Anda di halaman 1dari 23

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada

penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan. Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

MELAWAT ORANG YANG SAKIT DAN HIKMAHNYA Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
1.

Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk

lemah 2. 3.

menyembuhkannya melainkan Allah. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan dugaan Allah. samada secara sedar ataupun tidak. Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : 'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'. Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,

Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.

Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak? 1.
2.

Perlu berada di sisinya. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syahadah iaitu :

di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin. 3. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.

Apabila Sah Matinya 1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan : Hendaklah kita ucapkan :

2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya. 3. Rapatkan kedua belah matanya. 4. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang. 5. Rapatkan mulutnya. 6. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya. 7. Luruskan kakinya. 8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 9. Letakkan di tempat yang tinggi. 10. Hadapkan ke Qiblat.

MENGURUS JENAZAH

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah : 1. Memandikannya. 2. Mengkafankan jenazah. 3. Solat ke atas jenazah. 4. Mengebumikannya Orang yang berhak menguruskan Jenazah Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya. Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. 1. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian. Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor. 2. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat. 3. Menentukan bilal untuk memandikan mayat. 4. Urusan menggali kubur. 5. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat. 6. Menguruskan kenderaan untuk jenazah. 7. Ucapan takziah.

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah

1. Sifat berani. 2. Sabar. 3. Amanah. 4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup. Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah 1. Sediakan tempat mandi. 2. Sabun mandi. 3. Air daun bidara. 4. Air bersih. 5. Sugi - 7 batang. 6. Sarung tangan - 3 atau 5. 7. Sedikit kapas. 8. Air kapur barus. 9. Baldi serta gayong. Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti : 1. Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa 2. Gunting 3. Kapas 4. Cendana 5. Kapur barus 6. Air mawar 7. Minyak wangi (Minyak Attar) 8. Tikar jerami 9. Bantal (dari daun pandan) 10. Tempat mandi yang khas.

CARA MEMANDIKAN JENAZAH

Sebelum Mandi 1. Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan. Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengahtengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri. Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar. Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan). 2. Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya.

Cara Mandi

1. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali. 2. Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali. 3. Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kiri hingga ke hujung kaki kiri 3 kali. 4. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali. 5. Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kirinya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali. 6. Cara mandi ini pertama dibuat dengan menggunakan air sabun.Kemudian dimandikan dengan air bersih, dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi. Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat, " Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah" Lafaz niat bagi lelaki:

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

Lafaz niat bagi perempuan:

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t" Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan. 7. Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan: " Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala" Lafaz niat bagi lelaki:

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala" Lafaz niat bagi perempuan:

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

8. Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras. Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu : . Satu kali mandi dengan air sabun. . Satu kali mandi dengan air bersih. . Tiga kali mandi dengan air kapur barus. 9. Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.
10. Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air

yang dicampurkan sedikit kapur barus.

MENGKAFANKAN JENAZAH Pertama Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.

Kedua Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut. Ketiga Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain : 1. Kemaluan 2. Wajah (muka) 3. Kedua buah dada 4. Kedua Telinga 5. Kedua siku tangannya 6. Kedua tumitnya

Keempat Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.

Kelima Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas. Keenam Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya. Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi. Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

SOLAT JENAZAH Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang. Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki. Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya. 1. Cara mengerjakan Solat Jenazah Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu. Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu. Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih. 2. Rukun Solat Jenazah Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat : i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan ii. Berdiri bagi yang berkuasa. iii. Bertakbir empat kali. iv. Salam

3. Lafaz niat solat jenazah : a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala" b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala" c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala" d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala" f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala" 4. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah. Membaca lafaz

Allahu Akbaru (Allah Maha Besar).

Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang. 2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. 3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan. 5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan. 6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. 7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

b. Takbir yang kedua.

Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :

Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia". c. Takbir yang ketiga : Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati : Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka." d. Takbir yang ke empat.

Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini : "Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri MENGEBUMIKAN JENAZAH Disunnahkan membawa jenazah dengan usungan jenazah yang di pikul dari keempat sudut usungan.

Disunnahkan menyegerakan mengusung jenazah ke pemakaman tanpa harus tergesagesa. Bagi para pengiring, boleh berjalan di depan jenazah, di belakangnya, di samping kanan atau kirinya. Semua cara ada tuntutannya dalam sunnah Nabi.Para pengiring tidak dibenarkan untuk duduk sebelum jenazah diletakkan, sebab Rasulullah SAW telah melarangnya.

