Anda di halaman 1dari 13

3.

0 AKIDAH ISLAM
3.1 Konsep Ketuhanan

Ketuhanan ialah berkenaan bagaimana corak dan bentuk keimanan kita kepada Allah SWT.
Iman itu ucapan dengan lisan, amalan dengan anggota dan keyakinan dalam hati. Ia
bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Allah SWT berfirman
yang bermaksud : “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah
Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya
mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama
yang benar. “ Al Baiyyinah:5.

Manusia diperintahkan agar mentauhidkan Allah SWT, iaitu beriktikad dan mempercayai
bahawa Allah SWT itu esa atau tunggal, tidak ada sesuatu yang menyamainya atau
menyerupainya. Firman Allah SWT yan g bermaksud : “Katakanlah wahai Muhammad:
Tuhanku ialah Allah yang maha esa. Allah yang menjadi tumpuan segala makhluk untuk
memohon hajat. Ia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak siapa yang setara
denganNya. Al Ikhlas:1-4.

Tauhid terbahagi kepada tiga dan kita mestilah mentauhidkan Allah dalam kesemua
keadaan.

1. Tauhid Rububiyah iaitu mentauhidkan(mengesakan) perbuatan Allah, hanya Allah


yang menciptakan, memiliki dan mengatur seluruh alam. Manusia atau jin tidak
mampu untuk mencipta apa-apa hatta benda-benda yang sangat kecil seperti seekor
semut atau sebiji sawi manusia atau jin tidak mampu. Oleh itu janganlah sekali-kali
kita mensyirikkan Allah dalam urusan pemilikan alam. Perbuatan meminta bantuan
daripada makhluk halus agar diberi keselamatan merupakan perbuatan syirik bagi
tauhid rububiyah.
2. Tauhid Uluhiyah iaitu menuntut amalan dari pada hamba hanya kerana Allah.
Seseorang hamba melakukan amal ibadat seperti solat, puasa, sembelihan, korban
hanyalah untuk mendapatkan redha Allah. Berdoa dan mengharap juga hanya
kepada Allah SWT, tidak boleh meminta kepada selain Allah. Perbuatan meminta
bantuan dari tempat2 yang dianggap keramat adalah jelas mensyirikkan Allah bagi
tauhid uluhiyah
3. Tauhid al asma’ Wassifat. Nama-nama Allah menggambarkan tentang sifat-sifat
Allah yang sempurna dan tidak sama dengan sifat manusia atau mana-mana
makhluk. Allah maha melihat, tetapi cara Allah melihat tidak sama seperti manusia.
Penglihatan manusia terbatas, tetapi penglihatan Allah SWT tidak terbatas.

3.2 Konsep Kerasulan

Orang yang menerima wahyu daripada Allah SWT disebut nabi. Nabi yang disuruh
Allah menyampaikan wahyu itu dalam bentuk syariat disebut rasul(utusan atau
pesuruh) Allah. Sebab itu seorang rasul adalah nabi tetapi seorang nabi tidak
semestinya rasul. Rasul-rasul yang disebut di dalam Al Quran adalah 25 orang .
Jumlah nabi yang disebut di dalam salah satu hadis berjumlah 124,000.
Percaya kepada rasul adalah salah satu rukun iman. Setiap muslim mesti percaya
bahawa :
1. Allah taala telah mengutuskan rasul-rasul dari kalangan manusia untuk :
1.1 memberi perkhabaran baik terhadap mereka yang melakukan kebaikan
dan memberi ancaman terhadap mereka yang melakukan kejahatan
1.2 memperkenalkan Allah yang maha esa dan maha berkuasa
1.3 menyampaikan segala hukum dan undang-undang Allah yang wajib
dipatuhi oleh manusia.
2. Semua rasul telah menjalankan tugas mereka dengan penuh kejujuran
3. Allah SWT telah menyokong para rasul dengan berbagai mukjizat supaya
membenarkan seruan masing-masing. Mukjizat adalah perkara luar biasa , di luar
kekuasaan manusia kerana tidak mengikut undang-undang logik dan undang-
undang ilmu.
4. Para rasul itu adalah manusia pilihan Allah untuk memandu manusia kepada jalan
yang lurus .
5. Rasul yang perlu diimani adalah kesemua 25 orang rasul. Tidak boleh menerima
sebahagian dan menolak sebahagian.
6. Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad SAW juga membawa ajaran daripada Allah
SWT. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah kesinambungan
daripada ajaran rasul-rasul terdahulu .
7. Rasul yang terakhir ialah Nabi Muhammad SAW, selepas baginda tidak ada lagi
nabi baru hinggalah ke ahari kiamat. Kerasulan Nabi Muhammad membawa ajaran
yang membatalkan ajaran rasul-rasul terdahulu. Firman Allah SWT : AlAhzab : 40.
“ Bukanlah Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang
sebenar bagi seseorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah rasul Allah dan penutup
segala nabi.”

