Anda di halaman 1dari 30

Rumi yang senang dibaca:

1. Bismillah hir-rohmaa nir-rohim.


2. Alhamdu lilahi robbil'alamin.
3. Ar rohmanir-rohim.
4. Maliki-yawmiddin.
5. Iyaka na'budu wa-iyyaka-nast'ain.
6. Ihdinos sirothol mustaqim.
7. Sirothol-lazina an'amta 'alaihim. Gh'oiril
ma'dhubi 'alaihim walad-dhollin
Terjemahan:
1. Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
2. Pujian bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam,
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
4. Yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari Akhirat),
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami
sembah, dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan,
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau
telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai
ke atas mereka, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.
2. Selawat Tafrijiyah
Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang
bermaksud sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika
diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah salawat yang sempurna dan curahkanlah
salam kesejahteraan yang penuh kepada junjungan kami Nabi Muhammad, yang
dengan sebab beliau semua kesulitan dapat terpecahkan, semua kesusahan dapat
dilenyapkan, semua keperluan dapat terpenuhi, dan semua yang didambakan serta
husnul khatimah dapat diraih, dan berkat dirinya yang mulia hujanpun turun, dan
semoga terlimpahkan kepada keluarganya serta para sahabatnya, di setiap detik dan
hembusan nafas sebanyak bilangan semua yang diketahui oleh Engkau.”

Dalil Kepada Selawat Ini:

Selawat ini pada umumnya bukanlah selawat yang dikurniakan terus daripada
Rasulullah SAW tetapi ini merupakan selawat yang dikarang oleh para alim ulama
yang soleh dengan ilham dan kurniaan dari Allah SWT. Walaupun kedua-dua selawat
ini bukan daripada Nabi SAW, para ulama membolehkan mengamalkannya kerana
kandungannya memuji Nabi dan mengagungkan baginda SAW. Allah SWT menyuruh
kita memuji dan mengagungkan baginda.

Abu Umamah meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Berbahagialah orang yang


melihatku dan beriman kepadaku dan berbahagialah tujuh kali bahagia orang yang
tidak melihatku walhal ia beriman kepadaku. (Hadis Rwayat Ahmad)

3. Selawat Munjiyah
Selawat ini bermaksud penyelamat. Apabila seseorang mengamalkannya seperti
sebuah zikir, maka ia akan menjadi penyelamat dari segala sesuatu perkara yang tidak
diinginkan untuk berlaku.
Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi
Muhammad SAW yang melaluinya Engkau akan menyelamatkan kami dari semua
keadaan  yang menakutkan dan membahayakan, dengan rahmat itu Engkau akan
mendatangkan semua hajat kami  dan membersihkan semua keburukan kami,
mengangkat kami pada derajat tertinggi, menyampaikan kami pada puncak tujuan,
dari semua kebaikan di waktu hidup dan sesudah mati.”

Dalil Kepada Selawat Ini:

Selawat munjiyat ini juga memiliki kronologi yang menakjubkan yang mana dalam
kitab Nudhah Al-Majalis wa Muntakhab An-Nafais karya Syekh Abdurrahman bin
Abdissalam Ash-Shafuri:

Sebagian orang arif berkata: ‘aku berada di kapal, kemudian badai berembus kencang,
hampir saja menyebabkan kami tenggelam. Lalu aku (tertidur dan) melihat Rasulullah
SAW dalam mimpi, Rasulullah bersabda:

“Katakan pada mereka, bacalah doa Allaahumma sholli ‘alaa sayyidinaa


muhammadin sholaatan tunjiinaa bihaa min jamii ‘il ahwaali wal aafaati wataqdhi
lanaa bihaa jamii ‘alhaajaati watu thohhirunaa bihaa min jamii ‘issayyi-aati, watar fa
‘unaa biha ‘indaka a’laddarojaati watuballighunaa bihaa aqshol ghooyaati minjamii ‘il
khoirooti fil hayaati waba’dal mamaat. Lalu aku terbangun dan kami ucapkan bacaan
selawat tersebut dan angina pun terdiam atas izin Allah SWT.”

4. Selawat Fatih
Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin
bin Abul Hasan al-Bakry RA yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada
Allah SWT selama 18 tahun di Mekah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala
selawat kerana mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama
Allah yang maha agung.
Maksudnya: “Ya Allah rahmati dan berkati penghulu kami Nabi Muhammad,
pembuka apa yang tertutup, penamat bagi yang telah sudah, penolong bagi yang hak,
penunjuk kejalan yang lurus. Selawat dan salam ke-atas nya juga keluarga dan
sahabatnya..sebagaimana yang selayaknya..dengan darjat dan kedudukan yang tinggi
dan mulia.”

Dalil Kepada Selawat Ini:

Rasulullah SAW bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi
kesalahan kalau hendak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi
yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.

