Anda di halaman 1dari 3

Cinta Buat Rasulullah s.a.

w
 
‫عن أنس قال قال النبي صلى هللا عليه وسلم ال يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين‬
Terjemahan Hadis:
Daripada Sayyidina Anas r.a beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak akan sempurna (keimanan) seseorangpun daripada kalangan kamu sehingga daku menjadi orang
yang paling dikasihinya lebih daripada kasihnya terhadap  ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya:
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Beberapa pengajaran penting:

1. Hendaklah seseorang Muslim itu berusaha sedaya upaya untuk menanamkan rasa cinta dan
sayang kepada Rasulullah s.a.w melebihi cintanya kepada kedua ibu ayahnya, anaknya, teman-
temannya dan manusia seluruhnya kerana bagindalah insan mulia yang telah menyelamatkan kita
dari kesesatan dan kekufuran yang menjadi penyebab untuk kita dihindarkan dari api neraka Allah
s.w.t.

Oleh itu, perlu dingatkan betapa pentingnya peranan seorang ibu dan ayah di dalam mendidik anak-anak
mereka agar dapat menanamkan perasaan cinta dan sayang kepada baginda sejak dari kecil lagi supaya
apabila mereka telah dewasa nanti, mereka dapat menjadikan baginda sebagai ikon  pertama di dalam
hidup mereka yang selayaknya dicontohi

1. Tahap perasaan cinta dan kasihnya seseorang Mukmin kepada Rasulullah s.a.w adalah
bergantung kepada sejauh mana dia mengenali diri baginda serta mengkaji dan menelusuri kisah
dakwah dan perjuangan hidup baginda. Bagindalah insan yang pernah mengikat perutnya dengan
batu kerana menahan kelaparan, pernah mengalami luka-luka akibat dilontar dengan batu,
dilempari najis dan bangkai dan lain-lain lagi semata-mata kerana ingin menyampaikan iman dan
Islam kepada manusia agar Islam tertegak di atas muka bumi ini.

Jika seseorang Mukmin itu benar-benar memahami sejarah perjuangan baginda, pasti hati kecilnya akan
tersentuh dan sayu mengenangkan jasa dan pengorbanan baginda walaupun tidak pernah berjumpa dan
bertemu dengan baginda.

1. Cinta kepada baginda bukanlah hanya sekadar ucapan di bibir dan linangan air mata kerinduan
sahaja, tetapi cinta tersebut hendaklah dizahirkan dengan mengamalkan segala sunnah baginda,
mencontohi akhlak baginda di dalam setiap amal perbuatan, percakapan dan tingkah laku agar
perasaan cinta tersebut benar-benar dapat ditonjolkan dalam setiap tindakan dan tingkah laku
kita.

