Anda di halaman 1dari 172

DEKLARASI

Ebook ini adalah keluaran daripada pihak Tadabbur Centre


Sdn. Bhd.

EBook ini untuk sebaran PERCUMA kepada seluruh umat


Islam. Tidak dibenarkan untuk menerbitkan semula dalam
apa jua bentuk terbitan untuk tujuan jualan melainkan setelah
mendapat keizinan daripada pihak penulis dan penterjemah.
ISI KANDUNGAN
Kata-Kata Aluan Sheikh Dr. Solah Abdul Fatah 6
Al Khalidi

Mukadimah Penulis 8

Mukadimah Penterjemah 11

Bahagian Pertama: Ciri-Ciri Surah 14

Bahagian Kedua: Ciri-Ciri Utusan Allah 15


1. Mengagungkan Allah SWT dan Menyucikan-Nya
daripada Sifat yang Lemah 17
2. Bekerja Secara Rahsia dan Tidak Menzahirkannya
kepada Orang Ramai 19
3. Menggemari Waktu Malam kerana Itulah Peluang
untuk Beribadah 20
4. Mendambakan Keredaan Allah SWT 21
5. Hatinya Merindui Masjid 22
6. Mencintai Masjidil Aqsa Sama Tandingnya dengan
Masjidil Haram 25
7. Mentauhidkan Allah SWT dengan Nama-nama-Nya
dan Sifat-sifat-Nya 29
8. Hamba yang Dikasihi Tuhannya 31
9. Bersifat Ihsan: Sentiasa Merasakan Allah SWT Berada
di Sisi 35
10. Menjaga Konsistensi Kewujudan Masjidil Aqsa dan
Sekitarnya 38
11. Sentiasa Berwaspada dengan Allah SWT 40
12. Tidak Menyekutukan Allah SWT 42
13. Menjadi Hamba yang Sentiasa Bersyukur 43
14. Berjaga-jaga dan Memahami Sifat Semula Jadi
Musuh 44
15. Bertambah Keimanan Apabila Salah Satu Janji Allah
Menjadi Realiti 45
16. Yakin terhadap Janji Allah SWT pada Perkara yang
Belum Berlaku 47
17. Memilih untuk Menyerahkan Segala Urusan kepada
Allah SWT 48
18. Gagah Perkasa dan Bersifat Tegas 53
19. Menyerang dan Menakluki Petempatan Zionis 54
20. Menjatuhkan Reputasi Zionis 58
21. Sentiasa Berinteraksi dengan al-Quran dan Beramal
dengan Inti Patinya 65
22. Melakukan Amalan yang Soleh 67
23. Mendoakan Kebaikan Buat Diri dan Ahli Keluarga 68
24. Bertafakur dengan Memerhatikan Alam Semesta 70
25. Bertafakur Mengenai Hari Akhirat 76
26. Terpelihara daripada Kefasiqan dan Perkara Lagha 78
27. Tidak Mengikuti Golongan yang Membuat Kebatilan 80
28. Memberikan yang Hak kepada Orang Lain 83
29. Bersederhana dan Menjauhi Pembaziran 85
30. Yakin Bahawa Allah SWT yang Mengurniakan dan
Menyempitkan Rezeki 86
31. Mendidik Anak dengan Pendidikan Agama yang Benar 87
32. Tidak Makan Harta Anak Yatim 91
33. Menunaikan Hak Orang Lain dengan Adil Tanpa
Mengurangkan Sukatan 93
34. Menjauhkan Diri daripada Perkara yang Tidak
Bermanfaat 95
35. Tawaduk kepada Allah SWT 98
36. Memiliki Hubungan yang Istimewa dengan al-Quran 100
37. Memelihara Akar Ketauhidan yang Sudah Terpasak
dalam Jiwa 108
38. Berkata-kata dengan Ucapan yang Baik 110
39. Sedar akan Perbuatan Syirik dan Mengajak Manusia
agar Kembali 113
40. Berperang Menentang Syaitan dan Bala Tenteranya 114
41. Yakin Bahawa Allah SWT Maha Pengatur dan Maha
Berkuasa 120
42. Tidak Tunduk kepada Sebarang Kekufuran 121
43. Golongan Batil dan Kafir Sentiasa Berusaha untuk
Mencetuskan Fitnah kepada Pihak yang Benar 123
44. Mendirikan Solat dengan Sempurna 127
45. Ahli al-Quran 130
46. Yakin Bahawa Kebenaran akan Tersingkap 133
47. Bergantung Sepenuhnya kepada Allah SWT 134
48. Penawar Psikologi dan Jiwa Manusia 136
49. Tidak Berputus Asa daripada Rahmat Allah SWT Saat
Diuji 140
50. Menginfakkan Harta pada Jalan Allah SWT 142
51. Tidak Takut dan Teragak-agak untuk Membesarkan
Allah Meskipun di Hadapan Musuh-Nya 144
52. Khabar Gembira buat Ahli al-Isra’ 149
53. Mentadabbur dan Menghayati Inti Pati al-Quran 151
54. Janji Allah Bahawa Kota Palestin Akhirnya
akan Ditakluki oleh Umat Islam 156
55. Memahami Maksud dan Keindahan di Sebalik
Nama-nama dan Sifat-sifat Allah SWT 159
56. Allah SWT Sebagai Tujuan yang Agung 166

Nota Kaki 171


KATA ALU-ALUAN SHEIKH DR. SOLAH ABDUL
FATAH AL-KHALIDI
Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi dan Rasul yang termulia, Nabi
kita, Muhammad SAW serta keluarga dan seluruh kalangan
sahabat Baginda.

Saya telah membelek tulisan yang disediakan oleh


Fadilatu al-Sheikh Dr. Usamah Abu Bakar (moga Allah
memeliharanya) berkenaan sifat-sifat kumpulan yang diutuskan
oleh Allah SWT untuk menentang Bani Israel sepertimana yang
tercatat dalam Surah al-Isra’. Saya mendapati tulisan ini sebuah
kata-kata yang tepat dan sifat-sifat yang diperhalus, serta
menepati tafsiran para sarjana tafsir yang ulung dalam kalangan
generasi salaf atau khalaf.

Apa yang paling menarik berkenaan tulisan ini, ia


mendekatkan orang beriman dengan Tuhannya serta memberikan
galakan agar mengawasi hubungan dengan Tuhan. Selain itu, ia
turut menggalakkan kita agar menghiasi diri dengan sifat-sifat
orang beriman dan berlaku ihsan.

Akhir kata, saya memohon kepada Allah SWT agar Dia


menerima kitab kecil yang sangat baik ini, sekali gus
memberikan sebaik-baik ganjaran buat saudara kami, iaitu
Sheikh Usamah. Moga Allah SWT membebaskan umat ini
daripada segala kesedihan.

6
Walhamdulillahi Rabb al-‘Alamin.
Dr. Solah al-Khalidi

7
MUKADIMAH PENULIS
Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan Yang Maha Besar, lagi
Maha Perkasa. Dia yang mengaturkan siang dan malam silih
berganti. Dia juga yang mengangkat nama Nabi SAW di segenap
ruang serta menjadikan umat Baginda SAW sebagai umat yang
terbaik dan terbilang. Dialah jua yang memberikan petunjuk
kepada umat Baginda SAW dalam menuju ke jalan kejayaan,
pembebasan dan kemenangan.

Allah SWT telah menurunkan Surah al-Isra’ ke atas Bani


Israel. Surah yang menjadi kunci kekuatan dan kemenangan,
serta perintah agar umat Islam membuat persediaan untuk
diutuskan bagi menentang orang-orang yang berbuat kezaliman
dan kejahatan.

Maha Suci Allah SWT, Dialah Tuhan Yang Maha Pemberi


Petunjuk jalan-jalan yang sesat dan membinasakan. Dialah yang
memuliakan Muhammad SAW, Nabi yang terpilih serta para
sahabat Baginda SAW yang suci pada setiap masa. Kemuliaan
yang diberikan oleh Allah SWT kepada Baginda SAW selagi
berganti siang dan malam, dan tatkala Allah SWT turun pada
setiap satu pertiga malam.

8
Allah SWT telah meletakkan Surah al-Isra’ di pertengahan
lembaran al-Quran. Dia menjadikan surah ini sebagai surah
kemenangan memandangkan surah ini berkisar tentang isu
terpenting bagi umat Islam, iaitu isu Baitul Maqdis dan Masjidil
Aqsa. Selain itu, surah ini juga menceritakan keutamaan isu ini
dan kepentingan untuk melakukan persiapan. Allah SWT dengan
jelas telah menerangkan jalan-jalan ke arah pembebasan
masjid yang telah ditawan, strategi menyediakan tentera
pembebasan untuk menakluki semula al-Aqsa dan apa-apa yang
berkait dengannya pada masa hadapan. Tentera-tentera inilah
yang akan dihantar oleh Allah SWT ke atas Bani Israel tatkala
tibanya hari pengakhiran kelak sepertimana yang diterangkan
dalam surah ini.

Sidang pembaca yang dikasihi,

Sebarang kebaikan yang ada dalam buku ini, ia


merupakan kurniaan daripada Allah SWT. Adapun kesilapan
atau kekurangan, maka ia datang daripada diri penulis sendiri
dan penulis memohon keampunan kepada Allah SWT atas
sebab kesilapan itu.

Di samping itu, penulis menzahirkan penghargaan kepada


mereka yang telah memberikan nasihat, pandangan dan
khidmat bagi menjayakan penulisan buku ini. Moga anda
semua diberikan ganjaran kebaikan.

9
Penulis berharap agar setiap Muslim di seluruh alam
dapat menyebarluaskan buku ini dan menyampaikannya kepada
orang ramai. Tambahan lagi, sekiranya ada pihak yang berminat
ingin menerbitkan buku ini, maka mereka perlulah memenuhi
satu syarat, iaitu agar penyebaran buku ini dilakukan secara
percuma. Dengan izin Allah SWT, terjemahan buku ini akan
turut diterbitkan dalam bahasa yang lain.

Dr. Usamah Fathi Abu Bakar

10
MUKADIMAH PENTERJEMAH
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Segala puji hanya bagi yang selayaknya. Dialah Tuhan yang telah
memberikan kekuatan buat para hamba yang dikehendaki-Nya.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
rasul akhir al-ummah, penutup segala kerasulan, insan termulia
yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Alhamdulillah dengan izin-Nya, sebuah manuskrip yang


telah diusahakan oleh salah seorang tokoh keilmuan di bumi
Syam, Sheikh Dr. Usamah Fathi Abu Bakar telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Melayu bagi memudahkan umat manusia
khususnya di bumi Malaysia dan umumnya di negara-negara
jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei untuk
mengakses maklumat yang terhimpun dalam tulisan ini.

Manuskrip ini meskipun ringkas pada isinya, kecil pada


zatnya, namun mesej dan inti patinya amatlah besar. Penulis
bukan sekadar membincangkan masalah dan kemelut yang
melanda umat akhir zaman, malah lebih daripada itu,
penulis membawakan isu Masjidil Aqsa sebagai mesej utama
yang diketengahkan dalam tulisan ini. Isu al-Aqsa bukanlah
isu rakyat Palestin semata-mata. Isu al-Aqsa juga bukanlah isu
negara Arab semata-mata. Sebaliknya, isu Palestin ialah isu umat

11
Islam sejagat. Mana mungkin umat Islam mampu lena tidurnya
sedangkan al-Aqsa masih ditawan oleh pihak musuh. Oleh hal
yang demikian, melalui penanya, penulis menyeru umat Islam
agar bersama-sama berusaha membawa perubahan bermula
daripada perubahan sikap individu itu sendiri, diikuti keluarga
dan seterusnya masyarakat secara total.

Dalam masa yang sama, penulis membawa elemen


tadabbur ayat al-Quran daripada Surah al-Isra’ yang
merekodkan kisah tentera utusan Allah SWT yang akan
menghadapi musuh-musuh-Nya dalam kalangan Bani Israel.
Secara satu demi satu, penulis menghuraikan sifat yang diwarisi
oleh tentera Allah SWT atau digelar al-wa‘du al-akhir yang bakal
muncul menjelang akhir zaman ini. Dengan mentadabbur isi
kandungan Surah al-Isra’ ini, maka tepuk dada tanyalah selera:
Adakah kita mahu menjadi tentera pilihan Allah SWT atau kita
sekadar berpuas hati dengan apa yang kita ada pada hari ini?
Siapakah yang dapat menjamin?

Selaku penterjemah, saya membawa harapan yang besar


semoga tulisan ini dapat disebarkan secara luas agar tulisan
yang sarat dengan mesej penting ini dapat sampai kepada
pengetahuan para pembaca, apatah lagi kita kini berada di
penghujung dunia yang sarat dengan fitnah dan permusuhan.
Moga kita dipelihara oleh Allah SWT daripada terus tergelincir
dalam arus dunia yang melalaikan.

12
Wabillahitawfiq. Wassalam.
Ahmad Akram Mahmad Robbi
9:14 A.M
22 September 2020
UIAM Gombak

13
BAHAGIAN PERTAMA: CIRI-CIRI SURAH
Dikategorikan sebagai surah Makiyyah(diturunkan sebelum
Hijrah), kecuali pada ayat ke-26, 32, 33, 57, 73-80 (Madaniyyah)
menurut sebahagian riwayat.

Surah ini juga mencecah 100 ayat. Jumlah ayatnya ialah


sebanyak 111 ayat. Berada pada kedudukan yang ke-17 mengikut
tertib mashaf dan surah yang ke-50 mengikut tertib penurunan.
Ia diturunkan selepas Surah al-Qasas. Antara nama lain bagi surah
ini termasuklah ‘Surah Subhana’ dan ‘Surah Bani Israel’.

Status Jumlah Ayat Jumlah Kalimah Jumlah Huruf


Makiyyah 111 1564 6460

Surah Turutan Turun Muka Surat Jumlah Juzuk


Sebelum Penurunan Selepas Mashaf Halaman Mashaf
Surah Surah Mashaf
Surah

Al-Nahl 50 Al-Qasas 282 11 15

14
BAHAGIAN KEDUA: CIRI-CIRI UTUSAN ALLAH
Ciri-ciri utusan Allah SWT yang akan menentang Bani Israel adalah
seperti yang telah ditentangi oleh mereka sewaktu al-wa’du
al-awwal. Justeru, Allah SWT akan menghantar utusan untuk
menentang mereka apabila tibanya al-wa’du al-akhir. Marilah
kita memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya kita termasuk
dalam golongan tersebut.

Kita sedang berbicara tentang sebuah kumpulan yang


memiliki ciri khas dan unik dalam kalangan manusia. Mereka akan
dimuliakan oleh Allah SWT dengan amanah untuk menuntut
semula Masjidil Aqsa. Mereka merupakan kumpulan yang
mengikut jalan Muhammad SAW sewaktu peristiwa Israk, iaitu
perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

Selain itu, mereka ialah al-thaifah al-mansurah (kumpulan


yang diberikan kemenangan) yang sentiasa bersama kebenaran.
Tidak sedikit pun mereka terkesan dengan kemudaratan yang
dilakukan oleh orang-orang yang mengkhianati mereka
sehingga datang perintah Allah, mereka tetap teguh. Kumpulan
ini menjadi ketua dan pemimpin yang akan bersemuka dengan
musuh dan akan menakluki pintu kemenangan dengan izin-Nya.
Di belakang mereka, ada pengikut-pengikut dalam kalangan
orang Islam. Mereka disifatkan dengan ciri-ciri khusus yang
akan disebutkan seperti yang dapat ditemui isyaratnya dalam
Surah al-Isra’. Al-Quran secara keseluruhannya ialah dustur dan
petunjuk dalam menuju kebaikan dan kemenangan.

15
Namun, pada Surah al-Isra’, ia mengandungi ciri-ciri
khusus seperti yang disebutkan sebagai kaedah pembebasan
yang perlu diambil perhatian untuk menyasarkan pembebasan
al-Aqsa. Justeru itu, bacalah ciri-ciri dan isyarat kepada kaedah
ini dengan teliti serta fikiran yang tajam. Kemudian, berusaha
untuk mempraktikkannya pada diri, keluarga dan anak-anak, di
samping bersungguh-sungguh melazimi sifat-sifat tersebut untuk
menjadi kumpulan yang diutuskan sebagai al-wa’du al-akhir
yang akan menentang Bani Israel:

16
1 Mengagungkan Allah SWT dan Menyucikan-Nya
daripada Sifat yang Lemah
Mereka mengagungkan Allah SWT dan menyucikan-Nya daripada
sifat-sifat yang lemah. Tambahan lagi, mereka juga ialah​ahli
tasbih yang sentiasa memuji kebesaran Allah SWT. Surah ini
dimulakan dengan ungkapan tasbih kepada Allah Taala sebagai
isyarat kepada sikap orang yang mengambil berat tentang
Masjidil Aqsa dan sentiasa berusaha ke arah pembebasannya,
iaitu mereka sentiasa mengulangi dan beriltizam dalam urusan
menyucikan Allah SWT. Firman Allah SWT,​

ۡ َ ۡ َ َ َ ۡ ‫ل ًل ّم َِن ٱل ۡ َم ۡسج ِد‬ َ


ۡ َ ‫ى ب َع ۡب ِده ِۦ‬ َ ۡ ٓ َّ َ َ ۡ ُ
ِ ‫ٱلر ِام إِل ٱلمس‬
‫ج ِد‬ ِ ِ ٰ ‫سبحٰن ٱلِي أس‬
ُ‫يع ۡٱلَ ِصري‬ َّ ‫ۡٱلَ ۡق َصا َّٱلِي َب ٰ َر ۡك َنا َح ۡو َ ُلۥ ل ُِن َي ُهۥ م ِۡن َء َايٰت ِ َنا ٓۚ إنَّ ُهۥ ُه َو‬
ُ ‫ٱلس ِم‬
ِ ِ
Ertinya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan
hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid
Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),
yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)
Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.” (Al-Isra’, 17: 1)
Sesuatu perbuatan biasanya terikat dengan masa atau
individu tertentu. Namun, ketika Allah SWT mengungkapkan,
“Maha Suci Allah yang telah menggerakkan”, ia adalah mutlak
(tidak mengikat), yakni sama ada sebelum atau selepas daripada
perbuatan bertasbih. Ia juga tidak terikat dengan individu atau

17
masa tertentu. Dalam ayat ini, ia jelas satu bentuk tasbih yang
mutlak (penyucian yang sempurna) kepada Allah SWT sebelum
makhluk-makhluk yang bertasbih dicipta oleh Allah SWT.

Tasbih yang mutlak pada surah ini sangat seiring


dengan apa yang telah diturunkan pada awal surah ini: “Maha
Suci Allah”, iaitu ungkapan penyucian yang sempurna. Dalam
al-Quran, tidak semua surah terdapat ungkapan tasbih yang
banyak dalamnya sepertimana yang terdapat dalam Surah
al-Isra’. Tidak ada surah yang sama ungkapan tasbihnya seperti
yang ada dalam Surah al-Isra’. Barangkali ia merupakan isyarat
bahawa Rasulullah SAW akan diutuskan ke alam yang dipenuhi
tasbih berdasarkan firman Allah SWT,
َ ُ ُ ۡ َ َ َ َ َّ َ َ ۡ َّ َ ُ ّ َ ُ
‫تون‬ ‫يسبِحون ٱلل وٱنلهار ل يف‬
Ertinya: “Mereka beribadat malam dan siang, dengan
tidak berhenti-henti.” (Surah Al-Anbiya’, 21: 20)

Oleh sebab itu, surah ini sarat dengan ungkapan tasbih


(penyucian Allah SWT daripada sifat-sifat yang lemah).

18
2 Bekerja Secara Rahsia dan Tidak Menzahirkannya
kepada Orang Ramai
Ungkapan ‘menggerakkan’ dalam ayat merujuk perjalanan yang
berlaku pada malam hari. Selain itu, ada kemungkinan maksud
daripada ayat ini, iaitu sebagai satu bentuk khabar gembira
kepada Rasulullah SAW setelah Baginda SAW melalui tahun
kesedihan, ditambah pula kejadian yang menimpanya di Ṭhaif.
Oleh itu, Allah SWT berkehendak memberikan kegembiraan
kepada Rasulullah SAW lalu memperlihatkan kemuliaannya di
langit kepada Baginda SAW setelah Baginda SAW berlemah
lembut terhadap kaum kafir dalam kalangan Quraisy dan
penduduk Thaif. Namun malangnya, mereka tetap mencemuh
dan tidak memberikan bantuan kepada Baginda SAW. Dalam
pada itu, ayat ini juga merupakan khabar gembira buat mereka
yang berkhidmat dalam usaha merealisasikan kemenangan
dan pembebasan al-Aqsa. Oleh hal yang demikian, Allah SWT
memberikan khabar gembira ini buat mereka.

Dalam pada itu, ayat ini turut menjadi isyarat bahawa mereka
bekerja secara rahsia dan tersembunyi, tidak menzahirkannya
kepada khalayak umum (siang hari).

19
3 Menggemari Waktu Malam kerana Itulah Peluang
untuk Beribadah
Ungkapan “lailan” merujuk antara ciri kumpulan al-wa’du
al-akhir yang akan diutuskan untuk memberikan tentangan
ke atas Bani Israel. Mereka sangat menggemari waktu malam.
Pada waktu malam, mereka merasakan dekat dengan pencipta
mereka dengan beribadah membesarkan Tuhan mereka. Pada
waktu itu, mereka juga berhubung dengan Tuhan mereka dengan
ibadah-ibadah tertentu yang tidak terlihat oleh mata-mata
manusia. Mereka merasakan ketenangan apabila bersendirian
(ibadah pada malam hari) kerana Allah SWT.

20
4 Mendambakan Keredaan Allah SWT

Ungkapan ‘lailan’ bermaksud sepertimana mereka menjadikan


pergerakan mereka secara rahsia agar tidak diketahui oleh musuh
mereka. Pada masa yang sama, mereka tetap berikhtiar
meskipun mereka bersama Tuhan. Hal ini demikian kerana
mereka mahu bertindak, berusaha dan mengerah keringat
untuk menggapai darjat kehambaan yang tertinggi di sisi Allah
SWT.

21
5 Hatinya Merindui Masjid

Hubungan kehambaan antara mereka dengan Tuhan membuatkan


mereka tenang ketika berada di rumah-Nya (masjid). Hal ini
disebabkan perjalanan Israk oleh Nabi Muhammad SAW, Nabi
utusan mereka yang bermula dari sebuah masjid menuju ke
sebuah masjid. Demikianlah perutusan Allah SWT kepada mereka yang
termasuk dalam al-wa’du al-akhir. Mereka keluar dari masjid,
kemudian menuju semula ke masjid. Hati mereka telah terpaut
dengan masjid. Mereka tahu tentang kebenaran. Cinta mereka
kepada masjid disebabkan ia merupakan rumah Allah SWT.
Demikian itu, mereka meninggikan kedudukan masjid, lalu
menyebut nama Tuhan mereka, bertasbih kepada-Nya pada
siang hari manakala pada malam hari berada di dalam masjid
tersebut.

Nabi SAW telah memaklumkan tujuh golongan yang


akan diberikan naungan Allah SWT ketika munculnya hari yang
tidak ada satu pun naungan melainkan naungan milik Allah SWT
menerusi sabda Baginda SAW,

22
ُ ْ ُ َ ْ ُ ُّ َّ َّ َ َ ْ َ ّ َ ّ ْ ُ ُّ ُ ٌ َ ْ َ
،‫ام ال َعادِل‬ ‫الم‬ ِ :‫ يوم ل ظِل إِل ظِله‬، ِ‫سبعة ي ِظل َهم الل ِف ِظل ِه‬
َ
‫ َو َر ُجل ِن‬،ِ‫جد‬ ‫ا‬ َ ‫ َو َر ُج ٌل قَلْ ُب ُه ُم َع ّلَ ٌق ف ال ْ َم‬،ِ‫ادة ِ َر ّبه‬
‫س‬
َ َ
‫اب نشأ ِف عِب‬
َ َ ٌّ َ َ
‫وش‬
َ ِ ِ ِ
َ
ُ ‫ام َرأةٌ ذ‬ ْ َ َ ٌ َ َ
ْ ‫ َو َر ُجل دعت ُه‬،ِ‫اج َت َم َعا َعليْه َوتف َّرقا َعليْه‬ َ َ َ ْ ‫الل‬ َ ّ ََ
‫ات‬ ِ ِ ‫تابَّا ِف‬
َ َ َ َ َّ َ َ ٌ ُ َ َ َ ّ ُ َ َ ّ َ ََ َ َ َ ‫َمنْص‬
‫ ورجل تصدق بِصدق ٍة‬،‫ إ ِ ِن أخاف الل‬: ‫ فقال‬،‫ال‬ ٍ ‫ب وج‬ ٍ ِ َ
َ َ ّ َ َ َ ٌ ُ َ َ ُ ُ َ ُ ْ ُ َ ُ ُ َ َ َ ْ َ َ َ ّ َ َ َْ َ
‫الًا‬ ِ ‫ ورجل ذكر الل خ‬،‫فأخفاها حت ل تعلم شِمال ما تنفِق ي ِمينه‬
ُ‫ت َعيْ َناه‬ ْ ‫اض‬ َ ََ
‫فف‬
Ertinya: “Tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah SWT
dengan naungan-Nya1 pada hari yang tiada naungan
melainkan naungan daripada-Nya: Imam yang adil;
pemuda yang membesar dengan mentaati Tuhannya;
lelaki yang hatinya tertaut kepada masjid; dua orang
lelaki yang saling mengasihi antara satu sama lain kerana
Allah SWT, mereka berjumpa dan berpisah kerana-Nya;
lelaki yang digoda oleh wanita yang cantik paras rupanya,
namun dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah SWT; lelaki
yang bersedekah, tetapi dia menyembunyikan sedekah
tersebut sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang
disedekahkan oleh tangan kanannya; dan lelaki yang
mengingati Allah SWT pada saat dirinya bersendirian,
lalu menangis kedua-dua matanya.”2
Sesiapa yang hatinya telah tertaut kepada masjid,
maka berbanggalah dia kerana dirinya bakal berada dalam
perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT pada hari kiamat
kelak daripada bahang matahari yang dekatnya di sisi makhluk

23
hanya satu batu. Selain itu, dia juga akan berada dalam
perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah
dan kerosakan di dunia. Masjid dan rumah ibadah (termasuk
musolla dan surau) bagi tujuan menyembah Allah SWT yang
telah diberikan izin untuk meninggikan dan menyebut nama-Nya
yang agung di dalam tempat ibadah ini. Demikian itu, kumpulan
al-wa’du al-akhir seharusnya tahu akan kepentingan masjid
dan nilainya. Dengan itu, mereka dapat mengagungkan dan
menghidupkan masjid-masjid, mengembangkan fungsinya
sebagai tempat mendapatkan pendidikan al-Quran, al-Sunnah,
akhlak, jihad sehingga menjadi tunjang kepada pembebasan
Masjidil Aqsa.

24
6 Mencintai Masjidil Aqsa Sama Tandingnya dengan
Masjidil Haram
Dalam surah ini juga telah disebutkan tentang perjalanan Israk
dari Masjidil Haram menuju ke Masjidil Aqsa. Hal ini
sebagai tanda bahawa mereka yang diutuskan sebagai
kumpulan al-wa’du al-akhir terlalu kuat bertaut mengagungkan
Masjidil Haram. Mereka juga tertaut kepada Masjidil Aqsa dan
mengagungkannya, namun tidak pula mereka mengabaikan
salah satu daripada kedua-duanya. Mereka sedia mengetahui
hubungan kuat dan keterkaitan antara kedua-dua buah masjid ini.
Kedua-duanya simbol kepada iman dan kemuliaan bagi orang-
orang Islam. Sesiapa yang mengabaikan Masjidil Aqsa, ini
bermakna dia telah mengabaikan Masjidil Haram. Begitu juga
sebaliknya.

Pada zahirnya, Masjidil Haram merupakan simbol


kepada spiritual keimanan manakala Masjidil Aqsa merupakan
simbol kepimpinan iman bersifat siyasi. Semasa kedua-dua
buah masjid ini berada di bawah penguasaan dan perlindungan
umat Islam dahulu, mereka sentiasa berada dalam keadaan
kuat. Namun, setelah umat Islam mengabaikan salah
satu daripada masjid ini, atau kedua-duanya, tindakan ini
menatijahkan sifat lemah umat Islam dan kemunduran mereka.

Maka, penguasaan dan eksplorasi yang berlaku di


Masjidil Aqsa sepertimana yang dijelaskan dalam ayat
mengenai peralihan cahaya dari Masjidil Haram ke

25
Masjidil Aqsa, begitulah keadaannya bagaimana kebenaran,
penguasaan dan kepimpinan beralih dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa.

Dalam sebuah hadis yang dinilai sahih, Abdullah bin


‘Amru meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,
َ َ‫ فأ‬،‫ت وساديت‬
‫تب ْع ُته‬ ِ ‫ت‬
َ
‫ِن‬
‫م‬ ‫ع‬
َ ُ
‫انت‬ ‫ِتاب‬ ‫ك‬ ‫ال‬
َ َ َّ
‫مود‬ ‫ع‬ ‫كأن‬ ‫أيت‬
ّ
ُ ‫إن َر‬
ِ ِ ِ ِ
َ َّ َ َّ
‫ أل وإن اإليمان إذا‬،‫ام‬ ِ ‫الش‬ ‫ ُع ِم َد به إىل‬،‫نور ساط ٌِع‬
ٌ ‫هو‬َ ‫ فإذا‬،‫بَرصي‬
َّ ُ ََ
‫ام‬ ِ ‫الش‬ ِ ‫ت ال ِفنت ب‬ِ ‫َوقع‬
Ertinya: “Aku telah bermimpi melihat bahawa tiang
bagi kitab ini (iman dan agama) telah diambil daripada
pemilikanku. Lantas, pandanganku memerhatikan
ke mana ia pergi. Kemudian, ia menjadi satu cahaya
yang terang. Ia menuju ke Syam. Ketahuilah bahawa
ketika berlakunya fitnah, keimanan akan berada di bumi
Syam.”

