Anda di halaman 1dari 11

Hebatnya keperibadian Rasulullah s.a.w.

yang begitu merendah diri walaupun baginda merupakan


pesuruh Allah swt.
Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka bah, beliau
mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: Ya Karim! Ya Karim! Rasulullah s.a.w.
menirunya membaca Ya Karim! Ya Karim! Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka bah, dan
berzikir lagi: Ya Karim! Ya Karim! Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya Ya
Karim! Ya Karim!
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang
gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: Wahai orang tampan!
Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi?
Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada
kekasihku, Muhammad Rasulullah.

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: Tidakkah engkau
mengenali Nabimu, wahai orang Arab ? Belum,jawab orang itu. Jadi bagaimana kau beriman
kepadanya ? Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah
melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya, kata
orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan
penolongmu nanti di akhirat ! Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada
dirinya. Tuan ini Nabi Muhammad?! Ya jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua
kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata
kepadanya: Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan
oleh hamba sahaya kepada tuannya,

Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman,
dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.


Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: Ya Muhammad! Tuhan
As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda :

Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.
Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua
amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar ! Setelah menyampaikan berita itu, Jibril
kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata:

Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan
hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya !

Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan ? Rasulullah bertanya kepadanya

Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa kebesaran maghfirahnya, jawab orang itu.
Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa
keluasan pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan
memperhitungkan pula betapa kedermawananNya!

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa
benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu
Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam
kepadamu, dan bersabda:

Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari
bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa
Allah tidak akan menghisab dirinya,juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah
sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti !

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak
berdaya menahan keharuan dirinya.

Hebatnya keperibadian Rasulullah s.a.w. yang begitu merendah diri walaupun baginda merupakan
pesuruh Allah swt.

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w
Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w
DIkirim oleh epondok di Februari 14, 2011
Rate This
Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-
dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan
kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali
tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat,
seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya
daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut
belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan
seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabiah al Adawiyyah dalam
syairnya: Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.
Selain memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW harus terdapat
pada dirinya bukti dan tanda berikut:
1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam
setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-
adab kehidupan Rasulullah SAW dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika
gembira atau pun sedih. Ikatan antara kasih dan taat ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT:
Katakanlah (wahai Muhammad), Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah
akan mengasihi kamu. (ali Imran: 31)
Namun semangat semata-mata tidak memadai jika tidak berpaksikan di atas ilmu yang kukuh. Lebih-
lebih lagi pada zaman fitnah ini, kegagalan seseorang itu mengenal mana satu Sunnah dan bidaah akan
memungkinkan terjebak ke dalam lubuk bidaah yang dianggap sebagai Sunnah. Akhirnya Sunnah
dipinggirkan dan bidaah ditegakkan.
Orang yang tersemat di dalam hatinya kasih yang sejati terhadap Rasulullah SAW juga, tidak akan
mempedulikan kemarahan manusia lain dalam usahanya mentaati Allah SWT dan Rasul SAW.
2. Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati
kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah
SAW, maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa
mengingati Baginda SAW.
Selaku umat Muhammad SAW, kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita
Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Maka kita
beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji dan berselawat kepada insan yang paling
kita cintai dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang memuji Nabi SAW serta lafaz selawat yang diajar
sendiri oleh Baginda SAW.
Kita juga dididik oleh Nabi SAW dan ulama pewaris Baginda SAW menghormati hari dan bulan
kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul SAW dan Isra Mikraj dengan mengisinya dengan pelbagai
amalan yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi SAW dalam kerangka ubudiah kepada Allah SWT.
Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.
Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan
begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa dimensi ini, menghayati agama boleh terasa gersang
dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar.
3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW;
untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap
kelibat wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih
sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.
Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menyorot kehidupan generasi sahabat. Misalnya,
kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa al Asyari r.a dan rombongan kaumnya
dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.
Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan
syair kegembiraan: Esok kita akan bertemu dengan para kekasih kita, Muhammad dan sahabat-
sahabatnya! Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan
Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi)
4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk
memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan
hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.
Berkata Ishaq al-Tujibi r.a, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW tidak akan
menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis
kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengannya.
Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama pada zaman kita
yang tidak mahu membesarkan dan menobatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW tetapi hanya
menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa olehnya. Seolah-olah Nabi SAW hanyalah
berperanan seumpama posmen penghantar surat atau orang suruhan bawahan!
Sedangkan apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu
hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi
dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya.
Mengasihi Nabi SAW
Ada juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran Sayyidina bagi Nabi SAW sedangkan
Nabi SAW lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut tetapi dalam masa yang sama mereka bebas
menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan mereka.
5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW
terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri
daripada kaum Muhajirin dan Ansar.
Mereka juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci
mereka dan keturunan mereka.
Hakikatnya, sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai oleh
orang yang dikasihinya.
Ini ialah sirah para Salaf al-Salih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi oleh Rasulullah SAW
sehinggakan terhadap perkara-perkara yang sekadar diharuskan dan digemari oleh nafsu (yang tidak
diharamkan oleh syarak).
Anas ibn Malik r.a misalnya, setelah melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di dalam dulang ketika
sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut sentiasa suka kepada labu.
6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya,
menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan
memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.
Allah SWT menjelaskan: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan
hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-
Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau
saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujadalah: 22)
Mereka yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda SAW yang telah
membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar dan kafir semata-mata
mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas RA menyatakan, di antara sahabat Baginda SAW yang
dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.
Beliau sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar r.a sanggup
berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan Badar, tetapi dihalang oleh
Rasulullah SAW. Inilah antara bukti cinta yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda SAW.
7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan
kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak
Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul
Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri.
Mengasihi al-Quran bererti membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan
meninggalkan larangannya.
8. Tanda kasih terhadap Nabi SAW juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya dengan
memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan
daripada mereka.
Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Oleh itu
marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwa semata-
mata?
Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan
kepada Rasulullah SAW!

.
Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin
mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana
itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah
saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang
membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda
Rasulullah saw:

((
)) ))


Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut
darah dan harta orang lain.[HR: Al-Bukhari]

AAM; BUKTI & TANDA CINTA TERHADAP RASULULLAH SAW
Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan
mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda
tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka
semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw.
Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut adalah:
1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda saw.
Mencontohi, mengikuti Rasulullah saw dan berjalan di atas manhaj Baginda saw serta berpegang
teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda saw adalah tanda pertama cintakan
Rasulullah saw. Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah saw adalah orang yang mengikuti
Rasulullah saw secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan
sunnah Rasulullah saw.
Orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan
menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan
mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan
perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman
Allah swt:


{Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta
kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad
di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik.}[Surah At-Taubah:24].
Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti
kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Allah swt
berfirman:


{Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.}[Surah Aali Imran:31].
Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal
yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda saw. Tidak mungkin ada orang yang
mencintai Rasulnya adalah orang yang tidak mahu mengikuti sunnahnya atau bahkan melakukan perkara
yang bercanggah dengan ajarannya dengan sengaja.
2. Banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa
mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan
dan kerberterusannya.
3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:


{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang
beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.}[Surah Al-
Ahzaab: 56].
4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah
berikan kepada Baginda saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan
martabat Baginda saw. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang
hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah saw.
Ulama menyatakan faedah yang boleh didapati daripada Selawat ke atas Nabi saw ialah: Seorang
ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya di dalam hati, mengingati kebaikan-kebaikan dan
perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda
kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak
menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta
dalam jantung hatinya.
Apabila keadaan ini kuat di dalam hatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-
kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta di dalam hatinya
dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya.
Fadhilat atau kelebihan berselawat ke atas Nabi saw sangat banyak dan sangat masyhur.
5. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda saw baik dalam menyebut nama atau
memanggilnya, kerana Allah swt telah berfirman:


{Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada)
Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui
orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan
bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga,
jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}.[Surah An-Nuur: 63].
Kata ulama: Adab yang tinggi terhadap Rasulullah saw adalah menerima sepenuhnya serta tunduk
patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya
tanpa ada penentangan dengan pemikiran maqul(masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan
pendapat para intelektual dan pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan
menerima, tunduk dan taat kepada Baginda saw sahaja.
6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa
membayarnya dengan harta dan keluarga.
Tanda kecintaan ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:
))

((.
Antara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari
mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.[HR Muslim].
7. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.
Sabda Rasulullah saw:
:

((

:
.))

Agama itu adalah nasihat. Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab:
Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin
seluruhnya. [HR Muslim, No.55].
Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya
dan mencintainya.
8. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar
sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullah
menyatakan: Antara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan
kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya serta
berakhlak dengannya sehingga Aisyah menyatakan:


Sesungguhnya Akhlak Baginda saw adalah Al Quran.[HR Imam Ahmad].
Ibnu Masud ra berkata: Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia
mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah
dan Rasul-Nya. [lihat: Huquq Al-Nabi 1/343].
9. Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya:
a. Ahlul-baitnya (keluarga)
Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata:
Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait. [lihat: Syuabul Iman:
1/282].
Ulama lain pula menyatakan: Di antara usul ahlus Sunnah wal Jamaah, mereka mencintai ahli bait
Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah saw
tentang mereka.
Kemudian beliau juga menyatakan: Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara,
kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai (harta rampasan perang) dan
memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah saw. [lihat: Majmu fatawa
3/407].
b. Para isteri Baginda saw.
Ahlus Sunnah Wal Jamaah menjaga keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak
sama seperti para wanita lainnya, kerana Allah telah membezakannya dalam firman-Nya:


{Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah sama seperti wanita yang lain.} [Surah Al-Ahzab: 32].
Menjadikan mereka sebagai ibu kaum mukminin dalam firman-Nya:


{Dan isteri-isterinya adalah ibu-ibumereka.} [Surah Al-Ahzaab:6].
Sehinggakan wajib bagi kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat
untuk mereka bersama Nabi saw dan memohon keampunan bagi mereka serta menzahirkan pujian dan
keutamaan mereka.

c. Para sahabat Baginda saw.
Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan:
Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah cinta kepada para sahabat Baginda saw, kerana
Allah telah memuji mereka dalam firman-Nya:


{Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-
orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan
Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan daripada sujud.[Surah
Al-Fath: 29].
Firman Allah swt juga:


{Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia
kepadamu di bawah pokok, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan
ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir
(waktunya). [Al-Fath:18].
Kemudian beliau ra menyatakan: Apabila mereka (para sahabat) telah mendapat kedudukan ini, maka
mereka memiliki hak daripada kaum muslimin untuk mencintai mereka dan mendekatkan diri kepada
Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia
mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai. [Lihat: Syuabul
Iman: 1/287].
Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Rasulullah saw bersabda:
))

((
Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu
berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga
separuhnya. [HR: Al-Bukhari]
10. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan
Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua
perkara yang menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:


{Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak
berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-
orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka
(yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka...} [Al-Mujaadilah: 22].
Seorang mukmin wajib memusuhi kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah.
Demikianlah sebahagian tanda dan bukti penting kecintaan kita kepada Rasulullah saw, semoga Allah
memudahkan kita untuk memiliki dan merealisasikannya dalam kehidupan seharian kita. Wabillahi taufiq.

Anda mungkin juga menyukai