Anda di halaman 1dari 13

TANGGUNGJAWAB MENGHORMATI GURU

Guru adalah orang yang mengajarkan kita dengan berbagai-bagai ilmu


pengetahuan dan mendidik kita menjadi orang yang berguna pada masa akan
datang. Walau bagaimana tingginya pangkat atau kedudukan seseorang itu mereka
adalah bekas seorang pelajar yang tetap terhutang budi kepada gurunya yang pernah
mendidiknya pada masa dahulu.

Oleh itu Islam mengajar kita supaya menghormati guru dan memuliakannya
sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu
kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita
bila di sekolah.
Sabda Rasulullah saw

Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia


memuliakan TuhanNya.

Cara beradab menghormati guru


1. Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan
meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah
2. Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
3. Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan
cemerlang.
4. Mengucap salam setiap kali bertemu guru
5. Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
6. Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
7. Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
8. Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
9. Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
 Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
 Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila
ditimpa musibah.

Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah
antara orang yang mulia di sisi Allah swt . Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud; ‘‘Sesiapa yang mahu diluaskan


rezekinya dan ditundakan ajalnya maka hendaklah ia menyambungkan
hubungan
kekluargaan.’’
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
TAZKIRAH
PERBUATAN MENIPU ADALAH DOSA BESAR.
Menipu bererti memberitahu sesuatu yang berlainan dengan yang
sebenarnya Amalan ini sangat dimurkai Allah swt . Perbuatan menipu
adalah mendapat dosa besar dan mendapat balasan neraka di akhirat
nanti.Rasulullah saw amat benci kepada seseorang yang bersifat menipu atau
bohong.
Sabda Rasulullah saw :

‘’ tidak ada akhlak yang paling dibenci Rasulullah saw lebih daripada bohong.
Apabila beliau melihat seseorang bohong dari segi apa saja, maka orang itu
tidak keluar daripada hati Rasulullah saw , sehingga beliau tahu bahawa
orang itu telah bertaubat.’’

. Orang yang mengamalkan sikap menipu dianggap sebagai orang munafik.


Tanda-tanda orang munafik ialah kalau berbicara dia sering berdusta, bila berjanji dia
selalu mungkiri, jika diberi kepercayaan dia mengkhianati. Mereka suka membuat
fitnah, dan suka melontarkan tuduhan- tuduhan bohong atau palsu.

Menipu merupakan perosakkan perhubungan di kalangan ahli masyarakat dan


menghilangkan kepercayaan di antara satu sama lain. Ia menghapuskan semangat
setiakawan dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Mereka yang menipu itu
mempunyai sifat mementing diri sendiri dan sanggup menganiayai orang lain. Sifat
ini amat dibenci oleh masyarakat.

.Oleh itu kita hendaklah bersifat benar dan jujur. Sifat tersebut adalah nilai
yang sangat dihargai, Rasulullah saw pernah mengatakan bahawa kejujuran itu pintu
gerbang syurga (boleh membawa seseorang ke jalan
syurga) manakala pemipuan atau pendustaan adalah pintu gerbang ke arah neraka.

Kita umat Islam hendaklah sentiasa bersifat benar dan jujur. Kita hendaklah
jujur dalam hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama manusia dan
hubungan dengan alam sekitar sekeliling kita. Hasilnya hidup kita diberkati.
Masyarakat menyayangi kita. Kita mendapat kejayaan cemerlang di dunia dan di
akhirat. Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;

‘‘ Orang yang bijak ialah mereka yang dapat menguasai hawa nafsunya
dan beramal untuk mati sedangkan orang yang lemah ialah mereka
yang menurut hawa nafsunya dan hanya bercita-cita saja untuk
berjaya di akhirat..’’
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)
TAZKIRAH 23
KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik
dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali
dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah.


Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa
kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari
suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-
bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan


wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya
mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu
suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit
ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan


berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti
oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar malaikat
Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada
suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala


perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan
perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan
sesuatu kerja. Oleh itu mulakan sesuatu kerja atau perbuatan itu dengan membaca
Bismillah mudah-mudahan kita mendapat pertunjuk dari Allah swt. Sekian.