Mukjizat Rasul :

Mukjizat para rasul hanya berlaku dengan izin Allah SWT. Mukjizat ini ada dua jenis
:
1. Mukjizat hissi – luarbiasanya itu dapat di lihat oleh mata kasar, contoh :
tongkat Nabi musa bertukar menjadi ular, Bulan terbelah dua , dhab bercakap
membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW dll.
2. Mukjizat maknawi ; luarbiasanya hanya dikesan setelah mempelajarinya, iaitu
mukjizat Al Quran, Al Quran hanya diketahui luarbiasanya oleh orang yang
memahami kandungannya atau orang yang mendengarnya. Orang yang
tidak mempelajari Al Quran tidak dapat mengesan perkara luarbiasa ini.

Hubungan antara manusia dengan rasul-rasul:

1. Manusia mestilah menganggap rasul sebagai rasul dan tidak melebih-


lebihkan daripada itu. Tidak boleh menganggap rasul sebagai tuhan . Ali
Imran ayat 79. Orang-orang Yahudi dan nasrani mengangkat darjat nabi-nabi
mereka sebagai tuhan, ini tidak berlaku di kalangan orang Islam.
2. Manusia perlu menghormati rasul dan memuliakan mereka. Firman Allah
dalam surah Al Hujurat:2 yang bermaksud :” Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara nabi :,
Surah Al- Hujurat :2

Kehidupan manusia dan bimbingan rasul.


a. Peranan Rasul ialah mengajak manusia mentauhidkan Allah SWT dengan
menunjukkan cara hidup yang benar, menerangkan perkara ghaib, menunjukkan
amar makruf nahi mungkar dan mengajar cara ibadat yg betul.
b. Sejak Nabi Adam AS diutuskan hingga Nabi Muhammmad SAW, semuanya
bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa kaum tersebut, antaranya ialah
mengembalikan akidah yang sebenar. Nabi Muhammad SAW ialah rasul terakhir .
Diutuskan untuk semua manusia dan sesuai pada setiap zaman. Ajarannya tidak
bercanggah dengan rasul terdahulu dan syariatnya memansuhkan syariat
terdahulu.
c. Nabi ialah lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan
tidak wajib menyampaikan kepada orang lain.
d. Rasul ialah lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan
orang lain dan wajib menyampaikan kepada orang lain. Setiap rasul adalah nabi.

Tujuan Allah SWT kurniakan sifat maksum para nabi :

a. Tujuan sifat maksum dikurniakan kepada para nabi ialah untuk menjaga
martabat dan kemuliaan mereka agar dapat menjadi contoh dan ikutan kepada
manusia .
b. Para nabi terpelihara dari sebarang dosa serta perkara yang mencacatkan
kenabian.

3. Sifat wajib, mustahil dan harus bagi Rasul :

Sifat Wajib Sifat Mustahil


As-Siddiq Al Kizb
Al-Amanah Al Khianah
At-Tabligh Al- Kitman
Al-Fatanah Al Baladah

Sifat harus bagi rasul


Harus bagi seorang Rasul berkelakuan sebagai manusia biasa
seperti makan minum, berkahwin dan sebagainya.
4. Adab terhadap rasul
Sebagai umat rasul kita hendaklah beradab dengan baginda dengan cara
sentiasa berselawat, beriman terhadap apa yg disampaikan, mencintainya,
mengamalkan sunnahnya, mentaati perintahnya dan menjauhi larangannya.

