Anda di halaman 1dari 16

CERPEN 1

SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING

Bangunan kolej POLPOT kembali riuh dan kecoh. Juman dan Otroman berlari menaiki tangga ke tingkat tiga blok pelajar perempuan berdekatan dengan laluan ke Dewan Fantarius.

"Perjuangan apa yang kau orang mahu tegakkan? Kau orang kata mahu bawa islam tapi kau orang koyak flyers kami. Ini bukan cara adil. Islam tidak mengajar kezaliman macam kau orang buat ini," teriak Mimi seorang siswi tidak bertudung melayu islam yang gubra apabila dapat menangkap tiga siswi bertudung labuh sedang mengoyak flyers mereka berkenaan dengan agenda parti Putih Telur.

"saudari mimi sebenarnya sudah keliru dengan perjuangan parti yang saudari sertai. Agenda Parti Putih Telur adalah bertentangan dengan syariat islam. Agenda parti saudari dan ideologi yang kalian cuba terapkan di universiti kita ini merupakan agenda sesat! Maka wajar sahaja flyers kalian dikoyakkan," kata siswi bertudung labuh bernama Alia Maisarah itu.

"arghh..bosan dengan hukum-hukum kau orang yang bobrok dan barua. Kau orang pertikai agenda kami, padahal kami bukan bawa ajaran songsang. kami bawa agenda kerajaan negara kita negara Fisfusfos yang merdeka ini. Ini agenda pembangunan. Ini agenda yang benar dan tepat." mimi masih tidak berpuas hati. Kadang kala tangannya menggenggam erat penumbuk.

"flyers ini sesat. agenda kalian sesat. kerajaan fisfusfos juga sesat." Alia Maisarah terus pertahan pegangan pendirian dari partinya iaitu parti Kuning Telur.

Juman dan Otroman sampai. Terlihat oleh mereka 6 siswi sedang bertengkar. 3 dari Parti Putih Telur. 3 dari Parti Kuning Telur. Juman menarik nafas lelah. Demam pilihanraya kampus sudah kian terasa. Pertentangan hangat dan pergaduhan begini memang sering berlaku saban tahun di univeristi Hahaha itu.

"bertenang semua adik manis... apa yang gaduh-gaduh ini?" tanya Juman yang lebih menghalakan lirikan matanya pada Alia Maisarah dari Parti Kuning Telur.

Alia Maisarah tidak menjawab malah dikeluarkan flyers dari partinya yang terisi di dalam begnya itu dan dilekatkan terus di papan rujukan blok itu menggantikan tempat flyers parti Putih Telur.

"Juman,awak tengok betapa bongkaknya mereka! Kita tampal flyers yang sah,padahal flyers dia orang haram.Mana ada kelulusan HEP" kata mimi menjebik-jebikkan bibirnya.

Juman menelan air liur. Comel juga si Mimi ini fikir Juman. Otroman terus menguis lengan Juman apabila melihat mata Juman sedang menjamah rakus potongan badan Mimi yang montok itu.

"Uish,Juman. Kau buat apa?" bisik Otroman.

"weh anda-anda si gadis bertudung labuh sekalian.." panggil Juman apabila melihat Alia dan rakan-rakannya mahu beredar dari situ.

"kau orang tahukah kau orang dah melanggar peraturan pilihanraya kampus," kata Juman.

Alia menoleh.

"pergi mati sama kalian punya peraturan. kau orang selama menjadi barisan MPM langsung tidak menjalankan kepimpinan menurut syarak. kau orang langsung tak mahu pertimbangkan batas-batas hukum dalam islam dalam program anjuran kalian. Percampuran bebas dan keruntuhan akhlak di kalangan mahasiswa islam di universiti ini telah bernanah dan menular. apa penting lagi peraturan itu? jika kau orang sendiri tidak menurut peraturan Allah."Alia kembali membuka langkah untuk beredar.

"Heh. Apa pula yang kau orang dah laksanakan sepanjang jadi parti pro pembangkang? Selain membangkang saja, ada kau orang membantu?" sindir Juman.

Alia kembali berpatah balik menghadap muka Juman depan berdepan. Tapi masih ada jarak yang dihadkannya.

"Kalianlah golongan zalim. Kalian mahu bantuan? kata sajalah kalian tidak tahu memimpin aspirasi mahasiswa mahwsiswi di universiti kita ini. Kalian main kotor dalam pilihanraya kampus. Kalian buat macam-macam peraturan bahlul. sekat sana sekat sini. mana demokrasi pilihanraya? mana kebebasan bersuara?"Alia mula meninggi suara. Kadang kala air matanya bergenang bertakung namun entah bagaimana air mata itu kering kembali.

"kau nak bebas macam mana? Islam sendiri meletakkan batas-batas. Kebebasan bersuara apa yang kau orang mahu? Demonstrasi? Memorandum? Bangkangan? huru hara? naik motor laki pompuan menjerit-jerit demokrasi dan takbir? kau orang yang permainkan islam. kau orang yang zalim," kata Juman bermuka menjelik. Lagaknya ada sedikit berbeza dari imej sebentar tadi. Sudah mula terlihat ketokohannya.

