Anda di halaman 1dari 11

20 Kisah Teladan Rasulullah SAW

20 Kisah Rasulullah Yang Menunjukkan Tingginya Kasih Sayang Baginda:

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
Ditengah musimpolitik berapa banyak saudara kita muslim yang terang terangan membuka aib
orang laian bahakn sampai memfitnah, mari kita teladani baginda Rasul.

20 Kisah Teladan Rasulullah SAW:

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar
kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi
Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi
tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis
dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun
Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit,
Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu
terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas
seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana
pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan
lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah


dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan
itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak
menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang
lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya,
akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada
di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW
tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut
selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah
memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif,
baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang
disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW
telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan
untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi
Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-
Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk
penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah
SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak
menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang
bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy
Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati
Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak
bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji
tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang
berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah
SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh


daripada tangan.

Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan
menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”

Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan
oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan
isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda
juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.

12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-
janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan
melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra
dengan mereka.

13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang
menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?”
Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah
berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan
untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-
kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah
(isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-
kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun
membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan,
dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak
itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.

14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat
seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan
mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi
oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan
duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama
masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya
menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat
pulang dan pasar,” jawab budak itu.

Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya
pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus
memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu
dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya
sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak
jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”

2.
3.
4.
Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta
supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah
menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing
lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas
berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah
kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak
jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah
baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.

17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda
bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya
(penebusnya).”

18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak
menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya
menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebut cepat mati dan tidak lama dalam
kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak
dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah
seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian
tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut.
Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah
melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan
membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah
meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota
rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah
melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda
menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon
kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah
berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke
jalan yang benar).”

20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa
yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar
menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu,
mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di
bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa
yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah
hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka
diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”

INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya
Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh
manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya
Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh
umat Islam.
AKHLAQUL KARIMAH

1. “ Wa innaka la ‘alaa khuluqin ‘azhiim “ , “ Dan sesungguhnya engkau ( Muhammad ) mempunyai


akhlak yang mulia. “ ( Al Qalam , 68 : 4 ) , “ Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha
Penyayang itu ( ialah ) orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati ( tidak sombong )
dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka , mereka mengucapkan kata-kata ( yang mengandung
) keselamatan “ ( Al Forqan , 25 : 63 ) ( TAWADHU’ ) ,

“ Maka janganlah kamu mengatakan ( memuji) diri kamu suci (bersih) , Dialah yang lebih mengetahui
orang yang bertaqwa. “ ( An Najm , 53 : 32 ) ( Terus menerus memperbaiki diri dan amalnya dan
mensucikan hati)

2. “ Bahwasanya aku ( Muhammad ) diutus Allah untuk menyempurnakan keluhuran Akhlak ( Budi
Pekerti ) “ ( H.R. Ahmad ) ( bagi hamba Allah yang beriman dan berusaha untuk terus bertaqwa dan
mengembangkannya maka salah satu usahanya adalah terus memperbaiki dan mengembangkan
kwalitas akhlaqnya untuk menuju kepada Akhlaq yang dimiliki Rasulullah saw. )

3. Ketika Siti Aisyah ra ditanya tentang Akhlak Rasulullah Saw , maka ia menjawab , “ Akhlak-nya
adalah Al Qur’an “ ( Abu Dawud & Muslim )

4. “ Siapakah diantara mereka hamba-hamba Allah ini yang lebih dicintai oleh Allah ? “ Rasulullah
menjawab, “ Yaitu orang yang paling baik akhlak-nya “ (HR.Tabrani )

5. “ Siapakah diantara orang mukmin yang paling sempurna imannya ? “ Rasulullah menjawab : “
yaitu orang yang paling baik akhlak - nya “ ( HR.Tabrani )

6. Apakah sesuatu yang lebih baik yang diberikan kepada manusia ? , Rasulullah menjawab , yaitu “
akhlak yang baik “ ( H.R. Ibnu Hibban )

7. Kemuliaan seorang mukmin itu adalah agamanya , harga dirinya itu adalah akalnya , dan
perhitungannya ( nanti di hari kiamat ) itu adalah akhlak- nya. ( HR. Hakim )