BERIMAN KEPADA KITAB


Kepercayaan kepada kitab-kitab Allah adalah satu daripada rukun Iman di dalam Islam.
Kitab itu mengandungi segala pengajaran Allah yang disampaikan oleh nabi-nabi dan rasul-
rasul sama ada titah perintah, larangan, panduan dan sebagainya kepada umat mereka itu.

i) Wajib beriman kepada Kitab-kitab Allah SWT.


Oleh itu umat Islam wajib percaya kepada kitab Al Quran dan kitab-kitab yang terdahulu
daripada Al Quran seperti suhuf Ibrahim, Az zabur, At Taurat, Al Injil yang telah
diturunkan kepada umat-umat terdahulu untuk membimbing mereka kepada jalan yang
benar.

“Dan kenangkanlah ketika kami turunkan kepada Nabi Musa kitab Taurat dan keterangan-
keterangan yang terkandung di dalamnya yang membezakan antara yang benar dengan
salah, supaya kamu mendapat petunjuk.”
Al Baqarah : 53

“ Kerana sesungguhnya kami telah pun memberikan kepada keluarga Ibrahim kitab dan
hikmah dan kami telah memberikan kepada mereka kerajaan yang besar.
An Nisa’ : 54
Kitab-kitab Allah juga boleh difahami sebagai panduan-panduan dan perundangan-
perundangan Allah yang diwahyukan kepada rasul-rasulNya yang dipilih untuk memimpin
manusia di zaman mereka .
Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu
(menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan) maka Allah
mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi berita gembira (kepada orang-orang yang beriman
dengan balasan syurga) dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar dengan balasan
azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang
mengandungi keterangan-keterangan yang benar, untuk menjalankan hukum di antara
manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan.”
Al Baqarah :213

Tetapi kitab-kitab terdahulu itu termasuk empat kitab di atas telah terjadi penambahan,
pengurangan dan perubahan terhadap isi kitab-kitab tersebut yang dilakukan oleh
pemimpin agama mereka yang kemudian. Maka keaslian kitab-kitab terdahulu tiada lagi.

Benarkah kitab-kitab terdahulu telah diubah? Jawapannya benar kerana tiap-tiap rasul
mengajarkan tauhid yang menjadi inti kepada semua kitab suci . Ada pun syariatnya
mungkib berbeza-beza, selaras dengan kehendak zaman dan keperluan bangsa sendiri.
Tetapi harus difahami bahawa ajaran-ajaran pokok tentang keimanan adalah sama .
Apabila diteliti tiap-tiap kitab suci yang ada didapati tauhid tulen hanya terdapat dalam Al
Quran. Tauhid di kitab-kitab lain diganti dengan syirik. Injil perjanjian baru tidak
mengandungi ketuhanan yang Maha Esa tetapi ketuhanan yang maha tiga (trinity).
Jika wahyu-wahyu sebelum Al Quran disediakan untuk bangsa-bangsa tertentu dan kurun
tertentu, maka Al Quran dengan sifatnya sebagai kitab terakhir diturunkan untuk semua
bangsa, semua zaman sejak ia diturunkan Allah. Selepas Al Quran, perkembangan fikiran
dan pengetahuan manusia tidak terhenti. Maka persoalan yang timbul dalam fikiran
manusia berkenaan tuhan sama ada alam ghaib dan alam nyata ada jawapannya di dalam
Al Quran.

Hubungan manusia dengan kitab Allah :


Seorang muslim yang beriman dengan kitab-kitab Allah mestilah mengamalkan segala
ajaran kitab . Semua ajaran kitab bertujuan menunjukkan manusia kepada jalan yang benar
yang diredainya. Barang siapa yang berkata dia beriman dengannya sedangkan tidak
menurut pengajarannya, tidaklah boleh dikatakan beriman.

Beriman dengan kitab mestilah merangkumi semua kitab Allah bukan beriman dengan
sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Tidak cukup berpegang dengan ayat-ayat tentang
sembahyang, puasa, haji tetapi meninggalkan ayat-ayat yang melarang riba dalam
muamalat. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Patutkah kamu percaya kepada sebahagian
dari isi kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang
yang berbuat demikian itu di antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan
pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat.”
Al-Baqarah :85

Iii. Al Quran adalah kebenaran yang dicari oleh manusia.