"OOO.. kau persoalkan isu-isu itu. ya.. demonstrasi kami mahu. Kami mahu suara dan

pandangan kami didengar. Itu kebebasan yang kami mahu. Tapi kalian sekat. kalian apa kurangnya ,malah lagi teruk. Pemimpin kalian pun ber couple. berdua-dua bermadu asmara di bukit cinta di sana. cari semak samun jadi port. Peluk sana peluk sini. Gesel sana gesel sini sampai tak ada nilai maruah dan agama. Ini yang kau mahu banggakan!" kata Alia sudah menengking. Sambil telapak tangannya menghala ke arah Mimi.

Mimi terasa api membahang dalam dirinya. terasa Alia mahu perkecilkan iman dan islam nya kerana berimejkan ranggi. Dia fikir Alia tiada hak untuk tentukan iman dan islamnya. Dia marah. Marah pada semua perempuan bertudung labuh. Dia benci.

"kau hina mimi... kau fikir kau itu mulia sangat! ayu sangat dengan tudung labuh kau! kau pun bukannya mulia sangaaaatttt!!" jerit Juman pula. Ada riak syaitan pula di wajahnya kali ini.

Pertengkaran itu akhirnya menarik perhatian seluruh warga POLPOT.

Mereka mula mengerumuni lokasi pertengkaran di tingkat tiga itu. Ahli kedua-dua parti telah pun berhimpun dan bermulalah balas membalas hujah. Ada yang bangkit mengungkit kes-kes keruntuhan akhlak,ada yang mengaitkan isu-isu politik luar. Yang penting kedua-dua pihak sudah bermula hina menghina antara satu sama lain. Bermacammacam perkataan yang buruk-buruk keluar lagi kedua-dua belah pihak,bercampur aduk dengan nas-nas quran dan hadis dan bertempiaranlah maruah,moral,akhlak,disiplin,keintelektualan dan bermacam lagi yang patut ada pada diri seorang mahasiswa.

Ahli-ahli parti Putih telur ada yang beraksi bagai tabiat mat rempit,samseng,mafia,gangster dan tidak kurang juga ahli parti Kuning Telur yang walaupun ada yang berkopiah dan bertudung labuh juga beraksi bagai pakcik tua yang mengamuk hilang bini, kadang kala serupa saja kedua-dua belah pihak.

Pergaduhan itu meleret dan berpanjangan hingga berlaku insiden tumbuk menumbuk,dan ada aksi kejar mengejar dengan motor,kereta,lori,basikal, dan ada juga aksi marathon jalanan.

suasana kolej Polpot sudah serupa perang dunia. Campur tangan pengawal keselamatan dan beberapa pihak tua universiti juga tidak dapat meredakan keadaan itu.

Tatkala itulah Raja Syaitan bernama Krongnom dimaklumkan oleh bala tentera syaitan yang menghasut pergaduhan itu bahawa Raja Krongnom mesti turun padang. Raja Krongnom pun turun padang dan menghembuskan aura kesyaitanan yang masuk dengan senang ke dalam diri setiap individu di kolej itu. Namun aura itu tidak dapat tembus sebuah bilik di blok siswa.

Bilik nombor 13.

Raja Krongnom bertitah,"siapakah gerangan yang ada di dalam bilik itu sehingga tidak pula aura beta tembus malah pandangan beta tidak celus melihatnya?"

Bendahara Bon Jovi pun menjawab," adapun di dalam bilik itu tinggallah seorang botak bersama seekor kucing kurap yang kelaparan.Dia menjumpai kucing kurap itu di jalanan dan hampir mati saja lagaknya. Si Botak telah mengutip kucing itu lalu dibersihkannya bulu kucing itu dan dirawatnya kurap-kurap yang ada pada si kucing. Malah diberikannya pula makanan yang sedap-sedap kepada si kucing berupa nasi lemak Mak Bedah, ayam percik Haji Gonggon, nasi dagang,nasi goreng,nasi ayam,nasi tomato, kuah pasta la Dealova,laksa penang..."

"cukup-cukup!! " jerit Raja Krongnom.

"arahkan bala tentera syaitan kita untuk menyerbu masuk ke bilik nombor 13 itu!" arah Raja Krongnom.

Maka berbondong-bondonglah bala tentera syaitan menyerbu bilik nombor 13 itu. '13' itu nombor hantu,tapi entah kenapa apabila syaitan-syaitan itu berubah bentuk menjadi hantu jembalang pun masih tidak boleh tembus bilik itu.

Hatta seekor syaitan berubah bentuk menjadi Pontianak lawa berwajah maya karin pun masih belum berjaya tembus. Sehinggalah seekor syaitan berubah menjadi Apek senario barulah pintu 13 itu terkuak. Maka keluarlah si Botak.

Si Botak tersenyum.

Syaitan-syaitan semua berasa hairan dan aneh.