Berpaksikan kitab bermaksud ia berasaskan ajaran Islam


dan pegangan agama yang menjadi tempat orang-orang Islam
berkumpul di sekelilingnya. Ibarat paksi agama telah berpindah
dari Madinah al-Munawwarah atau dari bumi Haramain kepada
bumi Syam, atau lebih khususnya ialah Baitul Maqdis, iaitu sebuah
tempat yang diberitahu oleh khabar gembira daripada Nabi
Muhammad SAW bahawa khilafah akan turun di sana. Hal ini
sebagaimana yang termaktub dalam hadis,

26
ََ ْ ََ َّ َ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ ‫يَا ابْ َن َح َوالَ َة إ َذا َر َأي‬
ِ ‫ت الِالفة قد ن َزلت أ ْرض ال ُمقد َسةِ فقد دن‬
‫ت‬ ِ
ْ َ ُ َ ‫الس‬ ْ
ُ ‫ور الع َظ‬ ُ ُ َ ْ ُ َ َّ
ِ َّ‫اعة يَ ْو َمئ ِ ٍذ أق َر ُب م َِن انل‬
‫اس‬ َّ ‫ام َو‬ ُ
ِ ُ ‫الزالزِل َوالَالبِل َواألم‬
َ ْ َ
‫م ِْن يَدِي ه ِذه ِ م ِْن َرأسِك‬
Ertinya: “Wahai Ibn Hawalah, sekiranya kamu melihat
khilafah telah turun di Baitul Maqdis, maka (itulah
petanda) semakin hampirlah untuk berlakunya gempa
bumi, penderitaan dan perkara yang sangat dahsyat.
(Ketahuilah) pada hari tersebut, hari kiamat sangat
hampir kepada manusia berbanding jarak tanganku ini
dengan kepalamu.”
Menurut Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis
ini memiliki sanad yang sahih. Selain itu, Imam al-Albani juga
telah menghukum hadis ini sebagai sahih. Begitu juga dengan
apa yang disebutkan mengenai penurunan Imam al-Mahdi di
Baitul Maqdis sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Imam
al-Thabrani dalam Mu’jam al-Awsath daripada Abu Sa’id3 yang
mengatakan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,
َ ْ َ َّ َ ُ ‫ ُي ْن ُل‬،‫ول ب ُس َّنت‬ ُ ُ َ َّ ُ ْ ٌ ُ َ ُ ُ ْ َ
‫ ُل الق ْط ُر‬-‫ع َّز َو َجل‬- ‫اهلل‬ ِ ِ ِ ‫يرج رجل مِن أم ِت يق‬
ُْ ُ َ ُ َْ ُ َ َََ ْ َ ْ َ َُ ُ ُ َْ َ َ َّ ‫م ِْن‬
‫ تمل األرض مِنه‬،‫ وينبت اهلل ل األرض مِن بركتِها‬،ِ‫الس َماء‬
ُ َ َ َ َُْ َ ً ْ ‫ق ِْس ًطا َو َع ْد ًل َك َما ُمل‬
‫ع ه ِذه ِ األ َّمةِ َسبْ َع‬ ‫ يعمل‬،‫جورا وظلما‬ ً ‫ِئت‬
‫ت المقدس‬ َ ْ‫ني َو َي ْن ُل َبي‬َ ‫ِسن‬
ِ
ِ

27
Ertinya: “Seorang lelaki dalam kalangan umatku
akan diutuskan berucap dengan sunahku. Allah SWT
menurunkan titisan hujan dari langit dan mengurniakan
tumbuh-tumbuhan pada tanah tersebut disebabkan
oleh keberkatan. Daripada tanah tersebut, kesaksamaan
dan keadilan mula menyelaputi sepertimana kejahatan
dan kezaliman menyelaputinya sebelum ini. Lelaki ini
akan bersama umat ini selama 70 tahun dan turun sebagai
utusan di Baitul Maqdis.''

28
7 Mentauhidkan Allah SWT dengan Nama-nama-Nya
dan Sifat-sifat-Nya
Antara sifat lain kumpulan ini, mereka mentauhidkan Allah SWT
bersama nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Mereka berinteraksi
dengan semua yang dinyatakan secara berterusan dengan
beramal dalam kehidupan. Maha Suci Allah, Dia Maha Mendengar
dan Maha Melihat. Dia mendengar kalam, seruan, bisikan dan
doa mereka. Dia jugalah yang menunjuki mereka jalan dan
memudahkan urusan mereka dengan bantuan dan pertolongan
daripada-Nya. Seterusnya, Dialah yang menjelaskan keadaan
masjid mereka, situasi musuh mereka. Dia memiliki hikmah
dalam setiap percaturan. Oleh itu, sesiapa yang ingin menjadi
golongan al-wa’du al-akhir, hidupnya di dunia ini perlulah
dihubungkan dengan sifat-sifat Allah SWT yang terkandung
dalam Asmaul Husna.

Sesiapa yang ingin pendengarannya menjadi jelas, maka


berdoalah, “Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar, kurniakanlah
pendengaran kepadaku.” Sekiranya dia mahu mengangkat sesuatu,
maka berdoalah, “Wahai Tuhan yang selayaknya diangkat, Yang
Maha Perkasa, bantulah diriku.” Jika seseorang ingin mencari
sesuatu pula, maka berdoalah, “Wahai Allah Yang Maha Menemukan,
temukanlah diriku dengan apa yang aku cari.” Sekiranya dia
menginginkan ilmu, maka serulah Allah SWT dengan berdoa,
“Wahai Yang Maha Mengetahui, ajarilah diriku.” Sekiranya dia
menginginkan petunjuk dan hikmah dalam sesuatu perkara,

29
maka berdoalah, “Wahai Yang Maha Memberi Petunjuk,
tunjukkan jalan kepadaku. Wahai Tuhan Yang Maha Bijaksana,
rezekikanlah hikmah kepadaku.” Jika dia menginginkan pembukaan,
maka banyakkanlah berdoa, “Dengan nama Allah Tuhan Yang
Maha Membukakan.’ Begitulah umpamanya gambaran keseluruhan
kehidupan ahli al-wa’du al-akhir yang disaluti dengan objektif
untuk mempraktikkan Asmaul Husna dalam kehidupan di dunia.
Dengan mengingati Allah SWT dan berusaha dalam menjadi
hamba-Nya, Allah SWT akan memuliakannya dengan jawapan
(doa yang diperkenankan). Firman Allah SWT,
ۡ َ ٰ َ ۡ ُ ۡ ُ ٓ َ ۡ َ ۡ َّ َ
ۖ‫ن فٱد ُعوهُ ب ِ َها‬ ‫و ِلِ ٱلسماء ٱلس‬
Ertinya: “Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang
mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya
dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A’raf, 7:
180)
Firman Allah SWT,
ُ َ ۡ َ ۡ َ ٓ ُ ۡ ُ ُ ُّ َ َ َ َ
‫ب لك ۡ ۚم‬ ‫ج‬ِ ‫ون أست‬
ِ ‫وقال ربكم ٱدع‬
Ertinya: “Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kamu kepada-Ku,
nescaya Aku perkenankan doa permohonanmu.
Sesungguhnya, orang-orang yang sombong takbur
daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk
ke dalam Neraka Jahanam dalam keadaan hina.’” (Surah
Ghafir, 40: 60)

30
8 Hamba yang Dikasihi Tuhannya

Ungkapan ‘asra bi ‘abdihi’ bermaksud bahawa mereka


disifatkan dengan rasa kehambaan kepada Allah Tabaraka wa
Taala. Ia merupakan maqam yang tertinggi antara sang
pencipta dengan makhluk. Sifat kehambaan ini menjadikan
mereka tunduk sepenuhnya kepada Allah SWT, iaitu Tuhan
sekalian makhluk baik dalam perkara yang diperintahkan
mahupun yang dilarang. Sifat ini melahirkan perasaan takut
dalam hati mereka untuk mengebelakangkan perintah Tuhan.

‘Ubudiah di sini bererti kasih sayang, takut dan harapan.


‘Ubudiah menuntut hamba untuk mengasihi Tuhan yang
disembah. Walau bagaimanapun, kasih sayang ini bukanlah
sekadar diterjemahkan melalui kata-kata tetapi berbeza pada
perbuatan dan ucapan. Sebenarnya, mengasihi Allah SWT
adalah lebih daripada itu. Mengasihi Allah SWT perlu kepada
ketaatan. Kasih sayang ini ada pada mereka yang taat. Kasih
sayang ini sebagai permulaan kepada perasaan kasih terhadap
anak-anak, ibu bapa dan sekalian manusia. Begitu juga perasaan
kasih terhadap apa yang ada di dunia ini sama ada harta atau
kebendaan seperti tempat kediaman idaman atau perniagaan
yang dibimbangi akan mengalami kerugian.

Perasaan kasih terhadap Allah SWT secara ‘ubudiah


merupakan permulaan bagi perasaan kasih terhadap setiap
sesuatu. Kedudukan seseorang yang memiliki perasaan kasih

31
terhadap Allah SWT ini mempamerkan satu kemuliaan. Tatkala
Allah SWT menyifatkan salah satu daripada ciptaan-Nya sebagai
hamba-Nya, hal ini merupakan satu bentuk kemuliaan dan
kedudukan yang agung buat makhluk itu. Siapakah lagi yang
paling berhak untuk mendapat kedudukan di sisi Allah SWT,
sekali gus mendaki kedudukan tertinggi ini untuk berada di
sisi-Nya?

Oleh itu, Allah SWT menyeru kekasih dan insan yang


paling hampir di sisi-Nya, iaitu Muhammad SAW dengan
semulia-mulia kedudukan ‘ubudiah. Antara kedudukan yang
dinyatakan:

1. Kedudukan ketika penurunan wahyu


َّ ۡ َ َ َ َ ۡ ۡ َ ٰ َ َ َ َ َ ٓ َّ َّ ُ ۡ َ ۡ
‫ب َول ۡم ي َعل ُلۥ ع َِو َج ۜا‬ٰ‫ٱلمد ِلِ ٱلِي أنزل ع عب ِده ِ ٱلكِت‬
Ertinya: “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah
menurunkan kitab suci al-Quran kepada hamba-Nya
(Muhammad) dan tidak menjadikan padanya sesuatu
yang bengkok (terpesong).” (Surah al-Kahf, 18: 1)

2. Kedudukan ketika berdakwah


ٗ َ ۡ َ َ َ ُ ُ َ ْ ُ َ ُ ُ ۡ َ َّ ُ ۡ َ َ َ َّ َ ُ َّ َ َ
‫وأنهۥ لما قام عبد ٱللِ يدعوه كدوا يكونون عليهِ لِ دا‬
Ertinya: “Bahawasanya ketika hamba Allah (Nabi
Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya,
mereka hampir-hampir menindih satu sama lain
mengerumuninya.” (Surah al-Jinn, 72: 19)

32
3. Kedudukan ketika berdialog
ۡ
َ ‫ع َع ۡبدِنَا فَأتُوا ْ ب ُس‬
‫ورة ٖ ّمِن‬ ِ ٰ َ َ ‫نت ۡم ِف َر ۡيب ّم َِّما نَ َّز ۡلَا‬
ُ ‫ِإَون ُك‬
ٖ
ُ ‫ٱللِ إن ُك‬
َ ‫نت ۡم َص ٰ ِدق‬ َّ ُ ّ ُ ََٓ َ ُ ْ ُ ۡ َ ّۡ
‫ِني‬ ِ ‫ون‬
ِ ‫مِثلِهِۦ وٱدعوا شهداءكم مِن د‬
Ertinya: “Kalau kamu ada menaruh syak tentang apa
yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba Kami
(Muhammad), maka cubalah buat dan datangkan satu
surah yang sebanding dengan al-Quran itu. Juga
panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh
menolong kamu selain daripada Allah, jika betul kamu
orang-orang yang benar.” (Surah al-Baqarah, 2: 23)

4. Kedudukan ketika memberikan peringatan


َ ‫ون ل ِۡل َعٰلَم‬
ً ‫ني نَذ‬ َ ُ َ َ ٰ َ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ َّ َ َّ َ َ َ َ
‫ِيرا‬ ِ ‫ع ع ۡب ِده ِۦ ِلك‬ ‫تبارك ٱلِي نزل ٱلفرقان‬
Ertinya: “Maha Berkat Tuhan yang menurunkan
al-Furqan kepada hamba-Nya (Muhammad) untuk
menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk
alam.” (Surah al-Furqan, 25: 1)

5. Kedudukan sebagai petunjuk daripada kegelapan menuju


cahaya
ُ ۡ ّ َٰ ّ َ َٰ َ ٓ ۡ َ َٰ َ ُ ّ َ ُ َّ َ ُ
‫ت ِلُخ ِر َجكم ّم َِن‬ ٖ ‫ت بيِن‬ ِۢ ‫نل ع عب ِده ِۦ ءاي‬ ِ ‫ي‬ ‫ِي‬ ‫ٱل‬ ‫هو‬
َّ ٞ َ ۡ ُ َ َّ َّ َ
ٞ ‫ت إل ٱنلُّور ِإَون ٱلل بكم ل َر ُءوف رح‬ َ ُ ُّ
‫ِيم‬ ِ ِۚ ِ ِ ٰ ‫ٱلظلم‬

33
Ertinya: “Dialah yang menurunkan keterangan-keterangan
al-Quran yang terang lagi nyata kepada hamba-Nya
(Nabi Muhammad) kerana Dia hendak mengeluarkanmu
daripada gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman)
yang terang-benderang. (Ingatlah) sesungguhnya Allah
Maha Memberi Belas Kasihan lagi Maha Mengasihani
terhadapmu.” (Surah al-Hadid, 57: 9)

6. Kedudukan yang dibincangkan dalam Surah al-Isra’ ini.

34
9
Bersifat Ihsan: Sentiasa Merasakan Allah SWT Berada
di Sisi
Ayat ‘li nuriyahu min ayaatina’ merupakan objektif yang
paling jelas bagi perjalanan Israk menuju ke Masjidil Aqsa.
Peristiwa ini jelas memperlihatkan kebesaran Allah SWT. Ia
berada di kedudukan tinggi yang telah dikhususkan. Seseorang
hamba tidak akan dapat mencapai maqam ini sehinggalah dia
mencapai kedudukan yang tinggi dalam hubungannya bersama
Allah SWT. Firman Allah SWT,
َ ُ َۡ َ َ َّ ‫وت‬ َ ‫ك‬ ُ َ َ َ َ ۡ ٓ ُ َ َٰ َ َ
‫ۡرض َو ِلَكون م َِن‬
ِ ‫ت َوٱل‬
ِ ٰ ‫ٱلسمٰو‬ ‫وكذل ِك ن ِري إِبرٰهِيم مل‬
ۡ
َ ‫ٱل ُموقِن‬
‫ِني‬
Ertinya: “Demikianlah Kami memperlihatkan kebesaran
dan kekuasaan (Kami) di langit dan bumi kepada Nabi
Ibrahim supaya menjadilah baginda daripada orang-
orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.”
(Surah al-An’am, 6: 75)
Mereka itu ialah wali-wali Allah SWT yang bersungguh-
sungguh dalam beramal dan berusaha keras untuk membebaskan
Baitul Maqdis. Selain itu, mereka turut disifatkan dengan ciri lain,
iaitu dapat menyaksikan kekuasaan Allah SWT, kehendak-Nya
dan keagungan ciptaan-Nya.

Dalam pada itu, mereka berada pada tahap keyakinan


yang mengangkat mereka kepada martabat ihsan sepertimana
yang disebutkan, ‘Agar kamu menyembah Allah SWT seolah-olah

35
kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya,
ketahuilah bahawa Dia melihatmu.’ Dengan demikian, pandangan
mereka umpama diri mereka melihat Allah SWT. Mereka
melihat natijah setiap apa yang dilakukan oleh mereka dalam
usaha berjihad membebaskan Baitul Maqdis seperti contoh
hakiki yang berlaku di hadapan mata mereka. Mereka bercakap
soal jihad pembebasan al-Aqsa dengan penuh yakin tanpa
sebarang keraguan dan inilah sebuah maqam yang tinggi.

Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis kudsi4,

‫ش ٍء‬ْ َ ِ ‫آذنْ ُت ُه ِبَ ْرب َو َما َت َق َّر َب إ ِ َ َّل َعبْدِي ب‬


َ ْ َ َ ًّ َ
‫َم ْن َعدى ِل و ِلا فقد‬
َ
ٍ
َ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ُ ُ ْ َ َ ْ َّ َّ َ َّ َ َ
‫يزال عبْدِي َي َتق َّر ُب إ ِ َّل بِانلَّ َواف ِِل‬ ‫أحب إِل مِما افتضته عليهِ وما‬
َّ َ َ َ َ َّ ْ َ‫َح َّت أُح َِّب ُه فَإ ْن أ‬
ُ ْ‫ح َببْ ُت ُه ُكن‬
‫صهُ الِي‬ ‫ت َس ْم َع ُه الِي ي َ ْس َم ُع بِهِ وب‬ ِ
ََ َ َ َ ْ َ َّ ُ َ ْ َ َ ُ ُ ْ َ َّ ُ َ َ َ ُ ِ ْ‫ُيب‬
‫ص بِهِ ويده ال ِت يبطش بِها ورِجله ال ِت يم ِش بِها ِإَوذا سأل ِن‬
َّ َ ُ َ ْ َ َ َّ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ُ َّ َ ْ ُ
‫اس َت َعاذ ِن ألعِيذن ُه‬ ‫ألع ِطينه ِإَوذا استغفر ِن لغفِرن و إذا‬
Ertinya: “Aku mengisytiharkan perang terhadap dia yang
menunjukkan permusuhan kepada seorang penyembah
-Ku yang soleh. Perkara-perkara yang paling disukai
oleh hamba-Ku yang lebih dekat kepada-Ku, ialah apa
yang telah Aku perintahkan kepadanya. Hamba-Ku terus
mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan
nawafil (berdoa atau melakukan perbuatan-perbuatan
tambahan selain yang wajib) sehingga Aku mencintainya.
Maka, Aku menjadi pendengarannya yang dengannya

36
dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia
melihat, tangannya yang digenggamnya, dan kakinya
yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon
kepada-Ku, Aku akan memberinya; jika dia memohon
keampunan, pasti aku ampunkannya; dan jika dia
meminta perlindungan-Ku, Aku akan melindunginya.”
Beruntunglah bagi sesiapa yang melihat kebesaran
Tuhannya dengan mata hati, memanifestasikan keagungan-Nya
dan menjadi orang yang meyakini janji-Nya. Oleh hal yang
demikian, keseluruhan hidupnya adalah untuk mencapai darjat
kehambaan kepada Tuhannya. Dia tidak mendengar, dia tidak
melihat, dia tidak bertindak kecuali hanya dengan cahaya petunjuk
daripada Allah SWT. Hidupnya adalah bersama Tuhannya. Maka,
mengapakah pula perlu untuk dia menyisihkan Tuhannya?

37
10
Menjaga Konsistensi Kewujudan Masjidil Aqsa dan
Sekitarnya
Ungkapan ‘barakna hawlahu’ bererti mereka yang diutuskan
sebagai kumpulan al-wa’du al-akhir mengerti isyarat daripada
ayat berkenaan bahawa terdapat keberkatan di sekitar kawasan
Masjidil Aqsa.

Allah SWT tidak mengungkapkan perkataan keberkatan


di Masjidil Aqsa secara zatnya semata-mata. Hal ini disebabkan
kerana Masjidil Aqsa secara dasarnya memang telah diberikan
keberkatan dan diangkat sebagai masjid Allah SWT yang agung.
Sebaliknya, disebutkan perkataan keberkatan di sekitarnya
sebagai satu isyarat bahawa sekiranya kawasan di sekitar masjid
itu telah meraih keberkatan, hal ini bermakna ia telah membawa
masjid tersebut kepada pembebasan.

Allah SWT telah menyandarkan keberkatan ‘di’ kepada


zat-Nya dengan menyebut ‘Kami memberkati’ dan tidak pula
disebutkan ‘diberkati sekitarnya’, sebagai tanda keagungan-Nya.
Kalimah ‘nun’ pada perkataan ‘na’ berfungsi sebagai tanda
keagungan. Pada masa yang sama, Allah SWT tidak mengungkapkan
‘Kami memberkatinya (Masjidil Aqsa)’. Sekiranya begitu, nescaya
keberkatan itu terhad kepada masjid sahaja. Adapun jika ungkapan
‘Kami memberkati sekitarnya’, ia merangkumi kawasan sekeliling
masjid tersebut termasuklah Masjidil Aqsa secara fizikalnya.

38
Selain itu, Allah SWT juga tidak mengungkapkan ‘Kami
memberkati sesuatu di sekitarnya’. Hal ini demikian kerana ia
merujuk sesuatu perkara. Sekiranya bertambah perkara tersebut,
maka bertambahlah keberkatan. Sekiranya hilang perkara
tersebut, maka hilanglah ia berserta keberkatannya. Namun,
keberkatan ini mempunyai ciri mutlak merangkumi hal-hal bersifat
material dan spiritual berdasarkan apa yang telah dijanjikan
oleh Allah SWT padanya sama ada ia datang dalam bentuk rezeki,
kebaikan mahupun pengutusan para rasul. Keberkatan di sini
tidak merujuk satu perkara yang spesifik sahaja. Sebaliknya, ia
meliputi segala jenis perkara.

Oleh hal yang demikian, kita akan mendapati mereka


sangat menjaga konsistensi kewujudan Masjidil Aqsa dan
sekitarnya. Mereka sangat beraspirasi untuk berada di Masjidil
Aqsa dan sekitarnya secara berterusan. Kemahuan mereka
adalah untuk berada dekat dengannya sehingga sukar untuk
mereka berjauhan dari masjid itu. Hal ini demikian kerana
mereka mendapati keberkatan pada diri dan kehidupan mereka.
Disebabkan oleh keberkatan ini, mereka bersiap siaga untuk
bersabar dalam melindunginya daripada apa-apa kebarangkalian
demi mengekalkan tanah yang diberkati ini.

39
11 Sentiasa Berwaspada dengan Allah SWT
Antara ciri kumpulan al-wa’du al-akhir ialah mereka
senantiasa berwaspada dengan Tuhan mereka kerana Dia
Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dia mendengar
bicara manusia dan apa yang hampir kepada mereka. Dia juga
melihat manusia dan memerhatikan tindak-tanduk mereka.
Demikian itu, mereka menjadikan slogan takut akan Allah SWT
sebagai pasak perjalanan hidup mereka, sekali gus menuju
kebangkitan mereka menentang Bani Israel. Selain itu, mereka
bergantung penuh terhadap kudrat Allah SWT untuk memberikan
ilham kemenangan sewaktu hari pertembungan mereka dengan
ahli batil dan tipu muslihat mereka. Ahli al-wa’du al-akhir ini
turut bertawakal kepada Allah SWT. Bagi mereka, meletakkan
pengharapan kepada Allah SWT sudah memadai.

Ahli al-wa’du al-akhir juga mempamerkan slogan


‘al-sam’u’ dan ‘al-bashar’ (dengar dan lihat) dalam perjalanan
mereka membebaskan semula al-Quds dan Masjidil Aqsa. Oleh
itu, mereka tidak mengambil enteng terhadap apa jua cara dan
tidak pula menafikan perkara yang membolehkan mereka
untuk memperoleh bantuan. Tambahan lagi, peralatan
berasaskan pendengaran dan penglihatan pada hari ini kian
berkembang pesat. Sehubungan dengan itu, mereka mencurahkan
keringat sepenuhnya untuk mempelbagaikan gerak kerja dalam
usaha membebaskan al-Aqsa agar menjadi sesuatu kewajipan
yang syarii.

40
Menjalankan kajian dengan menggunakan peralatan
berasaskan pendengaran dan penglihatan, portal, komputer
dan program merupakan hal penting yang dibimbing oleh
keimanan mereka bahawa Allah SWT yang mencipta mereka
dan Dialah yang memiliki segala jenis peralatan yang dijadikan
oleh mereka sebagai alat untuk mendapatkan bantuan.

41
12 Tidak Menyekutukan Allah SWT

Pada ayat ke-2, Allah SWT berfirman,


َّ َ َ َ ۡ ّ
ٓ ِ َ‫ب َو َج َع ۡل َنٰ ُه ُه ًدى ِل‬
‫ن إِسرٰٓءِيل أل‬ َ ٰ‫وس ۡٱلك َِت‬
َ ‫َو َءاتَ ۡي َنا ُم‬
ً ُ ْ ُ َّ َ
‫ون َوك ِيل‬
ِ ‫د‬ ‫ِن‬ ‫م‬ ‫خذوا‬ِ ‫تت‬
Ertinya: “Kami telah memberikan kitab Taurat kepada
Nabi Musa, dan Kami jadikan kitab itu sebagai petunjuk
bagi Bani Israel (serta Kami perintahkan mereka),
‘Janganlah kamu jadikan selain daripada-Ku sebagai
tuhan (untuk menyerahkan urusanmu kepadanya).”
(Surah al-Isra’, 17: 2)
Allah SWT menurunkan perintah agar tidak menjadikan
selain-Nya sebagai tuhan untuk mereka menyerahkan segala
urusan atau bergantung harap kepadanya. Segala harapan
mereka mestilah disandarkan hanya kepada Allah SWT. Perintah
daripada ayat ini bukan sekadar untuk menyampaikan khabar
gembira, bahkan ia turut menandakan suatu kewajipan. Sesiapa
yang berkhidmat dalam usaha membebaskan al-Aqsa, maka
tidak boleh baginya untuk menjadikan selain daripada Allah
SWT sebagai penjaganya. Dia juga tidak boleh meyakini sesuatu
melebihi dia meyakini Allah SWT. Keagungan Masjidil Aqsa dan
ketinggian kedudukannya adalah di sisi Allah SWT. Oleh itu,
seseorang itu tidak boleh bergantung harap kepada selain
daripada Allah SWT untuk mendapatkan pertolongan atau
memperoleh kemuliaan di sebalik pembebasannya. Perkara ini
perlu diberikan perhatian.

42
13 Menjadi Hamba yang Sentiasa Bersyukur

Firman Allah SWT,


ً ‫ك‬ُ َ ً ۡ َ َ َ ُ َّ
‫ورا‬ ‫إِنهۥ كن عبدا ش‬
Ertinya: “Sesungguhnya, dia ialah seorang hamba yang
bersyukur.” (Surah al-Isra’, 17: 3)
Mereka itulah hamba-hamba Allah yang bersyukur.
Lisan dan perbuatan mereka sentiasa melambangkan kesyukuran
kepada Allah SWT. Mereka tidak mengkufurkan nikmat Allah
SWT, lantas menunaikan tuntutan hak nikmat-nikmat tersebut.
Mereka juga bekerja untuk menyalurkan kebaikan buat sesama
makhluk. Kerja-kerja amal yang dilakukan ini dipautkan oleh
mereka dengan perasaan syukur serta tanda kehambaan dan
mengagungkan Allah SWT. Sebabnya, antara tanda bersyukur
kepada Allah SWT ialah berusaha membebaskan al-Aqsa serta
berbuat amal yang banyak supaya diberikan ganjaran oleh Allah
SWT.

43
14 Berjaga-Jaga dan Memahami Sifat Semula Jadi Musuh

Firman Allah SWT,


ۡ َ َّ َ َۡ َّ ۡ َ َٰ ۡ َ َ ۡ ٓ َ َ ٓ َ َ
‫ي‬
ِ ‫ت‬ ‫ر‬ ‫م‬ ِ
‫ۡرض‬‫ب لُفس ُِدن ِف ٱل‬ ِ ‫ن إِسرٰٓءِيل ِف ٱلكِت‬ ِ‫ب‬ ‫َوقض ۡي َنا إ ِ ٰل‬
َ ُ ُ َ
ً ‫َولَ ۡعل َّن ُعل ًّوا كب‬
‫ريا‬ ِ
Ertinya: “Kami berkata kepada Bani Israel dalam kitab
itu, ‘Sesungguhnya, kamu akan melakukan kerosakan di
bumi (Palestin) sebanyak dua kali. Bahawasanya kamu
akan berlaku sombong dan angkuh dengan melampau.”
(Surah al-Isra’, 17: 4)
Ayat di atas menjelaskan antara sifat ahli al-wa’du
al-akhir ini, iaitu mereka berjaga-jaga dan memahami sifat semula
jadi musuh yang sedang dihadapi oleh mereka.

Ayat di atas juga menyebutkan kerosakan di bumi Palestin


yang dilakukan oleh Bani Israel. Perkataan Bani Israel di sini
tidak hanya terbatas pada kaum Yahudi. Sebaliknya, ia
merangkumi setiap apa yang berkait dan berhubung dengan
kepalsuan ‘Daulah Israel’ dan perutusan dusta. Istilah yang
mungkin lebih sesuai untuk mereka hari ini ialah ‘Zionism’
berdasarkan karakter mereka.

44
15 Bertambah Keimanan Apabila Salah Satu Janji Allah
Menjadi Realiti
Firman Allah SWT,
ً ‫ۡرض َم َّر َت ۡي َو َلَ ۡعلُ َّن ُعلُ ًّوا َكب‬َۡ َّ ۡ َ
‫ريا‬ِ ِ ِ ‫لُفس ُِدن ِف ٱل‬
Ertinya: “Sesungguhnya, kamu akan melakukan kerosakan
di bumi (Palestin) sebanyak dua kali. Bahawasanya kamu
akan berlaku sombong dan angkuh dengan melampau.”
(Surah al-Isra’, 17: 4)
Berdasarkan ayat di atas, ia menjelaskan bahawa orang-
orang beriman yang mengira diri mereka sebagai ahli al-wa’du
al-akhir mengetahui bakal berlakunya tindakan kaum Bani
Israel yang melampaui batas dalam urusan mereka. Oleh sebab
mereka tahu hal ini akan terjadi, ahli al-wa’du al-akhir tidak
dihimpit perasaan bimbang atau berputus harap, bahkan
kejadian yang disaksikan oleh mereka secara realiti ini menjadi
sebab kepada bertambahnya iman dan keyakinan mereka
terhadap agama. Dengan demikian, mereka berkata, “Berita inilah
yang telah disampaikan oleh Allah SWT kepada kami.”

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Sheikh


Mutawalli al-Sha‘rawi, ketika khabar al-Quds dijajah pada
tahun 1967 sampai ke telinga salah seorang gurunya, gurunya
itu terus bersujud kepada Allah SWT. Orang yang berada di
sekelilingnya terkejut dengan perbuatan gurunya itu. Mereka
bertanya, “Bagaimanakah kamu boleh bersujud sebagai tanda

45
kesyukuran terhadap musibah besar yang melanda umat?”
Jawab gurunya, “Saya tidak bersujud disebabkan Masjidil Aqsa
telah terjajah. Sebaliknya, saya bersujud kerana apa yang telah
dikhabarkan oleh Allah SWT sudah pun berlaku secara realiti.”
Penjajahan Masjidil Aqsa ialah tanda kebenaran al-Quran dan
terjadinya hal tersebut.

