Anda di halaman 1dari 5

Jika disebut nama Muhammad s.a.

w, pastinya kita akan terbayang seorang rasul yang agung, seorang nabi yang dijunjung
serta seorang komander perang yang disanjung. Walaupun dengan segala kuasa yang ada ditangannya, pada hakikatnya,
beliau adalah seorang insan biasa yang diturunkan kepadanya wahyu namun pada masa yang sama memiliki segala nilai-
nilai insani yang murni di dalam dirinya.
Maka kita tidak dapat meminggirkan diri kita dari mencontohi akhlak dan keperibadian yang ditunjukkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Maka itu, ketika Aisyah r.a ditanya tentang akhlak Nabi Muhammad saw, ia menjawab bahwa : “
Akhlaknya adalah Al Quran “. ( HR. Ahmad dan Muslim ). Ternyata, jika kita mengkaji Al-Quran dengan mendalam, pasti
kita akan mendapati betapa banyak sekali pengajaran-pengajaran yang mulia dan berharga untuk kita amalkan. Bukan itu
sahaja, Allah s.w.t. sendiri mengakui akan kemuliaan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. dengan firmanNya dalam surah Al-
Ahzab pada ayat 21: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu yaitu bagi orang yang
mengharap ( rahmat ) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Alah.“ Allah s.w.t berfirman lagi dalam
surah Al-Qalam pada ayat 4: ” Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Suri teladan yang baik
Jika masih ada sebahagian manusia yang meragui akan kemulian akhlak Nabi Muhammad s.a.w., suruhlah mereka mengkaji
sejarah hidup beliau, pasti mereka akan mengangguk kepala dan mengiyakan kebenaran firman Allah s.w.t yang disebutkan
tadi. Tidak ada manusia pun yang lebih tawadhuk darinya. Beliau adalah seorang insan yang memiliki kelembutan dalam
pergaulan sesama isteri-isterinya dan sentiasa menyayangi sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang ada di sekelilingnya
dan selalu memaafkan walaupun jiwa dan dirinya dilukai. Sikapnya yang jujur dan sabar menbuatkan orang-orang di
sekelilingnya mencintai dan menyayanginya. Sehinggakan kesemua ucapan, kata-kata dan bacaaannya serta tangisannya
memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap diri setiap insan yang hidup sezaman dengannya.
Untuk kita merasakan kesan yang sama dari seorang insan yang telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun tidaklah mustahil
kerana beliau telah meninggalkan sebuah harta selain kitabullah yang tidak ternilai bagi umatnya yang hidup selepasnya .
Harta yang dimaksudkan ialah hadith-hadithnya. Maka untuk kita merasakan kesan dari seoranginsan yang bernama
Muhammmad s.aw., haruslah kita mengikuti dan mencontohi segala kata-kata dan tingkah lakunya untuk kita menikmati
kesenangan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya sifat-sifatnya yang terpuji sangatlah banyak, namun penulis
akan menyenaraikan beberapa sifat-sifat dan sikap-sikap Nabi Muhammad s.aw. yang terpuji serta menyajikan sekali hadith-
hadithnya untuk renungan dan pengahayatan bersama.
Sifat-sifat dan sikap-sikap Nabi Muhammad s.aw. yang terpuji:

1. Tawadhuk

v Dari Umar bin Khattab r.a. berkata: Rasulullah berpesan: “ Janganlah kamu semua melampaui batas semasa
memujiku, sebagaimana orang nasrani melampaui batas memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba,
oleh itu katakanlah aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” (HR Bukhari dan Tirmizi)
v Dari Amarah berkata: Seseorang bertanya kepada Aisyah: Apakah yang Rasulullah lakukan di rumah? Aisyah
menjawab: Beliau sama seperti orang lain. Beliau menjahit pakaian, memerah susu kambing dan menyiapkan
keperluan diri beliau sendiri. (HR Bukhari dan Tirmizi)

1. Lemah lembut

v Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w mencium salah satu isterinya ketika beliau sedang berpuasa , kemudian dia
(isterinya) tertawa". (HR. Muslim)
v Ibn Asaakir meriwayatkan dari Aisyah ra. Bahwasanya Rasulullah sa..w berkata kepadanya: " Apakah engkau rela
menjadi isteriku dunia akhirat? Beliau menjawab: ya aku rela. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata:  "engkau adalah
isteri saya dunia dan akhirat." (Berkata Albany di silsilatus sahih: HR. Hakim).

