’t want to come. I will
never force you, Lylah. Don’t worry, aku tak
tersinggung pun.” katanya membuatkan aku
tersenyum kecil.

“Bukan macam tu, saya sudi ke rumah awak tapi


ayah saya tak kasi saya balik lambat. Saya risau
nanti dia cari saya pula,” jawab aku tidak mahu dia
bersangka negatif. Aku melihat dia tersenyum saja,
sedikit sebanyak membuatkan aku rasa lega juga.
Dia masih tersenyum, itu bermakna dia tidak marah
atau kecewa dengan aku.

“It’s okay, I understand.” Jawabnya.

Namun begitu, hati aku mahu ke rumahnya. Aku


mahu kenal dia dengan lebih rapat. Aku
mendiamkan diri lama sebelum mengangguk kecil.

“I’ll go have a cup of coffee at your house. But not


for too long okay?” Ujarku lembut dan dia
mengangguk kecil.

Masa berlalu pantas, kini aku berada di dalam


rumahnya. Aku melihat sekeliling rumahnya, dia
ada rumah yang cantik.

Sesuai untuk dia yang hidup bujang. Rumahnya


cantik, sangat cantik dan selesa. Zade sedang
membuat kopi untuk aku dan dia. Beberapa minit
kemudian kami duduk di ruang tamu sambil minum
kopi. Dia memainkan lagu dari telefonnya, dia
berdiri dari sofa itu dan mula mendekati aku.

“Dance with me?”

Aku terpinga-pinga melihat tangan yang dia


hulurkan padaku.

“But… but i don’t know how to dance,” bisikku


tergagap-gagap. Zade tersenyum kecil.

“Aku pun sama. Take my hand,” ujarnya lembut.


Dengan teragak-agak aku sambut hulurannya itu.

“Take a breath,” bisiknya lagi. Aku memejam mata


dan menarik nafas panjang sebelum menghembus
perlahan-lahan.
“Keep your eyes locked on mine,” ujarnya lagi dan
aku ikut semua arahannya tanpa banyak soal.

“Now, let the music be your guide.” Ujarnya lagi


dan aku memejam mataku, mendengar muzik yang
dia pasang tadi. Membiarkan muzik itu
menggerakkan tubuhku dengan melodinya.

Zade is lying. He can dance and he definitely know


how to dance.
BAB 3

S
EPANJANG PENGENALAN aku dan
Zade, banyak yang dia tahu tentang aku. Aku
semakin terbuka untuk meluahkan perasaan
aku pada dia. Aku beritahu dia apa yang aku rasa
dan apa yang aku lalui setiap hari. Zade tahu apa
yang terjadi antara aku dan papa.

Pada mulanya dia kelihatan tegang dan sangat


marah tetapi aku cuba tenangkan dia. Aku
memujuknya dan mengatakan yang aku sudah biasa
dengan baran papa, lama juga mahu memujuk
sebelum dia termakan dengan pujukkan aku. Zade
seorang yang tidak banyak bercakap, dia tidak suka
bercakap atau lebih tepat dia tidak tahu meluahkan
sesuatu dari segi percakapan.
Dia menunjukkan sesuatu perasaan melalui
perbuatan, itu apa yang aku suka pada dia.
Sepanjang aku dengan dia, aku yang banyak
bercakap, aku yang banyak bercerita. Zade tidak
bercakap banyak tentang dirinya.
Cuma ada sesekali dia bercerita tentang ibunya.

Oh ya, sejak aku kenal Zade, aku ada hobi baru


yang aku suka. Menari.

Aku sangat suka menari dengan dia, bila menari


dengan dia, aku rasa seperti diawangan, terasa
tenang. Aku melabuhkan kepala aku di dadanya,
mendengar setiap detakan jantungnya. Tubuh kami
bergerak mengikut melodi dengan lembut.

“Zade,” Aku memanggil namanya, dia menyahut


lembut. Dahiku dicium sekilas, aku tersenyum lebar.
Sungguh aku sangat bahagia sekarang. Dengan Zade
rasanya berbeza, perasaannya sangat berbeza
daripada sepanjang aku bersama Logan dulu.

Sekarang aku rasa lebih dihargai dan disayangi. Aku


memejam mataku rapat, bauan tubuhnya kuat
menerpa rongga hidungku.

“Terima kasih sebab tak pernah penat untuk


menggembirakan saya,” ucap aku lembut.

