Anda di halaman 1dari 17

BAHAYA LIDAH Kita diajar supaya sentiasa berbudi bahasa.

Tutur kata naklah dijaga supaya tidak terkeluar perkataan yg melambangkan rendah pekerti. Budi bahasa adalah nilai diri yg menjadi perhiasan dinilai pihak lain. Justeru, islam amat menegah penganutnya drp menggunakan perkataan buruk dan keji. Banyak ayat q dan hadis menjelaskan larangan menggunakan perkataan buruk. Mengeluarkan apa pun ucapan memang mudah, tetapi kesannya amat besar. Sebab itu kita perlu berhati2 setiap kali mengeluarkan perkataan. Elakkan diri drp membiasakan mengeluarkan perkataan buruk. perkataan yg keluar dari mulut kita juga bergantung kpd kebiasaan @ tabiat. Org yg tidak biasa mengucapkan perkataan buruk akan berasa berat utk mengucapkan perkataan itu w.pun tidak ditujukan kpd sesiapa. Sebaliknya, org yg biasa mengucapkan perkataan buruk akan menyebutnya walaupun ketika melatah. Perkataan itu terlalu biasa diucapkan sehinggakan terucap tanpa disengajakan. Firman: kecelakaan besar bagi setiap pengeji, pencaci.(humazah:1) Sabda: tidaklah dihumbankan muka manusia kedlm neraka itu sebagai hasil (buruk) lidahnya.(Tar) Sabda: bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.(Tar) Sabda: siapa yg banyak bercakap banyaklah kesalahannya. Siapa yg banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya dan siapa yg banyak dosanya, api nerakalah paling layak utk dirinya.(Baihaqi) Sabda: siapa yg beriman kpd Allah dan hari kemudian, maka naklah dia ucapkan perkataan yg baik dan kalau tidak, naklah diam.(Buk/mus). Hadis ini bermaksud bahawa seorang yg beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kpd perkara yg memberi kebaikan kpd dirinya dan org lain. Sekiranya tidak dapat memberi suatu yg membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja. Nabi ditanya mengenai kelakuan yg paling banyak memasukkan seorang ke syurga?. Lalu jawabnya: taqwa kpd Allah dan keindahan akhlak. Ditanya pula, apakah yg paling banyak memasukkan org kedlm neraka? Jawabnya: kejahatan mulut dan kemaluan. Org yg paling dibenci dan jauh tempatnya dari nabi dihari qiamat ialah org yg banyak bercakap tetapi tidak tentu arah kerana ia tidak berfikir sebelum bercakap. Sabda: tidak akan baik iman seorang hamba sehingga baik pula hatinya dan tidak akan baik hatinya sehingga baik pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman drp kejahatannya. Begitulah pentingnya seorang itu memelihara lidahnya drp percakapan yg buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah. Allah mengurniakan umatnya dgn sebaikxnya nikmat. Oleh itu, nikmat lidah yg diberikan naklah digunakan kejalan yg diredainya. Kita juga tidak boleh mengucapkan suatu yg tidak perlu @ suka dan gemar kpd banyak bercakap yg sia2, tidak berguna dunia dan akhirat. Naklah menahan lidah drp mengucapkan perkataan kecuali zikir kpd allah dan perkara2 yg berfaedah. MEMAKI Dgn itu, islam menganjurkan umatnya supaya mempunyai adab sopan yg tinggi dan saling menasihati antara sesama mrk, beramah mesra dan tidak melakukan perkara yg boleh menggnaggu ketenteraman awam samada dgn menabur fitnah, mengumpat, buruk sangka, menghina dsbnya. Ini kerana setiap individu itu mempunyai kehormatan yg tidak boleh disentuh, kerana kehormatannya itu merupakan sebahagian drp kehormatan masyarakat. hujurat: hai org yg beriman, janganlah suatu kaum mengejek kaum yg lain. Barangkali mrk itu lebih baik dari yg mengejek dan janganlah org perempuan mengejek perempuan yg lain. Barangkali perempuan yg diejek lebih baik dari yg mengejek. Janganlah saling memaki antara sesamamu dan jangan saling memanggil dgn panggilan yg tidak baik. Seburuk2 nama adalah fasiq sesudah beriman dan siapa yg tidak bertaubat, mrk itulah org2 yg zalim.(11) Hai org yg beriman, jauhilah banyak sangkaan. Sesunguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa dan janganlah mu mengintip @ mencari kesalahan dan keaiban org dan janganlah setengah mu mengumpat sertengahnya yg lain. adakah seseorang darimu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu mu jijik kpdnya.(12). Diantara perbuatan menghina dan mengaibkan yg dimaksudkan dlm ayat ini ialah spt memanggil dgn gelaran yg buruk yg tidak disukai oleh seseorang iaitu gelaran yg dirasakan menghina dan mengaibkan. Sunguhnya perbuatan menghina itu adalah menyeleweng drp iman hingga menyebabkan seseorang itu jatuh kpd perbuatan fasiq, sedangkan fasiq adalah suatu bentuk kezaliman. Sabda: janganlah mu putuskan hubungan, belakang membelakangi, benci membenci, hasut menghasut. Naklah mu jadi hamba Allah yg bersaudara satu sama lain dan tidaklah halal bagi seseorang muslim mendiamkan diri dari saudaranya lebih 3 hari. Perbuatan mengaibkan mana2 warga masyarakat bererti mengaibkan dirinya sendiri, bahkan meruntuhkan keharmonian masyarakat dan menjadikan masyarakat hidup berpecah-belah dan berpuak2 disebabkan masing2 menanam prasangka buruk antara sesama lain.

Sepatutnya dlm kehidupan bermasyarakat, nilai2 @ kekurangan seseorang itu tidak boleh dijadikan ukuran, kerana neraca allah shj yg layak mengangkat dan menjatuhkan seseorang itu. Sepatutnya kita naklah sentiasa mengeratkan silaturrahim. Sabda: bukanlah beriman org yg suka mencela, mengutuk, mengeji dan bercakap kotor. Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, ia tentu akan menimbulkan kemesraan dan mengelak drp berlakunya permusuhan. Ketaqwaan seorang hamba akan menjadikan seorang manusia itu menginsafi akan kewujudannya dibumi ini, iaitu sebagai seorang khalifah yg diperintahkan utk memakmurkan muka bumi, menyayangi sesama umat islam, berlaku adil, membuat kebaikan dan meninggalkan keburukan. Mengejek Mengejek pula iaitu dgn cara menunjukkan muka yg boleh membuat org lain ketawa utk menghina org yg menjadi sasaran ejekan itu. Cara lain iaitu dgn melakukan sesuatu, mengatakannya @ mengisyaratkannya yg bertujuan memperolok2kan seseorang. Sekiranya tidak dicegah maka lahirlah org yg cerdik akan mengejek org yg bodoh, yg kaya mengejek yg muskin, yg cantik mengejek yg hodoh dan yg muda mengejek yg tua. Julukan2 yg tidak disukai Allah melarang drp saling memanggil dgn julukan2 yg tidak baik samada dirinya @ ayahnya @ ibunya @ org lain yg masih ada hubungan dgnnya. Laknat Maksud laknat ialah jauh drp rahmat allah krn kemurkaan-Nya. Selaku ora islam yg didik dgn ajaran mulia, kita dilarang drp melaknat, bercakap keji @ hina serta mencaci maki org @ makhluk lain yg x berdosa. Sabda: sunguhnya apabila seorang melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik kelangit lalu pintu akan ditutup supaya ia x dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun kebumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasukinya. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia x menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kpd org yg dilaknat. Sekiranya org itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena pdnya. Sekiranya dia bukan ahli yg layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kpd org yg melaknat itu semula.(abu daud). Mengatasi caci maki dgn akhlak terpuji Ada 2 sifat yg bertentangan iaitu yg terpuji dan yg tercela. Nabi adalah manusia yg terpuji. W.pun ditentang, dimusuhi kemudian dgn makian, penghinaan, ancaman dan akhirnya pembunuhan. Namun, baginda tidak pernah membalas kejahatan itu. Baginda tidak pernah marah dan bertindak keras, bahkan bersikap tenang dan tidak putus asa. Nama baginda mencerminkan akhlak baginda. Ini sekaligus melontar kembali setiap tohmahan dan keburukan yg dilemparkan kpd yg mengutuk itu sendiri iaitu msusuh baginda samada dari kaum kafir @ kalangan kaum munafiqin. Akhirnya, mrk melihat kebenaran yg dibawa baginda dan seterusnya memeluk islam. Bukankah allah memberi peringatan kpd baginda mengenai betapa manusia akan lari dan menjauhkan diri sekiranya baginda bersikap keras dan kasar. Sedangkan melalui kasih sayang, hati yg keras menjadi lembut dan cair utk menerima kebenaran. Sabda: sunguhnya allah telah menyerahkan agama itu pd diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dgn ketinggiann dan keelokkan akhlak. Adakah mu mengelokkan agamamu dgn kedua2 sifat mulia ini?(tabrani) Akhlak yg mulia adalah perhiasan diri selain cerminan agama yg dianuti. Islam perintahkan penganutnya supaya sentiasa memperelokkan akhlak mrk dan menjauhi segala sifat yg buruk sehingga menjadi fitnah kpd agama. Kita perlu waspada dlm melakukan suatu agar tidak menjatuhkan maruah, agama dan masyarakat.