Oleh hal yang demikian, orang yang beriman mengetahui


bahawa bakal terjadinya kerosakan yang dibuat oleh Bani Israel,
dia membenarkan apa yang sudah dikhabarkan oleh Allah SWT
dalam al-Quran. Hal ini menjadikan keyakinan mereka bertambah
dengan peristiwa yang bakal terjadi seperti yang termaktub
dalam firman Allah SWT,
ُ ّ َ‫َو ِلَ ۡد ُخلُوا ْ ٱل ۡ َم ۡسج َد َك َما َد َخلُوهُ أَ َّو َل َم َّرة ٖ َو ِلُت‬
ً ‫بوا ْ َما َعلَ ۡوا ْ تَ ۡتب‬
‫ريا‬ِ ِ ِ
Ertinya: “Sebagaimana mereka telah memasukinya
pada kali yang pertama, dan untuk menghancurkan apa
sahaja yang telah dikuasai oleh mereka dengan
sehancur-hancurnya.” (Surah al-Isra’, 17: 7)
Perkara ini juga membuatkan mereka bertindak dan
melakukan persediaan, tidak menyerah kalah, apatah lagi
berputus asa. Demikianlah antara sikap penting yang ada pada
ahli al-wa’du al-akhir agar mereka dapat merencanakan langkah
untuk berhadapan dengan kerosakan yang dibuat oleh Bani
Israel dan langkah demi pembebasan al-Aqsa daripada tangan
mereka.

46
16 Yakin terhadap Janji Allah SWT pada Perkara yang
Belum Berlaku
Demikianlah penulis menemukan makna di sebalik meyakini
janji dan pertolongan Allah SWT menerusi firman-Nya yang
bermaksud, “Nescaya peristiwa itu merupakan sesuatu yang
pasti akan berlaku.” Oleh itu, wahai insan yang rindu untuk
membebaskan Masjidil Aqsa; wahai para pembuka kota Islam
yang menyaksikan hari pembebasan, yakinlah kepada Tuhanmu.
Siapakah yang lebih benar ucapannya berbanding Allah SWT?
Siapakah yang lebih benar kata-katanya berbanding Allah SWT?
Ketahuilah jika Allah SWT berjanji, nescaya Dia tidak akan
mengkhianati janji tersebut.

47
17 Memilih untuk Menyerahkan Segala Urusan kepada
Allah SWT
Firman Allah SWT,
َ ۡ َ ْ ُ ٓ َّ ً َ ۡ ُ ۡ َ َ َ ۡ َ َ ُ َ ُ ُ ۡ ٓ َ َ َ
‫ِيد‬
ٍ ‫د‬ ‫ش‬ ‫س‬ٍ ‫فإِذا جا َء َوعد أولىٰه َما بعثنا عليكم عِبادا لَا أو ِل بأ‬
ً ۡ ۡ َ َ ّ ‫اسوا ْ خ َِل ٰ َل‬ َ َ‫ف‬
‫ٱدلِيَارِۚ َوكن َوع ًدا َّمف ُعول‬ ُ ‫ج‬
Ertinya: “Maka, apabila sampai masa janji (membalas
kederhakaanmu) kali yang pertama daripada dua
(kederhakaan) itu, Kami datangkan hamba-hamba Kami
yang kuat, gagah lagi amat ganas serangannya kepadamu
lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh
dan membinasakanmu). (Sebenarnya, peristiwa itu) ialah
satu janji yang tetap akan berlaku.” (Surah al-Isra’, 17: 5)
Pada ayat ‘ibadan lana’, perkataan ‘ibad’ pada ayat ini
merujuk mereka yang meninggalkan mantiqah al-ikhtiar dalam
mengabdikan diri kepada Allah SWT. Dalam hal-hal ‘ubudiah,
mereka menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada Allah
SWT termasuklah dalam perkara-perkara yang harus. Perbuatan
mereka ini hanya bertumpu pada kehidupan mereka di dunia,
iaitu sebagai sebuah daerah pentaklifan kerana di dunia ini ia
ialah tempat di mana adanya pilihan diberikan kepada manusia.

Oleh hal yang demikian, dapat dibezakan antara hamba


yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan dan
meninggalkan keinginannya demi memenuhi kehendak-Nya;

48
berbeza dengan hamba yang ingkar dan memilih untuk berpaling
daripada kehendak Allah SWT dalam urusan ikhtiari.5

Adapun dalam urusan al-qahriat,6 mereka tidak mampu


berpaling untuk meninggalkan komitmen berkaitan urusan
tersebut.

Sehingga tibanya hari akhirat, di sana tidak ada lagi


unsur ikthiari dan taklifan kepada manusia. Kesemua manusia
pada hari tersebut menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah
SWT. Mereka tidak lagi memiliki pilihan seperti yang pernah
dimiliki oleh mereka sewaktu di dunia. Mereka ialah hamba
yang sentiasa mengabdikan diri kepada Tuhan mereka.

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa semua makhluk ialah


hamba sewaktu di akhirat. Namun, bukan semua makhluk
ialah ‘hamba’ sewaktu di dunia. Daripada kenyataan ini, dapat
difahami maksud ‘hamba’ pada dua potong ayat berikut:

َ ْ ‫يز‬
ُ ‫الك‬
‫ِيم‬ َ ْ ‫ك َأن‬
ُ ‫ت الْ َعز‬ َ َّ َ ْ ُ َ ْ ْ َ ْ ُ َّ َ ّ ُ ْ
‫إِن ت َعذِبْ ُه ْم فإِن ُه ْم ع َِباد َك ۖ ِإَون تغفِر لهم فإِن‬
ِ
Ertinya: “Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada
yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka ialah
hamba-hamba-Mu. Jika Engkau mengampuni mereka
pula, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ma’idah,
5: 118)

49
Dalam firman-Nya yang lain,
َّ ْ ‫ه ُؤ َلٓءِ أَ ۡم ُه ۡم َض ُّلوا‬
‫ٱلسبِيل‬
َ ُ َ
ٰٓ َ ‫نت ۡم أ ۡضلَ ۡل ُت ۡم ع َِبادِي‬ ‫َءأ‬
Ertinya: “(Ingatlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka
(yang kafir) dan makhluk-makhluk yang disembah oleh
mereka selain daripada Allah, lalu Dia bertanya (kepada
makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu),
‘Kamukah yang telah menyesatkan hamba-hamba-Ku itu
atau mereka yang sesat jalan?’” (Surah al-Furqan: 17)
Daripada ayat di atas, Allah SWT telah menamakan
mereka sebagai ‘ibad’ atau hamba. Hal ini disebabkan pada
ketika itu, mereka tidak ada lagi ikhtiar untuk memilih jalan
ingkar. Pada masa itu, keadaan mereka sama seperti orang-orang
beriman yang akur dan menyerahkan diri mereka kepada
ketentuan Allah SWT.

Oleh hal yang demikian, berdasarkan ayat ke-5 daripada


Surah al-Isra’ ini, ia boleh dimaksudkan bahawa kerosakan
pertama yang telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sewaktu
zaman Islam adalah tatkala mereka membatalkan perjanjian
bersama Rasulullah SAW. ‘Ibad’ atau hamba-hamba yang kuat
diutuskan oleh Allah SWT untuk menentang orang-orang Yahudi
pada ketika itu ialah Rasulullah SAW dan orang-orang beriman
yang bersama Baginda SAW pada hari mereka menyerang
petempatan orang-orang Yahudi. Orang-orang Yahudi dihalau
keluar dari kota Madinah, ada dalam kalangan mereka diperangi

50
setelah mereka memulakan perang ke atas orang-orang Islam
serta ada juga dalam kalangan mereka yang ditangkap dan
dipenjarakan.

Kalimah ‘ibad’ di sini berbeza maksudnya dengan kalimah


‘abid’. Kalimah ‘abid’ disifatkan sebagai kekuasaan Allah SWT
terhadap seluruh makhluk yang berada dalam autoriti-Nya.
Mereka inilah ‘abid’ kepada Tuhan disebabkan ketiadaan pilihan
lain yang disediakan buat mereka.

Selain itu, ia turut menjadi isyarat bahawa akan adanya


dua kerosakan yang berlaku daripada tangan-tangan Bani Israel
selepas pengutusan Nabi Muhammad SAW.

Mereka yang diutuskan sebagai al-wa’du al-akhir


mempunyai beberapa ciri kehambaan yang sempurna kepada
Allah SWT. Mereka tunduk dan patuh kepada Tuhan serta
mencapai maksud kehambaan dari hati dengan cara ikhlas,
tawakal, cinta, reda dan yakin. Di samping itu, mereka juga
mencapai maksud kehambaan melalui perbuatan amali seperti
mendirikan solat, berzikir, menghidupkan al-Quran, berpuasa,
berzakat, menunaikan haji dan ibadah-ibadah yang disukai oleh
Allah SWT.

Sifat-sifat kehambaan membuatkan mereka berasa akrab


dengan Tuhan dan mendapat darjat kasih sayang di sisi-Nya,

51
malah mereka tidak melampaui batas yang sudah ditetapkan
oleh Allah SWT. Dalam pada itu, mereka juga tidak mengamalkan
riba serta tidak melanggar perkara-perkara yang dilarang atau
hak-hak yang sudah ditetapkan.

Hamba yang dekat dengan tuannya pasti akur akan setiap


perintah daripada si tuan, sekali gus menahan dirinya daripada
menyalahi arahan si tuan tersebut.

Status kehambaan merupakan pakaian yang mulia


seperti penghulu mereka yang terdahulu, iaitu Muhammad
SAW sepertimana yang telah tercatat dalam ayat pertama bahawa
Baginda mendapat kemuliaan daripada Rabbnya, “Maha Suci
Allah yang telah menjalankan hamba-Nya.”

Allah telah menyandarkan panggilan yang terhormat


kepada Rasulullah SAW. Begitu juga mereka yang termasuk
dalam kalangan hamba-Nya.

Muhammad SAW ialah hamba kepada Tuhannya.


Baginda SAW juga ialah kekasih di sisi Tuhannya. Justeru itu,
mereka yang berada di jalan Muhammad SAW dalam urusan
perjalanan menuju ke Masjidil Aqsa juga ialah hamba kepada
Allah SWT yang mengasihi dan meyakini Rabbnya. Mereka
berasa tenang dengan syariat-Nya dan berada di jalan Nabi
mereka, iaitu Muhammad SAW.

52
18 Gagah Perkasa dan Bersifat Tegas

Dalam ayat yang sama, Allah menyifatkan ‘ibad’ sebagai ‘uli


ba’sin syadid’, iaitu hamba-hamba-Nya yang gagah dan bersifat
tegas.

Sesiapa yang membaca ayat ini pasti meyakini bahawa


hamba-hamba utusan Allah yang akan menentang Bani Israel,
selain mereka dihiasi sifat kehambaan, mereka bukan dalam
kalangan orang yang lemah atau terhina. Mereka ialah insan
yang perkasa dan tegas. Allah SWT tidak menyifatkan mereka
sebagai ‘ulu quwwah’ yakni yang memiliki kekuatan. Hal ini
demikian kerana kekuatan yang diperoleh boleh jadi bukan
bersumberkan senjata, kelengkapan perang, atau bantuan
daripada manusia.

Mereka ini disifatkan memiliki peribadi yang konsisten,


iaitu tegas. Tegas terhadap kaum kafir, namun saling berkasih
sayang sesama mereka yang beriman. Cabaran yang
dihadapi menjadikan mereka tekad untuk bersabar, bertahan
dan bermujahadah. Mereka saling bersilaturahim kerana
agama. Di samping itu, mereka juga bersiap siaga demi menuju
ke medan peperangan.

53
19 Menyerang dan Menakluki Petempatan Zionis
Firman Allah SWT dalam ayat yang sama,
َ ۡ َ ْ ُ ٓ َّ ً َ ۡ ُ ۡ َ َ َ ۡ َ َ ُ َ ُ ُ ۡ ٓ َ َ َ
َ َ
ٍ ‫فإِذا جا َء وعد أولىٰهما بعثنا عليكم عِبادا لَا أو ِل بأ ٍس شد‬
‫ِيد‬
ً ۡ ۡ َ َ ّ ‫اسوا ْ خ َِل ٰ َل‬ َ َ‫ف‬
‫ٱدلِيَارِۚ َوكن َوع ًدا َّمف ُعول‬ ُ ‫ج‬
Ertinya: “Maka, apabila sampai masa janji (membalas
kederhakaanmu) kali yang pertama daripada dua
(kederhakaan) itu, Kami datangkan hamba-hamba Kami
yang kuat, gagah lagi amat ganas serangannya kepadamu
lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh
dan membinasakanmu). (Sebenarnya, peristiwa itu) ialah
satu janji yang tetap akan berlaku.” (Surah al-Isra’, 17: 5)
Ciri-ciri al-wa’du al-akhir ini sama seperti kumpulan
yang diutuskan sebagai al-wa’du al-awwal. Sepertimana
kumpulan al-wa’du al-awwal telah menyerang petempatan
orang-orang yahudi (yang telah mengkhianati perjanjian),
kumpulan al-wa’du al-akhir juga akan melalui jalan yang sama,
iaitu menyerang dan menakluki petempatan Zionis serta mencari
mereka seorang demi seorang sehingga tiada lagi mereka yang
mendiami tempat tersebut.

Menurut ahli bahasa, kumpulan al-wa’du al-akhir akan


melakukan intipan di sekeliling petempatan Bani Israel. Mereka
berulang kali melakukan hal sedemikian (mengelilingi petempatan)
untuk melakukan serangan. Tindakan mereka itu sama seperti
perbuatan ‘al-jausan’.

54
Menurut al-Farra’, “Mereka menyerang kaum Yahudi di
sekeliling rumah mereka. Mereka datang dan pergi berulang
kali.”

Kata al-Zajaj, “Mereka mengintip sekitar kawasan


petempatan dengan mengelilingi dan memerhatikan sama
ada masih ada baki musuh yang belum dibunuh.”

Dalam al-Sihah, disebutkan bahawa mereka membuat


intipan di sekitar petempatan, melalui lorong di antara kawasan
rumah lalu mencari apa-apa yang terdapat di kawasan tersebut.
Lagak mereka persis seorang lelaki yang membuat intipan bagi
mencari khabar berita.

Manakala perkataan ‘al-jausan’ di atas bererti berjalan


mengelilingi kawasan pada malam hari.

Perkataan intip dalam bahasa Arab disebut sebagai


‘jasa’. Ia bermaksud mencari dan melakukan siasatan di sesebuah
kawasan, kemudian mendapatkan sesuatu daripada sesiapa
yang berada di kawasan berkenaan. Demikian inilah apa yang
digelar oleh penjaga keamanan sebagai ‘kutu-kutu polis’. Satu
istilah yang digunakan kepada mereka yang melakukan pencarian
terperinci untuk menjejaki penjenayah di kawasan tertentu,
ibarat seseorang yang sedang menyisirkan rambut sewaktu
sikat menyusuri celahan rambut sehingga sikat tersebut dapat

55
dilalukan dan diratakan di keseluruhan kawasan rambut. Ini
menunjukkan betapa terperincinya carian dilakukan. Pada
peringkat awal, sikat hanya melalui kawasan permukaan rambut,
kemudian sikat tersebut melalui kawasan dasar rambut sehingga
dapat meleraikan uraian rambut (yang tidak sihat) yang melekat
pada sikat.

Oleh itu, perkataan ‘jasa’ atau intipan dapat difahami


sebagai perbuatan mengekori musuh sehingga mereka tidak
dapat bersembunyi lagi daripada orang-orang Islam. Ia samalah
seperti peristiwa yang telah berlaku kepada orang Yahudi di
Madinah seperti Bani Qainuaqa’, Bani Quraizah, Bani Nadhir
dan Yahudi Khaibar.

Di sini, penulis ingin menekankan bagaimana halusnya


ungkapan al-Quran menerusi firman-Nya pada ayat ke-5,
‘ba’athna’ atau ‘telah kami utuskan’.

Perkataan ‘al-ba’thu’ merujuk maksud ‘baik dan rahmat’.


Sebagai contoh, pengutusan Rasulullah SAW bukan untuk
mencetuskan permusuhan, sebaliknya adalah untuk
mempertahankan Islam daripada mereka yang telah mengkhianati
perjanjian. Perkataan ‘alaikum’ dalam ayat merupakan lambang
ketinggian dan proses pendakian.

56
Manakala bagi pengutusan kumpulan al-wa’du al-akhir,
mereka ini akan bertebaran dan melakukan intipan di segenap
tempat lalu mengambil tindakan ke atas kumpulan Zionis di
setiap sudut.

Kumpulan al-wa’du al-akhir ini akan diutuskan oleh


Allah SWT setelah pihak musuh terperdaya akibat menyangka
umat Islam telah mati sewaktu mereka dalam keadaan lemah
dan terlena. Namun, atas kehendak Allah SWT mereka
sebenarnya tidak mati. Sebaliknya, mereka ini adalah sebaik-baik
umat. Perancangan untuk menghidupkan pengutusan al-wa’du
al-akhir merupakan perancangan-Nya yang agung untuk
direalisasikan. Ia bukan sekadar untuk Palestin semata-mata,
bahkan ia pengutusan buat seluruh umat.

‘Petempatan’ di sini dapat difahami sebagai sebuah


negeri dan boleh juga difahami sebagai kawasan-kawasan yang
didiami oleh penduduk. Hal ini disebabkan peristiwa yang
dicatatkan merujuk satu kawasan yang khusus, iaitu Masjidil
Aqsa. Maka, hamba-hamba Allah SWT dalam kalangan kumpulan
al-wa’du al-akhir yang berjihad di sekeliling kawasan al-Aqsa
akan melakukan intipan untuk mereka sampai ke sana. Seterusnya,
mereka akan menguasai kawasan-kawasan berkenaan sehinggalah
matlamat mereka tercapai. Demikianlah bagaimana mereka
merealisasikan janji-janji Allah SWT.

57
20 Menjatuhkan Reputasi Zionis
Berdasarkan ayat ke-5 daripada Surah al-Isra’, ia menjelaskan
inti patinya bahawa orang-orang yang bekerja demi agama dan
pembebasan al-Aqsa yang berharap agar diri mereka tergolong
dalam kalangan kumpulan al-wa’du al-akhir perlu tahu sebagaimana
dahulunya terdapat kumpulan al-wa’du al-awwal, akan tiba di
mana munculnya al-wa’du al-akhir.

Hal ini bermaksud, terdapat beberapa buah kumpulan.


Kumpulan pertama telah pun diutuskan pada zaman Rasulullah
SAW dan para sahabat. Sebahagian ahli tafsir pula berpandangan
bahawa kumpulan ini telah pun dihantar sebelum kewujudan
Rasulullah SAW lagi.

Walau bagaimanapun, kita sedang menanti janji al-wa’du


al-akhir, iaitu kumpulan terakhir yang akan dibangkitkan dalam
kalangan wali Allah SWT. Mereka dibangkitkan daripada tidur
lena yang singgah dalam kehidupan umat ini. Lantas, mereka
bangkit setelah terlena dan kematian yang sementara seperti
‘matinya’ orang yang tidur. Kebangkitan mereka mengejutkan
Bani Israel dan para penyokong mereka. Berubah pucat wajah-wajah
mereka.

Kejatuhan reputasi Zionis menjadi satu perancangan


yang perlu direalisasikan oleh mereka yang bekerja ikhlas demi

58
Islam dan mereka yang ingin tergolong dalam kalangan al-wa’du
al-akhir.

Reputasi buruk pihak Zionis termasuklah dari segi


publisiti, politik, ekonomi, kajian-kajian ilmiah, pentas
antarabangsa, malah sebagai organisasi hak asasi manusia,
organisasi ketenteraan, keamanan dan penyiasatan turut terjejas.

Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk berusaha


menjatuhkan reputasi Bani Israel dengan mendedahkan salah
laku, menyebarkan pendustaan dan bahaya mereka yang bukan
terbatas kepada orang-orang Islam sahaja, bahkan terhadap
dunia dan manusia sejagat.

Ketika berlakunya tempoh kejatuhan reputasi Zionis,


maka pada waktu itu kita perlulah bersiap siaga. Sebaik sahaja
selesai pendedahan terhadap pendustaan Zionis, maka jalan
untuk masuk ke al-Aqsa pun menjadi satu ibadah. Inilah janji
Allah SWT melalui firman-Nya,
َ
‫ج َد ك َما‬ ۡ َ ۡ ْ ُ ُ ۡ َ ۡ ُ َ ُ ُ ْ ‍ٔ ُ ‫فَإ َذا َجا ٓ َء َو ۡع ُد ٱٓأۡلخ َِرة ِ ل َِي‬
ِ ‫سُوا وجوهكم و ِلَدخلوا ٱلمس‬ ِ
ۡ َ ْ َ ْ َ َ َ ُ
ُ ّ ‫َد َخلوهُ أ َّول َم َّر ٍة َو ِلُت‬
ً ‫بوا َما َعل ۡوا تتب‬
‫ريا‬ِ ِ
Ertinya: “Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas
perbuatan derhakamu) kali kedua, (musuh-musuhmu
Kami datangkan) untuk memuramkan wajahmu
(dengan penghinaan dan keganasannya); untuk
memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka

59
telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk
menghancurkan apa sahaja yang telah dikuasai oleh
mereka dengan sehancur-hancurnya.” (Surah al-Isra’,
17: 7)
Akan tiba harinya umat Islam masuk ke Masjidil Aqsa
sebagai orang yang merealisasikan janji Allah SWT dan
membersihkan kekotoran yang ditinggalkan oleh Zionis. Mereka
akan masuk ke dalam masjid seperti orang-orang terdahulu
dalam kalangan sahabat yang telah masuk ke dalamnya.

Dahulu, Umar bin al-Khattab pernah memasuki masjid


itu sebagai penakluk dan pembersih kepada kekotoran orang-orang
Yahudi. Barangkali jalan untuk masuk ke dalam Masjidil Aqsa
adalah sama seperti jalan yang dilalui oleh kumpulan al-wa’du
al-awwal untuk masuk ke dalamnya, iaitu dengan cara tanpa
berlakunya peperangan sepertimana mereka menyerahkan
kunci Baitul Maqdis kepada Umar bin al-Khattab tanpa sebarang
konfrontasi.

Oleh itu, ada kebarangkalian bahawa maksud berlakunya


peristiwa pengikut Nabi Muhammad SAW masuk ke dalam
Masjidil Aqsa sama seperti sewaktu orang-orang Islam masuk
ke dalam Masjidil Aqsa tatkala Umar menawan Masjidil Aqsa
buat pertama kali.

60
Dengan kemasukan orang-orang Islam dalam keadaan
yang parah setelah selesai menakluki Masjidil Aqsa, suara takbir
mereka terus beriringan. Lantas, air mata kaum Muslimin yang
hadir membasahi lantai masjid sehingga dapat menghilangkan
kesan-kesan kotoran tinggalan Zionis. Setelah berlakunya
kemasukan Muslimin beramai-ramai ke Masjidil Aqsa, maka
bermulalah kehancuran Bani Israel sepertimana yang tercatat
dalam Surah al-Isra’,

ً ‫بوا ْ َما َعلَ ۡوا ْ تَ ۡتب‬


‫ريا‬ ُ ّ َ‫َو ِلُت‬
ِ ِ
Ertinya: “Untuk menghancurkan apa sahaja yang telah
dikuasai oleh mereka dengan sehancur-hancurnya.”
(Surah al-Isra’, 17: 7)

Kehancuran yang berlaku termasuklah segala apa yang


telah dibina dan dikecap oleh mereka. Demikian itulah hari
berlakunya kehancuran. Kehancuran di sini difahami sebagai
kaca yang pecah berderai dan musnah. Dalam ayat yang lain
daripada Surah al-Furqan, Allah SWT berfirman,

ً ‫بنَا تَ ۡتب‬ ًّ ُ َ
ۡ َّ ‫ك َت‬
‫ريا‬ِ ‫و‬
Ertinya: “Masing-masing telah Kami hancurkan
sehancur-hancurnya.” (Surah al-Furqan, 25: 37)
Menurut al-Zajjaj ketika menerangkan ayat di atas,
perkataan ‘al-tatbir’ bermaksud kehancuran setiap benda yang
dipecahkan sehingga hilang sifatnya. Ia merupakan satu bentuk
kebinasaan. Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman,

61
َ ‫ني إ َّل َت َب‬
‫ار ۢ َا‬ َ َّ َ َ
ِ ‫ل ت ِزدِ ٱلظٰل ِ ِم‬
Ertinya: “Janganlah Engkau tambahi orang-orang yang
zalim melainkan kebinasaan.” (Surah Nuh, 71: 28)
Perkataan ‘tabara’ dalam ayat tersebut bererti kebinasaan.
Oleh itu, al-Zajjaj menyimpulkan bahawa setiap benda yang
telah pecah berderai adalah binasa.

Hal ini bererti akan berlakunya kemusnahan dan kehancuran


terhadap kekuasaan dan bangunan yang telah direka cipta oleh
Zionis. Demikianlah penghujung riwayat bagi mereka yang batil.
Firman Allah SWT,

َ ۡ ‫ِين َظلَ ُم ۚوا ْ َو‬


َ ‫ٱل ۡم ُد ِ َّلِ َر ّب ۡٱل َعٰلَم‬
‫ني‬ ِ َ ‫َف ُق ِط َع َداب ُر ۡٱل َق ۡو ِم َّٱل‬
ِ ِ
Ertinya: “Lantas, kaum yang zalim itu dibinasakan
sehingga terputus keturunannya. (Oleh itu, bersyukurlah
atas musnahnya kezaliman dengan menyebut,) ‘Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam.” (Surah al-An’am, 6: 45)
Namun, kehancuran yang terjadi kepada kumpulan
yang batil ini tidak seperti kehancuran yang lain. Ia merupakan
kehancuran untuk ketua bagi segala bentuk kebatilan dan
pencetus kejahatan yang menjadi pengikut utama kepada Iblis.

Setelah memenuhi bumi Palestin, tidak menghormati


Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa, mereka kemudiannya berusaha

62
untuk melaksanakan proses doktrin Judaisme terhadap institusi
masjid dan negeri tersebut.

Allah SWT berkehendak agar umat ini bangkit dan sedar


daripada kesilapan mereka. Setelah kekuatan umat dapat
dihimpunkan, maka mereka pun berangkat dan menuju masuk
ke dalam Masjidil Aqsa. Dengan itu, kebatilan dapat disingkirkan
manakala para pengikut kepada jalan tersebut dapat ditumpaskan.

Natijahnya, orang-orang Yahudi akan lari bertempiaran


keluar dari bumi al-Quds. Kemudian, berlakunya pertembungan
antara pihak Islam dengan mereka ketika tibanya akhir zaman,
iaitu hari kemunculan Dajjal selepas mereka berhimpun di
Asbahan. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda, “Dajjal datang daripada kumpulan Yahudi
Asbahan bersama-sama pengikutnya seramai 70,000 orang
Yahudi.”7

Daripada Aisyah, sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya,


Dajjal akan muncul daripada kumpulan Yahudi Asbahan.”8

Tatkala berlakunya peristiwa ini kelak, maka akan


berkatalah tumbuh-tumbuhan untuk membantu orang-orang
Islam bagi melepaskan diri daripada kumpulan Zionis dan
membersihkan bumi daripada kumpulan ini. Ia sepertimana yang
direkodkan dalam Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah, sabda
Rasulullah SAW, “Tidak akan berlakunya hari kiamat sehinggalah

63
tercetusnya peperangan antara orang-orang Islam dengan
kaum Yahudi. Orang-orang Islam akan menyerang kaum
Yahudi sehinggakan mereka berselindung di balik batu dan
pokok. Kemudian, batu dan pokok akan berkata, ‘Wahai Muslim,
wahai hamba Allah, seorang Yahudi ini sedang berselindung
di belakangku. Ke marilah, lalu bunuhlah dia.’ Namun, pokok
Gharqad sahaja yang tidak berbuat demikian. Hal ini demikian
kerana ia adalah daripada tumbuhan Yahudi.”9

Oleh hal yang demikian, orang-orang Islam perlu


menanamkan kepercayaan bahawa Masjidil Aqsa akan bebas
dalam masa terdekat dengan izin-Nya. Ia tidak akan kekal di
tangan orang-orang Yahudi sebagaimana kepercayaan segelintir
manusia. Ketibaan hari di mana orang-orang Islam masuk ke dalam
Masjidil Aqsa dan menyucikannya daripada kotoran Yahudi
semakin hampir dengan izin Allah SWT.

Peperangan akhir yang bakal tercetus akan berlaku


untuk tempoh yang panjang (hanya Allah SWT yang tahu berapa
lama tempohnya). Peperangan tersebut berlaku ketika datangnya
Dajjal bersama-sama 70,000 orang Yahudi dari Asbahan.

64
21 dengan Inti Patinya
Sentiasa Berinteraksi dengan al-Quran dan Beramal

Firman Allah SWT,


َ
َ ‫ِني َّٱل‬
‫ِين‬ َ ‫ش ٱل ۡ ُم ۡؤ ِمن‬ُ ِ ّ َ‫ه أ ۡق َو ُم َو ُيب‬ َ َ ۡ ُ ۡ َ ٰ َ َّ
َ ِ ‫ان َي ۡهدِي ل َِّلت‬ ‫إِن هذا ٱلقرء‬
َ َ ِ
َ ۡ
ً ‫ت أن ل ُه ۡم أج ًرا كب‬ َ َّ َ َّ َ ُ ۡ
‫ريا‬ ِ ِ ٰ‫َيع َملون ٱلصٰل ِح‬
Ertinya: “Sesungguhnya, al-Quran ini memberikan
petunjuk ke jalan yang amat benar (agama Islam),
dan menyampaikan berita yang menggembirakan
orang-orang beriman yang mengerjakan amal-amal
soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”
(Surah al-Isra’, 17: 9)
Mereka yang diutuskan sebagai kumpulan al-wa’du
al-akhir ialah ahli al-Quran dan sentiasa menghubungkan diri
mereka dengan al-Quran menerusi ikatan yang kuat.

Terdapat elemen ta’kid yakni penegasan dalam surah


yang diturunkan pada pertengahan al-Quran. Perkataan
al-Quran banyak disebutkan dalam surah ini berbanding dengan
surah-surah yang lain. Maka, memang selayaknya ia menjadi
surah al-Quran. Daripada 66 bilangan perkataan al-Quran yang
disebutkan dalam kitab al-Quran ini dengan lafaz yang
berbeza-beza, 11 daripadanya disebut dalam Surah al-Isra’
secara khusus dengan terminologi yang pelbagai.

Antaranya seperti yang terdapat pada ayat di atas,


bahawa perkataan ‘haza al-Quran’ diturunkan dalam bentuk

65
ta’kid. Isim isyarah di sini menunjukkan sama ada ia untuk
al-Quran secara umum, atau untuk Surah al-Isra’ secara khusus.
Kitab al-Quran ini memandu umatnya kepada jalan yang paling
teguh, benar dan paling banyak pengaruh.