Banayk kitab-kitab Allah yang telah diturunkan sebelum Al Quran. Tetapi setelah nabi-nabi
dan rasul-rasul itu wafat maka orang-orang yang kemudian telah mengubah, meminda dan
membuat takwil hingga menimbulkan perselisihan yang sangat hebat di dalam agama. Ini
menyebabkan umat manusia meninggalkan agama Allah yang tulen dan terlibat dengan
agama syirik, agama berhala dan ada pula yang tidak beragama danterlibat dengan
pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan agama seperti sekularisme, kapitalisme dan
sosialisme .

Umat Islam memerlukan wahyu Allah SWT yang daoat menghindarkan mereka dari
kesesatan dan memimpin mereka supaya kembali kepada jalan yang benar yang boleh
membawa kepada kesejahteraan baik dalam dunia dan akhirat.

Al Quran menerangkan kebenaran agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Adam, Noh,
Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, Daud, Zulkifli, Musa Isa fdan lain-lain. Kesemua nabi-nabi dan
rasul-rasul tersebut membawa ajaran tauhid dan mempercayai hari kiamat, syurga, neraka,
malaikat dan sebagainya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Demi Allah, sesungguhnya kami juga telah mengutus
rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu syaitan
memperelokkan pada pandangan mereka yang engkar dan amal-amal mereka yang jahat
itu, maka syaitanlah yang menjadi pemimpin dan penolong mereka pada hari ini dan mereka
akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
An Nahl : 63
iv. Pandangan Al Quran terhadap Taurat dan Injil

Perkataan At Taurat telah diArabkan dari perkataan Torah di dalam bahasa Ibrani (Bahasa
Yahudi). Makna perkataan ini ialah syariat. Kitan Taurat adalah kumpulan wahyu Allah yang
diturunkan kepada nabi Musa a.s. untuk menyeru Firaun dan pengikutnya kepada agama
Allah yang sebenar serta mengubah cara hidup mereka kepada cara hidup yang benar.
Kitab Injil pula diturunkan kepada Nabi isa untuk menyeru Bani Israel kepada agama Allah
yang sebenar.

Firman Allah SWT yang bermaksud :” Allah, tiada tuhan yang disembah sebenar-benarnya
melainkan Dia, yang tetap hidupnya, yang kekal selama-lamanya . Dia menurunkan
kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci Al Quran yang mengandungi kebenaran yang
mengesahkan isi kandungan kitab-kitab suci yang diturunkan sebelumnya dan Dialah yang
menurunkan kitab Taurat dan Injil.”
Aali Imran :2-3

Al Quran juga menyatakan bahawa kitab-kitab Taurat telah diubah oleh orang-orang yang
tertentu untuk kepentingan diri sendiri . Firman Allah SWT : “ Di antara orang-orang Yahudi
ada yang mengubah (atau menukar ganti) kalam Allah (isi kitab Taurat) dari tempat dan
maksudnya yang sebenar.” An Nisa’:46

Al Quran juga menyatakan bahawa orang-orang Yahudi telah menyembunyikan dasar-dasar


agama yang ditetapkan oleh Allah . Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Wahai ahli kitab!
Sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami (Muhammad) dengan menerangkan
kepada kamu banyak (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu
sembunyikan dari kitab suci.” Al Maidah :15

Perkara yang disembunyikan oleh orang-orang yahudi itu ialah tentang sifat-sifat nabi
terakhir yang dinyatakan di dalam kitab mereka. Mereka tahu sifat-sifat itu bertepatan
dengan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW tetapi mereka menyembunyikan maklumat ini dan
tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Mereka juga menyembunyikan tentang
hisab amalan manusia di Padang mahsyar dan pembalasan di akhirat, sedangkan perkara ini
telah dinatakan di dalam Taurat.

