Anda di halaman 1dari 32

30 wasiat Imam Ghazali

1.Tuntutan berbakti kepada


ibu bapa
Berbakti kepada ibu bapa wajib kerana ia hukum Allah.
Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya
dianggap anak derhaka. Dan perbuatan derhaka satu
dosa besar.
2. Mengasihani anak yatim

Kasihanilah anak yatim kerana Rasullulah saw juga


tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan
bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan
mengasihani anak yatim di akhirat
3. Allah menguji kita

Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupan


setiap insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita
meningkat. Kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita
4. Menghormati dan
memuliakan guru
Menghormati dan memuliakan guru merupakan tugas dan
kewajipan kita sebagai anak dan murid. Guru bagaikan orang tua
kita sendiri yang wajib kita hormati dan muliakan
5. Menanamkan iman dalam
anak
Menanamkan iman dalam diri
anak merupakan kewajipan orang tua.
Anak-anak akan membesar dalam
suasana cukup peka dan sensitif
dengan Tuhan. Bila ini sudah ada,
dengan sendirinya dia akan malu dan
takut untuk membuat dosa.
6. Islam mengajarkan hidup
sihat

Banyak pendidikan kesihatan


yang diajar oleh Rasulullah
kepada umatnya termasuk
aspek kebersihan tubuh badan,
pakaian, alam sekitar dan juga
makanan. Kerana di dalam
tubuh yang sihat itu terdapat
kelazatan dalam beribadat.
7. Menghormati tetamu

Islam mendidik kita agar memuliakan dan


menghormati tetamu. Kerana tetamu datang
membawa rezeki dan apabila ia pulang menghapuskan
dosa-dosa kita.
8. Menghormati jiran

Menghormati jiran adalah merupakan tugas dan


kewajipan setiap Muslim. Kita di tuntut untuk bersikap
memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang yang
paling terdekat dengan kita.
9. Menggunakan akal untuk
berfikir

Al-Quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakan


akal untuk memecahkan rahsia hidup ini.
Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan
dunia dan akhirat kita.
10. Membuktikan kebenaran
al-quran

Al-quran mengandungi fakta dan mukjizat. Kejadian


alam, manusia dan ilmu pengetahuan didedahkan
secara terus terang, yang membuat manusia yakin akan
kebenaran adanya Allah.
11. Mencintai ilmu

Mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu adalah tanda


kecerdasan dan disukai Allah. Barangsiapa yang
keluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu,
niscaya di lindungi Allah dan sampai ia kembali.
12. Jangan berdusta

Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejian


dan kekejian itu menuntun ke dalam api neraka. Tidak
henti-hentinya sesorang berdusta dan
membiasakan diri dalam dusta, sehingga dicatat
disisi Allah sebagai pendusta.
13. Mengawal lisan

Menyaksikan maksiat, kejahatan dan menjadi saksi


palsu adalah di antara penyakit lidah dan hati yang amat
berbahaya. Ianya menjadi punca kepada rosaknya iman
dan seterusnya boleh membawanya
ke neraka jahannam.
14. Jangan dekati zina

Islam tidak hanya mengharamkan


perbuatan zina, tetapi termasuk
juga sebarang tindak-tanduk
yang membawa kepada
berlakunya perbuatan yang
terkutuk itu, iaitu
sebarang perlakuan ke arah
menghampiri zina.
15. Jangan dekati minuman
yang memabukkan
Minuman yang memabukkan seperti arak, hukumnya
adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk
atau tidak. Setiap Muslim yang berakal pasti menjauhi
arak kerana ia merosakkan akal,
menimbulkan penyakit dan dimurkai Allah.
16. Menjadi pemimpin yang
adil
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum
dengan penuh keadilan, dan apabila berkata dengan
penuh kebenaran, tidak menyakiti hati orang, dan
jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun
kepada orang lain.
17. Menjadi pejuang di jalan
Allah
Muhajirin atau pejuang-pejuang
Islam yangberjuang di jalan Allah
adalah mereka yang merentasi
ceruk bumi ini dengan
satu mesej, iaitu menegakkan
kebenaran Islam dan
menghancurkan kebatilan.
18. Menjadi ahli kebaikan

Ahlul Itsar iaitu orang-orang yang gemar melakukan


kebaikan, sentiasa mendahulukan kepentingan
orang lain, menolong dan membantu orang yang
memerlukan bantuannya. Mereka adalah orang
yang paling bermanfaat dan disayangi
oleh orang lain.
19. Redha dengan ketentuan
Allah
Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah,
maka Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak
sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harus
berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja
yang diperintahkan oleh agama.
20. Menjadi golongan yang
selamat

Ahlun Najat iaitu orang-orang


yang selamat. Mereka hanya
menunaikan amalan-amalan
yang wajib dan meninggalkan
larangan-larangan Allah. Hanya
itu yang mereka kerjakan,
tidak lebih dan tidak
pula kurang.
21. Menjadi manusia yang
bahagia

Menjadi manusia yang paling


bahagia adalah idaman setiap insan.
Oleh itu, raihlah hari-hari
bahagia bersama Allah
dan RasulNya.
22. Memelihara sifat malu

Malu adalah perhiasan Mukmin sejati.


Ianya merupakan akhlak para Nabi dan
Rasul yang harus dimiliki
setiap orang yang mengaku
umat Muhammad.
23. Memusuhi syaitan

Syaitan adalah musuh yang


nyata ke atas manusia. Oleh itu,
jadikan ia sebagai musuh,
bukan sebagai kawan.
24. Menyambung silaturahim

Silaturahim adalah amalan mulia


para Nabi dan Rasul, sehinggakan
orang yang memutuskan silaturahim
dianggap telah melakukan
dosa besar
25. Mengingati mati

Mengingat mati mendatangkan


kemanisan iman dan sekaligus
menguatkan rasa ber-Tuhan
dan taqarrub kepada Allah.
26. Menghafal Al-Quran

Orang yang menghafal Al-Quran


dianggap sebagai keluarga-keluarga
Allah. Oleh itu, perbanyakkanlah
menghafal Al-Quran kerana ia
cahaya di dalam kubur.
27. Solat tahajud
Solat tahajjud ataupun qiamulail adalah
solatnya para Nabi dan Rasul. Bangunlah
pada malam yang akhir dan gunakan waktumu
untuk meminta hajatmu niscaya
akan segera di tunaikan Allah.
28. Mencintai Rasulullah

Kasih dan cinta kepada


Rasulullah saw adalah
satu kemestian dalam
kehidupan seorang Muslim.
Setiap Muslim mesti berbuat
demikian kerana baginda
adalah orang yang paling
berjasa di dalam
membimbing dan memberi
petunjuk kepada
manusia sejagat.
29. Berdoa dan berusaha

Doa memiliki kekuatan dan kehebatan


yang dahsyat sehinggakan doa
dianggap sebagai senjata mukmin
dan pembuka pintu rezeki.
30. Solat yang khusyuk
Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan
keredhaan Allah. Latihlah kekusyukan di dalam
solat supaya beroleh kemenangan di syurga.

Anda mungkin juga menyukai