Larangan caci sahabat nabi sabda: sunguhnya allah telah memilihku dan memilih utkku beberapa sahabat serta dia jadikan diantara mrk menteri2ku, mentua2 dan menantu2ku, juga penolong2ku. Oleh sebab itu siapa yg memburuk2 dan mencaci mrk, maka tertimpalah diatasnya laknat allah dan malaikat serta manusia seluruhnya. Allah tidak akan menerima drpnya sebarang ibadah dan juga sebarang sebarang tebusan.(uwaimi bin saidah) Sahabat nabi adalah org yg hidup sezaman dgn baginda. Mrk adalah pembantu baginda yg bekerjasama dgn sepenuh hati dlm menyampaikan ajaran islam serta mengembangkannya. Oleh itu, mrk adalah org yg layak mendapat kemuliaan dan penghormatan drp seluruh umat islam. Siapa yg mencaci salah seorang drp sahabat nabi bererti dia telah mengingkari serta mendustakan kelebihan sahabat yg telah diperakui. Dgn itu, bermakna dia juga telah memutuskan hubungannya dgn baginda. Cacian terhadap sahabat nabi adalah meliputi apa juga perkataan yg menyentuh sifat peribadi, aliran faham mazhabnya dan fahaman siasahnya. Ini kerana diantara seorang sahabat dgn seorang sahabat yg lain, mrk berlainan pendirian tetapi mempunyai alasan yg kukuh (penuh t.jawab dan pertimbangan akal yg sihat) utk berbuat demikian. Siapa yg didapati mencaci @ melaknat sahabat nabi, dia akan ditimpa laknat drp allah dan malaikatnya. * FITNAH Menyebarkan cerita yg tidak benar mengenai seseorang utk mendatangkan keaiban dipanggil membuat fitnah. Sekarang ini amalan menyebar fitnah semakin canggih dilakukan dgn alat teknologi moden. Fitnah disebarkan dgn mudah tanpa penyebar itu perlu bersemuka dgn org ramai. Malah identiti penyebar fitnah juga dapat dirahsiakan. Penyebaran fitnah dlm bentuk tulisan, audio maupun visual secara siber samalah dosanya spt diucapkan. * Sahabat nabi bertanya: siapakah yg menghafaz sebuah hadis dari nabi berkenaan fitnah? Jawab Huzaifah: aku dengar beliau sabda: fitnah seorang dlm keluarga, hartanya dan tetangga dapat ditutup oleh solat, puasa dan sedekah. (Buk) * Firman: dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.(Baqarah:191) * Firman: dan berbuat fitnah itu lebih besar (dosa) drp membunuh.(Baqarah:217)

* Sabda: fitnah itu umpama binatang buas. Oleh itu janganlah dibangunkan, kerana jika dibangunkan ia akan membaham mangsanya. * Firman: sebahagian drp buruk sangka adalah dosa.(PRASANGKA) * Sabda : tidak akan masuk syurga tukang fitnah * Sabda : apakah mu tahu siapakah sejahat2mu? Jawab sahabat: Allah dan rasul yg lebih tahu. Sabda : sejahat2 mu ialah org yg bermuka 2, yg mengadap kpd ini dengan wajah dan dating kesana dengan wajah yg lain. * Nabi berjalan melalui 2 kubur yg baru ditanam lalu nabi bersabda: sesunguhnya 2 kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar. Adapun yg 1 maka tidak bersih jka cebok daro kencingnya dan yg ke2 biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian nabi ambil dahan pohon yg hijau lalu dibelah 2 dan memancangkan diatas kubur masing2 satu. Sahabat Tanya: ya rasul kenapa kau lakukan demikian itu? Jawabnya: semoga Allah meringankan ke2nya selama dahan itu belum kering. * Sabda : sejahat2 manusia ialah yg bermuka2, mendatangi ini dengan 1 wajah dan y ini dengan 1 wajah dan siapa yg punyai 2 lidah didunia maka Allah akan berinya 2 lidah dari api neraka. * Sabda : setelah Allah jadikan syurga lalu diperintah: Maka syurga berkata: sungguh bahagia siapa yg masuk kedlm ku. Maka Firman : demi kemuliaan dan kebesaranku tidak dibolehkan tinggal kpdmu 8 hal manusia: 1. org yg selalu minum arak (2) org yg tetap menjadi pelacur (3) tukang fitnah 4. org yg biarkan isterinya berzina (5) polisi (6) wadam (lelaki yg barlagak wanita) 7. memutus hubungan keluarga 8. org yg bersumpah dengan nama Allah akan lakukannya tetapi tidak tepati sumpahnya * Firman : hai org yg beriman jika dating kpdmu seorang fasiq membawa berita maka naklahmu selidiki jangan sampai mu membalas suatu kaum dengan kebodohan makamu kelak akan merasa menyesal.(Hujurat:6) HAL ORG MEMBUAT FITNAH TERHADAP AISYAH Aisyah bt abu bakar disifatkan seorang yg manis, langsing tubuhnya, kedua matanya luas, rambutnya kerinting dgn wajahnya cerah bercampur merah. Tetapi dia sangat cemburu terhadap nabi, berbanding isteri baginda yg lain. Dikalangan isteri nabi, pernah berlaku perang mulut. Berikutan itu, mrk berpecah kpd 2 kumpulan, dgn sekumpulan diketuai oleh aisyah sendiri. Bertindak atas perkara itu, nabi terpaksa mengasingkan diri drp mrk. Baginda duduk sendirian selama sebulan. Keadaan ini memberi kesempatan kpd org yg suka membawa mulut. Mrk menyebarkan berita, kononnya nabi menceraikan semua isterinya. Berita itu menggemparkan umat muslimin. Tetapi mujur umar al-khattab masuk campur. Dia bertemu nabi utk mengetahui berita sebenarnya. Rupaxnya, baginda hanya bersumpah tidak akan mendekati mrk selama sebulan saja. Kemudian baginda menawarkan kpd kalangan isterinya, samada ingin memilih baginda sebagai suami @ memilih keindahan dunia, lalu mrk akan diceraikan. Ia satu peringatan supaya mrk tidak melukakan hati baginda. Selepas cukup 30 hari pengasingan baginda itu, isteri baginda membuat pengakuan memilih Allah dan rasulnya. Kemudian tersebar berita baginda akan kembali semula kpd mrk. Masingx, isteri nabi menunggu hari kepulangan baginda. Isteri pertama menjumpai nabi ialah