Al Quran juga menyatakan tentang orang Nasrani yang telah melupakan sebahagian asal
kitab Injil . Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan di antara orang-orang yang berkata
: “ bahawa kami ini orang-orang Nasara, Kami telah mengambil perjanjian setia mereka,
maka mereka telah melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan
mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara
mereka sampai ke hari kiamat dan Allah akan memberitahu mereka apa yang telah mereka
kerjakan.”
Al Maidah :14
Antara Kepentingan Al quran kepada kita :

1. Menjelaskan tentang siapa tuhan yang sebenar . Firman Allah SWT : “ Segala puji
bagi Allah, tuhan semesta alam.”
Al Fatihah : 2
2. Menjelaskan arah tuju hidup manusia, iaitu mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Hanya kepadaMu kami mengabdikan diri dan hanya kepadaMu
kami meminta pertolongan.”
Al Fatihah : 5
3. Panduan untuk mendapat kejayaan.
“ Kitab Al Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya daripada Allah
dan tentang kesempurnaannya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang-orang yang
bertakwa.”
Al- Baqarah : 2
4. Perundangan bagi memberi keadilan

5. Sumber ilmu pengetahuan; sejarah, sains, astronomi, bahasa

Beriman kepada malaikat :

Adanya malaikat tidak dapat dikesan dengan penyelidikan dan pemikiran. Sumber
pengetahuan kita mengenai malaikat ialah daripada Al Quran dan hadis Rasulullah
SAW. Kedua-duanya adalah benar dan tidak palsu.

Kepercayaan kepada malaikat termasuk dalam perkara ghaib kerana malaikat tidak
dapat dikesan dengan pancaindera dan hakikatnya sangat sukar difahami oleh akal
fikiran semata-mata. Untuk memahaminya perlukan bimbingan wahyu. Firman
Allah SWT yang bermaksud :”Rasul Allah telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari tuhanNya dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman
kepada Allah, dan malaikat-malaikaynya dan kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya.

Siapa dia malaikat?


Al Quran telah menceritakan asal kejadian manusia daripada tanah, tetapi tidak
dinyatakan asal kejadian malaikat , tetapi ada riwayat daripada Rasulullah SAW yang
bermaksud : “Dijadikan malaikat daripada cahaya dan dijadikan jin daripada
percikan api.” Riwayat Muslim.

Malaikat adalah makhluk Allah yang kuat, memiliki sayap-sayap yang banyak
sehingga mereka boleh bergerak cepat. Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Jalan
para malaikat naik menghadap tuhan dalam sehari, seperti lima puluh ribu tahun
bagi manusia.”
Al Ma’arij :4

Mengikut ukuran kelajuan cahaya, pergerakan cahaya ialah 300,000 kilometer satu
saat. Malaikat sebagai makhluk yang diperbuat daripada cahaya, wajarlah
pergerakannya sangat cepat. Melihat kepada betapa luasnya alam semesta yang
perlu diurus oleh malaikat , pastilah Allah SWT mengurniakan kekuatan dan
kecepatan yang luar biasa kepada para malaikat.

Tabiat malaikat :
Berlainan daripada tabiat manusia iaitu malaikat tidak mempunyai nafsu, tidak ada
kuasa memilih, mempunyai tugas-tugas tertentu yang telah ditetapkan Allah SWT,
tabiatnya semata-mata patuh kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT :” Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan apa yang
ada di bumi dari makhluk yang bergerak serta malaikat sedang malaikat itu tidak berlaku
sombong takbur. Mereka takut kepada tuhan mereka, yang mengatasi mereka dengan
kekuasaannya serta mengerjakan apa yang diperintahkan. “
An Nahl :49-50

Tugas malaikat :
Antara tugas malaikat ialah :
1. Mengambil nyawa: Firman Allah SWT yang bermaksud :”Iaitu mereka yang diambil
nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri dengan
kekufurannya. Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambal berkata):
“iaitu mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka
menganiaya diri sendiri ( dengan kekufurannya). Lalu mereka tunduk menyerah
(ketika melihat azab sambal berkata): “Kami tidak melakukan kejahatan” (malaikat
menjawab): bahkan (kamu ada melakukannya): sesungguhnya Allah amat
mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan.”
An Nahl : 28

Firman Allah SWT yang bermaksud :” Demi malaikat yang mencabut nyawa dengan keras,
demi malaikat yang mencabut nyawa dengan lembut, demi malaikat yang turun daripada
langit dengan cepat, demi malaikat yang mendahului dengan kencang, demi malaikat yang
mengatur urusan dunia.” An Naziat: 1-5