8. Dari Abdullah bin Amir : Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda , “ Maukah kalian kuberitahu
tentang orang yang paling kucintai dan paling dekat duduknya dengan aku nanti di hari kiamat ? “
Diulanginya perkataan itu dua kali tiga kali. Mereka menjawab : “ Baiklah ya Rasulullah , Beliau
bersabda , “ Yaitu orang yang paling baik akhlak – nya” ( HR.Ahmad )

9. “ Tidak ada sesuatu yang paling berat timbangannya tentang orang mukmin nanti dihari kiamat ,
selain akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang perbuatannya keji dan
rendah , dan sesungguhnya orang yang berakhlak luhur itu akan sampai ke derajat orang yang puasa
dan sholat “ (HR.Ahmad )

( Mu’min - muslim yang benar sholat dan Puasanya tentunya baik dan benar juga akhlaqnya ,
insyaallah atau orang yang memiliki/pengamal akhlaq yang baik dia juga memiliki /pengamal sholat
dan puasa yang benar , masyaalllah ! / jika bisa seperti ini , Allahu Akbar ! / pen. )

10. ” Sesungguhnya seorang mukmin dengan akhlak-nya yang baik akan dapat mencapai derajat
orang yang berdiri ( sembahyang ) dimalam hari dan puasa di siang hari ( HR. Abu Daud )

11. Sesungguhnya manusia dengan akhlaknya yang baik akan bisa mencapai derajat yang tinggi di
akhirat dan tempat yang mulia , padahal ia lemah ibadahnya : Sesunggunya dia dengan Akhlak- nya
yang jelek itu akan sampai kepada derajat yang paling rendah dineraka jahanam. ” ( HR. Tabrani )

12. Aku mendengar Rasulullah bersabda :“ Sesungguhnya seorang muslim yang terpimpin akan
mencapai derajat orang yang ahli puasa yang menegakan ayat-ayat Allah , lantaran akhlak-nya yang
baik & watak - nya yang mulia “ ( HR.Ahmad )

13. Sungguh beruntung orang yang mengikhlaskan hatinya kepada iman , menjadikan hatinya selamat
, lidahnya benar , jiwanya tentram dan Akhlak - nya lurus.( HR. Ibnu Hibban)

14. “ Akhlak yang baik dapat menghapus kesalahan , bagaikan air yang menghancur kan tanah yang
keras. Dan akhlak yang jahat merusak amal , seperti cuka merusak manisnya madu. “ ( H.R. Baihaqi )
,

15. Rasulullah bersabda : “ Sesungguhnya Akhlah yang baik melelehkan kesalahan sebagaimana
matahari melelehkan es “ ( Al Hadits )

16. Kamu tidak bisa memperoleh simpati semua orang dengan harta-mu tetapi dengan wajah yang
menarik ( simpati ) dan dengan akhlak yang baik .( HR. Abu Yu’la dan Al Baihaqi )

17. Seorang mu’min menjadi mulia karena agamanya, ( mempunyai ) kepribadian karena akalnya ,
dan ( menjadi terhormat ) karena akhlak - nya.” ( HR. Al Hakim )

18. Diantara akhlak seorang mukmin adalah berbicara dengan baik , bila mendengar -kan
pembicaraan tekun , bila berjumpa dengan orang dia menyambut dengan wajah ceria dan bila berjanji
ditepati. ( HR. Adailami )

19. “ Saya dapat menjamin satu rumah dibagian yang tinggi disurga bagi orang yang baik Akhlak / budi
pekertinya. ” ( HR. Abu Dawud )

20. Orang yang paling tinggi kedudukan disisi Allah pada hari kiamat ialah yang paling banyak
berkeliling dimuka bumi dengan bernasehat kepada manusia (makhluk Allah) ( HR. Athahawi )

21. Rasulullah bersabda , “ Baguskanlah Akhlak-mu ! “ , Sabda Rasulullah saw. , “ Kebaikan itu adalah
kebiasaan “ ( Al Hadits ) ,Akhlak yang baik membawa kebaikan untuk kehidupan dunia dan akhirat. (
HR. Athabrani )

Beberapa Sikap Akhlaq Yang Baik.