“Anything for you pretty,”

“Hm, i really want to know more about you, Zade.”


Ujarku perlahan. Risau juga kalau dia kata aku ni
penyibuk mahu tahu tentang dia. Aku dengar dia
menarik nafas panjang sebelum bersuara lembut.

“Aku anak tunggal. Aku berasal dari Chicago.


That’s where my mother was born—” Dia kelihatan
tertekan untuk mengeluarkan ayatnya. Rasa bersalah
dalam diriku hadir, seperti yang aku kata. Zade
seorang lelaki yang tidak banyak bercakap. Dia
lebih selesa membuat sesuatu melalui perbuatan.

“I’m sorry,” bisikku dengan rasa bersalah, aku tidak


sepatutnya paksa dia cerita tentang dirinya. Dia
terlalu misteri.

“No, baby. Don’t be sorry. It was a long time ago,”


balasnya lembut. Dia menjarakkan tubuh kami
sedikit, jarinya naik mengusap rambutku lembut.
Senyuman terukir kecil di bibirnya. Aku mengetap
bibirku rapat.

“You’re so pretty, Lylah.” Ujarnya lagi. Aku


tersenyum malu, tidak pernah sehari dia terlupa
untuk memuji kecantikan aku. Ada dekat dengannya
buatkan aku rasa lebih yakin pada diri sendiri dan
lebih sayang pada diri sendiri.

Aku membalas pandangannya, tidak dinafikan, Zade


seorang lelaki yang kacak. Tinggi lampai, segak,
misteri, ada ciri-ciri bad boy tetapi sangat lemah
lembut dengan aku. Aku berjinjit sedikit dan
memeluk tubuhnya dengan erat.

“I’m happy, Zade. So so happy. Thank you.” Aku


berbisik di dadanya. Tiba-tiba aku mendesir
kesakitan saat dia meramas permukaan perutku yang
lebam kerana papa.

Zade melutut di depanku, aku mula terkebil-kebil


melihatnya. Dia menolak ke atas baju yang
menutupi perutku itu, jelas ada kesan lebam di situ.
Wajah Zade berubah dingin dan tegang. Dia
kelihatan marah.
I don’t like it when he is mad.

“Zade—”

Zade mengeluh kecil, dia menutup lebam di perutku


itu semula. Tangannya naik mengusap wajahku dan
sebelah lagi mengusap perutku yang lebam tadi
berlapik bajuku itu.

“No matter what, you’re so beautiful just the way


you are, Lylah.” Air mataku mengalir keluar, he
makes me so happy.

“But it is ugly,” bisikku kecil, Zade memandang


wajah aku. Kepalanya digeleng perlahan.
“You’re everything beautiful in this world. I wish
you can see how beautiful you are, Lylah.” Bisiknya
dan air mataku jatuh mengalir di pipi.

— happy tears.
BAB 4

A
KU DAN ZADE semakin rapat, seperti
aku adalah bayang-bayangnya setiap
hari. Semakin lama aku kenal dia, rasa
sayang dan cinta pada dia semakin menebal. Aku
tidak boleh nafikan kenyataan itu lagi. Dia layan
aku bagaikan puteri di istana, dia sangat penyayang
dan penyabar dengan aku.

Itu apa yang aku suka juga tentang dia. Sangat


penyabar dan penyayang.

Malam ini aku tidur di rumahnya kerana papa tiada


di rumah. Papa ada kerja diluar kota jadi aku bebas
nak balik rumah atau tidak. Aku melihat Zade
sedang menetik gitar di atas sofa, aku tidak tahu dia
boleh bermain alat muzik dan menyanyi sebelum ini
kerana sepanjang perkenalan aku dan dia, aku
hanya tahu dia pandai menari.

Tapi hari ini dia mula terbuka menunjuk bakatnya


pada aku. Aku tersenyum melihat dia menyanyi
sambil bermain gitar. Matanya dipejam beberapa
saat sebelum dibuka semula dan memandang tepat
ke mataku.

“I didn’t know you can sing,” Ujarku usai dia habis


menyanyi. Zade hanya menjongketkan bahunya
sebelum menarik aku duduk di sebelahnya, aku
melihat jemarinya yang sedang memetik gitar itu
sesuka hatinya. Dia sangat berbakat.