TADABBUR SURAH AL KAUTHAR


1)Surah Al Kauthar adalah surah makkiyyah iaitu diturunkan sebelum hijrah Nabi s.a.w. Surah ini
mengandungi 3 ayat dan surah yang paling pendek dalam Al Quran.
2)Surah ini diturunkan selepas turunnya surah Al A'diyat.
3)perkataan Al Kauthar pada ayat pertama ada beberapa penafsiran ulama'.
I ) Sungai yang Allah s.w.t janjikan kepada baginda s.a.w didalam syurga.
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w dalam shahih Muslim, daripada Anas, ia berkata, suatu saat Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam di sisi kami dan saat itu beliau dalam keadaan tidur ringan (tidak nyenyak).
Lantas beliau mengangkat kepala dan tersenyum. Kami pun bertanya, “Mengapa engkau tertawa, wahai
Rasulullah?” “Baru saja turun kepadaku suatu surah”, jawab beliau. Lalu beliau membaca,
‫َن الرَّ ح ِِيم ِإ َّنا َأعْ َط ْي َناكَ ْال َك ْو َثرَ َفصَ ِّل لِرَ بِّكَ َوا ْنحَ رْ ِإنَّ َشا ِنَئ كَ ه َُو اَأل ْب َت ُر‬ ِ ‫ِبسْ ِم هَّللا ِ الرَّ حْ م‬
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang . Sesungguhnya Kami telah
memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah shalat karena Rabbmu; dan berqurbanlah
Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus” (QS. Al Kautsar: 1-3). Kemudian
beliau berkata, “Tahukah kalian apa itu Al Kautsar?” “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”, jawab
kami. Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
‫ َف َيقُو ُل‬.‫ُوم َفي ُْخ َتلَ ُج ْالعَ ْب ُد ِم ْن ُه ْم َفَأقُو ُل رَ بِّ ِإ َّن ُه مِنْ ُأ َّمتِى‬ ْ ‫ُأ‬
ِ ‫َفِإ َّن ُه َن ْه ٌر َوعَ دَ نِي ِه رَ بِّى عَ َّز َوجَ َّل عَ لَ ْي ِه َخ ْي ٌر َكثِي ٌر ه َُو حَ ْوضٌ َت ِر ُد عَ لَ ْي ِه َّمتِى ي َْو َم القِيَا َم ِة آ ِن َي ُت ُه عَ دَ ُد ال ُّنج‬
َ‫ت َبعْ دَ ك‬ َ ‫َأ‬
ْ ‫مَا َت ْد ِرى مَا حْ دَ ث‬
“Al Kautsar adalah sungai yang dijanjikan oleh Rabbku ‘azza wa jalla. Sungai tersebut memiliki kebaikan
yang banyak. Ia adalah telaga yang nanti akan didatangi oleh umatku pada hari kiamat nanti. Bejana
(gelas) di telaga tersebut sejumlah bintang di langit. Namun ada dari sebahagian hamba yang tidak boleh
minum dari telaga tersebut. Allah berfirman: Tidakkah engkau tahu bahwa apa yang telah mereka lakukan
sesudahmu.” (HR. Muslim, no. 400).
ii) Al Kauthar membawa maksud kenikmatan dan kurniaan yang sangat banyak yang Allah s.w.t berikan
kepada baginda s.a.w sama ada di dunia dan akhirat dan telaga kauthar termasuk diantara kurniaan yang
banyak itu.pandangan ini antaranya said ibn jubair r.a. Antara kurniaan yang banyak yang Allah berikan
kepada baginda s.a.w adalah:
- berkata ikrimah al kauthar itu adalah kenabian dan ia merupakan antara kurniaan dan kebaikan yang
allah kurniakan kepada baginda s.a.w
-nama baginda sentiasa disebut disebut oleh umatnya selepas disebut nama Allah Azzawajalla pada
setiap kali laungan azan dan tasyahud dalam solat.
‫أشهد ان ال اله إال هللا و أشهد ان محمدا رسول هللا‬
Ini bermakna setiap detik dan saat nama baginda s.a.w disebut setelah disebut nama Allah s.w.t di
seluruh pelusuk dunia. Inilah dalil kekuasaan Allah s.w.t dan kurnian nikmat kepada baginda s.a.w.
- baginda diberikan Al Quran sebagai wahyu dan tasliyah kepada baginda s.a.w dalam menghadapi
pelbagai rintangan dari golongan musyrikin makkah.
-baginda s.a.w diberikan bantuan dan pertolongan oleh Allah dalam peperangan badar sehingga islam
semakin hebat dan memberi kegerunan kepada musuh.
-baginda adalah pemberi syafaat agung saat di padang mahsyar nanti
- umat baginda s.a.w adalah umat yang paling ramai akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.
-baginda s.a.w diberikan telaga yang akan diminum oleh umat baginda s.a.w saat dipadang mahsyar dan
dikurniakan sungai yang dinamakan al kauthar didalam syurga.
Serta banyak lagi kurniaan dan nikmat yang diberikan kepada kekasih kita baginda s.a.w.
4) kemudian dalam surah ini Allah s.w.t memerintahkan agar mendirikan solat kerana Allah sebagai tanda
syukur diatas kurniaan dan nikmat yang diberikan serta melakukan sembelihan korban kerana Allah untuk
mendampingkan diri kepada Allah bukan dengan lainnya. Perintah ini adalah sebagai dalil mentauhidkan
Allah dan melakukan amal semata-mata kerana Allah.
5)Surah ini diakhiri dengan Allah s.w.t menempelak golongan yang membenci Nabi s.a.w dan mendakwa
baginda telah terputus keturunan diatas kematian anaknya. Lalu Allah s.w.t menjelaskan bahawa mereka
yang membenci itulah sebenarnya terputus sekalipun mereka mempunyai anak yang ramai tetapi mereka
terputus dari mendapat rahmat Allah. Sedangkan baginda s.a.w walaupun kematian anak lelakinya tetapi
baginda s.a.w diberikan kurniaan dan nikmat yang banyak disisi Allah, nama baginda tidak lekang dibibir
umatnya yang sentiasa menyebut nyebutnya setiap hari bergandingan dengan nama Allah s.w.t. Bahkan
orang beriman semenjak zaman baginda s.a.w sehinggalah pada hari kiamat nanti menjadi umat baginda
s.a.w.
6)semoga kita semua tergolong dalam kalangan umat baginda s.a.w yang benar -benar menyayangi dan
mencintai baginda s.a.w dengan mengikuti apa yang dibawa oleh baginda s.a.w dan mengikuti
sunnahnya serta kita dapat menjadi diantara umat baginda s.a.w yang terpilih untuk minum di telaga
baginda s.a.w dan moga kita dijauhkan dari menjadi golongan yang terhalang untuk meminumnya.

Anda mungkin juga menyukai