Perkara ini merujuk urusan orang-orang Islam secara


umum. Manakala isu kemenangan dan pembebasan al-Aqsa
pula merujuk isu yang khusus. Demikianlah al-Quran, ia memandu
manusia ke jalan yang lurus dan laluan kepada kemenangan
yang nyata.

Oleh hal yang demikian, Surah al-Isra’ yang dilimpahi


keberkatan menjadi kunci kepada kemenangan yang terdapat
dalam kitab al-Quran.

66
22 Melakukan Amalan yang Soleh

Surah ini merupakan satu khabar gembira tentang kemenangan


buat mereka yang mampu untuk mentadabbur dan mengambil
iktibar. Firman Allah SWT,
ً ‫ت أَ َّن ل َ ُه ۡم أَ ۡج ًرا َكب‬
‫ريا‬ ِ ٰ ‫ِح‬
َّ َ ُ َ ۡ َ َ َّ َ ۡ ُ ۡ ُ ّ َ ُ َ
َ ‫ٱلصٰل‬ ‫ويب ِش ٱلمؤ ِمن ِني ٱلِين يعملون‬
ِ
Ertinya: “Dia menyampaikan berita yang menggembirakan
buat orang-orang beriman yang mengerjakan amal-
amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”
(Surah al-Isra’, 17: 9)

Orang-orang yang beriman dengan agama Islam, yang


mencontohi sifat-sifat kumpulan al-wa’du al-akhir mendapat
berita daripada Allah SWT bahawa bagi mereka ganjaran yang
besar di dunia, iaitu dengan mencapai kemenangan, dan juga
ganjaran di akhirat, iaitu dapat duduk bersama dengan Nabi
pilihan, iaitu Muhammad SAW yang selama ini petunjuk Baginda
SAW diikuti oleh mereka serta dipertahankan jalannya.

67
23 Mendoakan Kebaikan Buat Diri dan Ahli Keluarga

Firman Allah SWT,


ً ُ َ ُ َ ۡ َ َ َ ۡ َۡ ُ‫ٱلش ُد َع ٓ َءه‬
ّ َّ ‫نس ُن ب‬َ ۡ ُ ََۡ
‫جول‬ ٰ ‫ٱل‬
‫نسن ع‬ ِ ‫ن‬ ‫ك‬ ‫و‬ ِۖ‫ي‬ ‫ٱل‬ِ ‫ب‬ ‫ۥ‬ ِ ِ ٰ ‫ٱل‬
ِ ‫ويدع‬
Ertinya: “Manusia berdoa dengan (memohon supaya
dirinya ditimpa) kejahatan sebagaimana dia berdoa
dengan memohon kebaikan. Sememangnya manusia
itu (sifat dan tabiatnya) terburu-buru.” (Surah al-Isra’,
17: 11)

Antara sifat lain kumpulan al-wa’du al-akhir, mereka


tidak mendoakan keburukan buat diri sendiri mahupun keluarga
mereka. Hal ini disebabkan diri dan sifat mereka dipenuhi
kelembutan dan kesantunan. Tergesa-gesa berdoa serta lekas
marah dan bermusuhan, kedua-duanya bukan daripada sifat
murni ahli Isra’.

Ketika dalam keadaan marah, apabila berdoa untuk harta,


anak-anak, bahkan diri sendiri, manusia akan berkata, “Ya Allah,
laknatilah ia, binasakanlah ia.”

Sebaliknya, apabila berdoa untuk memohon kebaikan


seperti berdoa kepada Tuhannya agar diperkenankan nikmat
dan sejahtera; sekiranya diperkenankan, nescaya mereka akan
binasa (dalam kelekaan). Namun malangnya, apabila doa

68
mereka tidak diperkenankan demi kebaikan mereka, terus
mereka mengangkat tangan berdoa dengan tergesa-gesa untuk
memohon keburukan (atas apa yang diperoleh) agar diperkenankan
oleh Tuhan. Kata Ibn ‘Abbas, “Orang-orang yang tidak tenang
hidupnya, dia tidak sabar kepada perkara yang membawa
kegembiraan dan kegelisahan.”

Oleh hal yang demikian, janganlah terburu-buru berdoa


sewaktu marah, atau bersedih untuk diri sendiri atau orang di
sekeliling kita agar mereka ditimpa keburukan. Boleh jadi pada
waktu itu berlakunya waktu doa mustajab, atau dia akan menerima
balasan disebabkan sifatnya yang terburu-buru sebagai ujian
daripada Allah SWT agar dia kembali rasional dan bersabar.

Sewajarnya, mereka yang ingin merealisasikan pembebasan


al-Aqsa membina diri menjadi seorang yang teguh, tenang,
sabar, bermuhasabah, lembut lidahya, sopan santun, tidak
terburu-buru memetik hasil, tidak berputus asa dengan cabaran
yang sedang dilalui oleh umat serta sentiasa berjaga-jaga dan
berwaspada dalam tindak-tanduknya.

Walau betapa banyak pun halangan yang akan ditempuhi,


betapa banyak mana pun kesusahan yang dilalui, dia perlu
terus menggalas, namun tidak pula terburu-buru. Umpama
satu ujian dan latihan kepada mereka yang berkhidmat dalam usaha
membebaskan al-Aqsa agar pembebasan tersebut dilakukan
dengan penuh kesabaran dan dedikasi.

69
24 Bertafakur dengan Memerhatikan Alam Semesta

Firman Allah SWT,

‫ار‬‫ه‬َ َّ‫ٱلل َو َج َع ۡل َنا ٓ َءايَ َة ٱنل‬ۡ َّ ‫ح ۡونَا ٓ َءايَ َة‬


َ ‫ار َءايَتَ ۡي َف َم‬
ۖ ۡ َّ ‫َو َج َع ۡل َنا‬
َ ‫ٱل َل َوٱنلَّ َه‬
ِ ِ ِ
َ‫ٱل َِساب‬ ۡ َ َ ّ َ َ َ ْ ُ َ ۡ َ َ ۡ ُ ّ َّ ّ ً ۡ َ ْ ُ َ ۡ َ ّ ً َ ۡ ُ
ۚ ‫ٱلسنِني و‬ ِ ‫صة ِلبتغوا فضل مِن ربِكم ولِ علموا عدد‬ ِ ‫مب‬
ً ۡ َ ُ َ ۡ َّ َ ۡ َ َّ ُ َ
‫وك ش ٍء فصلنٰه تف ِصيل‬
Ertinya: “Kami menjadikan malam dan siang itu
dengan dua tanda (yang membuktikan kekuasaan
Kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga
menjadi gelap-gelita), manakala Kami jadikan tanda
siang itu terang-benderang agar kamu mudah mencari
rezeki daripada limpah kurnia Tuhanmu, supaya kamu
mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab
(bulan dan hari). (Ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang
kamu perlukan untuk dunia dan agamamu), Kami telah
menerangkannya satu per satu (dalam al-Quran) dengan
sejelas-jelasnya.” (Surah al-Isra’, 17: 12)

Berdasarkan ayat ini, kumpulan al-wa’du al-akhir faham


tentang kepentingan tanda-tanda besar alam. Mereka
memerhatikan kekuasaan Allah SWT pada alam ini dan
tidak lalai untuk bertafakur dan mentadabbur. Mereka
menerokai segenap alam dan apa yang ada di sekelilingnya.
Hal ini bukanlah semata-mata untuk dijadikan modal berfikir
dan mentadabbur kebesaran ciptaan Allah SWT, bahkan ia lebih

70
daripada itu, ia sebagai satu bentuk perintah yang amat pent-
ing. Dalam Surah Ali Imran, Allah SWT berfirman,
ُّ َ َۡ
‫ت ِل ْو ِل‬ ۡ َّ ‫ٱخت ِ َل ٰ ِف‬
ٍٰ ‫ٱل ِل َوٱنلَّ َهارِ ٓأَلي‬ ۡ َ
ِ ‫ت َوٱل‬
‫ۡرض و‬ َ َ َّ ‫إ َّن ف َخ ۡلق‬
ِ ٰ ‫ٱلسمٰو‬ ِ ِ
ِ
َ َۡ ۡ
‫ب‬ ِ ٰ‫ٱللب‬
Ertinya: “Sesungguhnya, pada kejadian langit dan bumi
serta pertukaran malam dan siang itu terdapat tanda-tanda
(kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal.” (Surah Ali Imran, 3: 190)

Surah ini menjelaskan bagaimana orang-orang beriman


juga bertafakur tentang petunjuk daripada al-Quran kepada
mereka di mana ia memandu mereka untuk mempelajari ilmu
pengiraan tahun atau ilmu hisab. Maha Suci Allah yang telah
memperincikan setiap perkara dengan jelas kepada mereka.

Malam dan siang merupakan kejadian alam yang agung


lagi indah berpaksikan satu sistem yang terperinci sehingga
ia tidak terkandung sebarang kecacatan, kerosakan walaupun
untuk satu kali. Tidak pula ia lelah disebabkan kerjanya yang
malam dan siang untuk menerangi cahaya malam dan terang
mentari siang.

Surah ini menyebutkan,


َ َ ۡ َ َ ِ ّ ‫ك ۡم َولِ َ ۡعلَ ُموا ْ َع َد َد‬
‫اب‬
ُ ّ َّ ّ ً ۡ َ ْ ُ َ ۡ َ ّ
ۚ ‫ٱلسنِني وٱل ِس‬ ِ ‫ِلبتغوا فضل مِن رب‬

71
Ertinya: “Agar kamu mudah mencari rezeki daripada
limpah kurnia Tuhanmu, supaya kamu mengetahui bi-
langan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari).” (Su-
rah al-Isra’, 17: 12)

Malam ialah waktu untuk beristirahat dan sebagai tempoh


bertenang. Manakala siang ialah waktu untuk berusaha mencari
rezeki dan melakukan kerja.

Dengan adanya peralihan siang dan malam, manusia


dapat mengenal pasti bilangan tahun dan takwim. Selain itu,
mereka juga dapat mengetahui tempoh, pembahagian dan
bermuamalat.

Firman Allah SWT,


ً ۡ َ ۡ َ ۡ َ َّ ُ َ
‫ش ٍء ف َّصل َنٰ ُه تف ِصيل‬ ‫وك‬
Ertinya: “Kami telah menerangkannya satu per satu
(dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.” (Surah al-Isra’,
17: 12)

Ungkapan daripada ayat ini menerangkan bahawa sesuatu


perkara atau urusan yang ada pada alam ni tidak diciptakan
secara kebetulan atau tanpa tujuan yang jelas.

Sebuah sistem terperinci yang menguruskan waktu


siang dan malam, pastinya bergerak di bawah suatu urus tadbir

72
yang juga terperinci. Maka, inilah bukti yang jelas lagi nyata.
Dengan adanya sistem alam yang terperinci ini, amal dan ganja-
ran dapat dihubungkan.10

Namun di sini, terdapat persoalan, “Bukankah ilmu kira


-kira sudah diketahui? Begitu juga ilmu untuk mengira tahun
ketika ayat ini turun?” Jawapannya, ya.

Oleh itu, mengapakah Allah SWT masih menyebutkan


hal tersebut untuk mereka mengetahui ilmu pengiraan tahun
dan takwim?

Sesungguhnya, Allah SWT lebih mengetahui hal ini. Jelas


bahawa matlamat daripada ayat ini adalah untuk mengetahui
bilangan tahun dan cara perhitungannya berdasarkan
konteks keadaan pada ayat berkenaan: mengenai kerosakan
yang dilakukan oleh Bani Israel dan para pembesar mereka
kepada Masjidil Aqsa; penetapan tempoh masa untuk berlakunya
kebinasaan mereka serta keluarnya mereka daripada Masjidil
Aqsa dan Baitul Maqdis; dan kiraan tahun bagi kemenangan
Islam dan kaum Muslimin.

Bagi sesiapa yang mempelajari ilmu kira-kira berserta


penjelasannya, ditambah pula ketekunannya dalam memahami
ilmu ini, maka dia pasti dapat mencapai dan memahami
kesimpulan tersirat yang terselit menerusi khabar gembira

73
pada surah ini. Pandangan ini juga disokong oleh beberapa
orang pengkaji moden hari ini. Antaranya, Dr. Basam Jarar (moga
Allah SWT memeliharanya) yang berpandangan bahawa kesudahan
bagi negara Israel adalah pada tahun 2022. Selain itu, pandangan
lain yang dikemukakan oleh Muhammad al-Nubani dan Musa
Hadad bahawa kesudahan bagi negara Israel adalah pada tahun
2023. Menurut Sheikh al-Syahid Ahmad Yasin (moga Allah SWT
merahmatinya) pula, negara Israel akan terlupus pada tahun
2027.

Setiap kesimpulan yang dibuat menghasilkan satu


perspektif yang sama, iaitu negara Israel tidak akan kekal.
Di samping itu, perspektif lain yang timbul, iaitu umat Islam
akan memasuki Masjidil Aqsa sepertimana mereka pernah
memasukinya dahulu sewaktu kali pertama.

Apa-apa sahaja yang berkait dengan Bani Israel akan


dimusnahkan oleh mereka. Mereka itulah kumpulan al-wa’du
al-akhir yang memiliki keyakinan terhadap janji Allah Tabaraka
wa Taala bahawa negara batil dan penuh dengan muslihat ini
akan lenyap.

Walau bagaimanapun, mereka tidak pula berpegang


pada tarikh tertentu memandangkan perkara ini termasuk
dalam kategori ilmu ghaib meskipun terdapat seorang alim rabbani,
iaitu Ibnu Barjan (moga Allah SWT merahmatinya) yang telah
mendraf sesuatu yang menakjubkan pada tafsiran Surah Rum di

74
mana beliau telah mengeluarkan mathematical equation atau
persamaan matematik daripada surah tersebut dan menulis
sebagai tafsiran kepada firman Allah SWT,
َ ۡ ََ ُ
‫َوهم ّ ِم ۢن َب ۡع ِد غلب ِ ِه ۡم َس َيغل ُِبون‬
Ertinya: “Mereka sesudah kekalahannya itu akan
mengalahkan lawannya.” (Surah Rum, 30: 3)

Pada tahun 532H lagi, beliau dapat menganggarkan


tarikh pembebasan al-Quds yang pada ketika itu masih dikuasai
oleh tentera Salib. Beliau menyatakan bahawa pembebasan al-Quds
akan berlaku dalam bulan Rejab pada tahun 583H. Buktinya, hal
ini sememangnya tercapai di tangan Salehuddin al-Ayubi (moga
Allah SWT merahmatinya).

Oleh hal yang demikian, kumpulan al-wa’du al-akhir


menunggu janji Allah SWT yang akan direalisasikan, iaitu mereka
akan masuk ke dalam Masjidil Aqsa sepertimana orang-orang
Islam dahulu telah masuk buat pertama kalinya. Pada masa
itu, segala peninggalan Zionis akan dimusnahkan oleh mereka.
Semuanya itu berada dalam kekuasaan Allah SWT.

Sama ada pembebasan dilakukan pada tarikh-tarikh


yang dinyatakan oleh para pengkaji di atas atau selepas dari
tarikh tersebut sekalipun, apa yang utama bagi mereka ialah
usaha mereka untuk mencapai matlamat. Mereka itulah orang-
orang yang yakin dengan pertolongan Allah SWT.

75
25 Bertafakur Mengenai Hari Akhirat

Firman Allah SWT,


َ ۡ َ ُۡ ُ ۡ َ ٰ َ َّ ُ َ
ٰٓ َ ‫نسن أل َز ۡم َنٰ ُه‬
‫طئ ِ َرهُۥ ِف ع ُنقِهِۖۦ َون ِر ُج ُلۥ يَ ۡو َم ٱلقِ َيٰ َمةِ كِتٰ ًبا‬
ۡ ٍ ِ ‫وك إ‬
َ ۡ ۡ َ ۡ ُ َ ُٰ ََۡ
ً ‫ك َحس‬
‫ِيبا‬
َ ۡ َ ََۡ َ
‫ف ب ِ َنفسِك ٱلوم علي‬ ٰ َ ‫كك‬ َ ََٰ َ
‫ ٱقرأ كِتب‬.‫ورا‬ ً ‫نش‬ ‫يلقىه م‬
Ertinya: “Tiap-tiap seorang manusia Kami kalungkan
bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat
kelak akan Kami keluarkan kitab (suratan amalnya)
kepadanya yang akan didapatinya secara terbuka (untuk
ditatapnya). Lantas, bacalah kitab (suratan amalmu),
cukuplah kamu sendiri pada hari ini yang menjadi
penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah
kamu lakukan).” (Surah al-Isra’, 17: 13-14)

Ahli al-Isra’ atau kumpulan al-wa’du al-akhir senantiasa


bertafakur mengenai hari pertemuan mereka bersama Allah
SWT dan bermuhasabah diri atas setiap kata-kata, tingkah laku
dan sentiasa ingat akan ujian Allah SWT pada hari kiamat. Mereka
menghitung betapa besarnya perkara yang perlu dilakukan oleh
orang-orang beriman atas jalan Tuhannya yang lurus, bermuhasabah
terhadap amalan-amalan yang direkod dengan terperinci.

Ketika mereka dihadapkan di hadapan Allah SWT, para


malaikat segera mengeluarkan kitab yang merekodkan
perincian kehidupannya sama ada daripada ucapan ataupun
perbuatan.

76
Oleh itu, perkara tersebut menyebabkan kumpulan
al-wa’du al-akhir ini jelas kelihatan sentiasa bimbang dan takut
akan Allah SWT dan mengingati hari kiamat. Dengan demikian,
mereka tidak berbuat zalim terhadap manusia, tidak mengambil
hak dan memastikan tingkah laku mereka menepati apa yang
diredai oleh Allah SWT.

77
26 Terpelihara daripada Kefasiqan dan Perkara Lagha

Firman Allah SWT,


َ َ ‫ِيها َف َف َس ُقوا ْ ف‬
َ َ‫ِيها ف‬
‫ح َّق َعل ۡي َها‬ َ ‫تف‬ َ ۡ ‫ِإَوذا ٓ أَ َر ۡدنَا ٓ أَن ُّن ۡهل َِك قَ ۡر َي ًة أَ َم ۡرنَا ُم‬
َ
ً ‫ۡٱل َق ۡو ُل فَ َد َّم ۡر َنٰ َها تَ ۡدم‬
‫ِريا‬
Ertinya: “Apabila tiba masa Kami hendak membinasakan
penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (terlebih
dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan
antara mereka (supaya taat), tetapi mereka menderhaka
dan melakukan maksiat terhadapnya (perintah itu).
Maka, berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami
menghancurkannya sehancur-hancurnya.” (Surah al-Isra’,
17: 16)

Kumpulan al-wa’du al-akhir bukanlah dalam kalangan


mereka yang bermewah-mewahan mahupun terperangkap
dalam keinginan nafsu syahwat dan kesempurnaan.

Bahkan, mereka jauh daripada menjadi orang yang


berbuat kefasiqan, kejahatan dan tempat yang lagha lagi sia-sia.

Mereka sangat berjaga-jaga sehingga dalam urusan


harta kekayaan. Dunia ini berada dalam genggaman tangan
mereka tetapi bukan pada hati mereka.

78
Segala jenis pakaian yang mengikut arus perdana,
kereta yang cantik, jam dan telefon bimbit tidak sedikit pun
mengghairahkan mereka.

Fikiran mereka hanya tertumpu demi mencari reda


Tuhan serta mengikuti jalan Rasulullah SAW dalam membebaskan
dan menyelamatkan al-Quds dan Masjidil Aqsa. Oleh sebab itu,
dunia ini langsung tidak mengghairahkan mereka.

79
27 Tidak Mengikuti Golongan yang Membuat
Kebatilan

Firman Allah SWT,


َ ‫س ًنا ۚ إ َّما َي ۡبلُ َغ َّن ع‬ َ ۡ ۡ َ َ ۡ َ ُ َّ ٓ َّ ْ ٓ ُ ُ ۡ َ َّ َ َ ُّ َ ٰ َ َ َ
‫ِند َك‬ ِ ٰ ‫ض ربك أل تعبدوا إِل إِياه وبِٱلو ٰ ِلي ِن إِح‬ ‫وق‬
َّ ُ ُ َ َ ّ ُ ٓ َّ ُ َ َ َ ُ َ َ ٓ ُ َ َ َ ‫ۡٱلك‬
‫ِب أ َح ُده َما أ ۡو ِكه َما فل تقل ل ُه َما أ ٍف َول ت ۡن َه ۡره َما َوقل ل ُه َما‬
ً ‫قَ ۡو ًل َكر‬
‫يما‬ ِ
Ertinya: “Tuhanmu telah menurunkan perintah supaya
kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya
semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya,
atau kedua-duanya sekali, mencecah usia tua semasa
berada dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah
kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan ‘ha’. Juga janganlah kamu
menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah
perkataan yang mulia (yang bersopan santun) kepada
mereka.” (Surah al-Isra’, 17: 23)

Tentera al-Aqsa tidak menyekutukan Allah SWT dengan


sesuatu. Sebahagian orang bertanya, “Bagaimana mungkin
seorang Muslim menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu?”

Jawapannya, ya. Boleh jadi dia menyembah selain


daripada Allah SWT sebagai tuhan secara tidak langsung. Ketika
dia menjadi seorang Muslim, dia menunaikan solat, berpuasa
dan menunaikan haji. Namun begitu, dia mentaati ahli batil dan

80
pembuat kezaliman serta menuruti apa yang diperintahkan
oleh mereka dan melakukan perkara yang ditegah oleh mereka
walaupun kesemua hal tersebut adalah salah.

Pada suatu hari, ‘Adiy bin Hatim telah datang menemui


Nabi SAW. Pada ketika itu, beliau seorang Nasrani. Beliau
mendengar Baginda SAW membaca ayat,
َ ‫ٱللِ َوٱل ۡ َمس‬ َّ ُ ّ ً َ ۡ َ ۡ ُ َ ٰ َ ۡ ُ َ ۡ ُ َ َ ۡ َ ْ ٓ ُ َ َّ
‫ِيح ۡٱب َن َم ۡر َي َم‬ ‫ون‬
ِ ‫ٱتذ ُوا أحبارهم ورهبنهم أربابا مِن‬
‫د‬
َ َّ
َ ‫َو َما ٓ أم ُِر ٓوا ْ إ َّل ِلَ ۡع ُب ُد ٓوا ْ إ َل ٰ ًها َوٰح ًِدا َّلٓ إ َل ٰ َه إل ُه َو ُس ۡب‬
‫حٰ َن ُهۥ ع َّما‬ ۚ ِ ِ ۖ ِ ِ
َ ُ ُۡ
‫شكون‬ ِ ‫ي‬
Ertinya: “Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-
ahli agama mereka sebagai pendidik selain daripada
Allah. Juga (mereka mempertuhankan) al-Masih bin
Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan
untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah
daripada apa yang disekutukan oleh mereka.” (Surah
al-Taubah, 9: 31)
Kata ‘Adiy bin Hatim kepada Baginda SAW, “Kami tidak
menyembah mereka.” Kemudian, jawab Baginda SAW kepada
‘Adiy, “Bukankah mereka mengharamkan apa yang telah
dihalalkan oleh Allah? Namun kemudian, kamu semua turut
mengharamkannya. Bukankah mereka telah menghalalkan
apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT? Namun kemudian,
turut menghalalkannya.” Kata ‘Adiy, “Benar.” Sabda Nabi SAW

81
“Demikian itulah kamu menjadikan mereka sebagai sembahan.”11
Hadis ini telah direkodkan oleh Imam al-Tirmidzi.

Sedangkan tentera al-Aqsa ini, mereka ikhlas mengabdikan


diri kepada Allah SWT. Tuhan mereka memerintahkan mereka
agar berbuat ihsan dalam kehidupan mereka. Mereka akur dan
menurutinya.

Selain itu, antara tanda yang jelas ialah mereka berbuat


ihsan dan kebaikan kepada kedua-dua orang tua mereka.
Tiada perkataan yang menyakiti atau menyinggung perasaan
orang tua keluar daripada lisan mereka, bahkan mereka
memuliakan ibu bapa mereka, bersabar dalam memberikan
khidmat, khususnya ketika mereka telah mencecah usia tua.

Demikianlah antara ciri kebaikan, pegangan, konsistensi


kumpulan ini. Sesiapa yang mengetahui hak orang tuanya,
kemudian dia menunaikan hak tersebut, maka sesungguhnya
dia sedang memelihara fabrik masyarakat dan menghubung-
kannya. Dia ialah seorang yang hebat disebabkan interaksi dan
kelakuannya terhadap orang tuanya. Oleh sebab itu, dia berhak
mendapat ketenangan dan kemenangan.

82
28 Memberikan yang Hak kepada Orang Lain

Firman Allah SWT,


ً ‫ٱلسبيل َو َل ُت َب ّذ ِۡر َت ۡبذ‬
‫ِيرا‬ َ ‫ب َح َّق ُهۥ َوٱلۡم ۡسك‬
َّ ‫ِني َو ۡٱب َن‬
ِ ٰ َ ۡ ُۡ َ
ِ ‫َو َء‬
‫ات ذا ٱلقر‬
ِ ِ
Ertinya: “Berikanlah haknya masing-masing kepada
kerabatmu, orang miskin serta musafir. Juga janganlah
kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang
melampau.” (Surah al-Isra’, 17: 26)

Agama Islam menyeru umatnya agar menjadi masyarakat


yang seimbang, saling membantu dan melengkapi antara satu
dengan yang lain baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Memberikan hak kepada kaum kerabat bermakna


menjalinkan silaturahim sama ada dengan menziarahi, bertanya
khabar, meringankan kesulitan dan menghulurkan bantuan
kewangan sekiranya diperlukan oleh mereka.

Sekiranya setiap Muslim berusaha meringankan


kesulitan kerabatnya, menjalinkan hubungan silaturahim dan
membantu mereka dengan kadar yang termampu, nescaya
umat Islam akan mendapati banyak masalah dan konflik dapat
diselesaikan.

Usaha mereka dalam membantu kaum kerabat dan


saudara-mara tidak bermakna asabiyah atau tindakan yang

83
buruk kepada selain daripada yang dinyatakan oleh kedua-
dua pihak. Bahkan, setiap Muslim perlu berusaha membantu
golongan yang memerlukan tidak kira sama ada fakir atau
miskin. Sekalipun sekiranya ibnu sabil memerlukan dan keadaan
mendesak mereka, maka kumpulan ahli al-Isra’ atau al-wa’du
al-akhir ini akan terdahulu menyalurkan bantuan.

Tindakan ini merupakan pintu kepada kebaikan, dakwah,


kemanusiaan dan perhubungan yang sejahtera sesama manusia.

84
29 Bersederhana dan Menjauhi Pembaziran

Untuk mencapai setiap apa yang disebutkan sebelum ini, maka


sikap bersederhana dan tidak melakukan pembaziran ke atas
orang lain sangat digalakkan. Hakikatnya, pembaziran itu
merupakan pemberian kepada yang bukan berhak. Firman Allah
SWT,
ۡ َ ۡ َّ ُ َ َ َ ُ َ ًَ ُۡ ۡ َۡ َ
‫َول ت َعل يَ َد َك َمغلولة إ ِ ٰل ع ُنقِك َول ت ۡب ُس ۡط َها ك ٱلبَ ۡس ِط ف َتق ُع َد‬
ۡ َّ ً ُ َ
ً ‫م ُس‬
‫ورا‬ ‫ملوما‬
Ertinya: “Janganlah kamu menjadikan tanganmu
terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula kamu
menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana
akibatnya akan tinggallah kamu dalam keadaan yang
tercela serta kering keputusan.” (Surah al-Isra’, 17: 29)

Mereka yang tergolong dalam kumpulan al-wa’du


al-akhir ini mampu mengimbangi hubungan sesama manusia
dan urusan infak mereka. Mereka itu membuat persediaan
harta dan jiwa mereka untuk perancangan yang lebih besar.
Demikianlah sikap umat wasatiah (terbaik).

85
30 Yakin Bahawa Allah SWT yang Mengurniakan
dan Menyempitkan Rezeki

Firman Allah SWT,


َ ‫ٱلر ۡز َق ل َِمن ي َ َشا ٓ ُء َو َي ۡقد ُِر إنَّ ُهۥ َك َن بعِ َبادِه ِۦ َخب‬
‫ريۢا‬ ّ ُ ُ ۡ َ َ َّ َ َّ
ِ ِ ِ ۚ ِ ‫إِن ربك يبسط‬
ً ‫بَ ِص‬
‫ريا‬
Ertinya: “Sesungguhnya, Tuhanmulah yang meluaskan
rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut
undang-undang peraturan-Nya), dan Dia jugalah yang
menyempitkannya (menurut yang demikian). Bahawasanya
Dia Maha Mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha
Melihat hamba-hamba-Nya.” (Surah al-Isra’, 17: 30)

Keyakinan kumpulan al-wa’du al-akhir terhadap Tuhan


mereka dan rezeki kurniaan-Nya sangatlah besar. Allah SWT
membantu hamba-Nya dengan memberikan mereka rezeki
dan melapangkan rezeki untuk mereka. Namun, adakala Dia
menyempitkan dan menahan rezeki daripada diberikan kepada
hamba-Nya sebagai ujian untuk memupuk sifat sabar dan
ketahanan dalam diri mereka.

Walau bagaimanapun, golongan al-wa’du al-akhir ini


tidak meminta selain daripada Allah SWT dan tidak menundukkan
jiwa mereka kepada selain-Nya.

86
31 Mendidik Anak dengan Pendidikan Agama
yang Benar
Kumpulan al-wa’du al-akhir sangat mementingkan perihal
anak-anak mereka baik lelaki mahupun perempuan.

Mereka menitikberatkan pembesaran anak-anak dengan


pendidikan agama dan batas perkara halal haram. Anak-anak
mereka tidak dibunuh secara maknawi atau jasadi oleh kedua-
dua ibu bapa mereka.

Firman Allah SWT,


َ َ َّ ُ ُ َ ۡ َّ َ َ ۡ َ ُ َ َ ْ ُ ۡ َ َ
‫َول تق ُتل ٓوا أ ۡول ٰ َدك ۡم خش َية إ ِ ۡمل ٰ ٍق ۖ ن ُن ن ۡر ُزق ُه ۡم ِإَويَّاك ۡ ۚم إِن ق ۡتل ُه ۡم‬
ً ‫َك َن خ ِْط ًئا َكب‬
‫ريا‬ ِ
Ertinya: “Janganlah kamu membunuh anak-anakmu
akibat takut akan kepapaan, Kamilah yang memberikan
rezeki kepada mereka dan kepadamu. Sesungguhnya,
perbuatan membunuh mereka merupakan satu kesalahan
yang amat besar.” (Surah al-Isra’, 17: 31)
Umat Islam memerlukan anak-anak mereka supaya
menjadi angka dalam umat. Mereka yang membunuh anak
mereka dengan mengabaikan soal pendidikan, membiarkan
mereka tunduk pada perkara yang salah, bersikap sambil lewa
dan tergelincir umpama sedang merosakkan umat Islam dari
dalam.