Lalu bertanyalah syaitan yang telah berubah menjadi Apek senario tadi, "mengapakah tuan hamba tersenyum? tidakkah tuan hamba sedar kami ini bala tentera syaitan yang mahu tembus bilik ini supaya dapat menghasut hati tuan hamba menjadi kerasukan seperti mahasiswa dan mahasiswi yang lain yang sedang bergaduh sekarang."

"oohh..ada gaduh-gaduh ke? Idok ler teman tau. Teman nak ke toilet sebentar. sekejap yer. Ghaser nak berok pulak lepaih makan sate kajang Haji samuri tadi bersama si kucing kurap. Hehe," kata si Botak selamba badak.

setelah 15 minit menunggu di luar toilet,barulah syaitan-syaitan tadi dapat melihat kemunculan si botak semula.

"wooosshhh... lega... alhamdulillah. hehe," sengih si Botak.

Maka syaitan yang berupa apek senario pun berkata," bolehkah kita memulakan pertarungan?"

"oohh..boleh sangat..hehe.. haa meh ler.. meh.." kata si Botak yang sudah membuka kuda-kuda.

Maka seekor demi seekor syaitan itu menyerang. Tetapi habis semua dipelangkung oleh si botak dengan mudah. aksinya tidak ubah seperti Tony Jaa dalam filem Ong Bak saja. Ada yang terpulas kepala,ada yang di ketuk dengan siku,ada yang senak terkena lutut,dan bermacam lagilah hukuman-hukuman penangan yang diberikan oleh si Botak kepada bala tentera syaitan itu.

Maka bertempiaranlah lari semua syaitan apabila si Botak menghembuskan bacaan-bacaan dari kalam Allah di dalam al quran yang berupa ancaman-ancaman dari Allah buat syaitan yang dilaknat.Serupa Kame Hame Ha,meletup bercahaya dari bacaan-bacaan si Botak hingga Raja Krongnom juga lari terkedek-kedek balik bersembunyi di singgahsananya di lubang tandas awam yang kotor lagi jijik.

Adapun melihatkan syaitan-syaitan semua sudah lenyap,tidaklah pula pergaduhan di kolej Polpot itu reda. begitulah manusia, syaitan dah berhenti merasuk tetapi manusia masih terasuk. kadang kala berlagak lebih syaitan dari syaitan.

Si Botak memeluk kucing kurapnya lalu pergilah menuju ke tingkat tiga lokasi asal pergaduhan itu.

Alia dan Juman masih tidak berhenti bertengkar. Ahli-ahli kedua-dua parti juga tidak berhenti lagi bertengkar. Pot pet pot pet bising huru hara haru biru merimaskan.

Lalu si Botak datang berdekatan mereka berdua.

"bertenang." kata si Botak.

mereka masih tidak berhenti.

"bersabar." kata si Botak.

mereka masih tidak berhenti.

" siapa bercakap dia berak tak basuh." kata si Botak.

Akhirnya semua senyap.

Berpandang sesama sendiri. Masing-masing kelihatan terpinga-pinga. Sememangnya mereka tidak pernah melihat si Botak itu. Apatah lagi si kucing kurap yang dipeluk oleh si Botak.

"Baiklah,begini sajalah. Semua yang islam pergi ambil wuduk dan berkumpul di masjid universiti dalam kiraan 10 minit. Bagi sesiapa yang tak mengaku islam boleh balik tidur. Masalah ini akan selesai dalam kiraan satu khutbah sahaja." kata si Botak.

Semua masih tidak bergerak.

"Siapa tak bertindak dia berak tak basuh."kata si Botak.

lalu bertempiaran semua ahli kedua-dua parti mengambil wuduk dan bergegas ke masjid universiti.

Tetapi tidak semua. Yang main kejar mengejar,yang bertumbuk tumbuk masih meneruskan aksi-aksi luar biasa mereka kerana tidak sampai pada mereka arahan si Botak itu. Cuma yang ada di tingkat tiga itu saja yang duduk dalam masjid universiti.

Setelah masing-masing menunaikan solat sunat 2 rakaat. Maka berapat-rapatlah mereka duduk dengan diasingkan siswa dan siswi dengan sebuah tirai.

maka berdirilah si Botak untuk memulakan khutbahnya.

Setelah memulakan dengan nama Allah dan berselawat maka berkatalah si Botak,

"Mula-mula mari kita renung diri kita semula. Kita semua masuk universiti untuk apa? Apa beza universiti dengan sekolah menengah? apa beza universiti dengan sekolah rendah? Apa beza mahasiswa universiti dengan orang yang tak masuk universiti? Adakah kalian berfikir bahawa orang berilmu itu sama dengan orang tidak berilmu?"

masing-masing mula kembang kempis hidung.

"bersikaplah seperti orang yang berilmu selayaknya."

masing-masing tunduk.

"samakah kita dengan pakcik-pakcik yang bergaduh parang di kampung? tidak sama bukan. Mahukah kita sama dengan pakcik-pakcik,ayah-ayah kita yang tua yang suka

habiskan masa cakap itu cakap ini tapi masalah tidak juga selesai? mahukah kita jadi begitu? tidak mahu bukan? siapakah kita semua ini? kita semua ialah pemuda pemudi harapan bangsa dan umat islam yang kini menagih kemenangan dan kegemilangan umat islam kembali supaya maruah agama dan maruah umat kita tidak tercela dan senang diperkotak katikkan."

"kita ialah bangsa kebangkitan yang langkah kita bijak. kita ialah bangsa generasi baru yang tindakan kita hikmah. kita ialah kaum dan golongan baru yang lahir ke dunia ini untuk bawa kembali kesejahteraan. kita ialah the little caliph..chewahh cakap omputeh laks..huhu... kita ialah khalifah... khalifah Allah di muka bumi."

"kita ialah bersaudara. mengapa tidak sebarkan salam antara kita. meh meh bagi salam dan bersalam sesama sendiri balik.." arah si Botak.

maka semua pun bersalam-salam. Yang siswi ada yang berlaga laga pipi. Mimi yang lengkap bertelekung juga bersalam dengan Alia.

"kita kena faham apa itu perjuangan. Tidak salah ada perbezaan. Tidak kisah kalau mahu berpilihan raya. Tapi adalah salah jika kita mengapi-apikan permusuhan. Adalah salah jika yang kita hadirkan ialah huru hara. Hingga menjemput bala tentera syaitan hadir dalam perjuangan kita. Apa kejadah?"

"Ad Din itu nasihat. Mengapa kita malu untuk memberi nasihat. Mengapa kita malu untuk berdakwah dengan akhlak dan kasih sayang. mengapa kita malu untuk merapatkan silaturrahim. Mengapa kita malu untuk melebarluaskan lagi persaudaraan islam. mengapa kita tidak mahu bertaaruf sesama kita. mengapa tidak mahu menghubungkan nilai taaruf dengan bangsa dan kaum lain walaupun berlainan agama. mengapa kita malu untuk berjuang menjadi orang baik. Dan berbuat baik dengan sesiapa saja hatta musuh kita. Jika musuh kita sakit,pergilah ziarah. Kta bukan mahu pergaduhan. kita bukan mahu peperangan. Kita bukan mahu persengketaan. Kita mahu perdamaian. Bukankah islam itu bererti aman sejahtera. Peace man. Peace!"

"mengapa kita malu untuk menerima nasihat. mengapa kita malu untuk mendengar kritikan. Mengapa kita malu untuk bermuhasabah diri kita. mengapa kita tidak mahu melihat diri kita yang kadang kala buruk itu kita terlepas pandang,maka kita perlukan orang lain menegur akan buruk kita. oleh itu bermuhasabahlah."

"jika benar kita tidak jalankan kepimpinan yang baik,maka kita bermuhasabahlah dan perbaikilah kelemahan kita itu. Mengapa kita sering menutup pintu muhasabah tetapi kita cuma buka pintu tidak puas hati dengan pihak lain. tidak puas hati dengan pihak yang mengkritik kita dan tidak puas hati dengan kelemahan kita yang dilihat orang. Padahal patut kita bersyukur ada orang peringatkan kita. maka perbaikilah diri dan organisasi

kita."

" manakah yang lebih kita suka? menjadi orang yang jilat menjilat perempuan atau menjadi orang yang baik melindungi perempuan?manakah kita lebih suka..menjadi seorang yang berzina,berduaduaan,menonton porno,jadi bodoh,jadi bebal, atau menjadi anak soleh yang membaiki diri dan menuntut ilmu bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu dan ayah?"

"jika kita nampak kelemahan orang,kita bukan kritik mengkritik saja, tapi bukankah lebih baik jika kita ada ilmu maka dikongsi ilmu kita,bagi cadangan, bagi panduan,"

"manakah lebih baik antara bertengkar dan menuding jari siapa yang salah dan tidak buat kerja dalam menangani satu satu isu atau bekerjasama,duduk semeja berfikir bersama,dan berganding bahu menyelesaikan masalah"

"bukankah masing-masing dari kita mahu masalah yang ada selesai?"

"bukankah kita bersaudara"

"bukankah kita berpegang kepada panduan dan petunjuk yang sama."

"adakah salah jika kita bermusyawarah dengan baik dengan hati yang ikhlas mahu menyelesaikan masalah. Tidak kisahlah siapapun pemimpin yang memimpin kita sekarang,walaupun dia cuma hamba, adakah musyawarah dan kerjasama adalah jalan yang memalukan perjuangan islam?"

dan seterusnya bla bla bla khutbah yang disampaikan oleh si Botak.Maka insaflah semua siswa dan siswi itu.

Kemudian mereka keluar dari masjid dan menuju kepada setiap individu yang bergaduh. Apa yang mereka lakukan ialah sebarkan salam,berikan senyuman dan bacakan petunjuk dari kalam-kalam Allah. Lalu mereka huraikan kalam-kalam itu dan mengajak bermuhasabah diri dan merenung diri.

Maka teresak-esaklah menangis setiap dari mereka. Lalu siswa berpeluk sesama siswa dan siswi berpeluk bersama siswi. Hari itu bergenanglah lautan air mata keinsafan maka terpancarlah cahaya rahmat dan berkat Allah ke seluruh kolej Polpot.

Tahun itu pilihan raya Universiti Hahaha sangat berlainan dari sejarah pilihanraya kampus. setiap kempen tidak ada mencela maki malah dipuji-puji pula ahli parti lain malah diajak untuk bersangka baik. Kandang kala kempen itu dijalankan serentak diatas satu pentas,malah calonnya menyuruh mengundi calon yang lain malah ada malu-malu pula.

Semuanya ceria dan gembira. Dan pilihanraya kampus itu tidak langsung menjadi satu perkara besar. Perkara besar ialah perpaduan dan silaturrahim. Perkara besar ialah dakwah islamiyah. Perkara besar ialah ukhuwah. Perkara besar ialah meningkatkan iman dan bukan meningkat kan pergaduhan.

Maka segala-galanya aman damai dan lahirlah pemimpin-pemimpin baru yang ikhlas berjuang dari universiti Hahaha itu atas tarbiyyah yang mereka terima termasuklah dari aktiviti pilihanraya kampus.

namun menjadi misteri hingga sekarang ialah si Botak dan kucing nya tidak lagi kelihatan setelah hari khutbah itu berlangsung. Di manakah dia? tiada siapa tahu. Yang pasti tandas awam yang menjadi singgah sana raja Krongnom pun telah bersih dan ramai yang mengepam selepas berak. Raja Krongnom terus merempat mencari singgah sana barunya.

Tamat.

CERPEN 2

12 Januari 2004. Hari bahagia aku dan Sumayyah.

Dari jauh kelihatan kelibat seseorang yang amat aku kenali. Ya, susuk tubuh itu tidak mungkin kulupakan. Hafiz,ya tidak salah lagi.

Assalamu'alaikum, tahniah DiAlhamdulillahke jinjang pelamin jugak kau ye..Di!!! Sapanya membuang segala persoalan di benakku. Tangannya kugenggam erat. Lalu tubuhnya ku peluk erat. Syukur kerana Hafiz datang, sahabatku yang sekian lama kucuba hubungi, namun setelah 3 tahun menghilangkan diri, atas usahaku mencari alamatnya dari kawan-kawan sekuliah lama, akhirnya di sini kami kembali bersua, di majlis perkahwinan aku dan isteri tersayang. Alhamdulillah.

Apa khabar kau sekarang Fiz? Ku sapa wajah pucat dan kurus Hafiz. 3 tahun. 3 tahun masa yang lama memisahkan kami. Setelah sama-sama menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanik di Universiti Malaya, masing-masing membawa diri membawa haluan sendiri.

Alhamdulillah..aku macam kau tengok sekaranglah, Di..nothing interesting to tellsekarang aku ambil phD di UTM, baru bulan lepas aku register.. Panjang lebar cerita Hafiz.

Alhamdulillah..hmm..bakal jadi lecturer la Encik Hafiz kita ni, ye..? Eh, ko lepak rumah aku lama skit le yenak sembang panjang sekarang paham-pahamlah..sibuk ni.. Terpaksa ku bantutkan perbualan kami di situ. Tiada masa untukku berborak panjang dengannya. Ditambah lagi dengan tetamu yang makin ramai hadir. Kawan-kawan lama juga ramai berkunjung. Haikal, Siti, Wan dan Paesemua antara kawan sekuliahku yang hadir ke majlisku inisyukur ku tidak terkata..dapat berjumpa kawan lama, mengimbas kembali saat kami sama-sama menuntut ilmu di Universiti Malaya..ah..mana mungkin aku melupakan setiap saat ku habiskan di menara ilmu itu..pelbagai pengalaman, suka dan duka..ku kutip dan kusimpan rapi di lipatan kenangan.

Hampir pukul 11 malam, barulah segala-galanya selesai. Biasalah, kenduri. Banyak yang perlu dibereskan selepas majlis tamat. Kulihat wajah isteriku juga tampak penatnya. Aku dan Sumayyah sebenarnya sudah bernikah dan kami sudah pun berpindah ke rumah baru kami ini sejak 2 minggu yang lalu. Kerana masing-masing sibuk, maka majlis perkahwinan

kami terpaksa ditunda sehinggalah ke hari ini.

Pergilah tidur dulu Mai..nanti abang menyusulabang nak borak skit dengan Fiz..lama tak sembang dengan dia.. Kasihan kulihat Sumayyah sejak tadi asyik menguap. Letih benar dia.

Hmm..baiklah. Abang pun jangan lewat sangat tidur ye..walaupun esok cuti pun..kene rehat juga.. katanya sambil tersenyum manis. Aku mengangguk pantas sambil memerhatikan Sumayyah melangkah lambat-lambat menuju ke kamar tidur. Mak dan abah sudah lama melayan mimpi indah di tingkat atas.

Lantas langkah ku atur menuju ke ruang tamu. Hafiz masih leka membaca majalah I terbaru. TV masih terpasang, namun focusnya kupasti bukan pada peti kaca tv itu. Khusyuk kulihat Hafiz membaca.

Husyy..bukan main khusyuk!! Aku menepuk bahu Hafiz. Hafiz sekadar tersenyum tenang. Hafiz telah banyak berubah. Kalau dulu tubuhnya agak berisi, sekarang betul-betul kurus. Rambutnya juga dipotong ala-ala tentera. Kemas. Janggut makin panjang dan wajahnya kulihat cukup tenang. Namun di sebalik ketenangan itu, aku pasti ada sesuatu yg bermain di fikirannya.

Heh..aku tak sempat beli majalah ni, Di..tengok-tengok ada pulak kat umah koape citer ko plak? Citerla camne ko leh jumpe idaman hati ko? Hafiz bersuara sambil tersenyum nakal.

Alah..biasa-biasa je Fiz..semuanya mak dan abah aku uruskan..satu negeri jugakaku ni bukannya memilih sangat. Tak bergaul pulak tu. Ko tau kan..aku ni kan ke pemalu..chewah..entahla..semua aku serah pada Allah..dan suruh mak dan abah aku aturkanaku setuju je..baik pada mereka..baiklah pada aku Aku menjawab panjang. Tidak apa-apa yang istimewa sebenarnya. Ya, sememangnya Sumayyah istimewa..tetapi titik pertemuan kami bukanlah ada kisah cinta hebat umpama Romeo dan Juliet. Biasabiasa sahaja. Dan aku selesa begitu. Biarlah cinta kami disuburkan selepas ikatan yang sah.

Hmmaku tau ko Di..paham sangatingat dulu anti perempuan..kahwin jugak kau ya..? Hafiz tak habis-habis mengusikku.

Heibanyak cakap pulak dia..ko tu bile Fiz, umur dah 27 dah..!! Aku memulang paku serpih.

Aku..?? Entahlahbudak sekolah tak boleh kahwin..belajar dulu sampai abis..baru pikir bab kahwin.. Selamba Hafiz menutur bicara. Ada sedikit lucu dalam kata-katanya.

Belajar..belajar juga Fiz..bab ni jangan lak dilupakan..salah satu sunnah Nabi kita..jangan lak ko nafikan.. Aku mengingatkan. Hafiz tersenyum penuh makna. Ingin saja kuajukan soalan yang sekian lama terpendam di benak ini.

Hm..entahlah Diaku selesa macam ni Koerr..maaf nak tanya..ko still tunggu dia? Siapa? Hmaku masih ingat..masakan pulak ko..ko tau kan sapa aku maksudkan?

Suasana ruang tamu kembali hening. Cuma kedengaran bunyi tv sahaja. Hm..masih..masih menanti .. Hafiz menjawab sambil mengangguk. Wajahnya kulihat suram. Tunduk sambil menganggukkan lagi kepalanya.

Hmko ada jumpa dia ke? Tak..tapi aku ada nombor phone dia..sejak peristiwa tu..itulah kali terakhir aku jumpa dia..kalau tak silap dia sekarang di USM

Sampai bila macam ni Fiz? Usahalah sikit. Kalau tak de harapan, ko carilah pengganti. Daripada ko dok diam macam ni..

Heh..aku dah cakap kat ko kan..aku ..so far..selesa macam ni..biarlah..aku dah berterus terang..aku dah usaha..ini adalah usaha terakhir aku. Menanti dan terus menanti..

Ko sihat?

Biasalah..kekadang asma aku datang..ala..cam dululah.. Sapa nak tengok-tengok kan ko Fiz..kalu kawin ada gak orang tolong jaga makan minum Hah..mula la tu..hei..Di..aku ni pandai je la nak uruskan hidup aku niaku ok..dah 27 takkan la tak pandai nak urus diri Aku cakap tak penahnye nak dengar

Aku suka dia, Di..aku cintakan dia..dari dulu sampai sekarang..tak penah berubah. Walau ramai yang aku jumpa..tak sama dengan dia. Dia lain Di. Tak sama. Unik. Aku tak kisah tunggu sampai bila pun Tiba-tiba Hafiz meluahkan rasa hatinya. Aku terdiam. Sama. Kata-kata inilah yang diucapkan olehnya 3 tahun lepas.

Tak pelah Di. Aku balik dululah..lewat sangat

Akhirnya Hafiz pulang malam itu juga. Puas kupujuk namun dia berkeras mahu pulang ke Cheras. Rumah kakaknya. Esok dia akan pulang ke Johor semula. Rasa bersalah menusuk di dada. Tak sepatutnya aku mengungkit kisah lama.

7 tahun dulu. 7 tahun dulu Hafiz tidak seperti Hafiz hari ini. Tidak pernah serius dan agak bermasalah. Malas ke kuliah. Kuat merokok. Solatnya juga tidak secantik hari ini. Menghayati perubahan diri Hafiz, melihat penghijrahannya yang besar ini, rasa syukurku pada Allah yang Maha Berkuasa tidak bertepi dan lagi rasa terhutang budi pada seorang insan yang istimewa. Insan yang mengubah pandanganku pada kuasa seorang perempuan. Sememangnya hawa itu madu dan racun pada adam. Dan aku amat mengakuinya. Di hadapanku kisah sebenar seorang hawa yang umpama sinar harapan pada seorang adam. Nur Zahirah yang umpama madu pada Muhammad Nur Hafiz.

Perkenalan tidak dirancang antara Hafiz dan Zahirah terjadi apabila aku yang menyertai Ekspo Konvokesyen UM 7 tahun dulu. Kebetulan Zahirah juga ahli exco. Maka kami selalu berurusan untuk menjayakan EKSKUM 1997. Oleh kerana aku tidak mempunyai telefon bimbit, dan kerana Hafiz rapat denganku dan juga teman sebilik, maka Zahirah selalu menghubungiku melalui telefon bimbit Hafiz. Aku juga yang memberikan nombor itu padanya, untuk memudahkan kerja kami. Dan Hafiz yang memang ku masak perangainya, suka benar mengusik kami berdua dan selalu juga menghantar SMS kepada Zahirah. Namun Zahirah tidaklah marah, sebaliknya dia dengan sabar melayan kerenah Hafiz yang agak nakal ketika itu. Sehinggalah Hafiz mengunjungi gerai PMIUM ketika pesta konvo berlangsung, pada ketika itulah Hafiz pertama kali bersua muka dengan Zahirah.

Agak terkedu kulihat Hafiz. Gadis yang selalu diusiknya itu bukan calang-calang orang. Zahirah pelajar tahun akhir pengajian Quran dan Hadith Akademi Pengajian Islam. Bertudung labuh dan bermini jubah. Gaya muslimah sejati. Namun kulihat Zahirah tetap ramah sopan bertegur sapa dengan Hafiz. Sejak itu kulihat Hafiz kerap kali menelefon Zahirah dan berbual panjang. Hafiz juga kulihat selalu menceritakan masalahnya kepada Zahirah. Oleh kerana Zahirah tua 3 tahun dari kami, dia kulihat cuba sedaya upaya berperanan sebagai seorang kakak. Sering memberi nasihat dan bimbingan kepada Hafiz. Apa yang mengkagumkan aku, Hafiz yang dulunya liat solat, telah berubah menjadi salah seorang jemaah yang sering mengimarahkan surau kolej kediaman kami. Alhamdulillah, dari situ kulihat Zahirah bukanlah gadis biasa. Walaupun dia fizikalnya kecil dari usianya, namun tindakan dan kesan tarbiyyahnya pada Hafiz benar-benar menggembirakanku.

Sehinggalah satu hari

Aku sukakan Zahirah, Di..serius.. Terkejut aku. Berserabut kepala otakku mendengar pernyataan Hafiz. Apakah benar bagai dikata?

Seriusdemi Allah aku sukakan dia, Diaku tak pasti sejak bile perasaan ini muncul..yang pasti dia seolah-olah sebahagian dari hidup aku..

Ko kene berterus terang, Fiz..aku no comment..tapi ko tau kan..Zahirah tu macam kakak

dengan kita..umur dia kan 3 tahun tua dari kita,kan? Takkanlah..

Dia tak bersalah, Di..dia memang anggap aku macam adik diasejak mula kami kenal lagi..sampaila sekarangtapi aku je yang rasa lain bila bersama dengan dia..aku tak boleh tipu diri aku, Di..aku memang dah jatuh hati kat dia.. Bergenang air mata di kelopak mata Hafiz ketika menuturkan kata-kata itu. Sememangnya aku terkejut kerana tidak kusangka sama sekali Hafiz mempunyai perasaan yang begitu jauh terhadap Zahirah. Apa pula kata Zahirah? Bolehkah dia menerima kenyataan ini?

Akak tak boleh Zaidi..akak tak boleh terima..selama ni akak anggap dia macam adik sendiri..mana mungkin boleh lebih dari itu.. Lancar Zahirah menuturkan bicara. Aku terdiam. Apa yang perlu aku katakan. Aku umpama seorang penonton sebuah teater kehidupan. Apa yang aku mampu adalah mendapatkan keterangan sebenar kedua-dua belah pihak.

Aku tak peduli, Di..aku cintakan dia!!! Lantaklah dia nak anggap aku apa pun!!! Tapi tak boleh la macam ni..dia tak boleh terima..setakat adik tak mengapa Aku tak mampu anggap dia akak aku, Di..shes so special to me..she meant everythingko paham tak?