“Saya nak main juga tapi tak pandai,” ujarku


perlahan dan aku dengar dia ketawa kecil, Zade
berhenti memetik gitar itu, dia letak gitar itu di atas
riba aku.
“I’m not good at teaching but I can try for you,”

Aku mula memetik gitar seperti yang dia cuba


ajarkan, kedengaran sangat sumbang sehingga
membuatkan aku dan dia ketawa. Ada beberapa lagi
dia cuba ajar aku. Paling basic dia ajar adalah not
lagu hari lahir.

Hari semakin hari aku semakin berminat untuk


bermain gitar dengannya.

Lewat malam aku tidur di sebelahnya di atas


katilnya. Aku memeluk tubuhnya rapat, suka
kehangatan tubuhnya itu. Aku diam dalam suasana
yang langsung tidak kekok, dia juga diam sambil
mengusap belakang tubuhku.
“Terima kasih sebab sudi ajar saya main gitar tu.
Walaupun tak sempurna tapi saya gembira,” ucapku
dengan teruja. Zade memandang wajah aku, dahi
aku dicium lama.

“Saya gembira sangat dapat luangkan masa dengan


awak, banyak yang saya belajar bila saya ada
dengan awak.” Kata aku lagi kerana ingin dia
kebenaran yang aku rasa setiap kali berada
disampingnya.

Aku dengar dia mengeluh kecil.

“Lylah,” Panggilnya dengan nada yang lembut. Aku


mendongak memandang wajahnya. Dia memandang
tepat ke dalam mata aku.

“I need you to know something about me,”


Aku mula mengerutkan dahi, wajah dia nampak
serius sekali. Dia masih memandang wajah aku.

“Apa yang kawan kau kata tu betul,” ujarnya


lembut. Nafasku mula tersekat-sekat, apa
maksudnya?

“I can’t stay. I never stay.”

P
APA BALIK ke rumah lebih awal daripada
yang aku jangka, dia tahu akan ketiadaan
aku di rumah sepanjang dia tiada. Aku
pulang ke rumah saja, habis tubuh aku dipukul
olehnya, dipanggilnya aku dengan panggilan yang
buruk. Banyak tanggapan buruk yang dia keluarkan
untuk aku.
Aku tak boleh bergerak banyak malam itu, tubuh
aku penuh dengan lebam. Aku menelefon Zade
untuk datang ambil aku di belakang rumah. Aku
tidak mahu duduk di rumah itu lagi, semuanya
terlalu banyak untuk ditanggung.

Sejak malam di rumah Zade, kami bergaduh selepas


dia memberitahu aku hal yang sebenar. He can’t
stay. He never stay.

Betullah apa yang orang kata, Zade akan sentiasa


menghilangkan diri satu hari nanti. Aku sudah tahu
itu fakta dan kebenarannya, dia juga sudah mengaku
tetapi entah kenapa hati aku berdegil untuk tetap
bersamanya.

Aku cuba untuk menjauhinya tetapi semua itu sia-


sia. I need him. I knew he care about me.
Aku terlalu dalam untuk berenang keluar dari
kehidupan dia. Aku terlalu dalam untuk menafikan
cinta yang aku rasa terhadap dia. Terlalu dalam
sehingga membuatkan aku sendiri lemas dan
terluka.

Beberapa minit menunggunya, dia tiba di belakang


rumahku. Dia bawa aku pulang ke rumahnya seperti
biasa. “You’re not going there anymore. Kau boleh
tinggal di sini. Aku tak suka dia sakiti kau tapi aku
tak boleh buat apa. And i hate it,” ujarnya sambil
memandu ke rumahnya.

Aku mendiamkan diri saja sambil memandang ke


luar tingkap, tubuh aku menggeletar kerana sakit
dan sedih.

Sakit dipukul papa dan sedih kerana dia tidak akan


bersama selamanya dengan aku.
Aku mahu tanya dia kenapa, dia mahu ke mana—
tapi aku tak mahu dia tertekan dan marah pada aku.
Aku tak mahu masuk campur hal peribadinya. Zade
seorang yang bila dia bersedia mahu cerita sesuatu,
dia sendiri akan datang pada aku dan ceritakan
semuanya.

He just need times.

Tiba di apartment miliknya, aku duduk di atas sofa,


sesekali aku berdesir kesakitan. Zade sedang
mengubati luka dan lebam yang ada di tubuhku
akibat pukulan papa. Dia cuba sedaya upaya untuk
merawatku dengan lembut.