87
Oleh itu, umat Islam usahlah gentar dengan kemiskinan
sehinggakan tegar mencari jalan yang haram untuk memberi
anak-anak mereka makan dan minum kerana makanan itulah
kelak yang akan menghasilkan buah. Bahawasanya hasil yang
baik itu adalah daripada makanan yang halal sumbernya
biarpun nilainya sedikit.

Adapun membunuh anak-anak secara fizikal terdapat


beberapa gambaran yang boleh dijadikan contoh di sini:

1- Membunuh dengan memberi makan daripada


sumber yang haram.
2- Menggugurkan kandungan sepertimana yang berlaku
di Barat akibat kejahilan dan kesan daripada hubungan
yang haram.
3- Membunuh dengan cara memberi makanan yang
tidak baik dan tidak mementingkan soal pemberian
makanan yang sihat, bersih dan tidak dibiarkan semalaman,
bebas daripada unsur-unsur memudaratkan seperti
tembaga, merkuri dan aluminium kepada anak-anak.
Selain itu, makanan perlu juga bebas daripada bahan-
bahan terlarang seperti lemak khinzir, alkohol, najis
atau mengambil mudah soal makanan yang terhidang
dan minuman bergas yang memudaratkan.

88
Pada waktu yang sama, terdapat pembunuhan secara
mental sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini.
Perbuatan ini jauh lebih berbahaya jika dibandingkan dengan
membunuh secara jasadi.

Usah dibunuh anak-anak dengan membiarkan mereka


tanpa pendidikan, atau hidup dalam keruntuhan nilai agama.
Usah dibunuh anak-anak dengan mematikan karakter, semangat dan
keberanian mereka. Usah dibunuh anak-anak dengan mematikan
intelektual mereka serta membiarkan mereka hidup dalam
kemewahan yang sentiasa berkurang dan drama-drama yang
melemahkan.

Setiap orang Islam ialah pemimpin dan setiap pemimpin


itu bertanggungjawab ke atas jagaannya.

Antara pembunuhan anak-anak secara mental yang


lain termasuklah kaum ayah yang tidak menitikberatkan soal
hubungan bersama anak-anak mereka.

Adakah kaum ayah sentiasa mendampingi anak-anak


mereka? Bagaimanakah kaum ayah memperuntukkan masa
mereka dengan anak-anak? Bagaimanakah pula dengan keutamaan
terhadap anak-anak?

Ayah yang membiarkan anak-anak tanpa menyiapkan


dan mengusahakan mereka dengan al-Quran, al-Sunnah, masjid

89
dan halaqah al-Quran, umpama suatu jenayah pembunuhan
secara mental.

Justeru itu, usahlah membunuh anak-anak dengan


meninggalkan pendidikan mereka.

90
32 Tidak Makan Harta Anak Yatim

Kumpulan al-wa’du al-akhir tidak makan harta daripada sumber


yang haram terutama melibatkan harta anak-anak yatim.
Firman-Nya,
ْ ُ ۡ َ َ ُ َّ ُ َ َ ُ ۡ َ َّ َ ُ َ ۡ َ َ َّ َّ ۡ َ ْ َ
‫ت يبلغ أشده ۚۥ وأوفوا‬ ٰ ‫َول َت ۡق َر ُبوا َمال ٱلَتِي ِم إِل بِٱل ِت ِه أحسن ح‬
ً ۡ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َّ ۡ َ ۡ
‫سُول‬ٔ‍ ‫بِٱلعه ِدۖ إِن ٱلعهد كن م‬
Ertinya: “Janganlah kamu menghampiri harta anak yatim
melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal
dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa
dan layak untuk menguruskan hartanya sendiri). Juga
sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan
manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”
(Surah al-Isra’, 17: 34)
Mereka tidak sesekali akan mendekati harta anak-anak
yatim melainkan bagi tujuan mengembangkan harta mereka
atau untuk membuat pvelaburan. Amanah yang dipikul akan
ditunaikan dengan sebaik mungkin sehingga anak yatim
tersebut mencapai usia akil baligh.

Perkara ini amat penting bagi ahli yang memperjuangkan


kebenaran. Mereka yang mencampuradukkan kefahaman dengan
mendirikan solat, berpuasa, menunaikan haji dan membawa
ilmu bersama-sama mereka, namun pada masa yang sama
mengambil hak orang lain, mereka sebenarnya tidak memahami

91
agama Islam. Mustahil perkara ini terjadi dalam kalangan
kumpulan al-wa’du al-akhir.

Mereka yang ditetapkan tanggungjawab yang besar ini


oleh Allah SWT sangat gentar akan perkara melibatkan hak,
bahkan mereka bersedia menggugurkan hak-hak mereka untuk
orang-orang Islam sehingga tidak terlibat dengan syubhah
(kesamaran) daripada harta yang haram.

Hakikatnya, kumpulan ini ialah insan yang jujur dalam


menunaikan amanah. Apabila berjanji, janji tersebut selamanya
tidak akan dimungkiri. Setiap janji adalah penting bagi mereka tidak
kira sama ada janji kepada Allah SWT dan memikul amanah-Nya,
atau janji kepada Islam berserta syariatnya, atau sekalipun janji
manusia berserta apa-apa yang berkait dengan mereka.

92
33 Menunaikan Hak Orang Lain dengan Adil Tanpa
Mengurangkan Sukatan

Firman Allah SWT,


ٌ ۡ ‫اس ٱل ۡ ُم ۡس َتقِي ِم َذٰل َِك َخ‬ ۡ ْ ُ ۡ َ َ َ ۡ ْ ُ َ
‫ي‬ ۚ ِ ‫َوأ ۡوفوا ٱلك ۡيل إِذا كِ ُت ۡم َوزِنوا بِٱلقِ ۡس َط‬
ً َۡ ُ َ ۡ ََ
‫وأحسن تأوِيل‬
Ertinya: “Sempurnakanlah sukatan apabila kamu
menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang
adil. Demikian itu adalah baik (kesannya bagimu di
dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan
pahala di akhirat kelak).” (Surah al-Isra’, 17: 35)
Tambahan lagi, kumpulan mujahidin dan para pembebas
masjid yang kini ditawan (Masjidil Aqsa) menunaikan hak-hak
mereka dan memberikan hak-hak kepada mereka yang layak
menerimanya. Pesanan Allah SWT sentiasa terpahat dalam
ingatan mereka,
َ ‫َو ۡي ٌل ّل ِۡل ُم َط ّفف‬
‫ني‬ ِِ
Ertinya: “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang
curang (dalam timbangan dan sukatan.” (Surah
al-Mutaffifin, 83: 1)
Sesiapa yang mahu haknya ditunaikan, semestinya dia
perlu menunaikan hak orang terlebih dahulu. Namun, sekiranya
haknya masih tidak tertunai, sekurang-kurangnya dia tidak
mengambil hak orang lain.

93
Antara contoh jelas yang boleh diambil di sini ialah,
melunaskan hak timbangan atau sukatan sama ada sukatan
yang biasa digunakan atau sukatan secara hak yang sewajarnya.
Melunaskan hak dituntut dalam kehidupan dan perhubungan
antara saudara, sahabat dan sesama manusia.

Perkara ini tetap dituntut walaupun sekiranya terdapat


manusia yang berhutang hak dengan seseorang Muslim dan
menginginkan hak tersebut dilunaskan. Usahlah cetuskan
perkelahian dan jangan pula menyakiti mereka sekiranya mereka
mengurangkan hak yang sepatutnya dibayar walaupun seorang
Muslim itu mampu untuk melunaskan hak orang lain dengan
sepenuhnya.

Di samping itu, janganlah mengabaikan hak isteri dan


menyakiti mereka dengan menggugurkan hak-hak mereka yang
perlu ditunaikan.

Selain itu, janganlah seseorang Muslim itu


membeza-bezakan tugasan. Jika sebelumnya seseorang Muslim
itu berada dalam sesuatu jawatan, dia hanya melaksanakan
tugasan yang dekat dengannya dan meninggalkan kerja yang
asing daripadanya, maka dia sewajarnya mengimbangi hal-
hal tersebut dengan adil. Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya,
sebaik-baik hamba Allah SWT ialah mereka yang melunaskan
tanggungjawab dengan baik.”12 Setiap daripada pekerjaannya
itu merupakan ganjaran yang baik dan memacu kebaikan,
kejayaan dan kesejahteraan baik di dunia mahupun di akhirat.
94
34 Menjauhkan Diri daripada Perkara yang Tidak
Bermanfaat
Firman Allah SWT,
ُّ ُ َ َ ُ ۡ َ َ َ ۡ َ َ ۡ َّ َّ ٌ ۡ َ َ َ ُ َۡ َ
‫ص َوٱلفؤاد ك‬ ‫َول تقف َما ل ۡي َس لك بِهِۦ عِل ۚم إِن ٱلسمع وٱل‬
ً ۡ َ َُۡ َ َ َ َُْ
‫سُول‬ٔ‍ ‫أو ٰٓلئِك كن عنه م‬
Ertinya: “Janganlah kamu mengikut apa yang tidak
kamu ketahui. Sesungguhnya, pendengaran, penglihatan
dan hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang
apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra’, 17: 36)
Mereka yang berada dalam kalangan al-wa‘du al-akhir
merupakan kumpulan yang bersungguh-sungguh dan konsisten
untuk tidak terlibat dalam masalah-masalah yang tidak
mendatangkan faedah kepada mereka. Hadis Abu Hurairah r.a.
yang merekodkan ucapan Nabi SAW ini menjadi contoh misali
buat renungan mereka. Sabda Baginda SAW, “Antara ciri baik
keislaman seseorang itu ialah dia meninggalkan apa yang tidak
memberikan manfaat kepadanya.”13

Berdasarkan ayat ‘Janganlah kamu mengikut apa yang


tidak kamu ketahui’, mereka memahami maksud di sebalik
ayat ini, iaitu orang yang beriman tidak mengejar dan
mencari perkara-perkara yang tidak memiliki manfaat serta
mereka tidak berkata tentang sesuatu yang tidak berada
dalam pengetahuan mereka. Telinga, mata dan hati mereka
bersih daripada unsur sedemikian.

95
Sesiapa yang sibuk mengikuti khabar angin, atau rutinnya
yang gemar menonton keratan video yang tidak bermanfaat,
dan menukilkan setiap apa yang sampai kepadanya melalui alat
telekomunikasi sehingga dia terpengaruh dengan khabar angin
tersebut, demikian itu dia telah mengikuti sesuatu yang tidak
diketahuinya. Dia akan dipertanggungjawabkan atas setiap
tindakan tersebut pada hari kiamat kelak.

Menurut Sheikh Dr. Yusof al-Qardhawi, ayat ini


menunjukkan kepentingan peka dan yakin yang dikurniakan
oleh Allah SWT sebagai nikmat kepada manusia. Sehubungan
dengan itu, mereka perlulah menggunakan nikmat tersebut
dengan baik dan rasional. Ayat ini memberikan peringatan
kepada sesiapa yang mengabaikan kepentingan mendapatkan
kepastian berdavsarkan firman-Nya kepada manusia, “Janganlah
kamu mengikut apa yang tidak kamu ketahui,” iaitu dengan
tidak mengikuti apa yang tidak diketahui oleh seseorang itu.
Akibatnya, dia akan terbawa-bawa menurut sangkaannya yang
silap, berasa ragu-ragu dan mempercayai perkara yang karut
-marut.

Oleh hal yang demikian, gunakanlah telinga, mata dan


hati dengan baik dan berkesan. Anggota-anggota ini kelak bakal
dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT.14 Firman Allah SWT,

96
ً ۡ َ ُ ۡ َ َ َ َ َ ْ ُ ُّ ُ َ َ ُ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ ۡ َّ َّ
ٔ‍ ‫إِن ٱلسمع وٱلص وٱلفؤاد ك أو ٰٓلئِك كن عنه م‬
‫سُول‬
Ertinya: “Sesungguhnya, pendengaran, penglihatan dan
hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa
yang dilakukannya.” (Surah al-Isra’, 17: 36)
Oleh hal yang demikian, kumpulan al-wa’du al-akhir
sentiasa membersihkan pendengaran, penglihatan dan hati
mereka daripada sesuatu yang tidak harus dan tidak mendatangkan
manfaat. Mereka tidak turut dengan perkara-perkara sedemikian.
Mereka hanya sibuk dengan setiap perkara yang bermanfaat
bagi mereka untuk jalan dakwah dan jihad mereka serta apa
yang memberikan manfaat kepada mereka pada hari kiamat.

97
35 Tawaduk kepada Allah SWT
Seterusnya, kumpulan al-wa’du al-akhir ini merupakan ahli-ahli
yang tawaduk serta hati mereka tunduk kepada Tuhan, tidak
membesarkan diri ketika berada di jalan yang benar dan tidak
pula merendah-rendahkan manusia. Mereka melazimi bacaan
firman Allah SWT,
َ ۡ َ ُ ۡ َ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َ َّ ً َ َ َۡ َ َ
‫ٱل َبال‬
ِ ‫غ‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ‫ت‬ ‫ن‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ۡرض‬‫ٱل‬ ‫ق‬‫ر‬‫ت‬
ِ ً‫ن‬ ‫ل‬ ‫ك‬‫ن‬ِ ‫إ‬ ۖ‫ا‬ ‫ح‬‫ر‬‫م‬ ِ
‫ۡرض‬‫َول ت ۡم ِش ِف ٱل‬
‫ُطول‬
Ertinya: “Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini
dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya kamu
tidak akan dapat menembusi bumi, dan kamu juga tidak
akan dapat menyamai tinggi gunung-ganang.” (Surah
al-Isra’, 17: 37)
Siapalah sangat si manusia ini? Tidakkah mereka ingat
akan asal usul penciptaan mereka? Siapalah si manusia ini jika
mahu dibandingkan dengan makhluk Allah SWT yang lain seperti
langit, gugusan bintang dan laluan orbit.

Sesiapa yang mahu meniti jalan jihad dan pembebasan


al-Aqsa, maka dia perlu akur kepada Tuhannya dan merendah
diri terhadap ciptaan-Nya. Sabda Nabi SAW, “Manusia
yang merendahkan dirinya kepada Allah akan ditinggikan
kedudukannya.” Ciri ini juga menjadi satu isyarat bahawa kumpulan
al-wa’du al-akhir ini bukan sekadar menitikberatkan soal zahir

98
semata-mata. Tindak-tanduk mereka menuntut mereka agar
tidak terlalu menyerlah antara manusia. Jika bertindak, mereka
sebaik-baiknya memilih ia dilakukan secara senyap-senyap dan
terus mencapai objektif tanpa adanya kekecohan.

99
36 Memiliki Hubungan yang Istimewa dengan
al-Quran
Firman Allah SWT,
َ ۡ َ َ َّ َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ ۡ َ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ َ َ
ِ ‫ِين ل يُؤم ُِنون بِٱٓأۡلخ َِرة‬
‫ِإَوذا قرأت ٱلقرءان جعلنا بينك وبي ٱل‬
ً ‫ِجابًا َّم ۡس ُت‬
‫ورا‬ َ ‫ح‬
Ertinya: “Apabila kamu membaca al-Quran (wahai
Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad
dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari
akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat,
yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.”
(Surah al-Isra’, 17: 45)

Kumpulan al-wa’du al-akhir mempunyai hubungan luar


biasa dengan al-Quran. Al-Quran ialah dalil, perisai dan penjaga
mereka. Ia berperanan sebagai wasilah bagi mendapatkan
keamanan dan perlindungan buat mereka. Mereka turut melazimi
bacaan al-Quran agar hati-hati mereka tidak terpengaruh dengan
apa yang dilontarkan oleh ahli batil kepada mereka. Dengan
kata lain, al-Quran menjadi senjata yang melindungi hati-hati
mereka.

Tidak sekadar itu, al-Quran juga memiliki perlindungan


hakiki kepada fizikal manusia. Imam al-Qurthubi menyebutkan
dalam tafsirnya, iaitu Jami’ li Ahkam al-Quran mengenai kisah
isteri Abu Lahab. Diriwayatkan oleh Asma’ binti Abu Bakar,
“Sewaktu turunnya surah Tabbat Yada Abi Lahab, datang Ummu

100
Jamil binti Harb dalam keadaan meratap sambil memegang
sebiji batu di tangannya. Dia berkata, ‘Kami telah ingkar, lalu
kami tercela. Perintah-Nya pula telah kami abaikan. Agamanya
pula telah kami benci.’

Pada waktu itu, Nabi SAW sedang duduk di dalam masjid


bersama Abu Bakar. Apabila Abu Bakar melihat Ummu Jamil
menuju ke arah mereka, beliau pun berkata, ‘Wahai Rasulullah
SAW, wanita itu datang. Aku gusar jika dia melihatmu.’ Kata
Rasulullah SAW, ‘Dia tidak akan dapat melihatku.’ Lantas, Nabi
SAW pun membaca petikan ayat al-Quran dan berlindung
dengannya. Sabdanya menerusi firman Allah SWT,
َ ۡ َ َ َّ َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ ۡ َ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ َ َ
ِ ‫ِين ل يُؤم ُِنون بِٱٓأۡلخ َِرة‬
‫ِإَوذا قرأت ٱلقرءان جعلنا بينك وبي ٱل‬
ً ‫ِجابًا َّم ۡس ُت‬
‫ورا‬ َ ‫ح‬
Ertinya: “Apabila kamu membaca al-Quran (wahai
Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad
dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari
akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat,
yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.”
(Surah al-Isra’, 17: 45)

Ummu Jamil yang berdiri di hadapan Abu Bakar langsung


tidak dapat melihat Rasulullah SAW di sebelahnya. Kata Ummu
Jamil kepada Abu Bakar, ‘Wahai Abu Bakar, aku telah diberitahu
bahawa sahabatmu telah mencemuh diriku.’ Kata Abu Bakar,
‘Demi Tuhan kepada Baitullah ini! Tidak, Baginda SAW tidak

101
mencemuhmu.’ Ummu Jamil berpaling dan berkata lagi, ‘Walhal
kaum Quraisy telah pun tahu bahawa aku ini ialah anak kepada
pembesar mereka.’”

Ka’ab bin Malik mengulas ayat ini dengan berkata,


“Dahulunya Nabi SAW berlindung daripada kaum Musyrikin
dengan tiga potong ayat.” Ayat-ayat tersebut ialah:

1. Potongan ayat daripada Surah al-Kahfi


ً ۡ َ َ ۡ َ ْ ُ َ ۡ َ َ َ ُ َ ُّ ُ َّ َ ْ ٓ ُّ َ َ َ َّ َ ُ ۡ ُ ۡ َ َ َ
‫صفا‬
ِ ‫يدوا عنها م‬ ِ ‫ورءا ٱلمج ِرمون ٱنلار فظنوا أنهم مواق ِعوها ولم‬
Ertinya: “Orang-orang yang berdosa itu tetap akan
melihat neraka, maka yakinlah mereka bahawa diri
mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan
mendapati sebarang jalan pun untuk mengelakkan diri
daripadanya.” (Surah al-Kahfi, 18: 53)

2. Potongan ayat daripada Surah al-Nahl


َ َ ُ َ َ ُ ُ ٰ َ َ ُ َّ َ َ َ َ َّ َ َ ْ ُ
‫ع قلوب ِ ِه ۡم َو َس ۡمعِ ِه ۡم َوأبۡص ٰ ِره ِۡمۖ َوأ ْو ٰٓلئِك‬ ‫أو ٰٓلئِك ٱلِين طبع ٱلل‬
َ ُ َ ۡ ُ
‫ه ُم ٱلغٰفِلون‬
Ertinya: “Mereka itulah orang-orang yang telah
dimeteraikan hati, pendengaran dan penglihatan
mereka oleh Allah Taala. Juga merekalah orang-orang
yang lalai.” (Surah al-Nahl, 16: 108)

102
3. Potongan ayat daripada Surah al-Jathiah
َ َ َ َ َ َ ۡ ٰ َ َ ُ َّ ُ َّ َ َ َ ُ ٰ َ َ ُ َ َ َ َ َّ
ٰ‫ع‬ َ َ ۡ َ َ ََ
‫أفرءيت م ِن ٱتذ إِلههۥ هوىه وأضله ٱلل ع عِل ٍم وختم‬ ٰ
َّ ۡ َ ۢ َ ً َٰ
ِۚ‫ِش َوة ف َمن َي ۡهدِيهِ ِمن بع ِد ٱلل‬‫صه ِۦ غ‬ ٰ َ َ ‫َس ۡمعِهِۦ َوقَ ۡلبِهِۦ َو َج َع َل‬
َ َ‫ع ب‬
ِ
َ ُ َّ َ َ َ َ َ
‫أفل تذكرون‬
Ertinya: “Dengan demikian, bagaimanakah fikiranmu
(wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan
hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya: dia
disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa dia
akan tetap kufur ingkar), dimeteraikan pula pendengaran
dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup terhadap
penglihatannya? Maka, siapakah lagi yang dapat
memberikan hidayah petunjuk kepadanya sesudah
Allah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)?
Oleh itu, mengapakah kamu (wahai orang-orang yang
ingkar) tidak ingat dan insaf?”(Al-Jathiah, 45: 23)

Ka’ab menyambung kata-katanya, “Nabi SAW apabila


membaca ayat-ayat tersebut, Baginda SAW akan dilindungi
daripada kaum Musyrikin.”

Berkata Ka’ab lagi, “Aku telah meriwayatkan ayat-ayat


tersebut kepada seorang lelaki berasal dari Syam. Dia dahulunya
pernah datang ke bumi Rom dan menetap di sana untuk beberapa
tempoh. Dia kemudiannya melarikan diri dari negara tersebut
dan dikejar oleh penduduk Rom. Lantas, dia membaca ayat-
ayat tersebut, mereka yang sebelum ini keluar mengekorinya
tidak dapat lagi melihat lelaki tersebut.”

103
Kata al-Tha’labi, “Beginilah kisah yang diriwayatkan
oleh mereka daripada Ka’ab yang telah aku khabarkan tentang
seorang lelaki daripada al-Rayy yang ditahan di al-Dailam
(salah sebuah kawasan di negara Azerbaijan). Dia menetap di
sana untuk beberapa tempoh sebelum berjaya melarikan diri.
Dia kemudiannya diburu oleh pihak musuh. Lelaki ini membaca
ayat-ayat tersebut sehinggakan pakaian mereka dapat menembusi
pakaian yang lain disebabkan mereka tidak dapat melihat lelaki
ini.”

Menurut al-Qurthubi, terdapat ayat tambahan pada


ayat-ayat yang telah dinyatakan di atas, iaitu permulaan Surah
Yasin sehinggalah pada ayat ‘Fahum la Yubsirun’.

Hal ini sepertimana yang telah direkodkan dalam


sirah Rasulullah SAW dan peristiwa Ali bin Abu Thalib yang
menggantikan tempat Baginda SAW. Rasulullah SAW telah
keluar lalu mengambil segenggam debu tanah di tangan Baginda
SAW. Allah SWT telah menarik penglihatan mereka
sehinggakan mereka tidak mampu melihat Baginda SAW.
Kemudian, Baginda SAW melemparkan debu tersebut ke kepala
mereka sambil membacakan ayat berikut.

104
.‫يم‬ َ ۡ ُّ َ ‫ع‬
ٍ ِ‫صر ٰ ٍط مستق‬
ََ ۡ َ َ َّ
ِ ٰ .َ‫ إِنك ل ِم َن ٱل ُم ۡر َسلِني‬.‫ٱلكِي ِم‬ َ ۡ ‫ان‬ َۡ ُۡ َ ٓ
ِ ‫ وٱلقرء‬.‫يس‬
ُ ٓ
َ ُ َ َ ُ ُٓ َ
.‫ لِ ُنذ َِر ق ۡو ًما َّما أنذ َِر َءابَاؤه ۡم ف ُه ۡم غٰفِلون‬.‫ٱلرحِي ِم‬َّ ‫يل ۡٱل َعزيز‬ َ َ
‫زن‬
َ ِ ِ ِ ‫ت‬
ۡ َ
ٓ ِ ‫ إِنَّا َج َعل َنا‬.َ‫كثه ِۡم َف ُه ۡم ل يُ ۡؤم ُِنون‬ َ ۡ َ ُ ۡ
ٰٓ َ ۡ َ َّ َ ۡ َ َ
‫ف‬ ِ َ ‫َلقد حق َ ٱلقول ع أ‬
ۡ َ ۢ َ ۡ َ َ َ َ ُ َ ۡ ُّ ُ َ َ ۡ ۡ َ َ َ ً ٰ َ ۡ ۡ ٰ َ ۡ
‫ي‬ِ ‫ وجعلنا ِمن ب‬.‫ان فهم مقمحون‬ ِ ‫أعنقِ ِهم أغلل ف ِه إِل ٱلذق‬
َ ُ ۡ ُ ۡ ُ َ ۡ ُ ٰ َ ۡ َ َ ًّ َ ۡ ۡ َ ۡ َ ًّ َ ۡ ۡ َ
َ ۡ َ
‫صون‬ ِ ‫أيدِي ِهم سدا ومِن خلفِ ِهم سدا فأغشينهم فهم ل يب‬
Ertinya: “Yaa, Siin. Demi al-Quran yang mengandungi
hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
Sesungguhnya, kamu (wahai Muhammad ialah seorang
Rasul) daripada rasul-rasul yang telah diutus. Yang
tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam). Al-Quran
itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani. Dengan demikian, kamu dapat memberikan
peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk ne-
neknya telah lama tidak diberikan peringatan dan ama-
ran. Oleh sebab itulah mereka lalai. Sesungguhnya, telah
tetap hukuman seksa terhadap kebanyakan mereka,
kerana mereka tidak mahu beriman. Bahawasanya Kami
menjadikan (kesombongan dan keengganan mereka
daripada tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu
yang memberkas kedua-dua belah tangan mereka ke
batang leher mereka. (Lebarnya belenggu itu) sampai
(menongkatkan) dagu mereka lalu jadilah mereka
terdongak. Juga Kami menjadikan (sifat tamak dan gila
mereka terhadap harta benda dan pangkat itu sebagai)
sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang

105
keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di
hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka
daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka
(pada hari kiamat). Lantas, Kami mengaburi pandangan
mereka. OIeh hal yang demikian, mereka tidak dapat
melihat (jalan yang benar).” (Surah Yasin, 36: 1-9)

Setelah Baginda SAW selesai membaca ayat-ayat ini dan


debu-debu tadi telah pun dilemparkan ke kepala orang-orang
Musyrik, lalu Baginda SW beredar menuju ke destinasi yang ingin
dituju oleh Baginda.

Kata al-Qurthubi, “Perkara ini menepati apa yang dilaku-


kan oleh negara Andalusia dan menjadi salah satu amalan di
Cordova. Pada ketika itu, aku melarikan diri daripada musuh lalu
bersembunyi di suatu sudut. Aku berasa tidak tenang lantaran
dua orang berbangsa Parsi sedang keluar memburuku. Aku duduk
di satu ruang dan tidak ada apa yang dapat melindungiku
daripada penglihatan dua orang Parsi tesebut. Selepas itu, aku
membaca permulaan Surah Yasin berserta ayat-ayat lain dari-
pada al-Quran. Kemudian, kedua-dua mereka melintasiku, seter-
usnya kembali ke arah mereka datang. Salah seorang berkata
kepada rakannya, ‘Ini merupakan satu tipu helah.’ Mereka me-
maksudkan tipu daya daripada syaitan, sedangkan hakikatnya
Allah SWT telah mengaburi mata mereka, maka mereka tidak
dapat melihatku. Alhamdulillah atas kurniaan-Nya itu.”15

106
Hal ini menunjukkan bahawa dengan membaca al-Quran,
ia menghubungkan pembacanya dengan Allah SWT untuk
mendapatkan penjagaan dan perlindungan daripada pihak
musuh. Al-Quran ialah wasiat bagi setiap mujahid dan mereka
yang berkhidmat dalam usaha pembebasan al-Aqsa yang
berharap kepada Allah SWT agar mereka tergolong dalam kumpulan
al-wa’du al-akhir yang dipelihara oleh al-Quran.

Untuk memastikan al-Quran sentiasa memelihara


seseorang itu, maka dia perlulah berusaha untuk menghafalnya
serta membanyakkan membaca, mentadabbur dan memahami
isi kandungannya, seterusnya beramal dengannya secara tepat.

107
37 Memelihara Akar Ketauhidan yang Sudah Terpasak
dalam Jiwa

Firman Allah SWT,


َ ً ۡ َ ۡ َ َ ٓ َ ُ ُ َ ۡ َ َ ً َّ َ ۡ ُ ُ ٰ َ َ َ ۡ َ َ َ
َ ‫ِإَوذا َذ َك ۡر‬
‫ت‬ ۚ‫كنة أن يفقهوه و ِف ءاذان ِ ِهم وقرا‬ ِ ‫وجعلنا ع قلوب ِ ِهم أ‬
َ َ ْ َّ
ُ
ً ‫ع أ ۡد َبٰره ِۡم ُنف‬
‫ورا‬
َ
ٰٓ ‫ان َو ۡح َدهُۥ َول ۡوا‬ َۡ ُۡ َ َّ َ
ِ ِ ‫ربك ِف ٱلقرء‬
Ertinya: “Kami menjadikan (perasaan itu sebagai) litupan
yang berlapis-lapis dalam hati mereka, juga sebagai
penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang
mereka daripada memahami dan mendengar kebenaran
al-Quran. Oleh disebabkan itu, sejurus kamu menyebut
nama Tuhanmu dalam al-Quran, mereka akan berpaling
undur melarikan diri.” (Surah al-Isra’, 17: 46)
Tauhid ialah satu tanda yang jelas bagi orang yang
beriman, berdakwah dan berjihad. Paling utama dalam hal
tersebut, ia diiringi Kalamullah, kitab al-Quran. Mereka yang
tergolong dalam ahli al-Isra’ sentiasa menjaga tauhid dan al-Quran.
Ia merupakan perisai dan senjata yang tidak ada kudrat buat
musuh-musuh mereka untuk berkonfrontasi dengannya. Demikian
itu, berjalan di atas jalan tauhid dan al-Quran adalah satu
kemestian.