1. Amanah.
2. Sidqu. ( benar/jujur )
3. Wafa’ . ( menepati janji )
4. Adil.
5. Ifafah. ( memelihara kesucian diri )
6. Haya’. ( malu )
7. Arief / Bijaksana.
8. Syajayah. ( berani karena benar)
9. Sehat dan Kuat (Al-Quwwah.)
10. Sabar , Lemah – lembut , Kasih-sayang.
11. Hemat.
12. Ikhlas.
13. Pemaaf.
14. Khusyuk.
15. Syakha’. ( murah hati )
16. Berilmu.
17. Tawaddu’. ( rendah hati )
18. Syukur Nikmat.
19. Tawakal Allah.
20.Zuhud. ( tidak diperbudak dunia / harta )
21. Dll
“ Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang
berjalan diatas bumi dengan rendah hati (tidak sombong) dan apabila orang-orang jahil menyapa
mereka , mereka mengucapkan kata-kata ( yang mengandung ) keselamatan “ ( Al Forqan , 25 : 63-65
),

“ Dan berilah peringatan kepada kerabat-mu , dan lemah – lembutlah terhadap orang-orang yang
mengikuti-mu dari orang –orang mukmin “ ( Asysyu’araa’ , 26 : 215-223 ) ,

“ Dan bicaralah dengan dia ( fir’aun ) dengan lemah lembut (bijaksana) , mudah-mudahan dia
sadar atau takut ( Thaahaa , 20 : 44 ) ( dengan fir’aun saja halus lemah-lembut apalagi kepada
keluarga,saudara dll ) ,

“ Sesungguhnya Allah telah mewahyukan untuk bertawadhu’ hingga tidak ada seorangpun yang
menyombongkan dirinya terhadap yang lainnya , dan tidak seorangpun yang menganiaya terhadap
yang lainnya.” ( HR. Muslim ) ,

“ Sedekah itu bukannya mengurangi harta, dan malah Allah tidak akan menambah pemberian kepada
seorang hamba karena berlaku pemaaf kecuali akan dimuliakan , dan tiada seorang yang tawadhu’
kepada Allah kecuali Allah akan meninggikan derajat-nya.” ( HR. Muslim )

Akhlak yang baik membawa kebaikan untuk kehidupan dunia dan akhirat. (HR.Athabrani ) ,
Ketahuilah bahwa keramahan itu terpuji . Keramah – tamahan itu merupakan buah dari akhlak yang
baik . Kebalikan dari keramah tamahan adalah kata – kata kasar , kotor , kebengisan dan kekejaman.
Rasulullah saw berkata kepada Siti ‘ Aisyah , “ Barang siapa yang diberikan kepada nya keramahan ,
maka telah diberikan baginya kebaikan dunia dan akhirat. Barang siapa yang diharamkan bagi-nya
keramahan , maka telah diharamkan bagi-nya kebaikan dunia dan akhirat “ ( Al Hadits )

BERKASIH – SAYANG DAN LEMAH – LEMBUT ANTAR SESAMA , KHUSUSNYA ANTAR SAUDARA
SEIMAN.

1.. “ BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM “ , “ Dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang. ( Al Faatihah , 1 : 1 ) , “ Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-
Nya.” ( Ali Imran , 3 : 30 ) , “ Sesungguhnya Allah sangat berbelas kasihan dan suka kasih-sayang ,
lemah lembut dalam segala hal.” ( HR. Bukhari & Muslim ) , Walladziina aamanuu assyaddu hubban
lillaah = “ Dan Orang – orang beriman itu sangat cinta kepada Allah . “ ( Al baqarah , 2 : 165 ,
dibuktikannya dengan mengikuti Rasululloh saw. baca Alii’imraan’ , 3 : 31 ! ! )

2. “ Allah adalah sebaik-baik penjaga dan DIA adalah Maha Penyayang diantara para penyayang .” (
Yusuuf , 12 : 64 )

3. “ Sesungguhnya telah datang kepada-mu seorang Rasul dari kaum-mu sendiri , berat terasa oleh-
nya penderitaan-mu , sangat menginginkan ( keimanan dan keselamatan ) bagi-mu , amat belas-
kasihan lagi penyayang bagi orang-orang mu’min.” ( At Taubah , 9 : 128 ) , “ Sesungguhnya
Ibrahim adalah sangat lembut hatinya lagi penyantun.” ( At taubah , 9 : 114 ) ,

4. Kemudian termasuk golongan orang-orang yang beriman dan nasehat – menasehati ( supaya )
sabar dan nasehat - menasehati supaya berkasih sayang. ( Al Balad , 90 : 17 )