Beberapa minit kemudian aku termenung


memikirkan dia, memikirkan apa yang akan terjadi
bila dia sudah pergi nanti. Apa yang akan terjadi
pada aku? Adakah aku akan jadi semakin teruk?
Atau semakin baik?

Jujur aku masih tidak bersedia untuk kehilangan dia.


Zade sangat berharga bagi aku. Dia membuatman
aku semangat untuk teruskan hidup, dia berikan aku
cahaya untuk teruskan hidup.

“Fikir apa?” Soalnya yang sedang duduk di sebelah


sekaligus mematikan lamunan aku. Aku diam saja,
aku pasti dia tahu apa yang sedang aku fikirkan
sekarang. Kehilangannya membuatkan aku jadi
tidak keruan dan tidak senang duduk.

“Hey,” panggilnya lembut, dia menarik aku rapat ke


tubuhnya. Dipeluk lembut tubuhku dan dia cium
dahiku lembut.

“I’m still here, Lylah. I’m here.”


— yes, but not forever, right?
BAB 5

H
ARI BERLALU dengan pantas, setiap
kali aku bangun pagi aku akan cari dia
dulu. Aku takut dia akan hilang. Takut
sangat. Sejak apa yang berlaku antara papa dan aku
hari itu, aku tidak lagi tinggal bersama papa. Aku
sekarang tinggal di apartment Zade. Dia marah aku
balik ke rumah kerana bencikan papa yang selalu
melepaskan marah pada aku.

Hari ini aku bangun dengan ketiadaan dia di


sebelah, dia ada tinggalkan nota kecil mengatakan
dia pergi kerja awal hari ni. Aku menghela nafas
lega, nasib baik dia pergi kerja. Aku sudah separuh
mati fikir dia pergi tinggalkan aku selama-lamanya.

Hari itu aku tiada kelas, aku di apartment itu


membuat tugasan dan kalau bosan sangat aku akan
cuba memetik gitar seperti yang telah di ajar oleh
Zade.

Petang itu dia pulang, kami makan bersama dan


menonton TV bersama. Aku cuba sedaya upaya
untuk meluangkan masa dengannya. Aku nak hari
aku dipenuhi dengan dia. Kenangan aku akan
dipenuhi dengan nama dan wajahnya.

Kenangan yang aku tak akan lupa selamanya.

“Aku mungkin akan kembali, Lylah.” Ujarnya saat


cerita di TV sudah habis dan kami terlalu lama
berdiam diri. Aku faham apa yang dia maksudkan
tetapi itu tudak cukup untuk membuat hati aku rasa
tenang ataupun lega.

Don’t give me a fake hope.


“Can we dance?” Soalku dalam nada bisikan, sudah
lama rasanya kami tidak menari. Zade
mengeluarkan telefonnya dari poket, dia pasang
lagu tenang sebelum menyambut huluran tanganku.

Kami menari di ruang tamunya dengan tenang dan


penuh perasaan. Zade memegang aku dengan erat,
aku memejam mata teringatkan yang dia tidak akan
kekal lama di sini. Dia akan pergi tinggalkan aku
satu hari nanti.

Tanpa aku minta, air mata mengalir di pipiku. Aku


dengar dia mengeluh kecil, diusapnya rambut aku
dengan lembut. Aku memeluknya dengan lebih erat.
Wajahku disorokkan dadanya.

“I love you,” Akhirnya aku meluahkan perasaanku.


Tidak mampu menipu diri lagi, tidak mampu
menahan diri lagi.
“I love you so much,” ulangku lagi. Dahiku dicium
lembut.

“I know you do, Lylah. I know.”

Dia bersuara tanpa balasan cinta pada aku semula. I


knew he love me. I just knew it. I can feel it.


WHAT ARE you thinking?” Soalnya lagi,
soalan yang sama aku dengar beberapa hari
yang lepas.

“Nothing,” balasku dan seperti biasa aku akan tipu


dia. Tapi Damien terlalu bijak membaca aku, dia
tahu apa yang aku cuba katakan.
“Aku bukan nak tinggalkan kau, Lylah.” ujarnya
membela diri.

“Really?” soalku bernada memerli, dia mengeluh


kecil.

“I’m don’t want to fight with you right now. Aku


cuma nak meluangkan masa yang ada ni dengan
kau.” balasnya pula, aku diam mendengar kata-
katanya.

Masa yang ada?

Ada banyak mana lagi masanya?