Kami kongsikan beberapa fadhilat dan kelebihan Bismillah 6 yang ternyata sangat baik
diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Antara khasiat dan manfaat ayat Bismillah 6
adalah seperti berikut :

1. Dapat menerang hati


2. Dipermudahkan dan diperluaskan rezeki
3. Amalan ini mampu menjadi air laut masin menjadi tawar
4. Dapat selamatkan diri dari karam di tengah laut
5. Dimakbulkan semua hajat dan cita-cita
6. Dapat menghindari dari segala jenis penyakit
7. Penawar berbagai bisa termasuk sengat binatang iaitu ular, lebah, dll
8. Dijauhi fitnah dan bahaya musuh yang ingin menyerang
9. Memperolehi kejayaan dan kemenangan dalam perang
10. Penawar sihir dan racun seperti santau
11. Jika baca di badan mampu selamatkan diri dari dibunuh
TAZKIRAH
KELEBIHAN ORANG YANG BERPUASA

Pelajar-pelajar sekelian,
Untuk hari ini saya bercakap tentang dua kelebihan orang yang berpuasa.
1. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan bila bulan puasa
Sebagaimana sabda Rasulullah saw

Bagi orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama


:kegembiraan ialah ketika berbuka puasa dan satu lagi ialah kegembiraan
ketika bertemu dengan Tuhannya.

Kegembiraan masa berbuka puasa itu bermaksud hilangnya lapar dan dahaga
ketika berbuka puasa dan mereka gembira kerana sempurna ibadat puasanya .

Kegembiraan yang kedua ialah gembira bertemu Allah swt orang yang
berpuasa akan mendapat balasan daripada Allah kerana ibadat puasa yang
dilakukannya.

2. Orang yang berpuasa diberi keistimewaan ketika memasuki syurga. Hanya


orang yang berpuasa sahaja boleh memasuki syuga melalui pintu Ar-Rayyan.
Mereka yang melalui pintu ini tidak akan dahaga dan lapar selama-lamanya.

3.Bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah itu lebih harum daripada kasturi.

Sabda Rasulullah saw


Bermaksud” Mulut orang yang berpuasa berbau harum lebih harum
daripada bau kasturi.
Itulah kelebihan dan keistimewaan ke atas orang yang berpuasa di sisi Allah
di akhirat nanti.

4. Ibadati puasa adalah satu cara untuk menghalang diri seseorang daripada api
neraka. Kerana orang yang berpuasa dapat memelihara diri daripada
terjerumus ke dalam kancah maksiat yang membawa kepada perbuatan dosa
besar.

Akhir kata dari saya, patuhkanlah perintah Allah, laksanakan ibadat puasa dengan
ikhlas. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keampunan dari Allah swt.
Sekian
TAZKIRAH 32
KEISTIMEWAAN MALAM LAILATUL QADAR.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-


Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam
Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada
Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Malam Lailaturqadar adalah malam diturunkan al-Quran. Pada malam itu


Malaikat Jiril turun di bumi membawa perutusan dan mengucapkan selamat serta
mandoakan kesejahteraan kepada orang yang beribadat kepada Allah swt.

Sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa Lailaturqadar ialah salah satu


malam daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.

Malam lailaturqadar banyak keistimewaan dan kelebihannya.

Di antaranya ialah
- ia adalah satu malam yang lebih baik daripadan seribu malam
- Pada malam tersebut diberi rahmat yang lebih besar oleh Allah swt
kepada orang yang beribadat kepadanya.
- Malam diampunkan segala dosa dosa yang telah dilakukan bagi orang yang
bangun malam dan berdoa memohon keampunan dengan penuh keimanan
dan keinsafan.
- Setiap doa yang dipohonkan pada malam itu akan dimakbulkan olah Allah
swt.

Oleh itu kita digalak melakukan amalan sunat seperti Qiamullail, solat hajat,
berzikir sepanjang malam, beriktikaf dalam masjid, berdoa memohon keampunan
dan membaca al-Quran. Mudah-mudahan mendapat rahmat dan kesejahteraan hidup
di dunia dan di akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;

‘‘ Tidaklah harus orang yang tidak tahu itu diam dalam


ketidaktahuannya (kebodohan) dan tidaklah harus orang yang berilmu
itu diam dengan ilmunya (tidakmengajar) .’’ (Hadis Riwayat At-
Tabrani)

Anda mungkin juga menyukai