Anda di halaman 1dari 3

Jawapan exam (ADSA 1103 ASAS AKIDAH)

1. A) ISLAM = adalah agama yang diturunkan oleh allah swt kepada rasullah saw dan
disampaikan kepada umat manusia sekalian alam,islam juga membawa erti tunduk,taat
serta patuh kepada perintah Allah swt dan meninggalkan perkara yang dimurkai dan
mengerjakan segala titah perintah Allah swt.

B) IMAN = adalah membenarkan dan keyakinan yang dimiliki orang seseorang muslim
dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran –ajaran yang dibawa
oleh nabi Muhammad saw.

C) IHSAN = adalah melaksanakan ataupun melakukan ibadah dengan khusyuk serta yakin
dan ikhlas menyembah Allah swt yang sentiasa mengawasi gerak geri yang dilakukan
hambanya.

2. Salah satu Ciri akidah dalam islam adalah bersifat pertengahan iaitu ajaran yang tidak
melampau ketat dan juga tidak terlalu mudah mahupun longgar.tetapi islam mengambil titik
berat berkaitan tentang kepercayaan dan keyakinan kepada Allah swt. Sesetengah pihak
serta golongan yang berpegang teguh dengan ajaran mereka berpandangan bahawa akidah
islam ini hanya untuk mempecah-belah kepercayaan dan keyakinan kepada ajaran nenek
moyang mereka terdahulu. Sedangkan akidah islam membawa dan mengajak kearah yang
dikehendaki oleh Allah ,serta mudah dapat diterima oleh manusia seluruh dunia dan islam
tidak pernah memaksa manusia menerima akidah islam,tetapi membuka minda manusia
agar memerhati dan memikirkan kebenaran akidah yang dibawa oleh ajaran islam itu.

3. Umat islam wajib mempercayai kewujudan Allah swt sejak azali lagi dan terus kekal sampai
bila-bila .Dia lah Allah yang Sifat qidam iaitu sedia kala dan juga sifat – sifat yang syumul
hanya bagi Allah swt,untuk membuktikan kewujudan Allah swt dengan melihat kebesaran-
kebesaranNya seperti contoh alam semesta ,tumbuh-tumbuhan serta haiwan dilautan
mahupun di daratan ,dengan melihat kewujudan disekeliling kita itulah yang membuktikan
bahawa Allah swt satu –satunya yang menciptakanNya semua itu.dan mustahil alam ini
tercipta sendirinya tanpa ada yang menciptakanNya.sebagai seorang muslim harus
menyakini bahawa hanya Allah yang menciptakan seluruh alam ini termasuk juga manusia.

4. Malaikat adalah makhluk Allah yang ghaib yang mempunyai sayap-sayap dan diciptakan
daripada NUR (cahaya) serta taat dan patuh kepada perintah Allah swt.Allah swt
menciptakan malaikat dengan tugas-tugas mereka yang Allah swt amanahkan kepada
mereka, salah satu malaikat yang ditugaskan kepada manusia adalah malaikat atid untuk
mencatat amalan buruk yang manusia lakukan .contoh apabila seorang hamba niat
melakukan perkara jahat kepada saudaranya, malaikat atid tidak akan mencatat selagi
seseorang itu tidak melaksanakan niatnya dan apabila seseorang itu melakukan niat
jahatnya maka barulah malaikat atid yang mencatat amalannya.
5. Nabi dan rasul adalah seorang lelaki yang diutuskan oleh Allah swt kepada manusia agar
manusia dapat mentauhidkan serta mengabdikan diri kepadaNya dengan mematuhi segala
perintah yang disampaikan. Pada pendapat saya kenapa nabi dan rasul mesti bersifat
amanah, kerana nabi dan rasul itu memiliki akhlak,budi pekerti yang mulia serta terpuji dan
sebagai tauladan dan mengajari umat manusia,seandainya nabi dan rasul tidak memiliki sifat
amanah maka sukar bagi kaum mereka untuk mengikuti serta mempercayai ajaran yang
mereka bawa, maka layaklah nabi dan rasul itu memiliki sifat amanah yang Allah pilih salah
satu daripada mereka serta menyampaikan risalah kepada umat manusia.

6. Alam barzarkh itu adalah tempat orang-orang yang telah meninggal dunia,didalam alam
barzarkh itu juga ada malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menyoal segala amalan
yang dilakukan oleh manusia sejak hidup dimuka bumi ini.contoh soalan para malaikat
mungkar dan nakir di alam barzarkh siapa? TUHANMU,siapa? NABIMU,dan apa?
AGAMAMU, apabila amalannya baik maka mudah ia menjawabnya lalu akan dimasukkan ke
dalam syurga jika amalannya buruk maka Allah akan masukkan ke dalam neraka serta
disesak di alam barzakh . Alam barzarkh juga adalah tempat persinggahan sebelum hari
kiamat itu terjadi.dan setiap manusia yang mati pasti melalui alam barzarkh Allah swt.

7. Qada dan qadar adalah salah satu rukun iman yang terakhir,dan setiap umat islam wajib
mempercayai dan menyakini bahawa Allah swt telah menetapkan ketentuan qada dan qadar
itu kepada umat manusia sejak azali lagi sebelum segala sesuatu itu terjadi dan berlakunya
di alam ini. Pada pendapat saya,berdasarkan gambar dan teks ,adalah seperti seseorang
yang tidak menerima segala apa yang dia lalui serta musibah yang dia hadapinya.miskin dan
kaya itu adalah ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kita sabar serta bersyukur
kepadaNya apa yang kita miliki.keluhan bukan satu penyelesaian masalah malahan
membuat kita bersangka buruk kepada Allah. qada dan qadar itu baik bagi Allah swt.baik
mahupun buruk tetapi bagaimana kita untuk menghadapi ujian itu daripada Allah maka kita
haruslah bersabar dan beriktirar serta berusaha untuk mencapai yang diinginkan.

8. Iman adalah asas utama bagi seseorang umat islam,iman juga kepercayaan yang dimiliki oleh
seseorang dan membenarkan hati mengakui dengan lidah serta beramal dengan anggota
badan terhadap ajaran yang diturunkan kepada rasullah saw. Perkara amalan yang boleh
membatalkan iman adalah syirik dan kufur. Amalan syirik adalah menyekutukan Allah
dengan sesuatu benda contohnya; menyembah patung ,memuja, meminta perlindugan serta
kepatuhan kepada sesuatu selain daripada Allah swt. Manakala amalan kufur pula ialah tidak
percaya kepada Allah swt serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad
saw.contohnya menolak hukum-hukum syariat yang terdapat dalam ajaran islam.seperti
mana dalam firman Allah swt yang mulia bermaksud: sembahlah Allah dan janganlah kalian
mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. (SURAH AN NISA :36).
9. Pada pandangan saya ,pegangan Ahli Sunnah wa al –jamaah adalah yang berpegang teguh
kepada ajaran nabi Muhammad saw yang bersumberkan dalam al quran dan al sunnah.
Umat islam dilarang mengkafirkan sesama islam selagi mana ia tidak mensyirikkan Allah swt
serta perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah. Manakala ajaran sesat pula
bermaksud jalan tidak betul serta ajaran mereka terpesong daripada akidah atau syariat
agama islam dan mengkafirkan serta membi’daakan orang lain yang tidak mengikut ajaran
mereka.

10. Akidah Ahli Sunnah wa al-jamaah merupakan pegangan yang majoriti di kalangan
masyarakat islam hampir diseluruh dunia khususnya di Asia tenggara termasuk negara kita
Malaysia. Salah satu ajaran sesat yang mula bertapak di Malaysia adalah ajaran taslim ia
dibawa oleh ahmad matahari pada tahun 1870an.kebanyakan ajaran sesat boleh
merosakkan akidah dan terpesong seseorang itu dari ajaran islam sebenarnya. Faktor ajaran
sesat tersebar luas dimalaysia kerana kurangnya kerjasama antara masyarakat islam dengan
pihak berkuasa agama,dan juga pusat pemulihan akidah tidak wujud disetiap negeri – negeri
di seluruh Malaysia,serta media massa sama ada elektronik,media cetak dan teknologi
maklumat tidak dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai medium dakwah islamiayah.

Anda mungkin juga menyukai