Anda di halaman 1dari 3

CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Setiap orang

menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing.
Namun begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada
yang menyebabkan kematian. Justeru itu, kita perlulah mengambil
langkah-langkah yang berkesan untuk menjaga kesihatan.

          Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan mengamalkan

pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mestilah
berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya
mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang
berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada
tubuh badan kita. Di samping itu, kita mestilah mengurangkan makanan
yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit seperti tekanan darah
tinggi dan penyakit jantung.

           Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan

bersenam. Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal
seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20
minit bagi setiap sesi. Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat
menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan
fizikal.

              Tambahan pula, kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan

sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Hal ini bertujuan untuk
memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik tanpa
sebarang penyakit. Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap dilakukan
supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya
didapati menghidap sebarang penyakit.

              Di samping itu, setiap individu mestilah menjaga kebersihan diri

dan tempat tinggal bagi mengelakkan penyakit berjangkit merebak
dengan cepat. Persekitaran rumah yang bersih dapat menjauhi
pembiakan haiwan atau serangga perosak yang boleh membawa
penyakit.

                      Akhir sekali, kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik

sejak peringkat awal lagi. Sesungguhnya, kesihatan adalah anugerah
Tuhan yang perlu dihargai. Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara
kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita. Jangan nanti terhantuk
baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.

Anda mungkin juga menyukai