1. Penyayang

v Aisyah r.a. berkata; Pada suatu hari, Nabi s.a.w menemui dan bertanya, “Apakah kamu mempunyai makanan?” kami
menjawab, Tidak. Beliau bersabda: “Kalau begitu, saya akan berpuasa.” Kemudian beliau datang lagi pada hari
yang lain dan kami berkata, Wahai Rasulullah, kita telah diberi hadiah berupa Hais (makanan yang terbuat dari
kura, samin dan keju). Maka beliau pun bersabda: “Bawalah kemari, sungguhnya dari pagi tadi aku berpuasa,”
maka beliau makan. (HR. Muslim)

1. Pemaaf

v Dari Aisyah r.a berkta: Rasulullah bukan seorang yang bersifat keji dan tidak pernah bersikap keji. Beliau bukan
seorang yang suka berteriak di pasar. Beliau tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, akam tetapi suka
memaafkan. (HR. Tirmizi)

1. Jujur

v Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya jujur itu membawa kebaikan dan kebaikan itu membawa ke surga,
sesungguhnya orang yang berkata benar maka orang tersebut dicatat sebagai orang yang paling jujur.
Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu mengantarkan ke neraka dan orang yang
dusta maka akan ditulis di sisi Allah sebagai orang yang paling dusta.” (HR. Bukhari)

1. Sabar

v Rasulullah SAW bersabda: “Sangat mengagumkan bagi seorang mukmin, sebab segala urusannya sangat baik, dan
tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu
sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (HR Muslim)

1. Percakapan Nabi s.a.w.

v Asiyah r.a berkata: Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti kamu semua. Beliau selalu bercakap dengan
jelas dan terperinci, sehingga orang yang mendengar dapat menhafal apa yang mereka dengar. (HR. Tirmizi dan
Abu Daud)
v Dari Anas bin Malik bercerita: Rasulullah mengulangi percakapan beliau sehingga tiga kali supaya difahami (oleh
mereka yang mendengar) (HR. Tirmizi dan Bukhari)

1. Bacaan Nabi s.a.w.

v Ya’la bin Mamlak melaporkan, dia bertanya kepada Ummu Salamah mengenai cara Rasulullah membaca
Quran. Ummu Salamah menjelaskan, Rasulullah membaca Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan. (HR.
Abu Daud, Tirmizi dan Nasa’i)

1. Tangisan Nabi s.a.w.

v Dari Abdullah asy-Shikhkhair berkata: Aku mengunjungi Rasulullah semasa beliau sedang solat.  Pada masa itu,
terdenganr tangisan beliau yang berbunyi seperti air sedang menggelegak. (HR. Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i dan
Ibnu Khuzaimah)
v Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah mencium Utsman bin Mazh’un yang sudah meninggal dengan air mata yang
berlinangan. (HR. Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah)

1. Nabi s.a.w sukakan wangi-wangian

Dari Aisyah r.a berkata: Aku berikan kepada Nabi saw. wangi-wangian yang paling beliau sukai sehingga saya lihat
minyak wangi mengkilap di kepala dan janggut beliau. (HR Bukhari)
Penutup
Wahai pembaca yang dikasihi, sesungguhnya contoh-contoh tauladan yang disebutkan di atas hanyalah sedikit sahaja
dari amalan-amalan murni yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad s.w.a. Dari sifat dan sikapnya yang murni
sehingga pergaulan sehariannya itu telah dapat memberikan gambaran betapa tingginya keperibadiannya yang tiada
tolok bandingnya. Maka itu, jika kita ingin mendapatkan kesejahteraan dan kesenangan yang hakiki di dunia dan
akhirat, tidak ada insan yang wajar diikuti akhlak dan keperibadaiannya selain daripada Nabi Muhamamd s.a.w.
Marilah sama-sama kita mula mencontohi amalan-amalan Nabi muhammad s.a.w. sedikit demi sedikit jika tidak boleh
melakukannya semua dalam suatu masa dalam rangka menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah s.w.t di
permukaan bumi ini.

Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

-Empat sifat terpuji yang dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. ialah

(a) berkata benar (siddiq)

(b) boleh dipercayai (amanah)

(c) penyampaian ajaran Islam (tabliq)

(d) bijaksana (fatanah)

- Orang Arab Quraisy mengakui Nabi Muhammad s.a.w. memiliki sifat siddiq semasa berdakwah di Makkah.

-Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang yang jujur, amanah dan berbudi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda
sentiasa dipercayai sehingga baginda diberikan gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
-Panggilan 'al-Amin' ini juga menjadi sebati dalam kalangan masyarakat Arab sehingga nama Muhammad tidak digunakan.

-Sifat inilah yang menyebabkan Siti Khadijah berani menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk menjalankan
perniagaan.

-Baginda menyampaikan ajaran agam Islam dengan bersungguh-sungguh selepas baginda dilantik menjadi rasul. Hal ini
dilakukan oleh baginda walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.

-Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang pengasih

(a) Sebagai seroang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaiann
yang koyak, membersihkan rumah dan menjaga anak.

(b) Sebagai seorang bapa, baginda memberikan pendidikan agam yang secukupnya dan menjadi contoh yang baik kepada
anak-anak.

-Baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana. Sifat kebendaan dijauhi oleh baginda.

-Baginda juga seorang yang sentiasa merendah diri walaupun baginda berkedudukan tinggi dan dihormati masyarakat.
Baginda bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya mahupun yang miskin.

-Baginda seorang yang bersifat penyayang, khususnya terhadap golongan orang tua dan kanak-kanak.

-Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang bersifat pemaaf. Contohnya, semasa pembukaan semula kota Makkah pada tahun
630 M, orang Arab Quraisy yang telah dikepung diampun dan dibebaskan baginda.

-Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang mempunyai sifat kepimpinan. Hal ini jelas menonjol ketika baginda berusia 35
tahun apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah dalam peristiwa peletakan Hajar Aswad (batu hitam) di tempat asalnya
di Kaabah. Hal ini seterusnya dapat memperkukuh perpaduan antara kaum di Makkah.

Pendahuluan :

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.

1-Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan ( 16 Ogos 610M ) iaitu srah Al Alaq dan dilantik secara rasmi
sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.

2-Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian
dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa
sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani.

3-Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja
seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani.

Isi :

Kepemimpinan Nabi :

Sebagai Pemimpin Agama :

1-Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat terpuji ).

2-Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia

3-Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat – sifat
sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah.
Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot
untuk membunuh nabi.
4-Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa
walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT

5-Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa,
zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al Quran
dan hadis.

6-Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al Quran dan hadis

Sebagai Pemimpin Politik :

1-mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.

2-Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara
ketua – ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad
dipenjuru Kaabah.

3-Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu dan dua

4-Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah

5-Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke Habsyah dan Mesir.

6-Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif.

Sebagai Pemimpin Tentera :

1-menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan

2-menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda

3-akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.

4-Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt

5-Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.

6-Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil
kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari
medan perang atau kaum – kaum yang lemah.

7-Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islanm.

8-Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:

*Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya

*Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang

*Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati.

*Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.

*Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.

*Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.

*Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.

*Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.

*Patuh kepada ketua.

*Tidak boleh lari dari medan peperangan.

*Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.


Sebagai Pemimpin Masyarakat :

1- berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.

2- Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan
bantu membantu kea rah kebaikan.

3- Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.

4- Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.

5-Menaikkan taraf wanita .

6-Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan
Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ).

7-Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing –masing.

8-Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing contohnya Sa’d
bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti
kesalahan bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan bani
Quraizah

Ketua Hakim :

1-Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.

2-Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.

3-Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri
akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi.

Sebagai Perancang Ekonomi :

1-Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam
bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.

2-Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi

Kesimpulan :

1-Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi
baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, social, ekonomi dan pertahanan.

2-Kepimpinan nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai