Anda di halaman 1dari 4

Tazkirah : Dengan keinsafan ku bina

azam tahun baru

Setiap umat Islam pasti gembira menyambut kedatangan


tahun barunya, awal Muharam 1445H atau 2024M.

Di sinilah bermulanya azam dan semangat untuk merancang


sesuatu untuk masa depan yang lebih baik dari sebelumnya
dan memperbaiki kelemahan dan kesilapan lalu. Hal ini
dikenali juga sebagai muhasabah diri.

Apa maksud muhasabah diri?

Muhasabah adalah melakukan penilaian terhadap diri sendiri.

Dalam Islam, muhasabah ini bertujuan untuk memperbaiki


hubungan kepada Allah SWT (hablumminallah), hubungan
kepada sesama manusia (hablumminannas), serta hubungan
dengan diri sendiri (hablumminannafsi).

Muhasabah diri adalah salah satu amalan yang disebutkan


dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah SAW yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah


dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah
diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18).
Dengan melakukan muhasabah diri, manusia/kita akan
membuka hati dan menyedari segala dosanya. Setelah itu,
muslim yang taat akan bertaubat dan tak mengulangi
kesalahannya.

Taubat adalah bentuk penyesalan seorang muslim.


Sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Menyesal adalah taubat.” (HR. Ibnu Majah)

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Rabbmu), tiada


sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).”
(Al-Haqqah: 18).

Apakah Amalan-Amalan Terbaik Yang Biasanya


Dilakukan Oleh Nabi SAW?

Di antara amalan-amalan yang banyak dilakukan dan


digalakkan oleh Rasulullah SAW ialah:

 Banyakkan zikrullah (ingat Allah SWT) di dalam apa


sahaja yang kita lakukan.
 Banyakkan membaca Al-Quran, memahami
terjemahan serta tafsirnya dan seterusnya
melaksanakannya di dalam kehidupan.
 Banyakkan istighfar (memohon ampunan Allah SWT)
 Banyakkan selawat kepada Nabi SAW
 Banyakkan zikrul maut (ingat mati), dengan ingat
mati akan mendorong kita menyediakan bekal untuk
akhirat kita.
 Banyakkan memberi, sebarkan salam. Maksudnya kita
membina hubungan sesama manusia.
 Banyakkan menghadiri majlis ilmu Islam. Maksudnya
kita sentiasa bersemangat untuk belajar.
 Banyakkan berdoa (bermunajat dan mengadu hal
kepada Allah SWT).
 Banyakkan empati dan bersedekah membantu ahli
keluarga dan orang-orang yang susah.
 Banyakkan melakukan amalan sunah seperti solat
sunat dan puasa sunat.
 dan lain-lain.

Jadi, bangkitlah dan berubahlah kerana kehidupan ini cuma


sementara. Sampai ajal, semua yang kita ada ini akan kita
tinggalkan.

Jom, Rebut Lima Peluang Sebelum Datang Lima


Penghalang

”Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara


yang lain iaitu masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu
sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum miskinmu, masa
lapangmu sebelum sibukmu dan masa hidupmu sebelum
matimu.” (HR Muslim).

Musuh pertama dalam pengurusan masa ialah suka kerja


bertangguh. Dengan penyakit inilah umat Islam menjadi
lemah dan hilang kemuliaan diri. Umat Islam dikuasai di
mana-mana sahaja.

Dari Ibnu Umar RA berkata; bahawa Rasulullah SAW


bersabda yang maksudnya, “Hendaklah engkau berada di
dunia ini seperti orang berdagang, atau orang yang sedang
melalui di jalan (pengembara). Jika engkau berada di waktu
petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila
berada di waktu pagi janganlah engkau menunggu petang.
Gunakanlah dari sihat engkau bagi sakit engkau dan dari
hidup engkau bagi masa mati engkau.” (HR Bukhari).
Semoga sedikit ilmu yang di berikan ini dapat dijadikan
pengajaran untuk sepanjang kehidupan kita. Jadikan azam
tahun baru ini, sebagai satu suntikan semangat untuk kita
berubah kepada yang lebih baik sebagai hamba Tuhan,
sebagai seseorang yang dapat menjadi manfaat untuk orang
lain dan melatih diri sendiri untuk kembali kepada fitrah,
sebagai hamba-Nya yang bertakwa.

Dan fahamilah kedahsyatan maksud doa ini:

‫َر َّب َن ا آِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ًة َو ِفي اآْل ِخَر ِة َح َس َن ًة َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن اِر‬

“Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil


akhirat hasanah, waqina adzabannar.”

“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan


kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.”
(Al-Baqarah: 201).

Anda mungkin juga menyukai