Adakah dia akan meninggalkan aku dalam masa


terdekat ini?
“Why can’t you stay?” bisikku tanpa memandang
wajahnya. Aku dengar dia mendengus kasar, tidak
tahu mahu menjawab apa tapi aku tahu dia berusaha
menyusun ayat di dalam kepalanya untuk
menjelaskan pada aku.

“For the best,” pendek dia membalas.

“But i want you to stay,” ujarku dalam tangisan, aku


dengar dia mengeluh lagi. Dagu aku diraih lembut,
dia memandang aku tepat ke dalam mata.

“This is not what you want, Lylah. And no. You


don’t need me. Kau lebih kuat dari yang kau
sangkakan, Lylah. Trust me. You’ll be okay.”
Balasnya lembut dengan keluhan kecil. Dia
mengusap pipiku pula. Air mataku dikesat lembut,
aku menggeleng perlahan tetapi dia memegang
kedua-dua belah pipiku, mahu aku memandang
wajahnya lagi.

“It’s okay, baby. It will be okay,”

“I don’t know how to live without you,” bisikku


perlahan.

“I’m sorry,”
BAB 6

A
KU MEMANDANGNYA ke luar
tingkap balkoni, aku berada dalam
pelukkan Zade. Dia mengelus perutku
yang berlapik baju itu dengan ibu jarinya, aku suka
dia buat begitu. Aku rasa seperti diawangan.

“Kau nak dengar aku cerita pasal mak aku tak?”


Soalnya dengan tiba-tiba. Aku terkejut dengan
soalannya, Zade bukan seorang yang mudah
berkongsi tentang dirinya dan malam ini dia
menyoal tanpa aku minta.

Aku mengangguk laju, dia mencium tepi dahiku


sambil memandang pemandangan di luar balkoni
itu.
“Mak aku dulu sangat suka melukis. Setiap hari aku
dengan dia akan ke rumah kecil yang ada di luar
rumah untuk melukis. Dia banyak meluangkan masa
dengan aku dan dia pandai pengaruh aku sekali
untuk minat melukis.” ujarnya panjang lebar. Aku
terkedu, satu lagi yang aku tahu tentang dia.

Zade suka melukis.

“She must be lovely,” bisikku tanpa sedar. Indahnya


ada kenangan bersama seorang ibu.

“She was. She died when i was 16,” balasnya


pendek, aku meramas tangannya tanda memberi
semangat.

“She gone for good,” bisiknya lembut dan aku


berharap dia sambung lagi penjelasannya tetapi
tidak. Dia berhenti bersuara di situ dan tidak
bersuara lagi.

“If you go, I’ll be broken,” bisikku lembut. Dia


diam lagi, aku memejam mata. Tidak dapat
membayangkan jika satu hari nanti dia sudah tiada
di sebelah aku.

“Please—”

“Lylah… don’t.” Pendek amarannya. Aku diam.

Don’t what? Aku mahu tanya tetapi aku tahu kalau


aku tanya semuanya tidak akan berakhir dengan
baik.

Aku diam lama, begitu juga dengan dia. Nafasku


tarik panjang dan hembus perlahan-lahan.
“What’s your favourite moment with me?” Entah
kenapa soalan itu terbit, aku keliru dan aku juga
mahu tahu jawapannya.

“ W h a t ’s y o u r s ? ” D i a m e n y o a l k u s e m u l a
membuatkan aku tersenyum.

“I love it every time we danced,”

Damien tersenyum nipis, dia cium hujung hidungku


sekilas.

“I love the first time we met. That night— aku ingat


lagi apa yang berlaku. Orang lain sedang berseronok
tapi kau di dapur sedang makan potato chip. Kau
lain daripada yang lain. Aku nampak air muka kau, i
can read you so easily. You’re so heartbroken but
you tried your best to forget about it and move on.
And at that time, i knew i had to know you.”
balasnya lagi panjang lebar sambil tangannya naik
mengusap pipiku.

“Even if it will ruin me?” soalku dengan suara yang


bergetar. Air mata bergenang lagi. Zade merenung
wajahku lama, direnung aku dengan penuh kasih
sayang.

I know he loves me. I know he cares about me. But


why… why he can’t stay?

“Even if it will ruin both of us, Lylah. Both of us.”


BAB 7

P
AGI MENJELMA, bunyi burung
berterbangan di luar kedengaran. Bunyi
titisan air dari paip yang tidak rapat di dapur
juga kedengaran. Kipas berpusing menghasilkan
angin juga kedengaran. Aku bangun dari katil
dengan rasa penat.