aisyah. Sedangkan mengikut cerita, dia adalah ketua kumpulan yg mencetuskan perselisihan dikalangan isteri baginda. Selesai dgn ujian itu, aisyah menghadapi satu lagi peristiwa amat pahit apabila menjadi mangsa fitnah. Gelaplah dunia disekelilingnya, malah dia hampir hilang peribadi, jika tidak kerana rahmat Allah. Peristiwa itu bermula apabila nabi memimpin muslimin utk memerangi suku bani almushtaliq. Aisyah keluar bersama menemani baginda. Dgn izin Allah, muslimin berjaya menundukkan suku kaum itu dan dlm perjalanan pulang dari medan pertempuran, tentera muslimin berhenti seketika utk berehat pd waktu malam. Selepas hilang penat, mrk meneruskan perjalanan pulang sehingga waktu subuh, mrk tiba di madinah. Unta aisyah diseret kerumahnya. Apabila diturunkan sekedup dari untanya dan dibukakan tirai, didapati aisyah tiada. Berita itu cepat tersebar. Nabi dan kalangan sahabat turut terkejut. Lalu diutuskan beberapa org sahabat utk mencari aisyah dgn mengikuti jejak perjalanan unta berkenaan. Tidak jauh dari tempat itu, mrk terlihat ada seekor unta. Diatasnya aisyah, manakala tali unta itu dipegang safwan bin al-muattal as-sulami yg juga ketinggalan. Mrk berdua memasuki kawasan madinah pd waktu siang hari, selepas baginda dan tentera Islam memasuki kota madinah. Kedatangan kedua2nya kemadinah diperhatikan oleh penduduk kota itu, antaranya gol munafiq yg dipimpin abdullah ubai. Dia mengambil kesempatan itu utk menyebarkan fitnah aisyah berlaku curang dgn safwan. Abdullah uabi juga mendorong mistan ibn athathah, hassan ibn thabit dan hammah jahsh mempercayainya. Nabi dukacita dgn proraganda yg dilakukan org munafiq. Sampai dimadinah, aisyah disoal, lalu dia memberikan penjelasan: aku keluar sekali lagi utk mencari loket yg hilang sehingga aku menemuinya. Kali ini apabila aku kembali sekali lagi, aku dapati mrk sudah berangkat dan untaku dibawa bersama. Akupun berselubung dgn kain jilbabku dan merengkok disitu. Aku berkata kpd diriku, jika mrk tidak menemuiku, nescaya mrk akan kembali mencariku. Aku duduk disitu. Tibax safwan lalu ditempat itu. Safwan juga terlewat dibelakang kerana suatu keperluan. Dlm perjalanan pulangnya, dia ternampak aku dari jauh. Dia datang utk menyelidiki dan mendapati aku disitu. Lalu dia berkata: sunguhnya kita kpd Allah dan kita kembali kpdnya. Ini kesayangan rasulullah. Apa yg menyebabkanmu tertinggal disisni? Semoga Allah merahmatimu. Aisyah menyambungnya ceitanya: aku tidak menjawab sepatahpun. Kemudian safwan mendekatkan untanya, lalu dia berkata: naiklah unta ini. Dia berundur kebelakang. Jadi aku pun menunggang unta itu. Kemudian safwan memegang tali unta itu dan berjalan cepat mengejar org ramai. Demi Allah, kami tidak menemui sesiapa dlm perjalanan. Nabi mendengar penjelasan aisayah yg tertinggal drp rombongan nuslimin dan tidak mengesyaki sesuatu. Selepas bercerita, aisyah kebiliknya utk tidur kerana terlalu penat. Tetapi peristiwa yg disangka aisyah satu perkara kecil itu disebarkan mulut manusia, khusus gol munafiq dan yg menjadi batu api ialah abdullah bin ubay bin salul yg mengetuai gol itu. Mrk mengambil kesempatan utk mengarang cerita palsu dan disebarkan kpd org ramai. Ada sesetengah org yg dekat dgn nabi turut membantu menyampaikan berita palsu itu spt penyair nabi iaitu hassan bin thabit, kerabat abu bakar, mistah bin usasah serta sepupu dan saudara zainab bin jahsy, hamnah bt jahsy. Berita palsu yg bertujuan fitnah itu terus tersebar selama sebulan sehingga sampai ketelinga nabi, abu bakar dan isterinya iaitu ummu ruman. Peristiwa ini memberi kesan mendalam keatas diri dan keluarga nabi kerana ada sahabat yg terpengaruh dgn fitnah yg tersebar luas dikota madinah. Bahkan ada sahabat yg mencadangkan nabi menceraikan aisyah. Selepas peristiwa itu, pergaulan aisyah dgn nabi kurang mesra. Aisyah meminta izin baginda utk kembali kerumah org tuanya buat seketika. Disana, dia sakit tetapi semula. 20 hari berada dirumah org tuanya, aisyah sendiri menerima berita fitnah yg jahat itu. Sejak hari itu, dia tidak berhenti menangis, tidak mau makan dan tidak mau tidur. Badannya kurus kerana tidak tertahan menanggung perasaan.