Mukmin mengingati Tuhannya yang bersifat Esa merupakan


tanda keyakinannya yang benar kepada Rabbnya. Mukmin itu
meyakini bahawa hanya Tuhan yang mampu memberikan
kebaikan kepadanya.

108
Setiap dalam kalangan Mukmin itu ada kedudukan di sisi
Tuhannya, iaitu kedudukan dari sudut ketuhanan bergantung
pada tahap rapatnya hubungan Mukmin itu dengan Tuhan.
Tahap pada kedudukan ini merupakan pemberian daripada Allah
SWT.

Adakah kedudukan seseorang itu di sisi Tuhan melayakkan


dirinya menjadi insan yang membebaskan al-Aqsa? Jawapannya,
kerapkanlah bertanyakan hal ini kepada dirimu.

109
38 Berkata-kata dengan Ucapan yang Baik

Firman Allah SWT,


َّ ُ َ َ َ َ ۡ َّ َّ ُ َ ۡ َ َ َّ ْ ُ ُ ّ ُ
‫زنغ بَ ۡي َن ُه ۡ ۚم إِن‬ ‫َوقل ل ِ ِع َبادِي َيقولوا ٱل ِت ِه أحسنۚ إِن ٱلشيطٰن ي‬
ٰ َ ‫ٱلش ۡي َطٰ َن َك َن ل ۡ ِِل‬
ً ‫نسن َع ُد ًّوا ُّمب‬
‫ينا‬ِ
َّ
ِ
Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada
hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka bertutur
dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang
yang menentang kebenaran). Sesungguhnya, syaitan
itu sentiasa menghasut antara mereka (yang Mukmin
dan yang menentang). Bahawasanya syaitan itu ialah
musuh yang amat nyata bagi manusia.” (Surah al-Isra’,
17: 53)
Sesungguhnya, penganut agama Islam, insan yang
berkhidmat untuk agama Allah dan pembebasan Masjidil Aqsa
sentiasa menyebarkan kebaikan dan kasih sayang sesama manusia.

Mereka ini mementingkan ucapan dan tutur kata yang


baik agar mereka tidak menyeru syaitan untuk mempengaruhi
tindakan antara mereka. Menurut mereka, syaitan merupakan
musuh ketat yang berusaha untuk merosakkan hubungan sesama
manusia.

Sehubungan dengan itu, syaitan akan berusaha sedaya


upaya agar salah seorang daripada mereka yang bersengketa

110
mengeluarkan kata-kata yang tidak baik atau dusta supaya ia
menjadi sebab kepada perselisihan, peperangan dan kerosakan
yang nyata sepertimana yang telah dikhabarkan oleh Nabi SAW
mengenai al-haliqah, iaitu penghakis agama.

Daripada Abu al-Darda’, Nabi SAW bersabda, “Bukankah


aku telah memberitahu kalian mengenai amalan yang lebih baik
ganjarannya berbanding puasa, solat dan sedekah?” Jawab
mereka, “Benar.” Kemudian, Rasulullah SAW bersabda lagi,
“Jauhilah perselisihan kerana ia adalah penghakis.”16

Dalam riwayat lain, Nabi SAW bersabda, “Ia adalah


penghakis. Aku tidak memaksudkan penghakis rambut. Sebaliknya,
ia adalah penghakis agama.”

Nabi SAW acap kali menggalakkan umatnya untuk


berkata baik dan memperindah ucapan. Antara saranan Baginda
SAW, “Sebarkanlah salam, indahkanlah ucapan, sambungkanlah
silaturahim dan dirikanlah solat pada malam hari tatkala
manusia lain sedang lena tidur, nescaya kamu akan masuk ke
dalam syurga dengan sejahtera.”17

Manakala dalam kitab Sahihain merekodkan daripada


Nabi SAW, “Al-Fa’lu membuatkan saya berasa teruja.” Baginda
SAW ditanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan al-Fa’lu?”
Jawab Baginda SAW, “Perkataan yang baik.”18

111
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang lain, “Takutlah akan
api neraka walaupun (ketakutan itu) sebesar biji tamar. Sekiranya
kalian enggan masuk ke dalamnya, maka berkatalah dengan
kata-kata yang baik.”

Sabda Nabi SAW lagi, “Sesiapa yang beriman kepada Allah


SWT dan hari akhirat, maka bertuturlah dengan kata yang baik
ataupun berdiam diri sahaja.” Sabda Baginda SAW, “Kata-kata
yang baik merupakan sedekah.”

Sifat ahli al-Isra’ dan kumpulan al-wa’du al-akhir sentiasa


melafazkan kata-kata yang baik, tidak pula mereka mengeluarkan
kata-kata yang jelik sesama mereka, bahkan kepada sekalian
manusia. Mereka sangat mementingkan soal penyucian jiwa
dan kesatuan saf.

112
39
Sedar akan Perbuatan Syirik dan Mengajak Manusia
agar Kembali

Firman Allah SWT,


ّ ُّ ‫ون َك ۡش َف‬
َ ُ َۡ ََ ُ ّ ُ ۡ َ َ َ َّ ْ ُ ۡ ُ
‫ٱلض‬
ِ ‫ِك‬ ‫ل‬ ‫م‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫ِۦ‬ ‫ه‬ِ ‫ن‬ ‫و‬ ‫د‬ ‫ق ِل ٱدعوا ٱلِين زعمتم مِن‬
ً َۡ ََ ۡ ُ َ
‫عنكم ول توِيل‬
Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum
Musyrik), ‘Serulah orang-orang yang kamu dakwa
(boleh memberikan pertolongan) selain daripada Allah.
Sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya
daripadamu dan tidak pula dapat memindahkannya.”
(Surah al-Isra’, 17: 56)

Kumpulan al-wa’du al-akhir mengetahui bahawa tidak


ada yang dapat melenyapkan kemudaratan daripada mereka
kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka menyeru dan hanya
merayu kepada-Nya serta bersungguh-sungguh dalam berdoa
kepada-Nya. Beginilah sifat kebiasaan mereka. Mereka juga
mencabar kumpulan musyrik agar kumpulan musyrik ini berdoa
kepada tuhan-tuhan mereka dan melihat sama ada mereka
mendapat kebaikan ataupun kemudaratan mereka akan diangkat
oleh tuhan-tuhan sembahan mereka itu.

113
40 Berperang Menentang Syaitan dan Bala Tenteranya

Firman Allah SWT,


َ َ َ َ َ ۡ ‫ٱس َت ۡفز ۡز َمن‬
‫ت م ِۡن ُهم ب ِ َص ۡوت ِك َوأ ۡجل ِۡب َعل ۡي ِهم ِب ۡيل ِك‬ َ ‫ٱس َت َط ۡع‬
ِ ِ
ۡ ‫َو‬
َّ ُ ُ َ َۡ َۡ ۡ َ َ َ َ
‫جل ِك َوشارِك ُه ۡم ِف ٱل ۡم َو ٰ ِل َوٱل ۡول ٰ ِد َوع ِۡده ۡ ۚم َو َما يَعِ ُده ُم ٱلش ۡي َطٰ ُن‬ ِ ‫ور‬
ُ
ً ‫إل غ ُر‬ َّ
‫ورا‬ ِ
Ertinya: “Desak dan pujuklah sesiapa yang
dapat kamu pujuk dengan suaramu. Kerahlah
penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang
berjalan kaki untuk mengalahkan mereka. Bercampurlah
dengan mereka dalam menguruskan harta benda
dan anak-anak (mereka). Janjikanlah mereka (dengan
janji-janjimu), padahal tidak ada yang dijanjikan oleh
syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.” (Surah
al-Isra’, 17: 64)

Ahli al-Isra’ dan kumpulan al-wa’du al-akhir mengetahui


bahawa peperangan mereka adalah untuk menentang syaitan
dan bala tenteranya. Syaitanlah yang mengetuai peperangan
ini, terutama peperangan yang melibatkan al-Quds dan al-Aqsa.

Dalam peperangan ini, syaitan berusaha menghasut para


pengikutnya dengan membisikkan suara untuk melawan manusia
dengan melakukan cemuhan, gangguan dan penyelewengan
menerusi suara-suara kekayaan, kemasyhuran dan lidah yang

114
jelik daripada mereka yang berada dalam kalangan wartawan
dan penulis laporan. Apa yang ada dalam hati-hati manusia
yang batil lagi kuffar ini semuanya adalah ketakutan dan strategi
pihak yang berjuang demi Islam dan berfikir untuk membebaskan
al-Aqsa daripada penguasaan penjenayah.

Oleh hal yang demikian, syaitan berusaha di atas muka


bumi ini untuk membentuk pusat media dan pasaran global
bagi merangka propaganda mengenai kelemahan dan kehinaan
pada manusia. Selain itu, kedua-duanya berperanan untuk
menyeru manusia agar akur dan tunduk pada kebatilan kerana
mereka tidak ada kekuatan untuk berhadapan dengan Amerika,
Israel, negara Barat serta para pemerintah yang jahat daripada
negara-negara ini.

Satu sahaja jalan untuk manusia kekal dan terus hidup,


iaitu menyerahkan diri, reda, tunduk dan akur kepada mereka,
serta menjadi hamba dan orang suruhan kepada pimpinan
mereka.

Inilah antara suara syaitan di mana pada asalnya sangat


lemah tipu daya dan kudratnya sepertimana yang dinyatakan
oleh Allah SWT,
ً َ َ َ َّ َ َّ
‫إِن ك ۡي َد ٱلش ۡي َطٰ ِن كن ض ِعيفا‬
Ertinya: “Orang-orang yang beriman berperang pada
jalan Allah, manakala orang-orang yang kafir pula

115
berperang pada jalan Taghut (syaitan). Oleh sebab itu,
perangilah pengikut-pengikut syaitan itu, kerana
sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
(Surah al-Nisa’, 4: 76)
Sebagaimana Allah SWT berfirman kepada manusia,
“Panggillah mereka dan berikanlah peringatan dengan segala
apa yang ada bersamamu sama ada kuda atau pejalan kaki.
Syaitan sedang memanggil tenteranya untuk berhadapan dengan
kebenaran dan memeranginya. Namun, pengikutnya tidak tahu
bahawa syaitan sebenarnya sedang memanggil mereka untuk
masuk ke dalam neraka.” Firman Allah SWT,
ْ ُ ُ َ ُ َ ۡ ْ ُ ۡ َ َ َّ ًّ ُ َ ُ ُ َّ َ ٌّ ُ َ ۡ ُ َ َ َ ۡ َّ َّ
‫إِن ٱلشيطٰن لكم عدو فٱتِذوه عدواۚ إِنما يدعوا حِزبهۥ ِلكونوا‬
‫ري‬ ‫ع‬ َّ ‫حٰب‬
‫ٱلس‬ َ ‫م ِۡن أَ ۡص‬
ِ ِ ِ
Ertinya: “Sesungguhnya, syaitan ialah musuh bagimu,
maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi
tipu dayanya). Sebenarnya, dia hanyalah mengajak
golongannya supaya menjadi sebahagian penduduk
neraka.” (Surah Fatir, 35: 6)
Bagi mereka yang menyahut dan mengikut seruan
syaitan, nescaya Allah SWT akan melemparkan mereka ke
dalam Neraka Jahanam.

Tidak ada perbezaan dengan mereka yang menyahut


seruannya dalam urusan harta dan anak-anak mereka. Ya,
mereka itu bersekongkol bersama harta yang datang daripada

116
sumber yang haram, riba dan mengambil harta orang lain den-
gan jalan yang salah. Demikian inilah perkongsian bersama
syaitan, iaitu harta yang kotor serta tidak ada kebaikan dan ke-
berkatan padanya.

Adapun mereka bersekongkol bersama syaitan dalam


urusan anak-anak mereka sama ada anak-anak mereka itu
adalah hasil daripada perzinaan (moga Allah menjauhkannya
daripada kita), atau ketika mereka mendekati isteri-isteri mereka,
mereka tidak mengingati Allah SWT. Lantas, syaitan turut bersama
mereka.

Nabi SAW telah memberitahu sepertimana yang telah


diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Abbas menerusi sabda Baginda
SAW, “Sekiranya salah seorang daripada mereka ingin mendatangi
(bersetubuh dengan) isterinya, maka sebutlah, ‘Dengan nama
Allah, ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah
syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.’
Sesungguhnya, sekiranya ditakdirkan zuriat hasil daripada
persetubuhan tersebut, nescaya syaitan tidak akan dapat
memberikan mudarat kepadanya buat selama-lamanya.”

Agama Islam mengajar umatnya untuk mencapai tahap


‘ubudiah dalam setiap urusan kehidupan dan kitaran di dunia
ini.

117
berkata syaitan, ‘Kalian telah mendapati rumah.’ Sekiranya dia
tidak menyebut nama Allah SWT sewaktu makan, maka syaitan
pun berkata, ‘Kalian telah memperoleh tempat tinggal dan
makanan.’”

Berbeza dengan kumpulan al-wa’du al-akhir yang akan


melakukan intipan di sekeliling petempatan musuh dan yang
akan berkonfrontasi dengan Bani Israel. Mereka tidak peduli
untuk terikut dengan hasutan musuh-musuh Islam melalui
media (kecuali sekiranya mereka berada dalam bidang media dan
sudah menjadi sebahagian tugas mereka), serta tidak terkesan
dan tidak pula mereka memandang rendah terhadap propaganda
tersebut. Hal ini disebabkan oleh kuatnya mereka berpegang
pada agama, maka mereka tidak mudah terpengaruh dengan
seruan syaitan dalam apa jua pekerjaan atau mana-mana majlis
perhimpunan (anjuran mereka).

Tambahan lagi, kumpulan al-wa’du al-akhir berdisiplin


dengan perkara yang bersumberkan Rasulullah SAW baik
berkenaan urusan harta benda, mahupun hubungan mereka
bersama para isteri sehingga tidak dapat dijejaskan oleh
syaitan. Hal ini disebabkan mereka ini berada dalam jagaan dan
peliharaan Allah SWT.

118
Oleh itu, sentiasalah membasahi lidah dengan berzikir
kepada Allah SWT berdasarkan apa yang telah disampaikan
melalui Rasulullah SAW sama ada ketika bangun daripada
tidur, pada waktu pagi, ketika masuk dan keluar tandas,
ketika berwuduk, ketika mahu keluar dan masuk ke dalam
rumah, sewaktu makan dan minum, sewaktu memandu
kenderaan, sewaktu seseorang itu berkunjung ke rumah
keluarganya, ketika terjaga daripada lena pada tengah
malam, bahkan pada setiap urusan agar manusia itu sentiasa
berada dekat di sisi Allah SWT.

119
41 Yakin Bahawa Allah SWT Maha Pengatur dan Maha
Berkuasa
Firman Allah SWT,
َّ ۡ َ ْ ُ ۡ َ ۡ ُۡ ُ َ َّ ُ
‫َّر ُّبك ُم ٱلِي يُ ۡز ِج لك ُم ٱلفلك ِف ٱلَ ۡح ِر لِ َ ۡب َتغوا مِن فضلِهِۚۦٓ إِن ُهۥ‬
ً ‫ك ۡم َرح‬ُ َ َ
‫ِيما‬ ِ ‫كن ب‬
Ertinya: “Tuhanmulah yang menjalankan kapal-kapal
di laut untukmu, supaya kamu dapat mencari rezeki
daripada limpah kurnia-Nya. Bahawasanya Dia Maha
Mengasihani terhadapmu.” (Surah al-Isra’: 66)
Kumpulan al-wa’du al-akhir ini mengetahui bahawa
Allah SWT ialah Tuhan yang mengaturkan setiap perkara. Oleh
itu, mereka tidak tunduk selain kepada Allah SWT.

Allah yang menggerakkan kapal di lautan. Dia jugalah


yang menahan burung dan kenderaan udara di atas langit. Dia
jugalah yang menggerakkan gunung-ganang dan angin taufan.

Dia berkuasa ke atas setiap makhluk di alam ini termasuk


hidupan kecil (mikroorganisma) seperti bakteria dan virus.

Maha Suci Allah, Tuhan yang memiliki dan menguasai


tiap-tiap sesuatu, dan kepada-Nyalah setiap manusia akan
dikembalikan.

120
42 Tidak Tunduk kepada Sebarang Kekufuran

Firman Allah SWT,


ۡ ۡ َّۡ ۡ ُ َ ۡ َ َ َ َ َ َ ٓ َ‫َولَ َق ۡد َك َّر ۡم َنا ب‬
‫ب َوٱلَ ۡح ِر َو َر َزق َنٰ ُهم ّم َِن‬
ِ ‫ن ءادم وحلنٰهم ِف ٱل‬ ِ
ً ۡ َ َ ۡ َ َ ۡ َّ ّ َ ٰ َ َ ۡ ُ َ ۡ َّ َ َ َ َّ
‫ضيل‬ ِ ‫ري مِمن خلقنا تف‬ ٍ ِ ‫ت وفضلنٰهم ع كث‬ ِ ٰ‫ٱلط ّيِب‬
Ertinya: “Sesungguhnya, Kami telah memuliakan anak-
anak Adam. Kami telah memberi mereka menggunakan
berbagai-bagai kenderaan baik di darat mahupun laut.
Kami juga telah mengurniakan rezeki kepada mereka
daripada benda-benda yang baik serta telah Kami lebihkan
mereka dengan selebih-lebihnya berbanding makhluk-
makhluk lain yang telah Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’:
70)
Anak Adam begitu mulia di sisi Allah SWT. Oleh itu, Allah
SWT memudahkan pergerakan mereka di darat dan laut,
mengurniakan rezeki yang baik dan kelebihan berbanding
makhluk-makhluk-Nya yang lain. Oleh hal yang demikian,
janganlah manusia itu mencela dirinya sendiri. Inilah jalan
ikutan kumpulan al-wa’du al-akhir.

Anak-anak Adam sifatnya perkasa. Tidak tunduk dan


cenderung kepada kekufuran dan kezaliman. Tidak pula
mereka berasa seronok dengan kehidupan yang hina ini. Bahkan,
menurut mereka, tidak ada kenikmatan dalam kehidupan jika
tiada kemuliaan di bawah jagaan Allah SWT. Sehubungan dengan

121
itu, mereka tidak meminta rezeki dengan cara yang tercela,
zalim dan daripada sumber yang haram. Sebaliknya, mereka
bertawakal kepada Allah SWT dalam perjalanan mereka menuju
al-Quds.

122
43 Golongan Batil dan Kafir Sentiasa Berusaha untuk
Mencetuskan Fitnah kepada Pihak yang Benar
Firman Allah SWT,
َ ۡ ‫ك لِ َ ۡف َت َي َعلَ ۡي َنا َغ‬ َ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َّ َ َ َ ُ ۡ َ َ ْ ُ َ
‫يهُ ۖۥ‬ ِ ‫ِإَون كدوا لفتِنونك ع ِن ٱلِي أوحينا إِل‬
َ َ ۡ َ َّ َ
َ َ َ َ َٓ َ ً َ َ ُ َ َّ َّ ً
‫ل ِه ۡم‬ۡ ِ ‫ك ُن إ‬ ‫ َول ۡول أن ث َّب ۡت َنٰك لق ۡد كِدت تر‬.‫وك خل ِيل‬ ‫ِإَوذا لتذ‬
َ َّ ُ ۡ َ ۡ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ َ َّ ً ً َ ً َ
‫ات ثم ل‬ ِ ‫ضعف ٱل َم َم‬ ِ ‫ٱل َي ٰوة ِ َو‬
َ ‫ضعف‬ ِ ‫ إِذا لذقنٰك‬.‫شيئا قل ِيل‬
ً ‫ك َعلَ ۡي َنا نَ ِص‬ َ َ ُ َ
‫ريا‬ ‫تد ل‬ِ
Ertinya: “Sesungguhnya, nyaris-nyaris mereka dapat
memesongkanmu (wahai Muhammad) daripada apa
yang telah Kami wahyukan kepadamu, supaya kamu
mengada-adakan perkara yang lainnya atas nama
Kami. (Kalau kamu melakukan yang demikian) barulah
mereka menjadikanmu teman rapatnya. Kalaulah tidak
Kami menetapkanmu (berpegang teguh pada
kebenaran), tentulah kamu sudah mendekati mereka
dengan menyetujui sedikit kehendak mereka. Jika
(kamu melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan
merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa
hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa
mati. Tambahan lagi, kamu tidak akan beroleh seorang
penolong pun dalam hukuman Kami.” (Surah al-Isra’, 17:
73-75)

123
Manhaj agung yang dipelajari oleh kumpulan al-wa’du
al-akhir dan mereka yang turut mahu dipilih sebagai ahli al-Isra’
menuju al-Aqsa bahawa golongan batil dan kufur sentiasa
berusaha untuk mencetuskan fitnah kepada pihak yang benar.
Mereka menawarkan solusi berkenaan isu al-Aqsa dan al-Quds
serta isu-isu melibatkan agama kepada kumpulan ini. Mereka
cuba untuk mengaburi kumpulan ini dengan cara berdamai,
mahupun konsesi politik melalui strategi persefahaman dan
dialog.

Pada dasarnya, memberikan tekanan dalam hal politik


kepada golongan ahli al-Isra’ ini tidaklah membuka ruang kepada
golongan yang batil dan kufur tersebut. Malangnya, keadaan ini
berlanjutan sehinggalah sebahagian orang Islam bersetuju untuk
mendahulukan kuasa politik berbanding agama, sedangkan
agama itu jauh lebih tinggi dan mulia berbanding kuasa politik.
Politik tanpa agama adalah sejenis kesesatan.

Allah SWT memberitahu kepada umat Islam bahawa


petunjuk yang dibawa oleh al-Quran adalah yang paling benar.
Bukannya politik. Bukan juga buah fikiran manusia.

Mereka yang meninggalkan sesuatu daripada agamanya


demi mencapai reda kaum yang lain, maka mereka itu telah
berlaku dusta terhadap agama mereka. Mereka itu sama sekali
tidak bermanfaat. Firman Allah SWT,

124
ُ َ َّ َّ َ ٰ َّ َ ٰ َ ٰ َ َّ َ َ ُ ُ َ ۡ َ َ ٰ َ ۡ َ َ َ
ۗ‫ت تتب ِ َع مِلته ۡم‬ ‫ولن ترض عنك ٱلهود ول ٱنلصرى ح‬
Ertinya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali
akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad)
sehinggalah kamu menuruti agama mereka (yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka.” (Surah
al-Baqarah, 2: 120)
Sesiapa yang cenderung untuk patuh kepada mereka
walaupun sedikit, sesungguhnya dia akan merasai kebinasaan dan
kehancuran yang bersangatan. Maka, bergandalah tanggungan,
bebanan dan masalah dalam kehidupannya, sedangkan dia
tidak memperoleh apa-apa pun daripada mereka.

Oleh hal yang demikian, kumpulan al-wa’du al-akhir


tidak berasaskan golongan yang kufur dan sesat, serta tidak
mengharapkan apa-apa pun daripada mereka. Mereka bertindak
tanpa adanya konsesi politik meskipun telah jelas bahawa
tindakan ini seperti satu pukulan kepada sebuah fantasi dan
gema hasil dari luar terowong.

Akan tetapi, hakikatnya perkara ini adalah benar


memandangkan sememangnya tidak ada jalan yang lain.
Sekiranya mereka mengikuti golongan kufur, nescaya mereka
akan mendapat akibat yang buruk daripada Allah SWT. Sebaliknya,
jika mereka teguh berpaksikan iman, nescaya Allah SWT akan
memuliakan mereka, kini dan masa hadapan.

125
Kata Abu al-Fatah al-Busti,
“Peganglah tali Allah dengan tanganmu seeratnya,
Kerana tali Allah itu adalah rukun sekiranya kamu telah
dikhianati dengan janji-janji,
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, maka pengakhirannya
dipuji,
Takwa pula menahan diri daripada kejahatan mereka yang
membuat kejahatan,
Sesiapa yang meminta pertolongan selain daripada Allah SWT,
Maka, sesungguhnya yang menjadi penolongnya ialah
kelemahan dan kekecewaan.”

126
44 Mendirikan Solat dengan Sempurna

Firman Allah SWT,


َ ُ َّ َ ۡ َ ُ ۡ َّ َ َ ٰ َ َّ ُ َ َ َّ َ
‫ٱل ِل َوق ۡر َءان ٱلف ۡج ِرۖ إِن ق ۡر َءان‬ ‫ٱلصل ٰوة ِ ُللوكِ ٱلش ۡم ِس إِل غس ِق‬ ‫أق ِ ِم‬
ً ۡ َ َ َۡ
‫ٱلف ۡج ِر كن َمش ُهودا‬
Ertinya: “Dirikanlah sembahyang ketika gelincir
matahari hingga waktu gelap malam. Juga (dirikanlah)
sembahyang Subuh, sesungguhnya sembahyang Subuh
itu disaksikan (keistimewaannya).” (Surah al-Isra’, 17:
78)
Sesungguhnya, antara tugasan penting buat orang
beriman umumnya, dan mereka yang bekerja demi pembebasan
al-Aqsa khususnya, ialah mendirikan solat bersama rukun-
rukun, kewajipan-kewajipan, sunat-sunat dan tertibnya.
Perbuatan mendirikan solat dituntut bukan hanya pada solat itu
semata-mata. Kumpulan al-wa’du al-akhir memahami bahawa
solat ialah pekerjaan terutama yang menghubungkan mereka
solat ialah pekerjaan terutama yang menghubungkan mereka
dengan Allah SWT serta membantu mereka untuk teguh, istiqamah,
mendapat cahaya petunjuk dan menerangi hati mereka. Mereka
yang meninggalkan solat tidak akan memperoleh keuntungan
dalam agama Islam.

Ayat di atas tertumpu pada firman-Nya,

127
ۡ َّ ‫ٱلش ۡم ِس إ ِ َ ٰل َغ َسق‬
‫ٱل ِل‬
َّ
ِ‫وك‬
ُُ
‫ِلل‬
ِ
Ertinya: “Ketika gelincir matahari hinggalah waktu
gelap malam.”
Maksud ayat ini merujuk empat waktu solat, iaitu Zuhur,
Asar, Maghrib dan Isyak.

Al-duluk bermaksud tergelincirnya matahari. Al-layl


bermula sebaik sahaja matahari terbenam. Manakala bagi solat
fajar, isyarat yang merujuknya dapat dilihat menerusi firman-Nya,
ً ۡ َ َ َ ۡ َ ُ َّ َۡ َ ُ
‫َوق ۡر َءان ٱلف ۡج ِرۖ إِن ق ۡر َءان ٱلف ۡج ِر كن َمش ُهودا‬
Ertinya: “Juga (dirikanlah) sembahyang Subuh,
sesungguhnya sembahyang Subuh itu disaksikan
(keistimewaannya).”
Imam al-Bukhari telah meriwayatkan melalui sanadnya
daripada Abu Salamah dan Sa’id bin al-Musayyib, daripada Abu
Hurairah, sabda Nabi SAW, “Kelebihan solat berjemaah
berbanding solat bersendirian adalah sebanyak 25 kali ganda.
Para malaikat pada waktu malam dan siang akan berkumpul
sewaktu solat fajar (Subuh).”

Selanjutnya, Abu Hurairah berkata, “Bacalah ayat ini


sekiranya kalian mahu,
ً ۡ َ َ َ ۡ َ ُ َّ َۡ َ ُ
‫َوق ۡر َءان ٱلف ۡج ِرۖ إِن ق ۡر َءان ٱلف ۡج ِر كن َمش ُهودا‬

128
Ertinya: “Juga (dirikanlah) sembahyang Subuh,
sesungguhnya sembahyang Subuh itu disaksikan
(keistimewaannya).”
Sungguh menghairankan apabila manusia yang
mendakwa dirinya cinta akan al-Quds dan al-Aqsa, sekali gus
berusaha untuk membebaskan al-Aqsa, tetapi mengambil mudah
terhadap urusan solat, atau tidak khusyuk ketika menunaikannya.
Bagaimana mungkin mereka mahu menjadi teguh dan memikul
tanggungjawab yang besar?

129
45 Ahli al-Quran

Firman Allah SWT,


ً ُ ۡ َّ ً َ َ َ ُّ َ َ َ َ ۡ َ َ ٰٓ َ َ َ َّ ً َ َ َ ۡ َّ َ َ
‫ٱل ِل ف َت َه َّج ۡد بِهِۦ ناف ِلة لك عس أن يبعثك ربك مقاما ممودا‬ ‫ومِن‬
Ertinya: “Bangunlah pada sebahagian daripada waktu
malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud pada
ketika itu, sebagai sembahyang tambahan bagimu.
Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu
pada hari akhirat kelak di tempat yang terpuji.” (Surah
al-Isra’, 17: 79)
Lihatlah betapa mulianya ahli al-Quran di sisi Allah SWT.
Mulianya mereka disebabkan amalan mereka membaca kitab-Nya,
al-Quran al-Karim, selain turut menjaga solat fardu yang
diwajibkan ke atas mereka. Ini merupakan antara amalan yang
paling disukai oleh Allah SWT serta dengan amalan inilah pintu
rahmat dan kebaikan daripada-Nya sentiasa terbuka.

Manakala ahli al-Quran dan mereka yang mendirikan


solat pula sentiasa berusaha melakukan amalan-amalan sunat
tambahan sehingga mereka mendapat cinta Allah SWT. Inilah
ciri-ciri keistimewaan kumpulan al-wa’du al-akhir. Mereka tidak
berpada dengan solat fardu semata-mata.

Walau bagaimanapun, perlu diberikan perhatian dalam


situasi sesetengah individu yang bekerja untuk agama, tatkala
mereka dihimpit kesibukan, mereka menyangkakan bahawa

130
diri mereka dimaafkan sekiranya tidak bangun pada malam hari
disebabkan mereka telah penat bekerja dan berdakwah sehari
suntuk.

Hakikatnya, sangkaan begini amatlah berbahaya dan


memberikan kesan yang buruk. Orang yang berdakwah dan
berjuang tidak mampu untuk memikul amanah melainkan
dengan adanya kekuatan yang membantu mereka dalam memikul
amanah tersebut. Kekuatan itu diperoleh dengan menghidupkan
malam (qiamullail).