Aku lihat sekeliling, terasa sungguh sunyi. Di mana


— aku tergamam di tempatku. Aku menoleh sebelah
katil, tiada kelibatnya. Aku bangun dari katil dan
berlari ke dapur. Sepucuk surat terletak di atas meja
makan bersama sarapan dan sekuntum bunga mawar
merah.

Tangan aku terketar-ketar mencapai kertas putih itu,


tulisan cantik milik Zade tertulis di atas kertas itu.
Aku terduduk di atas kerusi itu dengan air mata
yang mengalir di pipi. Aku tahu ini bermakna dia
sudah pergi dari hidup aku buat selama-lamanya.
Dia sudah tiada di sini lagi. Dia pergi buat selama-
lamanya. Sungguh aku terkejut dan tidak sangka dia
akan pergi tinggalkan aku secepat ini.

Aku lihat surat itu bersama tangisan.

My Lylah,

Disaat kau baca surat ni aku dah tak ada dekat


sebelah kau lagi. Jujur aku tak tahu nak tulis apa
lagi dalam surat ni. Kau pun tahu yang aku ni tak
banyak cakap. Aku tulis surat ini untuk kau, aku
harap kau okay. Jangan menangis sebab aku tak
ada nak teman kau, nak pujuk kau lagi.
Aku tak tahu dari mana aku nak mulakan semua
ini. Apa yang orang lain kata tentang aku
semuanya betul. Orang kata aku akan kekal dekat
sini, aku akan sentiasa pergi dan kembali. Tapi
kali ni aku tak akan kembali, Lylah. I just can’t
and i’m sorry.

I want to stay with you, baby. Trust me that i really


do. Aku nak jaga kau sampai aku mati tapi aku
tahu semua itu mustahil. Apa yang terjadi
sekarang adalah yang terbaik, semua sudah
tertulis.

Sebelum ini aku pernah duduk sini dan pergi, tapi


aku kembali atas sebab-sebab tertentu. Aku
perlukan duit, aku perlukan kerja jadi aku kembali
ke bandar kecil ni untuk cari duit.
Malam itu aku datang parti sebab aku bosan di
rumah. Di sana aku nampak kau. Kau cantik
sangat masa tu, aku rasa macam aku nampak
bidadari. Aku ikut kau pergi dapur, aku tengok
kau cari makanan dalam peti. Lepas tu kau
keluarkan potato chip. God, you’re so adorable,
Lylah. Aku tak boleh stop senyum bila tengok kau.
Aku tengok kau duduk sorang-sorang, kau
nampak sedih. Aku boleh baca kau macam buku,
Lylah. Sejak daripada hari itu, aku nak kenal kau.

Aku cari kau merata tempat, aku rasa tertarik


pada kau. Bila kau dengan aku dah rapat, aku
gembira. I feel great to have you by my side. Tapi
sayangnya bukan untuk masa yang lama.

Aku pergi sebab aku sakit, Lylah. Aku tak boleh


hidup lama, aku pergi sebab aku tak nak kau sedih
bila aku dah tak ada atas dunia ni lagi. Andai satu
hari nanti kau rindu aku, kau baca surat ini dan
simpan bunga itu.

I am selfish, right? I know i won’t stay but i still


choose you. I want you even though i know i can’t
have you.

Sebelum ini kau selalu kata kau cintakan aku, kau


sayangkan aku. But i never say it back because i
know you can feel how i feel towards you.

I don’t want to say it because i want you to feel it.

Lylah, aku nak kau kuat. Sentiasa kuat. Aku


dengar kau nak jadi doktor, kan? Go for it. Kejar
cita-cita kau, rawat mereka yang sakit macam aku
ni. Tolong mereka.

Don’t worry about me. I’ll be okay.


Aku hadiahkan apartment ini untuk kau. Jangan
kembali pada ayah kau, aku tak nak kau kena
pukul dengan dia lagi. Aku dah tak boleh nak
ubatkan luka kau nanti.

Remember this Lylah, you deserve world. You


deserve everything good in this world. Don’t cry.
I’ll be okay if you’re okay.

You’re the perfect melody


The only harmony i wanna hear
You’re my favorite part of me
With you standing next to me
I’ve got nothing to fear.