Fitnah itu juga mengguris hati muslimin, lebih2 lagi mangsanya seorang wanita yg sangat mulia dan berbudi tinggi. Lalu, berlaku tuduh menuduh antara kabilah aus dan khazraj. Nabi meminta pendapat usamah bin zaid yg mengatakan: hai rasulullah, ini adalah fitnah dan kami tidak mendengar suatu mengenai aisyah kecuali yg baikx belaka. Semua katax org mengenainya itu adalah dusta dan tidak betul. Ali bin abu tolib juga memberikan pendapat selepas diminta nabi: hai rasulullah, perempuan lain ramai dan mu boleh mendapatkan gantinya, jika mu mau. Tetapi cuba mu tanya kpd jariahnya (barirah), nescaya dia akan berkata benar. Oleh oti nabi bertanya kpd barirah dan dia menjelaskan segala yg baik mengenai aisyah. Menghadapi peristiwa itu, baginda berasa bingung memikirkannya. Hatinya sedih kerana mendengar tuduhan palsu drp mulut org. Lalu baginda kerumah abu bakar menemui aisyah. Baginda mendapati isterinya itu masih menangis. Abu bakar dan ummu ruman terdiam kerana tidak tau apa nak dikatakan. Nabi menghampiri aisyah dan memujuknya. Jika melakukan suatu dosa, supaya segera bertaubat kpd Allah. Aisyah merasakan seolahx air matanya tibax kering. Darah yg mengalir dlm urat nadinya bagaikan terhenti. Telinganya berdesing dan hatinya berderau kerana bagaikan berat katax didengarinya itu. Aisyah cuba menjawab, tetapi lidahnya kelu. Hatinya dan dgn tibax air matanya berderai semula. Demi Allah, aku tidak akan bertaubat kpd Allah drp segala apa yg aku katakan. Utk apa aku mesti bertaubat kpdnya, sedangkan aku tidak lakukan apax pun...Demi Allah, aku tidak bersalah. Aku bersih drp tuduhan org itu. Wahyu tidak turun selama sebulan dan keadaan itu menyebabkan baginda tidak dapat mmebuat sebarang keputusan @ fatwa. Nabi semakin bimbang melihat diri aisyah, manakala ibu bapanya tidak dapat melakukan apax. Tidak lama kemudian, nabi menerima wahyu Allah melalui jibril yg menurunkan ayat bagi membersihkan segala fitnah itu. Wahyu itu dari ayat 11, surah annur: sunguhnya org yg membawa berita yg amat dusta itu (iaitu org yg menuduh aisyah berlaku sumbang, lalu ditegaskan bahawa tuduhan dusta itu yg berpunca dari ketua kaum munafiq di madinah tidak akan dapat memburukkan nama baik isteri nabi yg bersih suci, bahkan sebaliknya mendatangkan kebaikan iaitu berpahala besar kerana bersabar dan memberikan penghormatan serta kemuliaan kerana Allah membersihkan nama baiknya dan keluarga serta suaminya) ialah segolongan dari kalanganmu. Janganlahmu menyangka (berita yg dusta) itu buruk bagimu, bahkan ia baik bagi mu. Setiap seorang diantara mrk akan beroleh hukuman sepadan dgn kesalahan yg dilakukannya itu dan org yg mengambil bahagian besar dlm menyiarkannya diantara mrk akan beroleh seksa yg besar (dunia/akhirat). Sepatutnya semasa mu mendengar tuduhan itu, org2 yg beriman lelaki dan perempuan menaruh baik sangka kpd diri (org2) mrk sendiri dan berkata: ini ialah tuduhan dusta yg nyata. Sepatutnya mrk (yg menuduh) membawa 4 org saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mrk tidak mendatangkan 4 org saksi maka mrk itu pd sisi hokum Allah adalah org yg dusta. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat kpdmu didunia dan diakhirat, tentulahmu dikenakan azab seksa yg besar disebabkan mu turut campur dlm berita palsu itu. Iaitu semasa mu bertanya @ menceritakan berita dusta itu dgn lidahmu dan memperkatakan dgn mulutmu akan suatu yg mu tidak mempunyai pengetahuan yg sah mengenainya dan mu pula menyangkanya perkara kecil, padahal ia pd sisi hokum Allah adalah perkara yg besar dosanya. Dan sepatutnya semasamu mendengarnya, mu segera berkata: tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini. M.suci kau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah rasululah). Ini adalah satu dusta besar yg mencengangkan. Allah memberi pengajaran kpdmu supayamu tidak mengulangi perbuatan yg sedemikian ini selama2nya, jika betul mu org yg beriman. Dan Allah menjelaskan kpd mu ayat2 keterangan (hukumnya) kerana Allah m.mengetahui lagi m.bijaksana. Sunguhnya org yg suka terhebah tuduhan2 yg buruk dlm dlm kalangan org yg beriman, mrk akan beroleh azab seksa yg tidak terperi sakitnya didunia dan diakhirat dan Allah mnegatahui sedang mu tidak mengetahui. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatnya kpdmu dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah amat melimpah belas kasihannya (tentulah mu akan ditimpa azab dgn serta merta).(Nur:11-20)

Lalu nabi menjatuhkan hukuman dudud kpd mistah, hasan dan hammah kerana fitnah yg dilakukan mrk. Namun nabi tidak menjatuhkan hukuman kpd Abdullah ubai kerana Allah akan menjatuhkan hukuman yg lebih berat kpdnya diakhirat. Drp perang bani mustaliq dan peristiwa itu, beberapa undang2 digubal berkaitan perang. Pergantungan baginda kpd Allah dan wahyunya tetap utuh. Suatu tindakan tidak dilakukan secara melulu hingga baginda merujuk kpd wahyu Allah. Firman: sunguhnya org yg menuduh perempuan2 yg terpelihara kehormatannya yg tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yg beriman,akan dilaknat (oleh Allah) didunia dan diakhirat dan mrk pula akan beroleh azab seksa yg besar. Pd hari lidah mrk dan tangan mrk serta kaki mrk menjadi saksi terhadap diri mrk sendiri tentang segala yg mrk lakukan. Pd hari itu Allah akan sempurnakan utk mrk balasan (azab) yg berhak mrk mendapatnya dan mrk pula akan tahu bahawa Allah ialah tuhan yg m.adil lagi nyata keadilannya.(Nur:23-25) * BERDUSTA DLM UCAPAN @ SUMPAH Dusta menyebabkan terjadinya banyak kehinaan dan keburukan. Dusta menimbulkan kebencian antara manusia dan menyebabkan kehilangan kepercayaan antara mrk serta menjadikan mrk saling jauh menjauh. Firman: sesunguhnya Allah tidak memberi petunjuk kpd org yg berlebihan dan pendusta. (Ghafir:28) * Sabda: sesunguhnya perkataan benar menyebabkan masuk syurga. Seseorang yg siddiq. Sesunguhnya dusta itu menyebabkan neraka Sesunguhnya seseorang itu apabila pendusta.(buk/mus) itu menyebabkan kebaikan dan kebaikan itu selalu berkata benar maka ditulis Allah sebagai maksiat sedangkan maksiat menyebabkan masuk berdusta, maka Allah akan menulisnya sebagai

* Sabda: tanda org munafiq itu 3 iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia tidak menepatinya dan apabila diberi amanah ia berkhianat. * Sabda : 5 sifat yg tiada pd org munafiq: 1. pengertian agama (2) berhati2 dlm lidah (3) senyum dimuka (4) nur dlm hati 5. cinta kpd kaum muslimin * Sabda : untung org yg dapat menguasai lidahnya, jinak dirumahnya dan menangisi dosa2nya. * Nabi mengutus muaz keyaman. Muaz berkata: ya rasul nasihatilah aku. Maka nabi menunjukkan lidahnya iaitu jagalah lidahmu dan nampaknya muaz anggap benda itu remeh maka ia berkata: ya nabiyullah nasihatilah aku. Sabda : celaka kau apakah kau kira org2 akan terjerumus dlm neraka itu kerana mukanya tetapi tidak lain hasil drp lidah * Sabda : biasakanmu berkata benar kerana kebenaran itu membawa kpd kebaikan dan kebaikan itu membawa kesyurga. Seseorang itu selalu berkata benar sehingga dicatat disisi Allah siddiq. Awaslah mu dari dusta kerana dusta itu membawa kedlm neraka dan seorang itu biasa berdusta sehingga dicatat disisi Allah pendusta. * Firman : dan diantara mrk (org munafiq) ada yg berjanji kpd Allah jika kami diberi kekayaan oleh Allah pasti akan bersedekah dan menjadi org yg soleh dan ketika diberi Allah kekayaan tiba2 mrk kikir dan berpaling serta mengabaikan, maka mengakibatkan nifaq dlm hati mrk sehingga hari qiamat kerana mrk telah menyalahi janjinya kpd Allah dan kerana mrk berdusta.(Taubah:75-77)