Firman Allah SWT,


ً َۡ َ َ َ ۡ َّ َ َ َ َّ
‫ه أش ُّد َو ۡط ًئا َوأق َو ُم قِيل‬ ِ ‫إِن ناشِئة ٱل ِل‬
Ertinya: “Sebenarnya, sembahyang dan ibadat malam
adalah lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih
tetap betul bacaannya.” (Surah al-Muzzammil, 73: 6)
Oleh itu, buat ahli al-Isra’ dan mereka yang berkhidmat
demi pembebasan al-Aqsa, hendaklah mereka menghayati hadis
kudsi daripada Rasulullah SAW bahawa Allah SWT berfirman,
“Kami mengisytiharkan perang kepada mereka yang memerangi
wali-Ku. Perkara yang paling Kami suka sekiranya didekati oleh
hamba-hamba Kami ialah apa yang Kami perintahkan ke atas
mereka. Hamba-hamba Kami sentiasa mendekati Kami dengan
melazimi amalan sunat tambahan sehinggalah mereka berjaya
meraih cinta Kami. Sekiranya Kami mencintai mereka, nescaya
Kami menjadi pendengaran dan penglihatan mereka; menjadi

131
tangan mereka yang bertindak; dan menjadi kaki mereka yang
berjalan. Apabila mereka meminta sesuatu daripada Kami,
nescaya akan Kami perkenankan. Apabila mereka meminta
perlindungan, nescaya akan Kami beri mereka perlindungan.”

Oleh sebab amalan-amalan sunat ini memiliki kedudukan


yang tinggi, pada awal kalam-Nya, Allah SWT menyifatkan bahawa
para wali-Nya dijamin perlindungan dan pertolongan. Kemudian,
Allah SWT menyatakan gambaran mengenai kedudukan mereka,
iaitu Dia bersama pendengaran, penglihatan, tangan, kaki dan
setiap gerak-geri para wali-Nya.

Oleh hal yang demikian, tidaklah sesuatu perkara itu


dilakukan melainkan di depan matanya terdapat perasaan
takut kepada Allah SWT, di samping memohon pertolongan
daripada-Nya. Pada waktu itu, Allah SWT tidak akan mengabaikan
hamba-Nya buat selamanya dan hamba-Nya tidak akan berasa
kecewa dengan izin Allah SWT.

132
46 Yakin Bahawa Kebenaran akan Tersingkap

Firman Allah SWT,


ً ُ َ َ َ ۡ َّ ُ ۡ َ َ ۡ ‫َوقُ ۡل َجا ٓ َء‬
‫ٱل ُّق َو َزه َق ٱل َبٰ ِطل ۚ إِن ٱل َبٰ ِطل كن َزهوقا‬
Ertinya: “Katakanlah, ‘Telah datang kebenaran (Islam),
dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan
syirik). Sesungguhnya, yang salah itu sememangnya
satu perkara yang tetap lenyap.” (Surah al-Isra’, 17: 81)
Ketika orang beriman memohon pertolongan daripada
Rabbnya, dia yakin tanpa ada sedikit ragu pun tentang waktu
tibanya kebenaran. Pada waktu itu, kebatilan akan berundur dan
tenggelam. Tidak sekadar itu, kebatilan juga akan terus lenyap
dan bertemu titik noktah.

Ayat seperti ini wajar untuk dijadikan sebaik-baik nilai


tambah kepada ahli al-Isra’. Sekiranya mereka berhadapan
dengan salah seorang daripada golongan batil, mereka berdoa
dengan doa seperti di atas sebagai bantuan kepada kerja-kerja
mereka.

133
47 Bergantung Sepenuhnya kepada Allah SWT

Firman Allah SWT,


ّ ُۡ ۡ ۡ ََ ۡ
ۡ ‫م َر َج ص ۡدق َو‬ َ َ ۡ ُ ۡ ۡ َ ّ َّ ُ َ
‫ٱج َعل ِل‬ ٍ ِ ‫ن‬ ِ ِ‫ج‬ ‫ر‬‫خ‬ ‫أ‬ ‫و‬ ‫ق‬
ٍ ‫د‬ ‫ص‬
ِ ‫ل‬ ‫ب أدخِل ِن مدخ‬
ِ ‫وقل ر‬
ً ۡ
ً ‫نك ُسل َطٰنا نَّ ِص‬َ ُ َّ
‫ريا‬ ‫مِن ل‬
Ertinya: “Mohonlah (wahai Muhammad, dengan
berdoa), ‘Wahai Tuhanku, masukkanlah daku ke dalam
urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi
mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan
cara keluar yang benar lagi mulia. Juga berilah daku
dari sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang
menolongku.” (Surah al-Isra’, 17: 80)
Orang yang berjuang dan menganggap diri mereka
sebagai kumpulan al-wa’du al-akhir tidak memiliki apa-apa
sewaktu berkonfrontasi dengan Bani Israel melainkan hubungan
mereka dengan Allah SWT. Lisan mereka tidak henti-henti
berdoa dan memohon daripada-Nya.

Keutamaan mereka adalah untuk menjadi orang yang


benar pada amalan dan jalan hidup mereka. Mereka masuk ke
dalam sesuatu amalan dengan benar dan keluar daripadanya
dengan benar. Mereka meminta bantuan hanya kepada Allah
SWT. Demikian itu, permintaan mereka agar kemasukan ke
al-Quds juga adalah dengan cara yang benar.

134
Justeru, daripada kefahaman ini, perasaan tidak
peduli kepada musuh-musuh Allah, tidak merosotnya keteguhan
kumpulan ini, atau tidak mendapat nikmat daripada agama
Allah SWT, berlakunya kegagalan dalam urusan ibadah dan untuk
mengikuti manhaj Rasulullah SAW, tidak ada yang dapat
membantu dan memberikan mereka keteguhan melainkan
yang hanya memiliki kekuasaan dan kekuatan untuk memberikan
mereka bantuan, iaitu Allah SWT.

135
48 Penawar Psikologi dan Jiwa Manusia

Firman Allah SWT,


َّ ُ َ َ َ َ ۡ ُ ۡ ّ ٌ َ ۡ َ َ ٌ ٓ َ َ ُ َ َ ۡ ُ ۡ َ ُ ّ َ ُ َ
َ ‫ٱلظٰلِم‬
‫ني‬ ِ ‫ان ما هو شِفاء ورحة ل ِلمؤ ِمن ِني ول ي ِزيد‬
ِ ‫نل مِن ٱلقرء‬
ِ ‫ون‬
َّ
ً ‫إل َخ َس‬
‫ارا‬ ِ
Ertinya: “Kami menurunkan ayat-ayat suci daripada
al-Quran dengan beransur-ansur yang menjadi ubat
penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
kepadanya. (Sebaliknya,) al-Quran tidak menambahkan
orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’, 17: 82)
Subhanallah. Kitab al-Quran ini memiliki petunjuk, di
samping mengandungi dalil untuk terus istiqamah, kemenangan
dan pembebasan al-Quds.

Selain itu, kitab ini juga menjadi penawar dan rahmat


bagi segala jenis penyakit sama ada yang menimpa individu
atau kumpulan tertentu.

Pada masa yang sama, kitab ini ialah penawar bagi


penyakit yang berkaitan moral atau psikologi seseorang. Dengan
al-Quran, jiwa manusia dapat kembali unggul serta menghilangkan
kesedihan, kebimbangan dan kesusahan.

136
Di samping itu, al-Quran turut merupakan penawar bagi
penyakit fizikal. Di sini, penulis ingin menasihatkan mana-mana
saudara kami sekalian yang ditimpa sakit agar mengambil kira
punca penyakit dan mendapatkan rawatan.

Namun sebelum itu, serahkanlah diri kepada Tuhan


dengan memohon doa dan membaca Surah al-Fatihah. Imam
al-Bukhari dan Imam al-Tirmidzi telah meriwayatkan satu kisah
dengan lafaznya daripada Abu Sa’id al-Khudri, “Terdapat
sekumpulan sahabat Nabi SAW sedang berjalan melintasi satu
suku kaum Arab yang tidak memberikan layanan dan menyediakan
kemudahan kepada kumpulan tersebut. Tiba-tiba, ketua mereka
mengadu sakit, lalu mereka pun berjumpa dengan kumpulan
sahabat tersebut seraya bertanya, ‘Adakah kalian memiliki
ubat?’ Jawab kumpulan sahabat itu, ‘Ya. Namun, kamu tidak
memberikan layanan kepada kami dan tidak pula menyediakan
kemudahan buat kami. Oleh itu, kami tidak akan memberikan
sebarang ubat melainkan setelah kamu berbuat demikian.’
Lantas, mereka pun segera menghidangkan bahagian tertentu
daripada kambing. Kemudian, salah seorang daripada
kumpulan sahabat membacakan Surah al-Fatihah. Selepas itu,
ketua mereka pun kembali sembuh. Ketika kumpulan sahabat
datang berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan kisah ini,
Nabi SAW bertanya, ‘Bagaimanakah anda mengetahui bahawa
hal itu adalah rukyah?’ Namun, Nabi SAW tidak pula melarang
hal tersebut. Seterusnya, kata Nabi SAW lagi, ‘Makanlah dan
berilah saya sedikit daging tersebut.’”

137
Sejak itu, Surah al-Fatihah menjadi penawar kepada
psikologi manusia dengan menerangi akal dan minda. Selain itu,
surah ini juga menjadi penawar fizikal yang mampu memberikan
kesejahteraan kepada tubuh badan.

Dalam pada itu, mereka yang ingin meningkatkan tahap


diri mereka atau diri orang lain bolehlah membaca setiap ayat
penawar yang terkandung dalam al-Quran (setiap ayat yang
mengandungi makna penawar).

Terdapat enam potong ayat yang mengandungi maksud


penawar yang dibaca sebagai doa sepertimana yang telah
diriwayatkan daripada Nabi SAW, antaranya:
َ‫الشاف َل ش َِفاء‬ َّ َ ْ َ ْ َ ََْ ْ َْ ّ
ِ ‫ أنت‬،‫ واش ِف‬،‫ أذهِب ابلأس‬،‫اس‬ ِ َّ‫الل ُه َّم َر َّب انل‬
ْ
‫ َر َّب ال َع ْر ِش‬،‫يم‬ َ َّ ‫ أَ ْسأَ ُل‬.‫اء َل ُي َغاد ُِر َس ْق ًما‬
َ ‫الل الْ َع ِظ‬ ً ‫ ش َِف‬،‫ال ش َِفاؤك‬ َّ
ِ‫إ‬
َ َْ َْ َ ْ
‫ أن يشفِيك‬،‫الع ِظي ِم‬
Ertinya: “Ya Allah, Tuhan kepada sekalian umat manusia.
Hilangkanlah kegusaran, berikanlah kesembuhan,
kerana Engkaulah sahaja pemberi kesembuhan. Tidak
ada penawar melainkan dengan penawar-Mu. Penawar
yang menghilangkan segala penyakit. Aku bermohon
kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai
Arasy agar Dia memberikan kesembuhan.” (Dibaca
sebanyak 7 kali)

138
Di samping itu, seseorang itu disarankan juga membaca
ayat Kursi, mu’awidhat dan Surah al-Ikhlas, atau mana-mana
doa yang direkodkan dalam sunah Nabi SAW yang sahih.

Oleh hal yang demikian, wahai para tentera dalam kalangan


mereka yang diutuskan sebagai al-wa’du al-akhir, penuhkanlah
jiwamu dan orang yang berada di sekelilingmu dengan zikir-
zikir, bacaan al-Quran, di samping tetap mementingkan penjagaan
kesihatan diri kalian.

Kitab al-Quran ini tidaklah bermanfaat buat orang-orang


yang berbuat kezaliman. Oleh itu, berwaspadalah daripada
segala bentuk kezaliman. Pertama, mensyirikkan Allah SWT dengan
syirik kecil dan syirik besar. Seterusnya, berbuat kezaliman
kepada ahli keluarga, anak-anak serta kaum kerabat. Tambahan
pula, menzalimi orang di sekeliling dalam kalangan masyarakat
dan berbuat kezaliman kepada mereka yang bekerja bersama.

Begitulah betapa luasnya ruang berbuat kezaliman


sehinggakan dapat menampung setiap individu di atas muka
bumi ini. Kesimpulannya, perbuatan zalim merupakan salah
satu bentuk kesesatan dan menjadi penghalang untuk memahami
Kitabullah serta memperoleh manfaat daripadanya.

139
49 Tidak Berputus Asa daripada Rahmat Allah SWT
Saat Diuji
Firman Allah SWT,
َ َ ُّ َّ ُ َّ َ َ َ َ ۡ َ َٰ ۡ ََ َ ۡ َ َۡ َٓ
‫ٱلش كن‬ ‫نس ِن أع َرض َون‍َٔا ِبَانِبِهِۦ ِإَوذا مسه‬‫ٱل‬
ِ ‫ِإَوذا أنعمنا ع‬
ً َٔ‍‫ي‬
‫ُوسا‬
Ertinya: “Apabila Kami mengurniakan nikmat kepada
manusia, kemudian berpalinglah dia serta menjauhkan
dirinya (daripada bersyukur). Apabila dia merasai
kesusahan, jadilah dirinya berputus asa.” (Surah al-Isra’,
17: 83)
Golongan hak yang berjalan di atas jalan jihad dan
pembebasan al-Aqsa serta mereka yang bercita-cita untuk
menjadi kumpulan al-wa’du al-akhir yang menentang kumpulan
Bani Israel tidak akan berpaling setelah menerima nikmat.

Mereka ini menundukkan diri kepada Tuhan, sekali gus


menerima segala ketetapan-Nya dengan reda baik yang gembira
mahupun yang duka.

Nikmat yang diperoleh mereka menjadikan mereka lebih


dekat dengan Allah SWT dan bersyukur kepada-Nya, di samping
dirinya dapat menyalurkan manfaat tersebut kepada sesama
makhluk-Nya yang lain.

140
Adapun sewaktu ditimpa ujian atau bencana, mereka
tidak pula berputus asa daripada rahmat Allah SWT dan tidak
mencela-Nya (disebabkan oleh ujian yang diberikan). Sebaliknya,
mereka bersabar, bersyukur dan kembali kepada Tuhan serta
menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan.

141
50 Menginfakkan Harta pada Jalan Allah SWT

Firman Allah SWT,


َ ۡ َ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ َّ ً ٓ ّ َ َ ۡ َ َ ٓ َ َ َ ُ ۡ َ ۡ ُ َ ۡ َّ ُ
‫اق‬
ۚ ِ ‫ٱلنف‬
ِ ‫قل لو أنتم تمل ِكون خزائِن رحةِ ر ِب إِذا لمسكتم خشية‬
ً ‫نس ُن َق ُت‬ ۡ َ ََ
‫ورا‬ ٰ َ ‫ٱل‬
ِ ‫وكن‬
Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Jika kamu
memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku, pada ketika
itu tentulah kamu akan menjadi bakhil kedekut kerana
takut kehabisan. Sememangnya manusia itu tabiatnya
bakhil kedekut.’” (Surah al-Isra’, 17: 100)
Menjadi kewajipan bagi seseorang yang beriman untuk
memupuk hati mereka bahawa segala perbendaharaan itu
berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Dialah yang memiliki
apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dia jugalah
yang telah menjadikan manusia sebagai wakil (khalifah) dalam
kehidupan di dunia ini.

Apa yang ada pada manusia, semua itu merupakan


sebahagian kebaikan dan kurniaan-Nya. Dialah yang
memberikannya kepada manusia sebagai pinjaman dan Dia
jugalah yang berhak mengambil semula pinjaman yang telah
diberikan. Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung, Yang Mulia lagi
Maha Mengasihani.

Firman Allah SWT,

142
َ ‫ني فِيهِ فَ َّٱل‬
َ ‫كم ُّم ۡس َت ۡخلَف‬ ُ َ َ َ َّ ْ ُ َ َ َّ ْ
‫ِين‬ ۖ ِ ‫ولِۦ وأنفِقوا مِما جعل‬ ِ ‫َءام ُِنوا بِٱللِ َو َر ُس‬
ٌ ‫نف ُقوا ْ ل َ ُه ۡم أَ ۡج ٌر َكب‬
‫ري‬
َ ََ ۡ ُ ْ
‫َء َام ُنوا مِنكم وأ‬
ِ
Ertinya: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya.
Belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian
daripada harta benda (pemberian Allah) yang diwakilkan
kepadamu untuk menguasainya. Maka, orang-orang
yang beriman antara kamu dan yang membelanjakan
(sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah),
mereka tetap beroleh ganjaran pahala yang besar.”
(Surah al-Hadid, 57: 7)
Allah SWT meletakkan segala harta dan rezeki di
tangan manusia. Kemudian, Dia memerintahkan manusia agar
menginfakkan harta tersebut demi kebaikan masyarakat Muslim
sejagat, selain menyebarkan kasih sayang sesama mereka.
Bahkan, Allah SWT berjanji sekiranya manusia itu beriman serta
meyakini janji dan ganjaran baik daripada-Nya, nescaya Dia
akan memberikan mereka ganjaran yang lebih besar.

Mereka yang tergolong sebagai pihak yang benar tidak


seharusnya menjadi bakhil terhadap orang lain. Sebaliknya, dia
perlu meyakini ganjaran yang lebih besar yang bakal diperolehnya
daripada Allah SWT. Pemurah dan suka bersedekah sama ada
dengan harta yang dimiliki, mahupun dalam bentuk ilmu, atau
apa-apa sahaja yang mampu diberikan merupakan sifat asas
bagi mereka yang berkhidmat untuk membebaskan al-Aqsa
(kumpulan al-wa’du al-akhir).

143
51 Tidak Takut dan Teragak-agak untuk Membesarkan
Allah Meskipun di Hadapan Musuh-Nya
Firman Allah SWT,
َۡ
ٓ
‫ۡرض بَ َصائ ِ َر‬
ِ ‫ت َوٱل‬ َ َ َّ ‫ه ُؤ َلٓءِ إ َّل َر ُّب‬
ِ ٰ ‫ٱلسمٰو‬ َ َ‫ت َما ٓ أ‬
ٰٓ َ ‫نز َل‬ َ ‫قَ َال لَ َق ۡد َعل ِۡم‬
ِ
َ ُّ ُ َ َ ّ
ً‫ك َيٰفِ ۡر َع ۡو ُن َم ۡث ُبورا‬ ‫ِإَون لظن‬ ِ
Ertinya: “Nabi Musa menjawab, ‘Sebenarnya, kamu
(wahai Firaun) telah pun mengetahui bahawa tiadalah
yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan
Tuhan yang mencipta serta mentadbirkan langit dan
bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran.
Wahai Firaun, sebenarnya aku fikir kamu akan binasa.’”
(Surah al-Isra’, 17: 102)
Orang beriman yang berhadapan dengan pihak batil
yakin bahawa keangkuhan musuh dan sikap meninggi diri
merupakan satu bentuk kezaliman dan berunsurkan syirik.

Demikianlah sikap orang-orang yang tergolong dalam


kumpulan al-wa’du al-akhir yang berjalan di atas jalan Rasulullah
SAW. Mereka tidak teragak-agak untuk mengembalikan sesuatu
urusan kepada Allah SWT dan berkata benar ketika berhadapan
dengan kesesatan, mereka mencela sesiapa yang bersama
dengan golongan yang berbuat kezaliman.

Sesiapa yang dikurniakan hati yang celik, nescaya dia


tidak dikaburi hal sedemikian. Namun, sekiranya kecelikan

144
hati seseorang itu telah dilenyapkan, nescaya dia akan buta
daripada melihat kebenaran. Dia berada dalam kesesatan yang
membutakan dan tidak dapat melihat cahaya kebenaran.

Kemudian, muncul ucapan yang mencabar melalui satu


kenyataan yang luar biasa. Nabi Musa a.s. berkata kepada Firaun
bahawasanya baginda merasakan Firaun akan dihancurkan.

Al-Quran mengungkapkan ayat tersebut dengan


menggunakan ‘lam al-qasam’ yang merujuk ‘taukid’ atau
penegasan yang kuat. Hal ini demikian kerana, Musa a.s. yakin
dengan pasti bahawa Firaun akan dihancurkan, iaitu dia akan
dibinasakan dan riwayat hidupnya akan ditamatkan. Akan tetapi,
ia diungkapkan menggunakan perkataan ‘zhan’, iaitu bermaksud
sangkaan. Hal ini disebabkan oleh Nabi Musa a.s. tidak tahu
bagaimana Allah SWT akan membinasakan Firaun, dan bilakah
Firaun akan dibinasakan. Adakah kehancuran Firaun terjadi
sebelum atau selepas kewafatan Nabi Musa a.s.? Oleh sebab
itu, baginda a.s. menggunakan lafaz ‘zhan’, yang merujuk
keyakinan terhadap terjadinya sesuatu perkara, namun tidak
diketahui dan samar-samar tentang perincian perkara tersebut.

Oleh itu, buat mereka yang sedang menuju ke Masjidil


Aqsa yang terjajah, janganlah sesekali sangsi bahawa kumpulan
Zionis yang mengikuti jejak Firaun yang sesat itu pasti akan
dibinasakan, sekali gus akan beredar dari al-Quds dan bumi
Palestin. Namun, persoalan tentang bagaimana, atau bila

145
terjadinya kebinasaan mereka secara pasti serta perincian
berkenaan hal demikian, semuanya berada dalam ilmu Allah
SWT.

Demikian itu, orang beriman bersumpah dengan nama


Allah Yang Maha Agung bahawa al-Quds dan al-Aqsa akan
disucikan daripada kekotoran Yahudi yang tidak dapat disangkal
lagi oleh mereka yang beriman. Harapan orang yang beriman
kepada Allah SWT agar usaha dan kesungguhan mereka untuk
mendekati hal tersebut diperkenankan. Bagaimana? Negara
Zionis dilihat sebagai sebuah negara yang sombong memandangkan
negara tersebut lengkap bersenjata dan bersikap tirani.

Namun, tidak mengapa kerana setiap perkara itu


diserahkan kepada Allah SWT tanpa mengira waktu. Bukankah
Tuhan berfirman,
َ َ َ ۡ ۡ َ ۡ ْ ُ َ َ َ َّ َ َ ۡ َ ٓ َّ َ ُ
‫ب مِن دِي ٰ ِره ِۡم ِل َّو ِل‬ ٰ
ِ ‫هو ٱلِي أخرج َٱلِين كفروا مِن َ أه ِل ٱلك‬
‫ِت‬
َّ ُ َّ ْ َ ْ ۡ َ ُ ‫ٱل ۡش َما َظ َن‬ۡ
ِ‫نت ۡم أن ي ُر ُج ۖوا َوظ ُّن ٓوا أن ُهم َّمان َِع ُت ُه ۡم ُح ُصون ُهم ّم َِن ٱلل‬ ِۚ َ
ْ ُ َ ۡ َ ۡ َ ُ ۡ َ ۡ ُ َّ ُ ُ ٰ َ َ َ
‫فأتىهم ٱلل مِن حيث لم يتسِبوا‬
Ertinya: “Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang
kafir antara ahli kitab dari kampung halaman mereka
tatkala julung-julung kali mereka berhimpun hendak
memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak
menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan
bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang
kuat), manakala mereka pula menyangka bahawa

146
benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta
memberikan perlindungan kepada mereka (daripada
azab) Allah. Maka, Allah menimpakan (azab-Nya)
kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam
fikiran mereka.” (Surah al-Hasyr, 59: 2)
Para sahabat tidak menyangka bahawa orang-orang
Yahudi akan keluar menentang umat Islam disebabkan mereka
(Yahudi) memiliki pertahanan yang cukup kuat sehinggakan
para sahabat berasa bingung bagaimana hal tersebut boleh
terjadi.

Begitu juga orang-orang Yahudi, mereka sama sekali tidak


menyangka tindakan umat Islam yang melakukan serangan
berikutan kekuatan pertahanan yang dimiliki oleh mereka
(orang-orang Yahudi), membuat perlindungan di sebalik kubu
batu yang besar, memiliki senjata yang banyak, cukup bekalan
makan dan minum, sehinggakan sekiranya Rasulullah SAW
menyekat mereka untuk beberapa tahun, maka itu tetaplah
tidak menjadikan mereka terdesak untuk keluar (menyerah
diri).

Namun, apakah yang terjadi? Walaupun boleh dikatakan


orang-orang Yahudi memiliki segalanya, Allah SWT menghantar
sesuatu yang tidak terlintas di fikiran mereka.

147
Oleh hal yang demikian, buat mereka yang beragama
Islam, ketahuilah Allah SWT memiliki kekuasaan yang Maha
Luar Biasa. Kekuasaan di luar kemampuan dan tidak terlintas di
fikiran manusia.

Boleh jadi Allah SWT mengirimkan perasaan gerun yang


menyelebungi mereka, atau wabak, atau perselisihan dan
perpecahan dan seumpama dengannya berdasarkan firman-Nya:
َ ُ َّ َ ّ َ َ ُ ُ ُ َ ۡ َ َ َ
ۚ‫وما يعلم جنود ربِك إِل هو‬
Ertinya: “Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu
melainkan Dia lah sahaja.”(Surah al-Muddaththir, 74:
31)

148
52 Khabar Gembira buat Ahli al-Isra’

Firman Allah SWT,


ً‫ۡرض فَأَ ۡغ َر ۡق َنٰ ُه َو َمن َّم َع ُهۥ َجِيعا‬َۡ ُ َ َ ََ
ِ ‫فأ َراد أن ي َ ۡس َتفِ َّزهم ّم َِن ٱل‬
Ertinya: “Maka, Firaun pun berkira-kira hendak mengusir
mereka dari bumi (Mesir) tetapi Kami menenggelamkannya
bersama-sama para pengikutnya.” (Surah al-Isra’, 17: 103)
Ayat ini merupakan khabar gembira buat ahli al-Isra’ dan
penduduk Palestin. Sesetengah orang yang berfikiran optimistik
sering menimbulkan persoalan, “Sepanjang golongan Yahudi
memiliki kekuatan, mengapakah mereka tidak mengusir sahaja
seluruh warga Palestin dari negara mereka dan mengapakah
mereka tidak mengebom sahaja penduduk Palestin, nescaya
binasalah rakyat Palestin di bumi Gaza sehingga tidak ada lagi
baki mereka yang hidup.”

Persoalan-persoalan sebegini merupakan persoalan


yang naif. Walaupun perkara sedemikian berlaku, ingin penulis
katakan kepada mereka bahawasanya Allah SWT telah menetapkan
bahawa golongan kafir ini sekiranya mereka ingin mengusir dan
menghalau orang-orang Islam dari negara mereka, hakikatnya
tindakan mereka itu menuju kebinasaan diri atau menamatkan
riwayat hidup mereka secara beramai-ramai. Oleh sebab itu,
mereka tidak mampu untuk melakukan sedemikian.

149
Demikian itulah khabar gembira buat sekalian orang
yang beriman. Allah SWT pasti akan membersihkan bumi di
mana berlakunya peristiwa al-Isra’ daripada kekotoran Yahudi.
Justeru itu, bentuk-bentuk kezaliman dan sikap autokrasi mereka
pasti akan merudum dengan drastik. Pada ketika itu, tanda
kebinasaan mereka semakin hampir dengan izin-Nya.

150
53 Mentadabbur dan Menghayati Inti Pati al-Quran

Firman Allah SWT,


ً َ ُ َ ۡ َّ َ َ ۡ ُ ٰ َ َ ََ ََُ َۡ ُ َۡ َ َ ً َ ُۡ َ
َّ‫ع ٱنل‬
‫زنيل‬
ِ ‫ت‬ ‫ه‬ٰ ‫ن‬ ‫ل‬‫ز‬ ‫ن‬ ‫و‬ ‫ث‬
ٍ ‫ك‬ ‫م‬ ‫ع‬ ِ
‫اس‬ ‫وقرءانا فرقنٰه لِ قرأهۥ‬
Ertinya: “Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya
kamu membacakannya kepada manusia dengan
perlahan dan tenang. Kami juga menurunkannya
secara beransur-ansur.” (Surah al-Isra’, 17: 106)
Allah SWT telah menurunkan ayat-ayat al-Quran secara
berasingan untuk menolak satu per satu dakwaan orang-
orang kafir. Dengan demikian, tindakan ini dapat mengukuhkan
keyakinan Nabi SAW dan orang-orang yang beriman sepertimana
yang dinyatakan dalam Surah al-Furqan,

َ َ َ ً ً َ ۡ ُ ُ ُ ۡ َ َ َ ُ َ َ ْ َ َ َ َّ َ َ َ
‫ِين كف ُروا ل ۡول ن ّ ِزل عل ۡيهِ ٱلق ۡر َءان جلة َوٰح َِدة ۚ كذٰل ِك‬
‫وقال ٱل‬
ً ۡ َ ُ َ ۡ َّ َ َ َ َ َ ُ َ
َ ‫لِ ُث ّب‬
‫ت بِهِۦ فؤادك ۖ ورتلنٰه ترتِيال‬ ِ
Ertinya: “Orang-orang yang kafir berkata, ‘Mengapakah
tidak diturunkan al-Quran itu kepada Muhammad
semuanya sekali (secara serentak)?’ (Sebenarnya,)
al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur)
itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai
Muhammad) dengannya, dan Kami menyatakan
bacaannya kepadamu dengan teratur satu per satu.”
(Surah al-Furqan, 25: 32)

151
Kitab al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur
dan berasingan waktu telah menyebabkan orang-orang kafir
berasa dangkal, resah dan terlalu penat sehinggakan mereka
terlupa mengenai konfrontasi dan cabaran mereka terhadap
asal penurunan al-Quran.

Sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus, pasti mereka


akan berkata, “Kami pasti menikmati masa rehat memandangkan
kami tidak perlu menyerang kitab al-Quran itu setiap kali ia
diturunkan. Kami juga tidak akan menjadi lemah disebabkan
hujah-hujah al-Quran yang mematikan hujah kami pada setiap
kejadian.”

