petikan dr ukhwah.com
Semoga Artikel ini dapat memberikan kesedaran kepada
kita.......InsyaALLAH!!
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah
aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”.
(Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda
Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia
tidak dapat menahan kesedihannya. Abu Bakar r.a. pulang ke rumah lalu mengunci
pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a. menangis dari pagi hingga ke
malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat
yang lain. Maka berkumpullah para sahabat r.a. di depan rumah Abu Bakar r.a. dan
bertanya: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga
begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah
sempurna."
Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat r.a. maka Abu Bakar r.a. pun
berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang
menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah
sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat
tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan
Husin menjadi yatim dan para isteri Rasulullah menjadi janda." Setelah mereka
mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran
kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan
mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus
memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang kejadian yang mereka saksikan itu.
Berkata salah seorang dari para sahabat r.a., "Ya Rasulullah, kami baru
kembali dari rumah Abu Bakar dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara
yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan
dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas
beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.
Sebaik Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a., Rasulullah s.a.w.
melihat kesemua mereka menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah
kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata, "Ya Rasulullah, Abu Bakar
mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah
dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?."
Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar adalah benar,
dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia
pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula
mengeletar seluruh tubuhnya, para sahabat yang lain pula menangis sekuat yang
mereka mampu. Sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada di langit,
cacing-cacing, semua binatang baik yang ada di darat maupun yang ada di laut semua
menangis. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat r.a. satu demi
satu dan berwasiat pada mereka.
Pada satu hari, baginda s.a.w. menyuruh Bilal r.a. azan untuk mengerjakan
solat. Para Muhajirin dan Ansar pun berkumpullah di masjid Rasulullah s.a.w.
Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solah dua rakaat bersama semua yang hadir.
Setelah selesai solat, baginda s.a.w. bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
"Alhamdulillah, wahai para muslimin. Sesungguhnya aku adalah seorang nabi yang
diutus dan mengajak orang ke jalan Allah dengan izin-Nya. Dan aku ini adalah sebagai
saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah.
Oleh itu, kalau ada sesiapa ada hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan
membalasi aku sebelum aku dituntut di hari Qiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata sebanyak tiga kali, lalu bangunlah seorang lelaki bernama
'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah, kalau
kamu tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu aku tidak mahu
mengemukakan ini."
Lalu 'Ukasyah r.a. berkata lagi: "Sesungguhnya dalam perang Badar aku
bersamamu ya Rasulullah. Pada masa itu aku mengikuti unta kamu dari belakang.
Setelah dekat, akupun tuun menghampiri kamu dengan tujuan supaya aku dapat
mencium paha kamu, tetapi kamu telah mengambil tongkat dan memukul unta kamu
untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu akupun kamu pukul pada tulang
rusukku. Aku hendak tanya samada kamu sengaja memukul aku atau hendak memukul
unta tersebut."
Setelah Bilal r.a. sampai di rumah Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun memberi
salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata:
"Siapakah di pintu?." Bilal r.a. menjawab: "Aku Bilal, aku telah diperintahkan oleh
Rasulullah untuk mengambil tongkat baginda. "Kemudian Fatimah r.a. berkata:
"Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai
Fatimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah
r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash
Rasulullah?" Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a. Setelah Fatimah r.a.
memberikan tongkat tersebut, maka Bilal r.a. pun membawa tongkat itu kepada
Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a.
maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah r.a.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke
depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah tetapi
kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu
Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar,
Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan
tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata, "Wahai
'Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah oleh itu kamu
pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah". Lalu Rasulullah s.a.w.
berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan
tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan r.a. dan Husin r.a. bangun
dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah
cucu Rasulullah, kamu qishashlah kami sama jika kamu ingin menqishash Rasulullah"
Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai buah hatiku
duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah aku
kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah r.a. berkata: "Ya Rasulullah, anda telah memukul aku
sewaktu aku tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah
Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah
'Ukasyah r.a. melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan
berkata, "Aku tebus kamu dengan jiwa ku ya Rasulullah, siapakah yang sanggup
memukul kamu. Aku melakukan begini adalah sebab aku ingin menyentuh badan kamu
yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badan ku. Dan Allah S.W.T. menjaga aku
dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah
kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap
peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai
'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi
darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah di dalam syurga."
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Ketika ajal Rasulullah s.a.w. sudah dekat, baginda
mengumpul kami di rumah Siti Aisyah r.a. Kemudian baginda s.a.w. memandang kami
sambil berlinangan air mata dan bersabda: "Marhaban bikum, semoga Allah S.W.T.
memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah S.W.T. menyayangi, menolong dan
memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa
kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk
kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah S.W.T."
Allah S.W.T. berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk
orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di
muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal kamu ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab:
Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah S.W.T., ke Sidratul Muntaha
dan ke Jannatul Makwa serta ke Arasy."
Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan kamu ya Rasulullah? Rasulullah
s.a.w. menjawab: "Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku,
Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah
menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri
apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih."
Kami bertanya: "Siapakah yang akan mensolatkan baginda di antara kami?"
Kami menangis dan Rasulullah s.a.w. pun turut menangis. Kemudian baginda s.a.w.
bersabda: "Tenanglah, semoga Allah S.W.T. mengampuni kamu semua. Apabila kamu
semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku,
di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Setelah itu kamu semua keluarlah
sebentar meninggalkan aku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah
sahabatku Jibril. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Izrail berserta bala
tenteranya. Kemudian masuklah kamu dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang
mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya,
dan kemudian kamu semua."
Setelah itu para sahabat r.a. menangis dengan nada yang keras dan berkata,
"Ya Rasulullah kamu adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua,
yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila kamu sudah tiada nanti kepada
siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?" Kemudian Rasulullah
s.a.w. berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan
yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua
penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang
pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu
persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada
Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia
dengan mengambil pelajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. pun
bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering
diziarahi oleh para sahabat r.a. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah
s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit
Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. menyelesaikan azan subuh, maka
Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. kemudian memberi salam:
"Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah."
Lalu dijawab oleh Fatimah r.a., "Rasulullah masih sibuk dengan urusan beliau."
Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali
ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu. Apabila waktu subuh hampir
hendak lupus, lalu Bilal r.a. pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi
salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah
s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku
ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh
berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah
s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas
kepala dengan berkata: "Aduh musibah. Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak
dilahirkan ibuku?"
Setelah Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar
r.a. tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. pesankan kepadanya. Ketika Abu Bakar
r.a. melihat ke tempat Rasulullah s.a.w. yang kosong, sebagai seorang lelaki yang
lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya
ia pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat r.a. dalam
masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah
apakah yang telah berlaku?." Siti Fatimah r.a. menjawab: "Orang-orang menjadi
bising dan bingung kerana Rasulullah tidak ada bersama mereka." Kemudian
Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas r.a., lalu Rasulullah s.a.w.
bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w.
sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para
jemaah.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap. Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. melihat
kepada orang ramai dan berkhutbah: "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa
dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua
bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya
aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama
aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Dengan suara terbatas Rasulullah
s.a.w. bersabda, "Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku.
Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang
mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Pesanan ringkas itu diakhiri
dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w. yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu. Abu Bakar r.a. menatap mata itu dengan berkaca-kaca,
Umar r.a. dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman r.a. menghela
nafas panjang dan Ali r.a. menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah
datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah s.a.w. akan meninggalkan kita semua." Keluh
hati semua sahabat r.a. kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan
tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat. Tatkala Ali r.a. dan Fadhal r.a.
dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika
turun dari mimbar, kalau mampu, seluruh sahabat r.a. yang hadir pasti akan menahan
detik-detik dari terus berlalu.
Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah baginda. Matahari kian tinggi, tapi
pintu rumah Rasulullah s.a.w. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah s.a.w.
sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah
kurma yang menjadi alas tidurnya.
Kemudian Allah S.W.T. mewahyukan kepada malaikat lzrail, "Wahai lzrail, pergilah
kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut
ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali.
Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan
kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu
masuk maka hendaklah kamu kembali padaKu."
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka malaikal
lzrail pun turun dengan menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail
sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam,
"Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah
r.a. tidak mengizinkannya masuk, "Wahai Abdullah (Hamba Allah), maaflah, ayahku
sedang sakit," kata Fatimah r.a. yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian Fatimah r.a. kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka
mata. Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini
seruan malaikat itu telah didengari oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. bertanya
pada Fatimah r.a., "Siapakah itu wahai anakku?"
Fatimah r.a. menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayahanda, saya katakan kepadanya
yang ayahanda dalam keadaan sakit. Ia memanggil dengan suara yang menggetarkan
sukma." Rasulullah s.a.w. lantas berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah
orang itu?." Jawab Fatimah r.a., "Tidak ayahanda."
"Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam
nafsu syahwat, yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan
semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air
matanya lagi. Setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan
bermula, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan
Fatimah r.a. maka Baginda SAWpun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai
Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan
daku."
Berkata Anas r.a.: "Ketika aku lalu di depan pintu Aishah, ku dengar dia
sedang menangis sambil mengatakan: "Wahai orang yang tidak pernah memakai
sutera. Wahai orang yang keluar dari dunia dari perut yang tidak pernah kenyang
dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai
orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'iir"
Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW -
disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-
orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta
yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu
sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa
sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di
atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan
yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke
atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana
kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu
yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat
dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua
manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari
(bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga
tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang
(berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim
adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun
yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,
awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an
dan Sunnahku.