5. Katakanlah : “ Aku tidak meminta kepada-mu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih-sayang
dalam kekeluargaan. “ ( Asy Syuura , 42 : 23 )

6. “ Sesungguhnya orang – orang yang beriman dan beramal soleh , Yang Maha Pengasih akan
membuat kasih – sayang bagi mereka “ ( Maryam , 19 : 96 )

7. “ Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.” ( Ali Imran , 3 : 30 ) , “ Dan Orang
yang beriman sangat cinta kepada Allah “ ( Al Baqarah , 2 : 165 ) , Katakanlah , “ Jika kamu (benar-
benar) mencintai Allah , ikutilah aku ( Muhammad ) , niscaya Allah mencintai-mu dan mengampuni
dosa-dosa-mu .“ ( Aali ‘Imran , 3 : 31)

8. “ DAN SEDERHANAKANLAH DALAM BERJALAN DAN LUNAKKAN SUARAMU SESUNGGUHNYA


SEBURUK – BURUK SUARA ADALAH SUARA KELEDAI.” (Lukman , 31 : 19 )

9. “ Maka karena rahmat dari Allah , engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka , sekiranya
engkau berlaku keras dan berhati kasar , tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitar-mu. Maka
maafkanlah mereka dan mohonkan ampun bagi mereka , dan bermusyawarahlah dengan mereka
dalam suatu urusan. Maka apabila kamu telah membulatkan tekad bertawakallah kepada Allah.
Sesung -guhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal.”( Aali ‘Imraan , 3 : 159 )

10. “ Dan berilah peringatan kepada kerabat-mu, dan lemah lembutlah terhadap orang-orang yang
mengikuti-mu dari orang-orang mukmin.” ( Asy Syu’araa’ , 26 : 214 – 217 )

11. Amal perbuatan yang paling disukai Allah sesudah yang fardhu (wajib) ialah , memasukkan
kesenangan kedalam hati seorang muslim. ( Athabrani )

12. Bukanlah dari golongan kami orang yang tidak mengasihi dan menyayangi yang lebih muda , dan
tidak menghormati orang yang lebih tua , dan tidak beramar makruf dan nahi- munkar.( HR. Attimidzi
)

13. “ Barang siapa tidak mengasihi dan menyayangi manusia maka dia tidak dikasihi dan tidak
disayangi Allah “ ( HR. Al Bukhari )

14. Seorang pemuda yang menghormati orang tua karena memandang usianya yang lanjut maka Allah
mentakdirkan baginya pada usia lanjut orang akan meng - hormati-nya. ( HR. Attirmidzi )

15. Diriwayatkan dari Abu Hamzah, Anas Bin Malik r.a. Sabda Nabi Muhammad SAW : “ Tiada
sempurna Iman salah seorang dari kalian sehingga ia mencintai saudaranya seperti cinta nya kepada
dirinya sendiri. “ ( HR Bukhari & Muslim )

16. “ Sungguh berbahagialah orang yang mampu bergaul dengan orang-orang baik dan berilmu , serta
memberikan kasih-sayang kepada orang-orang yang hina dan miskin “ HR.Bukhari )

17. Berjama’ah Menjaga dan memelihara Dunia / Alam ( keseimbangannya ) dan memanfaatkannya
secara benar , Allah SWT. telah ciptakan dengan baik dan sempurna Alam Dunia ini , dan wajjib dijaga
dan dipelihara sebaik – mungkin , dijaga dari pengrusakan. Dll. ( Bekasih sayang dengan Alam )

18. DLL.

WALLAHU TA'ALA A'LAM BISH SHAWAB.


mas iman

Catatan :

Akhlakul Karimah dan Pengertiannya

Pengertian Akhlak

Dalam Kamus Besar bahasa Indonesia, akhlak diartikan sebagai budi


pekerti atau kelakuan. Dalam Bahasa Arab kata akhlak (akhlaq) di
artikan sebagai tabiat, perangai, kebiasaan, bahkan agama. Meskipun
kata akhlak berasal dari Bahasa Arab, tetapi kata akhlak tidak
terdapat di dalam Al Qur'an. Kebanyakan kata akhlak dijumpai dalam
hadis. Satu-satunya kata yang ditemukan semakna akhlak dalam al
Qur'an adalah bentuk tunggal, yaitu khuluq, tercantum dalam surat al
Qalam ayat 4: Wa innaka la'ala khuluqin 'adzim, yang artinya:
Sesungguhnya engkau (Muhammad) berada di atas budi pekerti yang
agung. Sedangkan hadis yang sangat populer menyebut akhlak adalah
hadis riwayat Malik, Innama bu'itstu liutammima makarima al akhlagi,
yang artinya: Bahwasanya aku (Muhammad) diutus menjadi Rasul tak lain
adalah untuk menyempurnakan akhlak mulia.

