Anda di halaman 1dari 20

PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH

Mukadimah
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia

merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang

dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu

sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat

Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk

melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu

cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang

lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu

kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan

diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

Melawat orang yang sakit dan hikmahnya

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya

mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak

mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.

2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar

ataupun tidak.

Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah

kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda

yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu

(wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.

Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,

Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara

kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan

orang Islam.

Perkara yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak:-

1. Perlu berada di sisinya.

2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah

3. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.


Tanggungjawab Kita Ke atas Si Mati

Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :

1. Hendaklah kita ucapkan

2. Pejamkan matanya.

3. Ikatlah dagunya serta kepalanya dengan ikatan yang lebar, jika mulutnya terbuka agar

tidak ternganga.

4. Letak di atas perutnya sesuatu penindih yang sewajarnya, agar tidak mengembung.

5. Pelbetulkan sendi-sendi tubuhnya perlahan-lahan, jika menungkinkan,jika tidak

biarkan saja.

6. Tinggikan sedikit tempat jenazah dan arahkan kaki ke kiblat.

7. Tanggalkan pakaiannya dan tutupi dengan kain ke seluruh tubuhnya.

8. Letakkan kedua tangannya di antara pusat –dada, seperti orang solat.

9. Menghebahkan kematiannya, terutama kepada ahli keluarganya.

Mengurus Jenazah
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah

dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan

tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang

Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.

Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :

1. Memandikannya.

2. Mengkafankan jenazah.

3. Solat ke atas jenazah.

4. Mengebumikannya.

Orang yang berhak menguruskan Jenazah

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan

keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau

Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya

1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.


2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.

Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran

atau pengesahan dari doktor.

3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.

4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.

5. Urusan menggali kubur.

6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.

7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.

8. Ucapan takziah.

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan


Jenazah

1. Sifat berani.

2. Sabar.

3. Amanah.

4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah


1. Sediakan tempat mandi.

2. Sabun mandi.

3. Air daun bidara.

4. Air bersih.

5. Sugi - 7 batang.

6. Sarung tangan - 3 atau 5.

7. Sedikit kapas.

8. Air kapur barus.

9. Baldi serta gayong.

Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan

mayat telah disediakan seperti :

1. Kain putih (bidang 45")  - 20 meter bagi dewasa

2. Gunting

3. Kapas

4. Cendana
5. Kapur barus

6. Air mawar

7. Minyak wangi (Minyak Attar)

8. Tikar jerami

9. Bantal (dari daun pandan)

10. Tempat mandi yang khas.

ORANG-ORANG DIBOLEHKAN MEMANDIKAN MAYAT

 Islam.

 Merdeka.

 Bukan pembunuh mayat.

 Tidak boleh kanak-kanak.

 Bukan musuh si mayat.

 Orang yang jujur dan amanah (yang tidak akan menceritakan keburukan mayat).

 Bukan orang yang fasik.

 Orang yang ahli feqah atau mengetahui mandi mayat.


* Larangan: Jangan sekali-kali menceritakan hal keburukan tubuh mayat tetapi sebaliknya

disunatkan menceritakan kebaikan si mayat itu kepada keluarganya.

Cara memandikan Jenazah

1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.

2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.

3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.

4. Sediakan air sabun.

5. Sediakan air kapur barus.

6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.

7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya

secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan

kain alas atar tidak tersentuh auratnya.

9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.

10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah
jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat:

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"

Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali

dengan air bersih.

14. Siram sebelah kanan 3 kali.

15. Siram sebelah kiri 3 kali.

16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah

belakang.

17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.

20. Lepas itu wudukkan mayat.

Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

Lafaz niat mewudukkan jenazah perempuan :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"

Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula
dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya.
Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan
oleh perempuan.

21. Siram dengan air sembilan.

22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah

dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.

23. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.

24. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.

25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam

kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).


26. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

Cara-cara mengkafankan jenazah

1) Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang

paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan

letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar

disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.

2) Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di

bawah kain kafan tersebut.

3) Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana
yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya

4) Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan

yang sudah dibentangkan.

5) Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian

yang telah disebutkan di atas.

6) Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling

atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain

yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.


7) Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di

bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya. Tulislah kalimah

"ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.

Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Solat Jenazah

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara

berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua

orang.

Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan

orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.

Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

1. Cara mengerjakan Solat Jenazah

Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri

searah dengan kepala jenazah itu.

Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau

bahagian tengah jenazah itu.

Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di

surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat

tempatnya itu luas dan bersih.

2. Rukun Solat Jenazah

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya
dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan

iqamat.

Adapun rukunnya ada empat :

i.   Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan

ii.  Berdiri bagi yang berkuasa.

iii. Bertakbir empat kali.

iv. Salam

3. Lafaz niat solat jenazah :

a.  Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu
kifayah kerana Allah Taala"

b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu
kifayah kerana Allah Taala"
c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir
fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"

d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan


empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"

e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir
fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"
f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir
fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"

4. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

a. Takbir yang pertama:

Membaca lafaz :

Allahu Akbaru (Allah Maha Besar). 

Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang. 

2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.


3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan.

5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita

segala pertolongan.

6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan

orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

b. Takbir yang kedua.

Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca

selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :


"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya

sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan

berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau

memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya

Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

c.       Takbir yang ketiga :

Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada

si mati:

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah

dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya

(kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari

segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan

gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang

lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan

peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

d.      Takbir yang ke empat:

Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah

ini :

"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau

memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi
saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah

menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya

Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri

dengan membaca :

KEBUMIKAN

Tujuan : Untuk menjaga keselamatan , maruah & kehormatan jenazah

Perkara berkaitan pengkebumiaan jenazah

 Masa Pengkebumian : Harus dilakukan bila-bila masa

o Tetapi Makruh dilakukan diWaktu :.Terbit Matahari, Matahari Tepat

o di kepala ( waktu syuruk) & Terbenam Matahari

 Harus menguburkan beberapa jenazah dalam satu kubur

 Sunat meninggikan tanah perkuburan sekadar sejengkal

 Sunat mendalamkan kubur untuk mengelakkkan dari berbau & tidak digali oleh binatang

buas / manusia

 Wajib menghadapkan muka jenazah dalam liang lahat ke arah kiblat (mengereng di atas

rusuk kanan)

 Sunat mendoakan jenazah setelah selesai dikebumikan

CARA KEBUMIKAN MAYAT

 Sekurang-kurangnya menanam mayat di dalam satu lubang yang boleh menyelamatkan

mayat dari digali oleh binatang buas seperti harimau dan sebagainya.
 Yang lebih baik ialah ditanam dalam sebuah lubang yang kira-kira dalamnya sedalam

(lebih kurang 6 kaki bagi lelaki atau 7 kaki bagi perempuan).

 Ada 3 cara meletakkan mayat dalam kubur ;

I. Dibuat liang lahad.

II. Digali parit di tengah kubur.

III. Masukkan mayat dalam keranda

 Mengkebumikan mayat dengan membuat lahad adalah lebih afdhal dari cara yang lain jika

keadaan tanah kubur itu liat , padat dan tidak mudah runtuh.

 Jika keadaan tanah mudah runtuh lebih baik dibuat parit kerana menyelamatkan mayat

dari tertimbus.

 Menanam mayat di dalam keranda dibolehkan sekiranya keadaan kubur itu berair atau

sebab lain yang memaksa seperti dikhuatirkan dibongkar oleh binatang buas dan

sebagainya.

 Mayat hendaklah diusung dan dimasukkan pengusung ikut sebelah kaki kubur di mana

kepalanya disebelah kaki kubur, kemudian diturunkan mayat itu didahulukan kepalanya.

 Ketika memasukkan mayat ke dalam kubur hendaklah bercermat dan berlemah lembut

serta membaca zikir.


 Mayat diletakkan di dalam liang lahad dan wajib dihadapkan ke arah kiblat dengan

dibaringkan ke atas lambungnya. Kepalanya sunat diangkat dan dibantalkan dengan tanah.

 Eloklah dibukakan kain kapan pada pipinya yang kanan supaya bersentuh dengan tanah.

Belakangnya disendal dengan tanah kuat-kuat supaya mayat itu tidak terbalik atau

terlentang.

 Ketika mayat hendak dihulurkan turun ke dalam kubur, janganlah duduk berjauhan tetapi

hendaklah berdiri di tepi kubur sambil berzikir.

 Wajib ditutup liang lahad dengan papan atau sebagainya.

HIKMAT

 Agar tidak dimakan oleh binatang buas

 Memuliakan jenazah

 Supaya tidak berbau

Anda mungkin juga menyukai