2. Mencatat amalan manusia , malaikat telah ditugaskan oleh Allah SWT untuk menulis
segala gerak-geri, perkataan dan tingkahlaku manusia. Firman Allah SWT yang
bermaksud : “ Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang
mengawasi pekerjaanmu. Yang mulia di sisi Allah yang mencatat perbuatanmu.
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.” Surah Al Infithar:10-12)
3. Menanggung arasy. Ada di antara malaikat yang ditugaskan menanggung Arasy
Allah SWT. Firman Allah SWT : “Dan para malaikat di pelbagai penjuru langit. Pada
hari itu lapan malaikat menjunjung Arasy tuhanmu di atas kepala mereka.”
Al haqqah :17

Walaupun malaikat sangat kuat dan hebat , namun mereka tetap makhluk Allah SWT yang
mana kekuatan dan kehebatan mereka adalah kurniaan Allah dan hanya berlaku atas izin
daripada Allah SWT. Adalah salah besar dan sesat apabila manusia memuliakan malaikat
hingga ke tahap menjadikannya sebagai tuhan atau mengatakan bahawa malaikat adalah
anak tuhan.
Malaikat seperti makhluk-makhluk Allah yang tidak pernah engkar, sentiasa memuji dan
mengakui kebesaran Allah dan takutkan kemurkaan Allah SWT.

Beriman kepada Hari Akhirat

Hari akhirat ialah hari manusia dibangkitkan semula selepas mati dan diberi balasan syurga
atau neraka mengikut apa yang dikerjakan di dunia.

1. Dalil-dalil tentang kewujudan Hari Akhirat :

i. Dalil naqli (Al Quran atau hadis), ada banyak dalil naqli tentang kewujudan
hari kiamat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak
ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam
kubur. “ Al Hajj :7

ii. Dalil aqli ( logic akal), Rata-rata manusia sejak zaman dahulu hingga sekarang
walau di mana sahaja berada mempunyai perasaan halus bahawa selepas
kehidupan di dunia akan ada kehidupan yang berikutnya untuk seseorang
mendapat keadilan yang tidak diperolehinya di dalam dunia yang sementara
ini.

2. Hakikat roh di dalam Al Quran

Al Quran mengatakan bahawa rohlah yang membawa manusia hidup. Firman Allah
SWT yang bermaksud : “ Kemuadian apabila Allah sempurnakan kejadiannya, serta
aku tiupkan padanya roh dari ciptaanKu ,maka hendaklah kamu(malaikat) tunduk
kepadanya dengan bersujud.”
Al Hijr : 29

Firman Allah SWT yang bermaksud :” Maka alangkah eloknya kalau semasa roh salah
seorang kamu yang hampir mati sampai ke kerongkongnya, sedang kamu pada masa
itu berada di situ menyaksikan keadaannya. Dan Kami lebih dekat kepadanya
daripada kamu tetapi kamu tidak melihat. Mengapa jika kamu memang tidak
dikuasai oleh Allah, kamu tidak mengembalikan roh itu jika kamu orang yang benar?”
Al Waqi’ah : 83-87

Nas-nas di dalam Al Quran dan hadis menerangkan bahawa roh-roh itu kekal. Ada
roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia baik dan ada roh yang
terseksa kerana amalannya di dunia yang jahat. Kehidupan selepas mati dan
sebelum hari kiamat ialah kehidupan di alam barzakh; sama ada berada di taman
syurga atau berada di gaung neraka. Tatkala alam barzakh, jasad manusia telah
terpisah dari rohnya, oleh itu kehidupan manusia adalah kehidupan rohaniah.
Golongan ateis atau mulhid tidak mempercayai hari kiamat, mereka tidak percaya
kepada kewujudan roh. Ajaran agama budaya seperti agama Hindu dan Buddha juga
tidak percaya kepada hari kiamat. Agama Buddha mempercayai jika seseorang mati,
dia akan hidup semula dalam penjelmaan mengikut tingkahlakunya di dunia, jika dia
jahat maka dia akan menjelma menjadi makhluk yang rendah tarafnya seperti
kucing, anjing, babi atau manusia yang hina hidupnya. Agama Hindu juga
mempercayai kelahiran semula , orang yang mati akan menjelma semula di dalam
diri bayi yang baru lahir dan hari kiamat tidak akan berlaku.

3. Manusia dibangkit semula :


Hikmat Allah Taala menjadikan hari kiamat ialah seseorang akan mendapat balasan
amalannya yang setimpal. Jika baik maka baiklah balasannya begitu juga sebaliknya.
Oleh itu manusia di dunia ini perlulah mempersiapkan diri dengan amalan-amalan
yang baik agar mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Kepercayaan kepada hari akhirat memberi kesan kepada corak kehidupan manusia di
dunia, manusia yang percayakan hari akhirat akan sentiasa memperbaiki
tingkahlakunya di dunia, oleh itu kehidupan di dunia akan menjadi aman.

Apabila manusia tidak benar-benar yakin tentang hari akhirat, maka diapun
terpedaya dengan godaan-godaan dunia yang menjanjikan kebahagiaan yang palsu
atau sementara.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Untuk membalas orang-orang yang berbuat
jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang membuat
baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.”
An Najm: 31

4. Huru hara pada hari kiamat :


‘ wahai sekelian manusia ! Bertakwalah kepada tuhan kamu! Sesungguhnya gempa
hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat peristiwa-
peristiwa yang menegrikan itu, tiap-tiap ibu yang menyusu akan lupakan anak yang
disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang
dikandungnya dan engkau akan melihat manuisa mabuk, pada hal mereka
sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat’”
Al-Haj : 1-2.
5. Nikmat dan azab di akhirat :
Nikmat syurga ;
Firman Allah SWT yang bermaksud :” Mereka yang bertakwa itu diberi penghormatan serta
diseur oleh Allah SWT dengan firmanNya: Wahai hamba-hambaku, pada hari ini kamu tidak
akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) dan kamu tidak pula
berdukacita, mereka itu ialah orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami serta
mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh. Dikatakan kepada mereka : masuklah
kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu(yang beriman) dengan menikmati
sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan. Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan
besar dan piala-piala dari emas, dan di dalam syurga pula disediakan segala yang diingini
oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata dan dikatakan kepada mereka : inilah syurga
yang diberikan kamu mewarisinya disebabkan apa yang kamu telah kerjakan, kamu beroleh
di dalamnya berbagai jenis buah-buahan untuk kamu makan daripadanya.”
Az Zukhruf :68-73

Azab neraka ;

Banyak ayat-ayat Al Qutan menerangkan tentang azab neraka, antaranya:


Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Mereka diseksa di dalam angin yang membakar dan
air yang menggelegak, serta naungan dari asap hitam yang tidak sejuk, dan tidak pula
memberi kesenangan.”
Al Waqi’ah , 42:44

Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam al
Hutamah, dan apa jalannya engkau dapat tahu apa dia al Hutamah itu? Ialah api Allah yang
dinyalakan dengan perintahNya yang naik menjulang ke hati.”
Al -Humazah :4-7.

BERIMAN DENGAN QADAK DAN QADAR

Percaya kepada qadak dan qadar Allah SWT ialah mempercayai bahawa segala sesuatu yang
terjadi dan peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah menurut ketentuan dan ketetapan Allah
SWT.

Untuk berjaya mestilah dengan usaha, namun usaha manusia semata-mata tidak menjamin
kejayaan kerana kejayaan hanya dengan izin daripada Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Maka Allah menyesatkan sesiapa yang
dikehendakiNya ( menurut aturan kejadianNya), juga memberi petunjuk kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut aturan kejadianNya).”
Ibrahim :4
Allah SWT menetapkan sesuatu ketentuan ke atas manusia itu dengan adil. Firman Allah
SWT yang bermaksud :” Dan ingatlah sesungguhnya Allah tidak sekali-kali suka berlaku zalim
terhadap hamba-hambaNya.”
Ali Imrah : 187

Allah SWT memberikan kemampuan kepada manusia untuk beriktiar dan berusaha.
Manusia yang tidak berkemampuan tidak diberikan tanggungjawab. Contohnya orang yang
tidak berakal tidak diberikan tanggungjawab. Manusia diperintahkan berusaha kea rah
kebaikan dan usaha itu menentukan nasib manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud ; “
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka sendiri .”
Ar Ra’du : 11
Salah faham terhadap qada’ dan qadar:
1. Menganggap percaya kepada qada dan qadar itu menghalang kemajuan. Perkara ini
sengaja ditimbulkan oleh golongan orientalis golongan yang sarjana yang mahir
tentang Islam tetapi mahu memburukkan Islam). Sejarah telah membuktikan
bahawa orang-orang yang percaya kepada qada’ dan qadarlah yang mencipta
pencapaian yang gemilang kerana para sahabat Nabi SAW dan orang-orang yang
terdahulu sangat cemerlang hidup mereka.
2. Kepercayaan Jabariyyah yang beranggapan bahawa manusia tidak perlu berusaha
dan berikhtiar, kerana semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Manusia ini seperti
debu yang berterbangan mengikut arah angina dan tidak dapat berbuat apa-apa
untuk menentukan nasib mereka.
3. Kepercayaan Al Qadariyyah yang berfahaman bahawa manusia itu bebas sebebas-
bebasnya, dan dialah yang menentukan nasibnya. Kepercayaan seperti ini dapat
dibuktikan kepalsuannya dengan mudah dari pengalaman manusia sendiri di mana
tidak semua usaha dan kehendak manusia itu tercapai. Keupayaan manusia adalah
terbatas. Keadaan ini menunjukkan manusia tidak mampu menentukan segala-
galanya. Perjalanan hidup manusia, adalah tertakluk kepada kehendak Allah SWT.

Keadilan Allah dan ikhtiar manusia

Telah menjadi sunnah Allah atau hukum alam bahawa setiap kejadian ada mengandungi
sebab dan akibat. Jika seorang ingin hendak jadi pandai di hendaklah kuat belajar. Jika
berusaha insya Allah cita-cita akan menjadi kenyataan. Adalah mustahil sesuatu cita-cita
berhasil dengan berpeluk tubuh sahaja.

Pada suatu masa Umar bin al Khattab bersama satu rombongan hendak masuk ke sebuah
kampung. Beliau mendapat laporan dari seseorang bahawa di kampung tersebut sedang
berlaku penyakit berjangkit lagi merbahaya. Setelah mendengar berita itu, Khalifah Umar
mengajak rombongannya kembali. Tetapi salah seorang daripadanya berkata kepada
beliau; takutkah tuan dari takdir allah ? Jawab Umar; kita lari dari takdir Allah menuju
kepada takdir Allah yang lain!

Manusia hendaklah berusaha kerana kejayaan itu adalah hasil dari perjuangan dan usaha
yang gigih. Manusia juga tidak punya pilihan melainkan mematuhi segala ketetapan Allah
baik sunnatullah mahupun shariatullah. Bersungguh-sungguhlah kita mematuhi dua perkara
ini, setelah itu kita menyerah diri kepada Allah tanpa perlu bimbang. Baik dan buruknya
sesuatu perkara itu ditentukan oleh Allah SWT dengan sifat bijaksana dan keadilanNya.

Kadang kala Allah SWT mendatangkan kesusahan kepada seseorang dengan tujuan
mengujinya dan memperkukuhkan sifat-sifat insaniah seseorang yang ditentukan oleh Allah
SWT untuk memikul tanggungjawab yang besar.Demikian kita lihat pejuang-pejuang
kebenaran diseksa oleh orang-orang zalim dan apabila Allah SWT hendak memuliakan
mereka, Allah SWT mematikan merekandan mereka menjadfi syahid yang dijanjikan oleh
Allah akan mendapat nikmat syurga yang kekal abadi.

Dengan keyakinan segala sesuatu di dalam kehidupan manusia itu ditentukan oleh Allah
SWT dan penentuan itu dilakukan dengan adil maka tugas utama manusia ialah berusaha
dan beramal serta berikhtiar mengikut arahan-arahan Allah SWT di dalam menetapkan
nasib seseorang hamba di dunia dan di akhirat. Selebihnya diserahkan kepada keadilan Allah
SWT untuk menentukannnya kerana Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada
hambaNya.

Anda mungkin juga menyukai