Perjalanan keilmuan selanjutnya kemudian mengenal istilah-istilah


adab (tatakrama), etika, moral, karakter disamping kata akhlak itu
sendiri, dan masing-masing mempunyai definisi yang berbeda.

Menurut Imam Gazali, akhlak adalah keadaan yang bersifat batin dimana
dari sana lahir perbuatan dengan mudah tanpa dipikir dan tanpa
dihitung resikonya (al khuluqu haiatun rasikhotun tashduru 'anha al
afal bi suhulatin wa yusrin min ghoiri hqjatin act_ fikrin wa
ruwiyyatin. Sedangkan ilmu akhlak adalah ilmu yang berbicara tentang
baik dan buruk dari suatu perbuatan. Dari definisi itu maka dapat
difahami bahwa istilah 17 •

akhlak adalah netral, artinya ada akhlak yang terpuji (al akhlaq al
mahmudah) dan ada akhlak yang tercela (al akhlaq al mazmumah). Ketika
berbicara tentang nilai baik buruk maka muncullah persoalan tentang
konsep baik buruk. Dari sinilah kemudian terjadi perbedaan konsep
antara akhlak dengan etika.

Etika (ethica) juga berbicara tentang baik buruk, tetapi konsep baik
buruk dalam ethika bersumber kepada kebudayaan, sementara konsep baik
buruk dalam ilmu akhlak bertumpu kepada konsep wahyu, meskipun akal
juga mempunyai kontribusi dalam menentukannya. Dari segi ini maka
dalam ethica dikenal ada ethica Barat, ethika Timur dan sebagainya,
sementara al akhlaq al karimah tidak mengenal konsep regional,
meskipun perbedaan pendapat juga tak dapat dihindarkan. Etika juga
sering diartikan sebagai norma-norma kepantasan (etiket), yakni apa
yang dalam bahasa Arab disebut adab atau tatakrama.

Sedangkan kata moral meski sering digunakan juga untuk menyebut


akhlak, atau etika tetapi tekanannya pada sikap seseorang terhadap
nilai, sehingga moral sering dihubungkan dengan kesusilaan atau
perilaku susila. Jika etika itu masih ada dalam tataran konsep maka
moral sudah ada pada tataran terapan.Melihat akhlak, etika atau moral
seseorang, harus dibedakan antara perbuatan yang bersifat tempe
ramental dengan perbuatan yang bersumber dari karakter kepriba
diannya. Temperamen merupakan corak reaksi seseorang terhadap
berbagai rangsang yang berasal dari lingkungan dan dari dalam diri
sendiri.

Temperamen berhubungan erat dengan kondisi biopsikologi


seseorang, oleh karena itu sulit untuk berubah. Sedangkan karakter
berkaitan erat dengan penilaian baik buruknya tingkahlaku seseorang
didasari oleh bermacam-macam tolok ukur yang dianut masyarakat.
Karakter seseorang terbentuk melalui perjalanan hidupnya, oleh karena
itu ia bisa berubah. dan pengendalinya adalah ber AKHALQUL KARIMAH karena ALLAH
PENTING NYA AKHLAKUL KARIMAH

Oleh Hannani, M. Ag

Mengamalkan akhlaqul karimah merupakan bagian dari ibadah kepada Allah secara horizontal kepada
sesama manusia, lingkungan masyarakat, bangsa dan Negara ( Ibadah ghoiru mahdloh).

I. Pengertian Akhlaqul Karimah

Secara etimologis, kata akhlak berasal dari bahasa arab ( ‫ )أخالق‬dalam bentuk jama’, sedang
mufradnya adalah khuluq ( ‫) خلق‬, yang dalam Kamus Munjid berarti budi pekerti atau perangai atau
tingkah laku. Akhlak bersinonim dengan etika dan moral. Etika dan moral berasal dari bahasa latin,
yakni etos dan mores yang memiliki arti sama: kebiasaan. Sedang budi pekerti dalam bahasa
Indonesia merupakan kata majemuk dari kata budi dan pekerti. Kata budi berasal dari bahasa
Sansekerta yang berarti yang sadar, pekerti berasal dari bahasa Indonesia sendiri yang berarti
kelakuan (Djatnika, t.t.: 25). Secara terminologis, budi pekerti merupakan perilaku manusia yang
didasari oleh kesadaran berbuat baik yang didorong keinginan hati dan selaras dengan pertimbangan
akal.

Dari pengertian di atas timbul pertanyaan, siapakah objek akhlaqul karimah? Yang menjadi objek
aklaqul karimah adalah seluruh lapisan masyarakat baik kelembagaan maupun peorangan, pejabat
maupun masyarakat biasa, keluarga maupun bukan keluarga, kalangan muslim maupun non muslim,
lingkungan, alam semesta dan semua yang berinteraksi sosial dengan kita.

Melakukan akhlaqul karimah tidak hanya mengikuti agama aturan agama, tapi juga menetapi aturan
perundangan dan norma etika yang berlaku dalam masyarakat.
Substansi misi Rasulullah itu sendiri adalah untuk menyempurnakan akhlak seluruh umat manusia
agar dapat mencapai akhlak yang mulia. Yang menjadi persoalan di sini adalah bagaimana substansi
akhlak Rasulullah itu. Dalam hal ini, para sahabat pernah bertanya kepada isteri Rasulullah, yakni
Aisyah r.a. yang dipandang lebih mengetahui akhlak rasul dalam kehidupan sehari-hari, maka Aisyah
menjawab:

‫سلَّ َم كَانَ ا ْلقُ ْرآن‬


َ ‫علَ ْي ِه َو‬
َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫هللا‬ ُ ‫فَ ِإنَّ ُخلُقَ َر‬
ِ ‫س ْو ِل‬

Artinya: “Akhlak Rasulullah itu adalah al-qur’an”

II. Tujuan

Tujuan akhlak adalah mencapai kebahagiaan hidup umat manusia dalam kehidupannya, baik di dunia
maupun akhirat. Jika seseorang dapat menjaga kualitas mu’amalah ma’allah ( Hubungan dengan
Allah) dan mu’amallah ma’annas ( Hubungan dengan sesame manusia) , insya Allah akan memperoleh
rida-Nya. Orang yang mendapat rida Allah niscaya akan memperoleh jaminan kebahagiaan hidup baik
duniawi maupun ukhrawi.

III. Akhlakul Karimah dalam kehidupan modern

Saat ini kita berada di tengah pusaran hegemoni media, revolusi iptek tidak hanya mampu
menghadirkan sejumlah kemudahan dan kenyamanan hidup bagi manusia modern, melainkan juga
mengundang serentetan permasalahan dan kekhawatiran. Teknologi multimedia misalnya, yang
berubah begitu cepat sehingga mampu membuat informasi cepat didapat, kaya isi, tak terbatas
ragamnya, serta lebih mudah dan enak untuk dinikmati. Namun, di balik semua itu, sangat potensial
untuk mengubah cara hidup seseorang, bahkan dengan mudah dapat merambah ke bilik-bilik
keluarga yang semula sarat dengan norma susila .

Urgensi akhlak semakin terasa jika dikaitkan dengan maraknya aksi perampokan, penjambretan,
penodongan, korupsi, manipulasi, dan berbagai upaya untuk cepat kaya tanpa kerja keras. Untuk
mengatasi semua kenyataan tersebut tidak cukup hanya dilakukan tindakan represif akan tetapi harus
melalui penanaman akhlakul karimah. Tanpa upaya prefentif, segala bentuk upaya represif tidak akan
mampu menyelesaikan masalah, karena semua pelaku kejahatan selalu patah tumbuh hilang
berganti.
Di dalam menyongsong kemajuan zaman, bangsa Indonesia harus memiliki moral kualitas unggul.
Bangsa yang unggul dalam perspektif Islam adalah bangsa yang berakhlakul karimah. Hal ini selaras
dengan sabda Rasulullah:

َ ْ‫أ َ ْك َم ُل ا ْل ُمؤْ ِمنِ ْينَ إِ ْي َمانًا أَح‬


‫سنُ ُه ْم ُ ُخلُقًا‬

Artinya: “Sesungguhnya yang paling unggul di antara kamu adalah orang yang paling baik akhlaknya”
(H.R. Bukhari).