Oleh hal yang demikian, Allah SWT menyatakan kepada


umat Islam,
ً َ ُ َ ۡ َّ َ َ
ِ ‫ونزلنٰه ت‬
‫زنيل‬
Ertinya: “Kami menurunkannya secara beransur-ansur.”
(Surah al-Isra’, 17: 106)

Oleh hal yang demikian, menjadi kewajipan bagi umat


Islam untuk memaknai al-Quran al-Karim dalam setiap situasi
untuk berhadapan dengan apa yang sedang berlaku dalam
gerak kerja, atau berhadapan dengan orang-orang Yahudi, dan
situasi tertentu dalam hidup sama ada dalam keadaan aman
atau terancam sepertimana yang dinyatakan dalam firman-Nya,

152
َ ُّ َ ْ ُ َ َ ۡ َۡ َ ۡ َ ۡ َ ّ ٌ ۡ َ ۡ ُ َ ٓ َ َ
‫اعوا بِهِۖۦ َول ۡو َردوهُ إِل‬ ‫ِإَوذا جاءهم أمر مِن ٱلم ِن أوِ ٱلو ِف أذ‬
َ ‫ِإَول أُ ْول ۡٱلَ ۡمر م ِۡن ُه ۡم لَ َعل َِم ُه َّٱل‬
ۡۗ‫ِين ي َ ۡس َتۢنب ُطونَ ُهۥ م ِۡن ُهم‬ َ
‫ٱلر ُسو ِل‬
َّ
ِ ِ ِ ٰٓ
ً َ َّ َّ َّ َ َ ۡ َ َ ۡ ُ ۡ َ َ َّ ُ ۡ َ َ ۡ َ َ
‫ح ُت ُهۥ لت َب ۡع ُت ُم ٱلش ۡي َطٰ َن إِل قل ِيل‬ ‫ولول فضل ٱللِ عليكم ور‬
Ertinya: “Apabila datang sesuatu berita kepada mereka
mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus
menghebahkannya, walhal kalau mereka mengembalikan
sahaja hal itu kepada Rasulullah dan “Ulil Amri” (orang
-orang yang berkuasa) antara mereka, tentulah hal itu
dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil
keputusan mengenainya. Jika bukan kerana limpah
kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepadamu, tentulah
kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali segelintir
sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas
ilmunya dalam kalanganmu).” (Surah al-Nisa’, 4: 83)

` Setiap urusan manusia silih berganti antara aman dengan


ancaman. Oleh itu, mereka perlu menyesuaikan al-Quran
dengan setiap peristiwa yang dialami. Dengan itu, dapat difahami
apakah solusi yang terbaik bagi situasi tersebut. Justeru itu,
menjadi kewajipan kepada mereka untuk menjadikan al-Quran
sebagai paksi kehidupan dan asas rujukan kepada tindak-tanduk
mereka. Mereka juga digalakkan untuk bersabar dan teliti ketika
membacanya dan mengeluarkan hukum daripada ayat-ayatnya.
Perkara ini membawa mereka kepada jalan pembebasan dan
kemenangan ke atas musuh-musuh.

153
Menurut penulis, ayat ini mempunyai kaitan dengan
ayat sebelumnya. Ayat sebelumnya berkisar tentang peristiwa
berkumpulnya Bani Israel. Firman Allah SWT,
َ َ ۡ ْ ُ ُ ۡ َ ٰٓ َ ۡ ٓ َ
َِ ‫ۡرض فَإ َذا َجا ٓ َء َو ۡع ُد ٱٓأۡلخِرة‬ ُۡ
ِ ‫َوقل َنا ِم ۢن َب ۡع ِده ِۦ لِ ِن إِسرءِيل ٱسكنوا ٱل‬
ً َ ُ
‫ج ۡئ َنا بِك ۡم لفِيفا‬
ِ
Ertinya: “Kami mengatakan kepada Bani Israel, ‘Sesudah
Firaun (dibinasakan), tinggallah kamu di negeri itu.
Kemudian, apabila tiba masa hari akhirat, Kami datangkan
kamu (ke Padang Mahsyar) dengan bercampur aduk.”
(Surah al-Isra’, 17: 104)
Orang-orang beriman itu yakin bahawa Allah SWT
menghimpunkan Bani Israel di seluruh pelosok dunia untuk
mereka menetap di bumi Palestin sebagai tanda semakin hampir
kemunculan pengutusan kumpulan al-wa’du al-akhir.

Allah SWT menjanjikan bahawa berkumpulnya Bani Israel


tersebut tidak melambangkan kemuliaan, jauh sekali untuk
meraih kemenangan. Bahkan, berkumpulnya mereka sebagai
tanda bahawa Dia akan mendatangkan hamba-hamba-Nya dalam
kalangan kumpulan al-wa’du al-akhir yang akan menentang
mereka. Firman-Nya,
َ ۡ َ ْ ُ ٓ َّ ً َ
ٍ ‫عِبادا لَا أو ِل بأ ٍس شد‬
‫ِيد‬
Ertinya: “Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba
Kami yang kuat, gagah dan amat ganas serangannya.”
(Surah al-Isra’, 17: 5)

154
Menjadi keutamaan para hamba utusan Allah ini untuk
menjatuhkan segenap sudut Bani Israel, sekali gus menghancurkan
apa yang telah dibina oleh mereka. Rentetan daripada itu,
kumpulan al-wa’du al-akhir meraih kemenangan ke atas Bani
Israel setelah mereka dihalau keluar dari al-Quds. Kesannya,
kumpulan ini dapat masuk ke dalam Masjidil Aqsa dan manusia
bebas daripada kejahatan Bani Israel.

Sepertimana Allah SWT memberitahu Nabi-Nya serta


orang-orang beriman bahawa al-Quran ini mempunyai ayat-
ayat yang diturunkan berasingan untuk dibacakan kepada
manusia. Demikian itu, ia memperuntukkan beberapa tempoh
masa menurut pesanan Allah SWT, ‘’ala mukthin’ atau terus
berada dalam keadaan tenang.

Oleh hal yang demikian, ayat-ayat ini memperuntukkan


mereka untuk memahami inti pati daripada ayat-ayat, kepentingan
maksud dan rahsia-rahsia yang terkandung dalamnya. Hal ini
demikian kerana ia mampu menjadi kunci kemenangan dan
peta kepada jalan mereka untuk menuju pembebasan al-Quds.

155
54 Janji Allah Bahawa Kota Palestin Akhirnya akan
Ditakluki oleh Umat Islam
Firman Allah SWT,
َ ْ ْ ُ َ َّ َّ
ٰ َ ْ‫ِين أوتُوا ال ِعل َم م ِْن َقبْلِهِ إِذا ُيت‬ ُْ َ َ ُْ
‫ل‬ ‫قل آم ُِنوا بِهِ أ ْو ل تؤم ُِنوا ۚ إِن ال‬
ۡ َ َ ٓ َ ُ ُ َ َ ً َّ ُ َ ْ َ ْ َ ُّ َ ْ ْ َ َ
َ ‫ون ُس ۡب‬
‫حٰ َن َر ّب ِ َنا إِن كن َوع ُد‬ ‫ ويقول‬.‫ان سجدا‬ ِ ‫علي ِهم يِرون ل ِلذق‬
ً ‫يد ُه ۡم ُخ ُش‬ ُ ‫ون َو َيز‬ َ ُ َۡ َۡ َ ۡ َ ُّ َ َ ً ُ ۡ َ َ َ ّ َ
‫وع‬ ِ ‫ك‬ ‫ب‬ ‫ي‬ ‫ان‬
ِ ‫ق‬ ‫ذ‬ ‫ِل‬ ‫ل‬ ‫ون‬ ‫خر‬ِ ‫ وي‬.‫ربِنا لمفعول‬
Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang
-orang yang ingkar itu), ‘Sama ada kamu beriman atau
tidak kepada al-Quran (tidaklah menjadi hal), kerana
sesungguhnya orang-orang yang diberikan ilmu sebelum
itu apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka
segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk).
Mereka turut menegaskan (dalam sujud mereka),
‘Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami
tetap terlaksana.’ Mereka segera tunduk sujud sambil
menangis, sedang al-Quran menambahkan kekhusyukan
mereka.” (Surah al-Isra’, 17: 107-109)
Ya Allah! Betapa orang-orang beriman merindui saat
ini. Allah SWT menyampaikan khabar gembira kepada mereka
bahawa akan tibanya saat orang-orang beriman itu melakukan
penaklukan ketika sebahagian daripada mereka mempercayai
bahawa kemenangan sudah hampir tiba manakala sebahagian
yang lain pula tidak percaya.

156
Tanda berlakunya peristiwa tersebut dinyatakan dalam
surah yang agung ini. Justeru itu, apabila berlakunya peristiwa
yang disebutkan oleh para sarjana yang beriman dengan akidah
dan kefahaman yang dinyatakan sebelum ini, kemudian mereka
dibacakan ayat ini ketika berlakunya peristiwa tersebut, pada
waktu itu mereka keluar bersujud kepada Allah SWT sambil
menangis disebabkan oleh perasaan terlalu gembira dan reda.

Mereka seterusnya berkata, “Maha Suci Tuhan kami,


sesungguhnya janji Allah SWT telah ditunaikan.” Ia benar-benar
berlaku. Tidak ada syak dan ragu-ragu lagi. Kami beriman
bahawa akan berlakunya peristiwa ini. Dahulunya kami pernah
menyampaikan khabar gembira kepada umat manusia, namun
kebanyakan mereka menolak apa yang kami sampaikan.
Bahkan, segelintir sahaja yang menerimanya. Mereka
menyangka bahawa kami mereka-reka perkara yang tidak dapat
dilihat dan membuat dakwaan yang tidak berasas.”

Orang-orang yang beriman berterusan sujud bagi


menggambarkan perasaan gembira yang luar biasa. Mereka
juga tunduk merendahkan diri kepada Allah SWT, menangis
dengan penuh tawaduk dan merendah diri.

Apa yang diyakini oleh mereka sepanjang hayat mereka,


kini benar-benar berlaku. Mereka melihat kemenangan yang
dijanjikan oleh Allah SWT dengan mata mereka sendiri. Masjidil
Aqsa telah bebas dan bersih daripada kekotoran Zionis.

157
Walau bagaimanapun, dalam isu ini, penulis berbeza
pandangan dengan sebahagian buah fikiran daripada sarjana
tafsir yang berpandangan bahawa ayat ini bermaksud golongan
ahli kitab yang soleh dan berilmu pengetahuan pada zaman
Nabi SAW apabila mendengar al-Quran, mereka terkesan dengan
apa yang didengari oleh mereka. Kemudian, mereka keluar
bersujud, menangis disebabkan mereka telah menemui kisah
pengutusan Nabi Muhammad SAW yang tercatat dalam kitab-
kitab mereka. Namun, kisah ini tiada bukti yang menyokongnya.

Ketika al-Tabari, salah seorang jaguh tafsir meriwayatkan


kisah daripada sahabat dan tabi’in, beliau tidak menyebutkan
apa-apa pun berkaitan bahagian pertama daripada ayat, iaitu
pada ayat ‘Qul aminu bihi’. Beliau sebaliknya membawakan
tafsiran bagi makna ‘Yakhirruna li al-adhqan sujjadan’.

Perkara ini sudah diketahui umum. Pada bahagian awal


ayat, terkandung dalamnya cabaran setelah dinyatakan kisah
Bani Israel dikumpulkan di bumi Palestin. Tambahan lagi, riwayat
hadis berkenaan kisah Abdullah bin Salam bersama ahli kitab
yang lain telah menganut agama Islam (jumlah mereka terlalu
sedikit), mereka merebahkan diri bersujud ketika mendengar
ayat-ayat al-Quran tidaklah membawa apa-apa signifikan. Malah,
tidak munasabah untuk dibawakan kisah ini pada konteks ayat-
ayat yang berbicara tentang kisah Bani Israel yang berkonfrontasi
dengan orang-orang Islam. Wallahua’lam.

158
55 Memahami Maksud dan Keindahan di Sebalik
Nama-nama dan Sifat-sifat Allah SWT
Firman Allah SWT,
َ َ
ُ ۡ ‫ٱلر ۡح َم ٰ َنۖ أيًّا َّما تَ ۡد ُعوا ْ فَلَ ُه ۡٱل ۡس َما ٓ ُء‬
ٰ َ ‫ٱل ۡس‬ ۡ َ َ َّ ْ ُ ۡ ُ
َّ ْ ‫ٱد ُعوا‬
ۚ‫ن‬ ِ‫ق ِل ٱدعوا ٱلل أو‬
ً َ َ َٰ َ ۡ َ َ ۡ َ َ ۡ َ ُ َ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َ
‫ول تهر بِصلت ِك ول تاف ِت بِها وٱبتغِ بي ذل ِك سبِيال‬
Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Serulah
nama Allah atau nama al-Rahman, yang mana-mana
sahaja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu
adalah baik belaka), kerana Allah mempunyai banyak
nama yang baik lagi mulia. Janganlah kamu menyaringkan
bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah kamu
memperlahankannya, da gunakanlah sahaja satu cara
yang sederhana antara kedua-duanya.” (Surah al-Isra’,
17: 110)
Menjadi kewajipan Muslim yang mentadabbur Kitabullah,
khususnya bagi mereka yang berkhidmat demi kemenangan
agama-Nya untuk memastikan dirinya memiliki hubungan yang
utuh dengan nama-nama Allah SWT. Hal ini demikian kerana ia
merupakan kunci kepada hubungan bersama Allah Tabaraka wa
Taala. Oleh itu, dalam urusan seseorang Muslim, serulah
Allah SWT dengan nama-nama-Nya yang penuh dengan
kesempurnaan. Bahkan, menurut Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah
dalam kitabnya, Miftah Dar al-Sa’adah, untuk memahami
kesempurnaan nama-nama Allah SWT menjadi asbab kepada
turunnya Nabi Adam a.s. ke muka bumi.

159
Sehubungan dengan itu, mereka yang beragama Islam
diperintahkan untuk mencari maksud di sebalik nama-nama Allah
dalam Asmaul Husna. Dengan itu, dia akan mendapati kesan dan
pengaruh Asmaul Husna kepada alam ini. Justeru, ekspresikan
nama-nama Allah SWT yang terdapat dalam Asmaul Husna ke
dalam kehidupan Muslim secara amali dan bersistematik.

Kesannya, dia akan mengenali semua nama Allah SWT


dan menjadikan kesemua nama-Nya ruang penting sepanjang
kehidupannya apabila dia telah memahami makna bagi setiap
nama-Nya, lalu dia berinteraksi dengan nama-nama-Nya,
kemudian dia dapat merasai pengaruh nama-nama-Nya dalam
kehidupannya, di samping hubungannya dengan Tuhan semakin
meningkat serta kemahuan dan keinginannya dapat dicapai.

Pada ayat ini, ia merupakan satu pengkhususan kepada


dua nama yang agung dalam Asmaul Husna, berbeza dengan
nama-nama-Nya yang lain dari beberapa perspektif:

• Perspektif pertama: Himpunan dua nama ini dalam ungkapan


‘basmalah’. Ia merupakan kunci dan asas kepada kebaikan.
Tidak ada satu surah pun dalam al-Quran selain daripada Surah
al-Taubah yang tidak dimulakan dengan ungkapan ‘basmalah’
sebagai lafaz yang dimestikan. Adapun selain daripada itu,
ungkapan isti’azah sahaja yang banyak dilafazkan.

160
• Perspektif kedua: Persamaan konteks pada kedua-dua nama
ini dalam kitab al-Quran al-Karim.

• Perspektif ketiga: Adapun ungkapan rahmat yang melimpah


-ruah merupakan ungkapan yang berlegar di minda mereka
yang membaca nama-Nya melainkan bagi nama ‘al-Rahman’
yang datang dalam konteks berbeza, iaitu membawa makna
memelihara, ketakutan, keseksaan, azab dan balasan. Hal ini
bermakna, nama al-Rahman merujuk rahmat yang melimpah-ruah
dari satu sudut. Dari satu sudut yang lain pula, ia bermaksud
adil dalam memberikan balasan kepada pihak yang melampaui
batas dan rahmat kepada pihak yang dizalimi.

• Perspektif keempat: Allah Jalla wa ‘Ala memerintahkan


hamba-Nya supaya berdoa menggunakan lafaz Asmaul Husna.
Firman Allah SWT,
َ َ ُ ۡ ُ َ َّ ْ ُ َ َ َ ُ ُ ۡ َ َ ۡ ۡ ٓ َ ۡ َ ۡ َّ َ
ٰٓ َ ‫ف أ ۡس‬
‫مئِهِۚۦ‬ ٓ ِ ‫حدون‬
ِ ‫ن فٱدعوه بِهاۖ وذروا ٱلِين يل‬ ُ ‫و ِلِ ٱلسما ُء‬
ٰ ‫ٱلس‬
َ ُ ْ ُ َ َ
‫َس ُي ۡج َز ۡون َما كنوا َي ۡع َملون‬
Ertinya: “Allah mempunyai nama-nama yang baik (lagi
mulia). Maka, serulah (dan berdoalah) kepada-Nya
dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah
orang-orang yang berpaling daripada kebenaran
semasa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan
mendapat balasan mengenai apa yang telah dikerjakan
oleh mereka.” (Surah al-A’raf, 7: 180)

161
Akan tetapi, Allah SWT mengkhususkan dua nama ini
(al-Rahman dan al-Rahim) dan memerintahkan hamba-Nya agar
berdoa dengan menyebut kedua-dua nama ini atau salah satu
daripadanya. Setelah menyebut kedua-dua nama ini, barulah
disempurnakan dengan baki nama-Nya yang lain seperti yang
ada dalam Asmaul Husna. Ia sepertimana yang dinyatakan
dalam ayat ini menerusi firman-Nya,
َ َ
ُ ۡ ‫ٱلر ۡح َم ٰ َنۖ أيًّا َّما تَ ۡد ُعوا ْ فَلَ ُه ۡٱل ۡس َما ٓ ُء‬
ٰۚ َ ‫ٱل ۡس‬ ۡ َ َ َّ ْ ُ ۡ ُ
َّ ْ ‫ٱد ُعوا‬
‫ن‬ ِ‫ق ِل ٱدعوا ٱلل أو‬
ً َ َ َٰ َ ۡ َ َ ۡ َ َ ۡ َ ُ َ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َ
‫ول تهر بِصلت ِك ول تاف ِت بِها وٱبتغِ بي ذل ِك سبِيال‬
Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Serulah
nama Allah atau nama al-Rahman, yang mana-mana
sahaja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu
adalah baik belaka), kerana Allah mempunyai banyak
nama yang baik lagi mulia. Janganlah kamu menyaringkan
bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah kamu
memperlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara
yang sederhana antara kedua-duanya.” (Surah al-Isra’,
17: 110)

Dua nama agung ini (al-Rahman dan al-Rahim)


dikhususkan agar disebut dalam doa tanpa nama yang lain, serta
diperintahkan untuk berdoa dengan kedua-duanya merupakan
sesuatu yang mengajak kita untuk menilai, berfikir dan
bertadabbur.

162
Lafaz jalalah ‘Allah’ ini satu nama yang agung, ia berkait
dengan hak-hak yang wajib ditunaikan oleh hamba-Nya, dan ia
berdiri sendiri dengan sifat ketuhanan. Demikian itu, Allah SWT,
Dialah Tuhan yang disembah.

Dalam pada itu, nama ini juga memiliki hubungan


dengan pengabdian para hamba kepada ‘tuan’ mereka dengan
mempertuhankan, menyucikan dan mengagungkan zat-Nya
dalam hati mereka.

Sekiranya diperhatikan ayat-ayat yang menyebut


nama-nama agung ini dalam al-Quran, nescaya didapati nama
tersebut merujuk makna mempertuhankan, penyucian dan
pengabdian. Al-Rahman, nama ini berkait dengan pentadbiran
Allah SWT ke atas makhluk-Nya, serta penguasaan, kemampuan
dan pemilikan autoriti terhadap segala yang dikurniakan-Nya
kepada mereka sama ada kemuliaan dan pemberian nikmat,
atau dari segi kekuatan dan azab seksa-Nya.

Demikian itulah maksud yang menyempurnakan


makna sifat ilahiah-Nya di sisi makhluk. Pada waktu itu, manusia
mendewakan berhala, menyucikannya serta mengabdikan
diri mereka kepada patung-patung tersebut. Walhal, mereka
telah pun mengetahui kelemahan berhala tersebut dari segi
kekuasaannya, kemampuannya untuk memelihara, memberikan
balasan, menghitung amalan dan menguruskan sistem alam.

163
Namun, mereka tetap bertumpu kepada berhala tersebut,
mengagungkannya serta memberikan orientasi yang tidak
sebanding dengan keadaan sifat kekuasaannya, malah dengan
sifatnya yang hina. Berhala itu tidak pun memiliki kemampuan
dan kekuasaan yang sepatutnya dimiliki oleh tuhan.

Berbalik semua kepada konteks perbincangan


berkenaan Surah al-Isra’ dan pembebasan al-Aqsa, maka buat
para pejuang yang bersiap sedia untuk menjadi perutusan
kumpulan al-wa’du al-akhir yang menentang Bani Israel,
lazimilah amalan agung ini, iaitu amalan mencapai maksud
tauhid ilahiah, rububiah serta asma’ wa al-sifat. Sesungguhnya,
Tuhan yang diimani oleh mereka dan dihadapkan wajah
kepada-Nya dengan mengesakan dan mengagungkan-Nya,
kepada Dialah kamu memohon hajat, perlindungan dan
pemeliharaan. Dialah Tuhan yang kamu berdoa dengan
menyebut nama-nama-Nya yang agung dan sempurna. Ketahuilah
sesungguhnya Dia meredaimu dengan sebab kamu melakukan
perbuatan ini.

Mereka ini memenuhi kehendak Allah SWT dalam


urusan pembebasan Masjidil Aqsa, iaitu satu kawasan yang
Dia berkehendak untuk dijadikan satu daerah tauhid dan
menolak kesyirikan. Dia juga berkehendak untuk menjadikan
al-Aqsa sebagai pusat iman dan Islam, bukan untuk patung
sembahan orang-orang Musyrik lagi menyeleweng dalam
kalangan Bani Israel.

164
Dengan usaha mereka ini, ia dihargai oleh Allah SWT.
Solat yang dimanifestasikan oleh mereka untuk Allah SWT
diterima.

Namun, perlu diberikan perhatian di sini, solat yang


didirikan dan usaha yang dijalankan adakalanya dilaksanakan
secara sembunyi-sembunyi, dan adakalanya dilaksanakan
secara terang-terangan. Hal ini demikian kerana musuh-musuh
sentiasa memerhatikan mereka.

Walaupun begitu, ketahuilah bahawa Tuhan sentiasa


melindungi dan memelihara mereka. Justeru itu, susurilah jalan
yang diberkati oleh Allah, nescaya mereka pasti menang.

165
56 Allah SWT Sebagai Tujuan yang Agung

Firman Allah SWT,


ۡ ۡ َ ُ َّ ُ َ ۡ َ َ ً َ َ ۡ َّ َ ۡ َ َّ َّ ُ ۡ َ ۡ ُ َ
ِ ‫شيك ٌِف ٱل ُمل‬
‫ك‬ ِ ‫خذ ولا ولم يكن لۥ‬ ِ ‫وق ِل ٱلمد ِلِ ٱلِي لم يت‬
َ ‫كب‬ ۡ َ ُ ۡ ّ َ َ ّ ُّ‫َ َ ۡ َ ُ َّ ُ َ ّ َ ذل‬
‫ريۢا‬ ِ ‫ولم يكن لۥ و ِ ّل ٌمِن ٱ ِل ۖ وك ِبه ت‬
Ertinya: “Katakanlah, ‘Segala puji yang tertentu bagi
Allah yang tidak mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya
sekutu dalam urusan kerajaan-Nya. Juga tiada bagi-Nya
penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya. Juga
hendaklah kamu membesarkan dan memuliakan-Nya
dengan bersungguh-sungguh.” (Surah al-Isra’, 17: 111)

Penutup surah ini berkenaan sifat-sifat utusan kumpulan


al-wa’du al-akhir. Al-Quran memulakannya dengan sifat yang
paling utama dan perlu dilazimi bagi umat Islam, iaitu berkenaan
syiar atau lambang orang beriman dalam kehidupan. Syiar
tersebut termasuklah sentiasa melazimi solat. Solat ialah bukti
kepada perhambaan orang beriman dan kerendahan dirinya.
Selain itu, ia sebagai bukti dan tanda pujian kepada Allah SWT,
di samping mengiktiraf kebaikan yang selayaknya untuk-Nya
kerana Dia telah mengurniakan nikmat kepada orang beriman,
iaitu dengan memberikan kemenangan dan menghalang
kemaraan konfrontasi Bani Israel dan orang-orang Musyrik
pada setiap peringkat.

166
Oleh hal yang demikian, orang yang beriman memuji
zat-Nya yang tidak memiliki zuriat, Dia pula tidak terperangkap
dengan isu zuriat yang dikhususkan kepada selain daripada-Nya
(iaitu makhluk). Dia bersendirian dalam mentadbir, mencipta
dan menentukan. Tidak ada sesuatu pun yang menyelisihi-Nya
dalam urusan tersebut.

Dia berkuasa ke atas hamba-Nya. Dia mampu memberikan


pertolongan kepada para wali-Nya. Namun, Dia tidak berhajat
kepada pertolongan mereka memandangkan mereka lemah
lagi berhajat kepada orang lain. Maha Suci Allah daripada
kelemahan-kelemahan tersebut. Apa yang selain daripada-Nya,
berhajat kepada pertolongan daripada pihak lain. Adapun Allah
SWT menjadikan orang-orang beriman sebagai pihak yang
berkhidmat untuk menolong agama-Nya sebagai wali, hal itu
adalah sebagai kemuliaan kepada mereka dan kedudukan yang
terhormat buat mereka di sisi-Nya dengan sebab apa yang telah
dilaksanakan oleh mereka demi Tuhan mereka, serta kesungguhan
mereka dan kerja-kerja mereka untuk meletakkan kalimah Allah
SWT di tempat tertinggi. Firman Allah SWT,
ْ ُ َ َ َ َّ ُّ َ ُ َّ
‫ٱلل و ِل ٱلِين ءامنوا‬
Ertinya: “Allah pelindung (yang mengawal dan menolo-
ng) orang-orang yang beriman.” (Surah al-Baqarah, 2:
257)

167
Maha Suci Allah Yang Maha Agung pada zat, sifat, hikmah
dan kudrat-Nya. Oleh itu, sandarkanlah harapan kepada-Nya, dan
jadikan Allah SWT sebagai matlamat yang agung, keutamaan
yang terulung, bahkan merentasi segala apa yang ada di alam
ini tanpa penghujung dan batas.

Membesarkan Allah SWT merupakan syiar orang beriman


untuk mengagungkan Tuhan mereka dan untuk membuatkan
diri mereka berasa kuat kerana mereka bergantung harap kepada
Yang Maha Agung, Yang Maha Besar dan Yang Maha Tinggi.

Untuk menjatuhkan musuh-musuh mereka, maka mereka


membesarkan Tuhan mereka dan pembantu mereka, sedangkan
Dia tidak berhajat kepada pertolongan dan sekutu.

Setelah tamatnya fasa bahaya dalam jihad umat Islam dan


usaha perjuangan, maka bermulalah fasa membina kekuatan
dan serangan yang dahsyat sepertimana yang digambarkan
dalam surah agung yang terletak selepas surah ini, iaitu Surah
al-Kahfi.

Surah al-Isra’ ini ditutup dengan pujian kepada Allah


SWT. Begitu juga dengan surah seterusnya, iaitu al-Kahfi, ia
turut bermula dengan pujian kepada Allah Tabaraka wa Taala
ke atas apa yang telah dikurniakan-Nya dan apa yang akan
dikurniakan-Nya.

168
Dengan adanya kitab al-Quran yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW, umat Baginda SAW menjadi lebih kuat
dan teguh. Tambahan lagi, dengan kitab tulen ini, di mana
sebarang kepalsuan tidak akan datang dari mana-mana arah atau
sudut, malah ia diturunkan secara berperingkat daripada Tuhan
Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji, umat ini bangkit dan
menjadi kuat. Pada masa yang sama, ia memberikan peringatan
kepada kaum Musyrik yang membuat kejahatan dan kezaliman,
serta hak-hak tertentu yang dicabuli. Mereka yang Musyrik ini
mendakwa bahawa Allah SWT memiliki kekurangan seperti
dakwaan Dia memiliki zuriat. Oleh sebab itu, akan datang
serangan yang dahsyat daripada Allah Tabaraka wa Taala.
Demikian inilah ancaman yang paling bahaya.

Apa yang datang daripada Allah ‘Azza wa Jalla, ia


berhubung secara terus tanpa ada perantaraan antara Allah SWT
dengan makhluk-Nya. Itulah serangan yang keras secara terus.
Oleh itu, bayangkan serangan ini yang disifatkan oleh Tuhan
yang sebenar dan Raja bagi segala raja sebagai sesuatu yang
memiliki kekuatan yang mutlak disebabkan sifat-Nya yang keras
lagi ganas, lalu kekuatan manakah yang ada di dunia yang mampu
berhadapan dengan-Nya?

Akhirul kalam, penulis menutup perbincangan berkenaan


sifat-sifat utusan kumpulan al-wa’du al-akhir yang akan
berhadapan dengan Bani Israel dengan ungkapan bahawa ahli

169
al-Isra’ dan golongan yang menang, mereka mengangkat al-
Quran sebagai cahaya dan jalan yang lurus bagi mereka. Mere-
ka juga faham akan hubungan al-Quran antara satu dengan
yang lain. Oleh itu, dakaplah al-Quran sekuat-kuatnya. Ber-
peganglah hanya kepada al-Quran. Ambillah al-Quran dengan
bertadabbur dan kefahaman yang mendalam kerana pada al-
Quran itu terdapat petunjuk dan cahaya.

170
NOTA KAKI
1 Maksud “naungan-Nya” dalam hadis: Naungan Arasy-Nya seperti yang
direkodkan dalam Sunan Sa’id bin Mansur, “Tujuh golongan yang
dinaungi oleh Allah dengan Arasy-Nya.” Menurut Ibn
Hajaral-Asqalani dalam Fathul Bari (144/2), isnad riwayat ini
bertaraf hasan. Sebahagian sarjana berkata, “Ia bermaksud
naungan yang diciptakan oleh Allah SWT pada hari kiamat
kepada hamba-hamba-Nya yang beriman untuk berteduh di
bawahnya.”

2 Al-Bukhari (1423) dan Muslim (1031).

3 Riwayat al-Thabrani, al-Mu’jam al-Awsath.

4 Riwayat al-Bukhari (no. 6502).

5 Nota penterjemah: Urusan yang memberikan pilihan kepada manusia


sama ada untuk melakukannya atau meninggalkannya.

6 Nota penterjemah: Urusan yang tidak memberikan pilihan kepada


manusia sama ada untuk melakukannya atau meninggalkannya.

7 Riwayat Ahmad (55/21). Hadis ini bertaraf hasan.

8 Riwayat Ahmad (15/41). Hadis ini bertaraf hasan.

9 Riwayat Muslim (no. 2922).

10 Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal al-Quran, jilid 15. Tafsir bagi Surah al-Isra’.

11 Riwayat al-Tirmidzi. Beliau mengatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan.

12 Riwayat Ahmad (no. 26355) (268/6).

171
13 Riwayat al-Tirmidzi (no. 2317).

14 Ulasan di laman sesawang Sheikh Dr. Yusof al-Qardhawi. www.al-


qaradawi.net

15 Al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 286. Tafsiran kepada Surah


al-Isra’, ayat 45.

16 Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi. Kata al-Tirmidzi, “Hadis ini bertaraf
hasan sahih.”

17 Riwayat Ahmad.

18 Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

172

Anda mungkin juga menyukai