Yours,
Zade Arthur.
Now he is gone and i finally know his last name.
EPILOGUE

S
EPULUH TAHUN kemudian, aku kini
sudah berjaya menjadi seorang doktor. Aku
kejar cita-cita dan impian aku. Banyak
pesakit yang aku sudah rawat, aku gembira sangat.
Aku dapat tunaikan apa yang aku mahu dan apa
yang Zade harapkan.

Sudah sepuluh tahun berlalu, cinta aku pada Zade


tidak pernah kurang. Aku tidak tahu dia di mana
sekarang, adakah dia masih hidup atau dia sudah
pergi buat selama-lamanya? Aku tidak pasti.

Aku harap dia baik-baik saja. Aku akan sentiasa


ingat nasihat dan kata-kata dia. Seperti yang dia
mahukan, aku masih simpan surat dan bunga mawar
yang dia hadiahkan pada aku. Bunga sudah layu
tetapi aku masih simpan. Tidak kira selayu mana
bunga itu, mekar cinta aku pada dia tidak akan
pernah layu.

My Zade Arthur,

Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang,


apa yang awak hajatkan semuanya tercapai. Don’t
worry, I don’t hate you. I’m actually thankful that i
had a chance to met you once. Awak ajar saya
banyak benda dan banyak perkara, Zade.

Awak ajar saya semua orang ada kecantikan


tersendiri. Awak ajar saya untuk bersemangat
belajar sesuatu— oh ya, saya dah pandai petik
gitar. Lagu yang pernah awak mainkan untuk saya
pun saya dah pandai main.
Semua kekuatan yang bawa saya sehingga saya
jadi seperti hari ini, semuanya datang daripada
awak, Zade.

Saya tak akan pernah lupa yang kehadiran awak


dalam hidup saya mengajar saya untuk menjadi
manusia yang lebih matang. Kehadiran awak
dalam kehidupan saya adalah sebuah
persinggahan yang sangat indah dan istimewa,
Zade. Sekarang saya tahu yang cinta tidak
seharusnya memiliki. Cinta juga memerlukan
perbuatan dan usaha. Action speaks louder than
words.

Now i know that.

I will always love you. Semoga awak bahagia


walau di mana saja awak berada. Andai awak
sudah tak ada di atas dunia ni, saya doakan awak
bahagia di alam sana.

Love didn’t ruin us, Zade. Love makes us strong.


Thank you my love. Thank you for everything you
had done to me. I miss you so much. Saya harap
satu hari nanti kita dapat berjumpa kembali.
Kalau tidak di sini, mungkin di alam yang lain.
Until we met again, Zade Arthur.

You and I
We’re like a fireworks and symphonies exploding
in the sky
With you, i’m alive
Like all the missing pieces of my heart, they finally
collide
So stop time right here in the moonlight
‘Cause i don’t ever wanna close my eyes
Without you, i feel broke
Like i’m half of a whole
Without you i’ve got no hand to hold
Without you, i feel torn
Like a sail in a storm
Without you, i’m just a sad song.
I’m just a sad song.

I wish you’re my forever destiny.

Yours,
Lylah Rose.

THE END
TENTANG PENULIS
Hi, assalamualaikum. Peochies atau yang
dulunya dikenali sebagai nunraa.
UNTETHERED LOVE merupakan cerita
pendek yang ditulis saat hati yang masih
mendung. Cerita ini masih banyak cacat celanya
dan peochies seorang penulis yang masih belajar
untuk menyempurnakan penulisannya.

Andai ada kesalahan tatabahasa dan kesalahan


grammar, mohon ampun dipinta. Segala
kekurangan yang terdapat di dalam buku ini
adalah datang daripada saya dan baik datang
daripada-Nya.
Peochies seorang yang masih muda dan masih
banyak perlu belajar, diharapkan pembaca setia
menunggu buku yang lain di masa akan datang.

Peochies seorang penulis yang mementingkan


keunikan dan mahu menjadi lain daripada
penulis yang lain. Setiap jalan cerita yang dibuat
dan ditulis, dengan penuh pengharapan agar
pembaca dapat terima apa yang disampaikan dan
teruja untuk dibaca kerana buku yang ditulis
adalah berbeza dan unik daripada cerita yang
lain.

Terima kasih pembaca sekalian, peochies sangat


menghargai jasa kalian. Tanpa kalian (pembaca)
siapalah peochies?

;)

Anda mungkin juga menyukai