Anda di halaman 1dari 7

Assalamualaikum Waramatullahi wabarakatuh

Saya……………………………………………………………………..dari kelas 3 Jauhari akan


menyampaikan sedikit bingkisan Ramadhan yang bertajuk WAHYU TERAGUNG.

Apakah maksud wahyu, kawan-kawan?

Wahyu ialah kalam Allah yang disampaikan kepada Nabi dan Rasul.

Kawan-kawan..tarikh berlakunya penurunan wahyu di Gua Hira’ ialah pada 17


Ramadhan, diusia Nabi Muhammad SAW 40 tahun. Malaikat pembawa wahyu ialah
malaikat Jibril. Malaikat Jibril telah bertemu Nabi Muhammad ketika baginda
beribadah. Jibril meminta Nabi Muhammad membaca, tetapi baginda tidak boleh
membaca. Lalu Jibril memeluk dan meminta baginda membacanya lagi. Baginda
memberikan jawapan yang sama. Selepas 3 kali meminta baginda membaca dan
memeluknya, Jibril mengajar Nabi Muhammad membaca ayat 1 hingga 5 daripada
surah Al-Alaq.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Selepas penurunan
wahyu, baginda pulang menemui isterinya Khadijah dalam keadaan ketakutan.
Khadijah menyelimutkan dan menenangkan baginda. Kemudian, Khadijah membawa
baginda bertemu sepupunya Waraqah bin Naufal, seorang pendeta Nasrani.
Menurut Waraqah, baginda telah dilantik menjadi Rasul sebagaimana yang
disebut dalam kitab terdahulu.

Apakah kepentingan wahyu, kawan-kawan?

Kepentingan wahyu ialah medium untuk mengetahui perintah dan larangan Allah,
mematahkan hujah orang kafir, memberi penyelesaian kepada permasalahan
manusia sepanjang zaman, menjelaskan tentang perkara sam’iyat dan
mengandungi iktibar tentang peristiwa terdahulu.

Kesimpulannya, kita mestilah menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup bagi mencapai
kejayaan di dunia dan di akhirat. Beriman kepadanya menjadi asas dalam setiap tindakan
kita.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah..assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh

Saya……………………………………………………………………..dari kelas 3 Jauhari akan


menyampaikan sedikit bingkisan Ramadhan yang bertajuk JAGA ADAB
TIDURMU

Kawan-kawan apakah amalan-amalan sebelum tidur?

1. Tidur awal
2. Berwudhuk
3. Mengibas tempat tidur.
4. Membaca Basmalah. (‫) بسم هللا الرحمن الرحيم‬
5. Tidur mengiring disebelah kanan.
6. Membaca doa dan berzikir.

Untuk amalan selepas bangun tidur pula ialah,

1. Membaca doa bangun tidur.

2. Mengemas tempat tidur.


3. Membasuh tangan.
4. Membasuh muka dan mencuci hidung dengan memasukkan air dan
menghembuskannya.
5. Bersiwak atau memberus gigi.

Antara kepentingan mengamalkan adab tidur mengikut Sunnah ialah…


Menjadi 1 ibadah dalam kehidupan. Tidur juga dapat menjaga kesihatan
fizikal dan mental.
Kita dapat melaksanakan Sunnah Nabi Muhammad dan mendapat pahala
daripada Allah. Tidur mengikut Sunnah juga dapat menghindari diri
daripada gangguan syaitan.

Apakah maksud QAILULAH, kawan-kawan?


Qailulah ialah tidur sekejap sebelum masuk waktu zohor. Tempohnya
diantara 10 hingga 30 minit sebelum masuk waktu zohor.

Antara kepetingan Qailulah dari segi mental ialah:


1. Meningkatkan fungsi otak.
2. Mengukuhkan ingatan.
3. Menstabilkan emosi.
4. Menghilangkan tekanan.
5. Meningkatkan kefahaman.

Dari segi fizikal ialah:

1. Mengumpul tenaga untuk keperluan harian.


2. Membantu pertumbuhan otot yang kuat.
3. Membantu meningkatkan produktiviti.
4. Meningkatkan system pertahanan badan.
5. Memberikan tenaga untuk Qiamulail.

Kesimpulannya, tidur yang berkualiti dapat menjamin kesihatan untuk tujuan


beribadah. Tidur berkualiti juga membantu menyegarkan tubuh badan kita.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah..assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


Assalamualaikum Waramatullahi wabarakatuh

Saya……………………………………………………………………..dari kelas 3 Jauhari akan


menyampaikan sedikit bingkisan Ramadhan yang bertajuk ILMU DITUNTUT
ADAB DIPELIHARA.

Sabda Rasulullah SAW:

Menuntut ilmu ialah fardu bagi setiap orang Islam.

(Riwayat Ibnu Majah)

Ilmu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

Ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.

Pengertian ilmu fardu ain ialah ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap umat Islam.
Contohnya solat fardu. Antara kepentingan ilmu fardu ain ialah kita dapat
melaksanakan perintah Allah dengan sebaik-baiknya. Ia juga membentuk peribadi
yang sempurna. Dengan ilmu fardu ain kita juga dapat menegakkan syiar Islam
serta hidup kita bahagia dan sejahtera.

Manakala pengertian ilmu fardu kifayah pula ialah ilmu yang wajib dikuasai oleh
sebahagian umat Islam. Contohnya solat jenazah. Antara kepentingan fardu
kifayah ialah dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Ia juga dapat
melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang. Dengan ilmu fardu kifayah juga
dapat meningkatkan ekonomi negara serta umat Islam bertambah maju.