* Nabi ditanya: apakah org mukmin dapat menjadi penakut? Jawabnya: ya. Ditanya pula: apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta? Jawabnya: tidak. Dlm hal2 tertentu diharuskan berbohong asalkan tujuannya mulia spt mendamaikan 2 org yg bermusuhan. Adakalanya hukum harus berbohong itu boleh bertukar menjadi wajib spt nak menyelamatkan nyawa org mukmin drp dibunuh oleh seseorang. * MENGUMPAT Sabda semasa haji wida: sesunguhnya darahmu dan kehormatanmu adalah haram atas mu (mencabulinya)(Jamaah). Takrif mengumpat ialah memperkatakan seseorang tentang hal2 yg dibencinya dibelakangnya termasuklah memperkatakan aib tubuh badannya, keturunannya, akhlak dan pakaiannya. Umpatan yg paling keji ialah seseorang apabila mengumpat org lain dan diiringi dgn memuji dirinya sendiri. Begitu juga halnya org yg mendengar umpatannya turut menanggung dosa selama ia tidak menolak (menghalang) umpatan itu. * Sabda: taukah mu apakah mengumpat itu? Jawab mrk: Allah dan rasulnyalah yg tahu. Sabdanya: engkau menyebut tentang saudaramu dendan apa2 yg dibencinya. Org bertanya: b.mana pendapat tuan jika memang ada pd saudaraku itu apa yg aku katakan? Sabdanya: kalau memang ada bererti engkau telah mengumpat dia dan jika hal itu tidak betul maka itu buhtan (iaitu membuat2 kepalsuan utk menjelekkan nama org @ fitnah)(Mus/abu daud/tar/nasai) * Pd suatu hari Aisyah berkata dihadapan rasul bahawa sianu itu (seorang perempuan) iaitu Pandak katik. Lalu sabda nabi: sesunguhnya kau telah sebutkan satu perkataan, kalau ia dicampurkan dengan air laut nescaya akan menjadikannya berubah dan busuk disebabkan buruk dan jahatnya perkataan itu. * Sabda :siapa yg menutupi aurat (aib) sesame muslim maka Allah akan tutupi auratnya didunia dan akhirat. Siapa yg melapangkan kesukaran saudaranya maka Allah akan meringankan kesukarannya dihari qiamat dan Allah tetap akan membantu kpd hamba selama hamba itu membantu saudaranya sesame muslim. * Malik bin anas, nabi isa berkata: jangan banyak bicara selain zikir kpd Allah supaya tidak menjadi beku hatimu dan hati yg beku itu jauh dari Allah tetapimu tidak mengetahuinya. Jangan melihat kesalahan org seakan2mu sebagai tuhan dan lihatlah dengan kesedaran bahawa mu adalah hamba. Manusia itu hanya 2 hal shj iaitu sakit dan sihat. Maka kasihanilah yg sakit dan bersyukurlah kpd Allah diatas kesihatan. * Sabda : 4 hal yg dapat membatalkan posa dan wudu serta menghapuskan amal: 1. umpat (2) dusta (3) mengadu 4. memperhatikan kecantikan wanita yg haram dilihatnya dan semua itu dapat menyuburkan bibit2 kejahatan s.mana air menyuburkan bibit tanaman dan meminum arak itu dapat mengatasi semua dosa2. * Nabi isa berkata kpd sahabatnya: b.mana jika mu lihat seorang tidur lalu terbuka auratnya, apakah mu menutupnya? Jawab mrk: ya. Isa berkata: bahkan mu menambahnya dengan membuka yg belum terbuka. Mrk kata: subhanallah, b.mana akan kami buka yg belum terbuka? Nabi isa berkata: tidakkah bila ada org yg bicara itu maka mu yg membuka sisa auratnya.

* Ada seorang wanita pendek dating kerumah nabi dan semasa keluarnya maka aisyah berkata: alangkah pendeknya org itu. Sabda : kau ghibah. Aisyah kata: aku tidak sebut kecuali yg sebenar ada pdnya. Sabdanya: kau telah sebut yg paling buruk kpdnya. * Sabda : pd malam isra kelangit aku melalui suatu kaum yg dipotongkan dagingnya kemudian dimakan pdnya dengan kalimah: makanlah apa yg dulu mu makan dari daging saudara mu. Maka aku bertanya: ya jibril siapakah mrk itu? Jawabnya: mrk dari umatmu yg suka mengumpat. Hammaz lammaz: iaitu mengejek dengan isyarat @ lidah @ dengan tangan. * Jabir: terasa angin yg membawa bau busuk dimasa nabi. Nabi bersabda: ada org munafiq yg ghibah org ,islimin maka inilah tandanya berbau busuk. * Ketika nabi dirumah sedang sahabat ahli suffah dimasjid dan zaid bin sabit menceritakan apa yg telah ia dengar dari nabi, kemudian ada org menghantar daging kpd nabi maka ahli suffah itu berkata kpd zaid: kau masuk kpd nabi dan katakana kpdnya bahawa kami sudah lama tidak makan daging dapatlah supaya nabi mengirimkan daging kpd kami. Ketika zaid telah berdiri dari mrk, lalu mrk membicarakan zaid antara mrk: zaid itu telah mendapat dari nabi s.mana yg kami dapat tetapi mengapa ia mengajar hadis kpd kami. Ketika zaid sampa kpd nabi dan sampaikan amanah org ahli suffah itu tiba2 nabi berkata kpd zaid: katakana kpd mrk: kamu ini telah makan daging. Maka segera zaid pulang dan sampaikan apa yg diperintah nabi itu. Mrk berkata: demi Allah kami sudah lama tidak makan daging. Zaid pun kembali kpd nabi sampaikan jawapan kpd mrk itu tetapi nabi tetap berkata: mrk kini telah makan daging. Zaid pun pulang sekali lagi kpd mrk dan sampaikan apa yg dikatakan oleh nabi. Lalu mrk itu dating semua mengadap kpd nabi dan nabi terus mengatakan: sekarang mu telah makan saudaramu sedang bekas itu masih ada digigimu. Cuba mu ludah supaya dapat melihat merahnya darah daging itu. Mrk pun meludahnya yg berupa darah dan bertaubatlah mrk dan minta maaf kerana telah ghibah kpd zaid. * Ketika salman bersama sahabat2 dan juga ada umar yg dlm bermusafir, tiba2 mrk berhenti dan berkhemah. Maka tidurlah salman sedangkan kawan2nya bermasak dan ada beberapa org berkata: apakah maksud hamba ini, hanya mau dating kekhemah yg sudah berdiri dan makanan yg sudah siap. Kemudian mrk berkata kpd Salman: kau pergilah kpd nabi dan mintakan lauk pauk utk kami. Maka salman pun pergi dan juga sampaikan permintaan mrk. Nabi bersabda: beritahu kpd mrk bahawa mrk sudah makan lauk pauk. Salman pun kembali dan memberitahu kpd mrk apa yg nabi katakan. Lalu mrk berkata: kami belum makan apa2 tetapi salman berkata: nabi tidak berdusta dlm sabdanya dan lebih baik mu pergi sendiri kpdnya. Mrk pergilah kpd nabi lalu dikatakan oleh nabi: mu telah makan daging saudaramu ketika mu membicarakannya diwaktu ia sedang tidur. Lalu nabi bacakan ayat: hai org yg beriman jauhilah kesalahan org lain dan jangan mengumpat setengahmu kpd setengahnya. Apakah mu suka salah satu sekiranya makan daging saudara yg telah mati, tentu mu jijik (tidak suka).(Hujurat:12) SEBAB2 MENGUMPAT 1. marah @ balas dendam (2) terikut dgn kawan2 (3) mau berseronok dan main2 4. gila penghormatan dgn menghina org lain. UBAT (MENCEGAH) MENGUMPAT 1. memperingatkan bahawa kerana umpatannya maka ia telah mengurangi pahala yg diperolehinya dan dosa org yg diumpatinya diambil lalu ditambahkan kpd dosanya yg sudah ada.