IV. Akhlaqul Karimah Sebagai Ajaran Agama Islam.

Seiring dengan kemajuan zaman, khususnya terkait dengan globalisasi telah terjadi pergeseran nilai-
nilai budi pekerti di masyarakat. Sesuatu sikap/perbuatan yang tadinya dipandang tabu seperti
berpakaian seronok(sexy), karena dampak globalisasi telah menjadi sesuatu yang biasa, yang tadinya
dipandang sebagai hal yang memalukan seperti kawin di luar nikah, karena iblis pandainya mengemas
godaannya sekarang telah menjadi hal yang biasa, dll. Akan tetapi kita sebagai orang iman harus
memahami bahwa akhlaqul karimah, bukanlah kultur yang bisa berubah karena kondisi, waktu dan
tempat. Akhlaqul karimah harus dipandang dan difahami sebagai ibadah yang menjadi perintah Allah
dan Rasulullah, saw. Firman Allah:

ٍ ُ‫) َو ِإنَّكَ لَعَلى ُخل‬


٤( ‫ق عَظِ ٍيم‬

Terjemahnya:
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) niscaya di atas budi pekerti yang agung /Akhlaqul karimah” (QS:
Alqolam:4)

V. Penerapan Akhlaqul karimah pada Lingkungan Keluarga

Beberapa contoh akhlaqul karimah anak kepada kedua orang tua:

1. Bertutur kata dengan bahasa yang halus.


2. Mohon ijin ketika akan bepergian dan pamitan dengan mencium tangan sewrta memohon doa
mereka.
3. Bila disuruh segera melaksanakan, selama tidak maksiat.
4. Bila dinasehati, anak mendengarkan dengan baik dan tidak memotong pembicaraan.
5. Bila berbicara supaya dengan nada yang rendah dari orang tua/ tidak membentak, atau
mengeluarkan kalimat yang kasar.
6. Senang membantu pekerjaan orang tua di rumah
7. Mendahulukan kepentingan/ perintah orang tuanya dari pada kepentingan diri sendiri.
8. Apabila makan bersama orang tuanya / keluarga orang tua diutamakan/didahulukan atau orang
tuanya diambilkan dulu dan tidak meninggalkan tempat sebelum orang tuanya selesai makan.
9. Jujur dan amanah, tidak bohong dan tidak berkhianat kepada orang tua.
10. Apabila berselisih pendapat dengan orang tuanya anak tetap menghargai pendapat orang tuanya.
11. Selalu mendoakan baik kepada orang tuanya.
12. Merawat orang tuanya ketika sedang sakit.
13. Meramut orang tuanya, utamanya ketika sudah tua.
14. Bila dipanggil segera memenuhi panggilannya sambil mendekat.

VI. Penerapan Akhlaqul karimah pada Lingkungan Masyarakat


Berikut beberapa contoh akhlaqul karimah dalam masyarakat:

1. Apabila bertemu dengan tetangga menyapanya.


2. Apabila melewati sekelompok masyarakat menyapa dengan sopan dan permisi.
3. Apabila naik kendaraan di dalam kampung dengan kecepatan rendah dan tidak menggeberkan
gasnya atau melepas sarangan knalpotnya.
4. Melayar warga yang meninggal dan memberikan sumbangan.
5. Membantu dan menjenguk warga yang sakit.
6. Memberikan sumbangan untuk pembangunan/ perbaikan rumah ibadah, pos kamling, jalan,
jembatan dll yang bersifat kepentingan umum.
7. Ikut serta dalam kegiatan gotong royong/ kerja bakti.
8. Membantu warga yang terkena musibah.
9. Mengikuti pertemua RT dan aktif memberikan ide-ide yang baik.
10. Menjaga keamanan lingkungan misalnya ronda.
11. Minta ijin apabila tidak dapat mendatangi undangan pada acara yang sudah rutin.
12. Berusaha menjadi penengah dalam masyarakat dan tidak memihak.
13. Apabila memiliki rezki yang lebih memberikan santunan kepada tetangga yang memerlukan.
14. Menyadari kekurangan kita dan mudah memaafkan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai