Anda di halaman 1dari 2

Berbicara Tentang Pendakwah:

>Tugas menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat amatlah dituntut dewasa


>ini memandangkan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kian hari kian
>hebat.
>
>Kita tak nafikan bahawa kesedaran untuk kembali beragama mula wujud di
>kalangan masyarakaat dewasa ini, tapi kita menghadapi masalah untuk membuat
>'pengisian' kepada permintaan tersebut.
>
>Untuk berceramah mungkin mudah tapi samada ceramah yaang disampaikan itu
>benar-benar menepati kehendak syarak atau mampu mendidik masyarakat itulah
>yang dipersoalkan.Mungkin boleh kita katakan bahawa yang bermasalah
>kadang-kadang pendakwah itu sendiri.
>
>Bagaimana masalah ini timbul? Antara faktornya para pendakwah memperolehi
>ilmu dengan tidak mengikut cara yang betul. Ada yang memperolehi ilmu cukup
>hanya dengan membaca. Kemudian hasil bacaan itu dijadikan bahan ceramah.
>Ada juga yang membuat kelas di masjid dengan mengajar kitab ulama tertentu
>tanpa ada 'ijazah' rasmi dari ulama tersebut. Bahkan kadang-kadang mereka
>mempelajari kitab tersebut tanpa berguru.
>
>Hal ini pernah penulis perhatikan pada seorang rakan yang berkelulusan
>Timur Tengah yang mengajar orang ramai ilmu agama berpandukan kitab yang
>dibacanya. Orang ramai yang dahagakan ilmu agama terus belajar daripadanya
>tanpa mengetahui bahawa guru yang mengajar mereka juga tidak memperolehi
>ijazah untuk mengajar kitab tersebut.
>
>Juga amat mendukacitakan pabila sesetengah pendakwah begitu keras dalam
>perkara yang tak sepatutnya berkeras. Sebaliknya dalam perkara yang
>sepatutnya bekeras seperti perkara akidah misalnya mereka berlembut pula.
>
>Contoh yang boleh kita bagi ialah ada sesetengah pendakwah yang mewajibkan
>perempuan menutup muka mereka iaitu dengan memakai purdah. Sedangkan ulama
>telah berijmak bahawa wajah perempuan bukan aurat seperti mana yang
>dinyatakan oleh Ibnu Hajar Al-Haithami seorang ulama terkenal dalam mazhab
>Syafie di dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Kubra. Ibnu Hajar menyebut: "Imam
>Haramain telah membawa ijmak bahawa harus bagi perempuan keluar daripada
>rumah tanpa menutup muka dan kaum lelaki pula hendaklah menundukkan
>pandangan mata mereka".
>
>Oleh itu bagi wanita yang mahu memakai purdah hukumnya sunat sahaja dan
>bukan wajib seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak. Orang yang
>mengatakan hukum memakai purdah wajib sesungguhnya telah melanggar ijmak
>ulama dan secara tak langsung mereka telah menghukum wanita-wanita yang
>keluar dari rumah mereka tanpa menutup wajah mereka sebagai telah melakukan
>maksiat dan melanggar perintah Allah.
>
>Tapi yang hairannya dalam perkara yang berkaitan dengan akidah pula mereka
>boleh berlembut. Misalnya jika ada orang yang beriktikad bahawa Allah
>tinggal di langit atau duduk di atas Arash maka mereka mengatakan bahawa
>masalah ini adalah masalah furuk (cabang) bukan masalah usul. Sedangkan
>orang yang beriktikad sedemikian adalah kufur dan keluar daripada agama
>Islam. Jadi bagaimana mereka boleh berkata bahawa masalah ini bukan masalah
>usul? Adakah dalam perkara akidah boleh ada dua pendapat?
>
>Contoh lain yang boleh dibagi tentang berkeras yang tidak kena pada

>tempatnya ialah seperti yang berlaku di sebuah negara Arab. Seorang mufti
>yang menjadi rujukan para pengikutnya dan orang ramai yang 'kagum' dengan
>ilmunya berfatwa bahawa lelaki tidak boleh mengajar kaum perempuan ilmu
>agama kerana baginya ia salah satu jalan ke arah kemungkaran!!.
>
>Mungkin beliau terlupa bahawa Rasulullah juga mengajar para sahabatnya yang
>terdiri dari kalangan wanita ilmu agama seperti yang dinyatakan oleh Imam
>Bukhari dalam sahihnya. Bahkan para sahabat Rasulullah juga belajar ilmu
>agama daripada isteri Rasulullah, Aisyah, dan tiada seorang pun di kalangan
>mereka yang mengatakan ianya haram. Ulama hadis Syam yang terulung di
>zamannya yang bernama Ibnu Asakir pula berguru dengan 300 orang wanita.
>Jadi harusnya hukum lelaki mengajar wanita ilmu agama adalah dimaklumi oleh
>semua umat Islam samada yang jahil ataupun yang alim. Tapi mufti tersebut
>telah mengharamkan apa yang diharuskan oleh agama!!.
>
>Yang peliknya dalam perkara yang sepatutnya dia berkeras dia tidak berkeras
>pula. Mufti tersebut pernah ditanya tentang hukum orang yang mencela Allah.
>Dia berfatwa bahawa orang tersebut tidak murtad!. Sedangkan orang yang
>mencela Allah adalah murtad dengan ijmak ulama seperti yang dinyatakan oleh
>Qadhi Iyadh Al-Yahsubi dalam kitabnya As-Syifa. Qadhi Iyadh berkata: "Tiada
>khilaf (ijmak) bahawa orang yang mencela Allah dari kalangan orang Islam
>adalah kafir".Lagi sekali mufti tersebut melanggar ijmak ulama.
>
>Begitu juga dalam masalah orang yang tidak mempercayai kenabian Nabi Adam.
>Mufti tersebut berfatwa bahawa orang yang tidak mempercayai kenabian Nabi
>Adam tidak jatuh kufur!. Sedangkan ulama telah berijmak bahawa sesiapa yang
>tidak mempercayai kenabian Nabi Adam maka dia jatuh kufur sepertimana yang
>dinyatakan oleh Abu Mansur Al-Baghdadi dalam kitabnya Usuluddin dan juga
>Ibnu Hazim dalam kitabnya Maratib Al-Ijmak. Ibnu Hazim dalam kitabnya
>Maratib Al-Ijmak meletakkan tentang kenabian Nabi Adan di dalam bab "Ijmak
>yang barang sesiapa mengingkarinya jatuh kufur
>
>Ini antara masalah daripada seribu masalah yang dihadapi oleh umat Islam
>masa kini. Pendakwah yang diharapkan membawa mereka ke jalan yang terang
>sebaliknya membawa mereka ke jalan yang gelap bahkan ke jalan kekufuran
>juga. Maka bagaimanakah kebangkitan Islam yang murni dan benar-benar
>berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah akan terlaksana?
>
>Sebelum mengundur diri, suka penulis membawa kata-kata Ibnu Sirin salah
>seorang ulama dari kalangan tabien yang masyhur yang mana beliau
>berkata:"Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka lihatlah daripada siapa
>kamu mengambil agama kamu".
>
>Semoga kita dikurniakan oleh Allah ilmu yang bermanfaat dan dimatikan kita
>semua di dalam iman. Sekian dahlulu daripada saya. Wassalam.
>
>Al-faqir ila rabbihi
>domination
>

Anda mungkin juga menyukai