2. memberitahu bahawa betapa pun buruk org yg diumpatinya itu namun ia sendiri pun tidak sunyi drp aib dan cela. Maka ia pasti tidak suka hal yg sama dilakukan org lain terhadap dirinya. Mengumpat juga boleh mempercepatkan mrk dicampakkan keneraka. 3. memberitahunya juga bahawa diwajibkan berprasangka baik sesama muslimin (husnuzzon). Ini kerana tidak kurang juga jumlah manusia yg sering mengumpat dlm hati yg dinamai iaitu berprasangka buruk, sama juga dengan menuduh tanpa bukti, menganggap org lain buruk padahal ianya tiada bukti yg menguatkannya. Ini semua akan menjadi perpecahan sesama muslim. WAKTU YG DIBOLEHKAN MENGUMPAT 1. terhadap kezaliman. 3 macam umpat yg tidak dianggap dosa: a. menyebut kekejaman raja yg zalim b. menyebut kerosakan akhlak org yg terang2an berbuat dosa dihadapan org ramai. Sabda : sebutkah kejahatan org yg lacur supaya org lain berhati2 drpnya. c. menyebut kesalahan ahli bidaah, jika disebut faham mazhabnya. Apabila bila menyebut badannya maka itu termaasuk umpat yg berdosa. 2. meminta bantuan utk mengubah kemungkaran 3. meminta fatwa kpd yg berwenang memberi fatwa 4. memperingatkan kaum muslimin tentang org fasiq dan pembuat2 bidaah 5. menyebut sesuatu aib yg sudah diketahui umum spt kata2 pincang dan rabun mata kpd pengidapnya. 6. memperkatakan org yg terang2 menzahirkan kefasikannya. CARA UTK HAPUSKAN DOSA UMPAT 1. pergi berjumpa org yg kita umpat itu lalu meminta ampun. 2. jika umpatan itu belum sampai kpdnya maka minta ampunlah supaya Allah mengampuni dosa2nya, kemudian berdoalah supaya Allah memberinya kebaikan serta pujian kpd dia sebagai ganti mencelanya. * MENGADU DOMBA Sabda: tidak masuk syurga org yg mengadu domba.(buk/mus) Mengadu domba (namimah) ialah menyampaikan ucapan buruk seseorang kpd org yg diburukkan itu. Penyebab namimah adalah inigin memburukkan org yg diceritakannya @ suka mencari tahu urusan org dan suka melihat org2 saling bermusuhan dgn merugikan org lain @ utk menyenangkan hatinya yg hitam. Q menggambarkan isteri abu lahab sebagai pembaya kayu. Ada yg mengatakan bahawa ia suka mengadu domba dgn menyampaikan percakapan utk merosak hubungan antara manusia. Namimah dinamakan kayu kerana ia boleh menyebarkan permusuhan antara manusia s.mana kayu memarakkan api. Bahawa nabi melalui 2 perkuburan, maka beliau bersabda: sesunguhnya ke2 mayat ini disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana dosa besar. Adapun yg satunya berjalan mengadu domba diantara org2, sedang yg lain tidak menutup diri semasa membuang hajat. (Buk/mus)

Firman: hai org2 yg beriman jika datang seorang fasiq kpdmu membawa berita maka selidikilah supayamu tidak mengenai suatu kaum dgn kebodohan sehinggamu menyesal atas apa yg mu lakukan.(Hujurat:6) Firman: janganlah kau ikuti setiap org yg suka bersumpah dan hina, suka memaki dan berjalan mengadu domba.(Qalam:10-11) * Sabda: sejahat2 hamba Allah ialah mrk yg berjalan kesana kemari dengan acuman yg mencerai beraikan antara org yg berbaik2. Apabila datang org pengadu domba kpd kita maka kita disuruh mengambil sikap berikut: 1. jangan percaya ucapannya kerana org spt itu adalah fasiq dan ditolak penyaksiannya. 2. melarangnya melakukan hal spt itu dan menasihatinya 3. memarahinya kerana Allah, kerana ia amat dimarahi Allah 4. jangan berprasangka buruk terhadap org yg didakwa telah memburukkanmu. 5. jangan cuba menyelidiki tentang aduannya. 6. berjanji kpd diri sendiri tidak akan mau jadi pengadu domba dan jangan menceritakan aduan si pengadu domba. * LIDAH YG BERCABANG 2 Iaitu org yg berulang alik antara 2 org yg bermusuhan utk menyampaikan ucapan salah seorang mrk kpd yg seorang lagi iaitu dgn perkataan yg menyenangkan hati org yg sedang menjadi lawan bicaranya, sedangkan ia memburukkan musuh org itu. Begitu jugalah yg dilakukannya apabila ia berjumpa dgn yg seorang lagi. Sabda: manusia paling jahat ialah si 2 muka. Apabila ia berjumpa kelompok manusia maka ia membawa muka yg satu dan apabila ia berjumpa kelompok manusia yg lain maka ia membawa muka yg satu lagi. * MEMUJI Adalah berdosa jika memuji seseorang yg tidak patut menerima pujian itu @ pujian yg berlebihan serta tidak sesuai dgn hal yg sebenarnya sehingga jatuh kpd berdusta @ memuji org yg sepatutnya dicela. Ini kerana pujian itu membuat org yg menerimanya menjadi besar diri dan ujub. Nabi pernah mendengar seorang lelaki memuji seseorang, lalu beliau bersabda: celakamu, telah mu bunuh (potong) leher kawanmu itu. Memuji dibolehkan selama tidak memungkinkan timbulnya bahaya2. * TERSALAH CAKAP SEMASA MENERANGKAN MASALAH KEAGAMAAN Ini boleh membawa kpd syirik dan sebagainya spt berkata: Masyaallah wasyita @ aku bersandar kpd Allah dan kpdmu. Sabda: jangan salah seorangmu mengatakan: sesuai dgn kehendak Allah dan kehendakku, tetapi katakanlah: sesuai dgn kehendak Allah kemudian kehendakku. * BERTANYA TENTANG B.MANA SIFAT DAN KALAM ALLAH ITU Sebenarnya wajib keatas org awam (yg berpengetahuan biasa2 shj, sederhana dlm ketuhanan) menghindari drp bertanya tentang b.mana sifat dan kalam Allah tetapi menjadi tugas org alim menyuruh mrk banyak beribadah dan melakukan kebaikan. * BERSUMPAH SETIA KPD SELAIN ALLAH Allah telah menerangkan dlm Q bahawa kita tidak boleh bersumpah setia kpd sesuatu sebagai tandingan bagi keagungan @ kebesaran Allah. Sumpah setia spt itu boleh menjerumuskan org berkenaan kedlm neraka. * TERTAWA