Disunnahkan mendalamkan lubang kubur, agar jasad si mayat terjaga dari jangkauan binatang buas, dan agar baunya tidak merebak keluar. Lubang kubur yang dilengkapi liang lahad lebih baik daripada syaq. Dalam masalah ini Rasulullah SAW bersabda: Liang lahad itu adalah bagi kita (kaum muslimin), sedangkan syaq bagi selain kita (non muslim). (HR. Abu Dawud dan dinyatakan shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Ahkamul Janaaiz hal. 145)

Lahad adalah liang (membentuk huruf U memanjang) yang dibuat khusus di dasar kubur pada bahagian arah kiblat untuk meletakkan jenazah di dalamnya. Syaq adalah liang yang dibuat khusus di dasar kubur pada bahagian tengahnya (membentuk huruf U memanjang).

Jenazah siap untuk dikubur.

Jenazah diangkat di atas tangan untuk diletakkan di dalam kubur.

Jenazah dimasukkan ke dalam kubur. Disunnahkan memasukkan jenazah ke liang lahad dari arah kaki kuburan lalu diturunkan ke dalam liang kubur secara perlahan. Jika tidak memungkinkan, boleh menurunkannya dari arah kiblat.

Petugas yang memasukkan jenazah ke lubang kubur hendaklah mengucapkan: BISMILLAHI WA ALA MILLATI RASULILLAHI (Dengan menyebut Asma Allah dan berjalan di atas millah Rasulullah shallallahu alaihi wassalam). ketika menurunkan jenazah ke lubang kubur. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam.

Disunnahkan membaringkan jenazah dengan bertumpu pada sisi kanan jasadnya (dalam posisi miring) dan menghadap kiblat sambil dilepas tali-talinya selain tali kepala dan kedua kaki. -Tidak perlu meletakkan bantalan dari tanah ataupun batu di bawah kepalanya, sebab tidak ada dalil shahih yang menyebutkannya. Dan tidak perlu menyingkap wajahnya, kecuali bila si mayat meninggal dunia saat mengenakan kain ihram sebagaimana yang telah dijelaskan.

Setelah jenazah diletakkan di dalam rongga liang lahad dan tali-tali selain kepala dan kaki dilepas, maka rongga liang lahad tersebut ditutup dengan batu bata atau papan kayu/bambu dari atasnya (agak samping).

Lalu sela-sela batu bata-batu bata itu ditutup dengan tanah liat agar menghalang sesuatu yang masuk sekaligus untuk menguatkannya.

Disunnahkan bagi para pengiring untuk menabur tiga genggaman tanah ke dalam liang kubur setelah jenazah diletakkan di dalamnya. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Setelah itu ditumpahkan (diuruk) tanah ke atas jenazah tersebut. - Hendaklah meninggikan makam kira-kira sejengkal sebagai tanda agar tidak dilanggar kehormatannya, dibuat gundukan seperti punuk unta, demikianlah bentuk makam Rasulullah shallallahu alaihi wassalam (HR. Bukhari).

Kemudian ditaburi dengan batu kerikil sebagai tanda sebuah makam dan diperciki air, berdasarkan tuntunan sunnah Nabi SAW. Lalu diletakkan batu pada makam bahagian kepalanya agar mudah dikenali. Haram hukumnya menyimen dan membangun kuburan. Demikian pula menulis pada batu nisan. Dan diharamkan juga duduk di atas kuburan, menginjaknya serta bersandar padanya kerana Rasulullah SAW telah melarang dari hal tersebut. Kemudian pengiring jenazah mendoakan keteguhan bagi si mayat (dalam menjawab pertanyaan dua malaikat yang disebut dengan fitnah kubur). Kerana ketika itu rohnya dikembalikan dan ia ditanya di dalam kuburnya. Maka disunnahkan agar setelah selesai menguburkannya orang-orang itu berhenti sebentar untuk mendoakan kebaikan bagi si mayit (dan doa ini tidak dilakukan secara berjamaah, tetapi sendiri-sendiri!). Sesungguhnya roh si mati boleh mendapat manfaat dari doa mereka.

Anda mungkin juga menyukai