Antara adab-adab menuntut ilmu ialah bersopan santun, menghormati guru,


ikhlas, sentiasa berdoa, sabar dan menjaga masa.

Apabila kita mengamalkan adab menuntut ilmu kita mudah memahami isi
pelajaran. Ilmu akan bertambah berkat. Kita menjadi semakin bermotivasi untuk
belajar dan bersemangat untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari. Dengan
mengamalkan adab menuntut ilmu kita akan disayangi guru dan rakan serta
diangkat darjat disisi Allah SWT.

Kesimpulan dari bingkisan ini, kita hendaklah berusaha meneroka pelbagai bidang
ilmu. Dengan adab menuntut ilmu dapat menjamin keberkatan hidup serta
bermanfaat untuk diri dan masyarakat.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah..assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


Assalamualaikum Waramatullahi wabarakatuh

Saya……………………………………………………………………..dari kelas 3 Jauhari akan


menyampaikan sedikit bingkisan Ramadhan yang bertajuk MARI BERSYUKUR.

Maksud bersyukur ialah berterima kasih kepada Allah dengan menggunakan


nikmat Allah sesuai dengan kehendaknya. Dengan mengungkapkan pujian kepada
Allah melalui lidah, mengakui nikmat Allah dengan hati dan menggunakan segala
nikmat itu mengikut kehendaknya.

Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7, yang bermaksud:

Ingatlah ketika Allah memberitahu bahawa demi sesungguhnya, jika kamu


bersyukur, nescaya aku akan tambah nikmatKu kepada kamu.

Bagaimanakah cara bersyukur, kawan-kawan?

Cara bersyukur kepada Allah ialah dengan menunaikan solat fardu, membaca Al-
Quran, qanaah yakni berpuas hati dengan apa yang ada dalam kehidupan dan
selalu menyebut Alhamdulillah ketika mendapat kebaikan dan khabar gembira.

Cara bersyukur kepada manusia pula ialah dengan selalu bersedekah, menghargai
orang lain, menghindari perasaan dengki dan membantu orang yang memerlukan.

Cara bersyukur kepada alam sekitar pula ialah menjaga kebersihan, tidak
membazir, mengurangkan pencemaran dan melakukan pemuliharaan.

Kawan-kawan, kepentingan mengamalkan sifat syukur ialah ia dapat memberi


kekuatan dan ketabahan kepada kita. kita akan rajin mengerjakan amal soleh dan
tidak lalai dengan kemewahan, juga diredhai Allah dalam kehidupan. Apabila kita
bersyukur, Allah akan menggandakan nikmat, dengan rasa bersyukur juga bukti
kita menghargai nikmat Allah.

Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mengucapkan Alhamdulillah sebagai bukti


mensyukuri nikmat kurniaan Allah.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah..assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


Assalamualaikum Waramatullahi wabarakatuh

Saya……………………………………………………………………..dari kelas 3 Jauhari akan


menyampaikan sedikit bingkisan akhir Ramadhan yang bertajuk CARA
MENYAMBUT AIDILFITRI MENGIKUT SUNNAH.

Apakah yang dimaksudkan Aidilfitri ya.. kawan-kawan?

Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah merupakan hari yang disyariatkan untuk
disambut sebagai hari kegembiraan dan hari kemenangan, bagi umat Islam yang
berjaya melaksanakan ibadat dengan sempurna pada bulan Ramadan, juga sebagai
menzahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t, di atas rahmat dan petunjukNya.

Selaras dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat
185:

“… Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki


kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Justeru bagi mendapat keberkatan dalam menyambut perayaan ini semua umat
Islam hendaklah menghayati sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.

Antaranya ialah:

Pertama: Bertakbir pada malam raya dan pagi raya di mana sahaja mereka
berada (selain dalam tandas).

Kedua: Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seperti
melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar
dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang
menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati
pada hari yang mati segala hati” (H.R Ibnu Majah)

Ketiga: Mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang baik dan memakai bau-
bauan sebelum keluar menunaikan solat hari raya.
Keempat: Bagi makmum sunat pergi ke tempat solat raya lebih awal, sementara
Imam disunatkan datang lewat sedikit, iaitu ketika hendak mendirikan solat.

Kelima: Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri, berdasarkan


hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata : “Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w tidak keluar pada pagi hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda
makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam
jumlah yang ganjil.” [HR Bukhari].

Keenam: Memberi kelapangan kepada keluarga dari segi perbelanjaan,


memperbanyakkan sedekah sekadar yang termampu.

Ketujuh: keluar pergi solat melalui jalan lain dan balik ke rumah semula selepas
solat melalui jalan lain. Bagi yang mampu adalah lebih afdhal pergi solat berjalan
kaki,

Kelapan: Menzahirkan keceriaan dan kegembiraan ketika bertemu dengan orang


mukmin, serta ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim, serta
mengucapkan sebarang ucapan yang baik.

Para sahabat Rasulullah s.a.w ketika bertemu sesama mereka pada hari Raya
mereka menyebut : ‫تقبل هللا منا ومنك‬
(semoga Allah menerima amal kami dan juga amalmu).

Kesembilan: Tidak berjabat salam antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram, seperti ipar, isteri bapa saudara atau suami emak saudara dan
seumpamanya.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah..

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai