Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.

W
NAMA : MUHAMMAD DANNY EZAIRY BIN KHAIR NASHRI UNDIAN:

1 – Nasab Nabi Muhammad s.a.w


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh . Yang dihormati
Tuan Pengacara majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang amanah dan rakan-rakan yang di
kasihi
Kelahiran Rasulullah s.a.w tajuk cerita,
Nabi terakhir junjungan mulia,
Marilah teman dengar bersama,
Teladan bagi seluruh manusia.

Kawan-kawan,
Nabi Muhammad s.a.w daripada keturuan Arab Quraisy yang
dihormati dan mulia. Ayahnya, Abdullah bin Abdul Muttalib.
Datuknya pula, pemimpin Kota Makkah. Beliau memegang kunci
Kaabah serta menguruskan telaga zam-zam. Ibunya pula, bernama
Aminah binti Wahab daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. Mereka
berpegang teguh dengan agama Hanif Nabi Ibrahim a.s.
Mereka tidak terpengaruh dengan amalan Arab Jahiliyah yang
menyembah berhala, meminum arak, sesat dan tidak berakhlak.
Oleh itu, jagalah maruah diri dan keluarga kita , ya kawan-
kawan. Jauhi perbuatan keji, seperti pergaulan bebas yang boleh
menjadi punca perbuatan zina. Nauzubillah.

Firman Allah dalam surah al – Isra’ ayat 32 :

﴾٢٣﴿ ‫َو ََل تَ ْق َربُو ۟ا ٱ ِّلز َ َ ىن ۖ انَّهُۥ ََك َن فَـ ِّحشَ ًۭة َو َسآ ى َء َس ِّب ًۭيًۭل‬
ِ
Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu
jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

1 | TEKS CERITA BP (R)


2 – Bapanya Meninggal Dunia
Sudah menjadi amal tradisi,
Abdullah ke Syam mencari rezeki
Tempuh perjalanan berhari-hari
Jatuh sakit dan dijemput Ilahi

Ya Kawan-kawan, Ayahanda Nabi telah meninggal dunia di


Yathrib. Ketika itu, Nabi berusia dua bulan di dalam kandungan
ibunya. Kasihan nabi kita. Belum dilahirkan ayah kandung sudah
tiada.
Ingatlah kawan-kawan, kematian, kemalangan dan bencana alam
boleh terjadi tanpa diduga. Sebagai insan kita hendaklah
menerima ujian Allah dengan tabah.
Firman Allah dalam surah al- Baqarah ayat 156:

َ ُُ ‫ٱ َّ َِّّل َين ا َذٱ ى َٱ َص َـ َب ْْتُم ُّم ِّصي َب ٌۭة قَالُ ىو ۟ا اَّنَّ ِّ َّ ِّّلِل َوانَّآ ى ال َ ْي ِّه َر ِِّج‬
﴾٦٥١﴿ ‫ون‬
ِ ِ ِ ِ
“(Yaitu), orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka
mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”

3 – Tentera Bergajah
Kawan-kawan,
Hari kelahiran Nabi s.a.w semakin dekat. Tiba-tiba, Kota Makkah
gempar diserang oleh Raja Abrahah bersama tentera bergajah.
Abdul Muthalib membawa Aminah ke tempat selamat.
Bagai gempa bumi
Yang menggegarkan
Tentera bergajah Abrahah
Ingin memusnahkan Kota Mekah
Kerana dengki dan benci
Terhadap rumah Allah

2 | TEKS CERITA BP (R)


Namun, serangan itu gagal. Allah telah mengutuskan burung ababil
untuk memusnahkan mereka. Kota Makkah terselamat. Alhamdulillah.
Peristiwa itu diceritakan dalam surah Al-Fiil ayat 3 :

﴾٢﴿ ‫َو َٱ ْر َس َل عَلَ ْ ِّْي ْم َط ْ ًْيا َٱ ََببِّي َل‬


Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (pasukan) burung
yang berkumpulan-kumpulan (3)

Ya kawan-kawan
Media sering melaporkan, ada pihak yang menyerang tempat-
tempat ibadah. Peperangan dan keganasan seperti ini akan
merugikan bangsa. Bertindaklah dengan bijak berlandaskan al-Quran
dan sunnah.
4 – Kelahiran Insan Mulia
Kawan-kawan hendak tahu, itulah sebabnya tahun kelahiran
Baginda S.A.W disebut Tahun Gajah.

Malam Isnin subuh yang indah


12 Rabiul'awal yang cerah
20 April Tahun Gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Kota Makkah diterangi cahaya putih. Ketika itu, api sembahan Majusi
di Parsi tiba-tiba terpadam. Itulah tanda kelahiran anak yatim yang
mulia.
Firman Allah dalam surah ad-Dhuha ayat 6:

﴾١﴿ ‫َٱل َ ْم ََي ِّْد َك ي َ ِّتميًۭا فَـَ َاو َى‬


Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan
perlindungan? (6)

3 | TEKS CERITA BP (R)


Sebaik sahaja dilahirkan, baginda dibawa kepada Abdul Muttalib.
Beliau sungguh gembira lalu membawa ke Kaabah untuk berdoa
tanda kesyukuran.
Hadirin, anak-anak itu anugerah Allah. Tunaikan Aqiqah dan
Korban untuk mereka, sebagai tanda bersyukur . Seperti usaha EZi
Korban dan Islamic Aid Malaysia.

‫هللا عَلَ ْي ِّه َو َس َّ َّل‬


ُ ‫هللا عَ ََّل ُم َح َّمد *********** َص ََّّل‬
ُ ‫َص ََّّل‬
‫هللا عَل َ ْي ِّه َو َس َّ َّل‬
ُ ‫هللا عَ ََّل ُم َح َّمد *********** َص ََّّل‬
ُ ‫َص ََّّل‬
Selawat dan salam kepada Baginda , Nabi Muhammad S.A.W.
Sekian , wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

4 | TEKS CERITA BP (R)

Anda mungkin juga menyukai