Sedangkan ulama adalah pewaris ilmu yang unggul sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu
Dawud, at-Tirmizi dan Ibn Majah)

5. Selawat Syifa
Syifa bermaksud penawar atau ubat. Segala sesuatu penyakit akan ada penawarnya.
Selawat ini menjadikan keberkahan Nabi Muhammad SAW sebagai penawar atas
kurniaan Allah SWT untuk penyembuhan sesuatu.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW
yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan
juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas
keluarga dan sahabatnya.”

Dalil Kepada Selawat Ini:

Selawat ini juga tiada dalil yang sahih untuk dikongsikan, tetapi berdasarkan hadis di
bawah ini cukup memadai untuk selawat ini jelas boleh diamalkan kerana ia
mempunyai unsur-unsur ucapan yang baik.

Abdullah bin Mas’ud berkata: Apabila kamu semua selawat kepada Rasulullah SAW,
maka buatlah sesuatu yang bagus terhadap beliau, siapa tahu mungkin selawat kamu
itu diberitahukan (disampaikan) kepada beliau. Lalu mereka bertanya: Ajarkanlah
kami cara bersolawat yang bagus kepada beliau! Lalu beliau (Abdullah bin Mas’ud)
menjawab: katakan, Ya Allah jadikanlah segala selawat, rahmat, berkahmu, kepada
Sayyid para rasul, pemimpin orang-orang yang bertakwa, penutup para nabi, yaitu
Muhammad Hamba dan Rasul-Mu, pemimpin dan pengarah kebaikan dan rasul yang
membawa rahmat. Ya Allah anugerahilah beliau maqam terpuji yang menjadi
harapan orang-orang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian. (Hadis Riwayat
Ibn Majah)

6. Selawat Badriyah
Selawat ini cukup sinonim dengan kisah dari peperangan badar yang berlaku buat
pertama kali oleh umat Islam di Madinah.  Ia merupakan isyarat kemenangan bukan
sahaja pada peperangan tetapi juga pada kemuliaan umat Islam yang berpegang teguh
pada tali agama Allah.
Maksudnya: “Selawat dan Salam dilimpahkan Tuhan Atas Nabi Muhammad Pesuruh
Allah. Selawat dan Salam dilimpahkan Tuhan Atas Nabi Muhammad Kekasih Allah.
Kami Bertawassul dengan Bismillah Dan Pembawa Petunjuk, Utusan Allah. Semua
yang berjihad di jalan Allah Khususnya pejuang Badar, Ya Allah. Ya Allah
selamatkanlah Umat Islam Dari malapetaka dan kemurkaan Mu. Dari segala kedukaan
dan kesusahan Dengan berkat pejuang Badar, Ya Allah. Ya Allah lepas dan
hilangkanlah Segala yang menyakiti dan balikkanlah. Perdaya musuh, kasihanilah
kami Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah. Ya Allah lepaskan kami dari kesusahan
Dan kehancuran kerana maksiat. Segala macam ujian dan penyakit Dengan berkat
pejuang badar, Ya Allah. Banyak rahmatMu sudah diterima Banyak kerendahan yang
telah di singkir. Banyak nikmatMu yang telah dikecap Dengan berkat pejuang badar,
Ya Allah 6. Cukup banyak kemampuan yang Engkau beri selama ini. Cukup banyak
kenikmatan Engkau rasakan pada yang berhajat. Cukup banyak kesalahan Engkau
maafkan pada yang berdosa. Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah. Sesungguhnya
bumi yang luas terasa sempit. Dalam dada orang yang tertimpa bala. Lepaskan kami
dari cubaan yang menyusahkan. Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah.”

Dalil Kepada Selawat Ini:

Selawat Badar berisi pujian-pujian kepada Rasulullah SAW dan Ahli Badar (para
sahabat yang mati syahid dalam perang Badar). Berbentuk syair, dan dinyanyikan
dengan lagu khas. Selawat ini digubah oleh Kiai Ali Mansur, salah seorang cucu dari
KH. Muhammad Shiddiq Jember, pada tahun 1960.

7. Selawat Ummi
Selawat ummi jika diamalkan 80 kali pada hari Jumaat, boleh diampunkan dosa
sebanyak 80 tahun dengan izin Allah SWT.
Bahasa Rumi: Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammadin a’bdika warasulika
nabiyya ummayya wa a’la alihi wasohbihi wasallam

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkan rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad


SAW sebagai hamba-Mu, Nabi-Mu dan Rasul-Mu, Nabi yang ummi; Dan ke atas
keluarga dan para sahabatnya kesejahteraan.”

Dalil Kepada Selawat Ini:

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada
hari Jumaat, Allah SWT akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun Telah
ditanya; Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah selawat itu?”
Ayat Seribu Dinar

Anda mungkin juga menyukai