Anda di halaman 1dari 10

IPG KAMPUS KENINGAU 2012

ALAT PERKUSI Pengenalan Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut. Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen @ menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid. Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya.

ALAT-ALAT PERKUSI Kerincing Loceng Tamborin Simbal Melodian Marakas Kastanet Kayu Tik-Tok Dram Samping

IPG KAMPUS KENINGAU 2012


Ram Tenor Rekoder Angklung

Alat-alat Perkusi Berpic

Alat perkusi berpic bermakna alat perkusi yang boleh memainkan melodi sesebuah lagu.

Xylophone

Glockenspiel

IPG KAMPUS KENINGAU 2012

Timpani

Alat-alat Perkusi Tidak Berpic Alat perkusi tidak berpic bermakna alat perkusi yang menghasilkan satu ton sahaja.

IPG KAMPUS KENINGAU 2012

Kemahiran Memainkan Alat Perkusi Cara Memegang dan Teknik Memainkan Alat Perkusi Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :

Menunggu giliran mengikut skor. Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama. Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan. Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik. Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.

Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.

Kerincing Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring. 1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing. 2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.

IPG KAMPUS KENINGAU 2012


KHAMIS, OKTOBER 01, 2009 Cara Memainkan Dram Bes Dram bes menggunakan stand atau digantung dan disandarkan pada bahagian perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

Cara Memainkan Dram Tenor Dram tenor mempunyai dua permukaan berkulit. Saiz dram tenor adalah besar sedikit daripada dram getar. Sepasang pemukul digunakan untuk memainkannya. Dram tenor tidak mempunyai gegetar.

Cara mengendali dan memainkan dram tenor : 1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram, atau 2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. 3. Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut. 4. Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas

IPG KAMPUS KENINGAU 2012

Cara Memainkan Dram Getar / Snare Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya. Cara mengendali dan memainkan dram getar : 1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau 2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja) 3. Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut. 4. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

IPG KAMPUS KENINGAU 2012


Cara Memegang Kayu Dram

Terdapat dua pilihan pegangan (grip) iaitu matched grip dan traditional grip. Matched grip atau Genggaman Sepadan paling popular digunakan oleh pemain-pemain dram set bagi lagu pop, country, metal, rock dan lain-lain genre. Ia juga digunakan untuk dram getar dalam orkestra atau brassband. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa matched grip lebih mudah dan bersifat semula jadi. Pegangan jenis ini juga mirip kepada American Grip, French Grip dan German Grip. Pegangan kedua ialah traditional grip. Walaupun ianya juga pilihan yang baik dan popular di kalangan pemain dram, ianya memerlukan latihan yang cukup untuk menguasai pegangan ini. Traditional grip sering dimainkan dalam persembahan orkestra dan marching band kerana mungkin kedudukan dram samping yang digantung pada tubuh mempunyai sudut yang sesuai dengan pegangan ini. Pegangan ini juga digunakan oleh pemain ternama (berkemahiran tinggi) dram set dalam pelbagai genre. Perhatikan rajah di bawah :

IPG KAMPUS KENINGAU 2012

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Loceng Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang. Cara memegang dan memainkan loceng : 1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang. 2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tik Tok Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri. Cara memegang dan memainkan tik-tok 1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan. 2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

IPG KAMPUS KENINGAU 2012

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tamborin Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu: 1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan. 2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

IPG KAMPUS KENINGAU 2012

Cara Menjaga Alat Perkusi (a) Dram i) Simpan dram dalam kedudukannya berdiri tegak. ii) Longgarkan gegetar di baw ah dram setiap kali sebelum disimpan. iii) Elakkan mengetuk dram dengan sebarang benda atau kayu yang tajam. iv) Elakkan meletak sebarang benda di atas kulit dram. (b) Tamborin i) Tamborin harus disimpan secara baring dengan bahagian kulit di atas. ii) Elakkan meletak sebarang benda di atas kulit tamborin. (c) Alat-alat perkusi yang lain seperti : - Kastanet, kayu tik-tok, kerincing - Simbal dan loceng harus disimpan di dalam bekas yang sesuai.

Penyelenggaraan i) Semua alat perkusi dan alat muzik hendaklah disimpan di dalam sebuah almari khas. ii) Murid hendaklah dilatih menyimpan alat perkusi dan alat muzik dengan betul selepas menggunakannya. iii) Murid hendaklah digalakkan mengamalkan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan alat perkusi dan alat muzik kerana sebarang kecacatan akan menjejas kualiti bunyi alat-alat berkenaan. Posted by sf Ten at 01:22

Anda mungkin juga menyukai