Akhirnya ku aturkan pertemuan antara keduanya. Zahirah masih dengan pendiriannya. Hafiz berkali-kali mendesak. Zahirah akhirnya menangis di akhir pertemuan. Hafiz pula terus sahaja meninggalkan kami pulang ke kolej. Sejak itu, hubungan aku dan Hafiz tidak sebaik dulu lagi. Dia terlalu kecewa. Hafiz berubah menjadi pendiam dan suka menyendiri. Namun dia masih lagi seorang kaki surau malah makin rajin ke sana setiap waktu solat. Bila kutanya tentang Zahirah, Hafiz Cuma tersenyum kelat lalu meninggalkan aku penuh tanda tanya. Zahirah juga tidak dapat kuhubungi lagi.

Aku memahami kenapa Zahirah tidak boleh menerima Hafiz. Factor usia menghalang. Tindakan Hafiz umpama tamparan hebat baginya. Tidak aku nafikan Zahirah cantik orangnya, tampak muda dari usia sebenar.

Sejak itu hinggalah hari ini, ketika ini, genaplah 7 tahun kisah cinta tak berbalas ini terhenti begitu sahaja. Dan paling tidak kusangka sama sekali, sehingga hari ini, perasaan cinta Hafiz itu masih segar umpama 7 tahun dulu. Sungguh, aku kagum dengan perasaan indah itu. Betapa setianya Hafiz menanti dan terus menanti. Menantikan jawapan dan harapan Zahirah. Ku kira Zahirah mungkin sudah bertunang atau berkahwin sekarang ini. Dan Hafiz? Masih setia menanti. Untuk apa penantiannya itu? Berbaloikah?

Bang, bangun. Ada panggilan telefon untuk abang

Awal pagi. 2.30 pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Cheras. Hafiz terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke rumah kakaknya. Ya Allah, baru sebentar tadi kami berbual, Ya Allah. Jangan hendaknya berlaku sesuatu yang buruk hendaknya.

5.00 Pagi. Sesungguhnya nyawa itu pinjaman Allah untuk kita. Hafiz menghembuskan nafas terakhir di pangkuanku pagi itu. Ya Allah, Ya Allahtabahkan hatiku menerima kenyataan ini..tempatkan Muhammad Nur Hafiz di sisi mereka yang berimanamin!!!

Siapa Nur Zahirah? Mak cik Zaiton, ibu Hafiz bertanya kepadaku sambil menghulurkan sebuah bungkusan berbalut kertas ungu. Di atasnya tertulis KEPADA SAUDARIKU NUR ZAHIRAH.

Saya kenal dia makcik..untuk dia niInsya-Allah..saya cuba sampaikan bungkusan arwah untuk dia..saya pun tengah contact kawan-kawan lama seuniversiti dulu makcik.. kataku sebakhingga akhir hayat, sahabatku tidak pernah mengharapkan apa-apa selain Nur Zahirah. Benar, aku tidak begitu memahami perasaan halus itu, tetapi hatiku terusik amat akan rasa kasihnya pada gadis ini. Nur Zahirah.

Di satu sudut, gadis ayu bertudung labuh kelabu tunduk bersimpuh. Ku kenal lagi. Masih segar dalam ingatan siapa gerangan gadis ini.

Assalamu'alaikum, kak Irah..ini untuk akakdariarwah Hafiz

Nur Zahirah mengesat air mata lantas mengambil bungkusan tersebut. Terketar-ketar dia menutur kata..

Dari Fiz ya.. Nur Zahirah berlagak tenang membuka perlahan bungkusan. Diari biru agak kusam. Rupanya Hafiz menghadiahkan diarinya buat Nur Zahirah. Suasana pilu menyelubungi kami.

Kak..Fiz tak pernah lupakan akakberkali dia katakan pada sayadia..masih mengharapkan akaktapi saya ingat akak dah bertunang sebab Wan cakap akak dah bertunang dengan orang Pahang..tak sampai hati saya nak bagitau diamaafkan saya kak aku bersuara. Sekilas kupandang wajah Sumayyahmatanya merah menahan sebak.

Akak tak bertunang..itu adik akak..memang akak dijadualkan bertunang juga pada hari yang sama tapi akak menolak..

Aku terdiam. Salah siapa sekarang? Ketentuan Ilahi tiada siapa mampu mengubahnya. Cinta Hafiz pada Zahirah kekal bersemadi. Dan Zahirah masih tidak mengucapkan lafaz cinta dan sayang padanya sehinggalah Hafiz tiada. Sukakah Zahirah pada Hafiz? Kasihkah Zahirah padanya?

Cerita ini sampai di sini. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti dan masih tertanya-tanya. Apakah Zahirah mempunyai perasaan yang sama? Siksanya Hafiz menanggung rasa sayang kepada dia kenapa dia cuma mendiamkan diri? Ahbiarkan. Aku cuma perlu mendoakan arwah Hafiz.

Al-fatihahsesungguhnya cinta itu terlalu misteri untuk ditafsirkan.. _________________ "Gembira dan bahagia tika menyabit padi kiranya ianya ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yang patut mendapat upah.

Anda mungkin juga menyukai