Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Reflektif MInggu Pertama 29/1/2013 hingga 1/2/2013 OPSYEN / KUMPULAN NAMA SEKOLAH TARIKH : DPLI-PEMULIHAN SK : SEKOLAH KEBANGSAAN

PANTAI : 1/2/2013

Pada 29/1/2013 adalah hari pertama saya melaporkan diri sebagai seorang guru praktikum di Sekolah Kebangsaan Pantai. Saya telah datang ke sekolah pada jam 6.50 pagi. Saya bersama rakan saya telah diberi taklimat ringkas berkenaan sekolah seperti visi, misi dan matlamat sekolah, waktu kehadiran guru, tugas sebagai guru pendidikan pemulihan, bilangan murid di sekolah, pengurusan jadual waktu dan serba sedikit berkaitan pengurusan kurikulum. Sebelum kami diperkenalkan kepada guru-guru kami telah dibawa ke tapak perhimpunan dimana semua murid dihimpunkan untuk perhimpunan pagi. Jangka waktu yang diperuntukan adalah lebih kurang 10 minit. Selepas perhimpunan pagi dijalankan, kami telah menyertai aktiviti perarakan sempana sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Kami telah dibawa ke blok baru yang terletak di bahagian atas sekolah. Kami perlu mendaki sebanyak 53 anak tangga untuk sampai ke blok baru itu. Apabila sampai di sana, saya dapati murid-murid tahap dua sudai bersiap sedia dalam barisan masing-masing dengan diiringi oleh guru-guru Pendidikan Islam. Perarakan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke pintu hadapan sekolah. Saya merasa seronok kerana dapat melibatkan diri di dalam aktiviti seperti ini. Selepas berarak, kami semua dibawa masuk ke dalam dewan dan seterusnya aktiviti di teruskan dengan ceramah sempana sambutan Maulidur Rasul. Masa yang di peruntukkan untuk ceramah adalah dalam lingkungan 45 minit. Banyak maklumat yang murid-murid dan guru perolehi dari ceramah ini antaranya bagaimana untuk mengenang jasa ibu bapa, bagaimana caranya untuk menghormati Rasul. Selain itu, penceramah telah membuat aktiviti soal jawab bersama murid-murid bertujuan untuk menguji kefahaman murid tentang peristiwa kelahiran Rasullullah S.A.W. Kekuatan aktiviti sambutan Maulidur Rasul ini adalah, murid-murid dapat

menambahkan dan memperkukuhkan lagi pengetahuan tentang kelahiran Nabi

Muhammad S.A.W disamping itu murid dapat mempelajari bagaimana caranya untuk menyambut ulang tahun kelahiran nabi jungjungan kita. Kelemahan dari program ini adalah, walaupun sambutan dibuat di peringkat sekolah, tetapi tidak semua murid yang terlibat, hanya murid tahap dua sahaja yang terlibat. Murid tahap satu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa dan penglibatan guru juga sedikit kerana hanya guru yangmengajartahap dua sahaja yang boleh terlibat di dalam akativiti ini. Pada pendapat saya, sekiranya penglibatan sepenuhnya dari murid-murid Islam ,aktiviti sambutan Maulidur Rasul ini akan bertambah meriah dan berkesan. Selain itu juga, kita boleh menerapkan perasaan cintakan Rasullulah S.A.W di dalam diri muridmurid tahap satu sejak dari kecil lagi. Bagi mengatasi permasalahan ini pihak sekolah perlulah membuat perancangan dengan teliti agar murid-murid tidak ketinggalan dalam sesuatu aktiviti ilmiah di masa akan dating.

Guru Pelatih ..
AZEAH BINTI MOHD MANSOR

Pensyarah Penyelia .
PN HJH NOORAZZAM BINTI HJ ABDUL RAHIM

Guru Pembimbing
PN AIZA BINTI MAT

Anda mungkin juga menyukai