* Sabda : ancaman celaka bagi org yg dusta utk mentertawakan org, ancaman bahaya baginya dan ancaman celaka baginya. * Sabda : hai abu hurairah jadilah kau seorang warak nescaya kau jadi sebaik2 manusia ibadahnya. Jadilah kau org yg qanaah (menerima) nescaya menjadi manusia yg sangat bersyukur. Sukailah utk org lain apa yg kau suka utk dirimu nescaya kau jadi org mukmin. Perbaikilah ketanggaan kpd tetanggamu nescaya kau jadi org muslim dan kurangilah tertawa sebab banyak tertawa itu mematikan hati. * Sabda : andaikan mu tahu s.mana yg ku tahu nescaya mu banyak menangis dan sedikit tertawa. Andaikan mu tahu apa yg ku tahu nescaya mu akan keluar kedataran tinggi menjerit2 kpd tuhan menangis. Andaikan mu tahu apa yg aku tahu nescaya tidak dapat bersuka2 kpd isterimu dan tenang ditempat tidurmu dan aku ingin ketika Allah menjadikan aku dijadikan pohon yg ditebang org. * Auf bin Abdullah: nabi biasa tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan semua wajahnya iaitu tidak suka meleret. * Ishaq bin mansur: ketika khidzir akan berpisah dengan nabi musa maka musa berkata: berilah nasihat kpdku. Khidzir berkata: ya musa jangan banyak bercakap, jangan banyak berjalan tanpa kepentingan, jangan tertawa tanpa sesuatu yg mentertawakan, jangan menempelak org salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah atas dosamu sendiri hai putera imran. * Ib.umar: pd suatu hari nabi keluar kemasjid tiba2 ada org bercakap sambil tertawa maka nabi berhenti didepan mrk dan memberi salam lalu bersabda: perbanyakkanlah mengingati yg merosak kelazatan. Sahabat Tanya: apakah yg merosak kelazatan itu? Jawabnya: mati. Kemudian nabi keluar melihat org2 yg sedang tertawa gelak2 maka nabi bersabda kpd mrk: ingatlah demi Allah yg jiwaku ditangannya andaikan mu tahu s.mana yg ku tahu nescaya mu sedikit tertawa dan banyak menangis. Kemudian dilain hari nabi keluar pula dan melihat org2 sedang gelak ketawa sambil bercakap maka nabi beri salam dan berkata: sesunguhnya Islam ini pd mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi org2 asing dihari qiamat. Ditanya: siapakah org2 asing itu di hari qiamat? Jawabnya: ialah mrk yg memperbaiki dimasa kerosakan manusia (iaitu jika manusia telah rosak akhlaknya maka mrk tetap membaiki akhlak mrk). * KESAKSIAN PALSU Antara perbuatan dusta adalah kesaksian palsu yg menyebabkan lenyapnya hak2 manusia @ perlanggaran atas milik mrk secara aniaya dan dusta. * Sabda: dosa2 yg paling besar adalah sekutukan Allah, derhaka org tua, kesaksian palsu dan beliau terus mengulang2 sehingga kami katakan: mudah2an beliau diam.(Buk) * Sabda: kesaksian palsu sama dgn sekutukan Allah (diucapkannya 3x), kemudian beliau membaca firman: jauhilah berhala2 yg kotor dan jauhilah perkataan palsu secara lurus terhadap Allah tanpa sekutukannya.(Haj:30-31) * Seorang bertanya nabi tentang dosa besar. Jawab nabi: sekutukan Allah. Kemudian apa? Jawabnya: derhaka org tua. Kemudian apa? Jawabnya: sumpah palsu. Org itu berkata: apakah sumpah palsu? Jawabnya: sumpah yg digunakan utk mengambil harta seorang muslim secara dusta.(Buk)

* Sabda: aku peringatkan kpd mu tentang dosa yg paling besar iaitu perkataan yg buruk @ kesaksian yg jahat. * SIFAT MARAH Iaitu pemarah dgn perkara yg tidak sebenar. Marah kpd apa yg disuruh Allah adalah merupakan sifat yg dipuji kerana nabi marah kpd org yg lakukan maksiat. Nabi telah berpesan kpd org yg meminta wasiat kpdnya dgn kata2 yg pendek:jangan marah. (Diulangnya 3x). Nabi juga pernah memberi wasiat kpd ib umar semasa ia meminta b.mana cara utk hindari kemarahan Allah. Maka sabdanya: jangan kau marah kerana marah itu datangnya drp SY, sedang SY berasal drp api. Kemarahan boleh diibaratkan spt api. Ketenangan dan kesabaran spt tanah. Tanah merupakan lambang ketenangan dan kesabaran dan api melambangkan keganasan dan kemarahan. Sabda : siapa yg memukul hambanya maka tebusan dosanya ialah memerdekakannya. Siapa yg jaga lidahnya maka Allah menutupi auratnya. Siapa yg menahan marahnya maka Allah akan selamatkannya dari siksanya dan siapa yg minta maaf kpd Allah pasti Allah terima permintaannya. * Sabda : siapa yg dapat menahan marah padahal ia dapat (berkuasa) utk memuaskan marahnya itu tapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan maka Allah mengisi hatinya dengan keredaan pd hari qiamat. * Luqman alhakim berkata kpd anaknya: hai anak ada 3 hal tidak diketahui kecuali 3 hal: 1. org yg sabar tidak tahu kecuali ketika marah 2. org yg berani tidak tahu kecuali semasa perang 3. saudara tidak diketahui kecuali semasa berhajat. * A.hurairah: ada seorang memaki abu bakar sedangkan pd masa itu nabi sedang duduk tetapi nabi dan abu baker diam. Setelah org itu telah diam maka abu baker menjawab, maka nabi segera bangun dari tempatnya lalu dikejar oleh abu bakar sambil berkata: ya rasul, dia memaki aku tetapi kau diam maka ketika aku menjawab tiba2 kau bangun pergi? Jawab nabi: sesunguhnya malaikat telah mengembalikan semua makian org itu kpdnya ketika kau diam dan apabila kau menjawab makian maka pergilah malaikat itu dan duduklah SY. Maka aku tidak suka duduk ditempat duduk SY. Sabda : 3 hal semuanya hak: 1. tiada seorang yg dizalimi lalu memaafkannya kerana mengharapkan keredaan Allah kecuali pasti akan ditambah kemuliaan oleh Allah 2. tiada seorang membuka jalan meminta2 ingin bertambah kekayaan kecuali ditambahkan kemiskinan oleh Allah 3. tiada seorang yg memberi sesuatu ikhlas kerana Allah kecuali Allah menambahkan banyaknya. * Iblis menemui musa dan berkata: kaulah yg dipilih Allah utk risalah dan terus berkata2 kpdmu sedangkan aku seorang makhluk yg ingin juga bertaubat kpd tuhan maka tolonglah aku semoga dapat diterima taubatku. Nabi musa rasa gembira lalu ia berwudu dan bersolat kemudian berdoa: ya tuhan, iblis seorang makhlukmu yg akan bertaubat maka terimalah taubatnya. Maka diturunkan wahyu kpd musa: ya musa dia tidak akan bertaubat. Jawab musa: ya tuhan dia minta taubat. Diturunkan wahyu kpd usa: aku telah menerima permintaanmu musa maka suruhlah ia sujud kpd kubur adam, barulah aku menerima taubatnya. Musa sangat gembira dan menyampaikan suara

wahyu itu kpd iblis maka tiba2 iblis marah dan sombong serta berkata: aku tidak sujud kpdnya dimasa hidupnya, b.mana akan sujud sesudah matinya? Lalu iblis berkata: hai musa kerana kau telah menolongku kpd tuhan maka kini kau berhak dapat hadiah drpku dan aku memesan mu 3 perkara: 1. ingatlah kpdku ketika marah sebab aku dlm tubuhmu mengikuti aliran darah 2. ingatlah kpdku ketika menghadapi musuh dlm perang sebab aku dating kpd anak adam mengingatkan kpd isteri, anak keluarga dan hartanya sehingga ia lari kebelakang 3. awaslah jangan duduk sendirian dengan wanita yg bukan mahramnya sebab aku sebagai utusannya kpdmu dan utusanmu kpdnya. 1. PEMBAHAGIAN MARAH A. Ifrat. Ini termasuk marah yg tidak dipuji kerana ia akan melenyapkan fungsi akal dan agama org itu. Maka jika marah ini berlaku nescaya seorang itu tidak boleh lagi berfikir secara waras dan berusaha. Sebaliknya ia telah menjadi buta sama sekali dgn kemarahannya itu. B. Tafrit. Ini adalah sifat yg tercela kerana ia akan melenyapkan serta menghilangkan perasaan cemburu dan berani melakukan hal2 yg dilarang dan keji. Semasa marah ini menguasai diri seseorang maka ia tidak lagi mempeduli kehormatannya dilanggar. C. Itidal (pertengahan). Sifat ini baik kerana ia marah hanya apabila ada org menceroboh kedlm batasan yg telah menjadi haknya dan kemarahannya pun tidak sampai melampaui batas2nya serta tidak melakukan yg diharamkan. 2. KESAN DAN SEBAB MARAH Org yg sedang marah kelihatan terketar2 dan membuat tindakan yg tidak menentu, bahkab kadang2 spt org gila. Sekiranya org yg sedang marah itu melihat wajahnya dikaca nescaya ia malu dan menyesal. Sabda : awaslahmu dari marah2 kerana marah itu bererti menyalakan api dlm hati anak adam. Tidaklah mu melihat seorang yg marah itu merah matanya dan tegang urat2nya, kerana itu bila ia merasakan sedemikian naklah ia berbaring dan meletakkan badannya ditanah. Sebab berlakunya marah ialah kerana membesarkan diri, bergurau, berbantah, mencabar, menipu dan terlalu tamak kpd harta @ kemegahan. 3. PENAWAR MARAH Org yg marah harus menghilangkan kemarahannya dgn 3 cara: a. menukar posisinya spt duduk sekiranya marah itu dlm keadaan berdiri. Sabda: berani bukanlah dgn bergaduh tetapi berani yg sebenarnya ialah apabila ia mampu mengawal perasaan semasa marah.(Mutafaq alaih). Sabda : marah itu bara api maka siapa yg merasakan sedemikian jika ia sedang berdiri naklah ia duduk dan bila ia sedang duduk naklah ia bersandar (berbaring). Mujahid, dilain riwayat: nabi melihat kaum yg melatih kekuatan itu dengan mengangkat batu. Nabi bertanya: apakah mu mengukur kekuatan dengan mengangkat batu? Sukakah ku beritahumu yg

lebih kuat darimu? Jawab mrk: baiklah ya rasul. Sabda : iaitu org yg penuh marah lalu menahan marahnya dan bersabar. b. berlindung kpd Allah drp SY dgn membaca Taawwuz. Firman: dan jika kau dihasut oleh suatu hasutan drp SY maka mintalah perlindungan kpd Allah. Sesunguhnya Allah m. mendengar lagi m. mengetahui.(Araf:200) c. berwuduk. Sabda: marah itu datangnya drp SY sedangkan SY dijadikan drp api. Sesunguhnya api dapat dipadamkan dgn air. Maka apabila salah seorangmu marah maka naklah ia berwudu. d. mengelakkan diri drp berlaku sesuatu pekerjaan dgn terburu2, berfikir sebelum bertindak, terbuka dan suka memaafkan, bersikap lemah lembut dan sentiasa ingat akan ajaran Q dan sunnah. e. Naklah selalu ingat bahawa semasa keinginan marah itu datang, namun kemarahan Allah jauh lebih hebat drp kemarahanmu. Kerana kau sendiri pun amat memerlukan kemaafan drp Allah s.mana org lain amat memerlukan kemaafan drpmu juga. Naklah juga selalu difikirkan akibat yg bakal timbul drp kemarahanmu. Tiada kemarahan yg dgn senang diterima org lain begitu shj, tetapi pd umumnya kemarahan akan diikuti oleh permusuhan dan dendam mendendam. Sabda: sesiapa dimarahi oleh seseorang padahal ia mampu melawannya, maka kelak ia akan diseru Allah atas pembesar2 makhluk. Kemudian Allah menyuruh pilih kpdnya bidadari manakah yg disukainya. Nabi pernah mengatakan bahawa sebaik2 manusia ialah org yg lambat marahnya dan jika sudah marah maka cepat pula redanya. Ada juga hadis yg diriwayatkan oleh ib abbas, Sabda:ada 3 jenis manusia yg mendapat pemeliharaan Allah iaitu org yg apabila diberi sesuatu maka ia berterima kasih, org yg apabila menerima kesusahan maka ia minta ampun dan org yg apabila marah maka segera reda semula. (Hakim/baihaqi) Firman: dan segeralah mu (kerjakan amal yg baik utk mendapat) keampunan drp tuhan mu dan (mendapat) syurga yg luasnya sama dgn 7 lapis langit dan bumi yg disediakan bagi org2 yg bertaqwa. Mrk ialah org2 yg mendermakan hartanya pd ketika senang dan susah dan org2 yg menahan kemarahannya dan org2 yg memaafkan kesalahan org lain. Dan (ingatlah) Allah mengasihi org2 yg lakukan kebaikan.(Imran:133-134) Sabda : siapa yg menahan lidahnya dari kehormatan kaum muslimin maka Allah memaafkan kesalahannya dihari qiamat dan siapa yg menahan marahnya maka Allah hindarkannya dari murkanya dihari qiamat. f. Ketahuilah bahawa marah merupakan anak kunci kpd segala keburukan. Org yg paling berakal adalah org yg paling kurangnya marah, sedangkan kemarahan itu sendiri adalah racun yg merosakkan akal. Ciri2 org kafir ada 4 iaitu marah, syahwat, bodoh dan tamak. Jika keempat ciri ini terdapat pd diri seseorang maka alangkah buruk dan kejinya org itu. * SUMPAH DUSTA

* Sabda: sumpah itu boleh melariskan barang perniagaan dan menghilangkan berkat penghasilannya.(Buk/mus) * Nabi menceritakan 3 org yg tidak dilihat Allah dihari qiamat dan tidak disucikan sedang bagi mrk disediakan siksa yg pedih iaitu org yg menjual barang perniagaannya dgn sumpah dusta.(Mus) * Sabda: siapa lakukan sumpah secara dusta utk mengambil harta seseorang maka ia akan berjumpa dgn Allah yg marah kpdnya.(Buk) SUMPAH * Sumpah adalah istilah diambil dari perkataan Aiman iaitu ijmak dari perkataan yamiin yg bererti tangan kanan. Syarak: mentahkikkan @ menetapkan sesuatu yg tidak tetap samada yg telah lalu @ yg akan datang samada menolak @ menetepkannya dengan menggunakan nama Allah, zat @ sifatnya. * Sumpah adalah suatu perkara yg dipandang berat dlm Islam dan sesiapa pun tidak boleh bermain dengan sumpah serta tiadak boleh menganggapnya sewanang2nya shj kerana sumpah yg lain dari zat, nama @ sifat Allah spt bersumpah dengan keramat @ sebagainya adalah haram. * Lafaz sumpah yg masyhur yg dilafazkan ialah wallahi, wabillahi dan watallahi yg semuanya bermakna demi Allah. Tidak sah sumpah yg tidak disengajakan. Firman: Allah tidak menyiksa mu kerana sumpah yg tidak sengaja tetapi Allah akan menyiksa mu kerana yg mu sengajakan.(Maidah:89) Sabda: demi Allah aku akan memerangi org2 quraisy (3x) (Abu daud) SYARATNYA 1. mukhallaf (berakal/baligh) (2) dengan kehendaknya sendiri 3. bersumpah dengan sengaja tetapi jika tersalah lidahnya maka tidak sah. KAFFARAH SUMPAH * Kaffarah sumpah sama dengan kaffarah nazar. Firman: Allah tidak mengambil kira keatasmu dengan sebab sumpah mu yg sia2 tetapi Allah mengambilkira (sebagai t.jawab mu) dengan sumpahan yg telah mu ucapkan sebenarnya. Maka kafarahnya naklah memberi makan kpd 10 org miskin. Makanan itu naklah dari makanan yg biasa dimakan oleh keluarga mu @ memberi pakaian kpd mrk (10 org miskin) @ memerdekakan seorang hamba, maka siapa yg tidak kuasa membayar (salah satu dari yg tersebut) naklah ia berposa 3 hari lamanya.(Maidah:89) LAIN * org yg bersumpah itu tidak melanggar sumpahnya w.pun ia menyuruh org lain membuatnya. Org yg bersumpah itu tidak dikira melakukan pelanggaran dan ia tidak wajib membayar kaffarah. * org bersumpah yg tidak lakukan 2 pekerjaan tetapi ia lakukan satu drp ke2nya itu maka ia tidak dikira melanggar sumpahnya. * org yg melanggar sumpah kerana terlupa maka ia tidak dikira melanggar sumpah.

* org yg bersumpah akan bersedekahkan hartanya maka ia boleh memilih samada meneruskan sedekah @ membayar kafarahnya.

Anda mungkin juga menyukai